The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adilah Shahirah, 2020-09-18 09:02:03

KATA TUGAS

KATA TUGAS

Keywords: TATABAHASA

MODUL
TATABAHASA
PEDAGOGI : KATA
TUGAS (KATA
PRAKLAUSA)

DEFINISI DAN KONSEP
KATA TUGAS

Kata tugas menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1997),
menjelaskankata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk
mendukungsesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai peghubung, penerang, penentu,
penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain.
Kehadiran katatugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat.

Manakala, menurut Dr Ali Mahmod dan rakannya dalam modul HBML2103 Morfologi
dan Sintaksis Bahasa Melayu memberi definisi kata tugas sebagai sejenis perkataan yang hadir
dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung
ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa atau sebagai kata pascakata.

Prof. Dr. Asmah Haji Omar dalam bukunya Perancangan Bahasa dengan Rujukan
Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia mendefinisikan kata tugas ialah golongan
perkataan selain kata nama am, kata kerja dan kata adjektif yang mendukung sesuatu tugas
tertentu dalam binaan ayat, klausa atau frasa. Kehadiran kata ini dalam ayat tidak berfungsi
sebagai inti dalam sebarang frasa utama sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu.

Mohd Azemi Zawawi dalam bukunya bertajuk Kata Tugas memberi maksud kata
tugasialah kata yang tidak mempunyai makna leksikal, melainkan makna gramatikal atau
mendukung sesuatu tugas sintaksis. Dengan kata lain, sebelum bergabung dengan kata-kata
lain, kata-kata tersebut dianggap tidak bermakna.

Secara umumnya, kata tugas merangkumi pelbagai jenis dan penjenisannya dibuat
mengikut fungsinya tertentu. Perkara yang membezakan golongan kata ini dengan golongan
kata yang lain ialah golongan kata tugas tidak boleh menjadi unsur inti bagi binaan prasa yang

menjadi prekdiksi ayat, berbanding dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Kata tugas
juga perlu hadir bersama-sama dengan kata lain untuk mendukung fungsi tertentu.

Selain itu, kata tugas juga dibahagikan kepada empat kelompok iaitu kata penyambung
ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan pascafrasa, dan pascakata. Kata praklausa ialah kata
tugas yang digunakan pada awal klausa atau ayat. Kata praklausa bertugas untuk menimbulkan
seruan, pertanyaan, perintah, pengeyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa.
Golongan kata tugas praklausa ini terbahagi kepada lima jenis, iaitu kata seru, kata tanya kata
perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat.

KATA SERU

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 243), kata
seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan
dalam ayat seruan. Dalam erti kata lain, Kata seru merupakan kata yang digunakan untuk
menggambarkan, menyatakan atau menzahirkan serta menimbulkan sesuatu perasaan yang
pelbagai seperti sedih, terkejut, marah, terkilan, kagum, mengejek, hiba dan sebagainya.
Penggunaan kata seru dalam penulisan biasanya digunakan pada awal ayat dan pada akhir kata
seru diletakkan tanda koma. Manakala tanda seru atau (!) pula digunakan pada akhir ayat. Kata
seru juga digunakan untuk membentuk ayat seruan. Nada yang digunakan disesuaikan dengan
intonasi pengucapan iaitu nada meninggi atau menurun. Penggunaan kata seru bergantung pada
konteks sesuatu ayat seru itu, Oleh itu, ada juga kata seru yang sama menyokong makna yang
pelbagai dalam menyatakan atau menggambarkan sesuatu perasaan. Terdapat beberapa contoh
kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.

i. Kata seru atau ayat seruan seperti ‘wahai’ dan ‘hai’ digunakan untuk menyatakan
perasaan hendak menegur atau menyapa seseorang dan juga cuba untuk menarik
perhatian.
 Kata seru : Wahai
a) Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud: Wahai, sekalian
manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik
dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya
syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah al-
Baqarah, ayat 168)

Isi Ruang rahmat allah
Harian Metro, Rabu, 6 Mei 2020

 Kata seru : hai
b) Hai, selalunya bab serangga ini engkau tak pernah lupa !

Meredah Hutan Kem Kaizen
Zulaiha Paikon, Jejak Monpus, 2015
ii. Penggunaan kata seru atau ayat seruan seperti ‘amboi’, ‘wah’, ‘alamak’ dan ‘eh’
digunakan untuk menyatakan perasaan kagum,hairan, takjub dan terkejut.

 Kata seru : amboi
a) Amboi, berpesta korang ye!

Amboi, berpesta korang ye

Harian Metro, Ahad, 29 Mac 2020

 Kata seru : alamak

b) Alamak, tersangkut tiang lampu pula!

Peserta base jump tersangkut pada tiang lampu

Harian Metro, Ahad, 24 April 2019

 Kata seru : wah

c) Wah, engkau cakap macam orang Jakarta pulak! Sudin mengejek.

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.

Keris Mas, 2013

 Kata seru : eh

d) Eh, Abang susu ini sudah luput tarikh kelmarin!
Peranan mikroorganisma

Berita harian, DIDIK, Isnin, 23 Januari 2017

iii. Pengguaan kata atau ayat seruan seperti ‘aduh’ dan ‘aduhai’ digunakan untuk
menggambarkan serta menyatakan kesakitan ataaupun kesedihan yang sedang dialami.

 Kata seru : aduh
a) Aduh, kenapa setiap dinding rumah berconteng dan bertampal! Kotornya, susahnya

nak bersihkan semua ini semula, malulah jika ada tetamu datang rumah
Beri bimbingan bukan mengeluh.

Harian metro, Selasa, 27 Ogos 2019.

 Kata seru : aduhai
b) Aduhai, nanti ada lah dasar baharu diperkenalkan. Ubah itu ini. Yang pening guru

dan murid. Ada sahaja yang menteri baharu nak buat nanti !
Jangan terus bebani guru,henti projek uji kaji murid.

Berita harian, Ahad, 6 Januari 2019.

iv. Penggunaan kata seru atau ayat seruan seperti ‘ah’ akan digunakan untuk menyatakan
perasaan sesal dan kecewa.

 Kata seru : ah
a) Ah, kadang-kadang hidup ini tak adil !

Kejadian misteri di pulau

Zulaiha Paikon, Jejak Monpus, 2015
v. Kata seru atau ayat seruan seperti ‘syukur’ dan ‘Alhamdulillah’ dapat menggambarkan
perasaan terharu dan juga memberi kelegaan.

 Kata seru : syukur

a) Syukur, pembedahan berjalan lancer !. Saya memilih tidak membuang rahim. Ini
kerana saya masih menyimpan hasrat mahu hamil.
Harta peninggalan jangan guna kahwin lain.

Berita harian, Ahad, 9 Mei 2020
 Kata Seru : Alhamdulillah
b) Alhamdulillah, saya rasa cukup bertuah kerana di hari Jumaat tanggal 15 Ramadan
yang mulia ini saya diberi peluang untuk mengetuai pengurusan jenazah Almarhum
Tuan Guru !

Wajah Ismail Kamus tenang, bagai sedang tidur.

Berita harian, Jumaat 8 Mei 2020.
vi. Penggunaan kata seru seperti ‘cih’, ‘cis’, dan ‘nah’ akan digunak untuk menzahirkan
sesuatu perasaan dalam keadaan marah dan penuh dengan kebencian.

 Kata seru : cih
a) Cih, manatah Patih Gajah Mada ,dikata orang berani maka orang mengamuk seorang

ini pergi membawa dirinya!
Hijab Sang Pencinta

Ramli Awang Murshid, 2008.
 Kata seru : cis
b) Selepas 20 tahun kita berjuang, dipenjarakan, ...tiba-tiba inilah dia pengkhianat. Cis!
berdebah kau !

Azmin kecewa dilabel pengkhianat, akan kekal dalam PKR

Berita harian, Ahad, 8 Disember 2019

 Kata seru : nah
c) Nah, engkau ambillah kembali keris ini !

Hikayat Mukizat Daripada Iblis

Teme Abdullah, 2019

vii. Pengunaan kata seru atau ayat seruan seperti ‘syabas’ dapat digunakan untuk
menyatakan atau memberi kata puiian ataupun memuji dan mengucapkan tahniah

 Kata seru : syabas
a) Syabas, di atas tindakan segera kerajaan mewartakan penjara sementara ini supaya

pesalah ingkar PKP dapat ditempatkan di situ bagi mengurangkan risiko penularan
Covid-19 kepada mereka yang berada di penjara biasa !

Pertimbang pesara anggota keselamatan jaga penjara sementara

Harian metro, Rabu, 15 April 2020

KATA TANYA

Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Kata
tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu dan ini boleh juga digunakan
untuk menanyakan perihal sesuatu seperti benda, orang, masa, tempat, sebab, cara, jumlah dan
sebagainya. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Kata tanya
mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya dan diakhir dengan tanda
soal (?). Kata tanya juga boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. Terdapat beberapa
jenis ayat tanya seperti dibawah:

I. Kata Tanya Apa
Kata Tanya Apa ialah ayat yang menggunakan perkataan apa dengan tujuan
untuk menanyakan hal atau perkara, benda atau binatang, seperti petikan
dibawah:
a) Hal atau perkara

Maka apakah pilihan yang mereka ada untuk menampung perbelanjaan diri dan
keluarga?

Aku Hilang Kerja?
Harian Metro, Khamis, 30 April 2020

II. Kata Tanya Siapa
Kata Tanya Siapa ialah ayat yang menggunakan perkataan siapa dengan
tujuan untuk menanyakan orang atau nama orang seperti petikan dibawah:
a) Ora

Rangka ini milik siapa?

“Patutlah lari lintang-pukang”
Metro, Rabu, 5 Disember 2018

b) Nama orang
“Siapa nama dengan yang baharu ditebus itu?”

Hang Jebat Kesiangan di Istana
A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, 2018

III. Kata Tanya Kenapa
Kata Tanya Kenapa ialah ayat yang menggunakan perkataan kenapa dengan
tujuan untuk menanyakan sebab seperti petikan dibawah:
a) Sebab

Kenapa cerita di Astro iaitu Lensa Prima selalu habis tanpa penghujung? Saya
harap pihak Astro dapat mengatasi masalah tersebut.

Cerita Yang Tiada Penghujung
Sinar Harian, Selasa, 27 April 2019

IV. Kata Tanya Bila

Kata Tanya Bila ialah ayat yang menggunakan perkataan bila dengan tujuan

untuk menanyakan masa seperti petikan dibawah:

a) Masa

Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah?

PKPB: Semua sekolah masih ditutup
Berita Harian, Ahad, 3 Mei 2020

V. Kata Tanya Berapa
Kata Tanya Berapa ialah ayat yang menggunakan perkataan

dengan tujuan untuk menanyakan jumlah atau urutan seperti petikan dibawah:
a) Jumlah

Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-
Lestari?

Soalan lazim asas pengeluaran i-Lestari
Sinar Harian, Selasa, 24 Mac 2020

VI. Kata Tanya Mana
Kata Tanya Mana ialah ayat yang menggunakan perkataan mana
dengan tujuan untuk menanyakan tempat atau lokasi seperti petikan dibawah:
a) Tempat atau Lokasi

Dimanakah boleh saya mendapatkan ujian Covid-19 secara percuma untuk

pekerja saya?

PKPB: Soalan lazim sektor pembinaan
Harian Metro, Khamis, 7 Mei 2020

VII. Kata Tanya Bagaimana

Kata Tanya Bagaimana ialah ayat yang menggunakan perkataan bagaimana

dengan tujuan untuk menanyakan cara seperti petikan dibawah:

a) Cara

Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung/luar kawasan boleh pulang ke
tempat tinggal semasa PKPB?

PKPB: Semua sekolah masih ditutup
Berita Harian, Ahad, 3 Mei 2020

KATA PERINTAH

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka perintah bermaksud kata yang menyuruh atau
mengarah untuk melakukan sesuatu, arahan atau suruhan. Kata perintah ialah kata yang
digunakan untuk menyatakan perintah, suruhan, ajakan, keinginan, harapan, atau larangan
untuk melakukan sesuatu. Manakala menurut Nik Safiah Karim(2015), ayat perintah pula
ditakrifkan sebagai ayat yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan atau perbuatan.
Perintah itu memerlukan reaksi atau tindak balas daripada pendengar atau orang yang
menerima perintah itu. Kata perintah sering menerima partikel –lah untuk menunjukkan
penegasan. Contohnya:

I. Permintaan: tolong, minta, mohon, harap
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan dengan tujuan
memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut:
a) "Tolong jaga emak dan abah ya." Itu pesanan terakhir seorang jururawat
Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, yang meninggal dunia
akibat dijangkiti COVID-19, tengah malam tadi.
"Tolong jaga emak, abah" - pesanan terakhir jururawat
Berita Harian, Khamis, 23 April 2020
b) "SAYA reda, nak menyesal pun tiada guna kerana saya sendiri yang minta
jadi begini," kata Mohammad Rafiezulanwar Jaffri.
'Saya sendiri minta jadi begini'
Harian Metro, Khamis, 30 April 2020
c) "Bagi mereka yang mahu mohon untuk menziarah atas alasan kematian,
sakit tenat atau temu janji hospital boleh mohon di balai berhampiran,"
katanya.
Boleh mohon rentas negeri di balai polis berhampiran
Harian Metro, Isnin, 4 Mei 2020

d) "Kita harap mudah-mudahan tidak berlaku (pembubaran (DUN) dan
semua pihak akan meneruskan kerjasama serta mengeratkan lagi
perpaduan sedia ada.
Krisis politik Johor: Pas harap tidak bubar DUN
Sinar Harian, Isnin, 4 Mei 2020

II. Silaan: sila, jemput, sudi
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila hantar jemput
sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya
kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut:
a) Sila tampil lakukan saringan.
Sila tampil lakukan saringan
Selasa, 28 April 2020
b) “Saya jemput dia turun ke Kijal. Saya akan bayar tambang, tempat
penginapan dan makan minumnya termasuk membuat surat pelepasan
kepada Ketua Polis di tempat tinggalnya termasuk kebenaran polis di
Kemaman,” katanya
'Saya rela ditangkap dan dipenjara'
Berita Harian, Ahad, 19 April 2020
c) Muhamad Farid berkata, dia bersyukur mempunyai tempat berteduh,
namun atas faktor keselamatan, selain diancam gangguan anjing liar dan
haiwan berbisa seperti ular, dia berharap ada pihak yang sudi
menghulurkan bantuan agar dapat berpindah daripada kawasan yang lebih
selamat.
Tumpang teduh di pondok usang bekas kantin tokong
Sinar Harian, Isnin, 4 Mei 2020

III. Larangan: usah, jangan, tak usah, dilarang
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti sebelum kata kerja
dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contohnya:

a) “Biarpun diberi beberapa kelonggaran, jangan ambil kesempatan kerana
Covid-19 cepat merebak apabila seseorang dijangkiti,” katanya.
'Rakyat jangan ghairah keluar rumah'
Sinar Harian, Isnin, 4 Mei 2020

b) Tak buka taska demi keselamatan anak-anak.
Tak buka taska demi keselamatan anak-anak
Harian Metro, Isnin, 4 Mei 2020

c) Aktiviti pendakian, perkhemahan dalam hutan masih dilarang.
Aktiviti pendakian, perkhemahan dalam hutan masih dilarang
Berita Harian, Ahad, 3 Mei 2020

IV. Ajakan: mari, jom, ayuh
Ayat ajakan digunakan untuk mengajak seseorang. Ayat ini menggunakan kata
ajakan. Kadangkala subjek ayat ini menunjukkan kata ganti nama diri kita. Contohnya:
a) "Wabak ini masih belum reda dan masalah kelaparan semakin meningkat
dari hari ke hari. Mari terus menghulurkan bantuan di mana sahaja, ''
katanya.
[VIDEO] Beratur sejauh 4km demi makanan
Sinar Harian, Ahad, 3 Mei 2020
b) Jom cantikkan peribadi.
Jom cantikkan peribadi
Harian Metro, Khamis, 30 April 2020

c) Ayuh kita semua berganding bahu untuk sama-sama mengekalkan
perubahan baik alam sekitar dengan mengamalkan norma baharu bagi
menjaga ekosistem yang ada.
Mampukah rakyat amal normal baharu demi alam sekitar
Berita Harian, Isnin, 27 April 2020

V. Pembiaran: biar
Ayat pembiaran digunakan untuk membiarkan sesuatu.
a) Biar ada rindu, yang pasti tambah kemahiran.
Biar ada rindu, yang pasti tambah kemahiran

http://www.astroawani.com/video-malaysia/biar-ada-rindu-yang-pasti-tambah-kemahiran-
1847306

Astro Awani, Ahad, 03 Mei 2020

KATA PEMBENAR

Bahasa pembenar memang wujud dalam bahasa Melayu. Bahasa pembenar ialah bahasa yang
binaan ayatnya mengandungi kata pembenar, seperti ya, betul dan benar. Oleh sebab binaan
ayatnya mengandungi kata pembenar, maka dinamailah bahasa ini bahasa pembenar. Dalam
bahasa Melayu, kata pembenar tergolong dalam golongan kata tugas. Kata tugas bahasa
Melayu bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa
endosentrik, seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata tugas hadir dalam ayat,
klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai
penghubung, penentu, penguat, penegas ataupun pembenar. Kata pembenar ialah kata yang
digunakan bagi mengeyakan sesuatu pernyataan atau menyokong kebenaran, atau kesahihan
tentang sesuatu. Terdapat tiga kata pembenar iaitu ya, benar dan betul. Kata pembenar ialah
perkataan yang mengesahkan sesuatu penyataan. Penggunaan kata pembenar dalam ayat
adalah seperti yang berikut:-

i. Kata pembenar : ya

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, ya bermaksud kata untuk mengatakan betul
atau sungguh benar. Selain itu, ya juga ialah kata untuk menyahut panggilan orang.
Akhir sekali, ya juga kata untuk menyatakan sanggup melakukan sesuatu dan juga
kata untuk memanggil atau utk menarik perhatian. Contohnya :-

a) Ya, boleh. Syarikat adalah diwajibkan membuat permohonan dan
mengemaskini maklumat melalui CIMS 2.0 di pautan laman
sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3
untuk maklumat permohonan.

b) Ya, ia adalah satu kesalahan jenayah di bawah Peraturan 7 PeraturanPeraturan
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLangkah Di
Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh didenda tidak
melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-
duanya sekali.
PKP: Isu dan jawapan berkaitan industri dibenarkan MITI
Berita harian, Isnin, 13 April 2020

ii. Kata pembenar : benar

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, benar bermaksud tidak salah, tidak keliru,
betul. Benar juga bermaksud amat, sangat, sungguh, sekali.

a) "Lebih baik mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa daripada membuat
cerita- cerita tidak benar terhadap saya yang boleh menimbulkan spekulasi
yang salah daripada masyarkat," katanya kepada Harian Metro

b) Dr Che Hafiz berkata jika perkara didakwa Lufya adalah benar kenapa tidak
selesai dengan cara yang lebih wajar seperti terus berhubung dengannya
berikutan perkara sebegitu adalah berbentuk hal peribadi
'Dakwaan itu tidak benar' - Dr Che Hafiz
Harian Metro, Ahad, 3 Mei 2020

iii. Kata pembenar : betul

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, betul bermaksud tidak bohong, benar,
sungguh. Selain itu, benar juga bermaksud tidak salah , tidak keliru dan juga bukan
olok-olok. Contohnya :-

a) Kerajaan mengambil pendekatan yang betul dan membuat keputusan tepat
dalam usaha membendung wabak COVID-19 daripada terus menular di
negara ini.

b) “Ia satu keputusan, tindakan, langkah yang tepat dan betul serta harus dipuji,”
kata PPC dalam satu kenyataan, hari ini.
COVID-19: Langkah kerajaan tangani jangkitan tepat, betul – PPC
Berita Harian, Khamis, 9 April 2020

KATA PANGKAL AYAT
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir pada awal ayat yang berfungsi sebagai penanda
kesinambungan ayat dalam wacana. Kata ini banyak digunakan dalam bahasa Melayu klasik.
Antara contoh kata pangkal ayat ialah hatta, maka, arakian, kalakian, adapun, syahadan,
sebermula dan alkisah. Hatta bermaksud hingga atau maka, manakala maka pula bermaksud
seterusnya. Arakian pula bermaksud untuk meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara
hormat. Seterusnya kalakian pula bermaksud kala itu, ketika itu,lalu atau kemudian. Di
samping itu, adapun pula bermaksud mengenai atau perihal. Syahadan pula bermaksud kata
yang biasanya digunakan pada permulaan cerita, selanjutnya atau lalu. Selain itu, sebermula
pula bermaksud pertama-tama kata atau permulaan untuk sesuatu kisah atau yang awal atau
asal. Akhir sekali ialah alkisah. Perkataan alkisah digunakan ketika memulakan sesuatu cerita
atau riwayat. Antara contoh penggunaan kata pangkal ayat adalah seperti yang berikut:

 Hatta baginda pun berangkatlah.
 Maka hari pun malam.
 Arakian, baginda bersemayam di singgahsana.
 Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan.
 Adapun kuda itu dimiliki oleh Tun Omar
 Syahadan baginda pun berangkatlah meninggalkan Melaka.
 Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.
 Alkisah tidak berapa lama kemudian hamillah permaisuri.


Click to View FlipBook Version