KONSEP BILIK SUMBER PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
SK DATUK HAJI BAGINDA
PENGENALAN
Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Datuk Haji Baginda
diwujudkan sebagai pusat akses maklumat pendidikan pencegahan dadah, arak, rokok, vape,
inhalan dan HIV/AIDS yang lengkap kepada warga sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti
setempat bagi meningkatkan lagi pengetahuan murid khususnya. Ia juga merupakan pusat
operasi gerakan kepada jawatankuasa PPDa di sesebuah sekolah melalui 4 strategi utama iaitu
pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
MATLAMAT
Diwujudkan untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran membenteras
penggunaan dadah ke arah merealisasikan hasrat melahirkan “sekolah bebas dadah”.
KONSEP
Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah SK Datuk Haji Baginda merupakan one stop
center yang menyediakan pelbagai maklumat dalam pelbagai jenis bahan dengan usahasama
dari Unit PPDa JPN, PEMADAM dan AADK mengenai pendidikan pencegahan dadah, arak,
rokok, vape, inhalan serta HIV/AIDS. Bilik sumber ini dilengkapi dengan segala maklumat
termasuk saluran pengajaran seperti komputer, LCD, malahan radio untuk kegunaan para guru
untuk tujuan pembelajaran serta menggabungjalinkan unsur didik hibur melalui permainan
interaktif yang disediakan. Bilik Sumber one stop center ini bukan sahaja menyediakan
maklumat bacaan dalam bentuk poster malahan aplikasi alam maya turut diberi penekanan di
mana makluman dalam bentuk video serta audio melalui Kod QR dan juga Zappar.
Sejajar dengan konsep one stop center, lokasi Bilik Sumber PPDa SKDHB sebagai
lokasi utama iaitu berada di Blok B yang terletak di tengah-tengah antara Blok A dan Blok C
sangat srategik apatah lagi berada di aras 1 bersebelahan dengan perpustakaan sekolah
memudahkan murid mencari bahan tambahan manakala pejabat sekolah pula di aras bawah
dapat memudahkan sebarang urusan pentadbiran.
Sebagai One Stop Center juga, Bilik Sumber PPDa turut dilengkapi dengan
pengurusan PPDa yang lengkap dari aspek sistem fail serta sudut pengurusan. Papan
kenyataan di pintu masuk sebelah kiri bilik sumber dilengkapi carta organisasi jawatankuasa,
visi, misi, dan ikrar dengan menggunakan banner agar lebih menarik , mudah diubahsuai serta
tahan lama. Info dokumentasi dan kajian turut dipaparkan sebagai hebahan makluman
penyelidikan atau kajian tindakan serta inovasi yang turut disediakan oleh guru-guru sebagai
bahan bacaan umum kepada murid khususnya. Di akhir info ini, terdapat satu ruangan yang
diperbuat daripada kotak dan disusun menjadi papan kenyataan tentang Konsep PPDa
Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda. Oleh yang sedemikian, laluan dari sudut
pengurusan hingga ke Konsep PPda dinamakan Laluan Pengurusan.
Di sebelah kanan dari pintu masuk bilik sumber merupakan laluan negatif yang
dinamakan Laluan Negatif di mana bahan bermaklumat dimulakan dengan info Dadah, dan
diikuti dengan Info Arak. Kemudian, laluan negatif membawa murid ke dalam ruang atau
corner di mana ia terus membawa murid untuk menghayati Jejak Kesengsaraan dengan
maklumat seterusnya iaitu info rokok, vape, inhalan dan akhirnya info HIV/AIDS. Dalam
usaha memberikan penghayatan tentang bahaya DARVIH (dadah, arak, rokok, vape, inhalan,
HIV/AIDS), setiap info turut mempunyai replika bahan, poster berserta kod QR dalam
menarik minat murid untuk terus mencari maklumat.
Di ruangan ini terdapat kiub-kiub bermaklumat yang dinamakan Kiub Info. Kiub Info
ini diperbuat dari kotak terbuang lalu dijadikan sebagai bahan bantu belajar yang mesra
pengguna. Ini kerana kiub-kiub ini boleh disusun menjadi satu sehingga tiga tingkat, boleh
dibawa ke mana-mana, bersifat fleksibel, berinformatif mengikut tajuk, menarik serta
sungguh ringan untuk di bawa ke mana-mana. Malahan, terdapat juga murid yang mencari
maklumat yang ada di kiub sambil berbaring kerana sangat seronok dan teruja dengan Kiub
Info yang berwarna-warni.
Berakhirnya info HIV/AIDS terus membawa murid kepada Kisah Mia dan Adam di
mana kisah ini perlu diimbas kod QR bagi setiap episod. Pemilihan Kisah Mia dan Adam
yang boleh ditonton hanya dengan mengimbas kod QR secara berepisod adalah bertujuan agar
murid tidak bosan menonton sesuatu cerita dalam satu jangka masa yang lama. Selain itu, ia
dapat menimbulkan perasaan tidak sabar atau teruja apabila ingin menonton kisah episod
seterusnya sekaligus ia dapat menarik minat murid serta dalam masa yang sama kisah tersebut
mempunyai pengajaran yang sangat tinggi nilainya. Oleh yang sedemkian, di sinilah
bermulanya laluan ke arah kecemerlangan atau kemusnahan yang mana terdapat alat pandang
dengar di antara info kebaikan berhenti merokok atau vape serta lokasi tempat bebas rokok di
negeri Melaka. Seterusnya info kesihatan fizikal dan mental serta berita-berita terkini
DARVIH disusun dengan gaya yang tersendiri yang diletakkan secara bertentangan di antara
satu sama lain.
Saat ini adalah sangat getir kerana ia membawa murid kepada pilihan kehidupan yang
berkaitan dengan realiti sebenar. Antara dua pilihan yang harus dipilih adalah laluan negatif
dan laluan ke arah kecemerlangan. Walau bagaimana pun, persekitaran murid semasa
membuat pilihan masih dipengaruhi dengan persekitaran di mana poster-poster sumbangan
AADK serta gambar aktiviti PPDa secara tidak langsung dapat merangsang murid membuat
pilihan yang bijak.
Walau bagaimanapun, terdapat juga murid yang masih sukar membuat pilihan
diantara dua pintu gerbang iaitu pintu gerbang laluan gelap dan pintu gerbang ruang
kecemerlangan. Sekiranya pilihan laluan gelap yang dipilih, murid akan dibawa kepada akta
dadah tingkah laku memusnahkan diri serta info pencegahan dan pemulihan dan direktori
kecemasan. Info tersebut sangat membantu kerana ia seolah-olah murid tersedar akan
kemusnahan dan ingin mendapatkan bantuan, maka direktori, info pencegahan dan pemulihan
akan menjadi tempat rujukan untuk keinsafan.
Namun, sekiranya laluan gelap masih tidak memberi makna kepada murid, maka
murid akan dibawa lembah kehancuran yang merupakan sebuah bilik yang mengandungi
replika seorang pesakit AIDS/HIV akibat dari penagihan dadah yang terbiar, dan terbaring di
satu sudut. Terdapat juga replika penghakiman di mana diantara hukuman yang dikenakan
samaada dipenjarakan atau dihukum gantung. Oleh yang sedemikian, sebuah penjara bersama
model sebatan diharap dapat memberi kesedaran bahawa pilihan yang dibuat adalah salah.
Namun sekiranya hukuman yang dikenakan adalah sebaliknya iaitu hukuman ke tali gantung,
maka replika kubur yang mempunyai kesan suara bacaan Yaasin adalah untuk memberi murid
berfikir pilihan yang terbaik.
Berbalik kepada pilihan yang perlu dibuat oleh murid, andai pilihan yang dipilih
merupakan pintu gerbang ruang kecemerlangan maka murid akan dibawa menerokai ruang
kecemerlangan di mana terdapat info kejayaan anak malaysia, info pilihan kerjaya serta hala
tuju selepas UPSR. Susunan info dimulakan dengan kejayaan anak malaysia adalah sebagai
penyuntik semangat murid untuk berjaya lalu memilih kerjaya dalam bidang yang diminat dan
akhirnya, murid boleh mengorak langkah dengan adanya hala tuju selepas UPSR.
Dalam ruangan ini turut disediakan ruangan pembelajaraan dan permainan interaktif
kerana Bilik Sumber PPDa SKDHB menerapkan kaedah didik hibur dalam menarik perhatian
murid. Setelah mencari bahan dan maklumat atau selepas pembelajaran, murid boleh
bermainan aneka permainan yang disediakan. Terdapat permainan di dalam Bilik Sumber
PPDa ini telah diubahsuai oleh guru-guru dengan menjadikannya lebih interaktif dengan
penggunaan kod QR. Selain itu juga, bersesuian dengan PAK 21, Bilik Sumber PPDa di
SKDHB turut menyediakan sudut untuk Teater Boneka di mana murid boleh bermain “main
peranan” bersama rakan. Bahan-bahan teater boneka pula merupakan inovasi dari Kelab
Rakan Muda yang merupakan sahabat PPDa kerana diperbuat daripada bahan terbuang
seperti kotak, senduk, dan sebagainya. Selain itu juga, Kelab Doktor Muda turut
mempersembahkan eksperimen bahaya rokok yang boleh dicuba oleh murid. Dengan
kerjasama dengan Doktor Muda, ruangan ini dinamakan Bahan Sahabat PPDa Bersama
Doktor Muda.
Murid turut dibawa ke sebuah bilik yang diberi nama Bilik Ikon Kecemerlangan. dua
jenis info ikon iaitu Info Ikon Sukan dan Info Ikon Kelab yang diwakili oleh murid SKDHB
sebagai pembakar semangat untuk murid yang lain. Sijil-sijil serta pingat dan medal turut
dipamerkan. Bersesuaian dengan suasana dalam Bilik Ikon Kecemerlangan seolah-olah
berada di Universiti Kebangsaan Malaya dengan lukisan mural di dinding yang tampak hidup
di samping mini air terjun menarik perhatian murid untuk terus maju dan bercita-cita tinggi
untuk terus ke peringkat tertinggi.
Sebalik sahaja keluar dari Bilik Ikon Kecemerlangan, murid atau pelawat ke meja
pendaftaran untuk merekodkan nama dalam buku kedatangan serta memberi maklum balas
dalam kertas yang disediakan.
Disediakan oleh;
________________________
(SITI ASIAH BINTI RADZI