TOUCH MATH
https://www.youtube.com/user/TouchMath1
Penyelesaian masalah dan analisis kesilapan
• Prinsip pertama : Memahami Masalah
Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-
mata mereka tidak memahami masalah tersebut. Polya telah
mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar soalan-soalan
berikut :
Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan
yang digunakan dalam masalah tersebut ?
Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?
Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan
perkataan sendiri ?
Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang
boleh membantu kamu memahamkan masalah ?
Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?
Prinsip kedua : Merangka strategi
Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah.
Kemahiran memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya
pengalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang
boleh membantu ialah:
• Cuba jaya
• membuat senarai yang tersusun
• mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan
• menggunakan simetri
• menimbangkan kes istimewa
• menyelesaikan persamaan
• melihat pola
• melukis gambar
• menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
• guna model
• bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu
• guna formula
• guna analogi/perbandingan
• lakonkan/ujikaji
• mempermudahkan masalah
Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi
langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang
strategi. Yang pelajar perlukan pada langkah ini
ialah ketekunan dan berhati-hati apabila
menggunakan kemahiran yang sedia ada. Jika tidak
berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah
pertama dan merancang strategi berbeza. Ini adalah
langkah biasa dalam matematik yang juga
digunakan oleh pakar matematik sekalipun
Prinsip keempat : Menyemak jawapan
Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit
masa untuk menyemak jawapan dan membuat
refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan
keyakinan dan memantapkan pengalaman untuk
mencuba masalah baru yang akan datang.
Gunakanlah Model Polya untuk menyelesaikan
sebarang masalah hari ini.
Analisis Kesalahan Konsep Matematik Menggunakan
Newman .
Kesalahan menyelesaikan soalan-soalan matematik
masih sering berlaku di kalangan murid. Kesalahan
yang dilakukan murid dapat membantu guru untuk
memperbaiki pembelajaran mereka. Analisis
kesalahan adalah suatu proses yang terdiri
daripada langkah-langkah yakni untuk kenalpasti
kesalahan, penjelasan kesalahan, pembetulan,
penilaian, dan pencegahan kesalahan yang sama
agar tidak berulang.