KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO)
MODUL PENDIDIKAN KHAS
PKUKP2072
PENDIDIKAN INKLUSIF
UNTUK MURID MASALAH PEMBELAJARAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
Berkuat Kuasa Mulai JUN 2020
1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan
yang tidak ada kepentingan komersial, tidak
dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan
buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-
apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH
OPSYEN (PITO)
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Cetakan Jun 2020
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
2
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Hak Cipta i
Kandungan ii
Panduan Murid iii
Pengenalan iv
Agihan Tajuk dan Unit v
UNIT 1 PENGENALAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 9
UNIT 2 FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF 24
UNIT 3 PEDAGOGI INKLUSIF BAGI BIDANG TERAS 29
UNIT 4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DALAM 41
PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 49
Bibliografi 50
51
Panel Penggubal
Simbol Pembelajaran
3
PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu murid menguruskan pembelajaran
agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini juga memberi peluang kepada murid
untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.
SASARAN KURSUS
Sasaran kursus ini adalah kepada murid Program Intervensi Tamah Opsyen (PITO)
yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan murid membuat keputusan tentang
pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika murid
dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar murid
mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
JAM PEMBELAJARAN MURID (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA murid perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)
Perguruan Malaysia dilaksanakan secara sepenuh masa dalam bentuk Kursus Dalam
Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan
hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukkan 30-60%
daripada jumlah jam Pembelajaran Teradun. Jumlah keseluruhan jam pembelajaran
teradun ialah tidak melebihi 60% daripada keseluruhan JPP (pembelajaran teradun +
pembelajaran kendiri)
4
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan murid akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dimuridi diambil dari
Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan
Murid boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan murid melalui alat media yang
sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Penulisan modul ini menggunakan ikon tertentu untuk menarik perhatian murid agar
pada sekali imbas mereka akan tahu apa yang harus dibuat.
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran dilaksanakan berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Soalan peperiksaan
adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah dijajarkan kepada pentaksiran hasil
pembelajaran kursus (HPK) dalam Maklumat Kursus (MK) secara interaksi bersemuka
dan modul.
5
PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran
tentang pengenalan, konsep, polisi serta membincangkan faktor kritikal kejayaan
pendidikan inklusif dan cabaran dalam pelaksanaannya. Kursus ini juga menekankan
tentang peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dan pelaksanaan pedagogi
inklusif.
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan konsep, matlamat dan dasar pendidikan inklusif serta faktor
kritikal yang mempengaruhi kejayaan program pendidikan inklusif di sekolah.
2. Merancang RPH beserta lakaran bahan bantu mengajar (BBM) untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid berkeperluan khas
pembelajaran, penglihatan dan pendengaran di dalam kelas inklusif dengan
membuat rujukan daripada pelbagai sumber.
3. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dalam
pelaksanaan pendidikan inklusif.
AGIHAN UNIT DAN JAM PEMBELAJARAN
Panduan Kepada Pengguna
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah
pembelajaran secara bersemuka dan ePembelajaran diperuntukan 30-60% daripada
jumlah jam Pembelajaran Teradun. Jumlah keseluruhan jam pembelajaran teradun
ialah tidak melebihi 60% daripada keseluruhan JPP (pembelajaran teradun +
pembelajaran kendiri)
6
JUMLAH JAM
(PEMBELAJARAN TERADUN)
TAJUK/ TOPIK KESELURUHAN PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN TERARAH
58 JAM TERARAH TIDAK BERSEMUKA
1. Pengenalan Program 32 JAM
Pendidikan Inklusif BERSEMUKA
• Asas dan sejarah program (KULIAH/ MODUL EPEMBELAJA
Pendidikan Inklusif TUTORIAL/ 16 JAM -RAN
AMALI) 14 JAM
30 JAM
• Matlamat dan objektif 4 2 28
Pendidikan Inklusif
• Dasar antarabangsa dan
kebangsaan Pendidikan
inklusif
• Program Pendidikan Khas
KPM
- Sekolah khas
- Program integrasi
- Program pendidikan inklusif
• Pelaksanaan Pendekatan
pendidikan inklusif
- Inklusif separa
- Inklusif penuh
• Proses pemilihan murid 1 2 25
Pendidikan Inklusif
- kriteria pemilihan
- penempatan
2. Faktor kritikal kejayaan
Pendidikan Inklusif
• Perkhidmatan sokongan
- Peralatan
- Infrastruktur
- Masyarakat
- Personel
• Kolaboratif khidmat
sokongan badan kerajaan dan
bukan kerajaan
7
3. Pedagogi Inklusif bagi 5 3 4 12
bidang Teras
• Konsep asas pedagogi
inklusif
• Adaptasi kurikulum dan
bahan pengajaran
• Strategi dan teknik
pengajaran murid
berkeperluan khas
pembelajaran, penglihatan
dan pendengaran
• Pengajaran kolaboratif
• Alat berbantu dan
teknologi dalam pedagogi
inklusif
4. Peranan dan
tanggungjawab dalam
pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif
• Pentadbir sekolah 4 3 3 10
• Guru arus perdana
• Guru resos/pendamping
• Guru pendidikan khas
• Murid dan ibu bapa
• Badan kerajaan dan bukan
kerajaan
• Isu dan cabaran dalam
pelaksanaan Pendidikan
Inklusif
Nota: Bersemuka (B), Modul (M) dan Dalam Talian (DT)
8
UNIT 1 PENGENALAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
SINOPSIS
Tajuk ini menumpukan kepada asas dan sejarah program Pendidikan Inklusif,
matlamat dan objektif Pendidikan Inklusif, dasar antarabangsa dan kebangsaan
Pendidikan Inklusif serta Program Pendidikan Khas yang terdapat di Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir tajuk ini, anda akan dapat :
a) Menjelaskan tentang asas dan sejarah program Pendidikan Inklusif
b) Membincangkan tentang matlamat dan objektif Pendidikan Inklusif
c) Menjelaskan tentang dasar antarabangsa dan kebangsaan Pendidikan Inklusif
d) Memperincikan Program Pendidikan Khas yang terdapat di Malaysia.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Pengenalan
Program
Pendidikan
Inklusif
Asas Dan Sejarah Matlamat Dan Dasar Program
Program Objektif Antarabangsa Dan Pendidikan Khas
di Malaysia.
Pendidikan Pendidikan Kebangsaan
Inklusif Inklusif Pendidikan
Inklusif
9
ISI KANDUNGAN
1.1 Asas Dan Sejarah Program Pendidikan Inklusif
Dalam tamadun manusia yang awal seperti Tamadun Yunani dan Rome, orang-orang
yang kerencatan akal menjadi bahan ejekan, cemuhan dan gurauan masyarakat lain.
Perubahan sikap masyarakat Eropah ini berlaku pada lewat abad ke16 bila Paderi
Kristian Sepanyol, Pedro de Leon cuba membantu orang-orang cacat dan tidak
beruntung (Gearhart & Weishahn, 1980).
1.1.1 Sembilan Peringkat Dalam Sejarah MR
i. A state of confusion – Awal hingga 1700 M
ii. The Awakening – 1700-1800 M
Kesedaran Perubahan persepsi terhadap orang cacat di kalangan orang muda
spt Locke dan Rousseau. Implikasi yang berlaku kepada MR ialah ;
( a ). sikap sosial baru diperkenalkan di mana semua orang mempunyai
hak termasuklah yang cacat. Ini menyokong ke arah memberi hak
kepada orang cacat.
(b). Orang yang lebih muda memikirkan tentang falsafah kemanusiaan.
iii. Early Optimism- 1800-1860
Semangat ke arah bekerja bersama orang cacat timbul. Lahir tokoh-tokoh
seperti:
• Samuel Gridley Howe (1801 – 1876 – Penyediaan kemudahlaan awam.
• Edouard Seguin (1812-1880M) -Pada 1837 Seguin memperkenalkan
program pendidikan kepada „feebleminded’ dekat Salpetriere di Paris.
Kaedah yang digunakan lebih sistematik dengan menekankan kepada
psikologikal dan pendidikan moral.
• Johann Guggenbuhl (1816 – 1863M) telah menyediakan khidmat rawatan
kepada institusi MR.
• Dorothea Dix (1840an) adalah wanita yang banyak berkempen ke arah
rawatan yang lebih baik kepada orang yang kurang bernasib baik atau
dipanggilnya „suffering humanity’.
10
• Hervey Wilber (1820-1883) telah menubuhkan pusat swasta pertama bagi
melatih/merawat individu MR di rumahnya di Barre, Massachusetts.
• Countess Ida Hann (1843) telah menerbitkan brochure tentang Abenberg
yang diasaskan oleh Guggenbuhl.
• Missess White (1846) mempunyai perkaitan dengan penubuhan awal
institusi untuk orang MR di Great Britain.
• Lady Jane Ogilvy (1848) iaitu isteri Sir John Ogilvy telah mengasaskan
institusi MR yang pertama di Scotland.
• Queen of Netherlands (1855) telah mengasaskan sekolah harian untuk
kanak-kanak MR ringan.
• Alfred Binet (1857-1911) telah menjalankan kajian bahawa individu MR
boleh diukur kecerdasan mereka. Maka terbentuklah “Stanford Binet
Intelligence Test”.
iv. Disillusionment (1860-1890)
Selepas Perang Dunia Pertama lahirnya tokoh seperti :
Marie Von Nathusius (1861) telah mengasaskan dua pusat untuk orang-
orang MR di Jerman.
Maria Montessori (1870-1952) seorang doktor dari Itali telah
memperkembangkan kaedah dan bahan yang lebih sistematik iaitu
menggunakan bahan-bahan konkrit bagi mengajar kanak-kanak MR.
v. Sounding the Alarm – (1890-1930)
Perubahan terhadap sikap sosial masyarakat berlaku ke arah memandang
negatif golongan MR. Pada era ini juga lahirnya tokoh-tokoh yang sama-
sama berjuang untuk orang-orang MR seperti;
Anna Freud (1885- 1952) yang memperkenalkan teknik psikoanalisis bagi
membantu kanak-kanak bermasalah emosi.
Alfred Strauss ( 1897-1957) telah menjalankan kajian dan mendapati
bahawa kanak-kanak bermasalah menunjukkan corak tingkahlaku dan
mereka memerlukan latihan.
Dr. Anne More ( 1911) telah menjalankan kajian meluas terhadap populasi
„feebleminded‟ di New York. Beliau menekankan kepada peranan
kerencatan dengan kemiskinan, tidak bermoral dan jenayah.
11
Elizabeth Farrell (1922) adalah presiden pertama dalam Council for
Exceptional Children.
vi. On-Hold’ (1930-1950)
Pembentukan Akta Keselamatan Sosial.
Dua instrumen penaksiran penting diperkenalkan iaitu 1935 – Vineland
Sosial Maturity Scale dan pada 1949 David Wechsler memperkenalkan
Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC). Meta Anderson (1941)
menjadi presiden wanita pertama American Association of Mental
Deficiency (AAMD).
Pada 1950, Elizabeth Boggs adalah salah seorang yang mengasaskan
national Association for Mentaly Retarded Children (NARC) dan menjadi
presiden selepas itu.
vii. A Turning Point – 1950- 1960
Kumpulan ibu bapa menubuhkan kesatuan-kesatuan dan menjadi lobbyist,
menyediakan perkhidmatan dan penyelidikan.
Pada 1954, Kongres telah meluluskan Akta Penyelidikan Koperatif (PL83-
531) iaitu menyediakan kewangan untuk penyelidikan berhubung MR.
Pada 1958, PL 85-926 diluluskan iaitu menyediakan insentif kepada
organisasi.
viii. Center Stage ( 1960 – 1970)
Pada 1961 Presiden Kennedy jadi presiden Amerika. Beliau mempunyai
adik MR lalu menubuhkan President’s Panel on MR (PPMR) yang
menyediakan perkhidmatan bimbingan dan sumber. Pada 1965 Akta
Pendidikan Rendah dan Menengah diluluskan.
Presiden Johnson melancarkan „War on Poverty’ dengan memberi
perhatian kepada persekitaran yang menyebabkan MR.
Pada 1960an isu Nature vs Nurture, iaitu isu antara baka dan persekitaran
yang saling berhubung kait.
12
ix. From Action to Instropection (1970 hingga sekarang)
Pada awal 1970an isu-isu tentang hak orang cacat dituntut. Pada 1973, PL
93-112 iaitu Akta Pemulihan Vokasional diluluskan yang memberi hak
dalam pendidikan dan pekerjaan kepada orang-orang cacat. Padaa 1975,
PL 94-142 Educational for all Handicapped Children Act ditandatangani.
Pentingnya akta ini kepada individu MR ialah :–
i. Pendidikan percuma dan bersesuaian serta menekankan kepada
pendidikan khas dan perkhidmatan mengikut keperluan kanak-kanak khas.
ii. Hak keistimewaan kepada kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga
dipelihara.
iii. Penyediaan tempat kepada pendidikan kanak-kanak
(Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, 2010)
1.2 Matlamat Dan Objektif Pendidikan Inklusif
Matlamat Pendidikan Inklusif :
Objektif Pendidikan Inklusif :
13
1.3 Dasar Antarabangsa Dan Kebangsaan Pendidikan Inklusif
1.3.1 Dasar Antarabangsa Pendidikan Inklusif
Promosi dan perlindungan hak asasi manusia dan kebebasan asas, pengukuhan
demokrasi, meningkatkan tadbir urus yang baik dan kepatuhan kepada kedaulatan
undang-undang adalah antara prinsip dan tujuan utama ASEAN. Para pemimpin
ASEAN telah mengguna pakai ASEAN Human Rights Declaration (AHRD) pada tahun
2012 untuk menegaskan semula prinsip-prinsip ini. Bersama Phnom Penh Statement
on the Adoption of the AHRD, kedua-dua dokumen ini merangkumi komitmen kerajaan
ASEAN untuk melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asas rakyat ASEAN,
termasuk Orang Kurang Upaya. Pada tahun 2016, semua negara anggota ASEAN
telah meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak
Asasi Orang Kurang Upaya (United Nations Convention on the Rights of Persons with
Disabilities - CRPD).
14
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ASEAN telah secara konsisten
mengutamakan promosi dan perlindungan hak asasi Orang Kurang Upaya. Kerangka
dasar ASEAN ke arah memajukan hak dan kebajikan Orang Kurang Upaya adalah
hasil daripada Bali Declaration on the Enhancement of the Role and Participation of
Persons with Disabilities in ASEAN Community 2011 yang menggesa kepada
pencapaian perangkuman Orang Kurang Upaya melalui pembangunan pelan tindakan
nasional, kepelbagaian perkhidmatan sosial, pembangunan skim keselamatan sosial,
akses kepada pendidikan dan peluang pekerjaan. Deklarasi ini juga mengisytiharkan
dan memperkenalkan Mobilisation Framework of the ASEAN Decade of Persons with
Disabilities 2011-2020 untuk menggalakkan pembangunan inklusif Orang Kurang
Upaya di ASEAN. Prinsip perangkuman, sebagai petunjuk dasar utama ASEAN,
menjadi teras dalam semua inisiatif dan program ASEAN yang mengetengahkan Hak
Asasi Orang Kurang Upaya dalam Komuniti ASEAN. Komitmen ASEAN ke arah
komuniti inklusif yang termaktub dalam Visi Komuniti ASEAN 2025 (ASEAN
Community Vision 2025)1 , hala tuju strategik sepuluh tahun ASEAN, yang berhasrat
mewujudkan komuniti ASEAN yang berorientasikan rakyat, berpaksikan rakyat, "di
mana rakyat menikmati hak asasi manusia dan kebebasan asasi, kualiti hidup yang
lebih tinggi dan faedah pembangunan masyarakat." Secara khusus, Rangka Tindakan
Komuniti Socio-Budaya ASEAN 2025 (ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC)
Blueprint 2025) menggariskan langkah-langkah strategik khusus yang bertujuan untuk
mengurangkan halangan dan memastikan kebolehcapaian O Perkembangan dasar-
dasar penting di ASEAN untuk memacu hak asasi dan kebajikan Orang Kurang Upaya
adalah diinspirasi dan menyumbang kepada pembangunan global. Antara yang paling
utama ialah Agenda Pembangunan Lestari 2030 (2030 Agenda on Sustainable
Development) dengan teras dasarnya bahawa tiada sesiapa tercicir yang sejajar
dengan Visi ASEAN yang berorientasikan rakyat, berpaksikan rakyat. The Incheon
Strategy to “Make the Right Real” for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific
menggesa penggalakan penyertaan Orang Kurang Upaya dengan menghapuskan
halangan dan meningkatkan aksesibiliti serta memastikan responsif gender, melalui
pendekatan yang merentasi sektor dan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.
The Sendai Framework for Disaster Risk Reduction menggesa kepada tindakan
15
merangkumi Orang Kurang Upaya terhadap bencana dan pemulihan daripada
bencana supaya membina daya tahan Orang Kurang Upaya dan mengiktiraf peranan
signifikan mereka dalam menilai risiko dan reka bentuk program. The New Urban
Agenda menyeru kepada "pencapaian progresif kepada perumahan yang mencukupi
untuk semua orang sebagai rang Kurang Upaya di samping menggalakkan dan
melindungi hak asasi mereka.
Perkembangan dasar-dasar penting di ASEAN untuk memacu hak asasi dan
kebajikan Orang Kurang Upaya adalah diinspirasi dan menyumbang kepada
pembangunan global. Antara yang paling utama ialah Agenda Pembangunan Lestari
2030 (2030 Agenda on Sustainable Development) dengan teras dasarnya bahawa
tiada sesiapa tercicir yang sejajar dengan Visi ASEAN yang berorientasikan rakyat,
berpaksikan rakyat. The Incheon Strategy to “Make the Right Real” for Persons with
Disabilities in Asia and the Pacific menggesa penggalakan penyertaan Orang Kurang
Upaya dengan menghapuskan halangan dan meningkatkan aksesibiliti serta
memastikan responsif gender, melalui pendekatan yang merentasi sektor dan
penglibatan pelbagai pihak berkepentingan. The Sendai Framework for Disaster Risk
Reduction menggesa kepada tindakan merangkumi Orang Kurang Upaya terhadap
bencana dan pemulihan daripada bencana supaya membina daya tahan Orang
Kurang Upaya dan mengiktiraf peranan signifikan mereka dalam menilai risiko dan
reka bentuk program. The New Urban Agenda menyeru kepada "pencapaian progresif
kepada perumahan yang mencukupi untuk semua orang sebagai komponen hak
terhadap taraf hidup yang memuaskan", termasuk Orang Kurang Upaya. Agenda ini
juga menyeru penggalakan "langkah-langkah sesuai di bandar dan penempatan orang
yang memudahkan akses kepada Orang Kurang Upaya secara sama rata dengan
orang lain dalam persekitaran fizikal bandar, khususnya ruang awam, pengangkutan
awam, perumahan, pendidikan dan kemudahan kesihatan, maklumat dan komuniti
awam (termasuk teknologi maklumat dan komunikasi dan sistem) serta kemudahan
dan perkhidmatan lain yang terbuka atau disediakan kepada orang awam, di kawasan
bandar dan luar bandar". Akhir sekali, agenda ini menggalakkan "penyertaan dan
kerjasama yang berkesan di kalangan semua pihak berkepentingan yang berkaitan,
termasuk Orang Kurang Upaya, untuk mengenal pasti peluang bagi pembangunan
ekonomi bandar dan menangani cabaran sedia ada dan yang baru". Perkembangan
16
global ini, antara lain, mempengaruhi dan membentuk landskap dasar di ASEAN
mengenai Orang Kurang Upaya.
Pelan Induk Pengupayaan juga bertujuan untuk melengkapi dan mengukuhkan
Visi Komuniti ASEAN 2025 dalam Mengarusperdanakan Hak Asasi Orang Kurang
Upaya yang merentasi ketiga-tiga tonggak Komuniti ASEAN dan memupuk komitmen
negara anggota ke arah komuniti yang inklusif. Pelan ini berpandukan prinsip asas
bahawa semua tindakan yang berkaitan dengan Orang Kurang Upaya sama ada yang
dilaksanakan oleh individu, institusi kebajikan sosial awam atau swasta, mahkamah
perundangan, pihak berkuasa pentadbiran atau badan atau entiti perundangan,
kepentingan dan keperluan mereka mesti dipertimbangkan, menyedari bahawa
penyertaan dan mengarusperdanakan hendaklah dipromosikan dan pendekatan
khusus dianggap sebagai usaha terakhir. Oleh sebab ASEAN mensasarkan untuk
mencapai pembangunan mampan selaras dengan Agenda 2030, Pelan Induk
Pengupayaan berfungsi sebagai instrumen utama dalam memacu dasar dan program
yang inklusif bagi Orang Kurang Upaya.
Orang Kurang Upaya, persatuan Orang Kurang Upaya, pegawai kerajaan yang
berkaitan, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain hendaklah
dilibatkan dalam aktiviti pembangunan kapasiti supaya mereka berpeluang
memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran bersesuaian untuk
menjadikan komitmen antarabangsa sebagai sesuatu yang berhasil di peringkat
komuniti dan menggiatkan penyertaan Orang Kurang Upaya. Aktiviti pembangunan
kapasiti akan tertumpu kepada peluang yang sama dan saksama untuk penyertaan
sosial dan ekonomi, termasuklah bidang kesihatan, pendidikan, pekerjaan,
perkhidmatan awam, inovasi teknologi, penglibatan kewangan, keusahawanan,
penyesuaian munasabah pada pelbagai perkhidmatan dan mewujudkan persekitaran
inklusif untuk proses kehakiman dan politik, acara sosial dan aktiviti riadah.
Sumber: ASEAN Charter, 2007
ASEAN Human Rights Declaration, 2012
ASEAN Community Vision 2025, 2015
17
1.3.2 Dasar Kebangsaan Terhadap Pendidikan Inklusif
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA:
PELAN TINDAKAN :
MENGANJAK KEPADA PENDIDIKAN INKLUSIF
GELOMBANG 3 (2021 – 2025) :
MENILAI DAN MENYATUKAN INISIATIF
Menilai kejayaan semua inisiatif yang dilaksanakan
dalam dua gelombang sebelum ini
Membangunkan pelan tindakan masa depan
Melengkapi setiap guru dengan pengetahuan asas
pendidikan khas
Mendapatkan 75% murid bekeperluan khas
mendaftar dalam program pendidikan inklusif
menjelang 2025
1.4 Program Pendidikan Khas Kementerian Muridan Malaysia (KPM)
Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas (SKPK)
Program Pendidikan Inklusif
(PPI)
Program Pendidikan Khas
Intergrasi (PPKI)
18
1.4.1 Sekolah Khas
Berada di bawah kelolalaan Bahagian Pendidikan Khas KPM
Disediakan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran.
Contoh : SKPK Princess Elizabeth, SKPK Alma, SKPK Indera Mahkota,
Pahang,
Menyediakan 4 tahap persekolahan iaitu :
i. Prasekolah - Untuk murid 5 tahun ke bawah
ii. Pendidikan rendah - Untuk murid 6 tahun sehingga 14 tahun
iii. Pendidikan menengah - Untuk murid 13 tahun sehingga 19 tahun
Terbahagi kepada 2 iaitu aliran iaitu;
Akademik ( menduduki PMR, SPM)
Vokasional (perladangan, jahitan)
iv. Pendidikan pasca pendengaran
Khas untuk murid masalah pendengaran dalam bidang teknikal (elektrik,
hotel, fasion)
1.4.2 Program Pendidikan Inklusif
Berada di bawah Jabatan Pendidikan Negeri. Terdiri daripada inklusif penuh dan
separa inklusif :
Objektif :
Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam
persekitaran tanpa halangan
membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum
memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi
meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka
meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti
tentang kepelbagaian keupayaan MBK
19
1.4.3 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Program yang diadakan di sekolah harian biasa.
Diwujudkan di sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan,
sekolah teknik @ sekolah vokasional.
Mengamalkan separa inklusif
o Contoh : SK Indera Mahkota, SK Kajang
MBK berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan
sesuai.
Potensi dan bakat MBK perlu dikembangkan melalui pendidikan
vokasional untuk meningkatkan kualiti hidup.
MBK diberi peluang untuk mendapat intervensi agar keupayaan mereka
dapat dioptimumkan
MBK yang berpotensi sebolehnya ditempatkan secara inklusif di aliran
perdana
1.5 Pelaksanaan Pendekatan pendidikan inklusif
Terdiri daripada inklusif penuh dan separa inklusif :
1.5.1 Inklusif Penuh :
MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana.
MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata muridan akademik
berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang
1.5.2 diubahsuai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan
sokongan.
Inklusif Separa
MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata muridan
akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu
sahaja mengikut keupayaan mereka.
MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata muridan akademik
adalah berasaskan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan
yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan perkhidmatan
sokongan.
Inklusif separa bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum adalah
berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka.
20
1.6 Proses pemilihan murid Pendidikan Inklusif
1.6.1 Kriteria Pemilihan
• Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi murid
berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang
dikenalpasti boleh :
- Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran
perdana
- Bersosialisasi
- Menduduki peperiksaan awam
1.6.2 Penempatan
• Jawatankuasa Pendidikan Inklusif Sekolah akan menetapkan kelas yang
sesuai berdasarkan pencapaian murid berkeperluan khas.
• Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa
• Merancang dan membina instrumen penilaian.
• Menetapkan mata murid dan yang bersesuaian bagi murid berkeperluan khas
dalam program pendidikan separa inklusif.
• Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan pencapaian murid berkeperluan
khas.
• Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa
• Merancang dan membina instrumen penilaian.
21
• Menetapkan mata murid dan yang bersesuaian bagi murid berkeperluan khas
dalam program pendidikan separa inklusif.
AKTIVITI 1
Anda dikehendaki membincangkan penempatan dan pelaksanaan inklusif penuh dan
inklusif separa. Di samping itu nyatakan implikasi yang mungkin dialami oleh murid
berkeperluan khas (MBK) jika tersilap penempatan.
Sila buat bacaan dan rujukan lain daripada sumber-sumber berkenaan bagi
menambah serta mengembangkan pengetahuan anda di bidang ini.
LAMAN WEB
https://www.emeraldgrouppublishing.com/archived/products/books/series.htm%
3Fid=1479-3636
Layari Video Untuk Melihat Kolaborasi Dalam Pelaksanaan Pendidikan
Inklusif
https://www.youtube.com/watch?v=7euYspGvBsY
https://www.youtube.com/watch?v=H90Po8tHbOU
https://www.youtube.com/watch?v=dj2dBLi7zvQ
https://www.youtube.com/watch?v=23Jes6PHzkk
https://www.youtube.com/watch?v=H90Po8tHbOU&list=PLfdPnYIUAlXAnH1K372p
FlgsMwNrhXm1D
https://www.youtube.com/watch?v=-3cPjY0DJ_M
22
PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy.
RUJUKAN
Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif (Siri Pendidikan
Guru). Shah Alam.Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Madhya Zhagan. (2016). Pendidikan Inklusif; Konseptual dan Amalan. Kuala Lumpur: Pusat
Jagaan Harian Melawati
Ainscow, M. (2015). Struggles for equity in education: The selected works of Mel
Ainscow. (1st ed.) (World Library of Educationalists). London: Routledge
Ainscow, M., Harris, J., & Carrington, S. (2017). Using Evidence to Promote Learning and
Equity in Schools. London: Routledge.
Gabel, S. L. and D. J. Connor (2014). Disability and Teaching. New York: Routledge.
Hamre, B., Morin, A. & Ydesen, C. (Eds.) (2018). Testing and inclusive schooling: international
challenges and opportunities. London, Routledge
23
UNIT 2 FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN
PENDIDIKAN INKLUSIF
2.1 SINOPSIS
Tajuk ini memberi fokus tentang perkhidmatan sokongan yang terdiri daripada
peralatan, infrastruktur dan masyarakat serta personel. Di samping itu kolaboratif
khidmat sokongan badan kerajaan dan bukan kerajaan dan kepentingannya kepada
murid berkeperluan khas yang mengikuti program pendidikan inklusif.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini anda dapat:
i. Menjelaskan tentang perkhidmatan sokongan yang terdiri daripada
peralatan, infrastruktur dan masyarakat serta personel.
ii. Menghuraikan tentang kepentingan kolaboratif khidmat sokongan badan
kerajaan dan bukan kerajaan dan kepentingannya kepada murid
berkeperluan yang mengikuti program pendidikan inklusif.
ISI KANDUNGAN
2.2 Perkhidmatan sokongan
• Cook & Friend, 1991 menyatakan khidmat sokongan sebagai satu gaya
perhubungan atau kolaborasi secara langsung sekurang-kurangnya
antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk
mencapai matlamat yang sama.
• Khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di
sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid
khas, guru, ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa.
• kefahaman tentang murid-murid khas bukan hanya dapat membantu
pihak sekolah dalam membatu mereka tetapi juga menghargai
kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah.
Bincangkan khidmat sokongan tentang perkara-perkara berikut :
Peralatan
Infrastruktur
24
Masyarakat
Personel
2.3 Kolaboratif khidmat sokongan badan kerajaan dan bukan kerajaan
Organisasi atau agensi yang menawarkan perkhidmatan :
• Kementerian Pelajaran Malaysia melalui program persekolahan
• Kementerian Kesihatan – Program imunisasi, Institusi kesihatan umum,
Bahagian pembangunan kesihatan keluarga
• Kem. Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat – perkhidmatan
pendaftaran, program pemulihan dalam komuniti, pemberian gran kpd.
pertubuhan sukarela.
• Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan bagi golongan yang
memerlukan bantuan kerajaan.
- Pelanggan JKM
- Orang berkeperluan khas
- Orang bermasalah disiplin
- Keluarga miskin
- Orang tanpa keluarga
- bekas banduan
- kes-kes tertentu- kes mahkamah.
Kumpulan Pelbagai Disiplin – Audiologi, Jurupulih cara kerja, ahli
perubatan, jurupulih pertuturan, ahli psikologi, persatuan ibu bapa,
NGO, dan lain-lain.
Badan Bukan Kerajaan (NGO)
• TASPUTRA
• NURY
• Pusat Kiwanis Down Syndrome
• Persatuan Orang Buta Malaysia
• Malaysian Care
• NASOM
• Wisma Harapan
• Pusat-pusat ini mempunyai peranan sendiri dalam memberikan perkhidmatan
kepada inidividu berkeperluan khas.
• mereka mempunyai sistem organisasi yang tersendiri
2.3.1 Kolaborasi Antara Ngo Dan Kerajaan
• Menerima kanak-kanak yang tidak boleh dididik dalam sistem persekolahan
25
• Memberi perkhidmatan tambahan kepada kanak-kanak yang menerima
pendidikan di sekolah
• Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan
• Memberi input idea-idea menambah maju sistem pendidikan dalam mesyuarat
• Merujuk kanak-kanak ke Program yang sesuai
• Menerima jurupulih daripada institusi-institusi kerajaan.
AKTIVITI 2
Anda dikehendaki membincangkan kepentingan antara pihak yang
terlibat dalam program pendidikan khas iaitu:
a. Jabatan Kebajikan Masyarakat
b. Pihak Kementerian Kesihatan
Sekarang, cuba lihat pula contoh organisasi bagi sebuah NGO di
laman sesawang dan bincangkan kepentingan organisasinya.
.
AKTIVITI 3
Anda dikehendaki membincangkan kepentingan kerjasama kumpulan pelbagai
disiplin dalam menjayakan pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah
Sila buat bacaan dan rujukan lain daripada sumber-sumber berkenaan bagi
menambah serta mengembangkan pengetahuan anda di bidang ini.
LAMAN WEB
https://aleshaintrotoexceptionalities.weebly.com/inclusion-and-multidisciplinary-
collaboration.html
https://study.com/academy/lesson/multidisciplinary-teams-in-special-education-
members-roles-functions.html
https://ideas.repec.org/a/lum/rev10b/v1y2010ip52.html
26
PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah
dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy.
Layari Video Untuk Melihat Kolaborasi Dalam Pelaksanaan Pendidikan
Inklusif
https://www.youtube.com/watch?v=sZu1CwSfm0g&t=21s
https://www.youtube.com/watch?v=H90Po8tHbOU&list=PLfdPnYIUAlXAnH1K372p
FlgsMwNrhXm1D
https://www.youtube.com/watch?v=hgnuj3M9MbI
https://www.youtube.com/watch?v=85HUMHBXJf4
https://www.youtube.com/watch?v=CMBO3pzPAqk
https://www.youtube.com/watch?v=mp3t5iiH23k
https://www.youtube.com/watch?v=_9Xk633uL4
Buat catatan penting berkaitan maklumat yang anda perolehi melalui
video yang anda tonton tersebut
27
RUJUKAN
Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif (Siri Pendidikan
Guru). Shah Alam.Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Madhya Zhagan. (2016). Pendidikan Inklusif; Konseptual dan Amalan. Kuala Lumpur: Pusat
Jagaan Harian Melawati
Ainscow, M. (2015). Struggles for equity in education: The selected works of Mel
Ainscow. (1st ed.) (World Library of Educationalists). London: Routledge
Ainscow, M., Harris, J., & Carrington, S. (2017). Using Evidence to Promote Learning and
Equity in Schools. London: Routledge.
Gabel, S. L. and D. J. Connor (2014). Disability and Teaching. New York: Routledge.
Hamre, B., Morin, A. & Ydesen, C. (Eds.) (2018). Testing and inclusive schooling: international
challenges and opportunities. London, Routledge
28
UNIT 3 PEDAGOGI INKLUSIF BAGI BIDANG TERAS
3.1 SINOPSIS
Tajuk ini menumpukan tentang Konsep asas pedagogi inklusif, Adaptasi kurikulum
dan bahan pengajaran serta Strategi dan teknik pengajaran murid berkeperluan khas
pembelajaran, penglihatan dan pendengaran. Di samping itu topik ini juga
menghuraikan tentang pendekatan pengajaran secara kolaboratif dan penggunaan
alat berbantu dan teknologi dalam pedagogi inklusif.
3.2 HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir tajuk ini, anda akan dapat :
a) Menjelaskan tentang konsep asas pedagogi inklusif
b) Membincangkan tentang adaptasi kurikulum dan bahan pengajaran serta
strategi dan teknik pengajaran murid berkeperluan khas pembelajaran,
penglihatan dan pendengaran
c) Menghuraikan tentang pengajaran kolaboratif alat berbantu dan teknologi
dalam pedagogi inklusif.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
PEDAGOGI
INKLUSIF BAGI
BIDANG TERAS
Adaptasi Strategi Dan Pengajaran Alat berbantu dan
Kurikulum Dan Kolaboratif teknologi dalam
Bahan Pengajaran Teknik Pengajaran pedagogi inklusif
MBK
29
3.3 ISI KANDUNGAN
3.3.1 Konsep asas pedagogi inklusif
• Florian (2013), . . . inclusion mengambil kira kepelbagaian tahap kemampuan
dan keupayaan, mewujudkan peluang-peluang pembelajaran yang cukup untuk
semua pelajar dan bukannya mengecualikan mereka daripada apa yang
lazimnya berlaku di dalam bilik darjah.
• Elemen inklusif - penekanan bagi memberi ruang dan peluang untuk semua
murid yang berbeza tahap supaya murid dapat melakukan aktiviti berdasarkan
kemampuan mereka, selari dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran
yang dihasratkan.
• Moriaty (2007), pedagogi inklusif memberi peluang untuk semua murid tanpa
mengira jantina serta status sosioekonomi, bangsa atau kebolehan kognitif. . . .
pelbagai gaya pembelajaran membolehkan murid mencapai hasil pembelajaran
yang dihasratkan.
• Booth et. al (2000), . . . “Pedagogi inklusif ialah proses meningkatkan
penglibatan murid dan mengurangkan jurang sosiobudaya, komuniti dan
kurikulum sekolah aliran perdana.”
• Rumusannya Pedagogi Inkusif bermaksud : Proses PdPc yang khusus untuk
pelbagai kebolehan, kemahiran, perbezaan jantina, kekurangan yang dialami
oleh murid dalam sesebuah kelas.
3.3.2 Adaptasi Kurikulum dan Bahan Pengajaran
Adaptasi kurikulum (juga dipanggil penyesuaian kurikulum) adalah digunakan dalam
pendidikan untuk membantu pelajar berkeperluan pendidikan khas. Secara umum,
mereka terdiri daripada mengubahsuai aspek sukatan pelajaran atau kaedah
pengajaran atau bahan bantu pengajaran dan pembelajaran, supaya objektif
pendidikan dapat dicapai untuk semua murid.
Salah satu masalah utama sistem pendidikan adalah perlu menggunakan
model yang diseragamkan untuk semua murid, tidak mengambil kira perbezaan
individu. Adaptasi (penyesuaian) kurikulum akan berfungsi untuk membetulkan
kegagalan sistem ini.
Penyesuaian kurikulum akses kepada kurikulum
Penyesuaian kurikulum individu
Adaptasi kurikulum untuk murid yang mempunyai keupayaan tinggi
Penggunaan teknik penilaian yang berbeza
Perubahan dalam kandungan yang akan dikaji
Pengembangan kandungan
Bergantung kepada aspek-aspek program pendidikan yang diubah suai, terdapat
pelbagai format penyesuaian kurikulum. Langkah ini antara dua ekstrem: di satu pihak
ada perubahan kecil yang dibuat oleh guru dalam ajaran harian mereka, dan
sebaliknya, perubahan yang mengubah kurikulum dengan jelas.Terdapat tiga jenis
penyesuaian kurikulum:
30
akses kepada kurikulum,
individu
murid yang mempunyai kebolehan yang tinggi.
Jenis penyesuaian kurikulum pertama ini terdiri daripada mengubahsuai aspek
tertentu dari kaedah pengajaran, supaya murid yang mempunyai beberapa
keistimewaan fizikal atau kognitif dapat mengkaji kurikulum pendidikan biasa.
Proses P&P yang menggunakan BBM sangatlah memberi kesan yang positif
kepada diri pelajar. Menurut Mohd Yasin et al. (2013) dalam dapatan kajian beliau
menyatakan bahawa BBM responden masih lagi tidak mencukupi terutama BBM yang
melibatkan ICT yang terkini. Pengkaji juga berpendapat penggunaan BBM adalah satu
cara untuk meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi pelajar-pelajar kerana tanpa
BBM, proses P&P akan kurang kualiti dan efektif serta pencapaian akademik akan
menurun. Oleh itu, semua guru perlu melaksanakan penggunaan BBM dalam P&P
mereka bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek. Selain itu,
penggunaan BBM dalam P&P di sekolah memerlukan kesediaan guru dari aspek
amalan, kemahiran dan sikap mereka supaya penggunaan BBM dalam P&P berjalan
dengan berkesan dan berkualiti.
Walau bagaimanapun, masih ada lagi di kalangan guru-guru yang kurang
berminat menggunakan BBM dalam P&P. Oleh itu, guru kurang percaya dengan
amalan menggunakan BBM boleh menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi
pelajar dalam proses P&P. Menurut Kamus Dewan (2015), sikap bermaksud lakuan,
kelakuan, perangai atau tingkah laku. Sehubungan dengan itu, guru yang cekap
menguruskan aktiviti P&P dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang
berketerampilan, berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan setiap perlakuan
guru akan menjadi kesan kepada pencapaian pelajar (Stapa et. al. 2012). Di samping
itu, guru perlulah menjadikan pengajaran yang lebih kepada berpusatkan murid supaya
guru mudah membentuk dan menerapkan nilai-nilai serta amalan yang baik agar dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti dari pelbagai aspek.
Sehubungan ini, program inklusif di PPKI(BP) dilaksanakan memandangkan ia
membuka peluang kepada MBK mendapat pendidikan yang lebih baik, mengizinkan
mereka mendapat peluang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah biasa, bergaul dan bermasyarakat bersama-sama murid-murid tipikal,
mengalami situasi dan suasana pembelajaran yang lebih normal sebagaimana murid-
murid aliran perdana yang lain. Ia juga bertepatan dengan ketetapan „Public Low 94-
142 part B‟ yang dipetik dari Voughn, Bos dan Schumm (2003) yang menyatakan
bahawa undang-undang yang telah dimaktubkan dalam tahun 1975 di peringkat
antarabangsa ini telah memberi peluang pendidikan kepada semua pelajar
berkeperluan khas. Ia menghendaki agar semua negara menyediakan kemudahan
kepada golongan ini untuk mengikuti pendidikan awam sepenuhnya seawal usia 5
tahun hingga 18 tahun di samping memperkenal dan melaksanakan konsep “least
restrictif invirontment” di mana murid-murid berkeperluan khas diberikan hak
mendapatkan pendidikan dalam suasana yang tidak terhad.
31
3.3.3 Strategi dan Teknik Pengajaran Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran,
Penglihatan dan Pendengaran
Strategi dan Teknik Pengajaran Murid Berkeperluan Khas digunakan untuk menjadikan
pendidikan lebih mudah diakses oleh kumpulan tertentu, seperti mereka yang
mempunyai beberapa jenis sensori atau gangguan motor. Sebaliknya, mereka boleh
dibahagikan kepada penyesuaian akses fizikal dan akses kepada komunikasi.
Adakah pengubahsuaian beberapa aspek material persekitaran pendidikan
untuk membolehkan akses kepada MBK dengan keperluan khusus dalam hal ini.
Sebagai contoh, kemasukan landasan atau lif untuk orang-orang di kerusi roda,
perabot yang disesuaikan atau kemasukan kakitangan sokongan di dalam bilik darjah
untuk membantu murid yang mengalami masalah motor serius.
Penyelarasan yang berkaitan dengan bahan pengajaran yang berbeza yang
diubah suai untuk menyesuaikan diri dengan keperluan kumpulan murid tertentu.
Beberapa contohnya adalah buku-buku yang ditulis dalam braille untuk murid masalah
penglihatan atau rakaman audio bahan-bahan sekolah bagi mereka yang mengalami
disleksia.
Penyesuaian strategi dan teknik pengajaran murid berkeperluan khas (MBK) ini
adalah satu siri perubahan dalam kurikulum pendidikan yang dibuat untuk
menyesuaikan pengetahuan untuk memperoleh upaya belajar bagi setiap murid. Ciri
utama penyesuaian strategi dan teknik pengajaran ini adalah ia mesti dilakukan secara
individu untuk setiap murid dengan keperluan pendidikan khas. Bergantung pada
kedalaman perubahan yang dibuat, mereka dibahagikan kepada penyesuaian yang
tidak penting dan penyesuaian yang ketara.
Penyesuaian strategi dan teknik pengajaran murid berkeperluan khas (MBK)
ini sepatutnya digunakan dalam hampir semua kes, melainkan jika seorang murid
memerlukan bantuan yang sangat spesifik untuk memperoleh pengetahuan asas. Bagi
murid yang mempunyai keperluan khas tertentu, kaedah penilaian yang berbeza
daripada ujian tradisional boleh digunakan. Sebagai contoh, dalam kes murid buta atau
disleksia, kaedah penilaian ini boleh digantikan dengan ujian lisan..
3.3.4 Pengajaran kolaboratif
Kolaboratif bermaksud kerjasama erat antara dua pihak atau lebih. Ertinya pula
boleh ditafsirkan sebagai berusaha bersama-sama untuk mencapai sesuatu
matlamat yang sama. Kolaboratif ialah suatu tindakan berkongsi pengetahuan, idea
dan tanggungjawab bersama dalam kalangan profesional dalam pengajaran
bagi tujuan implementasi PdP (Schmith dan Cagran, 2008).
Isu yang sering kali ditemui dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI)
adalah guru guru mata pelajaran arus perdana menghadapi masalah dalam
pelaksanaan pengajaran untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK). Bagi
melaksanakan PdP secara kolaboratif ini, guru-guru mata pelajaran arus perdana
di PPI sangat memerlukan bantuan dari segi khidmat kepakaran daripada
seorang guru resos. Dengan menempatkan guru resos di PPI diharapkan PdP
32
yang berkesan secara kolaboratif dapat dilaksanakan bagi mengatasi segala
kelemahan serta permasalahan yang berlaku dikelas inklusif.
Mengikut Nind et al. (2005) inklusif bermaksud membekalkan semua murid di
dalam kelas arus perdana dengan program pendidikan bermakna dan mencabar
yang mana kemudian menggerakkan keupayaan mereka selain keperluan mereka
dipenuhi dengan sebaik mungkin melalui pelbagai sumber sokongan dan bantuan.
Bagi sekolah yang menjalankan program inklusif mereka perlu lebih daripada
itu. Sekolah merupakan kepunyaan semua, maka semua warganya diterima,
diberikan sokongan dan dibantu juga oleh rakan rakan sebaya serta komuniti
sekolah tersebut dalam usaha untuk mendapatkan keperluan pendidikan yang
mereka perlukan (Nind et al. 2005). PPI adalah program untuk MBK yang mampu
mengikuti kurikulum arus perdana dengan sedikit adaptasi dan akomodasi strategi
pengajaran.
Bagi menjayakan perlaksanaan program inklusif ini, guru pendidikan khas
perlulah memainkan peranan sepenuhnya dengan bertindak sebagai guru resos yang
sangat efektif. Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru aliran perdana dalam
mengendalikan pelajar khas, membantu menyediakan peralatan yang diperlukan, serta
sentiasa dapat memberikan maklumat terperinci dan ilmu berkaitan pelajar khas yang
menyertai program inklusif tentunya dapat mengurangkan masalah dan banyak
membantu guru perdana mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
baik. Ianya mendapat sokongan Ahmad Zailani (2011) menyatakan guru resos dan
guru biasa perlu menggunakan kaedah koperatif dan kolaboratif dalam mengendalikan
kelas inklusif. Akan tetapi, hubungan kerjasama ini tidak dapat direalisasikan
sepenuhnya bila mana tiada khidmat guru resos disediakan oleh pihak unit pendidikan
khas sekolah di kebanyakan program inklusif yang dijalankan. Perkara ini mungkin
menjadi salah satu punca kepada gagalnya perlaksanaan program inklusif yang
berkesan. Dapatan kajian Mohd. Hanafi, Hasnah dan Shahruddin (2008) menunjukkan
bahawa semua pengurus sekolah menengah harian menyatakan mereka tidak pernah
mendapat khidmat bagi membantu mereka melaksanakan program tersebut.
Murid program inklusif sangat memerlukan khidmat guru damping untuk
membantu mereka dari berbagai segi memandangkan guru-guru damping ini biasanya
terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan mengenai
keperluan dan cara mengajar murid MBK dengan lebih tepat dan bersesuaian.
Pendapat yang hampir sama turut dikemukakan oleh Kamaliah dan Wan Amimah
(2010) yang menyatakan bahawa istimewanya ialah setiap kelas inklusif akan
mendapat khidmat guru pendamping dari NASOM. Pelajar inklusif didapati mampu
menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik sekiranya khidmat guru damping
yang tepat digunakan bagi membantu mereka semasa mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah perdana. Ini dibuktikan oleh dapatan Kamaliah dan
Wan Amimah (2010) juga dengan kenyataannya bahawa semua murid autistik telah
menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti
tingkahlaku, komunikasi dan pencapaian akademik. Namun, perkhidmatan ini tidak
banyak dibekalkan walaupun pelajar inklusif sangat memerlukannya.
Memandangkan tugas mengajar dan mengawal murid MBK ini sangat
mencabar bagi guru-guru perdana terutama bagi yang tidak berpengalaman mahupun
yang tidak mendapat pendedahan mengenainya, maka tentulah perkara ini
menimbulkan rasa kurang selesa dan terbeban di kalangan guru perdana ini. Kadang
33
kala dapat juga didengari rungutan di kalangan mereka ini menyatakan rasa tidak puas
hati sebagaimana kenyataan Sue (2012) yang berpendapat timbul persoalan kenapa
guru pendidikan khas sendiri tidak mengajar anak murid mereka, kenapa perlu
dihantar ke kelas aliran perdana dan pelbagai soalan lagi. Malah ada juga yang
menganggap pihak guru pendidikan khas cuba bersikap lepas tangan daripada
tanggungjawab mereka. Dalam melaksanakan program inklusif ini semua pihak yang
terlibat dengannya samada secara langsung mahupun tidak langsung perlu tahu dan
faham mengapa program inklusif ini perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
3.3.5 Alat berbantu dan teknologi dalam pedagogi inklusif
Alat Bantuan Pendidikan : Strategi, Modifikasi Dan Teknik Pengajaran murid
Masalah Penglihatan
Pelajar khas masalah penglihatan belajar mengikut sukatan pelajaran sama dengan
aliran perdana, kurikulum yang sama. Cuma yang membezakan ialah pendekatan,
teknik dan kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Soalan –soalan dalam
peperiksaan yang dimodikasikan untuk kesesuaian pelajar.
Kanak-kanak buta
Buku bacaan teks braille (emboser atau mesin braille)
Mesin Braille untuk menulis dan membaca
Braille note taker (peranti terkini)
Menggunaan Rakaman audio bersuara
Perisian pembaca skrin komputer bersuara iaitu Jaws atau NVDA
Gambar rajah tactile (thermorform)
34
Kanak-Kanak Low Vision (Penglihatan Terhad )
- Kanta pembesar
- Teropong
- Pocket Magnifier
- CCTV
35
Strategi pengajaran
Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan
yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah, mesin
braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi,
bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio,
thermorform, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand
magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.
Persediaan guru mengajar murid khas :
a) Ketidakupayaan visual
Adakah murid tidak boleh melihat langsung?
Jika penglihatan terhad,bagaimana tahapnya?
I Laporan pendidikan
II Laporan kesihatan
b) Murid
Menjalankan aktiviti harian
(cth: membaca, menulis, mengambil nota)
Bagaimana ia berfungsi dalam pelbagai suasana visual
(cth: cahaya, kontras, kebiasaan persekitaran)
c) Gather interview information
ü Berbual dengan murid berkenaan, guru kelas, related services providers, ibu
bapa, ahli keluarga, penjaga
d) Conduct the formal functional vision assessment
Bagi mendapatkan maklumat tambahan dan terkini berkaitan tahap kefungsian
deria penglihatan (cth: dalam menentukan saiz dan font yang bersesuaian)
36
Pelajar khas masalah penglihatan belajar mengikut sukatan pelajaran sama
dengan aliran perdana, kurikulum yang sama. Cuma yang membezakan ialah
pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.Soalan –soalan dalam
peperiksaan yang dimodikasikan untuk kesesuaian pelajar.
37
Modifikasi teknik pengajaran dan pembelajaran murid MBK masalah
penglihatan (Buta)
Komunikasi guru kena jelas dan mudah difahami tidak terlalu laju
Kedudukan murid di dalam kelas. Berada di meja hadapan
Ikut kesesuaian ada guru yang memberi kebenaran untuk mereka
menggunakan perakam audio
Sentiasa peka dengan keperluan murid.
Sekiranya bahan bergambar guru boleh berikan penerangan terhadap
gambar tersebut secara terperinci.
Kebiasaannya rakan-rakan normal akan membantu mereka dan akan
duduk bersebelahan mereka.
Modifikasi teknik pengajaran dan pembelajaran murid MBK masalah
penglihatan low vision (penglihatan terhad)
Duduk di meja hadapan
Pencahayaan amat penting tetapi ada juga sebahagian kanak-kanak
sensitif dengan cahaya dan tidak mahu terlalu terang terutama kanak-
kanak albino.
Penggunaan kanta dan portable CCTV
Bahan pembelajaran, buku large print
38
Tugasan 1
Nyatakan kemahiran berkolaborasi yang diperlukan oleh guru pendidikan khas dan
guru arus perdana bagi menjayakan program pendidikan inklusif
AKTIVITI 4
Anda dikehendaki menghuraikan tentang cara-cara meningkatkan kemahiran
menggunakan alat bantu yang diadaptasi untuk MBK masalah penglihatan dan MBK
masalah pendengaran yang belajar di kelas inklusif.
Sila buat bacaan dan rujukan lain daripada sumber-sumber berkenaan bagi
menambah serta mengembangkan pengetahuan anda di bidang ini.
LAMAN WEB
https://oxfordre.com/education/view/10.1093/acrefore/9780190264093.001.000
1/acrefore-9780190264093-e-148
http://rehabcouncil.nic.in/writereaddata/Block2accie.pdf
https://www.researchgate.net/publication/263565343_Pedagogy_of_Inclusion_
A_Quest_for_Inclusive_Teaching_and_Learning
PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah
dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy.
39
Layari Video Untuk Melihat Pelaksanaan Pedagogi Inklusif
https://www.youtube.com/watch?v=ulI04f8PTQY
https://www.youtube.com/watch?v=LeeDwzZwTj8
https://www.youtube.com/watch?v=wzxZuPI8uQ0
https://www.youtube.com/watch?v=00sRVmZa_zg
https://www.youtube.com/watch?v=O0xdaCEqrU0
Buat catatan penting berkaitan maklumat yang anda perolehi melalui
video yang anda tonton tersebut
RUJUKAN
Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif (Siri Pendidikan
Guru). Shah Alam.Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Madhya Zhagan. (2016). Pendidikan Inklusif; Konseptual dan Amalan. Kuala Lumpur: Pusat
Jagaan Harian Melawati
Ainscow, M. (2015). Struggles for equity in education: The selected works of Mel
Ainscow. (1st ed.) (World Library of Educationalists). London: Routledge
Ainscow, M., Harris, J., & Carrington, S. (2017). Using Evidence to Promote Learning and
Equity in Schools. London: Routledge.
Gabel, S. L. and D. J. Connor (2014). Disability and Teaching. New York: Routledge.
Hamre, B., Morin, A. & Ydesen, C. (Eds.) (2018). Testing and inclusive schooling: international
challenges and opportunities. London, Routledge
40
UNIT 4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DALAM
PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
3.1 SINOPSIS
Tajuk ini menumpukan tentang peranan dan tanggungjawab dalam pelaksanaan
Program Pendidikan Inklusif. Di samping itu topik ini juga menghuraikan tentang pihak-
pihak yang berkepentingan (Pemegang Taruh) dalam pelaksanaan pendidikan
inklusif. Tajuk ini juga membincangkan tentang isu dan cabaran dalam pelaksanaan
pendidikan inklusif.
3.2 HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir tajuk ini, anda akan dapat :
a) Menjelaskan tentang peranan pentadbir sekolah, guru arus perdana, guru
resos/pendamping dan guru pendidikan khas dalam pelaksanaan pendidikan
inklusif.
b) Membincangkan tentang peranan murid dan ibu bapa dalam pelaksanaan
pendidikan inklusif.
c) Menghuraikan tentang peranan badan kerajaan dan bukan kerajaan
dalam pelaksanaan pendidikan inklusif.
d) Membincangkan tentang Isu dan cabaran dalam pelaksanaan Pendidikan
Inklusif.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Peranan dan
tanggungjawab dalam
pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif
• Pentadbir sekolah Murid dan ibu bapa Badan kerajaan dan Isu dan cabaran dalam
bukan kerajaan pelaksanaan Pendidikan
• Guru arus perdana Inklusif
• Guru
resos/pendamping
• Guru pendidikan khas
41
3.3 ISI KANDUNGAN
Dalam tajuk ini kita akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang peranan
dan tanggungjawab dalam pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif. Di samping itu
topik ini juga menghuraikan tentang pihak-pihak yang berkepentingan (Pemegang
Taruh) dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Tajuk ini juga membincangkan
tentang isu dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif.
3.3.1 Pentadbir sekolah
Pentadbir sekolah membentuk visi kejayaan akademik untuk semua murid Mewujudkan
iklim yang mesra kepada pendidikan. Memupuk kepimpinan dalam diri individu lain serta
menambah baik pengajaran dan mengurus manusia, data dan proses.
ORGANISASI SEKOLAH
Peranan & Tanggungjawab Pentadbir Sekolah 42
Pengetua/Guru Besar:
i. Melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan.
ii. Menubuhkan & menggerakkan JPPKS.
iii. Memastikan keperluan & bahan sokongan disediakan.
iv. Merancang & melaksana LDP berkaitan PPI untuk guru serta staf
sokongan.
v. Memantau pelaksanaan PPI secara berkala.
vi. Memastikan warga sekolah peka & faham tentang PPI.
GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Kokurikulum:
i. Membantu merancang & menyelaras pelaksanaan PPI.
ii. Membantu merancang & menyelaras keperluan bahan bantu belajar
serta kebajikan murid.
iii. Menyelaras permohonan Elaun Murid Khas (EMK).
GPK Pendidikan Khas / Penyelaras PPKI:
i. Membantu menyelaras PPI mengikut garis panduan yang disediakan.
ii. Membantu pentadbir menubuhkan & menguruskan mesyuarat
JPPKS.
iii. Merancang & mengurus MBK di PPKI ke PPI.
iv. Sediakan data berkaitan dengan PPI untuk keperluan JPN/PPD.
v. Memastikan warga sekolah peka & faham tentang PPI.
3.3.2 Guru arus perdana
Guru Mata Pelajaran (Arus Perdana):
• Menerima & melaksanakan PdP bagi MBK dalam kelas inklusif.
• Bekerjasama dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan
MBK.
• Berbincang dengan guru pendidikan khas untuk membantu
meningkatkan PdPc MBK.
• Menyediakan laporan atau maklumat berkaitan dengan disiplin bagi
murid yang terlibat.
• Membantu pentadbir melancarkan pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) .
• Bekerjasama dengan guru Pendidikan Khas berkaitan dengan
masalah tingkah laku MBK.
• Bekerjasama dengan guru Pendidikan Khas untuk melaksanakan
PPI.
43
3.3.3 Guru resos/pendamping
Kebiasaannya guru Pendidikan Khas berperanan sebagai guru pendamping untuk :
Membimbing dan membantu MBK semasa PdPc. Membantu menyediakan RPI MBK
melalui perbincangan dengan guru arus perdana. Bekerjasama dgn guru arus perdana
berkaitan dengan perkembangan murid.
44
3.3.4 Guru Pendidikan Khas
• Mengenal pasti MBK yg berada di kelas arus perdana ditempatkan dlm
Program Pendidikan Inklusif bagi sekolah yg tiada Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI). • Mengenal pasti MBK yg berada dlm kelas PPKI untuk
ditempatkan dalam PPI.
PERANAN GURU PEND KHAS
REKOD PENCAPAIAN AKADEMIK
PENILAIAN
KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MEREKODKAN & MELAPORKAN KEPUTUSAN
PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA /PENJAGA
PENGURUSAN
PRASARANA DAN
PERALATAN
PERANCANGAN
BERSAMA
PERANAN DAN
TANGGUNG-JAWAB
GURU MATA
PELAJARAN
45
3.3.5 Murid dan ibu bapa
Memastikan rakan MBK tidak dipinggirkan daripada aspek sosial dan akademik. Membina
hubungan yg positif dengan sekolah. Memberi galakan dan peneguhan serta kerja susulan
di rumah. Memberi sokongan PdP serta memberi sokongan moral dan motivasi
3.3.6 Badan Kerajaan Dan Bukan Kerajaan
• Mengadakan kolaborasi dengan pihak sekolah dan menyalurkan maklumat
pendidikan dan pengetahuan kepada murid.
• Bekerjasama dengan pihak pentadbir dan guru lain di sekolah dan agensi luar
untuk membantu murid bermasalah pembelajaran dari segi hal ehwal kebajikan
dan kesihatan.
4.0 Isu Dan Cabaran dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif
PERANCANGAN BERSAMA
BERSAMA MERANCANG PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF
MERANCANG DAN MELAKSANAKAN
PENILAIAN
DEDIKASI DAN KOMITMEN YANG TINGGI
LAYANAN DAN BIMBINGAN YANG
ADIL
46
PRASARANA DAN PERALATAN
ASPEK FIZIKAL KELAS
ASPEK FIZIKAL SEKOLAH
PERALATAN KHUSUS
MEMASTIKAN ALAT AN KHAS DISEDIAKAN
DAN BERFUNGSI DENGAN BAIK
BEKERJASAMA DENGAN GURU LAIN DI
SEKOLAH DAN AGENSI LUAR UNTUK
MEMBANTU MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN DARI SEGI HAL EHWAL
KEBAJIKAN DAN KESIHATAN.
MENGADAKAN KOLABORASI DENGAN PIHAK
LUAR DAN MENYALURKAN MAKLUMAT
PENDIDIKAN DAN PENGETAHUAN KEPADA
MURID
KELAS BIMBINGAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI
TAMBAHAN
Kurang kesedaran & empati Lack of awareness and empathy
Kurang pengesanan dan intervensi awal Lack of identification and early
intervention
Kurang akses ke sekolah Lack of access to schools
Kurang guru yang mahir & kompeten
Lack of sufficient certified and well-trained teachers / teacher aides
Sikap lebih kepada „terpaksa buat‟ / „will have to do‟ daripada „akan buat‟ &
„boleh buat‟ / „will do‟ & „can do‟
Penyebaran maklumat kurang berkesan
Pertambahan enrolmen murid LD (kadar berganda dalam 4 tahun)
Kurang menggunakan RPI (Rancangan Pendidikan Individu )
Tiada latihan bagi pemimpin dan guru di sekolah harian biasa
Kurang kesedaran dalam kalangan semua murid
Kurang penilaian dan diagnosis pencapaian murid
Kurang kemudahan infrastruktur di sekolah (eg ramps, seated toilets, railings)
47
Kurang inisiatif dalam mengenalpasti halangan dan mencari kaedah
penyelesaian masalah yang praktikal
Kerjasama & kolaborasi dengan ibu bapa kurang & perlu dipertingkatkan
Kelemahan kepimpinan (maklumbalas dan semakan penilaian)
Kekurangan tenaga sokongan dalam program latihan
AKTIVITI 5
Bincangkan isu-isu dan cabaran Pelaksanaan Pendidikan Inklusif
berdasarkan tugas dan tanggungjawab personel yang berikut:
Pentadbir sekolah
Guru arus perdana
Guru resos/pendamping
Guru pendidikan khas .
.
AKTIVITI 6
Senaraikan isu-isu terkini tentang pelaksaanaan program Pendidikan Inklusif yang
melibatkan murid dan ibu bapa. Bincangkan dalam kumpulan cadangan bagi
mengatasi permasalahan yang timbul daripada isu-isu tersebut.
Sila buat bacaan dan rujukan lain daripada sumber-sumber berkenaan bagi
menambah serta mengembangkan pengetahuan anda di bidang ini.
LAMAN WEB
https://cheroshilah.files.wordpress.com/2016/01/bidang-tugas-gpki-penglihatan.pdf
48
PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah
dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy.
Layari Video Untuk Melihat iSU-ISU dalam Pelaksanaan Pendidikan
Inklusif
https://www.youtube.com/watch?v=HU8RvRS-mMc
https://www.youtube.com/watch?v=_hwTSWAwWeI
Buat catatan penting berkaitan maklumat yang anda perolehi melalui
video yang anda tonton tersebut
RUJUKAN
Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif (Siri Pendidikan
Guru). Shah Alam.Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Madhya Zhagan. (2016). Pendidikan Inklusif; Konseptual dan Amalan. Kuala Lumpur: Pusat
Jagaan Harian Melawati
Ainscow, M. (2015). Struggles for equity in education: The selected works of Mel
Ainscow. (1st ed.) (World Library of Educationalists). London: Routledge
Ainscow, M., Harris, J., & Carrington, S. (2017). Using Evidence to Promote Learning and
Equity in Schools. London: Routledge.
Gabel, S. L. and D. J. Connor (2014). Disability and Teaching. New York: Routledge.
Hamre, B., Morin, A. & Ydesen, C. (Eds.) (2018). Testing and inclusive schooling: international
challenges and opportunities. London, Routledge
49
PENYELARAS MODUL PITO
(PENDIDIKAN INKLUSIF)
Nama Pegawai Akademik
Siti Nabilah Binti Kasidi Bidang Pendidikan Khas
Bil. Nama PANEL PENGGUBAL
1 Dr. Zawawi Bin Zahari
Kelayakan Akademik
Doktor Falsafah (Pendidikan Khas)
Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)
Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran)
Sijil Perguruan Asas
50