Bincangkan isu dan cabaran
dalam pelaksanaan Pendidikan
Inklusif berserta sokongan suber.
(Ibu bapa)
Oleh :
Arief, yassin, rosminah, ida, asiah, shar
Peranan ibu bapa dalam Pendidikan Inklusif
Sistem Pendidkan Malaysia hari ini mengalami perubahan yang
besar. Pelan Pembangunan Pendidikan (2012) telah merancang
agenda dan struktur pengurusan dan pentadbiran dengan
memfokuskan peranan ibu bapa bagi meningkatakan
keberhasilan pelajar.
Sehubungan dengan itu, ia akan diimplimentasikan dalam tiga
gelombang iaitu yang merupakan usaha awal untuk memberi
untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa terhadap
kepentingan penglibatan mereka di sekolah,
seterusnya gelombang kedua meliputi perancangan aktiviti untuk
membantu sekolah menarik minat penglibatan ibu bapa
dan akhirnya dalam gelombang ketiga berkaitan dengan usaha-
usaha yang dilaksanakan untuk mengekalkan budaya tersebut di
sekolah menerusi inovasi-inovasi yang berterusan.
Selain daripada itu, peranan ibu bapa juga
diberi perhatian kursus dalam sisitem pengurusan
sekolah Pendidikan Khas.
Keperluan Pelaksanaan Rancangan Pengajaran
Individu (RPI) dengan penglibatan ibu bapa
bagi memastikan keberkesanan kurikulum
pelajar.
Pelaksanaan RPI dapat melihat betapa
pentingnya peranan ibu bapa dalam
merancang,melaksana dan menilai bagi
mencapai perkembangan potensi diri murid ke
tahap yang optimum (Pekeliling iktisas bil 7/2014)
Model Program Pendidkan Khas intergarasi
sendiri merangkumi bidang akademik dan
bukan akademik dengan menyediakan
khidmat sokongan di dalam dan di luar bilik
darjah.
Jelaslah di sini Pendidikan Inklusif selaras
dengan Peraturan Pendidikan (Pendidkan
Khas) 2013.
Oleh yang demikan semua pihak harus
memainkan peranan yang penting
khususnya ibu bapa kerana ia memberi
impak yang besar terhadap
perkembangan murid itu sendiri.
Peranan ibu bapa adalah agen pengerak dalam
menjayakan Pendidikan Inklusif. Ia akan memberi impak
yang positif sekiranya ibu bapa berperanan secara aktif
dalam Pendidikan anak-anak, terutamanya anak
berkeperluan Pendidikan Khas ini. Ini serasa dengan objektif
program Pendidikan Inklusif itu sendiri iaitu
I. Memastikan murid berkeperluan khas mendapatkan
hak sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa
gangguan
II. Membina keyakinan diri murid berkeperluan kahs bagi
mencapai potensi yang optimum
III. Memastikan murid berkeperluan kahs dapat
menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi
meningkatkankemahiran kehidupan harian mereka
IV. Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga
sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan
murid berkeperluan Khas
(Garis Panduan Pendidkan Inklusif Bahagian Pendidikan Khas 2013)
Kerjasama ibu bapa dapat dilihat melalui penglibatan
mereka dengan aktiviti pembelajaran anak mereka.
Ia boleh dikategorikan kepada dua jenis penglibatan
iaitu penglibatan berasaskan sekolah dan penglibatan
berasaskan rumah (Hoover-Dempsey dan Sandler
2007).
Penglibatan berasaskan sekolah merujuk kepada
penglibatan ibu bapa dalam seminar keibu bapaan,
membantu guru dikelas dan ahli pembuat kepurtusan
sekolah (Cavkaytar 2007; Scorgie et al 2008).
Manakala Penglibatan berasaskan rumah termasukkan
bantuan ibuapa memantau anak-anak menyiaakan
kerja rumah, melatih membaca dan melaksanakan
aktiviti-aktiviti di rumah yang dapat meningkatkan
perkembangan pendidikan anak-anak.
ISU
Sesuatu organisasi seperti sekolah yang
ingin mempunyai kualiti bukan saja
diukur kepada kekuatan akademiknya
tetapi merangkumi jaringan hubungan
yang istimewa dengan ibu bapa dan
pelbagai pihak lain.
Konsep “keperluan pendidikan khas”
memerlukan bukan sahaja pihak sekolah
tetapi pihak lain seperti ibu bapa,
kesihatan dan kebajikan (Wearmouth,
2012)
Ibu bapa juga mempunyai kemahiran untuk membantu
anak mereka dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sewaktu berada di rumah. Walaupun
mereka menyambut baik program inklusif yang
dijalankan, tetapi mereka tidak pasti adakah
program ini disisihkan oleh ibu bapa pelajar
biasa.
Penglibatan ibu bapa dalam program tersebut
termasuklah memberi motivasi kepada anak-anak di
mana memberi motivasi kepada anak-anak
terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas
diharapkan dapat menambahkan keyakinan kepada
kanak-kanak tersebut untuk berada di kelas inklusif
(M.Wati,2006).
Kesibukan ibu bapa sehingga
mengurangkan tumpuan dan perhatian
kepada anak-anak mereka. Bosan
menghantar anak mereka ke sesi terapi
yang pada mereka tidak membawa makna
apa-apa. Pada hal mereka tidak menyedari
perkembangan yang berlaku pada anak-
anak mereka. Malahan ibu bapa tidak
menjalankan sesi tersebut di rumah secara
berterusan .
Ada juga sebahagian daripada mereka
tidak memberikan sokongan dan idea
kepada program yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Program permuafakatan
sebagai medan berbincang dan bertukar
pendapat cuma dianggap satu
pembaziran masa yang dianggap tidak
bermakna oleh mereka. Maka oleh yang
demikian ada sebahagian ibu bapa tidak
mendapat maklumat yang secukupnya
dari pihak sekolah. Guru menghadapi
kesukaran untuk mendedahkan
keupayaan anak mereka dalam pelbagai
aspek. Ini kerana mereka hanya melihat
ketidakupayaan anak mereka dari satu
sudut sahaja.
Kesibukan ibu bapa sehingga
mengurangkan tumpuan dan
perhatian kepada anak-anak mereka.
Bosan menghantar anak mereka ke
sesi terapi yang pada mereka tidak
membawa makna apa-apa.
Pada hal mereka tidak menyedari
perkembangan yang berlaku pada
anak-anak mereka. Malahan ibu bapa
tidak menjalankan sesi tersebut di
rumah secara berterusan .
Kurang kesedaran dalam ibu bapa
kerana kebanyakan anak-anak
Pendidikan Khas ini terlalu dimanjakan
sehingga tidak pandai mengurus diri
dengan baik. Masih ada ibu bapa
tidak percaya dengan keupayaan
guru-guru menguruskan anak-anak
mereka sehingga sanggup tunggu
bersama di sekolah hanya semata
untuk memberikan makanan dan
menghantarkan ke tandas. Pihak
sekolah sebenarnya boleh menolak
penempatan anak mereka sekiranya
mereka tidak boleh mengurus diri
dengan baik.
Ibu bapa terlalu bergantung kepada
pihak sekolah dalam aspek
pengurusan diri. Ini sedikit sebanyak
telah menganggu proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.
Semasa ketiadaan khidmat
pembantu pengurusan murid dulu,
semua tugas tersebut terpaksa
dilakukan oleh guru-guru Pendidikan
Khas. Maka timbul pula isu di mana
guru-guru Pendidikan Khas hanya
mengasuh murid sahaja bukannya
mengajar seperti guru lain.
Selain daripada itu, ada dalam
kalangan mereka telah
menyalahgunakan wang bantuan
yang diberikan oleh kerajaan.
Kelengkapan sekolah anak tidak
disediakan dengan secukupnya dan
anak kerap tidak hadir ke sekolah.
Sikap yang sedemikian akan
membantutkan usaha guru
memberikan pendidikan kepada
anak-anak mereka.
Kebanyakkan juga ibu bapa tidak
menitikberatkan pengetahuan asas
agama kepada mereka. Anggapan
bahawa mereka ini tidak mengetahui
apa-apa tentang mempelajari agama
adalah silap . Ini kerana adalah satu
kewajiban bagi ibu bapa memberikan
pendidikan agama supaya mereka
dapat membezakan dosa dan pahala
serta perkara baik dan buruk.
Cadangan mengatasi
Pihak sekolah dan PIBG perlu berusaha
mengatur program yang mampu
memberikan kesedaran dan keinsafan
kepada ibu bapa dan penjaga tentang
amanah yang telah Allah kurniakan
kepada mereka. Permuafakatan antara
guru dan ibu bapa sangat penting
dalam merancang proses pembelajaran
yang berterusan ..
Selain itu juga, ibu bapa perlu diberi kursus
khas oleh pihak badan bukan kerajaan atau
pun pihak kerajaan bagi memantapkan lagi
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
boleh dilakukan di rumah. Hal ini kerana,
pengetahuan yang diberi ini akan
memudahkan ibu bapa mengajar anak-anak
mereka dengan metodologi yang bersesuaian
dengan kemampuan dan kebolehan anak-
anak mereka.
Ibubapa tidak perlu merasa rendah diri dan malu
untuk berhadapan dengan masyarakat. Adalah
digalakkan ibu bapa melibatkan diri dengan
mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang
berkaitan dengan masalah anak,contohnya
Persatuan Syndrome Down, NASOM dan lain-lain
lagi.
Tindakan ini akan mendedahkan ibu bapa kepada
perbincangan dengan ibu bapa lain yang
mempunyai masalah yang hampir sama dengan
apa yang ditanggung oleh ibu bapa iaitu berkisar
dari masalah kesihatan, perkembangan anak dan
pendidikan anak-anak. Hal ini akan memberi rasa
kelegaan dan idea baru dalam mendidik anak-
anak khas anda.
Ibu bapa perlu banyak berbincang dengan professional
perubatan seperti dokor di hospital atau para-profesional
yang lain seperti ahli psaikology, jurupulih cara kerja atau
audiology. Ibu bapa digalakkan membuat dairi atau
catatan perkembangan sesuatu peringkat perkembangan
anaknya. Seterusnya berbincang dengan pihak perubatan
atau kesihatan dan maklumkan perkembangan yang telah
anak anda capai.
Maklumat yang terperinci boleh membantu pihak doktor
membuat analisa tentang masalah perkembangan anak.
Gunakan kesempatan masa berjumpa doktor yang terhad
dengan memberi maklumat yang boleh membantu ibu
bapa ke arah didikan atau terapi yang merangsang
pertumbuhan fizikal atau minda yang selari dengan kanak-
kanak normal yang lain.
Selain itu ibu bapa perlu meluangkan lebih
banyak masa bersama dengan anak-anak
bekeperluan khas ini. Mereka memerlukan
lebih perhatian dan bimbingan yang
berterusan supaya menjalani kehidupan
yang kebih bermakna. Ilmu agama itu
sangat penting kepada mereka kerana
adalah tugas ibu bapa mendidik anak-anak
mereka menjadi anak yang soleh dan
memahami peratutan-peraturan dalam
hidup.
Pendedahan mengenai cara menguruskan
kanak-kanak berperluan khas juga perlu diajar
dan diberi dengan padat dan mapan kepada
ibu bapa. Hal ini mampu memberi ilmu dan
pengetahuan yang berguna kepada ibu bapa
berkenaan. Apabila ibu bapa sudah tahu
mengurus dan memahami anak mereka yang
istimewa ini, maka perasaan terbeban dengan
karenah anak mereka ini akan menjadi kurang
dan sebaliknya mereka akan merasakan
sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab
yang harus dijalankan dengan hati yang mulia
dan murni.
RUJUKAN
https://www.researchgate.net/publication/332
521325_Program_Pendidikan_Inklusif_Bagi_M
urid-Murid_Berkeperluan_Khas_di_Malaysia
http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/i
su-penglibatan-ibu-bapa-pendidikan.html
Garis Panduan Pendidkan Inklusif Bahagian
Pendidikan Khas 2013
Pekeliling iktisas bil 7/2014