D' Zainuddin
Family Retreat
10 - 12 JUN 2022
JUMAAT - AHAD
DUYONG DREAM, MELAKA
KATA ALUAN PENASIHAT
Ayahanda Haji Abdul Ghani Bin Zainuddin
Assalamualaikum WBT
Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam untuk Nabi
Muhammad SAW.
Begitu lama Family Day tidak dapat dianjurkan. Syukur
selepas lebih 3 tahun tertangguh, akhirnya akan
dianjurkan di Duyong Dream dari 10 - 12 Jun 2022.
Marilah kita sama-sama menggunakan perjumpaan ini
untuk bersuai kenal antara ahli-ahli D'Zainuddin
terutamanya kepada ahli-ahli baru. Tahniah kepada
penganjur dan semua AJK Pelaksana. Terima kasih.
KATA ALUAN PRESIDEN
Ayahanda Haji Mohamad Salleh Bin Zainuddin
Assalamualaikum Wbt
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah, inilah julung kalinya Retreat D'Zainuddin dapat diadakan selepas
pertemuan kita di Janda Baik.
Terima kasih saya ucapkan kepada Penasihat, Mantan Presiden dan G1 yang lain yang
mencetus idea bagi mengadakan retreat ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada
Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari dan AJK pelaksana atas penglibatan
mereka. Terima kasih juga kepada dolor-dolor yang menyumbang tenaga, buah fikiran
dan masa mereka bagi merealisasikan retreat ini.
Semoga Allah membalas dan memberkati usaha mereka ini. Saya yakin ahli keluarga
yang tidak dapat hadir tetap mendoakan kelancaran dan keberkatan program kita ini.
Diharapkan dengan pengajuran program ini dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim di kalangan kita. Usahakanlah agar ianya akan menjadi jariah yang
mengalir kepada D Zainuddin semua kerana yang kita lakukan semata-mata Lillahi
Taala. Saya memohon maaf atas apa jua kekurangan sepanjang pelaksanaan program
ini.
Jazakallahu khairan kathira. Wabillahi Taufik wal Hidayah, Wassalamualaikum.
KATA ALUAN MANTAN PRESIDEN
Ayahanda Haji Khairuddin Bin Zainuddin
Assalamualaikum wbt.
Semoga semua DZ sihat dan dirahmati Allah.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, akhirnya
gelombang baru kepimpinan DZ, bergelora semula. Bagai
ombak memecah pantai begitulah geraknya President dan AJK
baru berjaya mengadakan Outing Duyung Dream Melaka (10-
12.06.22). Sekalungan bunga untuk President, Tim. President dan
semua AJK DZ yang terlibat. Tidak terlupa, Penasihat DZ, yang
sering memberi pendapat dan teguran yang membina.
Sebagai mantan President, kita faham bukan senang untuk
menganjurkan sebarang aktiviti di luar daripada tempat kita.
Apatah lagi, di tempat2 yang eksklusif seperti di Duyung
Dream Melaka. Semoga semua DZ yang turut serta, dapat
memanfaatkan ruang dan masa sebaik mungkin.
Paling penting kita harapkan, agar semua DZ dapat
mengeratkan hubungan uhuwah keluarga DZ. Aktiviti2 yang
dapat memupuk semangat guyup dalam DZ.
Tahniah juga kepada, Tim. Presiden dari G2, yang sentiasa
menunjukkan kepimpinan yang sangat membanggakan G1.
Semoga Tim President boleh menjadi pemangkin kepada G2
yang lain. Ayuh, mari kita jadikan outing ini satu peristiwa yg
nostalgik dan diberkati.
Sekian, terima kasih.
Harmoni dan Bersatu.
KATA ALUAN G1
Bonda Hajjah Ainon Binti Zainuddin
الَّس َالُم َع َلْيُكْم َوَرْحَم ُة ِهللا َوَبَرَكاُته
)3x( َوِم َداَد َكِلَم اِتِه، َوِرَض ا َنْف ِس ِه َوِزَنَة َع ْرِش ِه، ُس ْبَحاَن ِهللا َوِبَحْم ِدِه َع َدَد َخْلِق ِه
الَّلُه َّم، الَّلُه َّم َص ِّل َع ىَل ُم َحَّم ٍد َوَع ىَل آِل ُم َحَّم ٍد َكَم ا َص َّلْيَت َع ىَل ِإْبَراِه يَم َوَع ىَل آِل ِإْبَراِه يَم ِإَّنَك َحِم يٌد َم ِج يد
َباِرْك َع ىَل ُم َحَّم ٍد َوَع ىَل آل ُم َحَّم ٍد َكَم ا َباَرْكَت َع ىَل ِإْبَراِه يَم َوَع ىَل آِل ِإْبَراِه يَم ِإَّنَك َحِم يٌد َم ِج يد
Teristimewa buat warga DZ yang Mak Non kasihi. InsyaAllah, Redha & Rahmat
.Allah sentiasa bersama kita semua di dunia dan Akhirat. Aamiin
Mak Non nak ucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh warga DZ yg telah
berusaha menjadikan DZ OUTING DUYUNG DREAM di Melaka ini. Satu usaha yg
baik untuk diteruskan dalam kita istiqamah menyantuni ikatan Silaturahmi di
antara kita. Semoga Allah catatkan setiap apa yang kita usahakan untuk
.memelihara Silaturahmi ini sebagai kebajikan dan amal Soleh di sisiNya
Warga DZ yang Mak Non kasihi, di kesempatan ini juga Mak Non nak ucapkan
terima kasih kepada adik beradik, anak-anak, cucu cicit yang sudi melapangkan
masa, datang menziarahi Mak Non di Aidilfitri yang lepas, kunjungan juga tak
putus di sepanjang tahun. Mak Non sangat terharu dan gembira. Tak mampu Mak
Non nak membalasnya. Mak Non hanya mampu menadah tangan ke hadrat Allah
dgn doa "Barokallaahu fikum wa taqabbalallaahu minna wa minkum Solihul
A'mal"... Aamiin
Semoga semangat bersatu padu, hormat menghormati, kasih mengasihani, podo
guyup selawasey sentiasa menjadi tiang seri bangunan keluarga DZ. Solat jangan
ada yang pernah abaikan. Bersedekah jangan ada yang pernah lewakan. Ngaji
Quran jangan ada yg pernah kesampingkan. InsyaAllah, kita akan berjaya &
berbahagia di dunia dan Akhirat
ْين اَلِم اْلَع .الَّناِر َع َذاَب اآْل ِخ َرِة َحَس َنًة َوِقَنا َنًة َوِفي َحَس ِفي الُّدْنَيا آِتَنا َرَّبَنا َّبۡل َتَق َرَّبَنا
آميَن آمــــــــــــــــــين ِم یُع َأنَت ٱلَّس ِإَّنَك ِم َّنۖۤا
َيا َرَّب . ٱۡلَع ِلیُم
.جزاكم الله خير الجزاء وبارك الله فيكم
KATA ALUAN G1
Bonda Hajjah Sabariah Binti Zainuddin
Assalamualaikum.
Syukur alhamdulillah.. Setelah dua tahun menunggu,
akhirnya tiba juga hari yang kita nantikan ini. InsyaAllah,
impian akan menjadi kenyataan di Duyong Dreams,
Melaka. Saya rasa sangat teruja untuk bertemu dengan
semua warga D’Zainuddin.
Saya juga rasa gembira apabila akhirnya kita akan dapat
berkumpul, bersantai , bersembang dan mengeteh
bersama-sama di tempat yang istimewa ini.
Semoga program D,Zainuddin Retreat di Duyong Dreams
ini akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli
D’Zainuddin.
Semoga ukhuwah kita juga akan terus berkekalan hingga
ke Jannatul Firdausil A’laa..
KATA ALUAN G1
Tuan Haji Hairol Anuar Bin Zainuddin
الَّس َالُم َع َلْيُكْم َوَرْحَم ُة ِهللا َوَبَرَكاُتُه
Yang dialu-alukan semua ahli keluarga Dynasty Zainuddin ke Program Retreat
ke Duyung Dream Melaka.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Alhamdullilah seirigan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran
kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya kita dapat
Bersama-sama berkumpul dalam Majlis yang berbahagia dan mesra ini.
Terlebih dahulu, saya mengalu-alukan kehadiran dan melakarkan kalungan budi
terima kasih diatas kesudian semua ahli keluarga kerana dapat hadir pada
majlis ini, walaupun kesibukan dengan urusan harian kalian. Disamping
Pandemic Covid 19.
Diharap dan didoakan agar majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurnanya
lalu memberikan satu nafas baru bagi mengeratkan dan meremajakan lagi
hubungan persaudaraan kita semua, Aamiin.
Saudara mara seiman,
Satu jalan dalam kenangan,
Tak pernah lepas dari ingatan,
Kerana Allah SWT jadi pegangan.
Sekian, Salam Ukhuwah DZ.
LAGU RASMI D' ZAINUDDIN
Nilai murni kejayaan
Nilai hidup kebahagiaan
Satu tekad satu tuju
Harmoni dan bersatu
Maruah diri dan keluarga
Imej bangsa dan agama
Satu teguh cerai roboh
Allah dan Rasul kita patuh
Keluarga Haji Zainuddin
Berhemah dan prihatin
Sentiasa rela berkorban
Demi masa hadapan
Azam kita mendapatkan
Dari Allah keredhaan
Bahagia dunia akhirat serta
Itulah matlamat keluarga
AJK PELAKSANA
Penasihat: Tn Hj Abdul Ghani Bin Hj Zainuddin
Presiden: Tn Hj Mohamad Salleh Bin Hj Zainuddin
Timbalan Presiden: Abdul Rouf Bin Hj Sayuti
Setiausaha: Ainul Shahariza Bt Inon Shaharudin
Bendahari: Nasaruddin Bin Lihem
Ketua Program: Rashid, Edayati
Timbalan Ketua Program: Rouf
Bendahari Program: Shuhada
Penempatan: Shahirah, Azli
Pengacara majlis: Rashid, Edayati
Makanan: Nasiruddin, Radzimah
Cenderahati: Shafiqah, Shifaa'
Sukaneka: Ica, Hafizah
Fotografi: Ica, Emilia
Buku program: Shahirah, Shuhada
Kerohanian: Silmi, Masrul
Keselamatan: Johan, Khafizuddin
Kebersihan: Farhan, Ainuddin
Koordinator: Masrul
ATURCARA PROGRAM
Jumaat, 10 Jun 2022
3.00 petang Check in
7.30 malam Solat Maghrib & Isyak
Yasin & tahlil
9.00 malam Makan malam
Sabtu, 11 Jun 2022
6.00 pagi Solat Subuh
8.30 pagi Sarapan
9.30 pagi Sesi fotografi (Baju maroon) & nyanyian lagu DZ
10.00 pagi Aktiviti dalam kumpulan
10.30 pagi Minum pagi
12.45 tengah hari Makan tengah hari
1.45 petang Solat Zohor
4.00 petang Aktiviti bebas
4.45 petang Persiapan BBQ
7.00 malam Solat Maghrib
8.00 malam BBQ & makan malam
9.00 malam Ucapan & pemberian cenderahati
11.00 malam Rehat
Ahad, 12 Jun 2022
6.00 pagi Solat Subuh
7.30 pagi Sarapan
9.00 pagi Sesi fotografi (Baju melayu)
8.30 pagi Aktiviti bebas
12.00 tengah hari Check out
The Duyong Dream
Duyong Dream merupakan penginapan 11 buah banglo mewah 2 tingkat
dengan tema interior yang berbeza. Setiap unit mempunyai 6 bilik dan
4 bilik air. Semua unit terletak berhampiran antara satu sama lain.
The Club merupakan tempat umum yang menyediakan fasiliti kolam
renang, gimnasium, surau, sauna dan ruang permainan kanak-kanak.
D'Zainuddin retreat telah menempah 5 banglo- the British Cottage,
New York Industrial Vintage, Australian Beach House, Munich Modern
House dan Malacca Modern Residence.
َجَزاُكُم ُهللا َخْيًرا