The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norlin Mustafa, 2020-08-12 00:29:55

Modul BMSPM Set 3 & Skema

Modul BMSPM Set 3 & Skema

1

MODUL SOALAN BERFOKUS
BMSPM 2019

BAHASA MELAYU
KERTAS 1 & 2
SET 3

KUMPULAN TELEGRAM GURU BMSPM

2

PRAKATA

Puji dan syukur saya panjatkan ke hadirat Ilahi kerana atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya, modul ini
dapat diselesaikan dan dimanfaatkan. Saya menyedari bahawa terlaksananya tugas menyiapkan modul
ini, hasil daripada bantuan dan sumbangan ahliahli dalam Telegram Guru BMSPM.

Kumpulan yang diwujudkan ini merupakan medan untuk guru-guru berkongsi ilmu, pengalaman dan
bahan PdPc. Dengan bantuan teknologi media sosial Telegram ini, kerjasama secara maya dalam
penghasilan modul Bahasa Melayu dapat dilaksanakan.

Penghasilan Modul ini merupakan satu usaha murni kumpulan Telegram Guru BMSPM. Saya sangat
memahami bahawa modul yang telah dihasilkan ini tidaklah sempurna. Oleh sebab itu, saya berharap
rakan guru yang budiman dapat menambahbaik kekhilafan yang terdapat dalam modul ini.

Semoga sumbangan rakan penyumbang Modul BM Set ketiga ini memberi manfaat kepada guru-guru
dan para pelajar SPM 2019. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli
Telegram Guru BMSPM yang telah menyumbang kepada kelahiran modul keempat ini selepas Modul
Soalan 3d, Modul Antologi Sejadah Rindu dan Modul Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.

Sekian.

Juilis Mokujal
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Narinang, Kota Belud. Sabah
Admin Grup Telegram BMSPM
Oktober 2019

Sekalung Penghargaan

BIL PENGGUBAL SEKOLAH SOALAN

1 Cikgu Saharuddin Abdullah SMK Sijangkang Jaya, Selangor Bahagian A

2 Cikgu Ronnie Lim Kim Fui SMK Likas, Sabah Bahagian A

3 Haji Ishak Md Shah Penceramah Bahasa Melayu Kertas 1 Bahagian B

se-Malaysia

4 Puan Ida Noraidahwati SMK Agama Kota Kinabalu Bahagian B (No.3)

5 Cikgu Saliman SMK Bandaraya, Kota Kinabalu Soalan 1& 2a

6 Puan Rohani Bt, Abdullah SMK Sultan Yahya Petra 1 Kelantan 2b

7 Cikgu Dulijah Jalinu SMK Meru, KLang Selangor 2c

8 Cikgu Mas - 2d

9 Cikgu Joey Tan Kuching, Sarawak 3a

10 Cikgu Roosezah SMK Sungai Manik, Perak 3b

11 Cikgu Noormah Pannuh SMK Elopura 2, Sandakan 3c

12 Cikgu Nordalila SMK Sri Tanjung, Johor 3d

13 Cikgu Joey Tan Kuching, Sarawak 3e

14 Cikgu Nor Kalbi Mahfodz SMK Hutan Melintang,Perak 4a & 4b Zon 1

15 CIkgu Rashidah Bakar SMK Perimbun Cheras, Selangor 4a & 4b Zon 2

16 Cikgu Hasbi Muin SMK Agama Kota Kinabalu 4a & 4b Zon 3

17 Cikgu Tuan Jamil bin Tuan SMK Dato’ Ahmad Maher 4a & 4b Zon 4

Muhamad & Pn.Maszairiani SM Arab Jaim Assyakirin, Melaka

3

MODUL SOALAN BERFOKUS
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

BAHASA MELAYU
Kertas 1

2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi.

4

Set 1
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat rajah di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada pemangkin kecemerlangan murid
dalam akademik .

Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang membawa kepada kecemerlangan
murid dalam akademik. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Memberi tumpuan semasa Mengikuti Program
guru mengajar kecemerlangan akademik

Faktor Kecemerlangan Murid dalam akademik

9A

Sokongan daripada
ibu bapa

5

Set 2
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan. Huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

KELEBIHAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

Bangunan Bersejarah Tempat Peranginan

Makanan Kepelbagaian Budaya

6

BAHAGIAN B
[100 markah]
[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Selaku aktivis dalam Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), anda telah dijemput
untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan remaja. Tajuk ceramah anda ialah,
“Dadah Musuh Negara: Peranginya Habis-habisan”.

2. Peranan media sama ada media cetak mahupun media elektronik amatlah penting dalam
mencorakkan pemikiran rakyat. Namun demikian, belakangan ini media turut dikenal
pasti sebagai penyebar gejala negatif dengan wujudnya media sosial (media alternatif)

Tulis sebuah rencana yang membincangkan peranan rangkaian media dalam
membentuk sikap rakyat yang positif

3. Keselamatan dan ketenteraman awam adalah amat penting kepada pembangunan
sesebuah negara.Bincangkan peranan semua pihak dalam memastikan keselamatan dan
ketenteraman negara terus terjamin.

4. Krisis kemanusiaan, peperangan, penghapusan etnik dan fenomena alam menyebabkan
dunia hari ini semakin tidak selamat.
Beri ulasan anda tentang kenyataan di atas berdasarkan beberapa peristiwa.

5. Watak utama dalam sesebuah karya mempunyai banyak keistimewaan yang boleh
dijadikan panduan dalam kehidupan.
Bincangkan.

7

Skema lengkap

Mutakhir, isu berkaitan dengan kecemerlangan dalam bidang akademik dalam kalangan
murid saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik
yang hangat diperdebatkan di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana kecemerlangan
murid dalam bidang akademik menjadi penanda aras kemenjadian murid di samping memberi
impak kepada sekolah, guru dan juga ibu bapa pelajar. Menyedari hakikat ini, semua pihak
mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan. Persoalannya, apakah faktor yang menjadi pemangkin kecemerlangan murid dalam
bidang akademik. Persoalan ini akan dikupas secara terperinci dalam mauduk perbincangan
ini.

Salah satu pemangkin yang menjadi intipati kecemerlangan murid dalam akademik
ialah memberikan tumpuan ketika guru mengajar di bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran . Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya seseorang
murid itu menumpukan perhatian semasa guru mengajar di bilik darjah, sudah tentu pelajaran
tersebut lebih cepat diserap masuk ke dalam minda murid-murid. Pakar psikologi pernah
mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan murid dalam akademik adalah melalui
tumpuan seratus peratus murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kebanyakan murid yang berjaya dalam akademik adalah terdiri daripada mereka yang sentiasa
mengemukakan soalan kepada guru-guru sekiranya terdapat tajuk yang tidak dapat difahami
ketika guru mengajar. Selain itu, murid-murid yang sering berjumpa dan berbincang dengan
guru-guru tentang akademik, pasti meraih kejayaan yang cemerlang. Dalam hal ini, murid-
murid perlu menghindari perasaan malu atau segan untuk bertanya apa-apa masalah tentang
akademik kepada guru mereka kerana pepatah menyatakan malas berkayuh perahu hanyut,
malu bertanya sesat jalan. Murid-murid juga perlu menyiapkan segala kerja rumah yang
disuruh oleh guru dan menghantar dengan segera kepada guru untuk diperiksa. Murid-murid
juga turut melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah secara proaktif bagi membantu
mewujudkan proses pengajaran guru yang menarik dan berkesan. Tegasnya, tumpuan murid-
murid semasa guru sedang mengajar dalam bilik darjah merupakan faktor utama
kecemerlangan murid dalam akademik

Dari aspek yang lain, program kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh
pihak sekolah turut menyumbang kepada kecemerlangann murid dalam akademik. Antara
program yang diadakan ialah pelancaran Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Melalui
pelaksanaan program ini, murid-murid dapat memupuk minat mereka dalam subjek tertentu
dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik. Selain program
Minggu Bahasa, pihak sekolah juga banyak mengadakan bengkel teknik menjawab soalan bagi
subjek-subjek tertentu. Dengan menghadiri bengkel menjawab soalan , murid-murid dapat
mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu subjek dan memperbaiki kelemahan tersebut
serta mendedahkan murid-murid berkaitan teknik untuk menjawab soalan peperiksaan sebenar
dengan betul. Hal ini bertujuan untuk menjadikan murid-murid supaya lebih berkeyakinan
semasa menjawab soalan dalam peperiksaan yang sebenar. Sekolah turut mengadakan kem
kecemerlangan, kem motivasi dan kem bina insan agar murid dapat membina sahsiah diri,
mempunyai motivasi dan membentuk keperibadian yang luhur. Program Hari Anugerah
Cemerlang yang diadakan pada setiap tahun juga turut memberi motivasi kepada murid supaya
belajar bersungguh-sungguh. Jelasnya, program yang dianjurkan sekolah juga merupakan
salah satu faktor kecemerlangan murid dalam akademik.

8

Di samping itu, kecemerlangan murid dalam akademik berpunca daripada sokongan
dan dorongan kedua-dua ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana dorongan daripada
ibu bapa dapat menjadikan seseorang murid itu rajin dan gigih berusaha untuk mencapai
kecemerlanagn. Hal ini kerana dorongan daripada ibu bapa merupakan satu sumber inspirasi
kepada anak-anak. Anak- anak akan lebih berjaya dalam pelajaran mahupun dalam hidup
dengan adanya dorongan, motivasi, kata-kata perangsang, restu, dan keredaan daripada ibu
bapa. Ibu bapa juga boleh menjadi contoh teladan kepada anak-anak dengan membawa anak-
anak ke perpustakaan atau menghantar anak-anak ke kelas tambahan. Anak-anak akan
mencontohi ibu bapa dan menganggap dorongan ibu bapa itu sebagai motivasi kepada diri
mereka sendiri, bak kata peribahasa, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Salah
satu cara ibu bapa memberi dorongan kepada anak-anak adalah dengan memperuntukkan
sejumlah wang untuk anak-anak menghadiri kelas tuisyen dan menyediakan kemudahan untuk
anak mereka belajar di rumah. Ibu bapa juga boleh menyediakan perpustakaan mini di rumah
untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan
membahagiakan ibu bapa dengan kejayaan yang dicapai oleh mereka. Tegasnya, dorongan ibu
bapa amat penting untuk anak-anak mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Sebelum mata pena diskusi melabuhkan noktahnya, perlu ditegaskan bahawa banyak
faktor penentu kecemerlangan murid dalam akademik. Oleh sebab itu, mencapai
kecemerlangan dalam akademik, murid-murid perlu memberikan tumpuan ketika
pembelajaran di bilik darjah. Murid-murid juga hendaklah menyertai program-program
akademik yang dianjurkan oleh sekolah selain menyertai kumpulan perbincangan di sekolah.
Kecemerlangan murid dalam akademik juga adalah berpunca daripada sokongan dan dorongan
daripada ibu bapa. Tegasnya, kecemerlangan seseorang murid dalam akademik bergantung
pada keazaman seseorang murid itu untuk berjaya, bak kata pepatah, “Usaha tangga kejayaan
dan hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.”

CADANGAN JAWAPAN GAMBAR RANGSANGAN SET 2

Kehendak Soalan.

1. Calon perlu menghuraikan kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Kemungkinan jawapan calon.

1. Calon menghuraikan tempat-tempat menarik di Malaysia yang boleh dikunjungi dan dikaitkan
dengan keistimewaan - diterima tetapi maksimum kepujian.

2. Calon menghuraikan dua isi yang diberikan dan satu isi lain - diterima dan boleh cemerlang.

3. Calon menghuraikan satu isi yang diberikan, dan dua isi lain - diterima dan maksima kepujian.

4. Calon tidak menghuraikan isi daripada bahan rangsangan sebaliknya menghuraikan isi-isi lain
yang relevan - diterima tetapi maksima kepujian.

5. Calon tidak menghuraikan tentang kelebihan Malaysia sebagai tempat pelancongan tetapi masih
dikaitkan dengan pelancongan - maksima tahap memuaskan.

9

Pendahuluan

⚫ Malaysia merupakan salah satu destinasi yang sangat digemari oleh pelancong dari serata
dunia

⚫ Dapat memberikan sumber pendapatan kepada negara
⚫ Buktinya, pendapatan sektor pelancongan berjumlah jutaan ringgit pada setiap tahun
⚫ Kementerian Pelancongan melaporkan bahawa sebanyak 30 juta pelancong asing telah

berkunjung ke Malaysia pada tahun 2011 dan Berjaya menjana pendapatan sebanyak RM40
bilion.

Isi 1: Malaysia Mempunyai Banyak Bangunan Bersejarah
⚫ Bangunan bersejarah mempunyai seni bina unik
⚫ sebagai contoh, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur dan Kota A’Famosa di

Melaka
⚫ Bangunan bersejarah merupakan daya tarikan pelancong untuk ke negara kita

Isi 2: Mempunyai Tempat Peranginan yang Indah
⚫ Tempat peranginan merupakan antara tempat yang menjadi tumpuan para pelancong.
⚫ Contohnya, Pulau Langkawi, Pulau Sipadan di Sabah dan Cameron Highlands.
⚫ Di kawasan ini para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik dan

boleh menenangkan minda
⚫ Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa tempat-tempat peranginan yang indah merupakan

salah satu keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan

Isi 3: Kepelbagaian Budaya Menjadi Salah Satu Kelebihan Malaysia sebagai Destinasi
Pelancongan
⚫ Negara kita mempunyai rakyat yang pelbagai kaum
⚫ Warna-warni kebudayaan rakyat Malaysia dari segi sambutan hari-hari perayaan, pakaian,

kesenian dan pertuturan sudah pasti memberikan pengalaman yang berbeza kepada para
pelancong
⚫ Para pelancong asing hanya perlu datang ke Malaysia jika mahu mengenali kebudayaan
masyarakat di Asia

Isi 4: Faktor Makanan yang Beraneka Jenis Merupakan Kelebihan Malaysia sebagai
Destinasi Pelancongan
⚫ Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para

pelancong.
⚫ Kelebihan makanan ini berasal daripada pelbagai etnik masyarakat di Malaysia
⚫ Sebagai contoh, nasi lemak, rendang, roti canai dan sate.
⚫ Keunikan budaya masyarakat di Malaysia menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk

berkunjung ke negara kita yang menjadi faktor serampang dua mata dalam menjana ekonomi
negara

10

Penutup
⚫ Sungguh banyak kelebihan Malaysia sebagai produk pelancongan
⚫ Setiap anggota masyarakat haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing agar bilangan

pelancong ke negara kita akan bertambah dari semasa ke semasa
⚫ Diharapkan sektor pelancongan akan menjana pendapatan negara, seterusnya akan mnjulang

nama negara yang tercinta ini ke persada dunia

Soalan 1:

Selaku aktivis dalam Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), anda telah dijemput untuk
menyampaikan ceramah kepada sekumpulan remaja. Tajuk ceramah anda ialah, “Dadah
Musuh Negara: Peranginya Habis-habisan”.

Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih kepada Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Desa, Yang dihormati ketua-ketua masyarakat, dan
seterusnya para remaja yang dikasihi sekalian.

Peribahasa Melayu selalu menyatakan, ingat sementara belum kena, jimat sementara
belum habis. Peribahasa ini menjadi sumber nasihat agar masyarakat sentiasa berwaspada
terhadap sesuatu anasir yang boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif kepada kehidupan.
Dadah ialah anasir paling berbahaya dalam masyarakat yang seyogianya kita jauhi malah perlu
diperangi habis-habisan.

Hadirin sekalian,

Kita sering mendengar sindiran orang tua-tua, “Jikalau rosak kerana perempuan habis
tenaga berhenti, jikalau rosak kerana berjudi habis wang berhenti, dan jikalau rosak kerana
mencuri lepas tertangkap berhenti. Sebaliknya, jikalau seseorang itu rosak dengan mengambil
dadah, tempat terakhir ialah mati”. Sesungguhnya, atas rasa tanggungjawab tersebutlah saya
mengambil amanah ini demi kepentingan masyarakat betapa perlunya kita menyedari
bahayanya ancaman dadah terhadap masyarakat. Sehubungan dengan itu, saya amat berterima
kasih atas keprihatinan semua pihak untuk memerangi gejala najis dadah ini. Dengan hal yang
demikian, bersempena dengan peluang keemasan ini, saya akan menyampaikan sebuah
ceramah yang bertajuk, “Dadah Musuh Negara: Peranginya Habis-habisan”.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dadah dalam definisi yang mudah ialah sejenis candu. Candu tersebut telah diproses
untuk digunakan sebagai sumber pelali dan penahan sakit dalam amalan perubatan pada zaman
silam. Walau bagaimanapun, dengan pencapaian teknologi dan kemajuan dalam bidang
farmaseutikal pelbagai bentuk dadah sintetik telah dihasilkan. Antaranya adalah untuk
perdagangan dalam teknologi ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, akibat penggunaan yang
berlebih-lebihan, fungsi dadah sebagai bahan pelali telah disalahgunakan sehingga
mengakibatkan gian atau ketagih yang keterlaluan. Akhirnya dadah dalam bentuk morfim,
heroin, marijuana, syabu, dan ekstasi telah menjadi sumber khayal yang amat diperlukan oleh

11

penagih tegar. Disebabkan kandungan kafien dan narkotina yang tinggi kandungan dadah yang
berlebihan dalam darah telah bertukar menjadi racun dan membahayakan penggunanya.

Remaja yang dikasihi sekalian,

Pada hari ini dadah bukan lagi diambil sebagai sumber untuk melepaskan gian seperti
keletihan, menahan sakit atau menjadi ubat penenang tetapi dadah mula menjadi ancaman besar
terhadap kesejahteraan hidup manusia. Dadah menjadi pembunuh senyap ibarat api dalam
sekam dan membawa ancaman seperti musuh dalam selimut. Setiap penagih tegar akan terus
berusaha mendapatkan dadah walaupun dirinya bagaikan bangkai bernyawa. Pengaruh dadah
dalam kalangan remaja juga seolah-olah mempunyai tangan ghaib yang mampu menarik
remaja dalam sekelip mata untuk berdampingan dengan dadah. Dengan keajaiban itulah kini
negara kita sedang berhadapan dengan masalah bangkai bernyawa yang sudah meningkat
sehingga 800 ribu orang dengan kadar tujuh orang penagih baharu dalam setiap hari. Inilah
malapetaka dadah yang boleh menghancurkan sesebuah tamadun atau negara.

Hadirin sekalian,

Tanpa menoleh ke belakang semula kita tidak perlu mencari tentang di manakah
silapnya sehingga begitu hebat sekali serangan gejala dadah itu? Terlalu banyak puncanya
jikalau saya hendak perturunkan satu persatu. Namun apalah gunanya kita mencari segala
kesilapan yang lalu kerana usaha tersebut tidak mampu menyelesaikan masalah. Oleh sebab
itu, dalam wacana minda yang sesingkat ini marilah bersama-sama saya, kita menelusuri usaha-
usaha yang boleh menyelesaikan masalah ini. Sebagai anggota masyarakat tidak seorang pun
yang boleh melihat fenomena dadah sebagai masalah yang terpencil sebaliknya menjadikan
tanggungjawab bersama. Mungkin benar pada hari ini ahli keluarga kita tidak terjebak dengan
gejala tersebut, tetapi esok atau lusa bukan mustahil.

Sebagai ketua keluarga, suami janganlah pula meletakkan tanggungjawab mengawal
anak-anak kepada isteri sahaja. Sebarang kesalahan anak terus dilemparkan kepada isteri. Cara
ini adalah tidak adil. Si suami mesti tahu akan had dan kemampuan yang ada pada isteri.
Bawalah berbincang dengan isteri dan anak-anak agar mereka sentiasa berasa diri didekati.
Kasih sayang merupakan ubat penenang yang paling mujarab untuk mencegah gejala yang
terburuk dalam sejarah kebejatan sosial manusia itu. Bak kata orang elok kerja dengan
muafakat agar semuanya membawa berkat, justeru bawa-bawalah berbincang.

Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Kepada anak-anak remaja, anggaplah diri anda sebagai pahlawan. Anda mampu
menepis segala ancaman jahat termasuklah ancaman dadah. Sebagai remaja perkasa, amatlah
daif apabila kita sendiri gagal untuk membawa diri kita menentukan antara yang baik dan yang
buruk demi kebaikan masa depan sendiri. Bijaksanalah dalam memilih rakan. Rakan bukan
sekadar untuk berseronok-seronok tetapi rakan mestilah mampu membimbing kita sama ada
dalam keadaan susah atau senang. Ingatlah, rakan ketawa beramai-ramai, rakan menangis
seorang diri. Sesungguhnya, negara amat berharap kepada sumbangan anda untuk menjadi
tenaga penggerak wawasan. Seandainya anda kecundang, kepada siapakah yang harus
diharapkan lagi untuk menguruskan negara ini?

12

Selain itu, semua agensi keselamatan sama ada pihak polis, RELA, dan pihak berkuasa
dalam masyarakat hendaklah menjalinkan kerjasama bersepadu. Tugas penting kita adalah
untuk mengesan musuh dalam selimut yang bersikap telunjuk lurus kelengkeng berkait yang
sentiasa menangguk di air keruh. Bedebah seperti ini yang perlu dicekup dahulu dan dibawa
ke muka pengadilan. Angkara merekalah yang menyebabkan ratusan ribu anak-anak peria
bunga bangsa tersungkur di tengah-tengah medan juang sebelum mereka mengenali identiti
diri. Golongan yang telah kaya-raya di atas kemusnahan orang lain tidak boleh dibiar lama
berkeliaran dalam masyarakat. Mereka inilah pengedar dan penyebab gejala dadah bertambah
rumit untuk diselesaikan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya yakin, bencana ancaman dadah tidak akan berjumpa titik temu sampai bila-bila
masa. Bahayanya sudah menular ke peringkat global. Namun kita harus tabah dan berusaha
secara bijaksana agar gejala yang telah memusnahkan ratusan ribu remaja itu terlerai juga,
ibarat orang mementung ular, ular dipentung biar mati, kayu pementung jangan patah, tanah
datar jangan pecah. Sesungguhnya, ingatlah, “Dadah Musuh Negara: Peranginya Habis-
habisan”.

Sekian terima kasih.

Soalan 2:

Peranan media sama ada media cetak mahupun media elektronik amatlah penting dalam
mencorakkan pemikiran rakyat. Namun demikian, belakangan ini media turut dikenal pasti
sebagai penyebar gejala negatif dengan wujudnya media sosial (media alternatif)

Tulis sebuah rencana yang membincangkan peranan rangkaian media dalam membentuk sikap
rakyat yang positif

TAJUK : KOMITMEN MEDIA MEMBENTUK NEGARA BANGSA

OLEH : AIN NADIA BINTI AZAM

“Jikalau mahu maju keluarlah daripada kepompong katak di bawah tempurung. Jadilah rakyat
yang mampu berfikir di luar kotak yakni berminda kelas pertama”. Seruan seumpama ini acap
kali menjadi modal ucapan para pemimpin untuk mengajak rakyat agar mengorak langkah
demi mencapai kemajuan. Oleh itu, minda dan sikap harus terbuka luas jikalau mahu mencapai
kejayaan. Sehubungan dengan hasrat ini medium terpenting yang boleh menganjak sikap dan
pemikiran takyat ialah sumber-sumber media dan bahan-bahan bacaan bebas dalam industri
media. Bahan-bahan yang tersebut termasuklah media cetak seperti majalah dan akhbar serta
media alternatif seperti internet dan media sosial yang terdiri daripada Facebook, Instagram,
Twitter, WhatsApp, Wechat dan Telegram. Walau bagaimanapun, dalam pancaroba dunia
yang semakin kronik, kemunculan pelabagai aplikasi media bukan sahaja membawa impaks
yang positif malah sebaliknya banyak kesan negatif. Oleh hal yang demikian, semua rangkaian
media hendaklah memiliki iltizam untuk mendidik masyarakat agar berfikiran positif dan
menjadi modal insan yang berguna kepada negara.

13

Berpandukan Kod Etika Kewartawanan, semua rangkaian media hendaklah menyampaikan
maklumat secara tepat dan jelas. Sebagai saluran perdana, media massa hendaklah
bertanggungjawab terhadap berita yang disampaikan dengan tidak memesongkan maklumat
sebenar. Sifat-sifat seperti bertanggungjawab, telus dan berintegriti hendaklah dijadikan kod
etika supaya fakta yang tepat dapat mendidik rakyat agar berfikir secara rasional dan matang.
Langkah memutarbelitkan maklumat dan fakta merupakan tindakan antagonis untuk meracuni
pemikiran rakyat. Sebaliknya, tanggungjawab dan amanah adalah lebih penting dalam
mengelakkan perkara-perkara yang negatif dan syak wasangka. Semua sumber seperti itu
sekiranya tidak dikawal boleh menjadi racun dan virus yang memusnahkan solidariti rakyat
dan keharmonian negara. Tegasnya pihak media hendaklah berperanan untuk melahirkan
masyarakat yang berfikiran kritis, bijak, dan menyumbang kepada kemajuan negara.

Kini, dalam ledakan maklumat siber yang semakin terbuka, semua rangkaian media perlu
mengelakkan sikap adu domba dan menggunting dalam lipatan. Tingkah laku yang gemar
mempolemikkan isu-isu sensitif sehingga mencetuskan kebimbangan dan resah gelisah dalam
negara hendaklah dielakkan sama sekali. Semua langkah tempang ini tidak memberi apa-apa
keuntungan melainkan dapat meraih sedikit kepuasaan peribadi. Dalam situasi politik dan
sosial yang agak tegang kini, media massa tidak boleh bersikap menangguk di air keroh dengan
mensensasikan isu-isu perkauman dan agama. Apabila tercetus salah faham boleh
menimbulkan situasi tidak tenteram dalam masyarakat dan negara. Oleh itu, rangkaian media
hendaklah beriltizam dengan tidak menyiarkan berita dan rencana yang mengadudombakan
individu atau masyarakat, mendedahkan keburukan orang lain seperti pendedahan yang
melampau tentang selebriti, tokoh politik, dan individu tertentu. Elakkan situasi retak mencari
belah dan alang-alang senget langsung tumpah.

Sejajar dengan tanggungjawab terhadap negara, organisasi media hendaklah memainkan
peranan untuk mendidik rakyat. Rakyat perlu dididik supaya berfikir secara positif, bijak
membuat keputusan dan tahu membezakan antara yang hak dengan yang batil. Rakyat yang
terdidik akan berfikiran positif tidak mudah menjadi pak turut bagai lembu dicucuk hidung.
Dalam kebebasan penyiaran media yang didalangi oleh media alternatif, media arus perdana
sewajarnya lebih proaktif untuk menangkis segala tohmahan dan fitnah yang kerap diungguli
oleh media-media bebas. Rakyat sebagai aset penting kepada negara seyogia mereka wajar
memahami informasi yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi, keadilan sosial,
perpaduan, pendidikan dan kesihatan, Semua maklumat ini harus disebarluaskan kepada rakyat
agar mereka sentiasa cakna dan berperanan untuk sama-sama memainkan peranan memajukan
negara yang tercinta ini. Sesungguhnya, tanpa pengaruh media yang berniat jahat solidariti
rakyat bertambah kuat, ibarat biduk berlalu kiambang bertaut.

Dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini, media berperanan untuk mempromosikan
negara dan masyarakat Malaysia ke persada antarabangsa. Dengan kuasa teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) media elektronik khususnya mampu memuatnaikkan segala info yang
berguna tentang negara. Nama negara lebih terserlah dan tersohor melamgkaui batas geografi.
Rencana serta info bergambar tentang sejarah negara, tempat-tempat istimewa, budaya
masyarakat, makanan istimewa boleh dipamerkan sebagai iklan untuk menarik kehadiran
pelancong. Hal tersebut menjadi suatu agenda untuk memajukan industri pelancongan negara
yang merupakan satu sayap utama ekonomi negara. Sementara dalam sudut siasah pula,
maklumat jelas tentang negara boleh menjadi jambatan penghubung diplomatik antara
Malaysia dengan negara-negara tetangga dan global. Oleh sebab itu, organisasi media boleh

14

menentukan apa-apa jua kehendak dengan matlamat hendak seribu daya tidak mahu seribu
dalih.

Dalam konteks untuk berbudi kepada negara, kita wajar mengambil kata-kata John F Kennedy,
“Janganlah kamu bertanya tentang sumbangan negara kepada kamu sebaliknya, bertanyalah
tentang apakah sumbangan kamu kepada negara?” Petikan ini menunjukkan bahawa semua
pihak menggalas tanggungjawab untuk menyumbang kepada negara. Dalam sebarang situasi
dan kapasiti yang ada, kita hendaklah berazam untuk memajukan tanah air. Sebagai penyebar
media, mata pena yang bergerak secara diam-diam kadang-kadang lebih tajam daripada mata
pedang. Oleh itu, tudingkan mata pena anda kepada perkara-perkara yang positif.

Soalan 3:

Keselamatan dan ketenteraman awam adalah amat penting kepada pembangunan
sesebuah negara.

Bincangkan peranan semua pihak dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman
negara terus terjamin.

Meminjamkan kata-kata daripada pepatah Arab yang bermaksud, “Kasih akan watan
sebahagian daripada iman” membuktikan bahawa tanggungjawab terhadap negara adalah
menjadi suatu kewajipan yang mutlak kepada setiap orang. Kasih akan negara membawa
maksud kesanggupan untuk menjaga dan melindungi negara daripada sebarang ancaman yang
boleh memporak-perandakan keamanan dan ketenteraman dalam negara. Dalam konteks
negara kita Malaysia, setiap warganegara dituntut agar memberikan komitmen yang tinggi
untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman. Kejayaan negara sama ada dalam
aspek politik, ekonomi mahupun sosial adalah bergantung kepada sejauh mana kesanggupan
rakyat untuk melindungi negara daripada sebarang anasir perosak. Dengan hal yang demikian,
semua lapisan masyarakat hendaklah menyumbangkan peranan dengan berdasarkan kapasiti
masing-masing demi melahirkan sebuah negara Malaysia yang aman, selamat, dan makmur.

Dalam konteks keamanan yang hakiki, tanggungjawab yang utama hendaklah dipegang
oleh pihak pemerintah. Pemimpin ialah saf depan yang perlu melindungi negara daripada
sebarang ancaman sama ada luar mahupun dalam negara. Kegagalan pemimpin
mempertahankan solidariti negara boleh menyebabkan sistem pemerintahan menjadi kucar-
kacir, kesejahteraan rakyat akan terancam, malahan sistem ekonomi dan siasah negara akan
terbantut. Hal yang demikian dengan jelas dapat dilihat di beberapa wilayah di dunia, seperti
di Timur Tengah, negara-negara Afrika, Asia Tengah dan wilayah Balkan yang tidak pernah
kebah daripada peperangan.Semua itu adalah berpunca daripada sikap pemimpin yang tidak
cakna terhadap kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, jalinan kerjasama politik
dan diplomatik sama ada dengan tetangga mahupun di luar wilayah hendaklah dipertingkatkan
dengan tahap kewaspadaan yang tinggi, bak kata pepatah Melayu ingat sementara belum kena,
jimat sementara belum habis.

15

Pasukan keselamatan merupakan sayap kanan dan jentera kepada agenda keselamatan
sesebuah negara.Dalam siasah merekalah segala strategi pertahanan negara dan selok belok
strategi musuh dapat diketahui dengan lengkap. Pasukan keselamatan yang terdiri daripada
angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,
Pasukan Gerak Am dan RELA adalah bertanggungjawab menjadi benteng hadapan negara
daripada sebarang ancaman musuhsama ada dari luar mahupun dalam. Tindakan pantas dan
cekap mereka diharap dapat membendung gejala ancaman keselamatan terhadap negara yang
ditunjangi oleh angkara pemerdagangan manusia dan kemasukan pendatang asing tanpa izin
(PATI). Pada hari ini perbatasan negara sama ada laut mahu pun darat telah ketara bocor. Oleh
sebab itu, siapakah yang akan bertanggungjawab atas limpahan 6.8 juta warga asing? Oleh itu,
sama ada angkatan bersenjata mahupun polis bentuklah sinergi yang benar-benar berkesan
agar keselamatan negara terus terjamin.

Selain itu, pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah lebih peka terhadap
kepentingan dan keselamatan negara.Pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya enam puluh
NGO di Malaysia yang berdaftar dan bergiat secara aktif.Matlamat perjuangan semua NGO
adalah untuk memperoleh pembelaan yang saksama terhadap kelompok atau pun berjuang
untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan. Pertubuhan seperti Mercy’s Malaysia, ABIM,
Persatuan Bulan Sabit dan sebagainya adalah cukup ikhlas bergerak untuk melaksanakan
kebajikan. Sementelahan itu, tidak kurang pula NGO yang diwujudkan untuk menjadi mata
dan telinga terhadap isu-isu politik, ekonomi dan sosial masyarakat.Namun begitu, setiap NGO
hendaklah cakna terhadap tuntutan keselamatan.Amatlah tidak wajar ada pihak yang
berselindung di sebalik NGO tetapi menjadi duri dalam dagingdan dengan sewenang-
wenangnyanya berani menyebarkan fitnah sehingga menagancam keselamatan negara..

Dalam menggalas amanah menjaga kestabilan negara, golongan pedagang dan korporat
juga hendaklah memainkan peranan yang aktif. Golongan ini hendaklah lebih iltizam untuk
memakmurkan negara dengan cara memanfaatkan segala hasil mahsul. Khazanah alam
Malaysia yang sangat kaya perlu dimanfaatkan untuk maslahat semua.Pada hari ini korporat
dan GLC seperti Petronas, FELDA, Tabung Haji (LUTH) dan banyak lagi telah
menyumbangkan pendapatan yang besar kepada negara.Kekuatan negara dalam sudut ekonomi
boleh memberikan jaminan keselamatan apabila secara relatifnya negara yang maju akan
berkurang kadar jenayah. Walau bagaimanapun, sikap sesetengah korporat yang lebih
mementingkan negara asinguntuk melabur amatlah dikesalkan kerana sikap tersebut
diibratkan, menggunting dalam lipatan dan pepat di luar rencong di dalam.

Manakala benteng yang terakhir untuk keselamatan negara ialah rakyat jelata. Inilah
golongan terbesar yang pastinya apabila bersatu mampu menjanakan kekuatan sama ada
politik, ekonomi, dan sosial. Sebagai rakyat yang bernaung di bawah panji-panji kedaulatan
negara, semua pihak hendaklah berusaha dengan lebih gigih untuk memperkukuh ketahanan
negara. Sumbangan rakyat hendaklah dalam kapasiti masing-masing sama ada sebagai
penjawat awam, pekerja swasta, usahawan, dan golongan belia hendaklah memiliki suatu sikap
iaitu sayang dan patriotik akan negara. Mutakhir ini, pelbagai ancaman dalam bentuk
penyebaran berita palsu, penyeludupan dadah, pelacuran, dan penggubahan wang haram telah
menjadi api dalam sekam dan duri dalam daging terhadap kestabilan negara. Seandainya
benteng rakyat mula runtuh, nescaya kepada siapakah watan tercinta ini dapat
diharapkan?Sebenarnya, itulah malapetaka yang paling kita takuti.

16

Kesimpulannya, kestabilan dan solidariti sesebuah negara adalah terletak di atas empat
paksi yang utama iaitu, para ilmuwan yang bijaksana, para pemimpin yang adil, hartawan yang
pemurah, dan sokongan serta doa daripada rakyat jelata. Oleh itu, tiada pihak yang terkecuali
malah iltizam semua pihak dituntut untuk memberikan kerjasama agar maruah negara tidak
tercemar dan sekali gus keamanan yang telah kita kecapi selama ini dapat dikekalkan.

Soalan 4:

Krisis kemanusiaan, peperangan, penghapusan etnik dan fenomena alam menyebabkan
dunia hari ini semakin tidak selamat.

Beri ulasan anda tentang kenyataan di atas berdasarkan beberapa peristiwa.

Lebih sejuta pelarian Rohingya masih terperangkap di dalam khemah-khemah daif di
Cox’s Bazar di sempadan Bangladesh dan Myanmar. Lebih 100 ribu nyawa terkorban dalam
perang saudara yang berlarutan selama lima tahun di Yamen. Daripada jumlah tersebut, lebih
80 ribu kanak-kanak terkorban akibat kebuluran dan serangan kolera. Demikian juga pertikaian
merebut kuasa yang tiada kesudahan di Syria, Iraq dan Sudan menyaksikan betapa sengsaranya
rakyat marhaen hidup di bawah cengkaman kuasa yang zalim. Nyawa kanak-kanak, wanita,
dan golongan lemah semakin tidak bernilai. Krisis kemanusiaan yang berlarutan hingga ke
abad milenium ini membuktikan peperangan, penghapusan etnik dan fenomena alam semula
menjadi asbab dunia hari ini semakin tidak selamat.

Situasi seperti yang digambarkan di atas terjadi kerana kerakusan melebarkan pengaruh
dan kuasa. Undang-undang rimba dan peraturan haiwan sering menjadi pilihan terakhir dengan
matlamat menghalalkan tindakan. Maruah dan kedaulatan negara lain tidak dihormati
langsung. Hukum bahawa yang kuat dia yang menang dan yang cepat dia yang dapat menjadi
hemat dan pertimbangan murahan negara-negara kuasa besar. Berbantukan peralatan senjata
canggih, negara-negara seperti Amerika, England, Perancis, dan Russia boleh menghukum
negara-negara kecil dengan sesuka hati. Demikianlah tindakan ironi Presiden Amerika George
W. Bush membunuh jutaan rakyat Iraq dengan misi ‘keamanannya’. Perlumbaan menunjukkan
kekuatan itu dihalalkan melalui kuasa senjata. Akhirnya berlakulah kebangkitan anak tempatan
untuk membalas dendam dengan pelbagai tindakan seperti serangan gerila dan rentetan
keganasan yang tidak putus-putus dilancarkan.

Tokoh-tokoh keamanan sejagat dan para penganalisis politik dunia sependapat bahawa
serangan ganas ke atas WTC adalah semata-mata tercetus daripada perasaan benci dan marah
yang sukar dibendung oleh masyarakat tertindas khususnya di wilayah Timur Tengah. Sudah
ratusan tahun mereka melihat politik negara masing-masig diperkotak-katikkan oleh negara
polis dunia itu. Kesengsaraan rakyat Palestin, penderitaan rakyat Afghanistan, dan
ketidakadilan regim Zionist terhadap masyarakat Islam telah mengundang kebencian yang
sukar dibendung lagi. Akhirnya dengan percaturan pendek akal suatu konspirasi profesional
diwujudkan. Pengebom berani mati sanggup menggadaikan nyawa meletupkan bangunan
penuh legenda di tengah-tengah kota jantung hati dunia itu. Ribuan mangsa yang tidak berdosa
rentung dalam sekelip mata. Akhirnya terciptalah istilah-istilah seperti Al Qaeda, Jemaah
Islamiah, dan rangkaian pengganas antarabangsa ciptaan Amerika yang menghalalkan misi
menentang keganasan global

17

Personaliti kontroversi dunia seperti Osama Laden, Aiman Zawahiri, Abu Nidal dan
ramai lagi menjadi buruan polis dunia. Malang sekali pemburuan terhadap orang-orang yang
disyaki pengganas itu menyebabkan marahkan pijat-pijat kelambu dibakar. Lain bengkak lain
yang menanah. Pihak kuasa besar dengan gampang mengambil tindakan menyerang dan
menakluk Afghanistan dan iraq. Inilah peluang terbaik kuasa nuklear dunia seperti Amerika
dan Britain memperagakan kecanggihan senjata canggih mereka. Nama-nama seperti bom
berangkai, F20 Hornet, Apache, peluru berpandu Tomahawk menjadi pujaan masyarakat
dunia. Akhirnya ledakan demi ledakan menghancurkan sebuah tamadun dan negara yang
berdaulat. Kemusnahan harta benda, nyawa, dan rintihan mangsa-mangsa yang malang tidak
dapat dibayangkan.

Di peringkat serantau dan wilayah pula, tekanan daripada kuasa-kuasa pemerintah yang
tidak adil terhadap golongan minoriti telah mengundang pelbagai konflik yang berpanjangan.
Hak rakyat Palestin yang dinafikan, perjuangan wilayah autonomi daripada bangsa Moro di
Filipina, dan layanan tidak adil terhadap masyarakat Islam di Selatan Thai menambahkan lagi
koleksi keganasan yang tidak pernah kunjung selesai. Peristiwa Tak Bai mungkin akan terus
menjadi barah yang akan memanjangkan lagi siri pertumpahan darah di negara Gajah Putih itu.
Penderitaan, kemiskinan, dan pembunuhan komuniti Rohingya seolah-olah menjadi suatu
agenda politik di tempat-tempat tersebut. Keadilan seperti sudah tidak wujud langsung,
manakala perdamaian seakan-akan mati. Jalan penyelesaian yang sering diambil hanyalah
keadilan di muncung senjata. Demikianlah, gambaran keamanan dunia semakin tidak
menampakkan sinarnya.

Fenomena alam juga seakan-akan benci terhadap tingkah laku manusia. Tidak cukup
dengan pergaduhan sesama sendiri, manusia tidak putus-putus meneroka dan mencemarkan
alam. Flora dan fauna sebahagian besarnya musnah. Hutan bakau hampir-hampir hilang dari
landskpanya di beberapa kawasan. Laut tercemar dengan teruknya akibat tumpahan minyak.
Hidupan marina tercemar dan beracun. Cuaca dunia pula semakin panas berpunca daripada
sistem ekologi yang terancam. Fenomena El Nino dan La Nino meningkatkan bahang panas
dunia. Demikian pula kadar penipisan ozon yang semakin meningkat tahun demi tahun akibat
pelepasan gas-gas hiderokarbon yang melampau. Segala-galanya menjadi jerat dan bom jangka
yang menunjukkan kehidupan di dunia ini semakin tidak selamat. Selain itu, fenomena semula
jadi alam juga amat sukar dijangka. Peristiwa Tsunami Acheh 2004, Jepun 2011 dan terakhir
di Lombok dan Palu cukup membimbangkan warga dunia.

Demikianlah situasi dunia yang menampakkan kehidupan kita semakin terancam.
Dunia yang mewah dengan pelbagai rahmat Tuhan gagal dimanfaatkan oleh manusia. Manusia
sering ‘bertuhankan’ nafsu daripada kewarasan. Mereka sanggup berebut dan bergolak semata-
mata untuk menjadi hero. Yang gagah semakin rakus, manakala yang lemah diratah dan
terpaksa menelan keperitan yang tidak kunjung padam.

18

Soalan 5:

Watak utama dalam sesebuah karya mempunyai banyak keistimewaan yang boleh
dijadikan panduan dalam kehidupan.

Bincangkan.

NOTA: Soalan ini juga dalam kategori separa kreatif. Hal demikian kerana calon perlu
merujuk sesebuah karya khususnya novel sebagai bahan sokongan. Sebaik-baiknya calon
rujuklah novel yang telah dipelajari mengikut zon masing-masing.

Dalam kata-kata jenaka selalu menyebut, “Hero sudah mati, cerita mesti tamat”.
Demikianlah gambaran pengaruh yang cukup besar yang dimainkan oleh watak utama dalam
sesuatu cerita. Sama ada drama, filem atau sebarang cereka, watak utama atau hero memainkan
peranan yang cukup penting dalam menggerakkan sesuatu cerita bermula dari suatu konflik
kepada konflik yang seterusnya. Selain itu, watak utama akan diberikan keistimewaan dalam
pelbagai aspek sama ada aspek fizikal, mental, emosi mahupun nilai kemanusiaannya. Oleh
itu, pelbagai keistimewaan yang dibawakan oleh watak utama boleh dijadikan pandu tauladan
untuk dicontohi.

Gambaran tentang watak utama adalah melibatkan aspek fizikal, mental dan emosi.
Kelebihan utama tentulah dalam aspek fizikal. Susuk fizikal yang segak, cantik dan kemas lagi
bergaya memberikan bonus terhadap aura kepada watak utama. Sama ada di dalam novel dan
lebih-lebih lagi drama atau filem, watak utama rata-ratanya ditampilkan segak. Hal yang
demikian dapat kita lihat daripada penampilan watak-watak utama sama ada dalam filem Barat,
Hollywood, Bollywood dan terkini filem Korea digambarkan wataknya memiliki susuk tubuh
badan yang menarik seperti sasa, segak dan penampilan yang bergaya. Begitu jugalah halnya
dengan watak-watak penting di dalam novel seperti watak Dahlia (Songket Berbenang Emas),
watak Julia (novel Julia) dan watak Amira (novel Kembara Amira). Oleh sebab watak-watak
ini membawa imej yang baik untuk diteladani oleh pembaca atau penonton maka mereka
seharusnya memiliki segala keistimewaan. Sesungguhnya, hal yang sama sering dibicarakan
di dalam ceritera klasik dan tradisional seperti yang digambarkan oleh watak Raja Muda,
Malim Dewa dan Awang Sulong dan lain-lain lagi

Selain itu, watak utama amat menyerlah tentang keistimewaan dalam gaya berfikir.
Rata-rata mereka digambarkan berfikiran matang, kritis dan berpandangan jauh. Mereka
mampu mengemukakan idea-idea baharu yang bernas dan kritis dalam menyelesaikan masalah.
Mereka menjadi ikon kepada seseorang yang ingin berjaya perlulah kepada kebolehan
berfikir, matang lagi bijaksana. Apabila kita soroti kisah dalam novel Julia, jelas Julia dalam
usia muda yang boleh dianggap belia namun sudah mampu bertindak menyelamatkan syarikat
yang ditinggalkan oleh bapanya akibat mati mengejut dalam kemalangan. Sebagai pengurus
muda, Julia berjaya mengembalikan keyakinan pelanggan dan turut mengenal pasti beberapa
orang pengurus dalam anak syarikat yang bersikap menggunting dalam lipatan.

Watak utama juga sering digambarkan memiliki keseimbangan dalam aspek emosi dan
kestabilan tingkah laku. Mereka tidak mudah mengaku kalah, penyabar dan tabah dalam
menghadapi situasi genting. Watak utama biasanya berdepan dengan pelbagai cabaran.
Mereka perlu sabar dan tahan uji serta kuat semangat. Watak utama yang sering diasosiasikan
dengan seseorang pemimpin atau orang pilihan mesti boleh berhadapan dengan pelbagai
tohmahan dan kerenah. Hal yang demikian itu amatlah cocok dengan watak Dahlia yang amat

19

tabah berhadapan situasi sukar apabila ibunya dituduh gila, adik bongsunya yang tidak sihat
malahan mereka turut dikhianati oleh nenek sendiri. Namun demikian, alah bisa tegal biasa,
Dahlia tabah terhadap segala cela dan nista hinggalah dia berjaya menjadi pelajar yang terpilih.

Perawakan dan personaliti yang hebat merupakan prasyarat untuk seseorang itu boleh
diangkat menjadi watak utama. Watak utama seyogia kaya dengan nilai-nilai kemanusiaan dan
nilai murni yang menjadikan mereka disenangi dan menjadi suri teladan agar boleh dicontohi.
Sifat-sifat seperti telus, berkasih sayang, bertanggungjawab, pemurah dan sebagainya
membolehkan mereka menyelesaikan misi penting daripada tema dan persoalan yang
digarapkan oleh pengarang. Sikap tersebut dengan jelas dapat dilihat daripada perwatakan
Amira dalam novel Kembara Amira. Amira menggalas misi besar dalam usaha membantu
kumpulan ekskavasi di Gunung Mat Raya selain cuba membantu masyarakat orang asli di
belantara tersebut mempertahankan hak dan budaya mereka agar tidak tercemar. Begitulah
sifat watak utama, alah bisa tegal biasa.

Selain itu juga, watak utama sudah semestinya memiliki pembawaan yang ideal,
syumul dan taat akan Tuhan. Mereka memiliki kayakinan tauhid yang kebal dan sentiasa
bertawakal kepada Tuhan dalam setiap konflik yang dihadapi. Sesungguhnya, mereka begitu
telus dan amat takut kepada perkara-perkara yang mungkar. Itulah suatu sifat terpuji yang dapat
dilihat kepada watak Dahlia yang tidak pernah terlepas daripada bersolat dan berdoa sekalipun
dihimpit dengan situasi genting. Dahlia memiliki sifat benar dan tiada berkompromi dengan
kerja-kerja jahat dan tidak memusuhi sesama insan. Jiwa Dahlia amat tenang. Oleh sebab itu,
perawakan tersebut boleh menjadi panduan dalam hidup yakni kita perlu bertawakal dan pasrah
dengan qadak dan qadar. Yakinlah bahawa sifat yang baik akan mendapat ganjaran daripada
Tuhan seperti mafhumnya, “Sebaik-baik insan disisi Tuhan-Mu ialah mereka yang tinggi
takwanya”.

Oleh hal yang demikian, kejayaan sesebuah cerita kerap kali dikaitkan dengan
kebolehan pengarang mengolah dan memberi gambaran yang menarik tentang watak
utamanya. Semakin berjaya watak utama memainkan peranannya, semakin berjayalah cerita
tersebut. Kadang-kadang kehebatan watak utama sehingga membawa pengaruh kepada
masyarakat umum apabila stail watak tersebut menjadi ikutan anak-anak muda. Oleh itu, watak
utama amatlah penting dalam menjayakan misi sesebuah cerita.

20

Karangan bonus:

Kenaikan harga minyak mentah dunia secara berterusan menggugat kemakmuran dan
kesejahteraan negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk
mengurangkan kesan yang dialami oleh rakyat.

Bincangkan kesan negatif kenaikan harga minyak mentah dunia dan langkah menanganinya.

Tema : Isu Ekonomi

Demensi : Negara

Tajuk : Kenaikan Harga Minyak Dunia

Fokus Soalan : Kesan negatif dan langkah menangani

Skema jawapan

Pendahuluan

Kenaikan harga minyak secara berterusan mendorong pelbagai implikasi yang menjejaskan
kesejahteraan negara kita. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan bagi
menjamin kehidupan rakyat tidak terjejas ekoran gejala tersebut.

Bil Idea Huraian

A : Kesan negatif kenaikan harga minyak mentah dunia terhadap kemakmuran dan
kesejahteraan negara

1 Kos sara hidup • Harga barang keperluan dan perkhidmatan akan meningkat
meningkat kerana minyak ialah kos perantaraan dalam proses pengeluaran
dan penghantaran.
2. Kadar
pengangguran • Pengeluar akan mengalihkan beban yang ditanggung kepada
meningkat pengguna apabila kos pengeluaran meningkat.

• Maka harga barang keperluan akan dinaikkan untuk
mengurangkan tanggungan pengeluar.

• Kuasa beli pengguna akan berkurangan/inflasi dan
menyebabkan kos sara hidup meningkat.

• Bagi meminimakan kos pengeluaran, pekerja-pekerja
diberhentikan oleh majikan.

• Kadar pengangguran juga meningkat disebabkan firma
mengurangkan pengeluaran yang berpunca daripada
permintaan yang rendah.

• Keadaan ini menyebabkan kadar pengangguran meningkat.

21

3. Kos pembangunan • Harga bahan binaan turut meningkat kesan daripada

meningkat peningkatan kos pengangkutan dan pengeluaran.

• Kos pembinaan pembangunan infrastruktur turut meningkat.

4 Kadar pelaburan • Pelabur-pelabur enggan melabur kerana keuntungan berkurang

akan menurun akibat kos operasi yang tinggi.

• Kadar faedah pinjaman turut meningkat.

• Menyebabkan pelabur akan menabung untuk mendapatkan

pulangan yang tinggi dan mengurangkan risiko pelaburan.

5. Pendapatan negara • Kos operasi yang tinggi, menyebabkan pengurangan

akan berkurang keuntungan

• Kutipan cukai menurun

• Eksport menurun

• Pertumbuhan ekonomi menjadi lembap kerana negara

kehilangan pendapatan untuk pembangunan.

B : Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan yang dialami

oleh rakyat

6 Pengurangan • Kerajaan boleh mengurangkan pelbagai cukai untuk

cukai pendapatan/ merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Syarikat • Cukai yang dikurangkan akan meningkatkan kuasa beli dan

permintaan pengguna.

• Keadaan ini turut akan meningkatkan penawaran barangan

oleh firma/syarikat

• Harga barangan dan perkhidmatan akan menurun dan

seterusnya mengurangkan kos perbelanjaan rakyat.

7 Memperkasa • Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

undang- Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memantau peniaga-peniaga

undangkawalan yang menaikkan harga barang dan perkhidmatan dengan

harga sewenang-wenangnya.

• Denda yang maksimum perlu dikenakan terhadap peniaga

yang gagal mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak

kementerian terbabit.

• Meminda undang-undang terhadap harga barangan tertentu

seperti barang keperluan asas.

• Menetapkan harga lantai dan harga siling bagi barangan

tertentu seperti barangan keperluan asas dalam kalangan

rakyat.

• Mengawal eksploitasi harga oleh penjual dan orang tengah.

8 Bantuan kewangan • Kerajaan turut memberi subsidi terhadap barangan keperluan

/ subsidi harga asas bagi mengelakkan peningkatan harga berterusan.

• Harga barangan dapat dikawal melalui subsidi harga dan

seterusnya mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Kesimpulan:
Setiap pihak harus bekerjasama membantu kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak
agar kesejahteraan hidup rakyat akan terus dinikmati bersama.

22

SET 3

BAHASA MELAYU 1103/2
Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

2 ½ jam

JANGAN BUKA MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Modul ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan

teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
[Lihat halaman sebelah

Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]

23

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan seni
persembahan dan usaha-usaha untuk mempopularnya semula. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sebagai negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada masyarakat majmuk,
Malaysia terkenal dengan kekayaan kebudayaan, termasuk seni persembahan seperti
bangsawan, wayang kulit atau silat, bahkan seni persembahan itu sendiri telah menjadi warisan
kebanggaan rakyat negara ini. Dengan asakan kemodenan dan globalisasi, terdapat
kebimbangan warisan seni persembahan itu akan terhakis dan akhirnya pupus daripada
khazanah bangsa. Amatlah malang jika seni persembahan itu hanya dapat dibaca dalam buku
atau hanya dapat ditonton melalui cakera padat dan video atau ‘YouTube’ pada masa depan.

Ketinggian tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni
budayanya, termasuk seni persembahan. Justeru, warisan seni persembahan itu perlu
dikekalkan kerana melambangkan jati diri etik dan bangsa selain melambangkan identiti
sesebuah negara. Dalam konteks negara Malaysia, seni persembahan itu merupakan cerminan
kepada sifat majmuk masyarakat negara ini. Jika dilihat dari perspektif kesepaduan sosial, seni
tersebut turut memainkan peranan untuk menyemai nilai perpaduan dalam kalangan rakyat
pelbagai kaum. Melalui persembahan yang ditonton oleh khalayak daripada pelbagai kaum
secara tidak langsung akan membantu khalayak lebih mengerti dan memahami budaya kaum
lain yang mempersembahkan seni itu. Sesungguhnya keunikan budaya dan seni persembahan
masyarakat pelbagai etnik di Malaysia telah membentuk identiti budaya kebangsaan yang
tersendiri

Sejak zaman-berzaman, seni persembahan memainkan peranan yang amat penting
kepada masyarakat. Selain menjadi simbol perpaduan dan sosialisai, seni persembahan
merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam dalam kalangan
masyarakat kita. Golongan yang terbabit, mempelajari sesuatu seni persembahan untuk tujuan
keriangan dan mengisi masa senggang dengan cara yang berfaedah. Aktiviti sedemikian turut
menjadi senaman dan latihan anggota badan agar menjadi sihat dan cergas disamping dapat
mengasah mental dan emosi. Oleh hal yang demikian, seni persembahan itu perlu disampaikan
kepada generasi muda agar seni itu terus dapat melihat sinar mentari kurun ke-22 dan
seterusnya.

Langkah yang tepat perlu diambil dan dilaksanakan untuk menyemai kesedaran dalam
kalangan masyarakat tentang pentingnya seni persembahan dalam pembentukan negara bangsa
Malaysia. Budaya, termasuk seni persembahan, perlu dikekalkan demi kesinambungan
tamadun bangsa. Melalui seni persembahan kita mengetahui asal usul, sejarah dan budaya kita
disamping menjadi alat yang menjadi benteng budaya agar tidak ditenggelami oleh budaya
Barat. Sememangnya tidak menafikan, masyarakat kini lebih berminat dan ghairah dengan
permainan canggih melalui peralatan moden, termasuk telefon bimbit. Selain itu tanggapan
bahawa seni persembahan sudah tidak releven pada zaman ini serta sikap tidak ambil peduli
menjadikan masa depan seni persembahan semakin tidak menentu. Jika sikap sedemikian
dibiarkan dan tidak terdapat strategi dan usaha konkrit untuk memelihara dan memulihara seni
persembahan, ada kemungkinan bahawa warisan bangsa itu akan terus lenyap dan tidak akan
lagi diketahui oleh generasi masa depan walhal seni persembahan tersebut, baik dalam bentuk
tarian, nyanyian mahupun teater tradisional, penting untuk dipertahankan kerana aktiviti seni
persembahan dapat menyemai nilai positif, termasuk kerjasama, semangat berpasukan,
imaginasi dan kreativiti. Nilai-nilai ini merupakan sebahagian daripada nilai positif yang perlu
membudaya dalam diri setiap anggota masyarakat bagi menghadapai cabaran dunia tanpa
sempadan.

24

Negara kita perlu berusaha untuk memelihara dan mempertahankan warisan seni
persembahannya, seperti yang dilakukan oleh Jepun, Thailand, Korea Selatan dan Indonesia.
Dengan cara ini, kita dapat menjamin kelangsungannya, membantu usaha untuk mengangkat
warisan negara ke persada antarabangsa, serta membuka mata dunia bahawa kita memiliki
peninggalan warisan bernilai tinggi.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pemeliharaan dan Pemuliharaan Seni Persembahan Warisan Bangsa’

oleh Jeniri Amir
Dewan Budaya, Mei 2017

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menyemai kesedaran.

[ 2 markah ]

(ii) Dalam petikan, pengarang ada menjelaskan punca-punca aktiviti seni
persembahan semakin terpinggir.

Nyatakan punca-punca tersebut.

[ 3 markah ]

(iii) Seni persembahan merupakan salah satu daripada warisan bangsa yang perlu
dipertahankan.

Pada pendapat anda, sebagai pelajar apakah sumbangan yang boleh anda
berikan untuk membantu mempertahankan seni persembahan ?

[ 4 markah ]

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

25

Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan
perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan
rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan
budaya.

Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga
mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara
kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah
hari.

“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengketa melalui
pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di
bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijih timah. Bangsa kedua terbiar
daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar
sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di
ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok dan benteng
perkauman yang tebal. Tiada usaha untuk penyatuan setiap bangsa melalui satu bahasa
pertuturan atau agihan kekayaan yang saksama.”

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah penjajah dikatakan mengagihkan sumber kekayaan negara kita dengan tidak
seimbang?

[2 markah]

(ii) Penjajahan terhadap sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat besar kepada rakyat.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada keseluruhan
cerpen tersebut.

[4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

26

Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh sultan, tiada juga berkenan
pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “ Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak
Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”

Maka sembahnya “Daulat tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi
matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka
dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantar ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh
berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja,”Bagaimana maka datuk hendak beristeri
muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sia cula
yang dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.”

Dipetik daripada ‘ Burung Terbang Dpipiskan Lada’
dalam antologi Sejadah Rindu

Kementerian Pendidikan Malaysia

i. Apakah kata-kata anak buah Seri Nara Diraja setelah mengetahui beliau hendak
berkahwin?
[ 2 markah]

ii. Nyatakan perkara yang berlaku setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar sembah
daripada Seri Nara Diraja.
[3 markah]

iii. Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan isterinya, Tun Kudu bagi memastikan
pergolakan antara Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dapat diatasi.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk
menggelakkan berlakunya pergolakan antara kaum di negara ini?

[ 3 markah ]

Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Gelanggang
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih

27

lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlelehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Dipetik daripada sajak ‘Gelanggang’
oleh Onn Malini,

Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan maksud rangkap pertama?

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, sekiranya anda selaku orang dewasa apakah cara-cara untuk
anda bagi mengekalkan keamanan negara yang dinikmati seperti hari ini untuk
tatapan generasi akan datang?
[3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

28

29

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan lain atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) baik – baik
(ii) sebaiknya
(iii) sebaik-baiknya
(iv) berbaik-baik
(v) membaikkan
(vi) memperbaik

(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang
betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf
condong dalam ayat-ayat yang diberikan.

(i) Mereka memancing ikan pagi tadi.
(ii) Encik Razali bendahari PIBG di sekolah itu.
(iii) Murid itu dipuji kerana rajin membantu guru.
(iv) Pameran robotik itu akan diadakan di Arena Square, Teluk Intan.
(v) Jentuai digunakan untuk menuai padi.
(vi) Rakyat negara kita dapat hidup harmoni melalui perpaduan.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

30

(i) Maklumat dan berita yang menyebar melalui internat dianggap media baharu.

(ii) Program Sifar Murid Cicir dan Jawatankuasa Peningkatan Enrolmen Menengah Atas
(JPEM) merupakan program rintes yang pelaksanaan bagi menangani isu keciciran.

(iii) Warga kampus diharapkan agar ajenda reformasi yang ingin dibawa oleh pihak
kerajaan dapat direalisasikan.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Bendera Jalur Gemilang perlulah semua rakyat Malaysia hormati kerana bendera
itu contoh kebahagiaan negara kita.

(ii) Tiram sos yang dikeluarkan oleh syarikat itu telah dijualkan ke seluruh negara.
(iii) Program Semarak Budi yang direncana oleh penganjur terpaksa dibawa di minggu

hadapan akibat masaalah teknikal.

(e) Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.

Setelah sekian lama merantau ke sana dan ke sini, akhirnya Ahmad dan Fikri kembali ke
kampung halaman mereka juga. Bagi mereka, pengalaman merantau ke negeri dan ke
negara orang lain sememangnya menarik dan membuka mata mereka kepada pelbagai
perkara yang baharu, namun pada hakikatnya tempat-tempat tersebut tetap tidak dapat
dibandingkan dengan kampung halaman mereka sendiri. Segala peristiwa pahit dan manis
yang berlaku di kampung mereka tetap menjadi satu kenangan yang bermakna.

31

Soalan 4: Novel [Zon 1]
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin
(ii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa pada bahagian
permulaan yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
[ 7 markah ]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu pengajaran
tentang kegigihan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[ 8 markah ]

Soalan 4: Novel [Zon 2]
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib
(ii) Tirani karya Beb Sabariah
(a) Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada

pembaca.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari ,huraikan dua peristiwa dan sebab-
sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu persoalan ketabahan
watak utama bagi setiap novel tersebut.
[8 markah]

32

Soalan 4: Novel [Zon 3]
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(ii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Jelaskan dua pengajaran tentang kegigihan dalam sebuah novel yang anda telah pelajari.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap
novel yang pada pendapat anda dapat menarik minat pembaca.
[8 markah]

Soalan 4: Novel [Zon 4]
[15 markah]

(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(ii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[ 7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kasih sayang yang terdapat
dalam setiap novel tersebut.

[ 8 markah ]

33

SKEMA KERTAS 2 Markah

Soalan 1 : Rumusan 2
2
Pendahuluan [ 2 markah ]
2
P1 - Petikan membincangkan faedah / kelebihan / sumbangan seni 1
persembahan di negara kita / Malaysia. 0

P2 - Petikan membincangkan faedah / kelebihan / sumbangan seni 2
persembahan di negara kita / Malaysia dan keperluan untuk 2
mempertahankannya. 2
2
P3 - Rumusan membincangkan faedah / kelebihan / sumbangan seni 2
persembahan dan usaha-usaha untuk mempopularkannya semula. 2
2
P4 - Petikan membincangkan faedah / kelebihan / sumbangan seni 2
persembahan 2
2
P5 - Petikan membincangkan kepentingan seni persembahan di negara kita / 2
Malaysia.

Isi Tersurat [ 4 – 12 markah ]
( Kepentingan seni persembahan )

Markah

S1 - Melambangkan jati diri etnik dan bangsa
S2 - Melambangkan identiti sesebuah negara
S3 - Merupakan cerminan kepada sifat majmuk msyarakat negara ini
S4 - Menyemai nilai perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
S5 - Membantu khalayak lebih mengerti dan memahami budaya kaum lain
S6 - Merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi
S7 - Menjadi senaman dan latihan anggota badan
S8 - Dapat mengasah mental dan emosi
S9 - Mengetahui asal usul, sejarah dan budaya
S10 - Menjadi benteng budaya
S11 - Menyemai nilai positif, termasuk kerjasama, semangat berpasukan,

imaginasi dan kreativiti

34

Isi Tersirat [ 4 – 12 markah ] 2
( Usaha-usaha mempopularkan semula seni persembahan ) 2
2
Markah 2
2
T1 - Menjadikan seni persembahan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.
T2 - Menganjurkan pertandingan seni persembahan di pelbagai peringkat.
T3 - Melatih lebih ramai tenaga pengajar seni persembahan.
T4 - Menganjurkan pesta / festival / karnival seni persembahan
T5 - Seni persembahan dijadikan sebagai produk pelancongan

Kesimpulan [ 2 markah ]
Markah

K1 - Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedari kepentingan seni 2
persembahan supaya seni persembahan ini terus popular dalam 2
kalangan masyarakat.

K2 - Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk mempopularkan
semula seni persembahan agar generasi muda tidak melupakannya

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata menyemai kesedaran

P1 - Menanam / menabur keinsafan / ingatan 2
P2 - Menanam / menabur kesedaran 1
P3 - Menyemai keinsafan / ingatan 1

[ Markah maksimum : 2 ]

(ii) Punca seni persembahan semakin terpinggir

P1 - masyarakat kini lebih berminat dan ghairah dengan permainan canggih melalui
peralatan moden

P2 - tanggapan bahawa seni persembahan sudah tidak releven pada zaman ini
P3 - sikap tidak ambil peduli

[ Markah maksimum : 3 ]
[ Isi cukup : 2 ]

(iii) Sumbangan

P1 - Menyertai kelab / persatuan seni persembahan di sekolah.
P2 - Mempelajari seni persembahan dari mereka yang pakar.
P3 - Menjadi sukarelawan membimbing / mengajar seni persembahan.
P4 - Menulis esei tentang seni persembahan di majalah.
P5 - Membantu memperkenalkan seni persembahan kepada rakan-rakan di media

sosial.

[ Markah maksimum : 4 ]

35 [ Isi cukup: 2 + Huraian ]
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden [ Isi cukup : 3 – tanpa huraian ]

(i) Penjajah mengagihkan sumber keayaan negara kita dengan tidak seimbang kerana:-

P1 - Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijih
timah.

P2 - Bangsa kedua terbiar daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung
tradisional di luar bandar sebagai nelayan dan pesawah.

P3 - Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan estet yang serba
mundur.

[Maksimum : 2 markah]

[Isi cukup : 2 isi]

(ii) Kesan-kesan tersebut ialah

P1- Kematian/ kehilangan jiwa
P2- penyakit
P3-kehilangan ahli keluarga
P4-kehilangan tempat tinggal
P5-kecederaan atau lumpuh
P6- perpecahan keluarga

[Maksimum : 3 markah}
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Nilai dalam petikan dalam petikan

-P1 Perpaduan (1m) - Sebelum penjajahan warga kota hidup bersatu padu sehinggalah penjajah
membunuh racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah (1m)

Nilai dalam keseluruhan cerpen

P1 Semangat Patriotik(1m) -Ibu Mel berusaha untuk menyemai semangat patriotik dalam diri anaknya
agar Mel berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa mereka kelak.(1m)

P2 Ketaatan (1m)- Mel taat pada pasihat ibunya untuk menangguhkan hasratnya ke Ibu Kota selagi
belum menguasai ilmu aagama yang mendalam dan memiliki jati diri yang teguh.(1m)

P3 Kasih Sayang (1m) - Mel dan ibunya saling menyayangi(1m)

36

Skema 2 (c) Prosa Tradisional

i. - Seri Nara Diraja sudah tua
- bulu mata dan bulu kening telah bertemu

ii. - Tun Kudu diceraikan oleh Sultan
- dihantar ke rumah Paduka Raja
- diberi belanja
- disuruh hadir untuk berkahwin dengan Seri Nara Diraja

iii - Menghormati budaya dan agama kaum lain

- Mempunyai semangat patriotisme
- Tidak mengamalkan sikap rasis terhadap kaum lain
- Belajar dan menghayati sejarah negara
- Menghindari sebarang tindakan atau perbuatan yang dapat mencetuskan provokasi

kaum.

Soalan 2(d) - Sajak

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH
(i) Maksud rangkap pertama, penyajak menyatakan 1
P1 bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang
ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun 1
P2 yang lalu.
Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap kaum demi masa
depan generasi seterusnya.

(ii) Cara-cara untuk menggekalkan keamanan negara yang 1
dinikmati seperti hari ini untuk tatapan generasi akan 1
datang iaitu 1
1
P1 Menghormati hak dan sensitiviti orang lain atau antara kaum
P2 Menanam sikap cinta akan negara dan keamanan negara 1

yang tinggi
P3 Tidak memburuk-burukkan nama negara di media

sosial/media massa
P4 Sentiasa berfikiran positif sebelum menyuahkan perasaan di

laman-laman sosial sekiranya tidak berpuas hati pada
sesuatu perkara
P5 Membuat laporan segera kepada pihak-pihak yang
bertanggung jawab tentang sesuatu perkara yang
menyebabkan kehormonian negara terancam

37 2
2
(iii) Dua pengajaran dalam sajak ini iaitu: 2
P1 Kita mestilah bersatu padu agar masalah dapat diselesaikan

dengan mudah.
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu
padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada
ancaman luar.
P2 Kita mestilah berani bertindak bagi melawan sesuatu
perkara yang tidak betul –
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara
kita harus berani berjuang untuk menangkis tohmahan
pihak luar.
P3 Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara
supaya negara kita aman sentiasa –
Contohnya, penyajak menyeru semua rakyat supaya
memelihara kedaulatan negara dengan penuh
tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba
memusnahkan negara.

Skema Soalan 3 (a)
(i) baik – baik

“Pandulah baik-baik kerana jalan itu bengkang-bengkok”, pesan ibu kepada abang.

(ii) sebaiknya
“Sebaiknya, kamulah yang bercakap dengan Abang Ngah kerana beliau lebih
mendengar kata-katamu”, kata adik kepada kakak.

(iii) sebaik-baiknya
Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara haruslah dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya.

(iv) berbaik-baik
Kita haruslah berbaik-baik dengan semua orang demi mengekalkan keharmonian.

(v) membaikkan
Dia berusaha untuk membaikkan kelakuan anaknya yang suka memberontak.

(vi) memperbaik
Pihak kerajaan berusaha untuk memperbaik taraf hidup orang Asli di kawasan tersebut.

38

(b) Membina Ayat Tanya
(i) Bilakah mereka memancing ikan?
(ii) Siapakah bendahari PIBG di sekolah itu?
(iii) Mengapakah murid itu dipuji?
(iv) Di manakah pameran robotik itu akan diadakan?
(v) Apakah alat yang digunakan untuk menuai padi?
(vi) Bagaimanakah rakyat negara kita dapat hidup harmoni?

Soalan 3 (c)

Jawapan:
(i) menyebar - tersebar
Internat - internet

(ii) rintes - rintis

pelaksanaan - dilaksanakan

(iii) diharapkan - mengharapkan

ajenda - agenda

SOALAN 3 (d)

Jawapan
(i) semua rakyat Malaysia hormati – dihormati semua rakyat Malaysia

Kebahagiaan – kebanggaan

(ii) Tiram sos - Sos tiram
dijualkan – dipasarkan

(iii) dibawa -ditunda

di- ke

Soalan 3 (e)

- setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga
- jauh perjalanan, luas pemandangan
- hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
- tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

39

Soalan 4: Novel [ Zon 1]
[15 markah]

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa pada bahagian

permulaan yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [ 7 markah ]

TINGKATAN 4

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian permulaan yang menimbulkan
kesedaran kepada pembaca.

Peristiwa pertama ialah peristiwa Lili pulang ke kampung,iaitu Lili mentaati arahan
ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun. Pada
mulanya, Lili enggan menghabiskan cuti sekolah di kampung ibunya. Dia bercadang
meluangkan masa bersama dengan rakan sekelasnya. Akhirnya, Lili bersetuju untuk
menghabiskan cuti sekolah di kampung untuk menggembirakan hati ibunya. Peristiwa ini
menmbulkankan kesedaran kepada pembaca bahawa sebagai seorang anak, kita
haruslah taat akan arahan kedua-dua orang ibu bapa.

Peristiwa kedua ialah peristiwa Lili mengucapkan terima kasih kepada Danel,iaitu
dalam perjalanan ke Kampung Sentosa, Lili membaca buku tentang Panduan Pemakanan Sihat
melalui sayur-sayuran. Ketika turun di stesen bas, Lili telah tercicir buku di dalam bas. Tiba-
tiba Lili ditegur dari belakang oleh pemuda Cina dan menyatakan Lili telah tercicir barangnya,
iaitu sebuah buku. Lili mengucapkan terima kasih kepada Danel. Peristiwa ini menimbulkan
kesedaran kepada pembaca bahawa kita haruslah menghargai budi jasa orang lain
terhadap kita dengan ucapan terima kasih.

TINGKATAN 5

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas hasil karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian pemulaan yang menimbulkan
kesedaran kepada pembaca.

Peristiwa pertama ialah peristiwa Dahlia teringat akan emaknya yang sakit, iaitu
semasa di padang, Dahlia teringat akan emaknya yang bersikap pelik sejak akhir-akhir ini
seperti bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau-rayau tidak tentu arah apabila
menjelangnya waktu senja. Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca
bahawa sebagai seorang anak, kita haruslah sentiasa mengambil berat tentang keadaan
orang tua kita.

Peristiwa kedua ialah peristiwa ketika Dahlia menyatakan kepentingan hidupnya
terhadap pelajaran dan keluarga, iaitu Dahlia menyatakan pendiriannya kepada Azhari
bahawa keutamaannya adalah untuk memberikan perhatian terhadap pelajaran dan membantu
keluarganya terlebih dahulu berbanding memikirkan soal perkahwinan. Peristiwa ini
menimbulkan kesedaran kepada pembaca bahawa sebagai anak, kita haruslah
mengutamakan pelajaran dan keluarga.

***1 Peristiwa – 1m
1 Huraian/Pernyataan – 1m
Isi – 4m (2 Peristiwa + 2 Huraian/Pernyataan)
Bahasa – 3m (Baik - 3m, Sederhana – 2m, Lemah – 1m)

40

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu pengajaran
tentang kegigihan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[ 8 markah ]

SOALAN (4b)

Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin, satu
pengajaran tentang kegigihan yang terdapat dalam novel tersebut ialah kita hendaklah gigih
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh jiran sekampung kita yang
memerlukan bantuan kita. Sebagai contoh, Lili gigih membantu Che Jah menyelesaikan
masalah rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah dengan menceritakan masalah tersebut
kepada Kak Mimah dan Nadia, pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi
memastikan nasib Che Jah terbela.

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip, satu
pengajaran tentang kegigihan yang terdapat dalam novel tersebut ialah kita hendaklah gigih
mencari nafkah untuk keluarga kita. Sebagai contoh, Embong gigih mencari rezeki untuk
menyara dirinya sekeluarga dengan melakukan pelbagai kerja kampung seperti menoreh getah,
mengambil upah membersihkan kebun orang dan memetik buah kelapa sawit.

*** ISI – 6m ( 2 isi)
BAHASA – 2m (Baik -2m / Lemah -1m)

Soalan 4: Novel [ Zon 2]
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut

i. Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip b.Talib
ii. Tirani karya Beb Sabariah

a) Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada

pembaca.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari ,huraikan dua peristiwa dan

sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

[7 markah]

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu persoalan ketabahan

watak utama bagi setiap novel tersebut. [8 markah]

41

Jawapan

a) Berdasarkan novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib terdapat peristiwa yang
dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.Pertama,peristiwa Pak Saidi
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.Penduduk kampung Sungai Ramal gempar
apabila Pak Saidi menjadi orang yang pertama menghantar anaknya ke sekolah
Inggeris.Mereka khuatir anak Pak Saidi akan dipengaruhi oleh orang putih.Lebai Pian
menyuruh Tok Ketua mengambil tindakan.Bagi Pak Saidi dia mahu anak-anaknya
menjadi orang yang berpelajaran sebab itulah dia anggup menghantar Adnan
bersekolah di sekolah Inggeris.Peristiwa ini dapat menimbulkan kesedaran kepada
pembaca tentang pentingnya mempertahankan keputusan yang dibuat demi masa
depan anak-anak.Kedua ,peristiwa Adnan menyertai pertandingan syarahan
bahasa Inggeris.Adnan telah memberitahu cikgu Nazri bahawa dia ingin menyertai
pertandingan tersebut walaupun rakan-rakannya memandang rendah kebolehan
Adnan.Cikgu Nazri memuji keberanian Adnan mencuba walaupun dia tidak fasih
berbahasa Inggeris.Cikgu Nazri telah mebantu Adnan untuk menyertai pertandingan
itu.Adnan telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Peristiwa ini dapat
menimbulkkan kesedaran kepada pembaca bahawa jika kita berusaha sudah
pasti kita akan berjaya.

b) Berdasarkan novel Leftanan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib dan novel
Tirani karya Beb Sabariah terdapat persoalan ketabahan watak utama. Dalam novel
Leftenan Adnan watak utama ialah Leftenan Adnan.Persoalan ketabahan watak utama
ialah persoalan ketabahan mempertahankan Bukit Candu.Buktinya Leftenan
Adnan dan pasukannya telah bertempur dengan Jepun hanya bersenjatakan
bayonet.Walaupun dalam serangan telah ramai tentera yang mati dan Adnan
cedera parah namun Leftenan Adnan tetap enggan berundur.Ketabahan Adnan
bertahan walaupun dalam keadaan cedera menentang musuh telah menaikkan
semangat anggota pasukan yang masih hidup.Seterusnya ,dalam novel Tirani watak
utama ialah Waheeda.Persoalan ketabahan watak utama ialah persoalan ketabahan
menghadapi dugaan hidup. Buktinya Waheeda tetap tabah meneruskan hidupnya
bersama anaknya Izzati selepas diceraikan oleh Zahid.Waheeda telah mendapatkan
rawatan akibat kemurungan selepas bercerai dengan Zahid.Setelah mendapatkan
rawatan daripada Dr.Qamariah di PUSRAWI ,Waheeda tetap tabah dan sudah berubah
serta tidak lagi murung.Waheeda berazam memulakan hidup baru bersama anaknya
Izzati di Chalet Iwana-Iwani yang dibeli daripada Pak cik Aziz di Cameron
Highlands.Chalet yang dibeli oleh Waheeda telah ditukar nama kepada Chalet Aya-
Sajinah.

42

Soalan ( a) bagi novel Tirani

(a) Berdasarkan novel Tirani karya Beb Sabariah terdapat peristiwa yang dapat
menimbulkan kesedaran kepada pembaca.Pertama,peristiwa Raidah mengambil
keputusan ke Singapura setelah mengetahui Waheeda akan menjalani
pembedahan.Setelah mengetahui Waheeda akan menjalani pembedahan selama 10
jam Raidah menjadi risau lalu menyediakan ketupat lepas untuk menolak bala dan turut
menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura.Raidah ingin memberi
ketupat lepas itu kepada Waheeda kononnya untuk menolak bala.Peristiwa ini dapat
menimbulkan kesedaran kepada pembaca tentang kasih sayang seorang ibu
terhadap anaknya amat tinggi.Kedua peristiwa Zahid memohon maaf kepada
Waheeda atas kesilapan menceraikan Waheeda.Akibat tidak percaya dengan
kejujuran Waheeda,Zahid telah menceraikan Waheeda selepas melahirkan anak kerana
Zahid tidak pasti sama ada anak yang dilahirkan oleh Waheeda merupakan anaknya .
Peristiwa ini dapat menimbulkkan kesedaran kepada pembaca bahawa kita perlu
berfikir dahulu sebelum mengambil tindakan.

Soalan 4: Novel [ Zon 3]

[15 markah]

4 (a) Jelaskan dua pengajaran tentang kegigihan dalam sebuah novel yang anda telah pelajari.
[7

markah]

4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap

novel yang pada pendapat anda dapat menarik minat pembaca. [8

markah]

4 (a) NOVEL DI SEBALIK DINARA

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor,
terdapat beberapa pengajaran tentang kegigihan dalam novel tersebut.

Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah gigih berusaha dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan. Sebagai contoh, Aqram gigih berusaha untuk menjejaki Farisha. Dia telah
mengambil cawan Farisha semasa di dalam kapal terbang dan telah bekerjasama dengan
Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha bagi mengenal pasti identitinya.

Akhir sekali, pengajaran yang terakhir ialah kita hendaklah gigih berusaha
menjalankan penyelidikan sains dan teknologi. Sebagai contoh, Karl, Marilyn/Medina, Dr.
Maxi dan kakitangan Soft Lab gigih menjalankan uji kaji dan penyelidikan. Akhirnya,
Karl telah berjaya mencipta manusia prototaip iaitu Alia dan Aqram.

43

4 (a) NOVEL SILIR DAKSINA

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Silir Daksina karya Nizar Parman,
terdapat beberapa pengajaran tentang kegigihan dalam novel tersebut.

Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah gigih berusaha dalam
menyelesaikan sesuatu perkara. Sebagai contoh, Abdullah bin Kayan/Amirulnizam/Cikgu
Zam gigih menghidupkan semula kumpulan D’Purnama dan mempopularkan kembali
tarian zapin jincat dalam kalangan anak muda di kampungnya. Cikgu Zam telah berjaya
mengharumkan nama Kampung Seri Purnama dengan kegiatan seni dan sastera melalui
penubuhan Akademi Sastera Rakyat (Aksara).

Akhir sekali, pengajaran yang terakhir ialah kita hendaklah gigih bekerjasama
menjayakan sesuatu program atau acara. Sebagai contoh, penduduk Kampung Seri
Purnama gigih dan saling membantu bagi menjayakan sambutan hari Kemerdekaan dan
persembahan zapin D’Purnama pada malam tersebut di peringkat mukim dan dipilih untuk
menjadi tuan rumah. Masyarakat kampung gigih memasang balai, serata, sistem pembesar
suara dan persiapan tempat manakala orang-orang perempuan pula gigih membuat
persiapan pentas dan jamuan.

4 (b) NOVEL D SEBALIK DINARA & NOVEL SILIR DAKSINA

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
dan Novel Silir Daksina karya Nizar Parman, terdapat beberapa peristiwa yang dapat
menarik minat pembaca dalam kedua-dua buah novel ini.

Dalam novel tingkatan 4, peristiwa yang diperoleh ialah peristiwa pertemuan
antara Farisha dan Medina ketika Karl sedang sakit nazak di hospital seterusnya
menghembuskan nafas yang terakhir. Peristiwa ini menarik minat pembaca/saya kerana
akhirnya rahsia Farisha sebagai anak kandung Karl dan Medina telah terbongkar serta
Farisha telah memaafkan ayahnya Karl sebelum meninggal dunia menunjukkan ketaatan
seorang anak terhadap ayah kandung sendiri.

Manakala dalam novel tingkatan 5, peristiwa yang diperoleh ialah peristiwa Haiqal
berpasangan dengan See Hwa dalam persembahan tarian zapin jinjat di Kampung Seri
Purnama. Peristiwa ini menarik minat pembaca/saya kerana seorang gadis Cina dapat
menari tarian Zapin dengan baik sekali dan menunjukkan masyarakat majmuk yang
harmoni di Malaysia.

44

Soalan 4: Novel [ Zon 4]

[15 markah]

a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.

[ 7 markah]
b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kasih sayang yang terdapat dalam
setiap novel tersebut.

[8 markah]

Skema Jawapan

Novel Pantai Kasih

Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara latar tempat
yang terdapat dalam novel tersebut di bilik bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih [PRPK].
Contohnya, seorang pemuda yang kurang siuman yang menyamar sebagai doctor telah
menahan Ketua Jururawat iaitu Felicia Landosi di bilik bedah sebelum pemuda itu berjaya
dipujuk oleh ibu Unong Siron.

Seterusnya, latar tempat yang kedua ialah di tembok garaj Pusat Rawatan Pantai Kasih [PRPK].
Kereta yang dipandu oleh Doktor Uwang telah merempuh tembok garaj hingga menyebabkan
dia mengalami kecederaan parah.

Latar tempat seterusnya ialah di Farmasi PRPK. Sebagai contohnya, Felicia Landosi, Ketua
Jururawat PRPK sering menyeludup masuk ke farmasi untuk meminum ubat batuk bagi
mengurangkan tekanan yang dihadapinya kerana menyebabkan kematian Rohayu, anak Dr.
Raiha.

Novel Bimasakti Menari

Novel yang saya pelajari di tingkatan 5 ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Antara latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut ialah di Balai Cerap Sultan Salahuddin.
Sebagai contohnya, Nurul Hafsa bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Pelawat dapat menyaksikan juzuk-juzuk kosmos dari platform yang disedikan di
Balai Cerap Sultan Salahuddin.

Latar tempat yang kedua ialah di Hospital Tanjung Karang. Sebagai contohnya, Budiman dan
Nurul Hafsa menghantar Muhammad Taufik ke Hospital Tanjung Karang setelah mereka
menemukan Muhammad Taufik berdarah kerana dipukul setelah pulang dari surau.

Latar tempat seterusnya ialah di Kampung Kuantan. Sebagai contohnya, Nurul Hafsa pergi
sendiri ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip.

45

SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 b
Pantai Kasih
Nilai Kasih Sayang (1m)Dr Raiha amat menyayangi anak tunggalnya iaitu Rohayu walaupun anaknya
itu merupakan anak kurang upaya yang menghidap sindrom Down (2m)

Bimasakti Menari
Nilai Kasih Sayang (1m)- Muhammad Taufik amat menyayangi keluarganya dan dia tidak pernah
sangsi terhadap kasih sayang yang diterima (2m)


Click to View FlipBook Version