The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norlin Mustafa, 2021-07-27 00:16:18

SOALAN PERCUBAAN PA BM SEM1 2021

SOALAN PERCUBAAN PA BM SEM1 2021

1

KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN
JOHOR BAHRU

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA 2021 A011003

PERCUBAAN SVM SEMESTER 1 SESI 1 Dua jam

BAHASA MELAYU
Kertas 1
Julai

2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C
dan Bahagian D.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya
ruang jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
[Lihat halaman sebelah

A011003©2021KVPJB SULIT

2

Bahagian A : Sistem dan Aplikasi Bahasa
[15 markah]

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, senaraikan dua kata ganda
dan dua kata majmuk.

Minit mesyuarat disediakan oleh setiausaha berperanan sebagai bahan bukti wujudnya

perbincangan atau kata putus antara kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, sekiranya

berlaku pertikaian antara pihak-pihak yang berkepentingan, maka pihak berkenaan boleh

merujuk kepada laporan minit mesyuarat bagi menegakkan keadilan dan mengurangkan konflik.

Minit mesyuarat juga boleh dianggap sebagai kertas kerja kerana dokumen ini telah

merumuskan aktiviti-aktiviti dan perancangan pentadbiran sesebuah organisasi.

[4 markah]

Soalan 2 : Membina Ayat

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,
atau menggunakan perkataan sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) usaha
(ii) usahawan

[2 markah]

A011003©2021KVPJB SULIT

3

Soalan 3 : Penyuntingan

Setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan yang
dikenal pasti dan membuat pembetulannya.

(i) Ibu bapa yang mampu biasanya akan menghantar anak-anak ke pusat tusyen untuk
meningkatkan pengkuasaan mereka dalam mata pelajaran tertentu.

(ii) Hakim menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap perompak itu setelah didapati
bersalah merompak wang tunai di sebuah bank komesial.

(iii) Sisa toksid daripada industri merupakan faktor utama menyebabkan pencemaran sungai

dan penyaliran di negara kita.

[6 markah]

Soalan 4 : Peribahasa

Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) titik peluh
(ii) anak buah
(iii) air tangan

[3 markah]

A011003©2021KVPJB SULIT

4

Bahagian B : Pemahaman
[15 markah]

Soalan 5 : Bahan Umum

Baca petikan yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Produk kraf tangan menjadi simbol kepelbagaian budaya yang unik dan begitu popular
di negara kita. Namun begitu, untuk memajukan produk kraf tangan di negara ini terdapat
pelbagai cabaran yang perlu diatasi. Cabaran utama yang mengganggu perkembangan produk
kraf tangan di negara ini ialah lambakan produk berasaskan bahan kimia dan sintetik seperti
plastik dalam pasaran. Di samping itu, produk kraf tangan juga sukar untuk diketengahkan di
pasaran terbuka kerana kebanyakan pengusaha produk kraf tangan kurang mengikuti
perkembangan semasa berkaitan produk ini.

Produk kraf tangan memerlukan kemahiran dalam pembuatannya. Selain kekurangan
program latihan berteraskan seni kraf tangan di pusat pengajian, kekurangan promosi dan
pameran juga menjadi cabaran dalam usaha memajukan produk kraf tangan. Kekurangan
pameran misalnya akan menyukarkan pengamal seni kraf tangan menonjolkan bakat mereka
sehingga sebahagian produk kraf tangan hanya terkenal di sesetengah negeri sahaja. Oleh itu,
usaha memajukan produk kraf tangan perlu dipergiatkan agar masyarakat pada hari ini lebih
menghargai hasil seni warisan ini.

Dipetik dan diubah suai daripada rencana,
'Kekangan dalam Industri Kraf Negara',
Dewan Budaya, Julai 2016

(i) Berikan maksud rangkai kata simbol kepelbagaian.

[2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan cabaran-cabaran memajukan produk kraf tangan di negara
ini. Nyatakan cabaran-cabaran tersebut.

A011003©2021KVPJB SULIT

5

[2 markah]
(iii) Industri kraf tangan di negara ini berpotensi menjadi produk pelancongan negara.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan

dalam memajukan industri tersebut?

[3 markah]

Soalan 6 : Bahan Sastera

Baca bahan 1 dan bahan 2 dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan telah
kelam-kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang.
Puluhan anggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan dengan
demonstrasi penduduk membantah pencerobohan itu.

Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh
bonda kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi terkedu melihat puluhan buku ini
ranap dan berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam taring-taring tajam
jentera berat yang melanggar dan meredah apa-apa sahaja. Air mata saya menitis sedih dan
pilu bukan sahaja mengenang khazanah berharga yang musnah, tetapi membayangkan satu
satunya tanah rizab milik bangsa di kota besar itu akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar
asing yang bakal mengaut keuntungan di bumi ini.

Dipetik daripada Cerpen Munsyi,
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia

A011003©2021KVPJB SULIT

6

Bahan 2

KAMPUNGKU KINI

Bertahun-tahun di perantauan Yang ada cuma kedai tiga tingkat
meninggalkan kampung halaman teres dan banglo penentu darjat
cerita lama menggamit kenangan. cineplex dan kafe maya
anak-anak menghabiskan duit belanja
Lalu di atas permatang ayam Kentucky enak dan lazat
di sekeliling sawah bendang ayam kampung semakin liat.
padi menguning melambai mesra
merendah diri gerak lakunya Atas nama pembangunan pesat
ciak dan pipit ria sekali tanah leluhur bertukar nama
berselera memagut rezeki. betulkah nikmat sama dirasa?

Sesekali datang bertandang Sumber: Internet
mata melilau mencari-cari
mana jalan permatang? Mana sawah padi?
Mana semua orang? Mana pinggir kali?

(i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, pengarang ada menyatakan kesan-kesan
pembangunan terhadap sesebuah kampung.

Nyatakan kesan-kesan tersebut.

[2 markah]

A011003©2021KVPJB SULIT

7

(ii) Di kampung anda, terdapat sebuah rumah tradisional dan mempunyai seni bina yang
sangat unik. Rumah tersebut masih elok dan menjadi tarikan pelancong. Anda
mendapat tahu bahawa pemilik rumah itu bercadang untuk merobohkan rumah tersebut
bagi mendirikan sebuah hotel jimat atau hotel kelas ekonomi.

Sebagai pengerusi persatuan belia yang prihatin akan situasi di atas, apakah tindakan-

tindakan yang wajar anda ambil supaya rumah tersebut dapat dikekalkan dan terus

menjadi tarikan pelancong ke kampung anda?

[3 markah]

Soalan 7 : Novel

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

"Minta maaf kalau perbualan saya menganggu cik." Lelaki itu bersuara. Farisha
agak terkejut kerana belum ada orang yang minta maaf kerana berbual di telefon.
Contohnya begitu hampir; wanita di hadapannya yang masih lagi berbual dengan kuat,
kadangkala memarahi dan menengking-nengking melalui corong telefon. Langsung
tidak memperdulikan orang sekeliling.

"Tidak mengapa," jawab Farisha ringkas. Dia tersenyum lagi, terpesona melihat
mata lelaki tersebut yang berwarna coklat muda. Mungkin kacukan, Farisha meneka.

Dipetik daripada novel 'Di Sebalik Dinara',
karya Dayang Nor,

Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan tindakan-tindakan yang tidak wajar dilakukan ketika bercakap menggunakan telefon

di tempat awam.

[3 markah]

A011003©2021KVPJB SULIT

8

Bahagian C : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangna tidak melebihi 120
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.

Kesihatan merupakan aset terpenting seseorang, khususnya ketika mereka
masih lagi remaja. Seorang remaja yang sihat bukan sekadar bebas daripada penyakit
tetapi sihat fizikal, mental dan spiritualnya. Kaedah yang paling mudah bagi remaja
untuk menjalani gaya hidup sihat adalah dengan mencari info tentang kesihatan dalam
laman sesawang, membaca buku dan bertanya kepada pakar kesihatan tanpa
bergantung kepada ibu bapa.

Kunci untuk hidup secara sihat adalah dengan mengambil makanan yang
berkhasiat dan mempunyai masa rehat yang cukup bagi mencapai kesihatan yang
terbaik. Seterusnya, remaja perlu menekankan aspek penjagaan kebersihan diri. Hal ini
bukan sahaja penting bagi memastikan badan remaja tidak berbau dan disenangi oleh
orang lain, malahan bagi memastikan remaja tidak terdedah dengan sebarang punca
penyakit seperti bakteria bahaya, kutu dan kulat. Selain itu, remaja juga perlu melakukan
aktiviti bersenam, khususnya senaman fizikal sama ada di luar rumah mahupun di
dalam rumah. Dalam usaha remaja menjalani gaya hidup yang lebih baik, aktiviti yang
sihat tidak hanya berfokus kepada mengambil makanan yang berkhasiat dan senaman
untuk fizikal semata-mata, tetapi mereka juga mesti menghindarkan diri daripada
sebarang aktiviti negatif. Oleh itu, remaja tidak seharusnya terlibat dengan najis dadah,
merokok dan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan diri.

A011003©2021KVPJB SULIT

9

Remaja sememangnya sedar akan kepentingan menjaga kesihatan diri, namun
tidak ramai yang mampu melakukannya dengan berkesan. Berdasarkan kajian yang
dilakukan di seluruh dunia, kurangnya kesedaran dan tidak mempunyai masa yang
cukup menjadi halangan terbesar kepada remaja untuk mencapai niat menjalani
kehidupan yang lebih sihat. Selain itu, banyak remaja yang berhasrat mengamalkan
gaya hidup sihat selalunya tidak tekal dalam melakukannya. Malahan, ada antara
remaja yang lebih mementingkan keseronokan semata mata tanpa mengira kesan buruk
yang akan mereka tanggung suatu hari nanti.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Remaja Prihatin Remaja Sihat,

Dewan Siswa, September, 2011

A011003©2021KVPJB SULIT

10

Bahagian D : Karangan
[40 markah]

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti yang sering dilakukan oleh masyarakat setempat untuk
mengeratkan semangat kejiranan.

Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk menerangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan
oleh masyarakat di tempat anda bagi memupuk semangat kejiranan.

Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

SEMANGAT KEJIRANAN

A011003©2021KVPJB SULIT

11

KERTAS SOALAN TAMAT

A011003©2021KVPJB SULIT


Click to View FlipBook Version