RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 51 1. MASA / WAKTU PERSEKOLAHAN • Masa / waktu mula persekolahan adalah sebagaimana yang ditetapkan jadual waktu murid seperti berikut: HARI TAHAP SATU TAHAP DUA AHAD 7:45 – 1:15 7.45 – 1.15 ISNIN 7:45 – 1:15 7.45 – 1.15 SELASA 7:45 – 1:15 7.45 – 1.15 RABU 7.45 – 12:45 7.45 – 1.15 KHAMIS 7.45 – 12:45 7.45 – 1:45 2. KEHADIRAN GURU • Semua guru mestilah berada di sekolah 10 minit lebih awal. • Guru-guru hendaklah mencatatkan masa tiba dan balik (punch card) di pejabat / di tempat yang dikhaskan. PERATURAN AM SK. TUMPAT
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 52 3. TIDAK HADIR BERTUGAS • Mana-mana guru yang tidak dapat hadir bertugas hendaklah dengan apa cara sekalipun memaklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan dengan segera. • Guru yang tidak dapat hadir bertugas atas sebab kesihatan hendaklah disertakan Surat Akuan Doktor / Sijil Kesihatan dikemukakan kepada pihak Guru Besar / Penolong Kanan/Pembantu Tadbir. 4. MASA / WAKTU PULANG • Masa pulang adalah selepas jam 1.15 tengahari, kecuali atas sebab-sebab tertentu. • Guru yang terpaksa pulang awal hendaklah memberitahu kepada Guru Besar / Penolong Kanan 5. CUTI • Guru yang memerlukan kepada cuti kerana sebab-sebab tertentu hendaklah memohon dengan mematuhi syarat-syarat cuti sebagaimana Pekeliling Cuti bagi guru. • Jabatan Pendidikan Kelantan sahaja berhak meluluskan cuti kepada guru dan kakitangan sekolah. • Jenis cuti yang boleh dipohon ialah cuti tanpa rekod, cuti tanpa gaji dan cuti sambilan.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 53 6. PERATURAN SEMASA BERTUGAS • Guru tidak dibenarkan berada di luar kawasan sekolah. • Guru yang hendak meninggalkan / keluar sekolah kerana ada urusan luar hendaklah mencatatkan nama dan tujuan di dalam Buku Keluar Masuk Guru dan Kakitangan Sekolah. • Tetamu / orang luar / ibubapa yang ingin bertemu guru-guru semasa bertugas hendaklah terlebih dahulu memaklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan untuk mendapatkan kebenaran. • Guru-guru boleh diarah menjalankan tugas lain yang ada hubungan dengan pengajaran dan pembelajaran serta budaya sekolah. 7. PERATURAN-PERATURAN Dl BILIK DARJAH SEMASA MENGAJAR. • Guru adalah tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan kecuali atas arahan Guru Besar / Penolong Kanan. • Guru yang terpaksa meninggalkan kelas bagi menguruskan tugas lain hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar dan sekiranya mengambil masa yang panjang sehingga menjejaskan masa pengajaran dan pembelajaran, maka Penolong Kanan hendaklah menyediakan jadual guru ganti. • Guru tidak dibenarkan berbincang dengan rakan sejawat dan tetamu semasa mengajar. • Sekiranya ada perkara penting hendak dibincangkan / diselesaikan segera, maka ianya hendaklah diadakan diluar ke!as dan menyelesaikan seberapa segera yang dapat. • Guru yang hendak meninggalkan kelas hendaklah memaklumkan kepada ketua kelas dengan menyatakan tujuannya.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 54 • Merokok adalah dilarang sama sekali semasa berada didalam kawasan sekolah. 8. PERHIMPUNAN • Hari perhimpunan hendaklah diadakan sekali saminggu kecuali ada perkara penting yang hendak diumumkan maka perhimpunan boiehlah diadakan pada bila-bila masa. • Hari perhimpunan diadakan setiap Ahad. • Masa perhimpunan selama 30 minit iaitu mulai jam 7.45 pagi hingga 8.15 pagi. • Guru bertugas mingguan bertanggungjawab mengacara majlis perhimpunan tersebut. 9. GURU BERTUGAS • Jadual guru bertugas mingguan dikeluarkan sebelum sesi persekolahan bermula. • Dua orang guru dilantik sebagai guru bertugas mingguan. • Bertanggungjawab menyediakan peralatan semasa dan penyeliaan semasa perhimpunan. • Bertanggungjawab sebagai pengacara majlis dalam perhimpunan. • Bertanggungjawab menyediakan laporan harian dalam Buku Laporan Harian.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 55 • Bertanggungjawab melakukan pengawasan dan penyeliaan kawasan bangunan sekolah, keselamatan murid dan harta benda sekolah serta menyelesaikan masalah murid. • Bertanggungjawab menerima dan menyerahkan apa-apa barang yang dijumpai oleh murid. • Bertanggungjawab membunyikan loceng untuk waktu belajar, waktu rehat, pertukaran waktu belajar dan waktu tamat persekolahan. • Bertanggungjawab melaksanakan program guru penyayang – mengalukan kedatangan murid di pintu pagar. 10. PERSEDIAAN MENGAJAR • Guru hendaklah menyediakan persediaan mengajar dengan lengkap dan kemas kini. • Rancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah disediakan bagi mengelakkan proses pengajaran tergendala. • Bahan bantuan mengajar hendaklah digunakan / disediakan supaya pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. 11. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR • Buku persediaan mengajar hendaklah ada bersama guru semasa mengajar. • Segala butiran dalam buku tersebut hendaklah dipenuhi sebagaimana arahan dan hendaklah mengjkut cara yang betul. • Rancangan mengajar tahunan mengikut penggal yang diselaraskan hendaklah ditulis teratur dan kemas pada ruang-ruang berkenaan. • Buku panduan mengajar hendaklah diserahkan kepada Guru Besar setiap hari Khamis untuk disemak dan disahkan.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 56 • Guru Besar/ Penolong Kanan hendaklah membuat pengesahan bagi rancangan pengajaran dan butiran yang perlu dalam Buku Persediaan Mengajar. • Buku Persediaan Mengajar akan diambil kira dalam Penilaian prestasi guru dalam tahun yang dinilai. 12. JADUAL KEDATANGAN MURID (JKM) • Jadual kedatangan murid hendaklah dipenuhi / diisi dengan betul sebagaimana arahan bagi setiap bulan. • Nama murid pada bahagian pendaftaran murid hendaklah ditulis mengikut abjad. • Senarai murid hendaklah diasingkan mengikut jantina dan dituiis mengikut abjad. • Hendaklah ditanda mengikut hari persekolahan. • JKM hendaklah ditanda pada waktu pertama oleh guru kelas atau guru ganti atau sesiapa sahaja yang diarahkan dan hendaklah diserahkan di pejabat, selewat-lewatnya pukul 8.30 pagi. • JKM hendaklah ditutup pada setiap bulan dan pastikan segala butiran diisi dengan betul. Adalah dilarang menyuruh ketua darjah / ketua murid atau mana-mana murid menanda JKM. • JKM tidak dibenarkan di bawa pulang kecuali setelah mendapat kebenaran Guru Besar. • JKM hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan pada akhir sesi persekolahan. 13. PENGURUSAN BILIK DARJAH • Bilik darjah hendaklah sentiasa bersih.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 57 • Perabut dan kerusi meja hendaklah disusun rapi dan sesuai dengan suasana pengajaran. • Hendaklah disediakan ruang / sudut mata pelajaran. • Alatan mengajar yang dipamerkan hendaklah kemas dan teratur. • Alat perhiasan bilik darjah yang lain jika ada hendaklah disusun dengan teratur dan pastikan ianya mengandungi unsur-unsur pengajaran. • Disiplin dalam kelas hendaklah dikawal agar tidak mengganggu kelas yang lain. 14. BILIK GURU • Sebagai tempat berehat, membuat rujukan, membuat persediaan mengajar dan berbincang dengan rakan sejawat mengenai masalah pengajaran dan pembelajaran. • Keharmonian hendaklah dijaga dan elakkan dari melakukan perkara yang sensitif dan bertentangan dengan profesion perguruan. • Kebersihan bilik guru hendaklah dijaga bersama bagi memastikan segala perabot, peralatan lain dan buku-buku yang ada tersusun dengan kemas dan baik. 15. PERKARA-PERKARA AM • Guru hendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 58 • Guru mestilah menjadi contoh yang baik kepada murid dan elakkan perkara negatif dari dicontohi oleh murid seperti rambut panjang dan lain-lain. • Ketika mengajar atau berada dimana-mana sahaja elakkan dari menyentuh atau menyinggung perasaan orang lain, murid atau ibubapa. • Tatasusila dan profesion perguruan hendaklah dihayati dan diamalkan setiap masa demi meningkatkan lagi taraf guru. 1. Semua program atau aktiviti yang melibatkan kutipan wang daripada murid mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar. DASAR-DASAR SEKOLAH
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 59 2. Semua pembelian peralatan atau ABM hendaklah dibuat melalui panitia atau bahagian masing-masing dan dikemukakan kepada Guru Besar untuk kelulusan dan urusan pembelian. 3. Panitia atau bahagian-bahagian akan diberi sejumlah peruntukan yang boleh dibelanjakan untuk kepentingan pengajaran dan pembelajaran atau untuk kegunaan murid pada awal tahun dan panitia atau bahagian hendaklah merancang pembelian atau perbelanjaan wang ini agar ianya memberi manfaat kepada panitia atau bahagian demi kepentingan murid. 4. Sebarang aktiviti yang membahayakan keselamatan murid tidak dibenarkan dibuat dan jika perlu ianya perlu mendapat kebenaran Guru Besar dan kebenaran bertulis daripada ibu bapa. 5. Sebarang aktiviti jualan langsung untuk murid di sekolah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Manakala bagi guru, perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar. 6. Tindakan disiplin yang boleh mencederakan murid atau menjatuhkan maruah murid di khlayak ramai tidak boleh dilakukan oleh guru. Tindakan berbentuk hukuman fizikal seperti merotan hanya boleh dilakukan guru yang diberi kuasa bertulis oleh Guru Besar dan dilakukan mengikut peraturan-peraturan yang dibenarkan. Sebarang tindakan disiplin yang di luar batasan atau had yang dibenarkan akan menjadi tanggungjawab guru berkenaan jika dilakukan ke atas murid dengan membelakangkan segala peraturan dan prosedur sedia ada. 7. Semua idealogi politik tidak boleh disebarkan di kalangan murid atau guru di sekolah. 8. Dalam apa jua keadaan, kepentingan sekolah dan murid hendaklah diutamakan. 9. Guru WAJIB menghantar Buku Persediaan Mengajar setiap minggu. Penghantaran hendaklah dibuat pada hari Khamis atau Ahad dan perancangan atau persediaan mengajar tersebut mestilah dibuat untuk sepanjang minggu tersebut (Ahad hingga Khamis).
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 60 10. Semua guru WAJIB melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum sekolah dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah selain daripada tugas mengajar. 11. Semua guru WAJIB menghadiri perhimpunan mingguan sekolah kerana ianya adalah merupakan tugas rasmi seperti mengajar di bilik darjah. 12. Semua guru dikehendaki menghadiri semua majlis rasmi sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Guru Besar. 13. Semua guru tidak boleh sama sekali terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan atau pekerjaan luar melainkan mendapat kebenaran jabatan. 14. Semua guru lelaki WAJIB memakai tali leher pada setiap hari Ahad dan digalakkan memakai setiap hari manakala baju batik Malaysia diwajibkan memakai pada setiap hari Khamis. 15. Penggunaan ’handphone’ semasa pengajaran di bilik darjah adalah DILARANG sama sekali kecuali untuk menjawab panggilan ”penting” sahaja. Itupun dengan syarat tidak mengganggu masa pengajaran. 16. Pemakaian pakaian yang menjolok mata oleh guru adalah ditegah sama sekali. 17. Guru bertugas mingguan hendaklah bertugas sebagaimana yang diarahkan dan melaporkan segala kejadian atau penilaian mereka pada perhimpunan minggu berikutnya. 18. Sebarang keluar masuk guru dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan 1 (jika Guru Besar tiada) dan hendaklah direkod waktu keluar dan waktu balik semula ke sekolah. 19. Semua guru adalah WAJIB ’punch card’ pada setiap hari sewaktu tiba dan pulang. Guru juga diwajibkan menulis / merekod sebarang kursus, taklimat, mesyuarat atau seminar yang dihadiri di ruangan yang disediakan di dalam kad tersebut pada setiap hari ia terlibat. Rekod atau catatan ini hendaklah dibuat SEBELUM guru berkenaan menghadiri kursus, mesyuarat, taklimat atau seminar.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 61 20. Semua guru yang menerima tugasan / jadual ganti hendaklah menjalankan tugasan yang diberi sepenuhnya. Sebarang kejadian yang tidak diingini yang berlaku kepada murid semasa tempoh tugasan itu adalah menjadi tanggungjawab guru berkenaan sepenuhnya. 21. Semua guru dilarang sama sekali memburuk-burukkan imej pemimpin negara dan negara sendiri sama ada melalui kata-kata, perbuatan, isyarat, artikel, penulisan, soalan dan sebagainya walau dalam apa jua keadaan sekalipun. 22. Semua guru hendaklah menjaga imej sekolah pada bila-bila masa dan di mana-mana dengan tidak melakukan sebarang perbuatan tercela atau melanggar undang-undang negeri atau negara, sekolah atau jabatan atau kementerian atau etika penjawat awam kerajaan. Semua guru adalah Guru Disiplin dan WAJIB menjaga dan menguatkuasakan semua peraturan disiplin sekolah di kalangan pelajar.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 62
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 63 1. KESELAMATAN Semua guru mesti memberi taklimat mengenai keselamatan dirimurid-murid setiap kali sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. 2. AGIHAN MATA PELAJARAN i. Adalah berdasarkan opsyen dan kepakaran masing-masing kecuali bagi subjek wajib seperti RBT, TMK, KESENIAN dan PJK. ii. Semua guru dikehendaki sekurang-kurangnya mengajar satu subjek utama bagi tahap dua, manakala bagi tahap satu mungkin ada yang akan mengajar dua subjek utama terutama bagi guru kelas. iii. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris ada juga guru bukan opsyen mengajar kerana masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris. 3. PENJADUALAN i. Sistem penjadualan bagi tahun 2019 adalah secara berkomputer. ii. Setiap guru akan mengajar tidak lebih daripada dua subjek utama. iii. Penetapan minggu belajar adalah 36 minggu. iv. Jadual ganti hendaklah dipatuhi dan akan dibuat secara berkomputer. DASAR-DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 64 v. Waktu pulang bagi Tahap 1 (Ahad – Isnin) adalah pada pukul 1.15 ptg, Selasa,Rabu dan Khamis pada pukul (12.45 tgh) manakala Tahap 2 pula adalah (Ahad – Selasa pukul 1.15 ptg, Rabu & Khamis pukul 1.45 ptg) vi. 4 TUGASAN i. Semua guru akan diagihkan tugas dalam Kurikulum, Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid. ii. Mulai tahun 2019, guru akan diberi kebebasan untuk memilih kelas dan tahap yang hendak diajar dan hendaklah berbincang dan diputuskan dalam mesyuarat panitia matapelajaran masing-masing sebelum akhir 2018. iii. Buku Rekod Pengajaran(ERPH) hendaklah dibuat bagi setiap hari dan dihantar secara online pada petang Khamis atau selewat-lewatnya sehingga pukul 7.00 petang(Jumaat) untuk disemak oleh Guru Besar atau PK 1 secara online iv. Semua guru diwajibkan merekod setiap keputusan ujian bagi kelas yang diajar dan sentiasa memantau kemajuan pelajaran murid masingmasing sesuai dengan target. 5 TARGET INDIVIDU, KELAS & PANITIA i. Semua guru perlu menetapkan target bagi setiap murid dan targetnya mestilah sekurang-kurangnya C bagi murid Tahun 6 sahaja. Manakala bagi Tahun 1-5 adalah gred D. ii. Target bagi setiap matapelajaran / kelulusan AM kelas / panitia hendaklah tidak kurang daripada 40%. iii. Semua target hendaklah disiapkan diawal tahun dan diserahkankepada Ketua Panitia / Penyelaras Tahun / SU Kurikulum untuk difail dan direkodkan dalam SAPS. Pada bulan Januari 2019, semua target mesti disiapkan. iv. Semakan target dibuat pada pertengahan tahun jika perlu.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 65 v. Semua guru perlu mengetahui dan menghayati target sekolah dan bersama-sama bergerak mencapainya. 6 HADIAH UJIAN BULANAN & SIJIL PENGHARGAAN i. Semua murid yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kelas dalam ujian bulanan / penggal akan diberi sijil dan hadiah. ii. Sijil dan hadiah akan diberikan kepada penerima hadiah khas seperti TOKOH MURID, TOKOH NILAM dan lain-lain. 7 ANALISA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN i. Analisa keputusan peperiksaan hendaklah disiapkan segera atau seminggu selepas setiap kali peperiksaan. ii. Semua pencapaian hendaklah direkodkan dan diserahkan kepada ibubapa / penjaga untuk ditandatangani. iii. Guru matapelajaran perlu membuat analisa kelemahan murid setiap kali selepas ujian dan mengambil langkah segera bagi mengatasinya. iv. Setiap kali selepas Pentaksiran dan PBS, v. Bagi tahun 1 - 6 (KSSR), guru mesti mengisi di dalam Portal SPPBS secara offline. 5 PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) PLC akan dilaksanakan di SKT pada tahun 2019. Semua guru diminta melaksanakannya dengan berkesan.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 66
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 67 Memberi perkhidmatan pendidikan penyayang. Meyediakan kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi. Menentukan suasana pengajaran dan pembelajaran teratur dan berkesan. Berusaha memberi perkhidmatan yang cekap, mesra dan bertanggungjawab. Bersedia memberi layanan mesra dan kerjasama pada bila-bila masa sahaja. Sentiasa prihatin dan peka dengan kehendak dan keperluan murid, guru, masyarakat dan negara PIAGAM PELANGGAN UNIT HEM
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 68 Guru Penolong Kanan HEM bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan HEM bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni. 1. Bidang Tugas 1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1. 1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar. 1.3 Bertanggungjawab kepapa Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal murid. 1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang. 1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid. 1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 69 2. Senarai Tugas 2.1 Disiplin 2.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni. 2.1.2 Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. 2.1.3 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku. 2.1.4 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid. 2.1.5 Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. 2.2 Bimbingan Dan Kaunseling 2.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. 2.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan. 2.2.3 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru. 2.3 Kebersihan Dan Kebajikan Murid 2.3.1 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001/002, PKS 1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 70 2.3.2 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah. 2.3.3 Menggunakan kemudahan peralatan murid 2.3.4 Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid. 2.3.5 Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah, Projek Susu Sekolah dan lain-lain rancangan bantuan dan kebajikan murid. 2.3.6 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan. 2.4 Skim Pinjaman Buku Teks 2.4.1 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira. 2.4.2 Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal buku bantuan. 2.4.3 Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman Buku Teks.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 71 2.5 Pentadbiran 2.5.1 Mengurus dan mengemaskini Rekod Daftar Murid. 2.5.1 Menyemak Buku Kedatangan Murid. 2.5.1 Mengurus kemasukan dan penempatan murid. 2.5.1 Mengurus pertukaran murid. 2.5.1 Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah. 2.5.1 Menyemak buku/Kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah. 2.5.1 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah. 2.5 Tugas-tugas Lain. 2.2.1 Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 2.2.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 72 TUGAS JAWATANKUASA INDUK HEM 1. Menjadikan Unit Hal Ehwal Murid sebagai satu unit paling berkesan dalam menguruskan kebajikan murid, buku teks, peningkatan kesihatan dan disiplin serta pendidikan pencegahan dadah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara serta arahan KPM. 2. Menjalin dan memberi kerjasama erat antara sekolah dengan KPM, JPN, PPD, Agensi Kerajaan yang lain serta masyarakat setempat. 3. Mencapai objektif Jabatan Pelajaran Kelantan iaitu “Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan”. 4. Memastikan 100% murid yang layak menerima bantuan serta sumbangan. 5. Memastikan 100% murid yang memerlukan khidmat bimbingan & kaunseling menerima perkhidmatan yang diperlukan. 6. Memastikan semua murid menerima secara adil perkhidmatan kesihatan dan keselamatan. 7. Mencegah dan menyelia kegiatan salah laku murid, penyalahgunaan dadah serta kecemaran sosial. 8. Memastikan kesemua murid diberikan pendidikan yang seimbang dari segi sosial, jasmani, rohani dan mental. 9. Mencapai objektif sekolah bersesuaian dengan misi dan visi sekolah. 10. Memastikan misi dan visi sekolah tercapai dengan jayanya.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 73 TUGAS JAWATANKUASA DISIPLIN DAN KPJ 1. Menyediakan Perancangan Aktiviti Tahunan dan Buku Pengurusan Disiplin Sekolah. 2. Memantau keseluruhan disiplin murid dan mengambil tindakan yang wajar. 3. Mengemaskini Buku Rekod Salah Laku dan Masalah Disiplin dari masa ke masa. 4. Merekod maklumat (Kad Profile) murid yang terlibat dengan kes disiplin setelah diberi surat “Pemberitahuan”. 5. Sentiasa meminta kerjasama daripada AJK PIBG, ibu bapa, masyarakat sekitar dan balai polis berhampiran sekolah. 6. Melaporkan kepada PK HEM berhubung kes-kes yang memerlukan tindakan segera. 7. Membantu PK HEM mengemaskini data maklumat SSDM TUGAS JAWATANKUASA PENGAWAS 1. Melantik Pengawas Sekolah. 2. Mengadakan majlis pelantikan Pengawas sekolah 3. Membuat agihan dan memantau tugasan pengawas. 4. Membuat laporan dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Disiplin.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 74 TUGAS JAWATANKUASA SISTEM MAKLUMAT MURID 1. Memastikan semua murid mengisi Borang SMM/BMM dengan kerjasama guru kelas. 2. Memastikan rekod murid dilengkapi dengan maklumat yang diperlukan dan tepat di dalam Sistem Maklumat Murid. 3. Memastikan Sistem Maklumat Murid sentiasa dikemaskini. 4. Memastikan rekod/maklumat dalam SMM digunakan untuk memilih murid yang layak menerima bantuan kerajaan/kementerian. 5.. Menyediakan rekod Sistem Maklumat Murid. TUGAS JAWATANKUASA BIMBINGAN, KAUNSELING & DADAH 1. Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah. 2. Merangka proses atau bentuk rundingan yang bersesuaian. 3. Mengelola perjumpaan atau rundingan. 4. Merancang dan mengatur program-program motivasi. 5. Mengambil tindakan yang bersesuaian. 6. Merekod kes atau maklumat runding cara yang telah diadakan. 7. Melancarkan kempen dan menghebahkan khidmat yang ditawarkan. 8. Bertanggungjawab ke atas papan kenyataan, bilik kaunseling dan peralatan yang telah diperuntukkan. 9. Menyediakan Buku Pengurusan.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 75 TUGAS JAWATANKUASA EKASIH/KWAPM/WANG EHSAN /BANTUAN AWAL TAHUN 1. Mengedar dan mengumpul borang permohonan. 2. Mengenal pasti dan menganalisis murid yang layak menerima bantuan. 3. Mengumpul dan merekod maklumat murid yang layak. 4. Menyediakan senarai nama murid yang menerima bantuan. 5. Menyimpan rekod dan borang permohonan untuk urusan audit. TUGAS JAWATANKUASA SPBT 1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks 2. Menguruskan borang permohonan buku teks. 3. Membuat pesanan buku teks. 4. Membuat hapus kira 5. Pengedaran buku teks mengikut kelas. 6. Pengurusan rekod dan dokumen. 7. Pengurusan keselamatan buku. 8. Pengurusan pemulangan buku. 9. Pengurusan stok dan inventori. 10. Menyediakan senarai buku teks setiap kelas untuk diedarkan kepada pelajar.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 76 TUGAS JAWATANKUASA PENDAFTARAN & PERTUKARAN 1. Menguruskan kemasukan dan pertukaran murid dalam dan luar negeri. 2. Merekodkan setiap kemasukan dan pertukaran murid. 3. Mendapatkan kerjasama PK HEM dan guru kelas untuk urusan pertukaran dan penempatan. TUGAS JAWATANKUASA KANTIN 1. Merancang dan melaksanakan aktiviti keceriaan kantin. 2. Merancang dan menyelia kelancaran operasi kantin. 3. Menggubal dan menguatkuasa peraturan kantin sekolah. 4. Menyelia kuantiti dan kualiti makanan yang disediakan. 5. Menyelia tatatertib murid semasa makan dan ketika berada di kantin. 6. Merekod laporan penyeliaan harian kantin. 7. Menghantar laporan setiap bulan kepada PK HEM untuk dianalisis dan dihantar ke PPD.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 77 TUGAS JAWATANKUASA RMTS & PSS & PV1M 1. Mengenal pasti dan memilih peserta RMTS mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. 2. Merangka dan menyediakan jadual penyeliaan harian RMTS. 3. Mencadang dan menyelia pelaksanaan menu harian RMTS. 4. Merekod laporan penyeliaan harian. 5. Mengawal selia disiplin dan tatatertib peserta RMTS. 6. Mengawal selia aspek ketetapan masa, kualiti dan kuantiti sajian. 7. Menyemak dan menyelia buku rekod penyertaan murid RMTS setiap bulan. 8. Menyediakan Buku Pengurusan RMTS 9. Memastikan murid makan secara berkumpulan dan membaca doa sebelum makan 10. Makanan RMTS bermula pada pukul 7.20 pagi. 11. Memastikan susu disimpan di tempat yang selamat dan dikawal dengan baik. 12. Memastikan susu selamat diminum. TUGAS JAWATANKUASA KESIHATAN & KEBAJIKAN 1. Mengenal pasti murid yang memerlukan bantuan dan kebajikan. 2. Membuat garis panduan tentang kadar peruntukan yang ditawarkan. 3. Merekod kes dan menyimpan data jenis bantuan atau kebajikan yang telah diberikan. 4. Merancang dan melaksanakan program peningkatan kesihatan murid.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 78 5. Mengadakan kempen dan galakan penjagaan kesihatan. 6. Menyelia kebersihan fizikal sekolah seperti tandas, longkang, persekitaran sekolah serta bilik darjah. 7. Memberi kerjasama kepada unit rawatan kesihatan sekolah dari Pusat Kesihatan. 8. Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas. TUGAS JAWATANKUASA REKOD & PROFIL 1. Memastikan semua murid mempunyai maklumat yang lengkap. 2. Memastikan fail murid dilengkapi dengan maklumat yang diperlukan dan tepat. 3. Memastikan semua murid mempunyai fail peribadi. 4. Memastikan fail murid disimpan di pejabat. TUGAS JAWATANKUASA 3K SEKOLAH 1. Menyediakan papan maklumat untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran guru besar sebelum berurusan dengan pihak sekolah. 2. Mencadangkan lantikan pengawal lalu lintas sekolah kepada guru besar. 3. Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatn lalu lintas jika perlu. 4. Merancang dan melaksanakan program keselamatan sepanjang tahun. 5. Mengadakan latihan kebakaran 2 kali setahun. 6. Memastikan peraturan keselamatan ditampal di bilik-bilik khas, bilik darjah dan buku latihan pelajar. 7. Meletakkan tanda amaran “Bahaya” di tempat-tempat yang berbahaya.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 79 8. Mengadakan program kebersihan dan keceriaan dijalankan dari masa ke semasa. 9. Memastikan kebersihan dan keceriaan sentiasa dalam keadaan baik.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 80
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 81 Melahirkan generasi yang seimbang, sihat, cerdas, berdaya tahan 1. Memberi peluang seluas-luasnya kepada penglibatan pelajar supaya mereka memperolehi pengetahuan tentang fungsi dan peranan 2. Menggunakan dan menggalakkan penyertaan aktif dan sungguh-sungguh untuk membentuk sifat tanggungiawab, rajin berusaha, dan perasaan bangga atas kejayaan diri dan sekolah. 3. Menggunakan kokurikulum untuk menyokong pembelajaran ,membina perasaan yakin diri dan watak mulia serta membolehkan hubungan dua hala di antara persekolahan pelajar dengan alam masyarakat sekitar. 4. Membina imej sekolah sebagai sekolah berwatak melalui keyayaan kokurikulum yang cemerlang. MATLAMAT KOKURIKULUM OBJEKTIF KOKURIKULUM
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 82 Untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, beberapa strategi pelaksanaan perlu diikuti : Kegiatan kokurikulum dan akademik yang telah dijadualkan hendaklah seimbang. Aktiviti kokurikulum yang dirancang perlu bersesuaian dengan kurikulum. Pihak sekolah dari semasa ke semasa perlu menambahkan bilangan persatuan/kelab/unit pakaian seragam untuk memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara aktif. Setiap murid akan melibatkan diri secara aktif sama ada secara individu atau kumpulan. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya 3 aktiviti iaitu satu daripada persatuan/kelab, satu daripada sukan/permainan dan satu daripada pasukan unit pakaian seragam. Setiap persatuan/kelab/unit pakaian seragam perlu merancang dengan teliti, menarik, kreatif dan berfaedah bagi aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti tersebut perlulah dipelbagaikan seperti lawatan, khidmat masyarakat, latihan, kursus, pertandingan iaitu meliputi aktiviti rutin dan developmental. Bilangan perjumpaan perlulah sekurang-kurangnya 12 kali setahun dan setiap perjumpaan dipenuhi pelbagai aktiviti yang memakan masa 2 jam iaitu 12 kali X 2 jam sepanjang tahun. STRATEGI KOKURIKULUM
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 83 Setiap penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum tentang perkembangan dan kemajuan serta pencapaiannya perlu dinilai dan direkod. Penghargaan hendaklah diberi kepada murid yang aktif dan banyak mem-beri sumbangan serta mengharumkan nama sekolah sebagai insentif disamping sebagai sumber inpirasi kepada murid lain. Kehadiran pelajar dalam kokurikulum perlulah 80% atau sekurang-kurangnya 9 kali, bagi membolehkan menerima sijil atau dicatat rekod penglibatan kokurikulum dalam sijil berhenti sekolah/surat akaun. Semua persatuan/kelab dan unit pakaian seragam dikehendaki menjalankan satu aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar/khidmat masyarakat dan kajian luar agar dapat menarik minat murid.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 84 ❖KANDUNGAN KEGIATAN KOKURIKULUM Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:- (a) penyertaan dalam sukan dan permainan; (b) penyertaan dalam persatuan dan kelab; (c) penyertaan dalam badan beruniform; dan (d) penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri. Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97. PANDUAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 85 Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meli-puti kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut:- (a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan (b) Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; (c) hobi dan rekreasi; (d) sukan dan permainan; (e) badan beruniform; atau apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar. Rujuk Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai Warta Kerajaan Jil. 42/No. 11 (Tambahan No. 41), Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb. Mei 1998. ❖STATUS PELAKSANAAN KOKURIKULUM Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang murid yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pasukan badan beruniform, satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan. {Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/ Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 86 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. {Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/ Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}. Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan muridmuridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidi-kan menyeluruh dan pembentukan keperibadian. {Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/ Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara. {Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000, KP(BS)8591/Jld. XVI(16) bertarikh 13 Nov. 2000}. Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. {Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) ber-tarikh 15 Januari 1986}.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 87 Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat. {Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1985, KP.8591-11(32) Bertarikh 2hb Februari 1985}. ❖PERUNTUKAN MASA UNTUK KEGIATAN KOKURIKULUM Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum untuk sekolah rendah adalah seperti dalam Warta Kerajaan No.5652 Jil. 11/Bil. 27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut:- Sekolah Rendah TAHUN PERUNTUKAN MASA 3 dan 4 60 minit seminggu 5 & 6 120 minit seminggu
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 88 ❖TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU Guru Besar/Pengetua sebagai Penolong Pendaftar mempunyai kuasa untuk melantik guru sebagai guru penasihat bagi menjalan-kan tugastugas dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan peruntukan yang sedia ada. Rujuk dalam Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ), Bahagian 2.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 89 Polisi ini harus dibaca bersama: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:1/1989 Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 8/1995 Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/1995 Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan. SURAT PEKELILING KHTISAS BIL: 25/1998 dan BIL: 3/1979 Pendidikan Jasmani. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 24/1988 Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 25/1998 Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/2000 dan BIL: 1/1995 PANDUAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 90 Panduan Keselamatan diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah. Catatan: Sila Rujuk Buku Polisi Keselamatan Kokurikulum Sekolah untuk mendapatkan keterangan lebih terperinci. PENGENALAN Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran. RASIONAL SK Tumpat, Kelantan bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah yang selamat semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Warga sekolah terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan peralatan sukan. Menyedari keperluan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 91 OBJEKTIF • Memastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. • Mengelakkan berlakunya kemalangan semasa kokurikulum dijalankan. • Mendisiplin diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. • Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan. PERANAN MURID • Melapor taraf kesihatan diri kepada guru. • Mengikut arahan guru / jurulatih sepanjang aktiviti dijalankan. • Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan. • Mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 92 a. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang /Pendek). b. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. c. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. e. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh. f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/ negeri/kebangsaan. g. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum. h. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain. i. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. j. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah. k. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 93 l. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masingmasing. m. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar. TUGAS GPK KOKURIKULUM a. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai. b. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah. c. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum d. Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan. e. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum. f. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum. g. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar. h. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum. i. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha kokurikulum, penolong Setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit. j. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang men capai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 94 TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM a. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. b. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru - guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar. c. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/ kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan. d. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi. e. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik. f. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi. g. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka. TUGAS SETIAUSAHA SUKAN a. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah. b. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/ MSSN/MSSM. c. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan. d. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan. e. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. f. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. g. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah. h. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan. i. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 95 j. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. k. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. l. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah. m. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu TUGAS PENYELARAS UNIT PERSATUAN / KELAB/ UNIT BERUNIFORM a. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. b. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. c. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. d. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. e. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. f. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. g. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum - mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. h. Mengumpulkan semula daripada i. guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum. j. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti: - Borang penyertaan persatuan - Borang senarai AJK dan ahli
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 96 - Buku laporan aktiviti - Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod. - Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. TUGAS GURU PENASIHAT / PEMIMPIN a. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa. b. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. c. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. d. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. e. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. f. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. g. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan. h. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik. i. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan. j. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan. k. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. l. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkatsekolah/zon/ daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan. m. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. n. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 97 o. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. p. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. q. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. r. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. s. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. t. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. TUGAS GURU RUMAH SUKAN a. Membentuk jawatankuasa. b. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan. c. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. d. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. e. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. f. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/ Sekolah. g. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. h. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah. i. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. j. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. k. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 2022-2025 98 l. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan. m. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan. n. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkahlangkah untuk mempertingkatkan. o. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara). p. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia.