The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tarikh : 13 Ogos 2022
Hari : Selasa
Tempat : Kelas PPKI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ladyieda81 Aida, 2022-09-06 22:05:37

MINIT MESYUARAT SARANA IBUBAPA PPKI SK PETAGAS BIL 1/2022

Tarikh : 13 Ogos 2022
Hari : Selasa
Tempat : Kelas PPKI

SEKOLAH KEBANGSAAN PETAGAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

PETI SURAT NO 55,
89457 TANJUNG ARU

SABAH

MINIT MESYUARAT
SARANA IBUBAPA PPKI SK PETAGAS

BIL 1/ 2022

13 OGOS 2022 / SABTU / 11.00 PAGI

MINIT MESYUARAT SARANA IBUBAPA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK PETAGAS,PENAMPANG
BIL 1/ 2022

Tarikh : 13 Ogos 2022
Tempat : Kelas PPKI
Masa : 11.00 Pagi

KEHADIRAN Pengerusi
1. En Yusof bin Ag. Ali Timbalan Pengerusi
2. Pn Rohanita Mohd binti Talib Guru PPKI
3.Cikgu Siti Nasrinah binti Mohd Bidin Guru PPKI
4.Cikgu Nooraida @ Aida binti Awang Damit
5.Pn Sylvia Kongi
6. Pn Shanne Jean Siefred
7. Pn Alvina Olevia Saflin
8. En Mohd Fairul bin Abd Patah
9. Pn Auni Azralea Gima
10.Pn Afiqah Zahidah binti Mahamud

Turut Hadir Guru Besar
1. En Ismail @ Zainal Ag Damit Penolong Kanan 1
2.Pn Dk Ratnazuraine Pg Masri Penolong Kanan Kokurikulum
3.En Shamry Takim YDP PIBG
4.Pn Zurainah binti Ahmad

Tidak hadir bersebab Penolong Kanan HEM
1.En Affendy Hj Soeto
2.Pn Josephine Leku Sia
3.Pn Dg Fazidah binti Jeffridin
4. Pn He Kuan Yuen
5.Pn Jirma binti Jairon

01. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi terlebih dahulu mengalu-alukan kehadiran AJK Sarana PPKI
dan guru besar serta beberapa orang guru yang telah turut hadir dalam
mesyuarat ini. Sebelum memulakan mesyuarat, Pengerusi mengambil
kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan
para Ibubapa dan guru kerana telah melantik beliau sebagai Pengerusi
Sarana Ibubapa PPKI yang pertama tahun 2022/2024 iaitu sebaik sahaja
Program Pendidikan Khas Integerasi (PPKI) ini diadakan di Sk. Petagas,
Penampang . Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuart ini
diadakan ialah untuk membantu pihak sekolah membincangkan isu-isu
yang dihadapi, cadangan penyelesian dan cadangan-cadangan baru jika
ada untuk menambahbaik pelaksanaan Program Pendidkikan Khas
Integerasi (PPKI) Sk. Petagas, Penampang.

Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa latikan Ahli Jawatankuasa ini telah
dibuat melalui Mesyuarat Pelantikan Ahlijawatankuasa pada 13 Ogos 2022
yang dipengerusikan oleh Guru Besar dan dihadiri oleh semua ibubapa
murid-murid PPKI dan beberapa guru-guru yang berkaitan. Sepertimana
sedia maklum bahawa Jawatankuasa Sarana Ibubapa PPKI SK Petagas,
Penampang Sesi 2022/2024 adalah terdiri seperti berikut.

Pengerusi : En Yusof Ag.Ali
Timbalan Pengerusi : Pn Rohanita Mohd Talib
Setiausaha : Cikgu Nooraida binti Awang Damit
Bendahari : Cikgu Siti Nasrinah binti Mohd Bidin

Biro Akademik : Pn Auni Azralea Gima
: Pn Dg Fazidah binti Jeffridin

Biro Kerohanian & Sahsiah : Pn Sylvia Kongi
: Pn Josephine Leku Sia

Biro Kebajikan : En Mohd Fairul bin Abd Patah
: Pn Afiqah Zahidah binti Mahamud

Ajk Keceriaan : Pn Shanne Jean Siefred
02. UCAPAN GURU BESAR Pn Alvina Olevia Saflin
Pn He Kuan Yuen

Tindakan : Makluman

2.1 Guru besar terlebih dahulu mengucapkan Syabas dan tahniah kepada
Encik Yusof Bin Ag. Ali di atas lantikan sebagai Pengerusi PPKI SK
Petagas, Penampang. Beliau merakamkan rasa syukur kehadrat Allah
SWT dan juga ucapan terima kasih kepada guru-guru yang telah terlibat
menjayakan mesyuarat ini. Beliau berharap melalui Jawatankuasa yang
telah dilantik, guru-guru dan ibubapa dapat berganding bahu dalam
menjayakan apa juga program/aktiviti PPKI selain sama-sama
menyelesaikan isu-isu yang berkaitan demi untuk mencapai hasrat
kerajaan melalui Kementerian Pendidikan.

Tindakan : Makluman

03. RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU ( RPI)
3.1 Cikgu Siti Nasrinah memaklumkan bahawa Rancangan Pengajaran
Individu (RPI) dilaksanakan untuk murid Fasa 1 tahun 2022 bermula dari
13 Jun 2022 sehngga 13 September 2022.

3.2 Maklumat RPI telah diedarkan kepada ibubapa murid PPKI. Sebarang
cadangan, pendapat/ipandangan boleh dikongsi bersama untuk
memudahkan pencapaian target RPI dari masa ke semasa. Oleh itu
ibubapa adalah digalakan untuk sama-sama memperaktikan rancangan
RPI yang telah disediakan.
Tindakan : Guru dan Ibubapa

04. HAL-HAL LAIN

4.1 Pn Rohanita Mohd Talib merasa gembira dan berterima kasih kerana
anak beliau dapat bersekolah semula di SK Petagas, dan beliau akan
sentiasa memberikan sokongan dan bersetuju setiap aktiviti yang akan
laksanakan oleh PPKI.
Tindakan : Makluman

4.2 Pn Auni Azralea Gima mencadangkan agar laluan petak paking OKU di
luar pagar sekolah dapat dibuat untuk memudahkan pemandu
menurunkan/menghantar dan menaikan/mengambil anak-anak PPKI.
Pengerusi mencadangkan agar pihak sekolah mengemukakan surat rasmi
permohonan kepada PPD dan disalinkan kepada pihak JKR dan Pejabat
Daerah Putatan untuk Tindakan.
Tindakan : Pihak Pentadbir

4.3 Pengerusi juga mencadangkan agar koridor pejalan kaki bermula dari
pintu pagar sekolah hingga ke bangunan makmal komputer dapat
dibuat bagi memudahkan pergerakan murid-murid selain dapat terlindung
daripada hujan atau panas. Berhubung perkara ini, Pn Zurainah Ahmad
(YDP PIBG) memaklumkan bahawa cadangan tersebut telah pun
dikemukakan sebelum ini kepada PPD untuk Tindakan.
Walaubagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa laluan diluar pagar
sekolah talah diambil Tindakan.
Tindakan : YDP PIBG

4.4 Pn Dk Ratnazuraine Pg Masri memaklumkan bahawa pihak sekolah Sk.
Petagas bercadang akan mengadakan Program Karnival Pendidikan
Sekolah pada bulan September 2022. Pengisian dalam program ini
antara lain termasuklah Hari Bertemu Pelanggan, Pameran dan
beberapa aktiviti lain.
Tindakan : Makluman

4.5 Guru besar memaklumkan bahawa beliau telah membuat

pembentangan mengenai cadangan keperluan banguan kelas PPKI

mengikut spesifikasi sebenar dalam pelaksanaan PPKI kepada PPD

sebelum ini dengan mengambil kira kemudahan, keselesaan dan

keselamatan. Guru besar juga memaklumkan bahawa bangunan Sk.

Petagas ini adalah bangunan baru dan maseh dalam jaminan kontraktor.

Walaubagaimanapun, Guru Besar berharap agar pihak PPD dapat

mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tindakan : Makluman

4.6 Guru besar memaklumkan bahawa tandas guru yang digunakan oleh
murid PPKI telah terpaksa ditutup sementara disebabkan saluran
pembuangan airnya tersumbat dan memerlukan masa untk dibaiki.

Tindakan : Makluman

4.7 Guru besar mencadangkan agar diwujudkan tabung untuk membantu
keperluan aktiviti PPKI. Cadangan ini disokong penuh oleh semua ahli
dengan kutipan RM10.00 sahaja sebulan bermula bulan September 2022
dan bayaran diserahkan kepada Bendaharai Sarana PPKI.

Tindakan : Makluman

4.8 Pn Rohanita Mohd Talib, Timbalan Pengerusi Sarana PPKI akan
menyumbangkan langsir untuk kelas PPKI dan guru PPKI diminta
memberikan ukuran langsir kepada beliau.

Tindakan : Pn Rohanita Mohd Talib
& Guru PPKI

4.9 Pengerusi memaklumkan bahawa singki yang terletak di Lorong
berdekatan kelas PPKI telah rosak dan perlu dibaiki. Singki ini kerap
digunakan oleh murid-murid PPKI.

Tindakan : Pihak Pentadbir

4.10 Cikgu Siti Nasrinah binti Mohd Bidin memaklumkan bahawa kadar
sumbangan ibubapa kepada PIBG ialah RM30.00 setahun. Setiap
ibubapa murid PPKI adalah diminta untuk menyumbang dan sumbangan
tersebut boleh diserahkan kepada Bendahari PPKI.

Tindakan : Makluman

4.11 Cikgu Siti Nasrinah binti Mohd Bidin merayu agar ibubapa dapat
memberikan Kerjasama untuk mematuhi jadual masa pembelajaran
PPKI yang telah ditetapkan seperti berikut :-

Masa Sesi Pembelajaran Bermula pada jam 6.40 pagi

Masa Pulang Tahap 1 Masa Pulang Tahap 2
Isnin 12.10 petang Isnin 12.10 petang

Selasa 11.40 pagi Selasa 12.10 petang

Rabu 11.40 pagi Rabu ( kokurikulum) 1.20 petang
Khamis 11.40 pagi Khamis 12.10 petang
Jumaat 11.10 pagi Jumaat 11.40 pagi

4.12 Walaubagaimanapun jadual murid pulang adalah diawalkan 10 minit dari
jadual asal bertujuan mengelakkan pertembungan dengan murid aliran
perdana.

Tindakan : Makluman

4.13 Guru Besar memaklumkan Program Hi-Tea khas untuk PPKI akan di
adakan . Objektif program ialah untuk mewujudkan hubungan
siraturahim dikalangan ibubapa dan murid-murid PPKI. Pengisian
program ini akan dimaklumkan setelah diperincikan kelak.

Tindakan : Makluman

05. PENANGGUHAN MESYUARAT

5.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih terutama Guru besar dan beberapa guru-guru yang lain serta YDP PIBG
yang telah turut hadir dalam menjayakan mesyuarat ini. Tidak lupa juga
diucapakan berbanyak terima kasih kepada semua AJK yang telahpun dilantik
dan diharpakan dapat memberikan kerjasama yang berterusan untuk sama-
sama mencapai matlamat PPKI. Sebelum mesyuarat ditangguhkan pada jam

1.00 petang, Guru Besar mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Sarana PPKI 2022/2024 dan
guru-guru yang hadir di atas kesungguhan dan kerjasama yang telah diberikan.
Guru Besar berharap melalui AJK yang telah dilantik akan dapat membantu
para guru untuk melaksanakan aktiviti/program PPKI dengan mudah dan
berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _______________________
(Nooraida binti Awang Damit) ( Yusuf bin Ag Ali )
Setiausaha Pengerusi
Sarana Ibubapa PPKI Sarana Ibubapa PPKI
SK Petagas SK Petagas

Dicadangkan oleh,
……………………………………………….
Disokong oleh,
…………………………………………………


Click to View FlipBook Version