The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS AL JAUHAR (Rujukan & Terbitan Berkala), 2023-06-02 04:41:23

BULETIN AL-IRSYAD EDISI 17

BULETIN AL-IRSYAD EDISI 17

Erti sebuah perjuanganhakiki Edisi 17 Ogos 2022 Muharram B U L E T I N 1444H Al- Irsyad U N I T P E N D I D I K A N I S L A M & M O R A L , J A B A T A N P E N G A J I A N A M , P T S S Kemerdekaan


Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 2018 Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit. Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana – mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin dari penerbit Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan - dalam - Penerbitan Ilustrasi : Sumber internet Diterbitkan oleh: Unit Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis BULETIN AL-IRSYAD Penaung I En. Abdul Malek bin Hassan Penaung II Puan Norlili Juwita binti Arshad Penasihat I Puan Isyati binti Suparman Penasihat II Puan Suhaila binti Mustaffa Editor Ainul Farhaan binti Harun Norhafizah binti Mohd Ghazali Nozira binti Ahmad Konsep dan Layout Buletin Ainul Farhaan binti Harun Sidang Redaksi i


Team Buletin Al-Irsyad Definisi sebenar kemerdekaan adalah minda dan jiwa yang bebas dari cengkaman maksiat dan dosa ii Ainul Farhaan binti Harun Norzira binti Ahmad Norhafizah binti MohdGhazali


Senarai Penulis Edisi-17 Nik Mohd Sofri bin Nik Abdul Hamid Norzira binti Ahmad Aniza binti Dahri iii Mohd Azli bin Adnan


1-3 4-6 7-8 9-11 Monolog Merdeka Hakikat Sebuah Kemerdekaan Yang Tersurat dan Tersirat Jom Merdekakan Minda Merdeka dan Perjuangan Penulisan yang penuh keinsafan dan memberi ruang kepada muhasabah diri dalam membentuk diri dan jiwa merdeka dari dosa dan maksiat. Penulis menjentik hati kita supaya terus bermuhasabah diri agar tidak leka atas nama bebas dan merdeka. Penulisan yang santai tapi sampai tentang merdeka. Penulis menekankan tentang usaha untuk merdekakan diri dari sifat mazmumah. Selain itu, elemen motivasi juga disuntik dalam penulisan ini di mana kita diingatkan agar terus menuai amal dan pahala di dunia untuk 'bebas' dan merdeka di negeri abadi nanti. Penulisan yang sangat bermanfaat, dikupas dengan susunan ayat yang sangat menarik. Penulis mengupas tentang perspektif kemerdekaan dari sudat pandang para ilmuan Islam untuk kita jadikan sebagai pedoman dan panduan dalam menongkah arus kehidupan kini. Kupasan dan penulisan menarik tentang kemerdekaan sebenar iaitu bebas dan merdeka dari pengabdian kepada manusia dan mahkluk. Penulis mengingatkan kita agar mengabdikan diri hanya kepada Allah. Penulisan ini juga menyuntik elemen sejarah kemerdekaan yang dapat memberi ilmu tambahan kepada kita semua. Kupasan Menarik Salam Kemerdekaan 2022 iii Galeri Album UPIM 12-17


MERDEKA TARIKHKERAMAT MERDEKAKAHKITA? Menggunakan fasiliti pejabat untuk kepentingan diri sudah tiada tara lagi. Orang bawahan melanggar peraturan dianggap salah besar, tapi kalau “bos” buat perkara yang sama dimaafkan. Bila kerja rutin sudah selesai, maka berlangsunglah aktiviti menonton “movie” atas alasan kerja sudah siap. Sewajarnya cari kerja yang berkaitan untuk diisi dalam waktu pejabat. Kemudian kita lupa menuntut ilmu itu tugasan sepanjang hayat. Sampai bila? Jika melawat kawasan pasar, longkang, sungai, tasik, hutan, restoran, tamantaman rekreasi dan pusat-pusat peranginan serta pelancongan, maka satu fenomena menyakitkan mata dan jiwa berlaku. Sampah merata-rata bertaburan di sana sini. Bangsa kita tiada sikap cakna dengan alam. Tiada rasa sayang pada persekitaran. Papan tanda “Jangan Buang Sampah” diwujudkan tapi di bawah papan tanda tersebut penuh dengan sampah. Bila hujan bertali temali, maka berlakulah banjir kilat sebab longkang tersumbat dengan sampah. Salah siapa?. Andai kita pergi menjamu selera di restoran atau kedai makan, satu lagi penyakit bangsa kita merokok ikut selera dan asal berasap. Monolog Tanggal 31 Ogos 1957 adalah hari keramat lagi bersejarah bagi Persekutuan Tanah Melayu yang telah mencapai kemerdekaan. Laungan merdeka di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman menandakan tiada lagi kolonialisme di bumi bertuah ini. Kini negaraku telah merdeka selama 65 tahun. Aku berbangga dengan kemajuan fizikal dan material yang mengisi kemerdekaan ini. Infrastruktur dan fasiliti negara sangat pantas meniti kepesatan. Kemajuan pembangunan negara yang telah memintas negara-negara jiran adalah tidak dapat ditepis. Gaya dan cara hidup mendadak bertukar wajah dan menonjolkan suatu cara hidup yang moden. Kederasan teknologi maklumat, komunikasi dan media digital telah melonjakkan nama Malaysia sebagai negara yang terkehadapan dalam menekuni dunia tanpa sempadan di Asia. Taraf kehidupan dan nilai pendapatan rakyat negaraku meningkat bukan biasa… biasa. Negaraku diletakkan sebagai hab halal utama di dunia dan peneraju sistem muamalat dunia. Hebat dan tahniah Malaysia. Allah Azza Wa Jalla mengirim pelbagai notis dalam bentuk banjir, keruntuhan, kerosakan dan kemusnahan alam. Notifikasi ini mengandungi petunjuk ada manusia menyalahgunakan kuasa, main wayang, berlakon, bersandiwara dan mengkudakan orang tertentu untuk kerakusan harta, takhta dan wanita. Rakyat marhaen menjadi mangsa ketamakan ini. Alam, flora dan fauna menjadi mangsa kelobaan ini. Harta awam ranap akibat kerakusan ini. Merdekakah kita? Budaya kerja sambil lewa, curi tulang dan mengular sudah sebati dalam diri penjawat awam. Masa banyak terbazir dengan aktiviti yang tiada kena mengena dengan tugasan hakiki. Keluar makan sesuka hati dan berjam-jam sudah menjadi norma. Mengurus urusan peribadi tanpa mengira waktu dan pengetahuan ketua sukar untuk dibendung. Menyembang hal ehwal yang tiada kaitan dengan kerja jadi satu kebiasaan. “Window shopping” sudah dimaklumi ramai berlaku di mana-mana. Mohd Azli bin Adnan 1 SAYANG,SERIBU KALISAYANG... Namun sayang seribu kali sayang, negaraku tersenarai dalam koleksi negara yang menternak budaya rasuah, black economy, kartel dan kebejatan salah guna kuasa yang melampau. Budaya harapkan pegar, pegar makan padi kian menjadi-jadi. Berjuta dan berbilion Ringgit Malaysia lolos dan ghaib begitu mudah. Banyak projek kerajaan terbazir dipunggah secara lahap oleh penyamun-penyamun yang bertopengkan gelaran yang hebat, kedudukan yang dahsyat dan pengaruh yang mantap.


Tiada terdetik di hati nurani fikir orang lain, kanakkanak, orang tua dan keselesaan pelanggan lain. Larangan merokok ditampal merata-rata persis perhiasan bisu tanpa mesej. Bila nak selesai? Kekadang berlapis-lapis hingga menghalang pengguna lain. Mentaliti keakuan yang menebal menyebabkan urusan yang sepatutnya berjalan lancar menjadi komplek. Bangsa kita kalau sudah dapat stereng kereta atau motor, lupa diri dan hilang akal. Mereka lupa ramai pengguna lain sedang menggunakan jalan yang sama. Semua kenderaan kelihatan bergerak seperti hendak mengejar sesuatu atau dikejar sesuatu. Lupa peraturan jalan raya. Lupa ada adab. Lupa tuhan. Apa dah jadi? Memberikan kefahaman yang jelas tentang keistimewaan manusia yang terbangun dengan unsur jiwa dan rohani yang tinggi. Menjelaskan agama memberikan kelebihan yang besar kepada masyarakat yang mengamalkan agama dalam kehidupan. Memberikan kefahaman yang mendalam tentang kehidupan yang abadi. 1. 2. 3. Pemikiran yang diutarakan oleh almarhum menggesa kita semua mengisi kemerdekaan dengan kembali kepada fitrah manusia sebagai sebaik-baik kejadian dan mempunyai kehebatan yang luar biasa seandainya mengikuti agama. Mahu tidak mahu manusia mesti kembali kepada hidup beragama kerana konsep baik dan buruk hanya ada dalam agama. Pandangan ini menuntut kita sedar diri bahawa dunia hanya persinggahan sementara. Menjadikan dunia sebagai medan untuk membuat bekalan dan sumbangan yang sehabis baik. 2 TIDAKCAKNA Beralih kepada senario di lokasi tempat meletakkan kenderaan. Satu lagi penyakit bangsa kita. Meletakkan kenderaan ikut mana yang sempat dan boleh. Sakit mata dan sakit jiwa melihat kawasan tempat letak kenderaan. Kawasan yang sepatutnya digunakan untuk meletak kenderaan didapati kosong, atas alasan jauh untuk ke pejabat. Kawasan yang sepatutnya bukan untuk meletak kenderaan menjadi penuh, dengan alasan dekat dengan destinasi yang dituju. Sudahlah kawasan penuh dengan kenderaan, ditambah pula dengan cara meletakkan kenderaan sesuka hati. GERAKANTAJDID Sehubungan dengan itu, suatu gerakan tajdid atau reformasi minda berskala besar dan menyeluruh wajar dijadikan dasar dan gagasan perjuangan baru. Penulis mencadangkan untuk kita kembali menghayati apa yang diwacanakan oleh tokoh sarjana tersohor Almarhum Jamal al-Din. Beliau menjelaskan kerangka pemikiran tajdid hendaklah berasaskan kepada 3 perkara, iaitu:-


Umur yang diberikan adalah masa tertentu yang wajib digunakan untuk mempersiapkan diri kembali ke kampung halaman. Gagasan ini mendidik kita banyak memberi daripada menerima. Kerana memberi dengan ikhlas adalah milik kita sebagai bekalan ke sana. Dunia bukan destinasi untuk berehat, bersantai, bersukaria dan buat sesuka hati. Sebaliknya medan ujian untuk dinilai kualiti iman dan takwa kita. Tiada yang kekal abadi bila berada di sini. Semuanya pinjaman dan binasa. Setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun akan dicatat segala aktiviti yang kita lakukan. Dunia adalah medan pengorbanan dan pengujian. Akhirat adalah medan pembalasan dan perbicaraan. Tunggu apa lagi? 3 NIKMATUMUR AYUHMENGGAPAI MERDEKAHAKIKI Ayuh kita beramal, berubah dan berlumbalumba untuk memburu kebaikan dan melabur saham akhirat dengan pemberian. Kita isi kemerdekaan ini dengan memerdekakan diri daripada membesarkan Allah berbanding dunia. Mengagungkan nilai akhirat berbanding nilai dunia. Menjunjung kesucian agama berbanding kehebatan harta, takhta dan wanita. Berbangga menjadi seorang muslim berbanding seorang kufur. Merayakan konsep memberi berbanding meminta dan menerima. Memperkasakan hidup beragama daripada hidup kerana nama. Bersusah-susah hidup di dunia sebelum bersenang-senang di akhirat. Pilihan yang kita ada dua sahaja. Berubah atau jumud. Baik atau buruk. Pahala atau dosa. Syurga atau neraka. Pilihan di tangan kita. Keputusan juga di tangan kita. Usah tunggu lagi. Usah tangguh lagi. Kita tiada masa. Sudah lama kita bazirkan umur dan masa dengan kalimah tunggulah, nantilah, masih muda, masih ada masa, belum kiamat, sibuklah, bila pencen baru beramal, lambat lagi mati dan seribu satu alasan kita hidangkan. Siapa yang akan rugi dengan alasan-alasan ini. Bukan Allah. Bukan Rasulullah SAW. Bukan ibu bapa. Bukan orang lain, sebaliknya kita sengaja menghumban diri kita ke lembah kehinaan dan kehancuran. Bila nak berubah? Akhir bicara wacana ini adalah untuk menggapai kecemerlangan dan kita mesti berani berubah. Rujukan Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin (2018), Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Abdul Qadir Abdul Mutalib Al-Mandili (2020), Penawar Hati. Kota Baharu: Jabal Marki Sdn. Bhd. Muhamad Razak Idris 2017, Manifestasi Pemikiran Tajdid dalam Majalah Dewan Tamadun Islam Ampang: Dewan Bahasa Dan Pustaka


H A K I K A T S E B U A H K E M E R D E K A A N N O R Z I R A B I N T I A H M A D Anugerah Masa Persoalannya.... Menghindari sifat mazmumah Yang Tersurat dan Tersirat Umur yang diberikan adalah masa tertentu yang wajib digunakan untuk mempersiapkan diri kembali ke kampung halaman. Gagasan ini mendidik kita banyak memberi daripada menerima. Kerana memberi dengan ikhlas adalah milik kita sebagai bekalan ke sana. Dunia bukan destinasi untuk berehat, bersantai, bersukaria dan buat sesuka hati. Sebaliknya medan ujian untuk dinilai kualiti iman dan takwa kita. Tiada yang kekal abadi bila berada di sini. Semuanya pinjaman dan binasa. Setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun akan dicatat segala aktiviti yang kita lakukan. Dunia adalah medan pengorbanan dan pengujian. Akhirat adalah medan pembalasan dan perbicaraan. Tunggu apa lagi? Persoalannya, apabila diperkatakan tentang kemerdekaan adakah semata-mata kita akan sekadar mengingati dan fokus terhadap kemerdekaan negara sahaja? Adakah sekadar kita perlu melaksanakan sambutan kemerdekaan negara dengan pelbagai pengisian dan berseronok dengan cuti umum yang diisyhtiharkan sempena hari bersejarah tersebut saban tahun? Dan yang lebih penting lagi adakah dengan kejayaan mencapai kemerdekaan yang tersurat dalam lipatan sejarah negara itu telah menjadikan kita insan yang benarbenar terbaik dan merdeka juga daripada sifat-sifat mazmumah yang ada. Sudah pasti tidak! Ini adalah kerana kemerdekaan yang tersirat inilah yang lebih penting untuk menggapai kemerdekaan sebenar dalam kehidupan setiap manusia yang dicipta oleh Allah SWT. Kepentingan untuk memerdekakan diri dan berlindung daripada sifat mazmumah ini terkandung dalam satu hadis sahih yang telah diangkat sebagai doa dan menjadi sunnah untuk diamalkan iaitu: “YAALLAHYATUHANKU,SESUNGGUHNYAAKUBERLINDUNGDIRI DENGAN-MUDARIPADA KELEMAHAN,KEMALASAN,SIKAPPENGECUT,KEKIKIRAN, KERUNGSINGANSERTASEKSA AZABKUBUR.YAALLAHYATUHANKU,SELUBUNGILAHJIWAKUDENGAN KETAKWAANDAN SUCIKANLAHIA,SESUNGGUHNYAENGKAULAHSEBAIK-BAIKYANG DAPAT MENYUCIKANNYAKERANAENGKAULAHPENTADBIRDAN PENGUASAANNYA.YAALLAHYA, TUHANKU,SESUNGGUHNYAAKUBERLINDUNGDIRIDENGAN-MU DARIPADAILMUYANG TIADABERGUNA,DARIPADAHATIYANGTIADAKHUSYUK,DARIPADA JIWAYANGTIADA KENYANGDANDARIPADADOAYANGTIDAKAKANDITERIMANYA.” (RIWAYATMUSLIMNO.7081) Berdasarkan hadis di atas, ternyata terdapat banyak sifat-sifat mazmumah yang wajib dihindari dalam kehidupan kita setiap hari. Apakah maksud sifat-sifat mazmumah tersebut? Ternyata sifat tersebut merujuk kepada sifat-sifat yang tercela dan terkeji iaitu berlawanan dengan sifat mahmudah yang bermaksud sifat-sifat yang baik dan terpuji. Sifat mazmumah juga adalah merujuk kepada sifat atau akhlak buruk yang ternyata bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah. 4


GEMAR MAKAN DAN MINUM Sifat Mazmumah yang mesti DIHINDARI banyak berkata-kata (yangsia-sia) Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar dari melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat. Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar. Info grafik : AinulFarhaan bintiHarun MARAH Tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir duit, itu dilarang dalam Islam. kasih pada harta Berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan. Jadikan Ramadan titik permulaan untuk berhenti merokok atau menghisap vape. Tempoh 14 jam tanpa rokok atau vape ini mampu membantu kita berhenti merokok. Jom cuba berubah! berHenti merokok 5 hasad,dengkidan iri hati Lahir dari rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain. Sikap untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan. riyak


Firman Allah melalui surah Al-An’am ayat 155: “… janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang terlihat ataupun yang tersembunyi, janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu mengerti.” Refleksi dan muhasabah diri Hindari sifat mazmumah 6 Terdapat banyak cara dan kaedah untuk mengelakkan diri kita daripada melakukan sifat-sifat mazmumah yang tersenarai. Antaranya ialah dengan cara menguatkan lagi iman kita dengan pelbagai ibadah yang dapat kita laksanakan secara konsisten. Solat fardu dan solat sunat, berpuasa, membaca Al-Quran, menghadiri majlis ilmu, berkomunikasi tentang perkara-perkara yang positif, bergaul dengan orang-orang yang baik dan soleh serta pelbagai lagi ibadah umum atau khusus inshaAllah dapat membendung sifat-sifat mazmumah daripada menguasai diri kita. Bertitik tolak daripada situasi ini, adalah menjadi satu jihad yang amat besar kepada kita untuk memerdekakan rohani dan jasmani kita daripada sifat-sifat yang dibenci oleh Allah SWT ini. Inilah kemerdekaan sebenar yang tersirat namun ianya ternyata menjadi titik penentu kepada kejayaan mencapai kemerdekaan negara yang tersurat dalam lipatan sejarah iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957. Kemerdekaan yang kita capai daripada keduadua aspek inilah menjadi sebuah kejayaan yang tertinggi dan hakiki yang sudah pasti akan menjamin kejayaan dan kebahagiaan kita di dunia dan akhirat! RUJUKAN: Al-Quranul Karim Hadis Sahih Muslim, no. 7081 Imam al-Ghazali (2009), Mutiara Ihya’ Ulumuddin Imam Al-Ghazali, Ipoh, Bukubuku Ternyata semua sifat-sifat ini sangat dekat dengan diri kita. Oleh itu, tidak dapat dinafikan sama sekali yang kita pernah terjebak dengan salah satu atau mungkin semua sifat-sifat tersebut. Astagfirullah Al ‘Azim!! Cuba bandingkan dengan jumlah umur kita saat ini, sudah pasti kita bersetuju bahawa sifat-sifat ini telah bermaharajalela dalam diri kita berulang kali, sepanjang 365 hari! Allahuakbar! Betapa banyaknya dosa kita terhadap Allah SWT! Tidak takutkah kita? Jika kita takut dan gerun dengan dosa yang kita lakukan melalui sifat-sifat mazmumah di atas sudah pasti kita akan mengambil pendekatan drastik untuk menjauhkan diri daripada sifat-sifat keji tersebut. Dan jika iman kita kuat maka kita akan cuba mencari jalan terbaik agar kita tidak terjerumus dengan akhlak buruk dan dikeji oleh Allah SWT itu. Malahan terdapat larangan yang jelas di dalam Al-Quran agar kita menjauhi dan memerdekakan diri daripada sifat-sifat tersebut.


Merdekakan Minda JOM Aniza binti Dahri Menjadi lebih baik “Sesungguhnya Kami telah utuskan rasul kepada tiap bangsa: (Dan mereka berkata) Hendaklah kamu sembah Allah dan jauhilah taghut. (Surah An-Nahl 16:36). Merdekakah kita sebenarnya? Cuba tanya kepada diri kita, apabila setiap tahun laungan kemerdekaan bergema namun kita masih melihat tiada perubahan yang maksimum selari dengan kemerdekaan yang dilaungkan. Apakah kemerdekaan hanya sekadar retorik pengisahan sejarah semata-mata? Atau sekadar catatan peringatan agar semua tidak lupa dan terlepas pandang daripada menyambutnya. Kalaulah sedemikian, maka wajar untuk kita mengambil sedikit waktu merenung dan menghayati makna merdeka dalam erti kata yang sebenar. Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal sematamata. Kita masih lemah dalam berfikir, akal mati dan mempunyai jati diri yang rendah. Minda tidak bebas seperti yang sepatutnya walaupun telah bebas dari penjajahan. Masih terdapat manusia yang mempermainkan agama Islam dan merendahkan martabat diri sebagai seorang yang beragama Islam. Ke manakah perginya minda yang merdeka, minda yang memartabatkan agama dan bangsa sendiri?? Adakah kita benar-benar berubah seperti maksud “MERDEKA” itu? Perubahan diri ke arah yang lebih baik adalah paling ringkas bagi maksud merdeka yang kita mudah fahami. Islam sentiasa menyuruh kita mencari hidayah, meningkatkan amalan dan mencari keredhaan Allah. Menjalani kehidupan dengan mengikut syariat Islam iaitu berakhlak, beriman dan berilmu adalah kemerdekaan bagi seorang muslim. Dalam erti kata lain, kemerdekaan bukanlah bebasnya kita daripada cengkaman penjajah semata-mata. Hakikatnya kita perlu membebaskan jiwa kita daripada belenggu kejahilan dan kemaksiatan yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kita mutakhir ini. Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Berfikir sejenak.... Erti merdeka Pendeta Za'ba Maka marilah kita sama-sama menghayati kemerdekaan ini menurut kaca mata Islam yang sebenar bukanlah kerana pembebasan negara semata-mata. Kemuncak kepada kemerdekaan adalah kembali kepada agama kita dengan meninggalkan kejahilan dan kemaksiatan. Pendeta Agung Za'ba mencirikan konsep merdeka iaitu dengan menyifatkan merdeka sebagai berubah daripada segala perbuatan dan kepercayaan yang bodoh, mematikan akal dan menyekat kemajuan kepada perbuatan dan kepercayaan yang cerdik, membebaskan fikiran dan menggalakkan kemajuan. Bagi beliau, kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda serta dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa. Antara keempat-keempat ini, sudah pasti agama sangat signifikan kerana menurut Za'ba, hanya dengan agama sahaja jiwa manusia akan mengecapi kemerdekaan sebenar. Oleh itu, kita dapat lihat elemen islah berdalilkan al-Quran, bersendikan akal dan ilmu pengetahuan sentiasa ditekankan oleh Za'ba dalam membetulkan segala kelemahan. Perkara inilah nanti yang akan menukarkan pemikiran kolot kepada pemikiran lebih bernas dan ideal. 7


Merdeka dari pandangan HAMKA Buka minda Manakala Buya Hamka, dalam bukunya bertajuk Falsafah Hidup, menjelaskan "Kemerdekaan ialah bahawa engkau rasai dengan perasaan yang jernih, hak yang perlu engkau ketahui, dan waktu itu engkau rasai apa pula kewajipan kepada orang lain. "Engkau merdeka dan bebas mengembangkan sayap, menurutkan kemahuan hati, untuk membuktikan bahawa engkau berhak, engkau boleh mengeluarkan apa yang terasa di hatimu, asal engkau hormati pula kemerdekaan orang lain dan engkau bayarkan kewajipan yang diminta oleh masyarakat kepada engkau," tulisnya. Menurut Za'ba, hanya dengan agama sahaja jiwa manusia akan mengecapi kemerdekaan sebenar. Oleh itu, kita dapat lihat elemen islah berdalilkan al-Quran, bersendikan akal dan ilmu pengetahuan sentiasa ditekankan oleh Za'ba dalam membetulkan segala kelemahan Maka bukalah minda, merdekakan diri dengan terbang bebas mencari kehidupan berlandaskan Islam, melayari kehidupan dengan mengambil berat sesama manusia, membantu membuat kebaikan tanpa ada rasa penat, dengki, negatif dan malas. Bebaskan minda dan perbuatan dari perkara kotor seperti rasuah, iri hati, menjatuhkan orang lain dan sebagainya. Merdeka jiwa dengan ketenangan Damaikan hati dan orang lain dengan sikap dan perbuatan yang baik, ikhlas, jujur dan amanah. Tenangkan jiwa selalu dengan zikir dan amalan yang disyorkan Islam. Ke manakah kita akhirnya jika bukan ke sana, tempat terakhir kita. Rebutlah peluang merdeka minda ini untuk meraih hasil di akhirat nanti tempat kita selamanya. Teguhkan silaturahim, pandanglah sesama kita dengan pandangan kasihan, kelembutan, bukannya keganasan, kejahatan dan kebencian. Buanglah segala sikap yang memecahbelahkan sesama Islam. Berpegang teguhlah dengan ajaran Islam dan bersama ke arah meningkatkan diri dalam kebaikan. Sabar dengan ujian, redha dengan kehidupan dunia yang tidak selalunya indah. Marilah kita bebaskan minda kita dengan memerdekakannya dengan menurut hukum Islam yang sebenar. Insya-Allah. Rujukan: Al-Quranul Karim https://www.sinarharian.com.my/article/45380/KOLUM NIS/Erti-merdeka-yang-sebenar 8


M E R D E K A P E R J U A N G A N Pengenalan Nik Mohd Sofri bin Nik Abdul Hamid Pada bulan Ogos setiap tahun, khususnya pada 31 Ogos, rakyat Malaysia sudah pasti akan mengingati tarikh keramat yang sentiasa diraikan di pelbagai peringkat sama ada di peringkat negara, negeri, daerah atau jabatan-jabatan dan syarikat-syarikat. Ini bagi menzahirkan rasa syukur, bahagia dan gembira dengan kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara ini sejak 1957. Peristiwa bersejarah ini sentiasa diulang-ulang saban tahun. Begitu juga dengan aktiviti penerangan, ceramah, siaran TV, radio dan akhbarakhbar akan menyebut sambutan hari kemerdekaan dan juga sejarah bagaimana rakyat di negara ini bermandikan darah, keringat dan air mata untuk menjadikannya benar-benar mendapat kemerdekaan sehingga kemanisan merdeka dihayati dengan sepenuhnya. Setiap lapisan rakyat Malaysia tentu sahaja akan mengingati laungan “Merdeka, Merdeka, Merdeka“ yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Al-Haj, bapa kemerdekaan negara di kaca televisyen setiap kali tibanya hari kemerdekaan negara. Peristiwa bermakna Kemerdekaan mempunyai pengertian yang cukup bermakna bagi rakyat sesebuah negara, maka wajarlah kita memahami dan menghayati makna kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Laungan “Merdeka“ semata-mata tidak mampu merungkai pengertian kemerdekaan yang tulen dan hakiki. Tidak cukup dengan hanya mempamerkan semangat patriotik seperti mengibarkan Jalur Gemilang, kita perlu mendalami kisah, sejarah mahupun pengorbanan perjuang–pejuang kemerdekaan terdahulu yang berkorban hingga ke titisan darah terakhir mereka untuk memerdekakan negara daripada penjajah. Tanpa itu semua, kita tidak akan mampu mengerti apakah makna “kemerdekaan“ yang sebenar kerana kita akan alpa, leka dan lalai dibuai keseronokan akibat kehidupan yang tidak kenal erti perit, susah dan terseksa sebagaimana orang–orang terdahulu yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Kemerdekaan itu terlalu mahal dan tidak ternilai, ia tidak boleh dibeli mahupun dijual malah ramai yang sanggup berkorban untuk memperolehinya kerana ia tidak datang bergolek mahupun boleh diperolehi dengan mudah. Kita rakyat Malaysia amat beruntung kerana hidup dalam sebuah negara yang merdeka. Kita bebas dalam menentukan masa depan dan hala tuju kita sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara. Malaysia juga boleh dikategorikan di antara negara Islam yang maju, moden dan berdaya saing namun hakikatnya masih ada lagi negara-negara Islam yang dijajah mahupun tidak menikmati kemerdekaan yang sebenar. Definisi merdeka Menurut Kamus Dewan, merdeka bermaksud bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya. Ia juga bermaksud lepas daripada tebusan atau tuntutan serta berdiri sendiri dan tidak bergantung pada yang lain. Dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ‘mahardhika’ telah melalui proses evolusi hingga berbunyi ‘merdeka’ yang membawa maksud bebas. ‘Mahardhika’ bermakna kemakmuran dan perkasa dalam bahasa Sanskrit. ‘Mahā’ bermakna sangat atau hebat. Perkataan ‘rddhi’ bermakna kemakmuran, sementara kata ‘ka’ adalah kata imbuhan yang membentuk kata sifat (adjektif). Secara umumnya, kebanyakan orang menafsirkan kemerdekaan sebagai bebas daripada belenggu penjajahan yang bersifat fizikal. 9


Kemerdekaan dalam pemahaman yang lebih luas ialah menarik manusia itu keluar dari kancah pengabdian oleh sesama manusia kepada pengabdian dan kepatuhan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Penjajahan berbentuk fizikal yang dikenali sebagai imperialisme merupakan suatu rentetan hidup yang sangat menghinakan suatu bangsa. Jika anda melihat kemerdekaan dari sudut fizikal semata-mata, kemerdekaan sebenarnya tidak dengan sepenuhnya. Setelah penjajahan fizikal berakhir, negara-negara membangun masih lagi terjajah dengan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah termasuk sistem sosial, ekonomi, perundangan dan pendidikan. Islam memberikan kefahaman yang lebih luas dalam perkara kemerdekaan. Syed Qutb menukilkan kisah dialog antara tentera Muslim yang diutus kepada panglima tentera Parsi yang menjadi prosedur sebelum peperangan dimulakan dalam petunjuk sepanjang jalan sangat menarik dan wajar diperhatikan. Kemerdekaan dalam pemahaman yang lebih luas ialah menarik manusia itu keluar dari kancah pengabdian oleh sesama manusia kepada pengabdian dan kepatuhan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Namun kita tidak dapat lari daripada keperluan hidup di dunia ini, tetapi kehidupan di dunia yang fana ini sepatutnya tidak melalaikan kita kepada kehidupan yang kekal di akhirat nanti. Oleh itu, kemerdekaan yang lebih besar ialah terlepas daripada siksaan azab di akhirat nanti. Ini adalah persoalan yang perlu difikirkan dengan mendalam dan bertanyakan pada diri kita sendiri, adakah kita benar–benar merdeka ataupun tidak. Jangan semata-mata kita hanya melaungkan kata keramat “Merdeka” saban tahun, tetapi dalam masa yang sama kita juga hendaklah memerdekakan minda dari dibelenggu oleh pemikiran-pemikiran penjajah yang bercanggah dengan ajaran Islam. Merdeka dari pengabdian manusia BUYA HAMKA Dalam bukunya bertajuk Falsafah Hidup, beliau menjelaskan berkenaan pengertian kemerdekaan seperti berikut: “Kemerdekaan ialah bahawa engkau rasai dengan perasaan yang jernih, hak yang perlu engkau ketahui dan waktu itu engkau rasai apa pula kewajipan kepada orang lain. Engkau merdeka dan bebas mengembangkan sayap, menurutkan kemahuan hati, untuk membuktikan bahawa engkau berhak. Engkau boleh mengeluarkan apa yang terasa di hatimu, asal engkau hormati pula kemerdekaan orang lain dan engkau bayarkan kewajipan yang diminta oleh masyarakat kepada engkau.” 10 Pandangan tokoh ilmuan PENDETA ZA'BA Beliau menyebut bahawa kemerdekaan ialah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.” MALIK BENNABI Beliau menjelaskan bahawa perjuangan membebaskan tanah air harus segera disusuli dengan perjuangan memerdekakan minda (Istiqlal al-‘aql). Beliau menyedari apalah erti kemerdekaan bumi pertiwi, jika rakyat peribuminya masih tetap berminda anak jajahan. Membangkitkan jiwa merdeka adalah agenda terpenting yang tidak boleh dikompromikan. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS Menurut beliau, apabila disebut “kebebasan” dalam tradisi Islam ianya merujuk kepada ikhtiyar dan bukan hurriyyah. Ikhtiyar adalah memilih sesuatu untuk yang lebih baik. Oleh itu, menurut beliau kebebasan adalah berbuat menurut tuntutan sifat-dasarnya yang benar dan selari dengan fitrah insani dan tuntutan ilahi. Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan rakanrakannya telah banyak mencurahkan jasa dan baktinya untuk kemerdekaan negara yang tercinta ini. Bahkan terdapat juga nama-nama yang seringkali dilupakan daripada lipatan sejarah kemerdekaan negara walaupun jasa mereka amat besar kepada tanah air tercinta ini. Mereka juga adalah wira dan tokoh kemerdekaan negara yang wajar diangkat dan diingati oleh setiap warganegara. Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Rosli Dhoby, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan ramai lagi pejuang kemerdekaan adalah di antara tokoh-tokoh yang amat besar jasanya dan berkorban demi untuk kemerdekaan ini.


K alim a h m e r d e k a d ala m j a wi Pada tahun 1935, O.T. Dusseck m e m b e rit a h u p e n u n t u t - p e n u n t u t n y a b a h a w a a d a tig a t e n a g a p e n d o r o n g d ala m hid u p ini iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau, “...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu”. (The Straits Times, 1935) Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian- perjanjian penting antara pihak-pihak di raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, pemasyhuran Kemerdekaan bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Dokumen ini adalah penyataan kemerdekaan yang penting sebagai tanda pembebasan politik daripada pihak penjajah. Pemasyhuran ini juga bermakna kita tidak lagi dijajah atau dikuasai oleh orang lain dan kita bebas menentukan bentuk pemerintah mengikut acuan dan hala tuju negara kita sendiri. Abjad Bukti bertulis mengenai pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen pemasyhuran Kemerdekaan telah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan Bahasa Inggeris. Umpamanya kalimah merdeka dieja seperti berikut: mim (mengikut), ro' (Rasul), dal (dan), ya (yakin) kaf (kepada) alif (Allah). Kesimpulan Tidak dinafikan bukan semua yang ditinggalkan oleh penjajah itu buruk dan tidak elok. Islam mengajar kepada kita bahawasanya “Hikmah kebijaksanaan itu adalah barang tercicir kepada orang mukmin yang boleh diambil manfaatnya jika tidak bercanggah dengan hukum syarak”. Maka oleh itu ada perkara-perkara baik ditinggalkan oleh penjajah yang wajar dikekalkan namun terdapat juga perkara-perkara mesti dibuang demi untuk memerdekakan jiwa kita daripada belenggu penjajah. Sistem perundangan adalah contoh yang paling jelas bahawa negara kita masih lagi belum merdeka secara keseluruhannya. Perundangan Islam hanya berlegar pada aspek kekeluargaan dan muamalat semata-mata sedangkan undang-undang jenayah masih lagi mengekalkan undang-undang peninggalan penjajah. RUJUKAN https://www.sinarharian.com.my/article/99275/KHAS/Pendapat/Istilah-Malaysia-dan-merdeka https://youtu.be/QvBO6V4c7t4 https://www.academia.edu/12610794/Sejarah_Perkembangan_Tulisan_Jawi https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaan-rumi-dan-jawi https://www.slideshare.net/tamazira/maksud-kemerdekaan https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/3657-bayan-linnas-siri-ke-211-kemerdekaan - m a rila h - kit a - m e m p e r t a h a n k a n n y a h t t p s:/ / h a r a k a h d aily.n e t /in d e x.p h p / 2 0 2 1 / 0 9 / 0 4 / m ala y sia - s u d a h - m e r d e k a - m a sih - a d a - b u mi-isla m - dij a j a h / 1 1


U N I T P E N D I D I K A N I S L A M D A N M O R A L , J A B A T A N P E N G A J I A N A M , P T S S A P R I L - O G O S 2 0 2 2 Galeri Album 12


Webinar Celik Muamalat S UMMER CAMP 2 0 2 0 20 A PRI L Webinar Celik Muamalat ini telah dilaksanakan pada 20 April 2022 jam 8.00 hingga 10.00 pagi secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Teams. Webinar ini menampilkan ikon penceramah terkenal iaitu Ustaz Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman sebagai penceramah. Antara objektif bengkel yang telah berjaya dicapai ialah dapat membincangkan isu-isu semasa berkaitan muamalat Islam. Selain itu, bengkel ini juga dapat memupuk semangat kecintaan kepada budaya ilmu dan memberi kesedaran serta pendedahan tentang muamalat Islam dalam kalangan staf, pensyarah dan pelajar PTSS. 13


ialah Ustazah Suhaila binti Mustaffa, Ustaz Nik Mohd Sofri bin Nik Abdul Hamid dan Puan Azlini binti Awang serta Alumni PTSS iaitu Noor Asikin Said, manakala Dosen dan tenaga pendidik dari UMPAR ialah Dr. Andi Abd Muis (M.Pd.I), Tuan Sumadin (S.Pd.I., M.Pd.I) dan Puan Lismawati (S.Sy., M.M). Pelbagai ilmu dikongsi antara dua negara ini dan para pelajar juga mendapat pengalaman baharu memperolehi ilmu dari ahli akademik dan pensyarah dari UMPAR. Academic Collaboration Between PTSS and Universitas Muhammadiah Parepare (UMPAR) Indonesia. Program Sit-In Class ini adalah satu alternatif perkongsian ilmu secara dalam talian yang melibatkan kolaborasi antara PTSS dan UMPAR, dan telah diadakan secara berjadual sebanyak tujuh kali bermula Mac hingga Mei 2022 setiap hari Rabu jam 9.00 hingga 11.30 pagi secara dalam talian menggunakan platform Google Meet. Program ini berbentuk perkongsian ilmu yang melibatkan pensyarah dan pelajar PTSS serta Universitas Muhammadiyah Parepare (UMPAR) Indonesia. Program yang julung kali diadakan oleh Unit Pendidikan Islam, JPA PTSS ini turut melibatkan Fakultas Agama Islam, UMPAR. Antara pensyarah jemputan PTSS yang terlibat 14


Team Building JPA 2022 15


Pertandingan Pertandingan e-PRISMA telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral, JPA yang melibatkan pertandingan video pelajar bagi penilaian kursus MPU23052 Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam, MPU23072 Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam dan DUA2042 Seni dalam Islam. Program ini telah berjaya mencetuskan kemahiran rekacipta dan inovasi dalam kalangan pelajar terlibat serta meningkatkan kemahiran ICT melalui penghasilan video bahan inovasi yang telah dihasilkan. Pertandingan yang diadakan ini bertujuan melahirkan para pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis dalam menghasilkan produk inovasi yang selari dengan fiqh Islami. Pertandingan yang diadakan ini juga bertujuan menerapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar di PTSS di samping menyemarakkan lagi program ilmiah di PTSS. Majlis penutup bagi mengumumkan pemenang telah diadakan pada 15 Jun 2022 secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Teams. e-Prisma 2022 16


Bengkel Penyediaan & Pemurnian CQI Kursus-Kursus UPIM Bengkel Penyediaan dan Pemurnian CQI Kursus-Kursus Unit Pendidikan Islam dan Moral ini telah diadakan pada 27 Julai 2022 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bengkel berlangsung di Bilik Seminar Si Kantan, Pauh Inn melibatkan seramai 18 orang pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, PTSS. Pengisian program amat bermanfaat dan telah mencapai objektif yang telah digariskan dengan penambahan ilmu-ilmu baharu. Antara objektif yang telah berjaya dicapai ialah penyelesaian isu permasalahan berkaitan pencapaian CLO setiap kursus UPIM serta mencadangkan CQI yang bersesuaian. Justeru, pencapaian objektif tersebut akan melancarkan serta menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. 17


Buletin Al - Irsyad | Edisi 17 | Ogos2022 | Muharram 1444h


Click to View FlipBook Version