The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulfdzlh, 2020-09-26 09:47:31

FAMILY DAY 2020

FAMILY DAY 2020

AJK FAMILY DAY 2020

TEKS UCAPAN
FAMILY DAY

KELUARGA
SAKEENAH YAHYA

LEGACY 2020

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, kerana
dengan izinNya kita semua dapat berkumpul

dalam suasana yang gembira disamping
keluarga tersayang, walaupun tidak semua ahli
Legasi Yahya dapat hadir pada sambutan hari
keluarga pada kali pertama 2020 ini, saya yakin

mereka tetap menyokong program yang
dianjurkan ini .

Dengan izin Allah SWT juga, kita diberi
kesempatan untuk berehat dan meluangkan
masa bersama-sama, jauh dari kesibukan harian

dan tugasan seharian. Semoga kita dapat
menggunakan kesempatan ini sepenuhnya
untuk bergembira dan melepaskan tekanan

yang dialami dari masa ke semasa.

Warga Legasi Yahya yang saya sayangi
sekalian, abang –abang, kakak-kakak yang
saya sayangi, tidak lupa anak2 saudara & cucu2
yang dikasihi sekalian. Program Hari Keluarga ini

telahpun dirancang oleh kita semua dan

digerakkan oleh anak-anak buah sejak dari
mula dirancang pada bulan Jun tahun ini dan
dalam beberapa bulan kebelakangan ini AJAK
yang sukarela begitu sibuk membuat persiapan
untuk menyempurnakan program dua hari satu

malam ini.

Apa yang semua dapat lihat pada hari ini dan
disepanjang program yang akan berlangsung
sehingga tengah hari esok adalah tuaian dari
hasil kerja keras AJK yang tidak mengenal penat

dan lelah semata-mata untuk menjayakan
program ini.

Saya yakin kesemua pihak yang terlibat telah
pun berusaha sedaya upaya untuk meraikan
peserta Legasi Yahya ini dengan baik, sehingga
berjaya menempah lokasi yang dinamakan
D'Qnut Resort dengan imej ala ‘Carribean’ ditepi
laut. Oleh itu jika terdapat sebarang kekurangan

atau kesilapan dari pihak AJK, maka ianya
bukanlah sesuatu yang disengajakan.

Tahniah & jutaan penghargaan juga diucapkan
kepada individu yang terlibat dalam

memberikan sokongan, penajaan dan tidak
lupa untuk memberikan penghargaan atau
follow up kepada penderma yang bermurah
hati dan baik hati, moga kesinambungan dari
usaha kita pada hari ini akan terus mendapat
sokongan daripada kita semua pada masa-

masa akan datang.

Dalam kita bersukaria di sepanjang program ini,
diharapkan kita tidak melupakan objektif utama
hari keluarga ini diadakan. Selain mengeratkan

hubungan silaturrahim di kalangan Legasi
Yahya, sama-samalah kita hindarkan diri kita dari

sifat yg tidak perlu ada pada setiap perasaan.

Warga Legasi Yahya yang dirahmati Allah
sekelian, Perlu kita tahu, dalam menjalankan
tugas seharian, keluarga memainkan peranan
penting selain diri sendiri yang menjadi faktor

pendorong kepada kesatuan ummah , disini
boleh saya jadikan kias;

" Iinstitusi keluarga sebagai baja kepada pokok-
pokok yang rendang, dengan baja yang baik

pokok akan menjadi subur dan sihat, maka
banyaklah faedah yang boleh didapati, dari
rantingnya akan datang burung membuat
sarang, manusia dan haiwan akan datang
berteduh, buah-buahnya akan dinikmati dan

dedaunnya menghasilkan oksigen untuk
manusia bernafas. Tetapi pokok yang tidak
dibaja ianya akan tetap hidup tetapi dalam

keadaan yang daif, dedaunnya kurang,
buahnya tidak seperti diharapkan lebih malang
lagi umur pokok tersebut mungkin tidak panjang,

begitu juga dengan keluarga, keluarga yang
bahagia akan menjadi inisiatif kepada kita
semua "

Akhirnya Sama-samalah kita doakan agar
program kita ini mendapat keberkatan dan
dijauhkan oleh Allah SWT dari sebarang perkara

yang tidak diingini.

Jadi, izinkan saya sudahi ucapan perasmian
pada malam ini dengan rangkap pantun:

PANTUN KELUARGA LEGASI YAHYA
==========================

Maha Esa pencipta alam
Kalimah wujud awalan kata
Mengajar manusia berlakarkan kalam
Dgn lafaz bismillahirrahman nirrohim....

Selawat dan salam kepada junjungan
Salamat sejahtera sanak saudara

Keluarga Legasi Yahya empunya gerangan
Izinkan saya membuka bicara

Kata kiasan beribu istilah
Bawang ku kupas tiada isinya
Arwah Legasi Yahya di sedekahkan fatihah
Semoga roh mereka mulia di sisinya

Kata bicara tertangguh sementara
Salah dan silap kemaafan dipinta
Semangat Legasi Yahya mekar membara
Ku panjatkan kesyukuran kepada pencipta......

Sajian enak diatas meja
Sabar menanti ucapan perasmi
Hidangan laut pembuka selera

Lafaz Bismillah saya mulai.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim “Dengan

nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, saya dengan ini merasmikan
Family Day Keluarga Sakeenah 2020 Legasi

Yahya. Assalamualaikum wbt....


Click to View FlipBook Version