STESYEN AMALI WUDUK
Jom kita solat kerana
SOLAT ITU MUDAH!
STESYEN 1
ANGGOTA , NIAT DAN CARA BERWUDUK
1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan
wudhu', bacalah di waktu mula hendak membasuh muka:-
N
BERSIHKAN KEDUA-DUA BERKUMUR & BERSIHKAN
BELAH TANGAN HIDUNG
نَوَيْتُ الوُ ُضوءَ ِ ِلل تََعالى
Nawaitui Wudua Lil’lahi Ta’ala.
Maksudnya: Sahaja aku mengambil wuduk kerana Allah Ta’ala.
2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya
keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu
(jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari
telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.
NIAT & BASUH SELURUH DARI TELINGA
MUKA KIRI-KANAN
STESYEN 1
ANGGOTA , NIAT DAN CARA BERWUDUK
3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai
dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan
kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.
N
HUJUNG JARI HINGGA MULAKAN TANGAN
SIKU KANAN/KIRI
4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan
air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik
ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
MENYAPU AIR KE KEPALA MENCUCI KEDUA
TELINGA (SUNAT)
STESYEN 1
ANGGOTA , NIAT DAN CARA BERWUDUK
5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada
dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau
matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
MEMBASUH KEDUA MULAKAN KAKI
BELAH KAKI KANAN/KIRI
INFO RAMADAN
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu
didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
DOA SELEPAS WUDUK
أَ ْش َه ُد أَ ْن لاَ إِلَ َه إِلاَّ َّلَّلاُ َو ْح َدهُ لاَ َش ِري َك لَ ُه َوأَ ْش َه ُد أَ َّن ُم َح َّم ًدا
َع ْب ُدهُ َو َر ُسولُ ُه
اللَّ ُه َّم ا ْج َع ْل ِنى ِم َن ال َّت َّوا ِبي َن َوا ْج َع ْل ِنى ِم َن ا ْل ُم َت ََه ِري َن
LATIHAN KENDIRI
AMALI BERWUDUK
OBJEKTIF :
1. Murid dapat menunjukkan cara berwuduk dengan betul.
2. Murid dapat mengamalkan kebersihan dalam kehidupan
seharian.
IBU BAPA / PENJAGA DIMINTA :
1. Memerhati dan menilai amali wuduk anak secara individu
di samping membetulkan kesilapan.
2. Merekod pencapaian anak yang sudah menguasai dan
belum menguasai dalam rekod pencapaian kendiri murid
(KBS). INFO RAMADAN
CARA AMALI :
1. Membawa anak ke tempat amali wuduk yang telah
ditetapkan.
2. Meminta anak melakukan amali wudu secara individu.
3. Merakamkan video amali wuduk anak mengikut panduan
yang diberikan.
4. Merekodkan kebolehan murid di dalam rekod pencapaian
murid yang telah disediakan.
5. Membetulkan kesilapan murid ketika membuat amali
wuduk.