PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN,
78300, MASJID TANAH, MELAKA.
PIBG :- UNIT HAL EHWAL MURID @ 2020/2021
SEKAPUR SIREH
GURU BESAR
____________________________
ENCIK SHAHRIZAL BIN ZAHARI
Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah
SWT kerana atas limpah dan kurnia rahmat-Nya dapat kita berkumpul dan berbincang demi
kejayaan anak-anak kita dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) SK
Bukit Beringin kali ke 44 dan 45. Buat julung-julung kalinya, kita mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG pada tahun ini secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat
Agung PIBG tahun 2021 atas usaha dan kesungguhan untuk menjayakan program secara
norma baharu ini. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan sangat besar ertinya
kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini.
Kita telah sedia maklum, seluruh dunia kini terjejas akibat pandemik Covid-19.
Sistem Pendidikan Negara turut menerima tempias dan menghadapi situasi yang mencabar
bagi menghadapi kemelut ini. Namun, sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab
membina modal insan dan kemenjadian murid, situasi sebegini tidak mematahkan
semangat kita untuk terus melahirkan insan yang cemerlang dengan sokongan padu
daripada PIBG sekolah. Walaupun pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka ada
kalanya tidak dapat dilaksanakan, namun pembelajaran tetap diteruskan di rumah secara
atas talian. Komitmen daripada para guru dan ibu bapa bagi memastikan penglibatan
anak – anak untuk bersama-sama mengikut kelas secara atas talian amat dihargai.
Pihak sekolah akan terus merancang program-program yang bermanfaat
bagi meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan murid dari segi akademik,
kokurikulum, pembangunan akhlak dan sahsiah serta kepimpinan pelajar. Justeru,
permuafakatan antara ibu bapa dan guru wajar diteruskan bagi memastikan kejayaan
anak-anak. Kepakaran ibu bapa dalam pelbagai bidang tertentu amat diperlukan untuk
mengoptimumkan kemenjadian murid di sekolah. Pihak sekolah juga akan sentiasa bersedia
untuk menerima teguran, bimbingan, sokongan dan kerjasama daripada pihak JPN, PPD,
PIBG dan masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah ke tahap
yang lebih membanggakan.
Akhir kalam, sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang
dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan. Mudah – mudahan usaha ini diberkati
Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari, insya-Allah.
SEULAS PINANG
YDP PIBG
____________________________
ENCIK ABDUL HALIM BIN HJ. KASSIM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan
inayahNya dapat kita sekali lagi bertemu bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
SK Bukit Beringin kali ke - 44 dan ke – 45. Kita semua sedia maklum bahawa
mesyuarat kali ini terpaksa dilaksanakan secara atas talian. Tahniah saya ucapkan
kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk bersama-sama
menjayakan mesyuarat kali ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi
– tinggi tahniah dan syabas kepada barisan AJK PIBG SK Bukit Beringin kerana sekali
lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG dalam keadaan yang
mencabar dengan pelbagai kekangan dan hambatan akibat pandemik Covid-19
yang melanda negara sejak lebih setahun lalu.
Mesyuarat ini merupakan medium yang terbaik untuk ibu bapa dapat
berkongsi idea dan memberikan pandangan yang bernas untuk sama-sama
melonjakkan lagi kecemerlangan anak- anak kita dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum, apa lagi dalam pembinaan sahsiah anak-anak.
Akhir bicara, saya juga berharap semoga mesyuarat pada kali ini
berjalan dengan lancar dan beroleh keberkatan daripada Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih
ATUR CARA MAJLIS
8.30 pagi - Pendaftaran
-
- Bacaan doa
- Ucapan Guru Besar SK Bukit Beringin – En. Shahrizal Bin
Zahari
-
Taklimat libat urus penggunaan pelantar DELIMa – En.
Mohd. Nazriq bin Ismail ( Guru ICT SKBB )
Tayangan montaj “Sorotan Peristiwa SKBB 2019 - 2021”
AGENDA MESYUARAT
1. Perutusan Pengerusi – En. Abdul Halim B. Hj. Kassim ( YDP PIBG )
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-43 2019
3. Perkara berbangkit
4. Pembentangan laporan Kewangan Berakhir Pada 31 Disember 2020.
5. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019 – 2021 Dan Pemilihan AJK PIBG Sesi
2021 - 2023
6. Membahaskan usul-usul ( jika ada ).
7. Hal-hal lain
8. Penutup
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU )
Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin
78300 Masjid Tanah Melaka
MBA 0004
No.Tel: 063844284
Email:[email protected]
Ruj.Kami : SKBB.PT.100-13/1/4 (
Tarikh : 25 OKTOBER 2021
Ibu Bapa/ Penjaga Murid,
Tuan / Puan,
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 44 DAN 45
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Bukit Beringin akan
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada ketetapan seperti berikut :-
Tarikh : 30 OKTOBER 2021
Hari : SABTU
Masa : 9.00 PAGI
Tempat : LOKASI MASING-MASING
Platform : GOOGLE MEET
2. Sehubungan dengan itu,besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat
menghadirkan diri dalam mesyuarat tersebut. Kerjasama dan perhatian daripada pihak
tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
”SOKONGAN IBU BAPA BERGANDA, MESYUARAT AGUNG PENUH BERMAKNA”
Saya yang menjalankan amanah,
--------Azura--------
( AZURA BINTI AMBIYAH )
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin
Agenda mesyuarat:
1. Perutusan Pengerusi – En. Abdul Halim B. Hj. Kassim
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-43
3. Perkara berbangkit
4. Pembentangan laporan kewangan berakhir pada 31 Disember 2020
5. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019 – 2021 Dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2021 – 2023.
6. Membahaskan usul jika ada
7. Hal – hal lain
8. Penutup
JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI 1 :- EN. SHAHRIZAL bin ZAHARI
NAIB PENGERUSI 2 :- EN. ABD HALIM bin HJ. KASSIM
NAIB PENGERUSI 3 :- EN. KHAIRUDIN bin HJ. BAKAR
NAIB PENGERUSI 4 :- EN. ABDULLAH bin KELING (GPK 1 SKBB )
SETIAUSAHA :- PN. FAZILAH binti OMRAN ( GPK HEM SKBB )
BENDAHARI :- EN. MUHAMMAD ISA bin HASHIM ( GPK KOKU )
:- PN. AZURA binti AMBIYAH
:- PN. NURUL HIDAYAH binti ABD MAJID
JAWATANKUASA PELAKSANA
1. PENDAFTARAN 6. PENCATAT MINIT
Pn. Norfadhilah binti Mohd Diah Pn. Noor Dayana binti Abd Rashid
Pn. Siti Patimah binti Omar
2. PENGACARA MAJLIS Pn. Mastika binti Abd Manaf
Cik Junaidah binti Kidam Pn. Hafsah binti Othman
3. BACAAN DOA 7. SIJIL & CENDERAMATA
En. Mohd Anuwi bin Mat Jusoh Pn. Siti Hadijah binti M Ayob
Pn. Sofiah binti Shahidan
4. BUKU PROGRAM Pn. Norhamnah binti Mat Zin
Pn. Azura binti Ambiyah
En. Mohamad bin Derasip 8. JAWATANKUASA TEKNIKAL & BANNER
Prof. Dr. Mohd Rizal bin Salleh En. Mohd Nazriq bin Ismail
En. Ahmad Azmi bin Saud
5. MONTAJ & DOKUMENTASI Pn. Amira binti Abu Kassim
En. Muhammad Afiq bin Jasman En. Mohd Hisyam bin Mohd Zaril
Pn. Siti Haslinda binti Haron
Pn. Norkhairizuhana binti Khairi
LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG
BIL 43 / 2019
TARIKH : 15 MAC 2019
HARI : JUMAAT
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SERI BERINGIN
UCAPAN YDP PIBG – ENCIK ABDUL HALIM BIN HJ KASSIM
1.0 Mengucapkan salam dan memanjatkan kesyukuran kerana dapat bersama-sama
berkumpul dalam majlis yang diadakan pada hari ini.
2.0 Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para ibu bapa dan penjaga yang hadir
ke majlis hari ini.
3.0 Kebanyakan yang hadir adalah daripada kalangan ibu. Beliau berharap dimasa lain
lebih ramai lagi kehadiran ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir ke majlis seperti ini
untuk sama-sama berbincang program-program daripada 2018 yang dibawa ke tahun
ini agar ia boleh direalisasikan.
4.0 Terima kasih diucapakan kepada sahabat iaitu Dr. Sabri bin Mohamad Sharif kerana
menyumbang idea dan material kepada pihak sekolah dan PIBG.
5.0 Tahun 2019, beberapa projek mega telah dicadang dan dirancang antaranya :
5.1. Projek 3R (Reuse, Reduce, Recycle)
i. Projek ini adalah untuk mengumpul barang-barang yang tidak digunakan lagi dan
dikumpulkan untuk projek 3R contohnya seperti botol plastik, surat khabar, kotak,
tin-tin dan sebagainya yang boleh dikitar semula terutamanya.
ii. Adalah lebih cantik jika diletakkan tong sampah kitar semula seperti yang
digunakan diluar yang mana setiap warna tong sampah khas untuk barang-
barang yang ditetapkan.
iii. Berkemungkinan akan berkolaborasi dengan pihak Kolej Komuniti, Masjid Tanah.
Sekolah ini telah dijadikan sekolah angkat Kolej Komuniti tersebut. Sebelum ini
pernah berkolaborasi dengan Kolej Komuniti dibawah kelolaan Panitia Sains.
iv. Mohon semua hadirin sedekahkan al-fatihah kepada arwahyarham Encik Hazrin
yang merupakan tenaga pengajar Kolej Komuniti telah meninggal pada hari
Selasa yang lepas. Allahyarham yang banyak berhubung dengan pihak sekolah
untuk menjayakan program yang dijalankan oleh Panitia Sains berkolaborasi
dengan pihak Kolej Komuniti. Jasa dan pertolongan Allahyarham amatlah
dihargai.
5.2. Program Cat Bangunan Sekolah
i. Pihak jawatankuasa PIBG telah berbincang tarikh untuk gotong-royong mengecat
bangunan sekolah fasa 2 pada 6 April 2019, Sabtu. Ini adalah sambungan
mengecat fasa 1 yang telah dilaksanakan oleh guru-guru dan staff pada Sabtu
yang lalu.
ii. Amat berharap agar semua ibu bapa dan penjaga dapat menghadirkan diri
supaya menyumbang tenaga agar dapat membantu pihak sekolah
menyelesaikan bahagian-bahagian yang belum dicat. Cat dan peralatan
mengecat telah disediakan.
5.3. Projek Mega Ping Pong
i. Cadangannya adalah membina sudut khas untuk ping pong berdekatan dengan
makmal komputer. Dahulu ping pong adalah kebitaraan sekolah dan permainan.
PIBG telah mengeluarkan banyak kos untuk membeli peralatan ping pong.
Sayang jika ianya tidak dibangunkan semula.
ii. Murid-murid sekolah ini ramai yang berbakat dalam ping-pong dan baru-baru ini
terdapat murid yang telah mendapat nombor 2 dalam Kejohanan Ping-pong
peringkat kawasan Masjid Tanah.
iii. Wujudnya tempat khas untuk bermain ping-pong ini dapat menggalakkan lagi
murid supaya berlatih dan menjadikan latihan rutin yang lebih selesa kepada
murid-murid mengasah bakat dalam permainan ping-pong.
iv. Anggaran untuk membina sudut ping-pong adalah sebanyak RM6000 – RM7000.
v. Pihak PIBG akan cuba mencari dana supaya projek ini dapat dilaksanakan.
vi. Kepada ibu bapa yang hendak menyumbang juga amatlah digalakkan. Tabung
sumbangan untuk menambahkan dana PIBG telah disediakan di bahagian
belakang dewan. Ibu bapa dan penjaga yang hendak menyumbang boleh
masukkan sumbangan ke dalam tabung tersebut.
6.0 Peranan ibu bapa kepada murid untuk hadapi UPSR : Beliau memohon jasa baik
ibu bapa untuk memberi perhatian kepada anak-anak Tahun 6 dirumah mengulangkaji
pelajaran ataupun menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru dan jangan harapkan
guru semata-mata yang berusaha untuk meningkatkan akademik anak-anak.
7.0 Jika ibu bapa lihat kecenderungan anak-anak bukan kepada akademik, boleh juga
memberi galakan untuk ambil bidang berkaitan kemahiran. Disebabkan itu wujudnya
Kolej Vokasional yang menyediakan pelbagai kemahiran untuk anak-anak belajar.
8.0 Selain itu tanamkan sikap kepada murid menghormati guru untuk mendapatkan
keberkatan dan pohon guru halalkan ilmu yang diajar.
9.0 Beliau mengakhiri ucapan dengan harapan supaya semua ibu bapa, penjaga dan
warga sekolah sama-sama berfikir sebagai satu keluarga untuk melahirkan murid yang
lebih agresif berfikir diluar kotak supaya mereka akan menjadi seorang modal insan
yang berjaya dan berguna kearah yang lebih baik.
UCAPAN PENASIHAT – PUAN ZAINAH BT HASHIM (GURU BESAR SKBB)
1.0 Mengucapkan terima kasih kepada YB Mas Ermieyati diatas kesudian meluangkan
masa hadir ke majlis pada hari ini.
2.0 Penghargaan terima kasih juga kepada YDP Encik Abdul Halim dan barisan AJK PIBG
yang banyak bertungkus-lumus dan begitu komited menjayakan setiap majlis yang
dilaksanakan terutamanya pada hari ini.
3.0 Majlis ini begitu penting kerana ia melibatkan komuniti luar dan juga para ibu bapa.
4.0 Asas hubungan yang kukuh antara Pihak Sekolah dan PIBG inilah yang akan
melonjakkan prestasi dan melahirkan anak yang cemerlang.
5.0 Kehadiran ibu bapa dan penjaga pada hari ini menunjukkan komitmen yang baik dan
amatlah dihargai.
6.0 Beliau memberikan sedikit maklumat berkaitan dengan intipati Kementerian Pelajaran
Malaysia yang menekankan pendidikan untuk semua.
7.0 Inisiatif tersebut adalah :
1. Bermula 2019, setiap sekolah akan ada Manual Nilai yang akan dibacakan di
setiap perhimpunan.
2. Pendidikan Sivik akan diperkenalkan.
3. KPM akan berusaha memperbaiki masalah 'mutual distrust' antara guru dan ibu
bapa.
4. Popularkan kembali budaya 'hero teachers' untuk tingkatkan pengiktirafan
profesion guru.
5. Telefon pintar akan 'dimanipulasi' untuk tujuan pendidikan.
6. Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh mula bersekolah 2019.
7. Kawasan Rehat Guru akan diwujudkan.
8. Guru tiada lagi kerja kekeranian bermula 2019.
9. Tidak akan ada kompromi dalam belanjawan pendidikan. Pendekatan selepas ini
akan 'slice and dice' ketirisan.
10. Ke arah menjadikan sektor pendidikan 'OKU friendly'.
11. Menyelesaikan isu sekolah daif.
12. Kemeriahan 'speakers corner' di sekolah-sekolah
8.0 Berkaitan dengan pemansuhan peperiksaan di Tahap 1, penilaian adalah berdasarkan
PBD iaitu Pentaksiran Bilik Darjah yang akan dinilai oleh guru.
9.0 Murid akan diberikan Tahap Penilaian (TP) bermula dari TP1 hingga TP6.
10.0 Aras penguasaan yang paling rendah adalah TP1 dan yang paling tinggi adalah TP6.
11.0 Sekarang terdapat projek-projek mudah yang perlu dilaksanakan oleh murid samada
individu atau kumpulan. Ia akan diberi penilaian. Harap ibu bapa dapat memberi
perhatian kepada anak-anak dalam menghasilkan kerja projek dengan lebih baik.
12.0 Ditekankan juga penguasaan murid yang mana dahulunya 3M tetapi sekarang ialah
5M iaitu
3M (Membaca + Menulis + Mengira) + (Menaakul + Menilai) = 5M.
13.0 Sekarang adalah pembelajaran abad 21 yang mana guru adalah sebagai fasi
(pembimbing).
14.0 Ditekankan juga KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang mana soalan-soalan
dalam peperiksaan ataupun penyoalan didalam kelas kepada murid untuk mengukur
tahap pemikiran murid pada aras yang lebih tinggi.
15.0 Program KPM iaitu STEM (Sains + Teknologi + Matematik) juga diperkenalkan .Untuk
menggalakkan minat murid kearah pembelajaran menjurus kearah teknologi.
16.0 Makluman dan ingatan mesra semula kepada penjaga bahawa Pendaftaran Tahun
satu adalah secara atas talian. Mohon hebahkan kepada sesiapa yang mempunyai
anak untuk ke Tahun 1 adalah dialu-alukan untuk mendaftar ke sekolah ini.
17.0 Bagi ibu bapa dan penjaga yang mempunyai masalah atau memerlukan bantuan untuk
mengisi borang secara atas talian boleh hadir ke sekolah menggunakan Pusat Akses
di Makmal Komputer atau terus ke pejabat berjumpa dengan pembantu pejabat iaitu
Puan Noriyah kerana beliau boleh memberi tunjuk ajar dan membantu untuk mengisi
pendaftaran tersebut.
18.0 Sekolah ini tercalon untuk Pertandingan 3K peringkat negeri. Pelbagai persiapan perlu
dilakukan dan ia melibatkan pelbagai aspek dan ruang yang terdapat dalam kawasan
sekolah perlu dinaiktaraf. Ia memerlukan modal yang banyak. Sekolah akan cuba
untuk mencari dana bagi menaiktaraf setiap sudut di kawasan sekolah. Sumbangan
daripada pihak-pihak luar amatlah dialu-alukan untuk membantu pihak sekolah
mendapatkan sumber kewangan.
19.0 Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai buah fikiran juga dialu-alukan berkongsi dan
membantu pihak sekolah mempertingkatkan lagi keceriaan dan kebersihan sekolah.
20.0 Memaklumkan bahawa tugas melintaskan murid di jalan raya bukanlah termasuk
dalam skop tugas pengawal keselamatan tetapi atas budi bicara pihak sekolah dan
PIBG dengan pihak pengawal keselamatan untuk membantu murid melintas jalan
raya. Sentiasa berpesan pada anak-anak supaya mengucapkan terima kasih kepada
pengawal keselamatan kerana membantu anak-anak melintas jalan.
21.0 Beliau mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih sekali lagi kepada ibu bapa,
penjaga serta tetamu kehormat YB Ermieyati atas kesudiaan meluangkan masa untuk
hadir ke majlis pada hari ini.
UCAPAN PERASMI – YB DATUK WIRA HJH. MAS ERMIEYATI BT HJ. SAMSUDIN
1.0 Mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa dan penjaga yang dapat hadir
pada hari ini.
2.0 Kebiasaannya banyak agenda yang hendak dibincangkan dalam Mesyuarat Agung
PIBG yang hanya diadakan sekali sahaja setiap tahun.
3.0 Beliau memaklumkan dalam perjalanan sebelum sampai ke sekolah ini sebentar tadi,
beliau ada melihat sebuat video yang sedang tular di Facebook tentang pembunuhan
menembak oleh pembunuh bukan Islam secara rambang di salah sebuah masjid di
New Zealand sebelum solat Jumaat. Lebih kurang 40 orang yang terbunuh dalam
insiden tersebut. Seluruh dunia terkejut dengan insiden yang berlaku.
4.0 Jika difikirkan ianya tidak mustahil boleh berlaku di negara kita sendiri.
5.0 Apa yang hendak dijelaskan dan ditekankan adalah terapkanlah ilmu agama dan
didiklah anak-anak dengan ilmu agama. Itulah perkara dan didikan yang sangat
penting dalam melahirkan generasi yang berakhlak.
6.0 Jika dilihat terlalu banyak cabaran yang dihadapi oleh generasi kini terutamanya gejala
sosial. Sekarang juga sedang berleluasa hubungan sejenis seperti lesbian dan gay. Ia
sangat menyimpang dengan akidah Islam.
7.0 Pernah mendapat maklumat daripada Pengarah Pusat Kesihatan Masjid Tanah, ramai
remaja berumur dibawah 17 tahun di sekitar kawasan Masjid Tanah yang terjebak
dengan melakukan hubungan luar nikah.
8.0 Oleh itu, disinilah peranan sebagai ibu bapa dan penjaga yang harus menitikberatkan
akhlak anak-anak , menerapkan ilmu agama, mendisiplinkan anak-anak agar mereka
terhindar daripada gejala sosial yang tidak bermoral.
9.0 Beliau kagum dengan para guru kerana tugas dan peranan guru itu sangat berat.
Apabila difikirkan ianya tidak setimpal dengan gaji yang diterima jika hendak
dibandingkan dengan bebanan yang dipikul oleh guru sekarang.
10.0 Jika dilihat banyak perkara yang guru lakukan adalah diluar daripada bidang guru itu
sendiri. Contohnya mengecat, memasang langsir, menukang, membersihkan sekolah
dan sebagainya demi untuk memastikan anak-anak berasa gembira dan seronok
untuk hadir ke sekolah.
11.0 Kepada ibu bapa yang hendak membantu pihak sekolah dan PIBG, disinilah antara
masa yang sesuai untuk menyatakan pendapat dan berbincang perihal-perihal yang
boleh menjadikan sekolah kearah lebih baik.
12.0 Ibu bapa dan penjaga haruslah aktif dan tidak meletakkan tanggungjawab semata-
mata kepada pihak sekolah untuk menyediakan keselesaan dan kejayaan kepada
anak-anak semata-mata tetapi berilah kerjasama dan melibatkan diri dalam program-
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PIBG.
13.0 PIBG inilah medan yang boleh digunakan oleh ibu bapa menyumbangkan komitmen
yang terbaik bagi membantu pihak sekolah khususnya untuk kebaikan anak-anak itu
sendiri.
14.0 Mengingatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mengambil berat kebajikan
anak-anak. Berusahalah menjadi ibu dan ayah yang terbaik. Sediakan sarapan terlebih
dahulu untuk anak-anak sebelum mereka ke sekolah sebagai alas perut untuk belajar
dengan selesa tanpa rasa lapar sebelum menunggu waktu rehat sekolah.
15.0 Jagalah hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru supaya kesepakatan dapat
dicapai terutamanya dalam mendidik anak-anak.
16.0 Kepada guru-guru, janganlah berasa tertekan. Kini ramai guru yang menghadapi
tekanan. Berharap agar Guru Besar dapat memberi suasana yang kondusif kepada
guru-guru agar dapat bekerja dalam suasana harmoni.
17.0 Kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak untuk menghadapi PT3
dan SPM, Pusat Khidmat Parlimen Masjid Tanah ada menyediakan kelas tuisyen
secara percuma bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik . Pihak kami
amat mengalu-alukan jika ada anak-anak yang mahu mengikuti kelas tersebut.
18.0 Beliau mengakhiri ucapan dengan menyatakan sumbangan sebanyak RM2500.00.
RM1000 adalah kepada pihak sekolah, RM1000 kepada PIBG dan RM500 kepada
Pembangunan Ping-pong.
19.0 Dengan berakhirnya ucapan tersebut maka beliau merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-43 Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin bagi tahun 2019.
Disediakan oleh :
……………………………………………..
( PN. NURUL HIDAYAH BT ABD MAJID )
Naib Setiausaha PIBG SKBB, 2019-2021
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
BIL 43 / 2019
Tarikh : 15 Mac 2019
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Seri Beringin
1. UCAPAN PENASIHAT – PN ZAINAH BT HASHIM (GURU BESAR SKBB)
1.1. Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga
yang hadir kerana kesudian meluangkan masa di majlis ini.
1.2. Berharap agar mesyuarat dijalankan dengan baik dan semua ahli mesyuarat
memberikan kerjasama sepanjang mesyuarat ini berlangsung.
Makluman: Ahli mesyuarat
2. UCAPAN YDP PIBG - ENCIK ABDUL HALIM BIN HAJI KASSIM
2.1. Meminta perhatian daripada semua hadirin bagi meneruskan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-43 pada hari ini.
2.2. Mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua ibu bapa dan penjaga yang
dapat hadir ke mesyuarat hari ini.
2.3. Meminta kerjasama daripada ibu bapa untuk menyemak Minit Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-42 tahun 2018 yang lalu dan memberi maklumbalas sepanjang
mesyuarat dijalankan.
2.4. Beliau berharap agar mesyuarat hari ini dapat berjalan dengan lancar.
Makluman: Ahli mesyuarat
3. MENGESAHKAN MINIT
3.1. Cadangan : Puan Siti Rokiah bt Abu Bakar
3.2. Sokongan : Puan Sofiah bt Shahidan
Makluman: Ahli mesyuarat
4. BANGKITAN MINIT
4.1. Minit Mesyuarat Agung PIBG Bil 42/2018 (Para 5.22) : Baju Kurung Pengawas
i. Cadangan tersebut telah dibincangkan dan telah dilaksanakan bermula tahun
ini.
ii. Pemakaian pengawas perempuan dengan ves adalah pada Hari Isnin hingga
Khamis sahaja manakala hari Jumaat pengawas perempuan memakai baju
kurung pengawas.
iii. Murid perempuan dibenarkan memakai kain ves dengan baju kurung untuk
elakkan pembelian kain yang melibatkan kos.
Makluman: Ahli mesyuarat
4.2. Minit Mesyuarat Agung PIBG Bil 42/2018 (Para 6.4) : Dewan Terbuka
i. Kos yang diperlukan sangat besar. Akan tetapi jika ia didirikan banyak manfaat
yang warga sekolah dapat antaranya murid boleh membuat aktiviti dengan lebih
selesa dibawah tempat yang berbumbung.
ii. Usaha ini akan dilanjutkan daripada semasa ke semasa.
iii. Bermohon jika ada sesiapa ahli mesyuarat yang mengetahui sumber
kewangan, sumbangan dan dana yang besar untuk pihak sekolah dan PIBG
membuat permohonan dana bolehlah memaklumkan kepada pihak sekolah dan
PIBG.
iv. Buat masa terdekat ini PIBG dengan kerjsama pihak sekolah hanya
memfokuskan kepada program-program dan projek-projek kecil terlebih dahulu
bergantung kepada kewangan yang ada.
Makluman: Ahli mesyuarat
5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN 2018
5.1. Pembentangan kewangan PIBG dari bulan Januari hingga Disember 2018.
i. Cadangan : Puan Siti Rokiah bt Abu Bakar
ii. Sokongan : Puan Roby bt Md Isa
5.2. Bendahari (Puan Nor Faizah bt Sabtu) memohon semua ahli mesyuarat merujuk
Laporan Pendapatan dan Perbelanjaan Kewangan PIBG (Januari hingga
Disember 2018)
5.3. Rujuk pada bahagian debit (wang masuk) akaun PIBG 2018 :
5.4. Sumber Kewangan PIBG (wang masuk) adalah daripada sumbangan ibu bapa,
guru, dan pihak-pihak yang terbabit.
5.5. Rujuk pada bahagian kredit (wang keluar) akaun PIBG 2018.
5.6. Bendahari telah mengkelaskan perbelanjaan kewangan PIBG kepada 8 bahagian
(A – H) supaya ia lebih jelas berkaitan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh
PIBG.
5.7. Pada bahagian debit bertarikh 19 April 2018, sumbangan daripada YB Sulaiman
iaitu sebanyak RM2000.00 adalah wang masuk (tumpang akaun sementara) yang
disumbangkan oleh YB Sulaiman kepada pihak sekolah. Wang tersebut telah
diserahkan (kredit) kepada pihak sekolah pada 20 April 2018.
Makluman : Ahli mesyuarat
5.8. Ringkasan perbelanjaan : : RM2580.00
A. Mesyuarat Agung PIBG Bil 42,2018
B. Mesyuarat AJK : RM210.00
C. Program Anjuran SKBB
D. Kegiatan Sukan : RM3348.00
E. Ko-Akademik
F. UPSR : RM980.00
G. Hadiah Perpisahan Guru
H. Lain-lain : RM250.00
Jumlah
: RM451.00
: RM270.00
: RM5617.56
: RM13706.56
Makluman : Ahli mesyuarat
i. Baki Tunai (dalam tangan) : RM830.12
ii. Baki di CIMB : RM4469.30
iii. Baki di Bank Islam : RM1905.78
: RM7205.20
Jumlah baki Makluman
: Ahli mesyuarat
5.9. Sehingga ke tarikh 4 Januari 2019, 90 daripada 94 buah keluarga telah
menjelaskan sumbangan PIBG. Terima kasih diucapkan kepada penjaga atas
sumbangan yang diberikan.
5.10. Diingatkan sekali lagi terutama kepada ahli keluarga yang baru, sumbangan
PIBG adalah sebanyak RM50 setahun bagi satu keluarga.
5.11. Tambahan RM10 kepada murid baru (ahli baru) daftar di sekolah ini.
5.12. Segala perbelanjaan kewangan tersebut telah dijelaskan oleh Bendahari PIBG.
5.13. Bendahari memohon ibu bapa dan penjaga yang ingin mengajukan sebarang
usul berkaitan dengan perbelanjaan tersebut tetapi tiada usul yang diterima.
5.14. Berharap agar ahli mesyuarat jelas diatas segala penerangan yang telah
dibentang oleh Bendahari.
Makluman : Ahli mesyuarat
6. MEMBAHASKAN USUL-USUL
6.1. Usul 1 : Gotong-royong sekolah
i. Encik Abdullah mencadangkan supaya PIBG yang mengendalikan program
gotong-royong sekolah yang melibatkan ramai ibu bapa untuk hadir sama-sama
membantu pihak sekolah menceriakan kawasan sekolah.
ii. YDP memaklumkan bahawa akan diadakan dalam masa terdekat iaitu pada 6
April 2019, Sabtu bermula pukul 8.00 pagi. Beliau amat berharap agar para ibu
bapa dan penjaga dapat meramaikan program gotong-royong ini supaya
sekolah lebih kondusif dan ceria untuk anak-anak hadir ke sekolah.
Tindakan : AJK PIBG
6.2. Usul 2 :Tasmik Tahap 1 dan 2 pada hari yang sama :
i. Puan Siti Fairuz mencadangkan supaya waktu Tasmik Tahap 1 dan 2 adalah pada
hari yang sama.
ii. Puan Guru Besar memaklumkan akan cuba lihat semula jadual waktu kelas.
Tambahan pula perlu diambil kira hari bagi sekolah agama petang murid Tahap 1
dan 2 serta bilangan ustaz dan ustazah yang tidak ramai untuk kendalikan Tasmik
iaitu semua murid dalam satu masa.
Tindakan : GPK Kurikulum dan Guru Panitia Pendidikan Islam
6.3. Usul 3: Cadangan supaya ketua kelas / penolong ketua kelas perempuan pakai
tudung warna yang berlainan :
i. Puan Siti Fairuz juga mencadangkan supaya nampak perbezaan dan mudah untuk
mengecam ketua / penolong kelas perempuan di dalam kelas.
ii. Puan Guru Besar akan usahakan tetapi memerlukan persetujuan ibu bapa jika
sanggup mengeluarkan kos untuk membeli tudung yang lain selain daripada warna
putih bagi murid perempuan.
iii. Pihak sekolah akan berbincang semula sama ada sekolah akan menyediakan ves
untuk ketua dan penolong kelas dan boleh diguna pakai ke tahun berikutnya, ia
lebih menjimatkan kos.
Tindakan : GPK Hal Ehwal Murid
6.4. Usul 4 : Etika pakaian murid dan ibu bapa di kawasan sekolah
i. Encik Abdullah memaklumkan kepada ibu bapa bahawa Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah memaklumkan supaya pihak sekolah menyediakan dan
menetapkan etika pemakaian ibu bapa, penjaga dan murid di kawasan sekolah.
ii. Oleh itu, ibu bapa, penjaga dan murid haruslah mengikut panduan pemakaian yang
ditetapkan. Garis panduan pemakaian telah diletakkan di hadapan pondok jaga
sekolah untuk rujukan ibu bapa dan penjaga.
Makluman : Ahli mesyuarat
6.5. Usul 5 : Membantu menambah dana PIBG
i. Puan Siti Rokiah bt Abu Bakar mencadangkan setiap keluarga menyumbang RM1
(satu keluarga) setiap bulan kepada PIBG.
ii. Puan Azura mengucapkan terima kasih atas cadangan tersebut. Beliau
memaklumkan bahawa terdapat 94 buah keluarga. Pihak PIBG amat berbesar hati
kerana banyak program dan projek yang memerlukan kewangan untuk perbelanjaan
PIBG.
iii. Jika setiap keluarga menyumbang RM1 maka PIBG akan memperoleh sumbangan
sebanyak RM94 setiap bulan. Jika hendak menyumbang lebih juga tiada paksaan
malah pihak PIBG amatlah berbesar hati atas sumbangan yang diberikan.
iv. Hasil perbincangan mesyuarat bersetuju memulakan bayaran bermula daripada
bulan Januari hingga Disember (12 bulan).
v. Sumbangan bolehlah diserahkan melalui guru kelas dan guru kelas akan
serahkannya kepada bendahari PIBG.
Makluman : Ahli mesyuarat
Tindakan : Bendahari dan Semua Guru Kelas
6.6. YDP Encik Abdul Halim mengucapkan ribuan terima kasih atas usul-usul yang telah
dikemukakan dan dibincangkan.
6.7. Berharap agar memperoleh kata sepakat supaya usul yang dicadangkan akan
menjadikan sekolah ke arah yang lebih baik.
6.8. Usul hanya dibaca dan dibincang jika pihak yang mengusulkan itu hadir ke mesyuarat ini
sahaja.
Makluman : Ahli mesyuarat
7. PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG SESI (2019 – 2020)
7.1. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI (2017-2018):
i. Dengan berakhir agenda usul-usul yang dicadangkan dan dibincangkan ini maka
Encik Abdul Halim (YDP) dengan ini mengumumkan pembubaran AJK PIBG
sesi (2017-2018).
ii. Majlis diserahkan kepada Puan Guru Besar selaku Penasihat PIBG sebagai
pengerusi sementara untuk sesi pelantikan AJK PIBG Sesi (2019 – 2020).
Makluman: Ahli mesyuarat
7.2. PELANTIKAN AJK PIBG SESI (2019 -2020)
i. Encik Mohammed (bapa murid) mencadangkan agar kebanyakan AJK
dikekalkan dan hanya beberapa AJK baru sahaja yang dilantik untuk
mengantikan AJK lama atas kekangan-kekangan yang sudah dimaklumkan.
Semua ahli mesyuarat bersetuju.
ii. Berikut merupakan senarai AJK PIBG Sesi (2019 – 2020) yang baru dan telah
dipersetujui oleh ahli mesyuarat. (Rujuk Lampiran)
Makluman: Ahli mesyuarat
8. PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN (2 ORANG)
8.1. Puan Nor Faizah mencadangkan Encik Mohd Nazriq bin Ismail dan Puan Saadiah bt
Hashim sebagai pemeriksa kira-kira.
8.2. Mesyuarat sebulat suara bersetuju atas cadangan tersebut.
8.3. Juru audit dalaman :
i. Pemeriksa kira-kira 1 : Puan Saadiah bt Hashim
ii. Pemeriksan kira-kira 2 : Encik Mohd Nazriq bin Ismail
Makluman: Ahli mesyuarat
9. HAL-HAL LAIN
9.1. YDP menyeru sekali lagi kepada para ibu bapa dan penjaga supaya dapat
meramaikan untuk hadir ke program anjuran PIBG iaitu gotong-royong sekolah pada
tarikh yang telah dimaklumkan tersebut.
9.2. Beliau juga meminta kerjasama daripada guru kelas untuk memaklumkan dalam
aplikasi WhatsApp kepada penjaga yang tidak dapat hadir dan mengingatkan
penjaga tarikh gotong-royong yang akan diadakan.
Tindakan : Guru Kelas
9.3. Memaklumkan bahawa makanan dan minuman gotong royong akan disediakan
kerana ada penyumbang yang sudah memaklumkan untuk menyumbang makanan
dan minuman tersebut.
Makluman: Ahli mesyuarat
10. UCAPAN PENANGGUHAN
10.1. Encik Abdul Halim (YDP) juga mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon
kemaafan kepada barisan AJK PIBG yang lalu sepanjang tempoh bekerjsama
dibawah kepimpinan beliau dan kerjasama tersebut amatlah dihargai.
10.2. Berharap agar segala perbincangan dan usul yang dibincangkan pada hari ini
dapat menyebelahi semua pihak.
10.3. Beliau mengakhiri dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir serta
memberi buah pendapat dan komentar yang baik sepanjang mesyuarat ini
berlangsung.
Makluman: Ahli mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
…………………………………………….. ………………………………
(PN. NURUL HIDAYAH BT ABD MAJID) (EN.ABDUL HALIM B. HJ. KASSIM)
Naib Setiausaha PIBG SKBB, 2019-2021
YDP PIBG SKBB, 2019-2021
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT
Nama Mesyuarat : Mesyuarat Agung PIBG Bil 43/2019
Tarikh : 15 Mac 2019
Tempat : Dewan Seri Beringin, SKBB
BIL PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
AJK PIBG Telah menetapkan dan memaklumkan
1 6.1 Usul 1 :
GPK Kurikulum tarikh gotong-royong akan diadakan.
Gotong-royong sekolah dan Guru Panitia (Sabtu, 6 April 2019, 8.00 pagi)
Pendidikan Islam Akan menwar-warkan kepada kenalan
2 6.2 Usul 2 : ibu bapa dan penjaga yang terhampir.
Tasmik Tahap 1 & 2 pada hari GPK Hal Ehwal Tidak dapat diadakan pada hari yang
yang sama Murid sama kerana mengambil kira jumlah
tenaga pengajar dan waktu tasmik tidak
3 6.3 Usul 3 : Bendahari dan dijalankan pada hari murid sekolah
Cadangan supaya ketua kelas/ Guru Kelas agama petang mengikut Tahap 1 dan 2.
penolong ketua kelas Akan dibincangkan dalam masa yang
perempuan pakai tudung Semua Guru terdekat daripada semasa ke semasa.
warna yang berlainan : Kelas
Sedia maklum dan akan mengumpulkan
4 6.5 Usul 5: dana yang .disumbangkan oleh ibu bapa
Sumbangan RM1 untuk dan penjaga
tambahkan dana kewangan
PIBG Sedia maklum dan sudah memaklumkan
dalam aplikasi WhatsApp.
5 9.2 Menwarkan-warkan makluman
program gotong-royong
diaplikasi WhatsApp
Disediakan oleh :
……………………………………………..
( PN. NURUL HIDAYAH BT ABD MAJID )
Naib Setiausaha PIBG SKBB, 2019 - 2021
Laporan Kewangan
PIBG 2020
PERSATUAN IBU DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN
78300 MASJID TANAH
Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020
Baki pada 1 Januari 7751.62
PENERIMAAN 6953.02
Sumbangan PIBG
Jumlah 14704.64
PERBELANJAAN 226.50
Mesyuarat AJK 1950.00
Projek Sinki dan Banting 1200.00
Fizikal Sekolah 270.00
Pengurusan Murid 3600.00
Pengurusan Kelas PAK21 250.00
Kurikulum 525.00
Kokurikulum 200.00
Bina Insan 530.00
Sosial & Kebajikan 36.00
Lain-lain
Jumlah Perbelanjaan 8787.50
#Sila rujuk lampiran __________
Baki pada 31 Disember 2020 5917.14
Laporan disediakan oleh : Pemeriksa Kira-kira 2 :
___________________________________ _________________________
PN. NURUL HIDAYAH BINTI ABD MAJID PN. SAADIAH BINTI HASHIM
BENDAHARI PIBG
Pemeriksa Kira-kira 1 :
__________________________
EN. AHMAD AZMI BIN SAUD
Laporan Kewangan
PIBG 2020
PERSATUAN IBU DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN
78300 MASJID TANAH
Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020
PERKARA DEBIT KREDIT JUMLAH/
(RM) (RM) BAKI
Baki pada 1
Januari 7751.62
PENERIMAAN
Sumbangan Jan 5090.84
PIBG
Feb 410.83
Mac 100.78 6953.02
Mei
Julai 0.38
Sept 150.19
Dec
300
900
PERBELANJAAN 5 Mac Mesyuarat 125.50 226.50
Mesyuarat AJK PIBG Bil
AJK 24 Jun 1/2020 101.00 1950.00
6 Julai Mesyuarat 1750.00 1200.00
Pengurusan 9 Julai AJK PIBG Bil 2
Covid-19 29 Sept Projek Sinki & 50.00
22 Dis Banting 150.00
Fizikal Sekolah Penataran 1200.00
SOP Sekolah
Termometer
(Shoopee)
Projek Tembok
Pengurusan 6 Jan Pembelian 200.00 270.00
Murid blazer
8 Jan pengawas 70.00 3600.00
Pengurusan Bangku 250.00
Kelas PAK21 7 Dis perhimpunan 2600.00
15 Dis murid 1000.00
Kurikulum 13 Mac Projek Kelas 250.00
PAK 21
Tambahan
dana PAK21
I-Cerdik T4&T5
Kokurikulum 5 Feb Kejohanan 70.00
6 Feb merentas 250.00
14 Feb desa MSSM 70.00 525.00
25 Feb Merentas 70.00 200.00
3 Mac desa dan 25.00
9 Mac Road Relay 40.00 530.00
Kejohanan
Olahraga MSS 36.00
AG 8787.50
Kejohanan
Catur MSS 44.81
Melaka 69.93
Bengkel 5802.40
Kejurulatihan 14704.64
Scrabble
Pertandingan
Nyanyian Solo
Bina Insan 4 Mac Program Kem 200.00
Sosial & 14 Mei Jati DIri 360.00
Kebajikan Sumbangan
12 Ogos Hari Raya (12 100.00
Lain-lain keluarga)
JUMLAH 15 Dis Hadiah 70.00
persaraan Pn.
BAKI PADA 31 31 Mac Kamariah 25.50
DISEMBER 2020 7 Dis Hadiah 0.50
30 Dis perpisahan 10.00
Encik Zainal
14704.64 dan En. Zaki
Caj Bank
14704.64 Caj Bank
5917.14 Buku Resit
JUMLAH
Baki Tunai
Baki CIMB
Baki di Bank
Islam
Laporan disediakan oleh :
___________________________________
PN. NURUL HIDAYAH BINTI ABD MAJID
BENDAHARI PIBG
Pemeriksa Kira-kira 1 : Pemeriksa Kira-kira 2 :
__________________________ ________________________
EN. AHMAD AZMI BIN SAUD PN. SAADIAH BINTI HASHIM
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN,
78300, MASJID TANAH, MELAKA.
AHLI JAWATANKUASA PIBG
( SESI 2019 - 2021 )
EN. SHAHRIZAL B. ZAHARI
( PENASIHAT PIBG SKBB )
EN. ABDUL HALIM B. HJ. KASSIM
( YDP PIBG SKBB )
EN. KHAIRUDIN B. BAKAR
( NYDP PIBG SKBB )
PUAN AZURA BT. AMBIYAH PN. NURUL HIDAYAH BT. ABD MAJID PN. NOR FAIZAH BT. SABTU
( SETIAUSAHA PIBG SKBB ) ( NAIB SU PIBG SKBB ) ( BENDAHARI PIBG SKBB )
AHLI
JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
( GURU ) ( IBU BAPA / PENJAGA )
EN. ABDULLAH B. KELING
( GPK PENTADBIRAN SKBB ) EN. MOHD HISYAM B. M. ZARIL
( BIRO PENDIDIKAN )
PN. FAZILAH BT. OMRAN
( GPK HEM SKBB ) EN. MOHAMAD BIN DERASIP
(BIRO KESELAMATAN )
EN.MUHAMMAD ISA B. HASHIM
( GPK KOKU SKBB ) PN. SOFIAH BT. SHAHIDAN
( BIRO KESELAMATAN )
PN. SITI HADIJAH BT. M. AYOB
PN. NORHAMNAH BT. MAT ZIN
EN. MUHAMMAD AFIQ B. ( BIRO KEROHANIAN )
JASMAN
PN. MASTIKA BT. ABD. MANAF
EN. MOHD NAZRIQ B. ISMAIL ( BIRO EKONOMI )
EN. MOHD ANUWI B. MAT JUSOH PN. HAFSAH BT. OSMAN
(BIRO EKONOMI )
DR. MOHD RIZAL B. SALLEH
(BIRO PENDIDIKAN )
MURID CEMERLANG UPSR 2019
HANI DARISSA BINTI MOHD RIDZA
5A 1B
FARAH ALYA IRDINA BINTI MOHD FAEIZ MUHAMMAD FAIZAL MUKHLIS B. MOHD
3A 2B 1C ANUWI
3A 2B 1C
BIL PERKARA PENCAPAIAN
1. PENARAFAN BILIK j-QAF GRED A – KETIGA NEGERI
MELAKA
2. KEPUTUSAN UPSR 1 orang - 5A
2 orang - 3A
3. KEPUTUSAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN UPSR
BIL MATA PELAJARAN % CEMERLANG % LULUS GPMP
1. B. MELAYU (K) 43.5 100 1.91
2. B. MELAYU (P) 8.7 95.7 2.48
3. B. INGGERIS (K) 17.4 95.7 2.70
4. B. INGGERIS (P) 8.7 91.3 3.22
5. MATEMATIK 8.7 82.6 3.52
6. SAINS 8.7 100 2.43
4. ANUGERAH PUSAT SUMBER CEMERLANG ( SEKOLAH KELIMA NEGERI MELAKA
RENDAH ) NEGERI MELAKA
5. PERTANDINGAN KUIZ PENGETAHUAN – PUSAT SUMBER
BIL PERKARA PENCAPAIAN
1. PEMBINAAN MODUL MODULAR SAINS PERINGKAT
Mewakili Daerah Alor
PPD, SISC+ Gajah
-Pn. Nor Faizah
2. PERTANDINAGN E-WASTE - PANITIA SAINS -Pn. Azura
3. PERTANDINGAN KUIZ ALAM SEKITAR BERSAMA
Peringkat Negeri
MPMA ( ONLINE ) – PANITIA SAINS
4. WAKIL PENGAJAR E-BELAJAU Peringkat Negeri
5. PENYERTAAN BINA BLOG MELALUI DELIMA 80 orang murid
Pn. Nor Faizah
Pn. Khairizuhana
Peringkat Negeri
En. Mohd Nazriq
5 orang murid
BIL PERKARA PENCAPAIAN
1. ANUGERAH PENGURUSAN RANCANGAN TEMPAT KEDUA NEGERI
MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) TERBAIK MELAKA
2. IKON PENGURUSAN PROGRAM RANCANGAN PPD ALOR GAJAH
MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) TERBAIK
3. PROGRAM SAYANGI SEKOLAHKU @ 3K & MyDMBS TEMPAT KEDUA NEGERI
2029 MELAKA
4. KONVENSYEN PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN PERINGKAT
SWASTA 2019 KEBANGSAAN
PERINGKAT NEGERI
5. KEHADIRAN TERBAIK 2019 MELAKA.
BIL PERKARA PENCAPAIAN
1. ANUGERAH SEKOLAH CONTOH PENGURUSAN PERINGKAT NEGERI
PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN MELAKA
( RMT )
TERSENARAI ANTARA 15
2. PENGURUSAN RMT TERBAIK DI MALAYSIA BUAH SEKOLAH DI
MALAYSIA.
BIL PERKARA PERINGKAT PENCAPAIAN
PENYERTAAN
1. PERTANDINGAN CATUR INVITATION JR 2020 KEBANGSAAN PENYERTAAN
2. PERTANDINGAN CATUR MERDEKA JUNIOR KEBANGSAAN KE - 4
ONLINE CHESS CHAMPIONSHIP X CHESS PENYERTAAN
3. KEJOHANAN CATUR ONLINE LICHESS-SKIRT NEGERI KE - 11
4. KEJOHANAN CATUR MSSNM BAWAH 12 NEGERI PENYERTAAN
TAHUN 2020
PENYERTAAN
5. KEJOHANAN CATUR TAMPIN ( NASIONAL KEBANGSAAN PENYERTAAN
LEVEL )
GANGSA
6. MESA MALL CHESS CHAMPIONSHIP ( KEBANGSAAN PENYERTAAN
NATIONAL LEVEL ) 2020
EMAS
7. MESAMALL DOU CHESS TOURNAMENT 2020 KEBANGSAAN PERAK
PENYERTAAN
8. METROMALL RAPID CHESS AGE – GROUP ANTARABANGSA
INTERNASIONAL ( INTERNATIONAL LEVEL ) TEMPAT KE-48
DUNIA.
9. PERTANDINGAN PENULISAN ESEI - PPIM NEGERI
10. PERTANDINGAN GUBAHAN BUAH – BUAHAN - NEGERI
PPIM
11. PERTANDINGAN KUIZ PENGETAHUAN PUTERI NEGERI
ISLAM
12. KEJOHANAN CATUR MSSN MELAKA ( LELAKI NEGERI
DAN PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN )
13. PERTANDINGAN VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS ANTARABANGSA
COMPETITION
AJK PIBG SESI 2021 - 2023
PENASIHAT : ENCIK SHAHRIZAL BIN ZAHARI
YANG DIPERTUA : _________________________
NAIB YANG DIPERTUA : __________________________
SETIAUSAHA : __________________________
NAIB SETIAUSAHA : __________________________
BENDAHARI : __________________________
WAKIL IBU BAPA
1:___________________________
WAKIL GURU 2:___________________________
3:___________________________
5 4:___________________________
PEMERIKSA KIRA-KIRA 5:___________________________
1: __________________________
2:___________________________
3:___________________________
4:___________________________
5: __________________________
: __________________________
:___________________________
SEKALUNG PENGHARGAAN
Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke
44 & 45
Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin ingin
merakankan sekalung penghargaan kepada :-
En. Abdul Halim Bin Hj. Kassim
YDP PIBG SK Bukit Beringin
En. Shahrizal Bin Zahari
Guru Besar SK Bukit Beringin
Barisan Pengurusan SK Bukit Beringin
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Beringin
Jawatankuasa Pelaksana, warga SKBB dan
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
5 Terima kasih
Cucur badak di kedai nenek,
Murahnya harga dapat berjimat;
Ajar budak akhlak yang baik,
Dunia dibangga, akhirat selamat
Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa;
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.
Ayu semarak di sisi bonda,
Kekal berseri jambangan gelora;
Guru pencorak generasi muda,
Bakal mengisi kepimpinan negara.