16.0 RINGKASAN MAKLUM BALAS PROGRAM
Maklumbalas dari projek ini mendapati bahawa pelajar kini dapat meluangkan waktu
terluang mereka semasa waktu rehat dengan membaca nota yang telah dihias di sudut
di atas setiap meja kantin. Kantin juga terlihat lebih ceria dan kemas kerana telah
disampul dan dihiasi dengan nota yang berwarna warni dan menarik. Semua guru
panitia juga berpuas hati kerana nota-nota yang berkaitan mata pelajaran bidang
mereka ditampal dengan kemas dan menarik di atas meja makan kantin dan sekali
gus menarik minat pelajar untuk membaca nota-nota matapelajaran yang berkaitan
dengan aliran dan bidang masing-masing seperti matapelajaran biologi, fizik, kimia,
PVMA, ekonomi, sains pertanian dan sebagainya.
17.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
17.1 KESIMPULAN
Projek keceriaan kantin bermaklumat yang dijalankan mendapat smabutan yang baik
daripada guru-guru dan pihak sekolah. Hal ini kerana, projek ini merupakan satu projek
yang mendatangkan kebaikan kepada pihak sekolah mahupun pelajar. Pihak sekolah
memberikan kerjasama yang baik dan projek yang dijalankan berhasil dan berjaya
dengan kerjasama semua pihak.
17.2 CADANGAN
Cadangan yang dapat diberikan pada masa akan datang diharapkan projek seperti ini
dapat lagi dilanjutkan di setiap sudut ataupun laluan susur gajah yang berada di
sekolah. Ini kerana, dapat lagi memebri pelajar sedikit sebanyak pengetahuan dan
ilmu sama ada dalam bidang mereka atau sebaliknya.
18.0 PENUTUP
Dengan segala hormatnya, Yang Berusaha Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni adalah dipohon untuk mengambil maklum mengenai Laporan
Projek Keceriaan Kantin Bermaklumat.
Disediakan Oleh :
_________________________________
Nama :
Jawatan :
Nama Kelab/Persatuan :
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Disemak Oleh :
_________________________________
Nama :
Jawatan :
Nama Kelab/Persatuan :
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Disahkan Oleh :
_________________________________
Nama Penasihat :
Jawatan :
Nama Kelab/Persatuan :
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Diperakukan Oleh Ketua Jabatan PBP:
_________________________________
Nama :
Jawatan :
Pusat Pembangunan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
1