The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pentaksiran berterusan unit beruniform<br>(NUR AISHAH BINTI ZAKARIA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AISHAH BINTI ZAKARIA IPG-Pelajar, 2024-04-24 02:58:22

BUKU LOG DIGITAL PANDU PUTERI

pentaksiran berterusan unit beruniform<br>(NUR AISHAH BINTI ZAKARIA)

Keywords: PANDU PUTERI MALAYSIA

BUKU LOG DIGITAL PANDU PUTERI By : nur aishah zakaria


BIODATA NAMA: NUR AISHAH BINTI ZAKARIA KUMPULAN: SIANTAN (RABU) NO. MATRIK: P2 1085783 OPSYEN: SEJARAH TEMPAT TINGGAL: KAMPUNG SUNGAI KEDAK, MUKIM PADANG MATSIRAT,LANGKA


SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGS) Tahun Peristiwa 1909 Muncul sekumpulan remaja yang ingin menyertai perhimpunan pengakap di Crystal Palace bagi menjadi pemangkin Pandu Puteri Pengasas pergerakan itu tertarik dengan “Pengakap Perempuan” dan seterusnya memilih nama” Girl Guides” yang merujuk kepada guides corps India 1910 Agens iaitu adik Baden-Powell telah mengadaptasikan buku "Scouting for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya melahirkan pergerakan Pandu Puteri. 1918 Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom setelah. Berkahwin dengan Sir Robert lalu meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. 1919 Olave Baden-Powell telah membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada Wagggs bagi menyatukan semua ahli Pada Ketika itu, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave dilantik sebagia Ketua Pandu Puteri Sedunia. 1920 Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan setelah majlis itu mendapat sambutan yang sangat baik. Persidangan ini diadakan bagi bertujuan untuk Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran serta pengalaman. Hal ini telah menyebabkan mereka telah mula merancang lawatan ke luar negara buat kali pertama kali. 1924 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan yang kini dikenali sebagai "Our World News".


SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA PENGASAS PANDU PUTERI MALAYSIA ✓ KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al- Haj, Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Telah Dilantik Sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS Pada Ogos 2005. ✓ Majlis Pengurniaan Anugerah Pandu Puteri Di Raja Kepada KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar AlHaj Pada 25 Nov 2007


CARTA ALIR PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA KRONOLOGI PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA ➢ 1958- PPPM TELAH DITUBUHKAN DI BAWAH AKTA PARLIMEN DALAM TAHUN INI ➢ 1960- PPPM DENGAN RASMINYA MENJADI AHLI BERSEKUTU PERSATUAN PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PUTERI SEDUNIA ➢ 1966- PPPM DITERIMA SEBAGAI AHLI PENUH WORLD ASSOSIATION OF GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) ➢ 2005- KDYTM TENGKU PUAN PAHANG TELAH DILANTIK SEBAGAI PENAUNG DIRAJA ASIA PASIFIK ➢ 2006- PEK TUNAS PUTERI DAN PASUKAN PANDU PUTERI DIUBAH KEPADA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS, PASUKAN PANDU PUTERI REMAJA DAN PASUKAN PANDU PUTERII RANJER 1916- BERMULA DI KUALA LUMPUR 1917- PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA TELAH DIDAFTARKAN DENGAN IBU PEJABAT PANDU PUTERI DI INDIA PUSAT PENTADBIRAN PANDU PUTERI MALAYSIA DI SINGAPURA SAMPAI TAHUN 1956 1928- PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA TELAH MENERIMA PENGIKTIRAFAN DAN SOKONGAN KERAJAAN MALAYSIA ORDINAN PANDU PUTERI 1953 TELAH DIGANTIKAN OLEH AKTA PANDU PUTERI 1953 1957- IBU PEJABAT KEBANGSAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA BERTAPAK DI WISMA PANDU PUTERI, JALAN PANTAI BAHARU, KUALA LUMPUR


➢ 2007- PPPM MENERIMA TAWARAN WAGGGS UNTUK MENJADI TUAN RUMAH PERSIDANGAN RANTAU ASIA PASIFIK YANG KE 9 ➢ 2008- PEREKHEMAHAN ANTARABANGSA PANDU PUTERI REMAJA DIADAKAN DI KEM BINA NEGARA ➢ 2011- DELEGASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA MENGHADIRI PERSIDANGAN DUNIA WAGGGS KE-33 DI AFRICA SELATAN


PERANCANGAN AKTIVTI TAHUNAN PANDU PUTERI TUNAS Bulan Aktiviti Tarikh Januari ➢ Pendaftaran ahli baru dan ahli lama ➢ Pelaksanaan mesyuarat agung ➢ Pembahagian kumpulan berenam ➢ Pengenalan kepada pandu puteri (1) • -logo • -lagu • -simbol Februari Pengenalan kepada pandu puteri (2) ➢ Pengenalan pra persetiaan Pandu Puteri Tunas ➢ Pembacaan undang-undang pandu puteri tunas ➢ Pembacaan cogan kata Pandu Puteri Tunas ➢ Pengenalan cara hormat dan isyarat ➢ Berjabat tangan pandu Puteri Tunas


Mac Pembentukan semangat persahabatan (kawan baik saya) ➢ Pertandingan buku skrap ➢ Projek mini kawan baik saya (mencari gambar dan biodata kawan baik) April Upacara Pandu Puteri ➢ Lingkungan hormat pandu puteri ➢ Perlantikan Pandu Puteri Tunas, hormat besar Mei Berkhidmat membantu orang - Membuat serta membuat laporan tetang aktiviti khidmat masyarakat yang dibuat Jun Aktiviti jati diri (1) ➢ Simpulan ➢ Menanam ➢ Mencuci kasut Julai Aktiviti jati diri (2) ➢ melipat pakaian ➢ Membasuh pinggan manguk ➢ Menjahit


Ogos Aktiviti jati diri (3) ➢ Mengikat bungkusan ➢ Pertolongan cemas ➢ Menyeterika pakaian September Aktiviti jati diri (4) ➢ Menyediakan minuman panas ➢ Mendandan Oktober Aktiviti penjagaan kebersihan diri (5) ➢ Penjagaan rambut ➢ Penjagaan kuku ➢ Penjagaan badan November ➢ Pesta penutupan Pandu Puteri Tunas ➢ Hari Peringatan


PRINSIPPRINSIP ASAS


PERSETIAAN PANDU PUTERI Bahawa dengan Sesungguhnya Saya Berjanji dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya kepada Tuhan Raja dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa, dan Mematuhi Undang-undang Pandu Puteri


COGAN KATA PANDU PUTERI menunjukkan bahawa Pandu Puteri sentiasa berada dalam keadaan sedia menghadapi sebarang cabaran atau ujian. Cogan kata ini sentiasa dipegang oleh seorang Pandu Puteri Remaja supaya sedar akan tanggungjawab kepada negara khususnya. “SELALU SEDIA”.


LAMBANG PANDU PUTERI BENDERA DUNIA 1. Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. 2. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. 3. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.


LAMBANG PANDU PUTERI BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 1. Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. 2. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. 3. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.


LAMBANG PANDU PUTERI LENCANA DUNIA (WAGGGS) BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI ● Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. ● Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. ● Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. ● Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. ● Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain. ● Seorang Pandu Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda yang hidup. ● Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. ● Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. ● Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. ● Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.


PIAGAM Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: ➔ Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti. ➔ Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui Program Pandu Puteri. ➔ Melahirkan ahli yang berkaliber. ➔ Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni. ➔ Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna. ➔ Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran.


VISI DAN MISI VISI MISI PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan


NILAI-NI LAI TERAS ● PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa. ➢ Integriti ➢ Kejujuran ➢ Hormatmenghor mati ➢ Toleransi ➢ Kasih sayang ➢ Bantu-me mbantu


OBJEKTIF AM ❖ Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif. ❖ Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbang rasa terhadap orang lain.


MATLAMAT PPPM 1 "Memastikan semua persatuan Pandu Puteri Cawangan menyediakan program Pandu Puteri yang berkualiti“ Objektif 1 Menyediakan khidmat sokongan untuk memastikan Pandu Puteri yang berkualiti di peringkat Cawangan Objektif 2 Membantu Majlis Kadet Pandu Puteri supaya lebih mantap dan kukuh Objektif 3 Mengembangkan pendidikan tidak formal di kalangan ahli Objektif 4 Meningkatkan prestasi pemimpin Objektif 5 Meningkatkan jumlah ahli Objektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan Objektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan


MATLAMAT PPPM2 "Untuk mencapai pengiktirafan PPPM sebagai satu persatuan unggul untuk membolehkan wanita remaja dan dewasa mengenalpasti potensi mereka sepenuhnya“ Objektif 1 Menonjolkan imej moden Objektif 2 Menjadi penggerak utama dalam rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (Belia) Objektif 3 Memainkan peranan dalam rangkaian pertubuhan bukan-kerajaan (Wanita) Objektif 4 Menjadikan Pandu Puteri sebagai pergerakan pendidikan Objektif 5 Memperkukuhkan dan meluaskan hubungan dengan pemimpin wanita yang unggul Objektif 6 Mempromosikan kewujudan Pandu Puteri di rantau Asia Pasifik Objektif 7 Menghebahkan sumbangan ahli PPPM/WAGGGS dalam pembentukan warga dunia


MATLAMAT PPPM3 "Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana persatuan“ Objektif 1 Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasa Objektif 2 Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah program Pandu Puteri kepada wanita remaja dan dewasa Objektif 3 Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan Objektif 4 Agar bekas ahli atau tokoh Pandu Puteri memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk semangat Pandu Puteri dalam pembangunan wanita remaja dan dewasa Objektif 5 Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa Objektif 6 Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan Objektif 7 Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan


CARA HORMAT PANDU PUTERI ● Cara pandu puteri memberi dan menerima hormat adalah seperti gambar di sebelah. Semasa memberi hormat, tangan kanan dinaikkan ke paras bahu dan tangan kiri dirapatkan lurus ke badan.


● Tiga jari kanan ditegakkan. Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah. ● Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. MAKSUD HORMAT PANDU PUTERI


PENGGUNAAN HORMAT PANDU PUTERI ❏ Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri, raja-raja, pembesar-pembesar negara dan negeri, pemimpin Pandu Puteri negara, negeri, daerah dan kumpulan. ❏ Semasa menerima hadiah dan kurniaan. ❏ Semasa istiadat mengibar bendera. ❏ Semasa memberi penghormatan kepada jenazah


LAGU - LAGU PANDU PUTERI


LAGU DUNIA Versi Bahasa Melayu Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya. English Version Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give.


LAGU TAPS TAPS SIANG kami puji nikmat diberi matahari, bintang-bintang, langit biru mana pergi hidup kami tuhan saksi TAPS PETANG/MALAM malam datang siang hilang dari laut, dari gunung dari langit semua selamat sihat rehat berkat tuhan


LAGU KUMPULAN BUNGA SIANTAN (MERAH): SIANTAN DATANG BERKAWAN BERANI MACAM PAHLAWAN BUNGA MELUR (PUTIH): MELOR TAAT SETIA BERUSAHA SETIAP MASA BUNGA KENANGA (HIJAU): KAMI BERNAMA KENANGA BERJASA BERTENAGA BUNGA CEMPAKA (KUNING): CEMPAKA BERSUKARIA MENOLONG ORANG DUKA LAGU LOCENG TUNAS PUTERI OH TUHANKU SERUAN HAMBAMU BERI KAMI NIKMAT SEPANJANG HAYAT SELAMAT TINGGAL/MALAM (3X)


Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006, Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. MUKADIMAH Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanakkanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. PERKARA 1 – NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan Diterima pada 30 haribulan Mei 2007 1


Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2.1 Kaedah Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar viii. Simbolisme 2.2 Keanggotaan Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut: Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 13: Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas dengan pembayaran yuran keanggotaan seumur hidup. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: Bahagian Kepanduan 5 – 25 tahun Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah Pandu Puteri Tunas 6 – 12 tahun Pandu Puteri Remaja 12 – 15 tahun Pandu Puteri Renjer 15 – 18 tahun Pandu Puteri Kadet +18 tahun Pandu Puteri Siswi +18 tahun Pandu Puteri Dewasa +18 tahun Bahagian Dewasa +18 tahun Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun Penolong Pemimpin +18 tahun Pemimpin +21 Tahun Jurulatih +24 tahun Pesuruhjaya +24 tahun Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun Guild Trefoil +24 tahun Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. 2 Diterima pada 30 haribulan Mei 2007


Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu-individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluankeperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour” adalah muktamad. PERKARA 3 – TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu.: a) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas; b) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanakkanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; c) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia; d) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 4 – LENCANA Diterima pada 30 haribulan Mei 2007 3


Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. PERKARA 5 – PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: - mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. - menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. - menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6 – LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan 4 Diterima pada 30 haribulan Mei 2007


Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. Timbalan Yang Dipertua USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, tanpa had tempoh keseluruhannya. Ketua Pesuruhjaya Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan: 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, PesuruhjayaPesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya. Ketua Eksekutif Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Ketua Eksekutif ialah staf yang dibayar gaji, diambil kerja dan bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. Diterima pada 30 haribulan Mei 2007 5


Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, and 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. 6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 6.4 Korum and Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan; ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik; iii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang; v. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia; vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. viii. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 11: PERKARA 7 – PEGAWAI-PEGAWAI 6 Diterima pada 30 haribulan Mei 2007


Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia PERKARA 78 – BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 78.1. Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: TigaSatu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 – 3530 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi: Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi. USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa Tiada hak untuk mengundi. Wakil Cawangan USUL 9: 13 wakil daripada setiap 1615 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam lima puluh (160150) undi. USUL 10: Majlis Kejurulatihan 10 wakil daripada Majlis Kejurilatihan. Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Mantan Pesuruhjaya Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi. Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi. Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan Tiada hak untuk mengundi. 78.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 78.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Diterima pada 30 haribulan Mei 2007 7


Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 78.4 Korum and Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 78.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; iii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting; iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waranwaran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini; viii. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan; ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan. PERKARA 89 – KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. 8 Diterima pada 30 haribulan Mei 2007


Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember. PERKARA 910 – CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawaipegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 101 – PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Diterima pada 30 haribulan Mei 2007 9


Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Kebangsaan empat belasdua puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 112 – PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007. 10 Diterima pada 30 haribulan Mei 2007


LAPORAN AKTIVITI 1 MINGGUAN TAHUN 2024 (MINGGU 1) TARIKH : 17.1.2024 HARI : RABU MASA : 2.30 – 4.30 PETANG TEMPAT : HADAPAN STOR SUKAN IPGKKB AKTIVITI : LATIHAN IKATAN KEHADIRAN MURID: KEHADIRAN GURU : 1. PUAN NADIMAH 2. PUAN NORZIANA LAPORAN: 1- Pensyarah memberikan penerangan dan demo berkaitan jenis-jenis ikatan yang perlu dikuasai dalam pandu puteri 2- Setiap kumpulan pandu puteri diberikan satu nota kertas tentang cara pelaksanaan ikatan sebagai rujukan 3- Setiap ahli membuat ikatan secara bergilir-gilir sehingga kesemua ikatan boleh dikuasai REFLEKSI: Saya dapat mengetahui jenis-jenis ikatan dengan fungsinya dan dengan latihan ikatan ini ia akan memberikan saya pengalaman awal untuk lebih bersedia ketika waktu perkhemahan nanti. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : ………………………… ……………………….... ( nur aishah ) ( puan nadimah ) -


LAPORAN AKTIVITI 1 MINGGUAN TAHUN 2024 (MINGGU 2) TARIKH : 22.1.2024 HARI : ISNIN MASA : 2.30 – 4.30 PETANG TEMPAT : DEWAN ASRAMA IPGKKB AKTIVITI : LATIHAN IKATAN, SIMPULAN DAN ANDUH KEHADIRAN MURID: KEHADIRAN GURU : 1. PUAN NADIMAH 2. PUAN NORZIANA LAPORAN: 1. Pensyarah memberikan penerangan dan demo berkaitan jenis-jenis ikatan yang disertakan dengan simpulan yang perlu dikuasai dalam pandu puteri 2. Pesyarah turut menunjukkan cara membuat ikatan anduh kepala dan tangan 3. Setiap kumpulan pandu puteri diberikan video tutorial tentang cara pelaksanaan simpulan seperti seraya, serong dan lilit dan silang tungku 4. Setiap ahli membuat ikatan secara bergilir-gilir sehingga kesemua ikatan boleh dikuasai REFLEKSI: Saya dapat mengetahui jenis-jenis simpulan dan ikatan anduh dengan fungsinya dan dengan latihan ini ia akan memberikan saya pengalaman awal untuk lebih bersedia untuk amali dan ketika waktu perkhemahan nanti. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : ………………………… ……………………….... ( nur aishah ) ( puan nadimah ) -


LAPORAN AKTIVITI 1 MINGGUAN TAHUN 2024 (MINGGU 3) TARIKH : 29.1.2024 HARI : RABU MASA : 2.30 – 4.30 PETANG TEMPAT : HADAPAN COURT BOLA BALING IPGKKB AKTIVITI : LATIHAN LADAM KUDA, DAN CARA PENGURUSAN PANDU PUTERI TUNAS DAN NYANYIAN LAGU PANDU PUTERI KEHADIRAN MURID: KEHADIRAN GURU : 1. PUAN NADIMAH 2. PUAN NORZIANA LAPORAN: 1. Pensyarah memberikan penerangan dan demo berkaitan cara istiadat ladam kuda dilakukan berserta fungsi dan elemen di dalamnya. 2. Setiap kumpulan pandu puteri dipecahkan kepada 2 iaitu kelas isnin dan rabu untuk melaksankan ladam kuda ini 3. Setiap ahli membuat ikatan secara bergilir-gilir sehingga kesemua istiadat boleh dikuasai 4. Pesyarah turut memberikan taklimat tentang cara pengendalian perjumpaan yang akan dilakukan di sekolah rendah nanti 5. Setiap ahli perlu mempelajari dan menghafal lagu-lagu pandu puteri REFLEKSI: Saya dapat mengetahui tentang istiadat ladam kuda dan elemen pelaksanaannya seperti bacaan doa, pemberian kata-kata mutiara dan lain lain. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : ………………………… ……………………….... ( nur aishah ) ( puan nadimah ) -


LAPORAN AKTIVITI 1 MINGGUAN TAHUN 2024 (MINGGU 4) TARIKH : 5.2.2024 HARI : ISNIN MASA : 2.30 – 4.30 PETANG TEMPAT : BILIK KOKURIKULUM AKTIVITI : AMALI IKATAN, SIMPULAN DAN ANDUH KEHADIRAN MURID: KEHADIRAN GURU : 1. PUAN NADIMAH 2. PUAN NORZIANA LAPORAN: 1. Pensyarah memberikan penerangan awal tentang cara pembahagian markah amali dikira dan aspek apa yang diberikan perhatian 2. Setiap kumpulan pandu puteri dipanggil untuk melaksanakan amali secara bergilir-gilir 3. Setiap ahli membuat amali secara berkumpulan namun markah diberikan secara individu REFLEKSI: Saya dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari untuk diuji tahap penguasaanya . DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : ………………………… ……………………….... ( nur aishah ) ( puan nadimah ) -


LAPORAN AKTIVITI 1 MINGGUAN TAHUN 2024 (MINGGU 5) TARIKH : 19.2.2024 HARI : ISNIN MASA : 2.30 – 4.30 PETANG TEMPAT : HADAPAN STOR SUKAN IPGKKB AKTIVITI : LATIHAN KAWAD KAKI DAN PENERANGAN TENTANG MASAKAN RIMBA KEHADIRAN MURID: KEHADIRAN GURU : 2. PUAN NADIMAH 2. PUAN NORZIANA LAPORAN: 1. Pensyarah memberikan penerangandan tunjuk ajar berkaitan kawad kaki dan masakan yang perlu dilaksanakan 2. Setiap kumpulan pandu puteri diberikan masa untuk berbincang tentang masakan dan menu yang ingin dilaksanakan di dalam amali nanti 3. Setiap ahli membuat ikatan secara bergilir-gilir akan melaksanakan latihan kawad dengan dibantu dengan arahan pesyarah dan kertas rujukan REFLEKSI: Saya dapat mengetahui eelem dalam kawad kaki antaranya cara pemberian arahan. Saya juga dapat merancang masakan rimba yang sesuai dilaksanakan sewaktu perkhemahan. Aktiviti ini mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara ahli pasukan kami. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH : ………………………… ……………………….... ( nur aishah ) ( puan nadimah ) -


CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA


NAMA JAWATAN NAMA JAWATAN NAMA JAWATAN PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM PENSYARAH SYAFIQAH AQILAH BINTI SOFIAN PENGERUSI NUR IZZATUL SYAHIRAH BINTI MUSAKAR NAIB PENGERUSI NUR’ALYA HAZIQAH BINTI HELMI SETIAUSAHA NUR NATASHA NAJWA BINTI MOHD ZAINI BENDAHARI NURIN AFRINA BINTI NORHANIZAM NAIB BENDAHARI NUR NATASHA BIINTI YAKUP NAIB SETIAUSAHA NUR HASANAH BINTI MOHD SUHAIMI CEMPAKA NURUL AIDA BINTI HASHIM TERATAI NURUL FARHANAH BINTI ROSIDI SIANTAN AIN SYAZATUL BINTI AZIZUL HISHAM KENANGA SITI AISYAH BINTI TAJUDDIN KESIDANG TUAN BATRISYIA BALQIS BINTI TUAN MUHAMAD ROZAIDI MELUR CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS KOTA BHARU SESI 21/26 PUAN HAJAH NADIMAH BINTI ISMAIL PENSYARAH KETUA KUMPULAN BERENAM


PENSYARAH SETIAUSAHA BENDAHARI NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI TERATAI MELUR KESIDANG SIANTAN CEMPAKA KENANGA CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS KOTA BHARU SESI 21/26 KETUA KUMPULAN BERENAM PUAN HAJAH NADIMAH BINTI ISMAIL NUR’ALYA HAZIQAH BINTI HELMI NURUL FARHANAH BINTI ROSIDI NUR NATASHA BINTI YAKUP NUR HASANAH BINTI MOHD SUHAIMI NURIN AFRINA BINTI NORHANIZAM NUR NATASHA NAJWA BINTI MOHD ZAINI AIN SYAZATUL BINTI AZIZUL HISHAM SITI AISYAH BINTI TAJUDDIN TUAN BATRISYIA BALQIS BINTI TUAN MUHAMAD ROZAIDI NURUL AIDA BINTI HASHIM PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM PENSYARAH PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM PENGERUSI SYAFIQAH AQILAH BINTI SOFIAN NAIB PENGERUSI NUR IZZATUL SYAHIRAH BINTI MUSAKAR


Click to View FlipBook Version