The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azwaasshifa, 2023-06-16 00:01:51

USUL/CADANGAN

JAWAPAN USUL

USUL / CADANGAN UNIT AKADEMIK BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 1 ZULKIFLEE AZAN BIN ABDULLAH Maklumat UASA dan TP Keseluruhan diedarka n kepada ibu/bapa pada akhir tahun persekolahan. Keputusan Ujian akhir telah selesai dijana dan keputusan telah diedarkan kepada murid. Jika ada yang belum menerima, boleh hubungi guru kelas untuk mendapatkan salinan. 2 SITI NOORHALEEDA BINTI AZLAN kerjasama ibubapa dan guru harus dipertingkatkan lagi, dengan ini dapat membantu perkembangan kanak kanak dalam bidang akademik Dialog Akademik bersama guru dan Ibu bapa akan diadakan pada bulan Ogos. Ibu bapa boleh berbincang dan bertanya dengan guru kelas tentang perkembangan anak. Namun jika guru kelas tidak dapat memperincikan perkembangan mata pelajaran dan gred yang diberi, ibu bapa boleh menghubungi terus guru mata pelajaran pada bila-bila masa dengan membuat temujanji. Guru mata pelajaran membuat penilaian berterusan di dalam bilik darjah semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka boleh memberikan cadangan kepada ibu bapa cara membantu anak-anak. 3 MOHD HAFFIS UJIR Persoalan saya semasa perbincangan guru-ibubapa tempoh hari. Sekiranya anak dinilai pada band yang rendah, apa yang ibubapa boleh batu untuk meningkatkan prestasi anak? Kebanyakan penilaian hanya tertumpu pada nilai positif. Dengan memberitahu kekurangan pelajar/anak dalam sudut negatif, ibubapa boleh mengambil inisatif untuk membantu.


USUL / CADANGAN UNIT AKADEMIK BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 4 Nurulasyiqin Ikhwan Nasir Cari satu kaedah yang berkesan untuk kelas PSV. Mungkin ada parents boleh tolong belikan untuk kelas- tapi kena beritahu awal… Guru PSV akan memberitahu awal bahan dan alatan yang diperlukan kepada murid. Jika ada keperluan, mereka juga yang memberitahu terus kepada penjaga di dalam group Whatsapps/Telegram kelas masing-masing. Inisiatif yang baik untuk berkongsi bahan. Selain mudah, ia menjimatkan masa dan kos juga. Ibu bapa boleh berpakat menyediakannya.


USUL / CADANGAN UNIT AKADEMIK BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 5 Nurulasyiqin Ikhwan Nasir Panjangkan masa untuk subjek supaya hanya ada maximum 4 kelas sahaja satu hari. Beg masih berat! Ketika ini pihak sekolah sudah melaksanakan jadual seperti dicadangkan. Jika diperhatikan pada jadual, setiap hari hanya ada 4 subjek sahaja di dalam jadual yang murid perlu bawa buku. Subjek Pendidikan Jasmani, PSV dan Muzik penggunaan buku teks adalah minimal. Memanjangkan masa bagi setiap subjek tidak begitu praktikal bagi murid-murid di peringkat rendah, mengambil kira waktu fokus kanak-kanak yang pendek. Agihan masa bagi setiap subjek tidak sama banyak serta kekangan opsyen guru juga menyebabkan agihan sukar dilaksanakan. Pihak sekolah menyediakan lokar berbayar untuk mengatasi masalah bag berat. Buku-buku latihan dan aktiviti disimpan oleh guru di tempat selamat di dalam kelas. Bagi murid-murid di kelas yang tidak digunakan sebagai kelas KAFA, murid juga dibenarkan meninggalkan sebahagian buku teks mereka.


USUL / CADANGAN UNIT AKADEMIK BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 6 Mohd Haffis Ujir Ibubapa selalu ditekankan anak2 mempunyai kelebihan yang unik dan tersendiri. Penilaian akademik tidak mengambarkan sepenuhnya prestasi anak2. Tetapi kekurangan pendedahan kepada bidang luar akademik akan menyempitkan prestasi anak2. Diharap pihak sekolah memperbanyakkan pendedahan yang bermanfaat.Sebagai ibubapa, saya sentiasa mendedahkan anak2 kepada bidang luar akademik. Namun dengan berada disekitar rakan2, anak lebih bersemangat untuk meneroka. Pelbagai aktiviti dalam dan luar bilik darjah telah dirangka untuk mengimbangi keperluan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid-murid. Muridmurid perlu aktif melibatkan diri dalam setiap program yang dirancang. Program-program dalam unit akademik 1. Bulan/Minggu Panitia 2. Pertandingan-pertandingan Ko-akademik 3. Karnival Pusat Sumber 4. Sambutan-sambutan/keraian seperti, Sambutan Hari Raya, Bulan Kemerdekaan, Hari Guru. 5. Program-program dalam unit HEM 6. Karnival Bimbingan Kaunseling 7. Kem Kepimpinan 8. Pertandingan Kelas terbersih dan Ceria


USUL / CADANGAN UNIT HAL EHWAL MURID BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 7 ISMAZIRA BT CHE ISMAIL Memasang loker di dalam setiap bilik darjah untuk kegunaan murid Kaji selidik keperluan loker telah dimaklumkan kepada semua ibu bapa/penjaga iaitu 15 Mac 2023 -tahun 1 sahaja dan 15 April 2023 untuk tahun 2-6. Bilangan loker yang disediakan adalah mengikut keperluan dan permintaan semasa ibu bapa dan penjaga. Pihak sekolah tidak keberatan untuk menyediakan perkhidmatan sewaan loker jika ada permintaan dan keperluan daripada ibu bapa/penjaga dan murid. Loker yang ada tidak dapat ditempatkan di dalam setiap bilik darjah kerana fizikal kelas yang agak sempit. sekarang kebanyakan loker diletakkan di luar bilik darjah. 8 Nazrul Nizam bin Mohd Zameri Tambah loker buku berhampiran kelas agar murid tidak perlu bawa balik semua buku setiap hari. Ini akan bantu meringankan beg murid dan elakkan kejadian buku tertinggal. Loker yang ada tidak dapat ditempatkan di dalam setiap bilik darjah kerana fizikal kelas yang agak sempit. sekarang kebanyakan loker diletakkan di luar bilik darjah.


USUL / CADANGAN UNIT HAL EHWAL MURID BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 9 MARYATIE MOHAMADIAH Mohon pihak sekolah maklumkan jumlah kerosakan kipas utk tujuan baik pulih pada musim panas.Mungkin ada dana yg boleh dikumpulkan demi keselesaan anak-anak. Semua kerosakan kipas telah dilaporkan kepada unit penyelenggaran JPWPP. Pihak sekolah perlu menunggu kelulusan daripada pihak JPWPP kerana sebarang kerja penyelenggaraan atau penambahbaikan perlu menggunakan khidmat kontraktor yang dilantik oleh pihak JPWPP. Walaubagaimanapun sekolah amat mengalu-alukan sumbangan kipas berdiri daripada pihak ibu bapa/penjaga untuk keselesaan anak2. Untuk makluman semua, 4 buah kipas dinding telah dipasang di dalam semua bilik darjah blok A. 10 SITI NOORHALEEDA BINTI AZLAN Keadaan cuaca yang sangat panas, mungkin boleh mencapai sebulat suara dalam penambahbaikkan bilik darjah dengan penambahan kipas yang mempunyai mist air, sikit sebanyak dapat membantu keselesaan ruang belajar dan keadaan yang kondusif antara pelajar dan pendidik, sekaligus dapat meningkatkan peratusan akademik. Satu cadangan yang baik namun perlu diperhalusi dari segi keselamatan murid. Walaubagaimanapun sekolah amat mengalu-alukan sumbangan kipas berdiri daripada pihak ibu bapa/penjaga untuk keselesaan anak2. Untuk makluman semua, 4 buah kipas dinding telah dipasang di dalam semua bilik darjah blok A.


BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 11 SITI NOORHALEEDA BINTI AZLAN menyediakan tempat menunggu yang bersesuaian untuk kanak kanak dalam kawasan sekolah, dengan ini dapat menjamin keselamatan kanak kanak sementara menunggu kehadiran ibubapa sewaktu balik, sediakan pengawasan pengawal bagi mengawal kawasan tempat menunggu, elakkan kanak kanak berkeliaran diluar kawasan sekolah tanpa pantauan. Dalam perancangan pihak sekolah, namun amat memerlukan sokongan dan sumbngan ibu bapa bagi merealisasikan cadangan tersebut. 12 Mohd Kamarul Faiz Bin Kamaludin Mohon sediakan tempat menunggu berbumbung dilengkapi dengan tempat duduk di pintu B. Pihak sekolah telah menghantar surat kepada pihak berkenaan, namun perlukan kerjasama dan sumbangan dana. 13 Azmir Irwan Bin Mad Aris Memohon kepada pihak yang berkenaan untuk memberikan kebenaran sementara untuk menggunakan kawasan di hadapan pintu A bagi kegunaan ruang parkir ibubapa bagi mengelakkan kesesakan ketika anak pulang sekolah. Juga boleh digunakansebagai parkir jika ada majlis-majlis utama di sekolah. Selain itu dapat mencegah daripada tempat pembiakkan haiwan merayap dan berbisa. Cadangan yang baik dan akan diperhalusi dengan pihak PIBG nanti. 14 Azmir Irwan Bin Mad Aris Cadangan menambah bonggol sebelum lintasan pelajar sekolah. Pihak sekolah telah menghantar surat kepada pihak berkenaan. USUL / CADANGAN UNIT HAL EHWAL MURID


BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 15 Hazlianayati binti Sudin@Subdin Drop off di pagar B perlu diperkemas dan meletakkan kon / bunting peringatan / ada pembantu utk anak-anak melintas Bunting drop off telah digantung namun ada juga ibu bapa/penjaga yang tidak akur. Perlu bantuan sukarelawan daripada ibu bapa/penjaga yang boleh bergilir-gilir menjaga lalu lintas terutama waktu pagi. Pihak sekolah telah menghantar surat permohonan pengawal lalu lintas kepada perbadanan Putrajaya. 16 Mohd Hasdi bin Muda Pamerkan arahan drop off sahaja dan terus bergerak di depan pintu masuk b. Sekiranya nak ambik masa lama, berhenti di kawasan hadapan selepas pintu masuk b. Bunting drop off telah digantung namun ada juga ibu bapa/penjaga yang tidak akur. Mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga untuk akur. Perlu bantuan sukarelawan daripada ibu bapa/penjaga yang boleh bergilir-gilir menjaga lalu lintas terutama waktu pagi USUL / CADANGAN UNIT HAL EHWAL MURID


BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 17 SITI SAHIDAH BINTI SAHIR Cadangan supaya meletakkan papan tanda isyarat kanak2 melintas di laluan melintas di jalan utama gate B. Pihak sekolah telah menghantar surat kepada pihak berkenaan. 18 NOOR DASRAFEEZAL BIN ABDUL SHUKUR Pengemaskinian drop off point (baik di Gate A & Gate B). Termasuk penguatkuasaan larangan meletak kenderaan di kawasan2 berkenaan sewaktu sesi menghantar dan mengambil anak2. Perkara ini akan dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. 19 Azura binti Ishak Setiap hari jumaat sesi pagi akan berakhir pada waktu tengahari. Semua Pelajar akan pulang ke rumah. Di pohon agar dapat dipertimbangkan pintu pagar B dibuka untuk sesi persekolahan KAFA, selepas selesai solat jumaat. Kesian pada anak-anak yang berjalan kaki dengan cuaca panas untuk ke pintu pagar A. Jalan tersebut jua akan sesak dengan kereta masuk/keluar. Perlu persetujuan daripada pihak KAFA kerana perlu ada guru yang bertugas menjaga pintu tersebut. Bukan tugas pengawal keselamatan untuk menyambut dan menjaga pagar tersebut selepas waktu persekolahan pagi tamat. -telah dibincangkan dengan pihak KAFA USUL / CADANGAN UNIT HAL EHWAL MURID


BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 20 Hazlianayati binti Sudin@Subdin Permohonan kepada PDRM untuk bersama-sama memantau kenderaan yg tidak mematuhi had laju di kawasan sekolah Cadangan akan diperhalusi. Perkara ini telah dimaklumkan juga kepada pegwai polis angkat sekolah. 21 TENGKU HARSMA NUR AWANIS PENGAWAL/RELA BAGI MENJAGA LALULINTAS DI PINTU A DAN B. PINTU B ( BAGI MEMBANTU KANAK KANAK MELINTAS JALAN.) PINTU A (KERETA MASUK DAN KELUAR SEWAKTU MENJEMPUT DAN MENGHANTAR ANAK ) Perlu bantuan sukarelawan daripada ibu bapa/penjaga yang boleh bergilir-gilir menjaga lalu lintas terutama waktu pagi. 22 MOHD ZAIRI BIN JOLKIFLI Mohon supaya pengawal keselamatan menjaga trafik di laluan masuk gate A (bahagian luar) pada waktu pagi bagi mengawal perjalanan masuk murid dan kenderaan guru.buat masa ini pengawal berada di bahagian dalam gate A bersama guru bertugas.Sekian terima kasih Tidak termasuk dalam kontrak pengawal keselamatan perlu menjaga dan memantau lalu lintas dan keselamatan murid di luar kawasan sekolah. Perlu kerjasama daripada semua pihak untuk saling berwaspada dan berhati-hati. USUL / CADANGAN UNIT HAL EHWAL MURID


BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 23 MOHD RIDZUAN BIN SITH Memohon pihak sekolah untuk membuat hebahan maklumat berkaitan kriteria pemilihan murid untuk menjadi Pengawas Sekolah/ Pengawas Pusat Sumber/ Pembimbing Rakan Sebaya supaya kami sebagai Ibu bapa dapat bersedia dengan mempersiapkan anak masing-masing agar boleh bersaing secara sihat untuk terpilih. Anak-anak murid yang terpilih nanti akan dapat menimba pengalaman baharu, melatih diri agar lebih berkomitmen dan berdisiplin serta menjadi sumber motivasi untuk lebih maju di masa akan datang. Cadangan yang baik dan akan diperhalusi. Hebahan pemilihan dan temuduga telah dibuat. Guru-guru yang mengcadangkan nama murid yang layak berdasarkan sahsiah sepanjang tahun. 24 Ahmad Zaharuddin Adakan semula pre-order makanan kantin seperti semasa covid-19 Tempahan lunch box telah dibuka. 25 Mohd Hasdi bin Muda Elakkan jualan makanan ringan di kantin kerana anak2 tidak akan membeli makanan sihat sekiranya terdapat jualan makanan ringan Telah dipanjangkan kepada pihak kantin. USUL / CADANGAN UNIT HAL EHWAL MURID


USUL / CADANGAN UNIT HAL EHWAL MURID BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 26 SITI NOORHALEEDA BINTI AZLAN Keselamatan & kesedaran kanak kanak mengenai isu yang kini hangat iaitu gejala buli, pihak sekolah dan ibubapa harus bersatu hati dalam menangani isu isu berkaitan buli, mungkin lakukan lawatan/ceramah tentang akibatnya membuli dan hukuman yang boleh dikenakan oleh pihak berkuasa, mungkin dapatkan badan badan berkenaan untuk lakukan ceramah/lawatan. Pihak sekolah mengambil berat dan perhatian berkenaan isu ini. Beberapa program telah dijalankan antaranya : 1. Program Unit Bimbingan & Kaunseling & Unit Disiplin 2. Ceramah Bersama Pegawai Polis Angkat Sekolah 3. Nasihat Dan teguran semasa perhimpunan sekolah. 27 SITI NOORHALEEDA BINTI AZLAN Keselamatan dari segi penularan penyakit berjangkit, contoh demam, selsema dan batuk, chickenpox, kesedaran buat ibubapa dan pihak sekolah sekiranya kanak kanak yang tidak sihat hadir ke sekolah, langkah langkah pencegahan contohnya isolasi room atau bilik kesihatan, sementara menunggu penjaga menjemput, dengan ini dapat mengelakkan penyebaran penyakit seperti HFMD, chickenpox. Pihak sekolah telah menyediakan bilik isolasi di bilik kesihatan. Setiap kali berlaku kes yang melibatkan penyakit berjangkit guru kelas diminta untuk sanitasi kelas / meja murid sebagai langkah pencegahan.


BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 28 Hazlianayati binti Sudin@Subdin Kebersihan tandas perlu kerap dipantau dan dibersihkan Penyelenggaraan dan penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Tandas dicuci 2 kali sehari oleh pekerja pembersihan seperti yang termaktub dalam kontrak. Namun amat memerlukan kerjasama daripada ibu bapa untuk memberi pendidikan awal menjaga kebersihan dan kesedaran bersama oleh murid tentang kebersihan tandas dan sekolah. 29 Lavanya Rengarajoo Isu tandas sangat-sangat kotor - mohon pihak sekolah tambahkan cleaner khas hanya untuk cuci tandas dan saya cadangkan untuk mengutip RM5 daripada satu keluarga sebulan hanya untuk membayar gaji kepada cleaner yang memcuci tandas. Penyelenggaraan dan penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Tandas dicuci 2 kali sehari oleh pekerja pembersihan seperti yang termaktub dalam kontrak. Namun amat memerlukan kerjasama daripada ibu bapa untuk memberi pendidikan awal menjaga kebersihan dan kesedaran bersama oleh murid tentang kebersihan tandas dan sekolah. 30 Hazlianayati binti Sudin@Subdin Koridor kelas juga perlu disapu sentiasa Telah dijalankan oleh pekerja pembersihan. Pihak sekolah selalu memantau perkara ini. 31 Nurhidayah Yaakop Kebersihan persekitaran sekolah perlu dipertingkatkan, jika perlu ibu bapa buat sumbangan tiada masalah. Cadangan akan diperhalusi dan sumbangan amat di alu-alukan. Mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga untuk menyertai gotong-royong akan dijalankan dari semasa ke semasa. USUL / CADANGAN UNIT HAL EHWAL MURID


BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 32 NORAINI BINTI TALIB Assalammualaikum dan salam sejahtera. PEWUJUDKAN PLATFORM MEDIA UNTUK HEBAHAN INFO AKTIVITI BERSESUAIAN Pohon kerjasama dan tindakan daripada guru bertanggungjawab untuk mewujudkan kumpulan whastp atau telegram bagi menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti apabila ada latihan sukan tertentu yang melibatkan pemilihan dan sebagainya. Ini kerana apabila ada latihan terutama yang melibatkan masa selepas waktu sekolah, ibu bapa tidak diberi apa2 info menyebabkan sering terlepas pandang dan sukar untuk menguruskan dan mengambil anak jika ada latihan selepas waktu sekolah. Ibu bapa terpaksa meneka masa sendiri bila anak mula dan habis latihan kerana tiada info diberikan. Dicadangkan sekiranya tidak dapat menyediakan platform mengikut bersesuaian utk memaklumkan sahaja secara umum di dalam kumpulan telegram/whastap kelas masing2. Terima kasih, semga dipermudahkan. Adalah dimaklumkan pihak guru yang terlibat telah pun mengwujudkan kumpulan whatsapp kecil untuk muridmurid yang terpilih dalam sesi latihan. Penambahbaikan yang dilakukan pada tahun ini ialah dengan mengedarkan surat kebenaran membenarkan anakanak tuan-puan menyertai sesi latihan tersebut dengan diperincikan tarikh, masa dan tempat latihan seperti rujukan diberi. selain itu, pihak sekolah juga ada membuat hebahan melalui medium telegram dan facebook sekolah. USUL / CADANGAN UNIT KOKURIKULUM


BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN JAWAPAN 33 Mohd Haffis Ujir Ibubapa selalu ditekankan anak2 mempunyai kelebihan yang unik dan tersendiri. Penilaian akademik tidak mengambarkan sepenuhnya prestasi anak2. Tetapi kekurangan pendedahan kepada bidang luar akademik akan menyempitkan prestasi anak2. Diharap pihak sekolah memperbanyakkan pendedahan yang bermanfaat.Sebagai ibubapa, saya sentiasa mendedahkan anak2 kepada bidang luar akademik. Namun dengan berada disekitar rakan2, anak lebih bersemangat untuk meneroka. Unit kokurikulum SKPP 17 (1) telah merangka pelbagai Program antaranya: 1. Kejohanan Merentas Desa 2. Kejohanan Olahraga Tahunan 3. Perkhemahan Unit Beruniform 4. Karnival Kokurikulum 5. Hari Sukan Negara Semua program ini akan dilaksanakan selepas mendapat arahan terbaru KPM melalui surat siaran KPM bil 3 Tahun 2023 iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas dikeluarkan membenarkan semua aktiviti dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Bagi sesi akademik 2023/2024 pihak sekolah juga mengambil inisiatif menubuhkan lebih banyak bilangan persatuan dan kelab sukan supaya lebih ramai murid diberi peranan memegang jawatan dalam Jawatankuasa persatuan dan kelab yang ditubuhkan selain memberi peluang kepada murid untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan dan kelab masing-masing secara aktif, ini secara langsung menambah markah kokurikulum mereka yang dicatat dalam PAJSK. USUL / CADANGAN UNIT KOKURIKULUM


Click to View FlipBook Version