The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-19185891, 2020-07-02 21:23:24

Modul pembelajaran 3D-Studio Max 281205

Modul pembelajaran 3D-Studio Max 281205

12. Dengan menggunakan Time Slider klik anak panah ke kanan untuk bergerak ke
frame 70 atau menaipkan terus angka 70 ke dalam kotak Current Time.

.
13. Gerakkan objek teko dalam bentuk putaran dengan menggunakan Rotate Tool pada

paksi z dan gerakkan sedikit ke depan dengan menggunakan Move tool.
Bagi objek planet pula, gerakkan sedikit ke atas. Lihat rajah di bawah.

14. Dengan menggunakan Time Slider klik anak panah ke kanan untuk bergerak ke
frame 100 atau menaipkan terus angka 100 ke dalam kotak Current Time.

15. Gerakkan objek planet jauh ke kanan. Dan gerakkan juga teko ke depan dengan
keadaan seperti yang asal. Lihat rajah di bawah.

51

16. Cuba mainkan animasi yang telah anda buat dengan menggerakan Time Slider atau
butang play pada bar Animation Controller.

Play Go to End
Go to Start

Previous Frame Next Frame

17. Untuk menyunting animasi, aktifkan objek planet.
18. klik panel Motion pada Command Panel.
19. Kemudian klik pada butang Trajectories.

20. Dalam viewport, kita akan lihat laluan pergerakan objek dalam animasi kita seperti
rajah di bawah.
Anda boleh menyunting pergerakan dan kedudukan objek dalam animasi dengan
menggerakkan keyframe-keyframe pada laluan (path) dan mengubah kedudukan
objek tersebut.

21. Simpan fail mejateko.max anda.

52

22. Dalam contoh animasi di atas, ia digolongkan kepada jenis Tweening. Dalam
membuat animasi jenis Tweening (dari perkataan In-Between) anda hanya perlu
membina keyframe antara awal pergerakan dengan yang akhir pergerakan.
Pergerakan Objek antara dua keyframe ini akan dibina secara automatik oleh 3D
Max. Oleh yang demikian, sekiranya dalam animasi anda terdapat beberapa
pergerakan yang berbeza bentuknya, anda perlu meletakkan beberapa keyframe
dalam laluan (path) animasi anda.

Aktiviti 2:

Membuat Animasi Berdasarkan Pergerakan Kamera

1. Aktifkan Top Viewport. Buatkan pandangannya seperti rajah di bawah. Anda boleh

membuat ‘adjustment’ bentuk pandangan viewport anda dengan menggunakan

butang dan

2. Aktifkan kamera yang telah ditunjukkan dalam unit 7.

3. Klik pada butang Time Configuration (Sila lihat animasi objek di atas). Setkan Start
Time kepada 0 dan End Time kepada 200.

4. Klik pada butang Auto Key pada Bar Animation Control. Ubah kedudukan kamera
dengan menggunakan Move tool seperti rajah di bawah.

kedudukan kamera pada frame 0
53

5. Dalam kotak Current Time taipkan angka 50. Kemudian gerakkan kamera berpusing
arah ke kanan dengan fokusnya menghadap meja.

kedudukan kamera pada frame 50
6. Ulang langkah 5 di atas dengan kedudukan kamera pada setiap frame 100 , 150 dan

200 dengan memusingkan kamera mengikut arah seperti yang ditunjukkan dalam
rajah di bawah.

kedudukan kamera pada frame 100

54

kedudukan kamera pada frame 150

kedudukan kamera pada frame 200
7. Cuba mainkan animasi anda dengan menggerakkan slider bar. Sekiranya animasi itu

kurang memuaskan cuba buat penyuntingan laluan pergerakan kamera pada panel
Motion seperti yang telah diterangkan dalam Langkah 17, Aktiviti 1 di atas.
8. Simpan fail mejateko.max anda.
Anda telah berjaya menghasilkan animasi pergerakan objek dan kamera.

55

PENILAIAN

1. Jelaskan fungsi ikon pada alat-alat berikut: cde f

b

a

2. Namakan format fail-fail animasi yang dapat disimpan melalui 3D MAX 6:

a. ____________________ d. ____________________

b. ____________________ e. ____________________

c. ____________________ f. ____________________

56

UNIT 9: RENDERRING 3D

Objektif:
Selepas mengikuti unit ini murid dapat:

• memahami konsep rendering dalam aplikasi 3D.
• Menghasilkan grafik 3D
• Menghasilkan animasi dalam format *.avi atau *.mov

Rendering adalah proses mengumpul maklumat animasi yang telah diskripkan melalui
perbezaan nilai-nilai kedudukan sesuatu objek di atas satah X, Y dan Z, atau satu
komposisi 3D kepada rentetan gambar yang berbentuk 2D.
Proses render adalah proses yang terakhir yang mesti dilakukan setelah sesuatu objek
dipastikan dengan komposisinya seperti bentuk tekstur, pencahayaan, dan pergerakan
sebelum sesebuah animasi itu dapat dihasilkan dalam bentuk klip video, filem dan
sebagainya. Biasanya model-model yang telah dirender, boleh disimpan di dalam
pelbagai bentuk fail animasi seperti fli, flc, avi, mov, mpeg dan lain-lain lagi.

Proses Rendering
Setelah berpuashati dengan hasil animasi anda, perlu melakukan proses ‘Rendering’.
Setelah proses rendering ini dilakukan, baharulah rentetan animasi ini dapat
dipindahkan ke filem, pita video atau ke dalam pelbagai format untuk digunakan di
dalam komputer.
Proses ‘Rendering’ merujuk kepada proses mengumpul maklumat animasi yang telah
diskripkan melalui perbezaan nilai-nilai kedudukan X, Y dan Z sesebuah objek 3D
kepada rentetan gambar yang berbentuk 2D.
Proses membuat rendering mungkin memakan masa bergantung kepada tekstur yang
digunakan, bentuk pencahayaan dan kompleksnya sesuatu animasi.

57

Aktiviti 1:
Membuat Rendering Dan Menyimpan Fail Dalam Format Grafik.

1. Buka fail mejateko.max anda sekiranya masih belum berbuat demikian.
2. Aktifkan Camera Viewport dan kenalpasti frame yang ingin dijadikan imej 3D pada

timeline.
3. Kemudian klik pada menu

‘Rendering’ di atas Menu Bar
dan klik ‘Render’.
Kotak dialog Render Scene
akan terpapar.
4. Bagi bahagian ‘Common
Parameter’, dalam bahagian
Time Output pilih ‘Frame’ dan
masukkan nombor frame yang
telah dikenalpasti.
5. Dalam bahagian Output Size
pilih jenis resolusi yang
dikehendaki misalnya ‘320 x
420’.
6. Pada bahagian Render Output
pilih opsyen ‘Save File’ dan
klik pada butang ‘File….’,
Pada kotak dialog
RenderOutput file, berikan
nama fail Imej3D dan pilih
format fail grafik seperti *.jpeg,
*.bmp atau *.tif.
7. Tekan butang ‘Save’
8. Klik butang Render.

58

Aktiviti 2:
Membuat Rendering Dan Menyimpan Fail Dalam Format Animasi.

9. Buka fail mejateko.max anda sekiranya masih belum berbuat demikian.
10. Aktifkan Viewport Kamera

kemudian klik pada menu
‘Rendering’ di atas Menu Bar dan
klik ‘Render’. Kotak dialog
Render Scene akan terpapar.
11. Bagi bahagian ‘Common
Parameter’, dalam bahagian Time
Output pilih ‘Active Time segment.
12. Dalam bahagian Output Size pilih
jenis resolusi yang dikehendaki
misalnya ‘320 x 420’.
13. Pada bahagian Render Output
pilih opsyen ‘Save File’.
14. Klik pada butang ‘File….’,
Pada kotak dialog Render Output
File, berikan nama fail Animasi
dan pilih format *.avi atau *.mov
15. Klik butang ‘Save’
16. Klik butang Render.

59

Ahli Panel Penulis

Modul Pembelajaran MPV Grafik Berkomputer & MPV Produksi Multimedia (2002-2006)

Penaung: Pengarah PPK
Timbalan Pengarah PPK

Penasihat : Ketua Bidang, Bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional, PPK
Ketua Unit, Unit Mata Pelajaran Vokasional , BPTV,PPK

Ketua Panel: En. Mazlan b. Haji Talib Unit Mata Pelajaran Vokasional , BPTV,PPK

Panel Penulis (2002-2003) Institut Perguruan Darulaman
En. Jusni bin Nasirun Institut Perguruan Darulaman
En. Tuan Rosdan b. Tuan Muda Institut Perguruan Darulaman
En. Shukri b. Mansor Institut Perguruan Darulaman
En. Ishak b. Othman(Allahyarham) Maktab Perguruan Ipoh
En. Zain Hazmi b. Zain Baharin Maktab Perguruan Ipoh
En. M. Nadarajan SMK Kulim, Kedah
En. Yahya b. Mohamad Maktab Perguruan Persekutuan, P.Pinang
En. Abdul Jasheer b. Abdullah SMK Alor Janggus, Alor Setar
Pn. Nik Ruslah bt. Nik Ab. Rahman SMK Jitra, Kedah
Pn. Nor’ain bt. Sulaiman SMK Taman Ria Jaya, Sg. Petani
En. P. Sarjit Singh SMKA Al-Irshad, Kepala Batas
En. Ibrahim b. Mat Aris SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas
En. Zairudin b. Ahmad SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan
En. Mohd. Nawi b. Haron SMK Permas Jaya, Johor Baharu
Cik Rozilah bt. Mohd. Yusof SMK Anderson, Ipoh
Pn. Normiza bt. Mohd. SMK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan
En. Nordin b. Awang Nor SMK Raja Lope Nor Rashid, Perak
En. Arman bin Ishak SMK Convent, Perak
Pn. Siti Rohana bt. Abu Bakar SMKA Slim River Perak
En. Mahfudz b. Haji Ahmad SMK Putra, Perlis
Pn. Nor Hadzlin bt. Mohd. Nor

Panel Penulis (2005) SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur
Pn. Suraya bt. Hashim SMK Kg. Jawa, Kelang
En. Abdul Karim b. Hamid SMK Merchang, K. Terengganu
Y.M. Tg. Norazlan Tg. Sulaiman SMK Tg. Mizan Zainal Abidin, K.Trengganu
En. Ramlee b. Mat Rani SMK Taman Tun Dr Ismail, K.Lumpur
Pn. Samsuriyani bt. Ismail SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur
Pn. Arlina Hasmanizar bt. Che Ahmad SMK Taman Dato Harun, P.Jaya, Selangor
En. Abd. Majid b. Yusoff SMK Bkt.Gambir, Muar
En. Abdul Halim b. Awang SMK Khir Johari, Beranang
Pn. Haidaturayani bt. Md. Noor SMK Bukit Baru, Melaka
Pn. Suhaila bt. Abd. Rahman PPD Kota Setar, Alor Setar, Kedah
Pn. Sarina bt. Zainuddin SMK Alam Megah, Shah Alam Selangor
En. Ramesh a/l Kanapathy SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur
Pn. Wong Siew Fong SMK ABI, Jln.Pdg.Melangit, Kangar
Cik Siti Nurhasni bt. Nordin SMK Dato' Hj. Mohd. Redza, Seremban
Cik Siti Amrah bt. Zakaria SMK Tmn Perumahan Bedaun, WP Labuan
Pn. Noor Azrina Jasmi SMK Dato, Seri MaharajaLela, Kg. Gajah, Perak
Pn. Khairul Azlina Khairi SMK Tok Muda Abdul Aziz,Sg. Siput, Perak
En. Mohamad Nazri b. Zuhir SMK Khir Johari, Sg. Petani, Kedah
En. Haizul Faried Iskandar A.Halim SMK Jeram, Selangor
En. Haziq b. Ruslan

Penyunting Jabatan Pelajaran Melaka
En. Rozairi bin Taib SMK Anjung Batu , Mersing
En. Razali bin Suman SMK Gombak Setia, Selangor
EPRD, KPM
En. Azhar bin Kamarudin

En. Badrolhisam Hj. Abd. Ghani

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia - 14 FEBRUARI 2008

60

Panel Penulis 2008

1. Saifullah – Dreamweaver
2. Hanita – Director
3. Suraya – Adobe Flash CS3
4. Siti Zulikha – Adobe Photoshop CS3 , Asas Grafik
5. Norasidah – Freehand
6. Majid – 3 D Studio Max

61


Click to View FlipBook Version