ANALISIS NOVEL TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5
OLEH
NUR BALKHIS BINTI MADZLAN
PELAJAR TINGKATAN 4
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU
1
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENGHARGAAN
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG
1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3 PENYATAAN MASALAH
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1.5 SKOP PENYELIDIKAN
1.6 HIPOTESIS AWAL
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
BAB 2 : TINJAUAN BACAAN
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2 SINOPSIS SETIAP NOVEL
2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1 JENIS NOVEL (FIKSYEN/BUKAN FIKYSEN)
3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA
3.3 TEMA SETIAP NOVEL
3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
2
3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN
3.9 KEDUDUKAN NOVEL
3.10 KESIMPULAN
BAB 4 : PENUTUP
4.1 RUMUSAN KAJIAN
4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN
4.3 HIPOTESIS AKHIR
4.4 PENUTUP
Abstrak
Saya mengkaji novel- novel ini adalah supaya saya dapat mengetahui jenis- jenis novel yang seeing
diminati oleh remaja masa kini. Selain itu, saya juga akan lebih mengetahui jalan cerita atau alur
cerita yang akan lebih digemari oleh pembaca. Novel yang saya sedang mengkaji ialah 8 buah
novel iaitu novel yang bertajuk Bima Sakti Menari, Silir Daksina, Tirani, Songket bebenang
emas, Dinara, Pantai kasih, Leftenan Adnan Wira Bangsa dan Jendela menghadap jalan.
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan- rakan dan guru- guru yang membantu saya
dalam menghasilkan kajian ini dan memberi tunjuk ajar serta memberikan sedikit sebanyak
maklumat tentang penghasilan kajian ini. Tidak lupa juga kepada diri saya sendiri yang telah
bertungkus lumus dalam menyiapkan kajian ini.
1.1 Pendahuluan
3
Novel ialah satu bentuk sastera terdiri daripada karangan prosa panjang yang ditulis oleh
seorang pelulis yang juga dikenali sebagai novelis mengadungi rangkaian cerita kehidupan
seseorang watak dengan orang sekelilingnya dengan menonjolkan perwatakan dan sifat setiap
pelaku dalam kisah yang diceritakan. Novel terdiri daripada beberapa bahagian mengikut bab-
bab tertentu yang akan mengisahkan tentang permulaan, konflik dan peleraian. Saya mengkaji
tentang 8 buah novel iaitu novel yang bertajuk Bima Sakti Menari, Sakti Daksina, Tirani,
Songket bebenang emas, Dinara, Pantai kasih, Leftenan Adnan dan Jendela menghadap jalan.
Saya mengkaji novel-novel tersebut supaya saya daapt merasai pengalaman pembaca-pembaca
yang lain yang pernah membaca novel-novel itu. Selain itu saya juga akan dapat mengkaji dan
mengetahui ciri-ciri novel yang diminati oleh remaja pada masa kini.
1.2 Perbezaan antara fiksyen dan bukan fiksyen
Novel fiksyen ialah novel yang mengadungi watak-watak yang hanya ciptaan penulis dan
khayalan penulis. Novel fiksyen terbahagi kepada dua iaitu fiksyen realistik dam bukan
realistik. Fiksyen realistik ialan sesuatu yang tidak benar tetapi mungkin boleh berlaku
manakala fiksyen bukan realistik pula sesuatu yang benar-benar tidak mungkin akan berlaku.
Sebagai contoh, novel tersebut mengandungi hal-hal ghaib dan perkara yang mustahil dan tidak
disokong oleh fakta-fakta sejarah. Manakala novel bukan fiksyen pula adalah bertentangan
dengan fiksyen. Novel bukan fiksyen adalah kisah yang diceritakan tentang peristiwa benar
dan orang atau wakak yang benar. Umumnya seperti jurnal, surat khabar, penyelidikan,
biografi dan selainnya. Jenis penulisan ini berkaitan dengan fakta. Bukan fiksyen berfokus
kepada masalah sosial atau kejadian yang sedang berlaku di dunia.
1.3 Penyataan masalah
Pada pendapat saya, bagi menarik minat remaja untuk membaca sesebuat karya, karya tersebut
haruslah menampilkan tema permasalahan remaja. Antaranya ialah konflik dalam percintaan,
persahabatan dan kekeluargaan. Remaja sangat menggemari bahan bacaan yang bertepatan
dengan gaya hidup mereka. Jadi tema sesebuah karya pasti dapat menarik minat pembaca
seandainya bertepatan dengan jiwa mereka kerana mereka akan dapat menyelami perwatakan
watak semasa membaca karya tersebut.
4
1.4 Objektif kajian
Supaya saya dapat mengkaji tentang ciri- ciri novel yang akan diminati remaja. Selain itu, saya
juga akan mengetahui genre atau jenis novel yang menjadi pilihan kebanyakan remaja kini.
1.5 Skop penyelidikan
Novel Songket Berbenang Emas merupakan hasil karya Khairuddin Ayip. Novel ini terpilih
untuk Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 1 iaitu Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.
Novel Tirani merupakan merupakan novel Komsas Tingkatan 5 yang mula digunakan
padantauun 2016. Novel ini hasil karya Beb Sabariah ini merupakan terbitan DBP( Dewan
Bahasa dan Pustaka ). Novel ini digunakan di ZON 2 iaitu negeri Selangor, Negeri Sembilan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Novel Bima Sakti Menari adalah sebuah karya novel yang unik serta menarik kerana tenants
berbeza dari topik kebiasaan dimana ia mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar
kuususnya untuk menangani pencemaran udara. Penulis novel ini ialah Sri Rahayu. Zon yang
ditetapkan bagi novel ini adalah ZON 3 iaitu Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu pada
tahun 2016 hingga 2020 bagi murid Tingkatan 5
Novel Silir Daksina ini terpilih sebagai novel Komsas Tingkatan 5 bagi ZON 4 iaitu Negeri
Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Penulis bagi novel ini ialah Nizar
Parman. Novel ini merupakan novel pertama beliau namun amat bertuah apabila terus menang
tempat media hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel remaja. Menurut
laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri yang mewajarkan ia memenangi
HSKU pada tahun 2009 kerana novel ini menampilkan watak remaja yang unggul serta
mempunyai jati diri yang tinggi dan berakhlak mulia. Novel ini juga memberi sedikit sebanyak
tentang info tarian zapin.
Novel Jendela Menghadap Jalan telah dipilih sebagai novel Komsas bagi Tingkatan 4 pada
tahun 2015-2020. Novel ini merupakan karya oleh Rahaini Mat Darin. Novel ini ditetapkan
bagi ZON 1 iaitu Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.
5
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya penulis novel sejarah prolifik, Abdul Latip Talib
memaparkan kisah serangan terakhir askar Jepun di Singapura serta keberanian dan
keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa. Novel ini
ditetapkan bagi ZON 2 iaitu Negeri Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Novel ini adalah bagi pelajar Tingkatan 4.
Novel Pantai Kasih telah dipilih sebagai novel Komsas bagi Tingkatan 4 pada tahun 2015-
2020. Novel Pantai Kasih adalah karya Azmah Nordin. Novel ini ditetapkan bagi ZON 3 iaitu
Negeri Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Novel terakhir iaitu novel Disebalik Dinara merupakan novel yang ditempatkan Di ZON 4
iaitu Johor, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. Novel ini merupakan hasil
karya Dayang Noor. Novel ini dipilih untuk pelajar Tingkatan 4 bagi ZON tersebut. Karya ini
mengisahkan tentang persaingan antara dua pihak.
1.6 Hipotesis awal
Bagi pendapat saya, tidak kesemua novel ini akan diminati pelajar kerana beberapa novel ini
tidak memenuhi cita rasa sesetengah remaja. Kebanyakan remaja tidak menyukai sesebuah
karya yang bukan fiksyen sebagai contoh novel yang berkenaan dengan sejarah seperti novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa tapi tidak dinafikan sebilangan remaja akan menyukai karya
bergenre seperti ini. Jadi untuk menarik minat pelajar atau remaja kini dalam membaca karya
yang dihasilkan ialah penulis perlu membuat pencarian di internet untuk mengetahui lebih
lanjut tentang minat remaja kini. Seperti contoh, remaja kini lebih gemar dengan novel feksyen
iaitu novel yang mengandungi unsur-unsur imajinasi. Dalam era sains dan teknologi ini, saya
dapat mengesan bahawa unsur tahyul dan imajinasi masih menjadi pilihan pembaca.
1.7 Kepentingan kajian
Kajian ini dibuat adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang penghasilan novel-novel
yang bermutu tinggi dan diminati ramai. Selain itu, kajian ini juga mengajar kita betapa
susahnya karyawan-karyawan ini berkarya bagi memuaskan hati semua pembaca dan kena
dengan cita rasa pembaca-pembaca kini. Kajian ini juga memberi implikasi kepada pengkaji
6
atau penyelidik sebagai asas memahami proses kepengarangan selain turut membantu pembaca
memilih karya yang benar-benar unggul serta mendorong pengarang mempertingkatkan karya
bagi mencapai tahap keunggulan novel tersebut.
2.1 biografi setiap penulis
➢ Khairuddin Ayip
• Khairuddin Ayip
• Beliau merupakan karyawan yang menghasilkan novel Songket Berbenang Emas.
• dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962.
• Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (1969 hingga
1974), Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail (1975 hingga 1979), dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Bentara Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau
melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (1982 hingga 1984)
dan Universiti Putra Malaysia (1996 hingga 1999).
• Beliau banyak menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil
penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif.
• Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga Sayembara
Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku Jua), tempat pertama
Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), hadiah
penghargaan Novel Remaja Utusan-Public Bank 1989 (bukan Untukku), tempat
pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas),
7
tempat kedua Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1991 (Mawar Putih Mawar
Merah) dan tempat kedua Peraduan Menulis Cerpen Kanak-kanak Hari Guru
Kebangsaan 2000 (Semerah Saga).
• Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches +
(SISC +) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
➢ Beb Sabariah
• Nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet
• Lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak.
• Lahir pada tahun 7 November 1949
• Menghasilkan novel Tirani.
• Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching.
• beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas diploma dari Maktab Perguruan Rajang
Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
• Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre
cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera.
• Menetap di Bandar raya Kuching.
8
➢ Sri Rahayu
• Sri Rahayu binti Mohd Yusop
• Tanjong Karang, Selangor
• 18 Jun 1976
• Karyawan yang menghasilkan novel Bima Sakti Menari.
• Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
• Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
• Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan
Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999).
• Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
➢ Nizar Parman
• Md. Nizar Bin Parman
• Dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.
• Karyawan yang menghasilkan novel Silir Daksina.
• Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat.
• Peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu
Pahat.
• Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.
• Nizar Parman gigih berkarya serta meraih pelbagai anugerah penulisan.
9
• Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan
Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak.
• Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.
• Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Peringkat
menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat.
• Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.
• Nizar Parman gigih berkarya serta meraih pelbagai anugerah penulisan.
• Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan
Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak
• Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.
• Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI.
➢ Ruhaini Matdarin
• Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth
• Lahir pada 16 Mac 1981
• Dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah
• Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik
• Penulis novel Jendela Menghadap Jalan
10
• Suka melancong dan membaca
• Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena
kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang
Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis
Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang
menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua
➢ Abdul Latip Talib
• Abdul Latip Bin Talib
• Lahir 2 Jun 1954
• Pemilik karya novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
• Seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia. Beliau mula menceburkan
diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada tahun 1999.
• Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang
ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam.
➢ Azmah Nordin
11
• Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia.
• Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah.
• Karyawan yang menghasilkan novel Pandai Kasih
• Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan menengah dalam aliran
Melayu dan Inggeris.
• Pada 1973 beliau berpindah ke Sabah dan menetap di sana.
• Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan
rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun
1986.
• Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.
12
➢ Dayang Noor
• Nor Aziza binti Sulaiman
• Lahir pada tahun 1974 di Pahang, Malaysia
• Pemilik karya novel Disebalik Dinara
• Memiliki Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
• 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
• Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
• Sekolah Menengah di Tun Fatimah, Johor Bahru (Aliran Sains).
2.2 Sinopsis setiap novel
• Jendela Menghadap Jalan
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan
bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti
bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke
kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk
bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara
orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal
13
perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana
mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa
oleh anak-anak mereka yang masih muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan
tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia
ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam
perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran
yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka
mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang
dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan
yang tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya
diselamatkan oleh Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah
dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah
yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang
untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya
akan dibantu sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah
menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap
jalan.
• Leftenan Adnan : Wira Bangsa
Pada awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk
kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada
sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut
dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan
tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung
keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan
anak yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh
14
tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh
getah. Selain itu, dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang. Pak
Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di
kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya
menjadi orang buruan inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa
Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa
pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah
telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu
anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak
Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.
Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh
Al-Hadi. Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk Bahanam
dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat
patriotisme yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan
terbaik untuk anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada
agama,bangsa,dan tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu
keagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan
sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka
orang melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh
membaca dan menulis sahaja.Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar
anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang
khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya
menjadi murtad. Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak
Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran inggeris. Bagi
Pak Saidi, masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang
15
Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan. Anak-anak perlulah
dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih
pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal
sebagai pelajar rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-
teman dan juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi
askar.Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah
Melayu Sungai Ramal. Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya
hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam
suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dikson. Kejayaan Adnan terpilih untuk
menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok kampung.
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera.
Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris. Adnan
tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi pengasas
Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang.
Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam
perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di
London. Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih. Adnan membawa
Sophia dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-
anaknya dan Isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan.
Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura. Mereka juga mahu
menjajah Tanah Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya
menyakinkan Mejar G.MC Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu
menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu. Pada 1 Januari 1935,
pasukan percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu
dengan kekuatan anggota sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepatkan pengambilan
anggota baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua kompeni
dilengkapi dengan platun mesingan, seksyen semboyan dan unit tambur. Pada 1
Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17
pegawai British, 6 pegawai melayu, 11 pegawai waran, 759 pegawai dan lain-lain
16
pangkat. Pada bulan Mac 1941, Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi
dua batalion. Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu
daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah berlangsung di Manila yang
dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan
perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan
mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal
tempur,kapal penjajap, dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini
merupakan isyarat jelas Bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan
askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8
Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat
oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang
pantai. Pada hari kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di
sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan
askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri. Namun, askar
Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.
Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan berundur.
Dengan itu, askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun
dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu,
Kelantan. Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun
Yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya, negeri-
negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun. Kemudian,mereka
terus mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah
kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun
mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang
pantai.British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan
Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal
17
perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang
melakukan serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah
mengejutkan
British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya. Namun, mereka masih
percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah Singapura. Malah
Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun.
Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura,naskar Melayu
telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152
orang askar melayu, termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar
Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah
Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang
masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.nPada 15 Februari
1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran hebat.
Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
• Pantai Kasih
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi
kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya,
Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus
menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini
membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat
18
hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam
bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah
guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur
surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam
spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun
kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah
beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya
pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari
pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor,
Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi
komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai
tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor
Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang
dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit
yang berpendapatan sederhana
• Disebalik Dinara
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk
menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki
rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu
rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan
adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah
simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari
19
kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan
RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer
Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan
Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah
rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha
diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical
backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama
di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah
dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia
telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk
menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka
Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba
dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang
besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke
rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa
dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat.
Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut
apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa
dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha
namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang
penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
20
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,
Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak
memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy
melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan
melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat
berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri
di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa
Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung
dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke
situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan
Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang
suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah
penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar
Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl
kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti
Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab
semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali
dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan
diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan
amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh
Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan
menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab
21
telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa
kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa
dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul
7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh
menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida.
Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan
bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
• Songket Berbenang Emas
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi
oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya
setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital
Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga
dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan
kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan
Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup
Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong
oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya
menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan
pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
• Tirani
22
Tirani mengisahkan kehidupan seorang gadis, iaitu Waheeda Nurlyana yang mahu
menjadi wanita cantik. Dia telah melakukan pembedahan rekonstruksi membetulkan
hidungnya yang dicakar dan digigit monyet. Dengan kejayaannya menjadi cantik
datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Waheeda yang bekerja dalam
sektor pelancongan telah bertemu jodoh dengan suaminya, Zahid. Kecantikan dan
kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.
Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Kehidupan Waheeda menjadi lebih rumit apabila Zahid telah menceraikannya.
Penceraian itu berpunca daripada sikap cemburu wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikan diri Waheeda dan ditambah dengan perasaan cemburu oleh
Zahid. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa
setelah diceraikan oleh suaminya. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan
berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron
Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran banyak pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan
di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup
bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu tirani.
• Bima Sakti Menari
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan
alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya
runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan
yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
23
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak
sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak
Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik
yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian
agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang
oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad
Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu
dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di
stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat
bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan
Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa
orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua
Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua
Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan
ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak
dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula
bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan
hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
24
• Silir Daksina
Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip lama.
Alamat pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi
pengirimnya berbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang
terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah
hidup arwah ayahnya iaitu Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak
Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya
walaupun niat itu ditentang oleh uminya. Walid tidak menghalang pemergian Haiqal
malah berjanji akan mengirimkan wang kepadanya untuk dibelanjakan ketika di Johor.
Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama disambut baik oleh penduduk-penduduk
di sana terutamanya Tauke Ong. Kemudian, Tauke Ong telah menyerahkan wang
simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit kepada Haiqal untuk
diuruskan. Haiqal telah mengenali anak Tauke Ong iaitu Ong See Hwa. Haiqal
mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Haiqal juga
telah bersahabat baik dengan Lazim. Perkenalan Haiqal dengan Lazim dan Ong See
Hwa memudahkan Haiqal untuk menjejak warisan Abdullah bin Kayan. Mereka telah
menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya lama.
Haiqal mendapat bahawa arwah bapanya merupakan orang yang hebat dalam bidang
seni dan sastera. Haiqal juga mendapat tahu bahawa bakat arwah ayahnya diiktiraf
oleh pihak kerajaan negeri.
Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama hanyalah untuk mencari kenangan yang
ditinggalkan oleh Abdullah bin Kayan. Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar,
Haji Salim dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan
kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana mereka melihat semangat
kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu
menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik.
Haiqal dan penggiat tarian zapin jincat seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah
bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin. Ketika hari persembahan,
Lazim telah ditimpa kemalangan. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian
zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana
25
terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid dan Nurul Aisyah juga turut
hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur
Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal
daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal.
Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal melanjutkan pelajaran
dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.
2.3 Tarikan setiap novel
• Jendela Menghadap Jalan
Novel ini mengisahkan tentang persahabatan dan kekeluargaan. Novel ini dapat
menarik minat remaja kini untuk membaca adalah kerana penulis menampilkan tema
permasalahan remaja kini seperti hal-hal kekeluargaan, persahabatan dan sebagainya.
Novel begini kena dengan cita rasa remaja kini kerana ia bertepatan dengan cita rasa
mereka dan juga mereka dapat mendalami perwatakan watak tersebut.
• Leftenan Adnan : Wira Bangsa
Novel ini menarik perhatian pembaca dan istimewa kerana perwatakan watak utama
dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca
terutama generasi muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang
mempertahankan negara. Novel ini memberikan nilai dan pengajaran kepada remaja
kini untuk membuka minda mereka. Selain itu, mereka juga dapat melahirkan motivasi
diri dalam kehidupan harian mereka. Sebilangan remaja lebih gemar novel yang
bergenre begini.
• Pantai Kasih
Novel ini membuatkan pembaca tertanya- tanya apa yang akan berlaku selanjutnya
sebagai contoh pembaca akan tertanya- tanya mengapa Unong Sinon membuat
pembedahan sebanyak 5 kali tetapi masih belum sembuh dan apakah yang akan
berlaku seterusnya? Novel begini juga adalah ciri-ciri novel yang diminati remaja
26
kerana mereka akan terus-menerus untuk membaca novel tersebut sehingga
pertanyaan mereka terungkai.
• Disebalik Dinara
Novel ini mengisahkan ketabsuban sesetengah golongan remaja yang mengejar
kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusian. Novel ini juga
mengisahkan tentang dendam seseorang pihak kepada pihak yang lain. Novel ini
bergenre fiksyen iaitu genre yang seeing digemari remaja kini. Masyarakat Malaysia
pada hari lebih gemar sesuatu yang bertentangan dengan kehidupan normal.
• Songket Berbenang Emas
Novel menampilkan banyak nilai murni di dalamnya. Nilai dan pengajaran dalam
sesebuah karya juga perlu diberi penekanan bagi menghasilkan karya yang menarik
dan bermutu tinggi. Karya sastera yang seronok dibaca tetapi tidak meninggalkan
sebarang pengajaran kepada pembaca tidak ubah seperti bahan picisan yang sekadar
menjadi hiburan murahan. Sesebuah karya haruslah menampilkan nilai-nilai murni
yang dapat memberikan kesan kepada pembaca dan seterusnya secara tidak langsung
membentuk jati diri pelajar bermoral tinggi dalam usaha melahirkan modal insan yang
berminda kelas pertama.
• Tirani
Remaja boleh memupuk nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut. Waheeda
yang sentiasa bersikap positif dan mempunyai pendirian yang tegas boleh menjadikan
ikhtibar kepada remaja kini untuk terus bangkit walaupun berada dalam keadaan hang
sangat genting. Novel ini sangat menarik dan dapat diberikan perhatian oleh remaja
kini kerana daripada nilai-nilai yang terdapat di dalam novel tersebut dan alur cerita
yang menarik yang dapat memberikan inspirasa kepada pembaca.
• Bima Sakti Menari
27
Novel ini juga membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang penyelesaian yang akan
dibuat oleh Nurul Hafsa yang berjanji untuk mengembalikan kegelapan di Negeri
Selangor agar bintang-bintang kelihatan semula dan juga ingin mengetahui sama ada
cara tersebut berjaya atau tidak dalam usaha melestarikan alam sekitar. Selain itu,
novel ini juga memaparkan nilai tidak putus asa dalam menepati janjinya itu. Novel
ini dapat diberikan pengajaran kepada remaja kini dan juga dapat menarik minat
remaja untuk membacanya disebabkan oleh perwatakan watak yang boleh dijadikan
contoh kepada remaja kini.
• Silir Daksina
Novel ini mengadungi ciri- ciri yang diminati oleh sesetengah remaja dan sesetengah
pembaca novel. Hal ini demikian kerana novel ini menyelitkan unsur tanda tanya
tentang kewujudan manuskrip lama. Selain itu, novel tersebut juga memaparkan
masalah yang dihadapi oleh watak utama yang juga merupakan masalah realiti yang
akan berlaku dalam kehidupan kita. Jadi, penulis memberikan situasi yang kita dapat
mendalami dan dapat memahami situasi watak utama tersebut. Mengadungi nilai
murni dan pengajaran serta mengadungi unsur saspens yang akan menimbulkan rasa
ingin tahu pembaca.
28
3.1 Jenis novel
Tingkatan 4
• Di Sebalik Dinara : Fiksyen
• Jendela Menghadap Jalan : Fiksyen
• Pantai Kasih : Fiksyen
• Leftenan Adnan Wira Bangsa : Bukan Fiksyen
Tingkatan 5
• Tirani : Fiksyen
• Songket Berbenang Emas : Fiksyen
• Silir Daksina : Fiksyen
• Bimasakti Menari : Fiksyen
3.2 Proses pengumpulan data
▪ 26/07/2021 – Guru membentangkan arahan tentang tugasan kepada pelajar.
▪ 29/07/2021 – Saya melayari internet untuk mengumpul semua maklumat tentang
tugasan tersebut.
▪ 03/07/2021 – Saya mulakan lakaran draf untuk setiap bab berdasarkan task sheet
yang diberikan oleh guru.
▪ 10/08/2021 – Saya mula menyiapkan tugasan kajian berdasarkan draf yang dibuat.
▪ 16/08/2021 – Saya memperbaiki kajian tersebut mengikut arahan guru San mentor.
29
3.3 Tema setiap novel
Tingkatan 4
• Jendela Menghadap Jalan : kegagahan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran
dan rintangan.
• Pantai Kasih : kecekalan dalam menghadapi kematian anak perempuannya.
• Leftenan Adnan Wira Bangsa : keberanian seorang anggota tentera dalam
mempertahankan tanah air.
• Di Sebalik Dinara : ketaasuban terhadap teknologi hingga mengetepikan nilai kemanusiaan
Tingkatan 5
• Tirani : kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai jenis cabaran dan dugaan
dalam kehidupannya.
• Songket Berbenang Emas : ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup
• Silir Daksina : ketabahan dalam menghadapi konflik di antara keluarga yang berpunca
daripada kes penceraian ibubapa.
• Bimasakti Menari : kegigihan anak muda dalam mengusahakan lestari alam sekitar.
3.4 Keunikan dalam novel
• Jendela menghadap jalan
Novel ini mengisahkan tentang persahabatan dan kekeluargaan. Karya seperti ini jarang
dituliskan orang penulis-penulis novel di Malaysia kerana bagi mereka mungkin novel
seperti ini tidak akan dapat menarik minat pembaca tetapi walau bagaimanapu novel
seperti ini dapat memberikan ikhtibar kepada remaja kini kerana ia mengandungi
banyak unsur-unsur pengajaran yang sangat berguna.
• Pantai Kasih
Novel ini unik kerana mempunyai unsur pertanyaan kepada pembaca tentang jalan
cerita yang ditulis dan membuatkan mereka tertanya-tanya tentang pengakhiran novel
tersebut.
30
• Leftenan Adnan : Wira Bangsa
Mempunyai keunikan yang tersendiri dengan cerita yang menceritakan tentang
perjuangan seorang askar yang berani berjuang dalam mempertahankan negara demi
kemerdekaan.
• Di Sebalik Dinara
Novel ini unik dalam mengisahkan tentang dendam diantara satu sama lain dalam
mengejar kemajuan teknologi. Mengajar pembaca tentang bahaya sifat kebencian dan
pendendam seseorang serta sentiasa berbuat baik supaya tidak berlaku perkara yang
tidak diingini kelak.
• Tirani
Keunikan novel ini adalah penulis membuat pembaca tertanya-tanya tentang kejadian
yang akan berlaku seterusnya.
• Songket Berbenang Emas
Berunsurkan banyak pengajaran yang dapat dijadikan ikhtibar oleh semua pembaca
disebabkan oleh sifat perwatakan watak utama yang gagah dalam meneruskan hidup
walaupun menghadapi banyak cabaran.
• Silir Daksina
Unik kerana mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang mempunyai ibubapa
yang sudah bercerai. Novel ini juga nengunsurkan pengajaran dan juga mempunyai
unsur saspens yang membuatkan pembaca berteka-teki dan tertanya-tanya.
• Bimasakti Menari
Keunikan novel ialah penulis menulis karya tentang topik yang jarang diberi perhatian
oleh remaja kini iaitu tentang alam sekitar. Mempunyai unsur pengajaran dan
membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang pengakhiran yang akan berlaku dalam
novel tersebut.
3.5 Persamaan novel
Novel tersebut mempunyai jalan cerita yang sama iaitu seperti novel Tirani dan Pantai
Kasih yang menceritakan tentang kegigihan seseorang dalam mencapai kejayaan.
Manakala, novel Songket Berbenang Emas pula mempunyai persamaan dalam penghasilan
31
unsur-unsur saspen supaya menjadikan novel tersebut lebih menarik. Akhir sekali, novel
Songket Berbenang Emas dan Silir Daksina yang menceritakan tentang ketabahan dalam
menghadapi konflik dalam sebuah keluarga.
3.6 Keterbezaan antara novel
Novel tersebut mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza dan penulis memiliki idea yang
berlainan bagi menghasilkan jalan cerita yang tersendiri untuk menyelitkan unsur
pengajaran yang terdapat dalam novel masing-masing. Selain itu, terdapat juga perbezaan
antara jenis novel seperti novel fiksyen dan juga novel bukan fiksyen sebagai contoh
terdapat 7 novel yang berjenis fiksyen dan hanya 1 novel sahaja yang bukan fiksyen iaitu
novel Leftenan Adnan : Wira Bangsa.
3.7 Perbandingan antara novel Malaysia dan luar negara
Bagi pendapat saya, novel Malaysia lebih menarik berbanding novel yang terdapat di luar
negara kerana novel Malaysia lebih mempunyai imajinasi yang tinggi dan dapat
menghasilkan novel fiksyen yang lebih menarik berbanding di luar negara. Selain itu, novel
Malaysia juga lebih mendalami cita rasa pembaca dan dapat meninggalkan kesan yang
mendalam dalam hati pembaca yang membaca. Akhir sekali, penulis tempatan juga akan
menghasilkan novel yang berkaitan dengan keadaan yang sering berlaku kini tentang
konflik dalam persahabtan, kekeluargaan dan percintaan bagi membuatkan pembaca lebih
mendalami isu yang berlaku. Walau bagaimanapun, novel luar negara juga menarik. Hal
ini bergantung kepada pembaca itu tersendiri sama ada dia lebih gemar novel luar negara
atau novel tempatan
3.8 Novel dan kehidupan
Novel-novel tersebut mengandungi banyak unsur pengajaran yang dapat diambil oleh
pembaca sebagai ikhtibar dalam kehidupan. Sebagai contoh, nilai ketabahan yang ada
diterapkan di dalam novel Songket Berbenang Emas, Pantai Kasih serta Di Sebalik Dinar.
3.9 Kedudukan novel
1. Di sebalik Dinara
32
2. Songket Berbenang Emas
3. Jendela Menghadap Jalan
4. Silir Daksina
5. Leftenan Adnan : Wira Bangsa
6. Tirani
7. Pantai Kasih
8. Bimasakti Menari
3.10 Kesimpulan
Kesimpulannya, novel-novel ini agak menarik dan membuatkan sesetengah pelajar tidak
bosan untuk membaca dan mempelajari tentang novel tersebut. Selain daripada itu, novel
ini juga mempunyai banyak unsur pengajaran yang dapat dihadam oleh pelajar kini sebagai
ikhtibar supaya mereka menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan kelak.
4.1 Rumusan kajian
Penulis yang ingin menarik minat pembaca perlu memaparkan alur cerita yang kena
dengan cita rasa pembaca kini dan perlu berkait dengan isu semasa yang sering terjadi pada
masa kini seperti konflik antara keluarga, pasangan atau sahabat, Dengan itu, pembaca
akan dapat lebih mendalami cerita tersebut dan memahami jalan cerita yang hendak
disampaikan. Selain itu, penulis juga perlu memaparkan unsur pengajaran atau nasihat di
dalam novel tersebut supaya pembaca boleh menjadikan pengajaran dan nasihat itu sebagai
panduan hidup mereka.
4.2 Implikasi dan cadangan
Penulis perlu lebih berkretiviti dalam menulis jalan cerita yang lebih menarik dan perlu
mempunyai imajinasi yang tinggi dalam menciptakan sesebuah karya yang bermutu tinggi
dan kena dengan cita rasa remaja kini supaya mereka lebih cenderung untuk membaca
novel tempatan berbanding dengan novel luar negara.
33
4.3 Hipotesis akhir
Setiap pembaca mempunyai minat yang tersendiri dalam memilih karya yang ingin dibaca.
Jadi setiap novel yang ditulis mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri. Oleh itu, tidak
semua pembaca menggemar membaca jenis atau genre novel yang sama, ia bergantung kepada
minat pembaca itu.
4.4 Penutup
Kesimpulan yang dapat saya buat disini berdasarkan kajian yang saya lakukan ialah setiap
pembaca mempunyai minat yang tersendiri dalam memilih sesuatu novel. Selain itu, penulis
juga mempunyai kretiviti dan imajinasi yang tinggi dalam mencipta alur cerita yang tersendiri.
Jadi, kita perlulah menghargai jasa karyawan yang telah bertungkus-lumus dalam
menghasilkan karya yang bermutu tinggi demi memenuhi cita rasa pembaca.
4.5 Rujukan
• https://karangan.net/komsas-bm-sinopsis-
novelhttp://noveljendelamenghadapjalan.blogspot.com/2016/12/sinopsis.html-
silir-daksina/
• https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-leftenan-adnan-
wira.html
• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-komsas.html
• https://www.ipendidikan.my/novel-songket-berbenang-emas.html
• https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html
• https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-pantai-kasih-sinopsis-
keseluruhan.html
• https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-di-sebalik-dinara.html
34
35