The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrlsyuehada, 2021-03-31 22:40:43

PENGUCAPAN AWAM DAN PROTOKOL-converted

PENGUCAPAN AWAM DAN PROTOKOL-converted

PENGUCAPAN AWAM DAN
PROTOKOL

NAMA: NURUL SYUHADA BINTI ABD WAHAB
KELAS: 501
NOMBOR MAKTAB: MJ204316

1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 MAKSUD PENGUCAPAN AWAM

Pengucapan awam bermaksud proses komunikasi oleh manusia untuk menghantar
dan menerima maklumat yang bertujuan untuk memberi maklumat, menghibur dan
memujuk para pendengar.

1.2 MAKSUD PROTOKOL

Perkataan 'protokol' dikatakan berasal daripada Bahasa Yunani iaitu protokollen yang
menggabungkan dua kata dasar, protos dan koll. Protos bermaksud yang pertama
manakala koll membawa maksud pelekat. Pelekat yang "pertama" merujuk sehelai
kertas yang ditampalkan pada dokumen undang-undang untuk membuktikan
kesahihannya.

Istilah protokol ini berubah-ubah dari segi penggunaannya. Pada suatu ketika,

protokol dimaksudkan sebagai surat cara atau surat rasmi yang asal, berkenaan

keputusan perundingan atau persetujuan dalam perjanjian. Kemudian protokol juga

dirujuk pada bidang tatasusila diplomatik.

Dalam kehidupan rakyat di Malaysia, perkataan protokol mungkin baru tetapi amalan
protokol telahpun dipakai sejak dahulu lagi. Jika susunan keutamaan yang menjadi
takrif utama, maka hal ini sudah wujud. Bahasa istana atau bahasa diraja dan tertib
menghadap raja dan pembesar adalah etiket sosial yang telah sebati dengan budaya
Melayu. Ringkasnya pada zaman kerajaan Melayu tradisi, protokol ini lebi banyak
dilihat sebagai adat istiadat dan pantang larang istana.

2

1.3 SIAPA YANG PERLU BELAJAR PENGUCAPAN AWAM DAN APAKAH
KEPENTINGANNYA?

Mereka yang perlu belajar pengucapan awam ialah mereka yang menjadi
pemimpin masyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta
individu yang perlu bercakap di khalayak ramai.

Kepentingan belajar pengucapan awam:

• Pengucapan awam dapat membantu memudahkan kerja seterusnya
meningkat jualan di syarikat pekerjaan individu.

• Pengucapan awam dapat membantu menukarkan idea kita dalam bentuk
kata-kata yang dapat dipahami dengan mudah oleh orang lain seterusnya
dapat meyakinkan mereka untuk menerima idea kita.

• Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik, senang
dinaikkan pangkat.

• Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik adalah
seorang pemimpin secara semula jadi. Setiap kata-kata yang keluar dari
mulutnya adalah fakta semata-mata dan bukan bualan kosong. Pekerja
seperti ini akan disenangi dan dihormati oleh orang sekeliling.

• Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik selalunya
adalah seorang yang peramah.

• Pekerja yang mempunyai kemahiran pengucapan awam yang baik selalunya
banyak membaca dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai
bidang

3

2.0 CIRI-CIRI PENGUCAPAN AWAM YANG
BAIK

1. Pengucap
Pengucap merupakan seorang individu yang mempunyai mesej dan berperanan
menyampaikan mesej kepada orang lain. Selain itu, pengucap hendaklah memastikan
apa yang disampaikannya difahami oleh orang yang mendengar dengan jelas.

2. Pendengar
Orang yang menerima mesej pula dinamakan sebagai pendengar atau penerima.
Peranan utama seorang pendengar ialah menganalisis dan mentafsir mesej yang
diterima serta memberi respons kepada pengucap. Respons yang diberikan tidak
kiralah sama ada berbentuk lisan atau bukan lisan.

3. Mesej
Mesej diwakili oleh simbol-simbol lisan dan bukan lisan yang dihantar daripada
pengucap kepada penerima melalui kaedah lisan, tulisan mahupun medium
pengantaraan.

4. Maklum balas
Maklum balas atau respon merupakan tindakan pendengar selepas menerima mesej
daripada pengucap. Respons boleh berbentuk lisan mahupun bukan tulisan daripada
penerima mesej tersebut.

5. Gangguan
Gangguan boleh berlaku dalam proses komunikasi kerana terdapat banyak faktor
yang mempengaruhi keadaan ini. Gangguan-gangguan ini berpunca daripada fizikal,
teknikal, fisologi, semantik dan banyak lagi. Salah satu contoh ketara yang sering
berlaku di majlis umum ialah masalah teknikal berhubungan dengan projektor atau
alat pembesar suara. Perkara sebegini boleh menghilangkan minat para pendengar
yang sedang menumpukan perhatian.

4

3.0 TIP-TIP PENGUCAPAN AWAM YANG
BERKESAN

1. Pandangan pertama (first impression) penting daripada aspek cara
berpakaian yang sesuai dan pastikan anda mulakan dengan senyuman.
Ucapkan kata-kata yang menunjukkan atau memberi tanda yang anda amat
menyenangi pendengar serta mengutamakan mereka

2. Kenali tempat pengucapan dengan melihat suasana sekitar terlebih dahulu
sebelum berucap dan datang 15 minit lebih awal untuk persiapan yang rapi
supaya anda tidak kelihatan kelam kabut.

3. Mengenali pendengar yang hadir dari segi lingkungan umur, taraf pendidikan,
bahasa yang senang difahami agar anda dapat meyampaikan ucapan
dengan yakin dan mudah difahami oleh pendengar

4. Sentiasa bertenang dan tidak rasa terlalu gementar atau takut untuk
berhadapan khalayak ramai

5. Sampaikan ucapan dari dalam diri anda seikhlas yang boleh agar para
pendengar dapat terkesan atau merasa keikhlasan ucapan anda. Ucapan
yang datang dari diri yang ikhlas lebih mudah untuk pendengar
memahaminya

6. Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda
berucap. emosi anda berada dalam keadaan positif kerana sebarang emosi
anda sama ada positif atau negatif akan juga turut dirasai oleh pendengar

7. Fokuskan diri anda untuk menyampaikan ucapan yang terbaik bukan
fikirkan ketakutan atau kecemasan

8. Jika ada sebarang kesilapan misalnya tidak ingat maka teruskan sahaja
ucapan anda dan jangan sesekali memohon maaf menampakkan
kesalahan anda pada masa berucap.

9. Bercakap dengan jelas dan lantang, jangan terlalu cepat dan pastikan
setiap patah kata-kata jelas. Pengucap digalakkan mengunakan
pergerakan tangan.

5

4.0 PENUTUP

Pengucapan awam merupakan platform dimana individu menyuarakan
pendapat secara spontan atau tidak. Sebagai murid cemerlang, kita
seharusnya menguasai Teknik pengucapan awam malah sering bercakap di
khalayak ramai. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan diri serta memupuk
sikap berani dalam diri masing masing untuk menempuh perjalanan hidup.
Oleh itu, kita perlulah menguasai pengucapan awam agar dapat melahirkan
insan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Seperti kata pepatah
sediakan paying sebelum hujan.

6


Click to View FlipBook Version