BERITA UkurApril - Jun 2020
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
LAWATAN KERJA YB MENTERI
TENAGA DAN SUMBER ASLI
KE JUPEM
EDISI 77
Penasihat SiDANG
YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia PENGARANG
Pengerusi
YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali Assalamualaikum WBT
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan Salam Sejahtera.
Ketua Penyunting
Sr Tsalimy bin Abdullah Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada sukuan kedua bagi tahun 2020
Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat di lembaran Berita Ukur Bil. 77, edisi April sehingga Jun 2020.
Ketua Percetakan
Sr Zoher bin Nomanbhoy Sedar atau tidak kita telah berada di suku kedua tahun 2020, sidang
Pengarah Ukur Bahagian Kartografi dan GIS pengarang Berita Ukur Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia berazam
Penyunting akan menyajikan lebih banyak berita dan peristiwa menarik dengan
Sr Abd Rahman bin Mohd Jazuli @ Mahmood reka bentuk dan paparan yang lebih segar dari pelbagai Bahagian
Mohd Hilmi bin Abdullah dan JUPEM Negeri termasuk aktiviti - aktiviti rasmi dan tidak rasmi
Pengarang / Jurugambar anjuran jabatan. Pastinya artikel yang disajikan di dalam Berita Ukur
Hasni bin Omar Bil. 77 dapat dijadikan sumber bahan bacaan dan maklumat ilmiah
Sri Muhammad Afwan bin Zainal untuk tatapan warga JUPEM dan semua pembaca.
Rekabentuk / Rekaletak
Mohd Radzi bin Ahmad Akhir sekali, sidang pengarang amat mengalu - alukan sebarang
Siti Aishah binti Sharom sumbangan dan apa jua hasil karya penulisan untuk dimuatkan
dalam berita ukur edisi seterusnya. Karya - karya tersebut boleh
Terbitan: diemelkan kepada sidang pengarang melalui emel mohdhilmi@
Bahagian Perancangan dan Korporat jupem.gov.my.
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 13, Wisma JUPEM Akhir kalam, selamat membaca.
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur
Tel : 03-26170800
Fax : 03-26170990
www.jupem.gov.my
Cetakan:
Seksyen Percetakan
Bahagian Kartografi dan GIS
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur
https://www.facebook.com/jupemKeTSA/
https://www.instagram.com/jupemketsa
https://twitter.com/jupemKeTSA
Berita Ukur Edisi 77
KANDUNGAN
04 LAWATAN KERJA YB MENTERI TENAGA
DAN SUMBER ASLI KE JUPEM
06 LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI 04
TENAGA DAN SUMBER ASLI KE JUPEM
10 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
16 AKTIVITI CERAPAN GERHANA MATAHARI SEPARA
18 LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ KETUA PENGARAH UKUR DAN
PEMETAAN MALAYSIA KE JUPEM SELANGOR
20 LAWATAN KERJA BAHAGIAN PERANCANGAN DAN
KORPORAT, IBU PEJABAT JUPEM KE GALERI UKUR INSTUN
06
16 10
18 20
LAWATAN KERJA YB MENTERI TENAGA
DAN SUMBER ASLI KE JUPEM
Penyerahan dana terkumpul kepada tabung Covid Pada 9 April 2020, YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj.
-19 KeTSA Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah
mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Kedatangan YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah, Menteri
Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah disambut oleh YBhg. Dato’
Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia; Brig. Jen. Hj. Zakaria bin Abdul Rahman, Pengarah
Bahagian Geospatial Pertahanan dan Sr Tsalimy bin Abdullah,
Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat serta
pegawai - pegawai JUPEM. Taklimat mengenai aplikasi Dashboard
Web GIS yang memberi input dan maklumat pemetaan berkaitan
COVID - 19 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis
Keselamatan Negara (MKN) turut diberi semasa lawatan ini.
Bersempena dengan lawatan kerja ini, satu majlis penyerahan
dana terkumpul berjumlah RM145,000.00 kepada Tabung COVID
- 19 KeTSA telah diserahkan kepada YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar
bin Hj. Nasarah, ia merupakan tanda sokongan dalam usaha
pencegahan penularan wabak COVID -19 di Malaysia. Dana
tersebut merupakan sumbangan daripada badan - badan dan
Pertubuhan Bukan Kerajaan bersama JUPEM seperti Lembaga
Jurukur Tanah Malaysia (LJT), Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah
Malaysia (PEJUTA), Geomatics and Land Surveying Division
(GLS), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Koperasi
Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA), Koperasi Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM), Yayasan Kebajikan
Jurukur Tanah Berdaftar, Geospatial Sciences & Technology
College (GSTC) dan Majlis Sukan JUPEM.
YBhg. Dato’ KPUP memberi penerangan
mengenai Dashboard JUPEM kepada
YB Dato’ Menteri KeTSA
4 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
YB Dato’ Menteri KeTSA menandatangan buku kunjungan hormat JUPEM
YBhg. Dato’ KPUP menyerahkan cenderahati kepada YB Dato’ Menteri KeTSA
Ketibaan YB Dato’ Menteri KeTSA
BERITA UKUR 77 5
LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI
TENAGA DAN SUMBER ASLI KE JUPEM
YB Timbalan Menteri KeTSA
YBhg. Dato’ KPUP memberi penerangan aktiviti dan fungsi JUPEM
kepada YB Timbalan Menteri KeTSA
6 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
YBhg. Dato’ KPUP menyerahkan cenderahati kepada Pada 5 Mei 2020, YB Tuan Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga
YB Timbalan Menteri KeTSA dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengadakan lawatan kerja
ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).Kehadiran
YB Timbalan Menteri disambut oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin
Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia; YBrs. Sr
Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
II; YBrs. Mohd ‘Ashraf bin Mohd Noor, Setiausaha Bahagian Kanan
(Tanah, Ukur dan Geospatial), KeTSA; Kol. Sr Muhamad Nadzir bin
Mat Isin, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan; Sr
Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan
Korporat dan pegawai - pegawai JUPEM.
YB Timbalan Menteri turut diberi taklimat berkaitan peranan dan
fungsi JUPEM oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan pembentangan
aplikasi Dashboard Web GIS COVID - 19 yang memberi input dan
maklumat terkini kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh Lt. Kol. Norazlin binti Pamuji,
Pengarah Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial.
YB Timbalan Menteri KeTSA dalam bilik operasi Bahagian Geospatial Pertahanan JUPEM. 7
BERITA UKUR 77
CERAPAN HILAL PENENTUAN
RAMADAN DAN SYAWAL 1441H
Pada 23 April 2020 bersamaan 29 Syaaban 1441H, Analisis kedudukan hilal Balai Cerap Al - Khawarizmi, Tg. Bidara, Melaka
Cerapan Hilal Penentuan Ramadan 1441 Hijriah
telah diadakan di Balai - balai Cerap di seluruh
Malaysia. Manakala pada 22 Mei 2020 bersamaan 29
Ramadan 1441H Cerapan Hilal Syawal telah diadakan.
Penentuan Aidilfitri di Malaysia adalah berpandukan
kepada rukyah dan hisab seperti yang telah diputuskan
oleh Majlis Raja - Raja Malaysia. Sebagai makluman
umum, perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar
Raja - Raja Malaysia adalah selepas mendapat laporan
keseluruhan cerapan yang dilaksanakan pada tarikh
melihat anak bulan (29hb) bulan sebelumnya.
Penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah
di Malaysia adalah berdasarkan kriteria kebolehnampakan
hilal atau disebut sebagai Imkanur - rukyah. Kriteria
Imkanur - rukyah (kebolehnampakan) ialah penentuan
masuknya awal bulan baru, apabila kedudukan hilal
ketika matahari terbenam berada dalam keadaan yang
kemungkinan kenampakannya dan hilal dianggap boleh
kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat -
syarat berikut iaitu ketika matahari terbenam, ketinggian
anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2° dan
jarak lengkung (bulan - matahari) tidak kurang daripada
3° atau ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak
kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku).
Kebolehnampakan hilal bergantung kepada beberapa
faktor antaranya ialah cuaca semasa cerapan dijalankan
di balai cerap, di mana bagi negeri Melaka pada masa
cerapan dijalankan cuaca hujan renyai - renyai serta
cuaca mendung dan awan tebal maka hilal tidak
nampak/kelihatan.
Cerapan Hilal Ramadan JUPEM Melaka Cerapan Hilal Ramadan JUPEM Perlis
8 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
Cerapan Hilal Ramadan JUPEM Terengganu Cerapan Hilal Syawal JUPEM Pahang
Cerapan Hilal Syawal JUPEM Sarawak Cerapan Hilal Syawal JUPEM Pahang Cerapan Hilal Syawal JUPEM Terengganu
Cerapan Hilal Syawal JUPEM Kedah Cerapan Hilal Syawal JUPEM Perlis
BERITA UKUR 77 9
Majlis APC JUPEM Ibu Pejabat
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA Pada 9 Jun 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah
Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penyerahan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2019 peringkat Ibu
Pejabat JUPEM bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia, Wisma JUPEM.
Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali,
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan YBrs. Sr Sohaime bin Hj.
Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II. Seramai 58 penerima
APC di Ibu Pejabat JUPEM telah terpilih untuk menerima APC tahun 2019
dan majlis penyerahan ini diadakan secara sederhana melalui tiga (3) sesi
bagi mematuhi arahan dan langkah - langkah keselamatan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan.
Majlis Penyerahan APC ini turut diadakan di peringkat JUPEM Negeri, Pejabat
Ukur Daerah/Jajahan dan Pejabat Topografi Wilayah bagi meraikan kakitangan
JUPEM yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang pada tahun
2019. Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2019 dan terima
kasih kepada pihak urus setia kerana berjaya mengadakan majlis ini dengan
sempurna dan mengikut syarat - syarat Standard Operating Procedure (SOP)
yang telah ditetapan oleh kerajaan.
Barisan penerima APC JUPEM Selangor
10 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
Penerima APC JUPEM Pahang
Majlis APC JUPEM WP Labuan
Majlis APC JUPEM Johor
Barisan penerima APC JUPEM Pulau Pinang
Majlis APC JUPEM Perlis
Majlis APC JUPEM Pulau Pinang
BERITA UKUR 77 11
YBhg. Dato’ KPUP menyampaikan sijil anugerah perkhidmatan
cemerlang kepada kakitangan JUPEM Pahang
YBhg. Dato’ KPUP mempengerusikan mesyuarat semasa lawatan
kerja di JUPEM Pahang
LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ KETUA
PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
KE JUPEM PAHANG
Pada 15 Jun 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin
Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke
Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang
dan kedatangan beliau telah disambut oleh YBrs. Sr
Hj. Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah
Ukur dan Pemetaan Pahang beserta para pegawai
JUPEM Pahang.
Antara aktiviti semasa lawatan YBhg. Dato KPUP
adalah merasmikan Bilik Operasi UAV JUPEM Pahang,
penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
kepada pegawai JUPEM Pahang dan penyerahan alat
Total Station kepada Jabatan Agama Islam Pahang
(JAIP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Turut
hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBhg. Datin Hindon
bin Osman, Pengerusi Puspanita JUPEM.
Pada akhir lawatan tersebut, YBrs. Sr Hj. Wan
Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur dan
Pemetaan Pahang telah menyampaikan cenderahati
kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia sebagai tanda
kenang - kenangan.
Peralatan di Bilik Operasi UAV JUPEM Pahang
12 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
YBhg. Dato’ KPUP menyerahkan alat total station kepada
wakil Jabatan Agama Islam Pahang
YBhg. Dato’ KPUP merasmikan Bilik Operasi UAV JUPEM Pahang
YBhg. Dato’ KPUP menyerahkan alat total station kepada
wakil Universiti Teknologi Malaysia
YBhg. Dato’ KPUP menandatanggani plat perasmian bilik operasi UAV JUPEM Pahang
BERITA UKUR 77 13
Handing Over of Assigment Notes RISM antara YBhg. Dato’ KPUP
dengan Naib Pengerusi Bahagian GLS RISM
YBhg. Dato’ KPUP menandatangani Handing “ HANDING OVER OF
Over of Assigment Notes RISM ASSIGNMENT NOTES”
Pada 16 Jun 2020, satu majlis
Handing Over of Assignment
Notes RISM telah diadakan di
Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia, Wisma JUPEM.
Majlis diadakan untuk penyerahan
tugas antara YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari
bin Mohamed, Mantan Pengerusi
RISM bersama Sr Johari bin Wahab,
Pengerusi baharu RISM.
Majlis ini turut dihadiri oleh Sr Dr. Mohd
Yunus bin Mohd Yusoff, Pengarah
Ukur Bahagian Ukur Geodetik; Sr
Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah
Ukur dan Pemetaan JUPEM Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya dan Sr Nur Zurairah binti
Abdul Halim, Penolong Pengarah
Ukur Seksyen Naziran Kadaster.
14 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
YBhg. Dato’ KPUP menandatangan buku kunjungan hormat YBhg. Dato’ KPUP melihat kerja pemprosesan data
Pada 23 Jun 2020, YBhg. Dato’Sr Dr.Azhari
bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia telah meluangkan
masa mengadakan sesi “Walkabout” bilangan
1 ke Bahagian Kartografi dan GIS. YBhg.
Dato’ KPUP turut diiringi oleh Sr Tsalimy bin
Abdullah, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan
dan Korporat. Sesi “Walkabout” oleh YBhg.
Dato’ KPUP ini disambut oleh oleh Sr Zoher
bin Nomanbhoy, Pengarah Ukur Bahagian
Kartografi dan GIS (BKGIS) dan pegawai -
pegawai lain. YBhg. Dato’ KPUP telah diberi
taklimat ringkas berkaitan aktiviti - aktiviti di
BKGIS dan perancangan dalam penghasilan
peta terpanjang di Malaysia. Selain itu,YBhg.
Dato’ KPUP juga dibawa melihat aktiviti proses
percetakan peta di Seksyen Percetakan Peta
semasa sesi “Walkabout” kali ini.
“WALKABOUT” BILANGAN 3/2020
YBHG. DATO’ KPUP KE BAHAGIAN
KARTOGRAFI DAN GIS
YBhg. Dato’ KPUP meneliti maklumat di atas contoh peta yang dihasilkan
YBhg. Dato’ KPUP melawat seksyen cetakan
Sesi perbincangan antara staf BKGIS
BERITA UKUR 77 15
Cerapan gerhana matahari separa di JUPEM Kedah
Cerapan gerhana matahari separa di JUPEM Perlis Cerapan gerhana matahari separa di JUPEM Pahang
AKTIVITI CERAPAN GERHANA
MATAHARI SEPARA
16 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
YBhg. Dato’ KPUP telah meluangkan masa
menyertai cerapan gerhana matahari separa
yang dianjurkan oleh JUPEM Wilayah Kuala
Lumpur dan Putrajaya di Masjid Tuanku Mizan
Zainal Abidin, Putrajaya
Cerapan gerhana matahari separa di JUPEM Terengganu
Cerapan gerhana matahari separa di JUPEM Labuan Cerapan gerhana matahari separa di JUPEM
Pahang
Pada 21 Jun 2020 telah berlakunya
fenomena Gerhana Matahari Separa di
Malaysia. Gerhana ini berlaku enam bulan
sekali di mana kali terakhir gerhana matahari ini
berlaku pada 26 Disember 2019 dan jangkaan
fenomena ini akan berlaku kembali ialah pada
20 April 2023. Pada kali ini lokasi terbaik untuk
menyaksikan fenomena ini ialah di Kudat, Sabah
di mana kadar jangkaan matahari terlindung
adalah sekitar 37%. Bahagian Geodetik, Ibu
Pejabat JUPEM dan JUPEM Negeri turut
bersama - sama melaksanakan cerapan
Gerhana Matahari Separa sebagai salah satu
aktiviti utama JUPEM di seluruh negara.
BERITA UKUR 77 17
LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ KETUA
PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
KE JUPEM SELANGOR
YBhg. Dato’ KPUP menandatangani plat perasmian YBhg. Dato’ KPUP melihat pelan hak milik lama YBhg. Dato’ KPUP di
Galeri Alatan Ukur JUPEM Selangor bawa melawat ruang
kerja di JUPEM Selangor
18 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
YBhg. Dato’ KPUP bergambar bersama kakitangan JUPEM Selangor
semasa majlis Perasmian Galeri Alatan Ukur JUPEM Selangor
Pada 23 Jun 2020, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin
Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke
JUPEM Selangor dan kedatangan beliau telah disambut
oleh YBrs. Sr Hj. Hamdan bin Ab. Aziz, Pengarah Ukur
dan Pemetaan Selangor dan pegawai - pegawai lain.
Lawatan kerja YBhg. Dato’ KPUP ini antaranya bertujuan
untuk melihat secara dekat aktiviti - aktiviti di JUPEM
Selangor di samping menyampaikan Sijil Perkhidmatan
Cemerlang (APC) kepada kakitangan JUPEM Selangor
dan merasmikan Galeri Alatan Ukur JUPEM Selangor.
Turut hadir dalam lawatan ini YBhg. Datin Hindon binti
Osman, Pengerusi Puspanita JUPEM dan beberapa
ahli Puspanita JUPEM Ibu Pejabat.
Semasa lawatan ini,YBhg. Dato’KPUPjuga berkesempatan
melawat Encik Mohd Ashraf bin Mohd. Ridzuan,
Pembantu Tadbir N19 yang mengalami serangan angin
ahmar (haemorrhage stroke) yang mana beliau juga
merupakan penerima APC tahun 2019. Tahniah dan
didoakan semoga kesihatan beliau pulih seperti sedia
kala. Di akhir lawatan tersebut, YBrs. Sr Hj. Hamdan
bin Ab. Aziz, Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor
telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’
KPUP sebagai tanda kenang - kenangan.
YBhg. Dato’ KPUP melawat Encik Mohd
Ashraf bin Mohd. Ridzuan
BERITA UKUR 77 19
LAWATAN KERJA BAHAGIAN PERANCANGAN
DAN KORPORAT, IBU PEJABAT JUPEM KE
GALERI UKUR INSTUN
Pada 26 Jun 2020, Bahagian Perancangan dan Korporat,
JUPEM telah mengadakan lawatan ke INSTUN bagi
mengumpulkan maklumat, bahan rujukan, dokumen
dan produk serta perkakasan dan peralatan yang boleh
ditempatkan di muzium yang akan diwujudkan kelak oleh Ibu
Pejabat JUPEM yang akan dikenali sebagai Muzium Ukur
dan Pemetaan.
Lawatan berkenaan diketuai oleh Sr Shahril Azhari bin Jumari,
Pengarah Ukur Seksyen Korporat, Bahagian Perancangan
dan Korporat JUPEM dan telah disambut oleh Sr Ahmad Azmi
bin Hashim, Ketua Bahagian Ukur dan Pemetaan, INSTUN.
Pelawat telah dibawa ke Galeri INSTUN yang menempatan
peralatan - peralatan ukur pelbagai era, dokumen - dokumen
hakmilik tanah dan informasi sejarah penubuhan INSTUN.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sr Ahmad Azmi bin Hashim, Ketua Bahagian Ukur dan Pemetaan
20 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
Antara koleksi Theodolite dan Total Station yang terdapat dalam Galeri INSTUN
Sr Shahril Azhari bin Jumari, Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Korporat sebagai
wakil JUPEM melawat Galeri Ukur INSTUN
Alat pemetaan udara yang terdapat dalam Galeri INSTUN Wakil JUPEM dan INSTUN bergambar kenangan dalam Galeri Ukur INSTUN
BERITA UKUR 77 21
Antara kawasan yang
terlibat dalam operasi sanitasi
OPERASI SANITASI IBU
PEJABAT JUPEM JOHOR
Kerja pembersihan dan sanitasi COVID - 19 telah
dilaksanakan di ruang pejabat JUPEM Johor pada
5 Mei 2020. Operasi ini dijalankan bersama - sama
pihak pengurusan bangunan iaitu Ambang Wira Sdn Bhd.
Operasi ini dilancarkan bagi tujuan membantu pengekangan
penularan wabak COVID - 19.
LATIHAN PESAWAT UAV
Satu sesi latihan pesawat UAV jenis Heliceo Fusion
Type A telah diadakan pada 28 Mei 2020 bertempat
di perkarangan Jabatan Ukur dan Pemetaan
Pahang. Bahagian Dasar Dan Penyelarasan Pemetaan
(BDPP) Ibu Pejabat JUPEM telah membuat penyerahan
alat kepada JUPEM Pahang pada 14 Januari 2020.
Latihan pesawat UAV ini adalah bagi meningkatkan
kemahiran pegawai - pegawai di JUPEM Pahang.
Latihan ini dikendalikan oleh pasukan khas “task force”
di bawah kendalian Sr Pauzzi bin Ismail, Timbalan
Pengarah Ukur I JUPEM Pahang. Pelbagai teknik dan
demonstrasi dipraktikkan terus di lapangan semasa
latihan ini dijalankan. Syabas JUPEM Pahang.
Latihan pesawat UAV yang dijalankan
oleh kakitangan JUPEM Pahang
22 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KETSA
Pada 12 Mei 2020, YB Tuan Ali Biju, Timbalan Menteri
Tenaga dan Sumber Asli (KetSA) telah mengadakan
lawatan kerja ke Bahagian Pemetaan Topografi
Sarawak (BPTS), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Kedatangan YB Timbalan Menteri dan rombongan disambut
oleh Sr Bernard Sia Siew Fang, Pengarah Ukur Bahagian;
Sr Sylvester Luta anak Buli, Timbalan Pengarah Ukur
Bahagian; Sr Mohamad Ridzuan Bin Hj Awang Noh,
Pengarah Ukur Seksyen (Penawanan Data); Sr Simeon
Dewal Mail, Pengarah Ukur Seksyen (Pangkalan Data)
dan para pegawai JUPEM BPTS.
YB Timbalan Menteri KeTSA bergambar kenangan bersama Sepanjang sesi lawatan, YB Timbalan menteri telah
kakitangan JUPEM Sarawak diberi taklimat berkaitan fungsi dan peranan Bahagian
Pemetaan Topografi Sarawak oleh Sr Bernard Sia Siew
Fang, Pengarah Ukur Bahagian dalam melaksanakan
aktiviti pemetaan di Sarawak.
KURSUS ASAS PENGENDALIAN DAN PENJAGAAN
RADIO SSB16062020
Pada 16 Jun 2020, Cawangan PengurusanAset, Bahagian
Pemetaan Topografi Sarawak telah menganjurkan
Kursus Asas Pengendalian Dan Penjagaan Radio
SSB bertempat di Auditorium Bangunan Sultan. Seramai 34
orang kakitangan Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak
dari pelbagai jawatan telah menghadiri kursus tersebut.
Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Sr Bernard Sia Siew
Fang, Pengarah Ukur Bahagian dan Encik K Ramachandran,
Fasilitator kursus dari Cawangan Aset. Tujuan kursus ini
diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada
peserta bagaiman pemasangan, pengendalian, penjagaan
dan penstoran radio SSB yang merupakan alat komunikasi
utama semasa melakukan kerja - kerja Pengukuran
Sempadan Antarabangsa.
Suasana di majlis pertukaran pegawai JUPEM Sarawak Antara peserta yang menghadiri kursus asas pengendalian dan penjagaan radio
MAJLIS PERTUKARAN PENGAWAI
Pada 24 Jun 2020, Majlis Pertukaran Pegawai
telah diadakan bertempat di Tingkat 7, Bahagian
Pemetaan Topografi Sarawak (BPTS) . Pegawai yang
diraikan ialah Encik Badrul Hisham bin Bohari dan Puan
Marzelina binti Hashim yang telah berkhidmat di BPTS
sejak Januari 2015 dan akan meneruskan perkhidmatan
di JUPEM Kedah bermula pada 1 Julai 2020.
Majlis yang dihadiri oleh semua kakitangan ibu pejabat
Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak dan beberapa
wakil daripada Pejabat Topografi Wilayah Kuching itu
dimulai dengan ucapan alu - aluan daripada Sr Bernard
Sia Siew Fang, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan
Topografi Sarawak, . Beliau merakamkan penghargaan
kepada pegawai - pegawai yang dirai atas segala jasa
sepanjang berkhidmat di BPTS. Beliau juga berharap
semoga mereka terus maju jaya di tempat baharu.
BERITA UKUR 77 23
Pemandangan dari atas Bung Jogoi, Sarawak
PENDAKIAN KAKITANGAN BAHAGIAN PEMETAAN
TOPOGRAFI SARAWAK KE BUNG JOGOI, SARAWAK
DAN BUKIT CHANGKAT ASA, PERAK
Suasana di atas Bung Jogoi, Sarawak
Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi Sarawak) bergambar
kenangan bersama kakitangan Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak
Pada 7 Mac 2020, Kelab Sukan dan Kebajikan Bahagian Mohd Rolam bin Ahmad selaku Penolong Setiausaha
Pemetaan Topografi Sarawak telah menganjurkan Sukan dan mempunyai serba sedikit pengalaman
Program Ekspedisi mendaki Gunung Jagoi setinggi mendaki Bung Jagoi.
lebih kurang 294 meter dari aras laut yang terletak di
kawasan Bau, Sarawak. Gunung Jagoi yang juga lebih Selain daripada menikmati keindahan flora dan fauna
dikenali dengan nama Bung Jagoi merupakan kawasan yang hidup subur dan luas di sepanjang kawasan
penempatan awal masyarakat Bidayuh sekitar tahun 1842. Bung Jagoi, Sr Bernard Sia Siew Fang, Pengarah Ukur
Bahagian juga berhasrat untuk meninjau dan melawat
Kini Bung Jagoi merupakan salah satu daya tarikan sendiri tapak stesen trigonometri yang kini berada di
pengunjung terutamanya pada hujung minggu. bawah selenggaraan JUPEM bagi tujuan pengemaskinian
Ekspedisi ini disertai seramai 24 orang kakitangan termasuk rekod dan penyelenggaraan yang melibatkan kerja-kerja
Sr Bernard Sia Siew Fang, Pengarah Ukur Bahagian pengukuran untuk masa akan datang.
Pemetaan Topografi Sarawak dan isteri.
Pendakian yang memakan masa selama 1 jam untuk
Ekspedisi bermula seawal jam 8.00 pagi setelah diberikan sampai ke puncak amat berharga apabila dapat melihat
taklimat ringkas berkaitan tips keselamatan oleh Encik pemandangan yang indah dari atas puncak yang tinggi di
24 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
Pemandangan dari atas Bukit Changkat Asa, Perak
Laluan menuju ke puncak Bukit Changkat Asa, Perak
Pemandangan dari atas Bukit Changkat Asa, Perak
Pemandangan Bukit Changkat Asa, Perak dari bawah
Bung Jagoi. Peserta dapat menikmati alam semulajadi Pendakian yang memakan masa selama 40 minit untuk
yang tenang dan kawasan ini sangat menarik perhatian sampai ke puncak amat berharga apabila dapat melihat
bagi pencinta alam. Setelah berehat makan dan selesai pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. Di puncak
sesi fotografi untuk kenang - kenangan, semua peserta bukit terdapat stesen trigonometri Bukit Changkat Asa
turun dan ekspedisi tamat pada 11.30 pagi. yang masih dalam keadaan baik walaupun tanda beacon
mengalami sedikit kerosakan.
Manakala pada 1 Februari 2020, seramai 5 orang
kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bukit Changkat Asa merupakan salah satu bukit di Tanjung
(JUPEM) dari JUPEM Sarawak, JUPEM Selangor, Malim yang menjadi tumpuan untuk aktiviti pendakian di
JUPEM Perak dan JUPEM Ibu Pejabat telah buat samping aktiviti lain seperti perkhemahan dan perkelahan.
persiapan untuk mendaki Bukit Changkat Asa yang Ketinggian Puncak Bukit Asa adalah 234m dari paras laut
merupakan titik Origin bagi Ukur Kadaster bagi Negeri dan dicadangkan satu papan tanda perlu dibina di stesen
Selangor. trigonometri tersebut.
BERITA UKUR 77 25
MAJLIS
SANJUNGAN BUDI
Pada 26 Jun 2020 telah diadakan Majlis
Sanjungan Budi sempena kenaikan pangkat
dan pertukaran Encik Zuraidi bin Mohd
Zulkifli ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah.
Majlis ini diadakan secara sederhana berikutan
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Tujuan
majlis ini adalah untuk mengenang jasa-jasa yang
telah disumbangkan oleh beliau dan komitmen
yang telah diberikan kepada Jabatan Ukur dan
Pemetaan Perlis.
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis menyerahkan sijil
penghargaan kepada En. Zuraidi bin Mohd Zulkifli
Aktiviti sanitasi yang dijalankan oleh pihak Bomba Negeri Melaka AKTIVITI SANITASI DI
JUPEM MELAKA
Kerajaan Negeri Melaka dengan Pihak
Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Melaka
Bersejarah, Bomba, dan Jabatan Kesihatan
Negeri Melaka telah menjalankan program sanitasi
kesemua bangunan Jabatan Kerajaaan Negeri dan
Persekutuan bagi memutuskan penularan Covid -
19. Pada 10 April 2020 program berkenaan telah
dijalankan serentak di RTM Melaka, JUPEM Melaka
dan JKR Melaka.
Bagi program sanitasi di JUPEM Melaka seramai
8 orang anggota bomba terlibat di dalam proses
berkenaan. Program dijalankan bermula pada jam
8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengah hari.
Proses ini dipantau oleh 2 kakitangan JUPEM
Melaka. Pihak Bomba telah membuat proses
sanitasi di semua seksyen di dalam bangunan
serta luar bangunan, termasuk kawasan tandas,
surau, tangga dan koridor.
Antara kawasan yang terlibat dengan aktiviti sanitasi
26 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
PROGRAM DERMA DARAH Kakitangan JUPEM Kedah mengisi maklumat sebelum
menderma darah
Pada 11 Jun 2020, JUPEM Kedah dengan kerjasama
Hospital Daerah Kulim telah menganjurkan Program
Derma Darah di Bilik Serbaguna JUPEM Kedah.
Program murni ini mendapat sambutan yang baik daripada
kakitangan JUPEM Kedah dan masyarakat awam sekitar.
Walaupun masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP), aktiviti tanggung jawab sosial ini tetap
dijalankan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab
sosial korporat JUPEM Kedah bagi membantu Tabung
Darah Hospital Daerah Kulim menampung keperluan
darah yang semakin berkurangan. Di samping itu, ia bagi
memberi kesedaran dan galakan kepada warga kerja serta
masyarakat tentang kepentingan membantu mereka yang
memerlukan terutama bagi menyelamatkan nyawa lebih
- lebih lagi di masa penyebaran pendamik Covid - 19 ini.
Antara Kakitangan JUPEM Kedah yang menderma darah
Kursus pengurusan stor di JUPEM Kedah
PENGURUSAN STOR
Pada 30 Jun 2020, satu kursus
pengurusan stor JUD Kedah Selatan
telah diadakan. Kursus ini telah
disertai oleh 52 orang kakitangan JUPEM
Kedah yang terdiri daripada Penolong
Juruukur JA 29 dan Pembantu Awam
Gred H11 – H16. Antara objektif utama
kursus ini diadakan adalah bertujuan
untuk mengaplikasikan aspek - aspek
penting dalam pengurusan stor kerajaan
selaras dengan tatacara pengurusan
stor dan peraturan - peraturan yang
berkuatkuasa serta penerangan amalan
- amalan pengurusan stor yang terbaik
melalui perkongsian ilmu dan pengalaman
dan lawatan serta Hands - on di stor
pelupusan JUPEM Kedah.
BERITA UKUR 77 27
MAJLIS PERSARAAN DAN
PERTUKARAN KAKITANGAN
Pada 22 Jun 2020, JUPEM W.P. Labuan telah mengadakan majlis
persaraan dan pertukaran kakitangan Jabatan bertempat di Dewan
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Cawangan
Labuan. Majlis ini meraikan persaraan En. Untong bin Kadir yang telah
berkhidmat selama 34 tahun sebagai Pembantu Awam, Gred H14 serta
meraikan pertukaran En. Mamduh bin Zakaria, Penolong Juruukur Gred
JA36 yang bertukar ke JUPEM Johor.
Pengarah Ukur dan Pemetaan Labuan menyerahkan Sr. Muzafar bin Dol,Pengarah Ukur dan Pemetaan W.P. Labuan telah
cenderahati kepada kakitangan sempena majlis menyampaikan cenderahati kenang - kenangan sebagai penghargaan
persaraan dan pertukaran terhadap jasa dan sumbangan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kakitangan
berkenaan sepanjang berkhidmat di JUPEM W.P. Labuan. Beliau juga
mengambil kesempatan menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
serta berpesan kepada kakitangan supaya sentiasa mematuhi SOP Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
BAHAGIAN PANGKALAN DATA GEOSPATIAL NEGARA
BENGKEL SYSTEM ANALYSIS DESIGN BAGI PEMBANGUNAN
SISTEM MALAYSIA ADDRESS GEOCODING
Pada 18 dan 19 Jun 2020, Bahagian Pangkalan Data
Geospatial Negara bersama dengan kontraktor projek
T1/2019, Plisca (M) Sdn. Bhd telah menganjurkan Bengkel
System Analysis Design di Hotel Tamu, Kuala Lumpur. Bengkel
ini merupakan salah satu skop kerja di bawah pelaksanaan
Projek Pembangunan JUPEM T1/2019: Perolehan Pembangunan
Malaysia Address Geocoding System (MAGS) yang sedang
dilaksanakan di JUPEM.
Objektif bengkel adalah untuk memberi laluan kepada kontraktor
mempersembahkan maklumat - maklumat yang telah diperolehi
hasil daripada kajian keperluan pengguna dalaman dan luaran
yang telah dilakukan. Maklumat tersebut akan digunakan untuk
mewujudkan satu dokumen rujukan bagi pembangunan MAGS.
Seramai 30 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri Antara peserta yang hadir
daripada wakil Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara,
Bahagian Geospatial Pertahanan, Bahagian Pemetaan Topografi
Semenanjung, Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat dan agensi
luar seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan POS Malaysia.
Pandangan setiap peserta diambilkira bagi memantapkan
penyediaan dokumen. Satu perkongsian maklumat bersama POS
Malaysia juga diadakan di mana wakil POS Malaysia memberi
taklimat khusus berkenaan sistem alamat yang digunakan oleh
mereka, isu - isu yang dihadapi dan cadangan peningkatan atau
penambahbaikan pada masa akan datang.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Sr Mohamed Sofian bin Abu Talib, Bengkel telah dirasmikan oleh Sr Mohamed Sofian bin Abu Talib,
Pengarah Ukur Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara. Pengarah Ukur Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara
Intipati ucapan perasmiannya memaklumkan hasrat JUPEM
membangunkan sistem yang mampu menawarkan perkhidmatan
address geocoding kepada agensi - agensi kerajaan dan orang
awam selaras dengan usaha JUPEM memperkasakan rakyat
dengan maklumat geospatial.
28 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
APA ITU COVID-19?
Coronavirus (CoV) adalah sejenis
virus yang boleh menyebabkan
jangkitan saluran pernafasan.
Terdapat beberapa jenis coronavirus
seperti Severe Acute Respiratory
Syndrome (SARS) Coronavirus dan
Middle East Respiratory syndrome-
related coronavirus (MER-CoV).
Coronavirus terbaru yang ditemui di
Wuhan, China adalah Coronavirus
2019 (COVID-19).
SIMPTOM
SAKIT KEPALA SAKIT TEKAK DEMAM BATUK SESAK NAFAS
PENCEGAHAN
ELAK SENTUHAN CUCI TANGAN TEMPAT SESAK
DENGAN INDIVIDU DENGAN AIR
YANG MEMPUNYAI DAN SABUN EL3ASK
GEJALA
TEMPAT SEMPIT BERSEMBANG
JARAK DEKAT
MEMAKAI PELITUP
MUKA
BERITA UKUR 77 29
SOPJUPEM COVID-19
Pendaftaran masuk yang dijalankan di JUPEM Kedah Suasana di kuanter jualan JUPEM Selangor Susunan meja di JUPEM Terengganu
Mesyuarat yang dijalankan secara maya oleh JUPEM Selangor Aktiviti sanitasi di JUPEM Pulau Pinang Penjarakan sosial di kaunter jualan peta JUPEM Kedah
Pendaftaran masuk mengikut SOP PKPP di pintu masuk Penjarakan di dalam lif JUPEM Ibu Pejabat Suasana di kafe JUPEM Ibu Pejabat
JUPEM Ibu Pejabat
30 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
SAMBUTAN ULANG TAHUN
SEPTEMBER 2020
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA
PEMACU KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGARA
BERITA UKUR 77 31
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tingkat 13, Wisma JUPEM
Jalan Sultan Yahya Petra
50578 Kuala Lumpur
Tel : 03-26170800
Fax : 03-26170990
www.jupem.gov.my