The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Aishah, 2020-02-07 04:04:03

amanat tahun baharu dan program transformasi kepimpinan juruukur dan jurugeospatial JUPEM

2020

AMANAT TAHUN BAHARU

KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

&

PROGRAM TRANFORMASI

KEPIMPINAN JURUUKUR DAN JURUGEOSPATIAL JUPEM

1 - 2 FEBRUARI 2020
INSTITUT TANAH NEGARA (INSTUN)
TANJUNG MALIM, PERAK.

Alhamdulillah hirabilalamin, wassala tuwasala muala ashrafil ambia hiwal mussalim, waala alihi wasahbihi ajmain
Rabbish syrahli, sadri, wayasirli amri, wahlul ukhdatam milsani yabkhahu khauli
Yang Berusaha Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I
Yang Berusaha Sr Sohaime bin Hj. Rasidi , Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II
Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pengarah-Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri
Pegawai-pegawai Kader
Seterusnya tuan-tuan / puan-puan warga JUPEM sekalian yang saya kasihi lagi saya muliakan.

2

MUKADIMAH

1. Alhamdulillah, segala puji-pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana di atas limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-
sama berkumpul dalam Program Tranformasi Kepimpinan Juruukur dan Jurugeospatial JUPEM Tahun 2020. Selawat dan salam
juga kita ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli-ahli keluarga Baginda dan sahabat - sahabat Baginda yang setia.
Saya juga ingin mengajak tuan - tuan dan puan - puan untuk berhenti sejenak dan merenung seketika untuk bersama - sama
meraikan ‘all the contributions and the good work done by our forefathers in geomatics and land surveying and for their
wisdom, courage and determination in shaping our profession and industry into what we are enjoying now’. Semoga mereka
memperolehi keberkatan dan kerahmatan serta pahala yang berpanjangan. Di kesempatan ini, tidak terlewat bagi saya untuk
mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 dan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina bagi menyambutnya terutama kepada
yang berbangsa Cina.

2. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 26 pegawai yang telah dinaikkan pangkat pemangkuan Juruukur
J52 dari J48 dan 16 pegawai yang dinaikan pangkat pemangkuan Juruukur J48 dari J44. Boleh ke saya minta mereka - mereka
ini bangun dan tunjukkan diri kepada kita semua. Tahniah saya ucapkan sekali lagi dan semoga dengan kenaikan pangkat ini tuan
dan puan akan lebih cemerlang dan kompeten dalam setiap perkara yang tuan dan puan lakukan.

3. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Urus setia Bahagian Perancangan dan Korporat di ketuai oleh Sr Tsalimy
Abdullah sekalian atas persediaan menganjurkan Program Tranformasi Kepimpinan Juruukur dan Jurugeospatial JUPEM bagi
tahun 2020 ini. Pada hari ini seramai 307 Juruukur dan Jurugeospatial yang berlainan gred dari seluruh negeri termasuk Sabah
dan Sarawak telah bersama-bersama berkumpul di dalam Dewan Auditorium ini. Saya turut ingin mengucapkan terima kasih
kepada Puan Norehan binti Haji Omar, Pengarah Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan pegawai-pegawai INSTUN yang
turut menjayakan program ini.

3

PENDAHULUAN

4. Tema ucapan amanat saya pada hari ini ialah dengan kebijaksanaan, kita boleh jadikan sesuatu menjadi lebih baik, kita boleh
merekacipta sesuatu yang baru atau kalau orang kampung saya di Pasir Puteh, Kelantan mereka menyebut ‘WITH WISDOM WE
CAN MAKE THINGS BETTER CREATE BETTER THINGS AND INNOVATE NEW THINGS’

WITH WISDOM,
BETTERWE CAN MAKE THINGS
,

BETTERCREATE THINGS
AND

INNOVATE NEW THINGS

4

5. Dan tema ini dipilih sebagai satu pendekatan yang amat relevan dan tepat pada masanya dalam suasana dan persekitaran Malaysia
Baharu dan dalam tahun 2020 dalam memantapkan perkhidmatan JUPEM sebagai peneraju dalam perkhidmatan data geospatial
dan persediaan kita menghadapi Rancangan Malaysia Ke-12. Ini menuntut kita untuk bersedia dengan penuh bijaksana berfikir
dalam membuat sesuatu perancangan dan tindakan supaya ia akan memberi keputusan yang lebih baik dan efisien kepada jabatan.

6. Ini merupakan perhimpunan Juruukur dan Jurugeospatial pertama saya sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Malaysia berkuatkuasa pada 22 Julai 2019 yang lalu. Saya berharap kita semua dapat berkerjasama dan meningkatkan keupayaan
JUPEM dalam memberi perkhidmatan penyampaian yang berkualiti dan efisien di semua peringkat. Ingin saya berkongsi satu
kata-kata yang mungkin kita dapat renungi bersama iaitu ‘JUPEM BELONGS TO US AND COLLECTIVELY WE BELONG TO JUPEM’.

JUPEM belongs to US
and

COLLECTIVELY we belong
to JUPEM

5

SIKAP DAN SIFAT SEBAGAI PENJAWAT AWAM

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

7. Program Transformasi Juruukur dan Jurugeospatial 2020 yang diadakan ini bertujuan bukan hanya sekadar aktiviti ataupun
perhimpunan semata-mata tetapi perhimpunan kali ini adalah untuk memartabatkan profesionalisme Juruukur dan Jurugeospatial
di dalam memberi perkhidmatan pada masa yang mendatang. Bagi memenuhi aspirasi ini, saya mengingatkan kepada warga
JUPEM sebagai penjawat awam perlu menanam sikap profesionalisme, kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas
menjadi pendukung kepada tahap integriti Perkhidmatan Awam.

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

8. Di sini saya ingin menegaskan bahawa kita perlu terus berkerja keras,
berkerjasama dan berdoa dalam memartabatkan JUPEM di antara agensi
yang memberi sumbangan kepada kerajaan dalam menuju WAWASAN
KEMAKMURAN BERSAMA 2030 yang membawa Malaysia secara bersama
membangunkan negara secara mampan dan lestari. Untuk makluman tuan
dan puan, JUPEM pada hari ini bukan hanya agensi yang bertanggungjawab
dalam kutipan data di lapangan malah JUPEM juga sebagai agensi yang
menyediakan sistem Data Raya atau Big Data terutamanya maklumat
data geospatial melalui teknologi terkini kepada agensi yang berkaitan.

6

CIRI-CIRI PEMIMPIN DAN BUDAYA KERJA CEMERLANG

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

9. Perkhidmatan Awam kini terdedah kepada penelitian kritikal daripada orang awam, apatah lagi bila berhadapan dengan persepsi
bahawa masih berlakunya karenah birokrasi, ketidakcekapan, prestasi di bawah tahap, ketidaktelusan dan kurangnya akauntabiliti.
Oleh sebab itu, saya menggunakan pendekatan secara ‘Good Management from Leadership Ethics’ supaya kita dapat mengubah
persepsi dan tanggapan negatif sesetengah anggota masyarakat terhadap Perkhidmatan Awam dengan menunaikan janji Kerajaan
kepada rakyat menerusi pemberian perkhidmatan yang cepat, tepat dan berintegriti melalui pengurusan dari akar umbi.

“Good Management
from Leadership Ethics”

7

10. Sesebuah organisasi yang berjaya adalah sebuah organisasi yang mempunyai struktur yang kukuh dan saling berkerjasama di
semua lapisan peringkat. Saya berharap pegawai-pegawai JUPEM yang berada di hadapan saya ini mempunyai ciri-ciri leadership
antaranya seperti:

KEBIJAKSANAAN
KARISMA

&
KREDIBILITI

MENGAWAL CIRI - CIRI
EMOSI LEADERSHIP

BERDAYA
SAING DAN
BERWAWASAN

BERTANGGUNGJAWAB

8

“Kita berpendapat bahasa Inggeris ini amatlah penting dan perlu
dikuasai pegawai tinggi kerajaan. Semua pegawai tinggi kerajaan
hendaklah menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana seringkali
akan mengadakan rundingan dengan pihak asing”

Tun Dr. Mahathir Mohamad
YB Perdana Menteri

11. Untuk makluman tuan-puan, di bawah kerajaan baharu dan dalam ucaptama Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Perdana Menteri
selalu menyebut pegawai perkhidmatan awam selain berintegriti dan memberi perkhidmatan secara cekap, penguasaan bahasa
Inggeris melalui percakapan umum dan penulisan amat dititikberatkan terutamanya dalam perbincangan atau mesyuarat yang
terutamanya melibatkan negara luar. Saya menyeru kepada warga JUPEM supaya mempunyai inisiatif tersendiri bagi meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris terutamanya kepada pegawai-pegawai yang yang berurusan dengan negara luar.

9

BUDAYA SURAT LAYANG
12. Walaupun kita sudah berjaya sebagai sebuah organisasi dan pengurusan yang efisien terdapat di kalangan kita masih tidak matang

dan mengamalkan budaya surat layang secara individu. Pengedaran surat layang yang diterima oleh jabatan dan individu masih
lagi diterima dan ia agak berleluasa pada hari ini tanpa menyediakan bukti bagi menjalankan siasatan. Bagi saya, ini bukan jalan
penyelesaian yang baik malah ia merupakan salah satu contoh terdekat di mana penyelesaian itu dibuat demi kepuasan sendiri
tanpa mempertimbangkan kesahihan sumber dan kematangan bertindak. Pada masa yang sama ia melibatkan pengurusan yang
lebih tinggi. Pada hari ini, ingin saya menyarankan kepada tuan-puan jika ingin membangkitkan rasa tidak puas hati mestilah
melalui perbincangan bersama dengan membawa bukti yang sahih dan tepat atau jika ia terlalu sulit maka gunakan saluran
seperti kotak aduan yang disediakan atau melalui perbincangan bersama pegawai atasan yang terdekat bagi menyampaikan
tidak puas hati tersebut kepada pengurusan ataupun pegawai yang dituju. Saya berharap ia dapat diselesaikan secara terbaik
dan tidak menjurus kepada fitnah di kalangan kita. Ingin saya kata di sini, ia seumpama :

“Perkara yang kita cakapkan sebenarnya
TIDAK BETUL jatuh jadi FITNAH. Dan kalau perkara yang kita cakap itu adalah

BETUL akan jadi MENGUMPAT atau GHIBAH”

10

BAKAT DAN MENTOR MENTEE

13. Sesungguhnya, harapan saya kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian perlu sentiasa meningkatkan kebolehan diri supaya
menjadi aset kepada JUPEM dan bakat terbaik Perkhidmatan Awam. Kualiti perkhidmatan awam hari ini dan masa hadapan
sebenarnya ditentukan oleh kualiti bakat yang ada di dalam diri tuan dan puan. Selain menerusi pembacaan, latihan formal,
tuan dan puan mempelajari kebijaksanaan dan pengalaman menerusi hubungan sebagai apprentice dengan pegawai senior atau
pegawai bertaraf Subject Matter Expert (SME) yang bertindak sebagai jurulatih, mentor dan guru untuk memantapkan diri sebagai
pegawai yang cemerlang dan kompeten.

9th UNITED NATIONS – GLOBAL GEOSPATIAL INFORMATION MANAGEMENT (UN-GGIM) Taklimat Ringkas Pegawai Pakar Bidang Khusus (SME)
SESSION 7-9 AUGUST 2019
United Nations Head Quarters, New York, United States of America

11

TRANSFORMASI JURUUKUR DAN JURUGEOSPATIAL DALAM REVOLUSI TEKNOLOGI

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

14. Dalam konteks di JUPEM, Revolusi Industri 4.0, pewujudan teknologi 5G dan perkongsian data raya ataupun dikenali sebagai Big
Data merupakan cabaran kepada Juruukur dan Jurugeospatial dalam penyampaian perkhidmatan geospatial pada masa kini untuk
meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan yang diberikan. Ini turut ditekankan dalam ucaptama sempena Perhimpunan
Bulanan KATS pada 10 Januari yang lalu oleh YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Pada saat ini kita
perlu berada dalam keadaan bersedia dan kita tidak boleh terus leka dengan kejayaan lalu. “Business is No More as Usual”. Apa
yang penting bagaimana kita boleh memanfaatkan Teknologi Revolusi Industri 4.0, Perkongsian Big Data, Teknologi Rangkaian
5G dan Artificial Intelligent (AI) dalam memastikan visi dan misi KATS dapat dicapai.

“Business is No More as Usual, Kita perlu sentiasa
dalam keadaan bersedia, tidak terus leka dengan
kejayaan lalu”

YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

12

13

15. Oleh yang demikian saya menyeru Juruukur dan Jurugeospatial perlu bersedia dan berevolusi dengan kewujudan sistem fizikal
siber seperti Service-Oriented Architecture (SOA), Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) yang memungkinkan
wujudnya perubahan besar dalam memanipulasi data yang mana data maklumat perlulah tepat dan analisis secara masa hakiki
(real time) amat diperlukan bagi memenuhi kehendak pengguna dalam penyediaan dan memberi perkhidmatan secara berkesan
sepenuhnya. Di JUPEM, terdapat pelbagai teknologi dan aplikasi bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 seterusnya memberikan
perkhidmatan terbaik kepada pengguna antaranya seperti Projek eKadaster, SmartKadaster, MaGIC, GDAS dan lain-lain lagi.

14

PELAN STRATEGIK JUPEM 2021 – 2025

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

16. JUPEM selesai mengadakan Bengkel Penyediaan Pelan Strategik 2021-2025 yang bermula dengan fasa 1 pada 27 hingga 28
Ogos 2019 dan fasa 2 pada 25 hingga 27 September 2019. Dalam penyediaan Pelan Strategik kali ini, JUPEM telah mendapatkan
khidmat nasihat dan fasilitator dari MAMPU selaras dengan Pelan Strategik KATS.

17. Dalam bengkel tersebut, JUPEM telah memberi keutamaan dalam tiga (3) teras strategik yang merangkumi Kadaster, Pemetaan,
Geospatial Pertahanan dan juga Pengurusan. Tiga teras strategik ini diolah dan diterjemahkan kepada pelan-pelan strategik
yang turut mengambil kira peranan dan pengaruh rakan strategik dan pihak berkepentingan JUPEM bagi memenuhi harapan
dan tuntutan semasa.

TERAS 1 TERAS 2 TERAS 3

Memantapkan Sistem Penyampaian Memantapkan Perkhidmatan Geospatial Memantapkan Pengurusan Tadbir Urus, ICT
Perkhidmatan Ukur Dan Pemetaan Yang Pertahanan Yang Menyokong Pembangunan dan Modal Insan Ke Arah Kecemerlangan
Berkualiti Dan Efisien Dalam Menyokong dan Kedaulatan Negara Organisasi
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030

15

18. Bengkel Pelan Strategik JUPEM 2021-
2025 yang akan dilaksanakan ini selari
dengan perancangan dan persediaan
RMke-12 dengan mengambil
pendekatan;

i. Memperkukuhkan sistem sedia
ada dalam fasa 1 bermula pada
2021 hingga 2022.
(Make things better)

ii. Merencana dan melaksanakan
projek baru dalam fasa 2 bermula
pada 2023 hingga 2025.
(Create better things)

iii. Melaksana dan memantau
perancangan yang telah dibuat
sejajar dengan Pelan Strategik
KATS 2019-2023.

16

19. Pelan Strategik JUPEM yang dihasilkan ini mengambilkira projek pembangunan sedia ada JUPEM di bawah RMke-11 yang
melibatkan 6 projek berjumlah RM95,108,660.00 yang dirancang pada 2021 hingga 2022 yang mengambil masa dua tahun.
Projek -projek ini antaranya e-Pemetaan 2.0, Menaiktaraf Sistem eKadaster, SmartKadaster, Nasum, Sistem Pangkalan Data
Geodetik (SPDG) dan Memperkasa IEIS. Manakala di bawah RMKe-12, JUPEM turut menyenaraikan 15 projek di bawah RMke-12
yang melibatkan permohonan peruntukan sebanyak RM911,923,900.00 yang dilaksanakan pada 2021 hingga 2025 dan jika ia
diluluskan ini tidak langsung mengukuhkan sistem penyampaian dan perkhidmatan JUPEM. Ini melibatkan kos keseluruhan
sebanyak RM1,007,032,560.00. Saya berharap dengan perancangan Pelan Strategik 2021 hingga 2025 yang telah dirancang
bersama kebijaksanaan tuan-puan dalam mengurus projek -projek ini. Saya yakin JUPEM akan menjadi sebuah agensi yang
mampan dalam perkhidmatan data geospatial.

6 Projek Sambungan/ 15 Projek Baru RMke-12
Sedia ada RMke-11

17

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

20. Kejayaan JUPEM pada hari ini tidak berdiri sendiri, tetapi dibina di atas ‘knowledge’ terdahulu. Ini berketepatan dengan kata-
kata hikmat Sir Isaac Newton apabila ditanya bagaimanakah beliau dapat melihat sesuatu perkara itu dengan lebih jauh dan Sir
Isaac Newton menjawab “If I have seen further, it is by standing upon the shoulders of giants”. Oleh itu, kredit harus diberikan
kepada mantan-mantan KPUP terdahulu terutamanya YBhg. Datuk Hamid Ali, YBhg. Datuk Sr Dr Abdul Kadir bin Taib, YBhg. Datuk
Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, YBhg. Datuk Hasan Jamil dan YBhg. Dato’ Indera Sr Mohd Noor bin Isa di atas pembinaan Framework
dan Sistem pengkomputeran JUPEM di dalam RMKe-10 dan RMKe-11 yang telah mampan dan kukuh pada hari ini. Dan kini tibalah
masa kita, our moment tuan - tuan dan puan - puan, ayuh kita menyambung kesinambungannya pada permulaan RMke-12 yang
akan bermula 2021 – 2025 untuk menjadikan JUPEM terus gemilang pada tahun-tahun akan datang.

21. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali, YBrs. Sr Sohaime
bin Hj. Rasidi, Encik Janagarajan A/L A.M. Mariappan, dan semua Pengarah - pengarah Ukur Bahagian serta Pengarah Ukur dan
Pemetaan Negeri kerana prestasi jabatan dalam perbelanjaan pengurusan dan pembangunan pada 2019 sangat memberansangkan
dan efisien iaitu mencapai lebih 99%, walaupun telah melalui cabaran yang sukar akibat daripada perubahan polisi kerajaan dalam
menambahbaik proses perolehan kerajaan. Keadaan ini serba sedikit memberi kesan terhadap jadual pelaksanaan perbelanjaan
jabatan. Tahniah saya ucapkan.

22. Di samping itu, perancangan strategik yang sistematik membolehkan organisasi merancang aktivitinya mengikut kepentingan
dengan lebih jelas dan meletakkan organisasi sentiasa dalam keadaan proaktif terhadap perubahan yang berlaku di dalam dan
luar organisasi.

18

23. Saya berharap kerjasama di kalangan warga JUPEM tidak kira apa jua jawatan dan di mana anda bertugas, saya berharap
penyampaian perkhidmatan JUPEM dipertingkatkan demi mencapai visi JUPEM iaitu “Menjadikan JUPEM terbilang dalam
Perkhidmatan dan Pengurusan Ukur, Pemetaan dan Geospatial bagi memenuhi wawasan Negara”.

Wisdom OF Our ForeFathers

“If I have seen further, it is by standing upon the
shoulders of giants”

Sir Isaac Newton
(1643 – 1727)

19

KAD LAPORAN KPI 2019 DAN KPI 2020 JUPEM

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

24. Kejayaan sebuah organisasi dinilai dan diterjemahkan dalam bentuk pencapaian yang telah kita capai sepanjang tahun 2019.
Kejayaan ini juga bersandarkan keberanian kita mentransformasikan sistem penyampaian yang mensasarkan kepada kebijaksanaan
dan perancangan yang tersusun melalui keberanian tanpa meninggalkan prinsip-prinsip utama. Kejayaan KPI 2019 dan Sasaran
KPI 2020 yang akan dibentangkan oleh YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali selepas ucapan saya nanti.

25. Melalui Retreat KATS di Langkawi penetapan KPI telah ditetapkan dan beberapa KPI baru telah disenaraikan oleh JUPEM
bagi merealisasikan JUPEM sebagai agensi yang bertanggung jawab dalam perkhidmatan geospatial, di mana KPI 2020 telah
diperkemaskan berdasarkan kepada tugas sedia ada yang dilaksanakan oleh JUPEM. Saya yakin ruang untuk memartabatkan
profesionalisme di kalangan warga JUPEM di setiap jawatan sentiasa terbuka luas dan kita berupaya sebenarnya membuat kerja
dengan cepat, tepat dan berintegriti sebagaimana misi Jabatan iaitu “Menyediakan Perkhidmatan dan Pengurusan Ukur, Pemetaan
dan Geospatial yang berkualiti melalui sistem terbaik, sumber manusia yang kompeten dan persekitaran kerja yang kondusif”.

26. Demi meletakkan keunggulan JUPEM di minda masyarakat, saya mengharapkan supaya seluruh warga JUPEM dapat memahami
dan menjiwai apa yang JUPEM ingin capaikan. Lebih penting lagi bagi setiap pegawai yang diwakilkan bagi mewakili Jabatan
dalam apa jua perbincangan atau mesyuarat di luar JUPEM, sudah seharusnya tahu dan faham akan subject matters, dasar-dasar
dan matlamat Jabatan.

20

KAD LAPORAN
PENCAPAIAN 2019

KPI 2020

21

STRATEGIC PARTNERSHIP AND COLLABORATION

Dalam pengukuhan semula JUPEM sebagai agensi yang yang membekalkan data asas kepada agensi luar pendekatan ‘Strategic
Partnership and Smart Collaboration’ merupakan langkah terbaik dalam memberikan perkhidmatan dalam penyampaian data
geospatial. Sehubungan dengan itu, JUPEM perlu terus mempergiatkan usaha untuk menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) dan stakeholders berkaitan. Dalam usaha untuk mempercepatkan pengemaskinian maklumat geospatial, jalinan
sebegini amat diperlukan dan sebagai Juruukur dan Jurugeospatial kita perlu bertindak secara langkah proaktif dalam membuat
kajian impak kepenggunaan ke atas pelaksanaan kaedah perkongsian maklumat geospatial bagi memenuhi harapan dan permintaan
stakeholders serta orang awam. Sehingga kini JUPEM telah berjaya menjalinkan kolaborasi dengan 11 Pihak Berkuasa Negeri dan
agensi berkaitan dari tahun 2016 hinggalah 2019.

27. Bagi tahun ini, saya ingin menyarankan kepada Pengarah-pengarah Negeri untuk menjalinkan kolaborasi antara pihak berkuasa
negeri atau agensi yang berkaitan perkongsian maklumat geospatial supaya maklumat geospatial di JUPEM dapat diperkasakan.
Dalam pada itu beberapa PBT lain yang tidak sempat dilaksanakan dalam tahun 2019 akan dimuktamadkan dalam masa yang
terdekat dan insya-Allah antaranya ialah:-

i. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH) pada 21 Februari 2020
ii. Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Selangor pada April 2020
iii. SmartSelangor, SUK Selangor pada Jun 2020
iv. Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada Ogos 2020
v. PEGIS, Pulau Pinang pada Oktober 2020

22

28. Tahniah dan syabas kepada semua pegawai-pegawai yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam mengatur
dan menguruskan program ini sehingga termeterainya MoU. Saya mengharapkan pasukan ini akan terus berusaha agar program
kolaborasi ini berjaya di masa hadapan.

STRATEGIC PARTNERSHIP
AND

COLLABORATION

23

KEMAJUAN KERJAYA LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SME)

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

29. Selaras dengan hasrat mengiktiraf serta mengekalkan kepakaran dalam perkhidmatan awam, kerajaan telah memperkenalkan
kemajuan kerjaya laluan pakar bidang khusus (SME) ke semua agensi perkhidmatan awam.

30. Bagi tujuan pelaksanaannya, JPA telah memilih JUPEM sebagai salah satu agensi perintis di mana 13 sub bidang di bawah bidang
teras Ukur dan Pemetaan telah diluluskan untuk skim perkhidmatan Juruukur yang merangkumi 4 bidang kepakaran.

31. Lapan (8) orang pegawai JUPEM, Juruukur Gred J44 hingga J54 telah diluluskan pemangkuan secara Khas Untuk Penyandang
(KUP) sebagai Pegawai Pakar Bidang Khusus (SME) berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2019) iaitu tiga (3) pegawai Tahap 4 / KUP
SME Gred Utama C dan lima (5) pegawai Tahap 1 / KUP SME Gred mengikut bidang kepakaran masing-masing. Bolehkah saya
mohon mereka - mereka ini bangun dan memperkenalkan diri kepada kita semua yang Subject Matter Kurang Expert ini . Tahniah
dan syabas diucapkan atas pemangkuan ini dan saya berharap pegawai-pegawai SME ini akan dapat memberikan perkhidmatan
yang lebih cemerlang dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan.

32. Harapan saya selaku KPUP adalah supaya tuan dan puan yang memiliki keupayaan intelektual dan kepakaran yang tinggi,
berpengalaman luas dalam bidang kepakaran serta selalu menjadi sumber rujukan di dalam dan luar organisasinya untuk mengambil
peluang memohon untuk diiktiraf sebagai Pegawai Pakar Bidang Khusus (SME) dalam bidang masing-masing. Jabatan akan terus
memberi sokongan dan perakuan demi kemajuan laluan kerjaya tuan dan puan. Sehubungan dengan itu, pada program kali ini
akan diadakan satu taklimat berkaitan kemajuan kerjaya laluan pakar bidang khusus (SME) yang akan disampaikan oleh wakil JPA.

24

Kadaster Pemetaan

Geodetik Persempadanan

33. Untuk makluman tuan dan puan masih terdapat 5 kekosongan bagi Pakar Bidang Khusus (SME) di JUPEM iaitu Ukuran Strata /
Stratum / 3D Kadaster, Pembangunan Data Geospatial, Pemetaan UAV, Pemetaan Utiliti dan Astronomi Geodetik yang masih belum
diisi. Saya berharap tuan dan puan berkelayakan bolehlah memohon dan saya akan menyokong sepenuhnya dalam menjadikan
JUPEM sebagai pakar rujuk agensi kerajaan dan swasta di masa hadapan.

Pakar Bidang Khusus (SME) JUPEM

25

CONTINUING EDUCATION AND PROFESSIONAL DEVELOPMENT (CEPD)
34. Untuk Pembangunan Modal Insan JUPEM. JUPEM telah merencanakan Continuing Program Education and Professional Development

(CEPD) bagi sepanjang tahun 2020 di mana melibatkan 32 pegawai dari kumpulan professional yang berdaftar dengan peruntukan
sebanyak RM359,000.00 yang disumbangkan oleh pihak Lembaga Jurukur Tanah (LJT). Dalam mengukuhkan pengurusan JUPEM
secara mampan pada tahun ini, JUPEM akan menghantar pegawai dari Gred J52 hingga Gred JUSA A ke program CEPD yang
berteraskan leadership, finance, management, negotiation program bagi memberikan pengalaman dan latihan penyediaan sebagai
pemimpin dan pembuat dasar jabatan di masa hadapan. Manakala bagi Gred J41- J48 lebih kepada program CEPD yang bersifat
teknikal dan teknologi sebagai pendedahan secara berterusan dalam membantu jabatan bagi meningkatkan pengurusan data
geospatial. Saya berharap peluang yang diberikan kepada pegawai-pegawai ini dapat dimanfaatkan secara sepenuhnya dan
menjadi rujukan kepada jabatan secara khususnya.

“32 Pegawai Kumpulan Professional
berdaftar dengan peruntukan sebanyak
RM 359,000.00 sumbangan Lembaga
Jurukur Tanah (LJT)”

26

PENAMBAHBAIK PROSES MENJADI JURUUKUR TANAH BERDAFTAR DI JUPEM
35. Saya ambil maklum bahawa daripada lebih 300 Juruukur di JUPEM, hanya 32 orang saja yang berdaftar dengan Lembaga Jurukur

Tanah (LJT). Sebenarnya banyak keistimewaan yang diperolehi sebagai Juruukur berdaftar kerana ia turut menerima faedah-
faedah yang sama seperti Jurukur Tanah Berlesen perolehi seperti :-
1) Memenuhi salah satu daripada kriteria kenaikan pangkat (ini tanggungjawab saya sebagai KPUP kerana syarat JPA).
2) Menghadiri CEPD di luar Negara.
3) Khairat kematian sebanyak RM50,000 dan Lembaga Jurukur Tanah (LJT) sedang menimbang untuk menaikkan ke
RM100,000.00.
4) RM3000.00 untuk kos pengebumian.
5) RM10,000.00 diatas kematian isteri/ pasangan.

27

36. JUPEM dengan kerjasama Lembaga Jurukur Tanah (LJT),
Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA)
dan Jurukur Tanah Berlesen (JTB) sedang merangka kertas
kerja laluan ‘fast track’ ke arah menjadi Jurukur Berdaftar.
Oleh itu, bagi warga JUPEM yang berkelayakan dengan
mengambilkira syarat-syarat yang ditetapkan seperti seven
tasks yang perlu diambil jika ingin memilih laluan fast
track. Inisiatif ini akan membenarkan juruukur di JUPEM
menjalani seven tasks bersama JTB dengan mengikut
prosedur yang telah diluluskan pada masa hadapan.
Saya berharap jurukur-jurukur di JUPEM mengambil
peluang sebaik mungkin dan ini juga merupakan salah
satu langkah bagi jabatan untuk meningkatkan bilangan
juruukur berdaftar di JUPEM setelah mendengar keluhan
juruukur di JUPEM sukar untuk ditempatkan di Kadaster
bagi memenuhi syarat minimum 2 tahun di Kadaster
akibat masalah job rotation dan lain-lain lagi.

28

SISTEM JOB MATCHING

37. Dalam meningkatkan pretasi warga JUPEM dan pencapaian jabatan, saya dan kedua - dua timbalan saya, PUB(PK) dan PB(KP)
amat mengambil berat terhadap penyusunan dan penempatan pegawai di bawah kami dengan melihat kepada kriteria yang
telah ditetapkan seperti jawatan kekananan dan senioriti bersandarkan kepada sistem job matching mengikut pengalaman
dan prestasi semasa pegawai yang dipilih. Dalam hal ini, kita akan mula melaksanakan polisi ‘senior post for senior officers’
disamping memastikan proses kenaikan pangkat dan pengisian jawatan - jawatan yang kosong akibat daripada persaraan akan
diisi dengan serta-merta.

PENUBUHAN AKTA UKUR DAN PEMETAAN (AKUP)

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

38. Kita sedar bahawa usaha untuk memartabatkan Profesen Juruukur perlu dilakukan secara berterusan. JUPEM ketika ini sedang
memperhalusi draf Akta Ukur dan Pemetaan (AKUP) seterusnya diperincikan untuk punca kuasa atau rujukan bagi aktiviti
ukur dan pemetaan di Malaysia. AKUP akan menjadi doktrin di masa hadapan kepada JUPEM dan Jurukur Tanah Berlesen dalam
melaksanakan kerja dan aktiviti ukur di Malaysia. Sehubungan dengan itu, satu small focus group telah dibentuk yang terdiri
daripada Sr Chan Keat Lim, Sr Azlim Khan Abd Raof Khan, Sr Hazri Hassan, Sr Hj. Zulkifli Sidek, Sr Looi Kam Seng, Sr Mohd Farid
Al Azmi Ishak, Sr Abdul Halim Tuiran, Sr Salmah Saleh, Puan Rozaimah Adnan, Sr Mohd Azua Mohd Zin, Sr Dr. Muhammad Asyran
Che Amat dan Sr Zaahira Ismail. Beberapa bengkel penyediaan AKUP ini telah diadakan dan pada masa yang sama di kawalselia
sepenuhnya oleh saya dengan mengadakan laporan status penyediaan AKUP dari masa ke masa setiap hari Jumaat setiap minggu.
Serentak dengan penyediaan AKUP, pada yang sama kita turut sedang mengkaji pindaan Akta JTB 1958 di mana ia sudah 62
tahun tidak pernah dipinda dan ia sangat lama. Selain daripada itu, kita juga menjalankan penambaikan peraturan-peraturan
juruukur yang sedang dikaji oleh Sr Hazri Hassan bagi JUPEM manakala Sr Ahmad Azman Ghazali bagi Jurukur Tanah Berlesen.
Inisiatif-inisiatif yang disebutkan tadi merupakan proses dalam memartabatkan profesional Juruukur supaya lebih efesien dan
proaktif. Saya doakan ini dapat direalisasikan.

29

39. AKUP bertindak sebagai satu Rang Undang-undang yang akan memartabatkan profesional Jurukur supaya lebih efesien dan
proaktif. Dalam perlaksanaan ini kita menyediakan timeline atau perancangan yang komprehensif dalam menyediakan AKUP.

40. Pada masa yang sama ingin saya umumkan inisiatif seterusnya, bahawa pada tahun ini kita telah berjaya mendapat kelulusan
dua pasang pakaian seragam dan dua pasang kasut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2,005,860.00 dan elaun telefon
kepada pemandu-pemandu jabatan yang telah diluluskan melibatkan peruntukan sebanyak RM41,280.00 dalam melicinkan segala
pengerakan dan urusan. Saya berharap dua inisiatif ini akan memberi manfaat dan semangat kepada kumpulan penerima serta
meningkatkan mutu perkhidmatan di masa hadapan.

30

JUPEM KE ARAH TEGURAN AUDIT SIFAR

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
41. Pada tahun ini saya sukacitanya mengumumkan tema JUPEM Ke arah Teguran Audit Sifar bagi mengurangkan teguran audit-

audit masa yang lalu ekoran penemuan Audit Dalam KATS yang dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Audit yang
dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha setiap suku tahun jelas menunjukan Pengurusan Kewangan dikesemua PTJ peringkat
Ibu Pejabat dan Negeri di JUPEM masih belum mencapai kecemerlangan seperti yang dikehendaki.
42. Isu-isu penemuan teguran audit berulang jelas menunjukkan masih terdapat kelemahan pengurusan kewangan diperingkat
pelaksanaan dan pemantauan. Perkara ini perlu ditangani segera agar isu-isu berulang tidak berlaku sejajar dengan hasrat murni
JUPEM untuk mencapai TEGURAN AUDIT SIFAR pada tahun 2020 dan seterusnya.

31

43. Berikut adalah stastistik isu-isu berulang dalam Laporan Penemuan Audit yang membabitkan JUPEM.
32

33

34

44. Sebagai warga JUPEM tidak kira dari peringkat pelaksana mahupun profesional tatacara pengurusan aset kerajaan perlulah
dititikberat dan diambil perhatian terutamanya kepada aset yang bernilai tinggi supaya kehilangan dan tindakan tatatertib
akibat kecuaian atau ketidakakuran tatacara pengurusan aset dapat dielakkan. Saya mengambil contoh di JUPEM sendiri dimana
terdapat beberapa kes pada tahun lepas seperti kehilangan kereta pacuan empat roda, enjin bot sangkut dan komputer riba yang
menjadi contoh pelaporan yang tidak baik kepada kementerian. Tindakan surcaj dan tatatertib keatas pegawai terbabit telah
diambil setelah dibuktikan bersalah. Saya berharap warga JUPEM di setiap lapisan peringkat mengambil iktibar bagi mengelakan
perkara seperti ini berulang lagi.

TATACARA
PENGURUSAN
ASET KERAJAAN

35

STATISTIK KESALAHAN TATATERTIB JUPEM 2017, 2018 DAN 2019
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
45. Selain daripada menerima teguran audit dan ingin saya berkongsi bersama dengan tuan-puan statistik tataterbit JUPEM 2017,

2018 dan 2019 yang melibatkan kesalahan seperti hadir bertugas, bertumbuk, pelanggaran tatakelakuan, kesalahan pengunaan
dadah dan lain-lain lagi. Jabatan pada hari ini akan mengambil tindakan secara tegas serius kepada warga JUPEM yang terlibat.
Mengikut statistik tatertib yang saya terima sehingga pada hari ini terdapat juga kes yang melibatkan warga JUPEM dari Gred
N11 sehinggalah ke Gred J41 dan ini amat menyedihkan saya.

36

GLOBAL SURVEYORS DAY 2020 (GSD 2020)

46. Selain dari meneruskan program lazim dan teras kepada aktiviti-aktiviti utama Jabatan, bagi tahun 2020 Jabatan turut akan
melaksanakan satu program lebih berbentuk sistem penyampaian dan obligasi sosial iaitu Penganjuran Sambutan Hari Juruukur
Sejagat (Global Surveyors Day) yang akan diadakan secara serentak dengan Sambutan Ulang tahun JUPEM yang ke 135 tahun
secara bersama dengan RISM dan Pejuta pada 21 hingga 22 Mac 2020 yang mana salah satu pengisiannya sama seperti tahun
lepas tetapi pada tahun ini JUPEM bercadang untuk mengadakan Acara Malaysia Book Record iaitu Cerapan Matahari bagi
mendapatkan Azimuth / Utara Benar Secara Serentak di Seluruh Negara dan Peta Terpanjang di Malaysia. Lain - lain acara adalah
seperti acara larian fun run, career talk dan lain - lain.

Sambutan Global Surveyor Day (GSD) 2019

37

RE-ORGANISASI DAN RASIONALISASI JUPEM

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

47. Bagi tujuan move forward, berikutan dengan perubahan-perubahan pantas teknologi dan cabaran globalisasi dalam usaha
membangunkan kepakaran profesional dan memenuhi tuntutan pelanggan yang semakin kompleks dan pelbagai, Jabatan
berhasrat untuk melaksanakan penyusunan semula organisasi untuk menjadikannya lebih dinamik, mampan dan berdaya tahan
agar lebih berupaya untuk berhadapan dengan isu dan cabaran berkenaan.

48. Sehubungan itu, saya telah menugaskan YBrs. TKPUP II, Sr Sohaime bin Hj. Rasidi untuk mengetuai urusan kajian pengukuhan
jabatan seterusnya menyediakan kertas cadangan permohonan bagi pertimbangan kelulusan JPA. Dimana gerak kerja kearah itu
telah bermula dengan pembentukan Jawatankuasa Kerja bagi urusan tersebut dan satu sesi taklimat oleh pihak JPA telah pun
dibuat baru-baru ini. Strategi yang diambil adalah dengan melibatkan dua fasa iaitu fasa satu melibatkan kenaikan waran J52
ke atas dan fasa dua melibatkan keseluruhan. Ia distrategikan sedemikian kerana daripada pengalaman terdahulu yang pernah
dihadapi oleh JUPEM untuk mendapat secara keseluruhan adalah sangat sukar dan permohonan tersebut tidak dapat dipenuhi
oleh JPA dan kita terdapat beberapa kali membuat perubahan butiran sehingga re-organisasi JUPEM dapat direalisasikan bermula
pada tahun 2006 dan selesai 2013.

49. Harapan saya agar hasrat untuk mengukuhkan JUPEM ini dapat direalisasikan bagi menjadikan tanggunjawab JUPEM lebih
berwibawa dan relevan di masa hadapan dalam memacu pembangunan Negara serta peranan sebagai penasihat kerajaan dalam
bidang ukur, pemetaan, geospatial dan persempadanan.

38

JALANI HIDUP SIHAT DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP
50. Kesibukan menjalani tugasan harian dan peningkatan beban kerja pada masa kini memang tidak dinafikan di JUPEM. Walaubagaimanapun

sebagai manusia kita tidak boleh mengelak dalam penjagaan kesihatan diri dan mental terutamanya. Ini dapat dikawal dengan
penjagaan diet makan, aktiviti bersukan dan hubungan sesama rakan sekerja. Saya memohon warga JUPEM di hadapan saya
menjaga tabiat pemakanan seperti tidak mengambil gula dan makan berkolestrol secara berlebihan dan ia haruslah dielakkan
supaya penyakit seperti darah tinggi, diabetis, penyakit jantung dan seumpamanya dapat dicegah dari awal.

39

51. Selaras dengan komitmen Kerajaan menitik berat konsep kesihatan pekerja, kerajaan turut mewajibkan pemeriksaan kesihatan
pegawai dan kakitangan yang berumur 40 tahun dan ke atas diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa
bagi memastikan kesihatan berada di tahap yang memuaskan. Ini adalah selaras dengan dengan pekeliling 3 Tahun 2003.

52. Selain menjaga kesihatan melalui pemakanan sihat dan menjalani peperiksaan kesihatan secara berkala saya turut mengalakkan
warga JUPEM terlibat apa jua aktiviti sukan yang diminati walapun mengambil masa yang singkat. Di mana kerajaan juga turut
menyediakan kemudahan Skim Pembiayaan Yuran Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan
Penguruan Profesional yang bernilai sehingga RM4,000.00 tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam pekeliling
Perbendaharaan WP 8.2/2013. Saya amat pasti ramai di kalangan kakitangan JUPEM menggunakan kemudahan ini bagi sukan
golf terutamanya. Tahniah saya ucapkan tapi walaubagaimanapun saya juga berharap kemudahan yang diberikan kepada tuan
dan puan tidak menganggu waktu bekerja dan menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. No govt vehicles, no office time, no
vendor, no sponsor.

40

PENGLIBATAN AKTIVITI-AKTIVITI SOSIAL DAN MASYARAKAT DI LUAR JABATAN
53. Selain galakkan penjagaan pemakanan dan bersukan, saya turut mengalakkan tuan-puan jua aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan

masyarakat di luar jabatan bukan rasmi seperti penglibatan bersama persatuan NGO seperti Royal Institute of Surveyors Malaysia
(RISM), Persatuan Jurukur Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan Persatuan Falak SeMalaysia. Penglibatan dan sumbangan tuan-puan
dalam aktiviti ini secara langsung dinilai oleh jabatan dimana ia merupakan salah satu kriteria yang dinilai bagi penilaian di LNPT
setiap akhir tahun.


Seperti Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat
bagi orang lain.”

(Riwayat Ibn Hibban)

41

KESEL AMATAN DAL AM BERTUGAS DAN PENUL AR AN VIRUS
CORONAVIRUS
54. Dalam kita menjalankan tugas dan memenuhi tugasan harian ingin saya

ingatkan kepada semua warga JUPEM penjagaan keselamatan ketika
menjalankan tugas terutamanya kepada pegawai kerja luar dan pembantu
kerja luar. Mematuhuilah segala peraturan dan prosedur yang semasa
bertugas supaya kejadian seperti kemalangan jalan raya, terluka ketika
meritih, terkena gigitan binatang berbisa dan lain-lain lagi dapat dielakkan.
Pada masa yang sama, saya juga memohon kepada semua warga JUPEM
termasuk ahli keluarga masing-masing elakkan atau kurangkan aktiviti
luar akibat penularan Coronavirus yang sedang merebak ketika ini. Mari
sama-sama doakan supaya penularan Coronavirus dapat dihentikan.

42

43

55. Akhir kata, marilah kita sama-sama berganding bahu dan menyokong Jabatan, Kementerian dan Kerajaan dalam mempertingkatkan
produktiviti, penyampaian perkhidmatan yang lebih jitu untuk rakyat dan mengukuhkan imej sektor awam sebagai sektor utama
dalam memacu pembangunan negara. Sehubungan itu, warga JUPEM perlulah terus memikirkan perubahan-perubahan agar kita
terus relevan dan tidak ketinggalan dalam era yang serba dinamik dan pantas ini. Sebelum saya merasmikan program ini ingin
saya berkongsikan kata-kata hikmat ini.

Hargailah masa, be punctual
Apa tanda orang aniaya waktunya habis tersia - sia
Apa tanda orang merugi waktu terbuang tidak bererti
Apa tanda orang terlaknat waktunya habis pada maksiat
Apa tanda orang yang malang waktunya habis terbuang - buang
Apa tanda orang khianat waktunya habis lupa ibadat
Siapa suka membuang waktu alamat hidup menjadi hantu
Siapa suka membuang masa alamat hidup akan binasa
Siapa suka berlalai - lalai alamat keluarga akan tergadai
Siapa suka bermalas - malas seumur hidup hutang tak lepas
Kalau waktu tidak diingat binasalah hidup dunia dan akhirat

44

Ayuh tuan-tuan dan puan - puan
Hargailah masa hargailah umur kita
Apa tanda orang berilmu hidupnya pandai mengatur waktu
Apa tanda orang mulia umurnya habis tak sia - sia
Apa tanda orang berakal umurnya habis mencari bekal
Apa tanda orang beradab umurnya habis ada manfaat
Apa tanda orang berakal waktunya habis dalam beramal
Apa tanda orang berbangsa hidupnya tahu mengunakan masa
Apa tanda orang beriman waktunya habis pada kebaikan

Adab orang tahu waktu mudanya tidak sia - sia
Tuanya tidak menyalah

Umurnya membawa faedah
Tanda orang yang tahu waktu

Tahu waktu terus berlalu
Tahu musim ganti berganti tahu umur bertambah pendek

Tahu yang baru berubah - ubah
Tahu yang kuat beransur lemah
Tahu yang muda beransur tua
Tahu liang lahad sudah pun tersedia
sekadar itu masa kita pun hampir tamat hargailah masa

45

Oleh itu tuan - tuan dan puan - puan sudah pun mengetahui hasrat dan keinginan saya, apa perancangan kami untuk tahun - tahun
mendatang. Ayuh tuan - tuan dan puan - puan, join me, sertailah gagasan murni untuk membawa JUPEM ketingkat yang lebih tinggi
lagi. Ayuh kita menjadi orang yang bijaksana:

Apa tanda warga JUPEM sejati, terhadap waktu berhati-hati
Apa tanda warga JUPEM terbilang, pada waktu ia sayang

Apa tanda warga JUPEM bijak, membuang masa ia tak hendak
Apa tanda warga JUPEM berakal, manafaatkan waktu hidup mencari bekal

Tuan - tuan dan puan - puan yang saya muliakan
dalam kehidupan kita ni, paling kita hendak adalah keberkatan

Kepada Allah kita mengabdi, agar rahmatnya kekal abadi
Kepada Allah kita menyembah, supaya selalu beroleh barokah
Supaya selamat dunia dan akhirat; kepada Allah tempat berkhidmat

Kalau hampir kepada Allah, dunia akhirat tidak akan susah
iapa taat kepada Allah, sebarang kerja tak akan menyalah
Siapa teguh berpegang syarak, dijauhkan Allah segala bala
Kepada Allah menghamba diri, supaya hidup tahukan diri
Allah dan Rasul kita utamakan, hidup dan mati beroleh kemuliaan
Apa tanda orang beriman, hidup dan matinya mengingat Tuhan

Kepada Allah jua hambamu berserah

Wallahu a’lam

46

Dengan lafaz yang mulia, Bismillahir-RahmanirRahim, saya dengan ini merasmikan PROGRAM TRANFORMASI JURUUKUR DAN
JURUGEOSPATIAL 2020.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih.

47

Terbitan
Bahagian Perancangan dan Korporat
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

48


Click to View FlipBook Version