The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nikmohdpadlulah, 2022-08-29 03:57:08

Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat MRSM Johor Bahru 2022

1


ISI KANDUNGAN
BIL BUTIRAN
1 PERUTUSAN PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA
2 PERUTUSAN YANG DIPERTUA MUAFAKAT
3 PERUTUSAN PENGETUA
4 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11
5 ATUR CARA MAJLIS
6 AGENDA MESYUARAT
7 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-10
8 LAPORAN SETIAUSAHA
9 LAPORAN KEWANGAN
10 USUL
11 AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11
12 PENGHARGAAN
MUKA SURAT 3
4
5
6
7
7 8–17 18 – 21 22 – 27 28-35 36
37
2


PERUTUSAN
PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk berkumpul dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (MUAFAKAT) kali ke-11.
Dikesempatan ini, saya ingin menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang hadir meluangkan masa ke Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT pada kali ini. Kehadiran tuan puan jelas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha mengukuhkan institusi pendidikan di bawah MARA seterusnya mencapai objekif penubuhan MUAFAKAT khasnya.
Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT ini merupakan medium yang terbaik bagi para ibu bapa dan pendidik berkongsi buah fikiran dan pandangan yang bernas untuk bersama-sama melakukan penambahbaikan secara konsisten dan istiqamah bagi memastikan mutu pendidikan institusi di bawah MARA ini setanding dengan pendidikan di negara-negara maju. Pihak MUAFAKAT akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada pihak MRSM, Kolej MARA dan Kolej Profesioanal MARA bagi memastikan kebajikan dan kecemerlangan para pelajar terjaga. Koloboratif semua pihak tanpa mengira masa, tenaga dan berkorban wang ringgit dalam pelbagai aspek akan dapat membantu kemenjadian dan keberhasilan pelajar yang mampu bersaing diperingkat global.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT kali ke-..ini. Saya berharap penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT ini akan dapat meningkatkan ukhwah, iltizam dan inspirasi kepada semua pihak. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan dan petunjuk dalam setiap langkah perjuangan kita.
Sekian, wabilahi taufiq walhidayah, wassalmualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN
MUAFAKAT MARA MALAYSIA
SESI 2021-2023
3


PERUTUSAN
YANG DIPERTUA MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Bagi pihak jawatankuasa Muafakat saya mengalu-alukan tuan/puan ke Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT MRSM Johor Bahru Kali Ke-11. Sesungguhnya MesyuaratAgungTahunaniniadalahsatu platformterbaikbuatsemuaibubapa bertemu muka dengan pihak maktab dalam berkongsi idea dalam meningkatkan kebajikan, pembangunan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar MRSM Johor Bahru.
Sepanjang sesi 2021/2022, Jawatankuasa MUAFAKAT telah banyak merancang serta melaksanakan pelbagai aktiviti bagi manfaat pelajar daripada setiap tingkatan di maktab ini. Kita amat menghargai sumbangan pengalaman serta kepakaran daripada kalangan ibu bapa yang telah menjadi sumber kekuatan kepada aktiviti kita. Komitmen berterusan daripada guru-guru serta kakitangan juga menjadi asas kepada kejayaan ini. Oleh itu, memang wajarlah agar suasana sebegini diteruskan sehingga menjadi suatu budaya MUAFAKAT MRSM Johor Bahru.
Di samping itu, kecemerlangan akademik tidak akan bermakna tanpa kecemerlangan sahsiah. Justeru, besarlah harapan saya agar MUAFAKAT dapat berperanan dalam membantu pihak maktab ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Sikap peka ibu bapa akan menjadi sumber kekuatan kepada pelajar untuk memantapkan lagi pencapaian mereka dalam semua bidang.
Akhir kata, saya selaku tunjang utama MUAFAKAT MRSM Johor Bahru menyeru semua ibu bapa bersama-sama menggembleng tenaga dalam melonjakkan lagi kecemerlangan pelajar di MRSM Johor Bahru ini. Sesungguhnya kejayaan anak- anak MRSM Johor Bahru adalah kejayaan kita bersama.
Sekian.
MOHD SYAHRIL BIN MUHAMMAD YANG DIPERTUA,
MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU SESI 2021-2023
4


PERUTUSAN
PENGETUA MRSM JOHOR BAHRU
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Seawal madah pembuka bicara, saya bagi pihak MRSM Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran ibu bapa pada majlis Mesyuarat Agung Muafakat MRSM Johor Bahru kali ke- 11 ini.
Sebagai Pengetua MRSM Johor Bahru, saya dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa atas sokongan, bantuan, idea dan kerjasama yang berterusan ke arah perkembangan potensi pelajar-pelajar di maktab ini dalam melahirkan modal insan yang cemerlang, berakhlak mulia, serta bertanggungjawab. Sesungguhnya usaha membentuk masyarakat masa depan yang berwibawa dan mampu
menerajui negara ke arah kemajuan adalah agenda utama kita.
Saya percaya bahawa guru-guru di sini tidak akan mensia-siakan amanah yang telah diletakkan oleh para ibu bapa. Guru yang cemerlang akan menjalankan tugas dan tanggungjawab tanpa rasa jemu dan berputus asa. Justeru, sokongan padu daripada ibu bapa amat diharapkan dalam menjayakan setiap program yang telah dirancang, khususnya Program Gerak Gemilang yang melibatkan semua pelajar. Saya juga ingin merakamkan penghargaan atas kerjasama AJK MUAFAKAT MRSM Johor Bahru serta sumbangan yang telah diberikan bagi membantu memenuhi keperluan dan kehendak para pelajar dalam kegiatan mereka. MUAFAKAT MRSM Johor Bahru juga telah banyak membantu dalam menaikkan nama maktab dari segi akademik dan kokurikulum. Diharapkan kerjasama sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.
Akhir kata, terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT MRSM Johor Bahru ini.
Sekian.
MOHD HASHIM BIN NORPIAH PENGETUA
MRSM JOHOR BAHRU
5


NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
6


ATUR CARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
MUAFAKAT CAWANGAN MRSM JOHOR BAHRU KALI KE – 11
TARIKH MASA TEMPAT
: 30 OGOS 2022 (SELASA)
: 9.30 PAGI
: DEWAN MRSM JOHOR BAHRU
9.30 PAGI - PENDAFTARAN IBU BAPA DAN GURU
10.00 PAGI - MAJLIS PERASMIAN
- Kata Alu-aluan Pengacara Majlis
- Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Amanah Rakyat
- Bacaan Doa
- Ucapan Alu-aluan YDP MUAFAKAT - Ucapan Perasmian
- CABUTAN BERTUAH 1
11.15 PAGI - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT KALI KE-11 BERMULA
- Ucapan Pengerusi Tetap
- Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-10 - Pembentangan Laporan Setiausaha
- Pembentangan Laporan Kewangan 2021
- Pembentangan Usul
- Hal-hal Lain
- Ucapan Penangguhan Mesyuarat
1.15 TGH HARI - CABUTAN BERTUAH 2 - BERSURAI
AGENDA MESYUARAT
- Ucapan Pengerusi
- Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-10 - Pembentangan Laporan Aktiviti MUAFAKAT 2021
- Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2021
- Pembentangan dan Pembahasan Usul Bertulis
- Ucapan Penangguhan
- Penangguhan Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali Ke-11
7


MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU
KALI KE-10
Tarikh Tempat Masa Kehadiran
Agenda Mesyuarat:
: 30 Oktober 2021
: Microsoft Teams (secara dalam talian) : 9.00 pagi
: AJK MUAFAKAT
Guru-guru MRSM Johor Bahru
Ibu Bapa
- Ucapan Yang Dipertua MUAFAKAT
- Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-9. - Pembentangan Laporan Aktiviti MUAFAKAT 2020
- Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan 2020
- Pembubaran Jawatankuasa Sesi 2019/2021
- Perlantikan AJK MUAFAKAT Sesi 2021/2023
- Pembentangan dan Perbahasan Usul bertulis
- Hal-hal lain
- Ucapan penangguhan
8


MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU
KALI KE-10
BIL PERKARA
1.0
Ucapan Yang Dipertua MUAFAKAT
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Tuan Yang Dipertua MUAFAKAT, Tuan Hj. Abdul Rahman bin Ahmad Unni merangkap pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir mesyuarat secara dalam talian. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Tuan Pengetua kerana sentiasa memberikan kerjasama erat dan komitmen yang padu kepada pihak MUAFAKAT
1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat hari ini merupakan tahun kedua mesyuarat di jalankan secara dalam talian. Pengerusi melahirkan harapan agar ibu bapa dapat bersama-sama menjalankan tanggungjawab dengan memberikan kerjasama supaya majlis dapat berjalan lancar dan mencapai matlamat.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa pemilihan Ahli Jawatankuasa baru akan dibuat pada mesyuarat kali ini. Beliau mengharapkan ibu bapa dapat memberikan kerjasama supaya proses pemilihan berjalan lancar, dan dapat memilih calon yang tepat agar segala program yang dirancangkan oleh maktab dapat dilaksanakan dengan jayanya. Beliau memaklumkan bahawa arahan terbaru daripada MUAFAKAT Kebangsaan iaitu, ahli seumur hidup (ibu bapa yang tiada anak di MRSM Johor Bahru) tidak boleh dilantik untuk jawatan Yang Dipertua.
2.0
Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke -9
2.1 Setiausaha MUAFAKAT, Puan Nor Hasliana bt. Mohamad telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung MUAFAKAT MRSM Johor Bahru kali ke – 9 (merujuk buku laporan Mesyuarat Agung muka surat 11-15).
2.2 Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Puan Hasinah bt. Kadir dan di sokong oleh Puan Suzyaszlina bt. Ali
9


MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU
KALI KE-10
3.0
Pembentangan Laporan Aktiviti MUAFAKAT 2019
3.1 Setiausaha membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan MUAFAKAT MRSM Johor Bahru sepanjang tahun 2020 (merujuk buku laporan Mesyuarat Agung muka surat 17-18).
4.0
Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Tahunan MUAFAKAT MRSM Johor Bahru
4.1 Penolong Bendahari MUAFAKAT, Puan Azura binti Supok meminta ahli yang hadir merujuk buku Laporan Mesyuarat Agung muka surat 19-25 untuk Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2020
4.2 Penyata Kewangan Tahunan dicadang untuk disahkan oleh Puan Nur Ruhyayu dan disokong oleh Encik Muhammad.
5.0
Pembubaran Jawatankuasa Sesi 2019/2021
5.1 Jawatankuasa sesi 2019/2021 telah dibubarkan oleh Yang Dipertua MUAFAKAT.
5.2 Yang Dipertua MUAFAKAT sesi 2019/2021 dilantik sebagai pengerusi sementara bagi proses pencalonan dan pengundian Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2021/2023.
10


MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU
KALI KE-10
6.0
Perlantikan Ahli Jawatankuasa MUAFAKAT MRSM Johor Bahru sesi 2021/2023
6.1 Setelah proses penamaan dan pengundian, senarai nama AJK
MUAFAKAT MRSM Johor Bahru bagi Sesi 2021/2023 adalah seperti berikut:
Pengerusi Tetap
Timb. Pengerusi Tetap Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari
Ahli Jawatankuasa
:
: :
: : : :
:
Profesor Madya Dr. Othman Bin Ibrahim
En. Noorsuhaily Bin Ali @ Md.Noor En. Mohd Syahril Bin Muhammad
En. Suhaimi Bin Mohamed Badri Pn. Nor Hasliana Bt. Mohamad Pn. Siti Sarah Bt. Abd Rahim Cik Norah Bt. Hassan@Haron En. Mohd Suhaimi Bin Suhir
En. Azuan Bin Abu Bakar
Pn. Abriza Bt. Latip@Latif
En. R.M. Raj Shekar Naidu A/L Manogaran Pn. Nur Ruhyayu Bt. Abdullah
Pn. Siti Zaharah Bt. Bachok
Pn. Suzyaszlina Bt. Ali
Pn. Nur Azureen Bt. Zainal
Pn. Edyani Bt. Shafie
Juruaudit Dalaman Juruaudit Dalaman
: :
11


MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU
KALI KE-10
7.0
Pembentangan dan Perbahasan Usul Bertulis
7.1 Mesyuarat bersetuju membahaskan usul bertulis daripada pencadang yang hadir. Bagi pencadang yang tidak hadir, jawapan secara bertulis diberikan.
Usul 1:
Wujudkan satu program untuk membantu pelajar yang lemah agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran
Respons: Sedang dilaksanakan dalam Program Gerak Gemilang (PGG) dan intervensi.
Usul 2:
Pengambilan pelajar dalam kalangan B40 ke MRSM Johor Bahru hanya yang betul-betul layak sahaja memandangkan keperluan kos yg tinggi (IGCSE) dan kurangnya bantuan daripada kerajaan.
Respons: Pengambilan pelajar adalah tertakluk kepada polisi MARA. Usul akan di bawa ke MUAFAKAT Kebangsaan.
Usul 3:
Memperuntukkan masa atau kelas yang lebih untuk subjek kritikal seperti Matematik, subjek Sains dan Matematik Tambahan.
Respons: Waktu pembelajaran setiap subjek adalah tertakluk kepada jam kredit yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Usul 4:
Mengadakan sesi kaunseling kepada pelajar yang bermasalah untuk
mendapat tahu masalah yang dihadapi olehnya.
Respons Program kaunseling ada dijalankan untuk pelajar
12


MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU
KALI KE-10
7.0
Pembentangan dan Perbahasan Usul Bertulis
Usul 5:
Harap ada bantuan sokongan apabila anak-anak menyertai sesuatu
aktiviti seperti pergi pertandingan peringkat tinggi, sama ada pertandingan sukan, badan uniform dan lain-lain. Hal ini disebabkan terdapat pelajar yang cemerlang dalam sukan tertentu, contohnya sukan renang, tetapi di maktab tiada sukan tersebut. Mohon bantuan sokongan diberi kepada pelajar tersebut, seperti bantuan latihan dan jurulatih agar dapat pergi lebih jauh (mungkin sehingga peringkat antarabangsa). Berkemungkinan ada dalam kalangan ibu bapa yang berpengalaman yang dapat menyumbang tenaga dan kemahiran untuk perkara ini, tanpa perlu mengupah jurulatih luar.
Respons: Pihak maktab tiada halangan sekiranya ada ibu bapa yang ingin membantu mengembangkan bakat anak-anak sehingga peringkat yang lebih tinggi bagi sukan yang tidak ditawarkan di maktab.
Pihak MUAFAKAT akan memberkan sumbangan sekiranya pelajar menyertai pertandingan peringkat antarabangsa.
Usul 6
Diadakan kelas tambahan untuk pelajar yang lemah mengikut subjek.
Respons: Terdapat program PGG dan intervensi setiap subjek
Usul 7
Mengurangkan penghantaran kerja dalam bentuk video kerana
mengambil masa dan space yang banyak
Respons:
Penghantaran video merupakan satu keperluan PdPR. Contohnya, hafazan dan pengucapan awam.
13


MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU
KALI KE-10
7.0
Pembentangan dan Perbahasan Usul Bertulis
Usul 8
Mengekalkan jadual kemasukan semula dan balik pelajar mengikut
tingkatan seperti yang dilakukan semasa PKP sebelum ini untuk mengurangkan kesesakan. Sebagai contoh -tingkatan 1 dari jam 10 hingga 11, ting 2 dari jam 11 hingga 12 dan seterusnya.
Respons:
Pihak maktab akan mengatur jadual kemasukan dan balik pelajar mengikut waktu dan secara berperingkat.
Usul 9:
Dicadangkan penubuhan tabung Covid 19 khusus bagi membantu warga
MRSM Johor Bahru yang terkesan dengan pandemik Covid-19
Respons:
Pihak maktab ada menubuhkan JOBA Care yang membantu warga maktab yang dilanda musibah, termasuklah Covid-19.
Usul 10
Pelajar dibenarkan untuk memakai kasut kanvas hitam (selain putih) pada hari persekolahan yang memerlukan pelajar memakai pakaian lengkap sukan.
Respons
Kebenaran pemakaian kasut hitam ini telah dimaklumkan semasa mesyuarat agung MUAFAKAT pada tahun 2020.
Usul 11
Memperkasakan lagi medium komunikasi antara pihak maktab (Guru/Pentadbir/Muafakat) dengan pihak ibu bapa melalui media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook maktab, Instagram, Tiktok dan sebagainya.
Respons:
Pihak maktab aktif dalam media sosial yang dinyatakan.
14


MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU
KALI KE-10
7.0
Pembentangan dan Perbahasan Usul Bertulis
Usul 12
Dapatkan motivasi luar ke Maktab khas kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Pengisian program berkaitan kelebihan jika dapat IGCSE 6A* dan 10A dlm SPM. Peluang masuk ke universiti, dan pilihan pendidikan yang pelajar hendak. Contohnya, SPM dapat 8A boleh mohon biasiswa dan dapat engineering study. Hal ini akan mendorong pelajar untuk mendapatkan markah yang tinggi. Kokurikulum juga penting untuk kemasukan universiti.
Respons:
Unit Bimbingan dan Kaunseling ada mengadakan program motivasi pelajar 3 kali setahun.
8.0
Hal-hal lain
8.1 En Zaharuddin meminta penjelasan berkaitan usul yang diberikan sebelum ini iaitu hanya pelajar yang mampu sahaja akan dimasukkan ke MRSM IGCSE, berkaitan rasional untuk bawa perkara ini ke Mesyuarat Perwakilan MUAFAKAT Kebangsaan walhal pelajar yang kurang mampu juga ada yang layak.
Respons : Pihak maktab menjelaskan bahawa permohonan ke maktab IGCSE dibuat oleh ibu bapa dan pihak MRSM Johor Bahru hanya akan menerima sahaja pelajar yang ditetapkan oleh pihak MARA.
8.2 Pn Zaidah mencadangkan agar kemudahan mesin basuh dan mesin pengering pakaian yang disediakan diperiksa dan diselenggara secara berkala. Agar berfungsi dengan berkesan..
Respons : Jadual pemeriksaan mesin basuh dan mesin pengering ada disediakan, pihak kontraktor datang dari semasa ke semasa untuk membuat pemeriksaan.
8.3 Pihak maktab menjelaskan bahawa pelajar akan diberi masa untuk bergotong-royiong mengemas dan membersihkan loker serta almari mereka sebelum sesi akademik bermula disebabkan mereka telah lama PdPR.
15


MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU
KALI KE-10
8.0
Hal-hal lain
8.4 Para pelajar hanya perlu membawa Salinan kad vaksin mereka ke maktab sebagai bukti mereka telah divaksin.
8.5 Ibu bapa dibenarkan untuk menghantar barang keperluan untuk anak- anak melalui perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi iaitu Joba Hantar Barang (JHB).
8.6 Pada tahun 2020, pengurangan Dana MUAFAKAT telah dibuat disebabkan keadaan semasa iaitu Covid-19. Mulai 2022, Dana MUAFAKAT akan kembali kepada jumlah asal iaitu RM 150.00 di samping Yuran Tahunan MUAFAKAT sebanyak RM 50.00 bagi setiap pelajar bagi menampung keperluan program maktab yang akan kembali seperti asal.
9.0
Ucapan Penangguhan
1.1 Yang Dipertua MUAFAKAT Sesi 2019/2021, Tn. Hj. Abdul Rahman bin Ahmad Unni mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi mengikuti mesyuarat secara dalam talian pada hari ini. Beliau turut memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang beliau merajui MUAFAKAT MRSM Johor Bahru. Beliau telah bersama dengan 4 orang Pengetua sepanjang menjadi ahli dalam Muafakat MRSM Johor Bahru dari tahun 2012 hingga sekarang. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pengetua, guru dan pelajar atas kecemerlangan yang telah dicapai dalam peperiksaan 2020. Beliau berharap agar ibu bapa terus memberikan kerjasama kepada AJK yang baru dilantik dan juga pihak maktab.
1.2 Yang Dipertua MUAFAKAT Sesi 2021/2023, Encik Mohd Syahril bin Muhammad mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan YDP, Pengetua, Timbalan-timbalan Pengetua, ahli pengurusan Maktab, AJK dan guru-guru yang telah bekerjasama dalam memastikan mesyuarat pada hari ini berjalan lancar. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi untuk memegang jawatan sebagai YDP dan beliau akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik- baiknya dalam membantu pihak maktab, dan juga menjadi perantara di antara ibu bapa dan pihak maktab. Beliau akan membuat transformasi kepada MUAFAKAT yang baru dilantik.
16
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.20 pagi.


MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU
KALI KE-10
Disediakan oleh,
..........................................
(NOR HASLIANA MOHAMAD) Setiausaha
MUAFAKAT MRSM Johor Bahru.
Disemak oleh,
...........................................
(EN. MOHD SHAHRIL BIN MUHAMMAD) Yang Di Pertua
MUAFAKAT MRSM Johor Bahru
17


LAPORAN SETIAUSAHA
JAWATANKUASA MUAFAKAT MRSM JOHOR BAHRU SESI 2021/2023
JAWATAN
EX-OFFICIO PENGERUSI TETAP
TIMB. PENGERUSI TETAP
YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA BENDAHARI
AHLI JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
JURUAUDIT DALAMAN JURUAUDIT DALAMAN
NAMA
EN. MOHD HASHIM BIN NORPIAH
PROFESOR MADYA DR. OTHMAN BIN IBRAHIM
EN. NOORSUHAILY BIN ALI @ MD.NOOR
EN. MOHD SYAHRIL BIN MUHAMMAD EN. SUHAIMI BIN MOHAMED BADRI
PN. NOR HASLIANA BT. MOHAMAD PN. SITI SARAH BT. ABD RAHIM
CIK NORAH BT. HASSAN@HARON EN. MOHD SUHAIMI BIN SUHIR
EN. AZUAN BIN ABU BAKAR
PN. ABRIZA BT. LATIP@LATIF
EN. R.M. RAJ SHEKAR NAIDU A/L MANOGARAN PN. NUR RUHYAYU BT. ABDULLAH
PN. SITI ZAHARAH BT. BACHOK
PN. SUZYASZLINA BT. ALI
PN JULIANA BINTI MARTIN
PN. NUR RASHIDAH BT. RUHIZAT
EN. MOHD NUR AZIZ BIN LABINTAH
PN. IDA SUHARTIKA BT. IBRAHIM
PN. NOORMARZILAHANI BT. JAMAK
EN. ZAKARIA BIN MOHAMED
EN. NIK MOHD PADLULAH BIN MAT SALLEH
JURUAUDIT DALAMAN
PN. NUR AZUREEN BT. ZAINAL PN. EDYANI BT. SHAFIE
18


JAWATANKUASA BIRO
BIRO AJK IBU BAPA AJK GURU
BIRO AKADEMIK
PN. JULIANA BT, MARTIN
PN. MUSHALA BINTI AHMAD
BIRO KEBAJIKAN
PN SITI ZAHARAH B. BACHOK
PN ABRIZA BT. LATIP @LATIF
PN. IDA SUHARTIKA BINTI IBRAHIM
BIRO MODAL INSAN
EN.AZUAN BIN ABU BAKAR
PN. NOORMARZILAHANI BINTI JAMAK
BIRO KEUSAHAWANAN
EN R.M. RAJ SHEKAR NAIDU A/L MANOGARAN
EN MOHD NUR AZIZ BIN LABINTAH
BIRO KESIHATAN
EN MOHD SUHAIMI BIN SUHIR
PN. NUR RASHIDAH BINTI RUHIZAT
BIRO SARANA
PN. NUR RUHYAYU BINTI ABDULLAH
EN NIK MOHD PADLULAH BIN MAT SALLEH
BIRO REKREASI DAN KEBUDAYAAN
PN. SUZYASZLINA BT. ALI
EN. ZAKARIA BIN MOHAMED
19


LAPORAN AKTIVITI MUAFAKAT 2021
BIL PERKARA CATATAN
1.
Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali Ke-10
- Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali Ke-10 telah diadakan secara dalam talian bermula jam 9.00 hingga 11.45 pagi pada 30 Oktober 2021.
- Seramai 215 orang ahli MUAFAKAT telah menghadiri mesyuarat tersebut.
- Beberapa usul yang dibincangkan adalah berkaitan dengan akademik, kemudahan dan kebajikan pelajar-pelajar di MRSM Johor Bahru.
2.
Mesyuarat AJK MUAFAKAT
- Mesyuarat AJK MUAFAKAT telah diadakan sepanjang tahun untuk membincangkan program atau aktiviti yang berkaitan dengan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, pembangunan sahsiah dan juga kokurikulum.
- Hasil daripada persetujuan mesyuarat yang telah diadakan ini, pihak MUAFAKAT MRSM Johor Bahru telah banyak memberi sumbangan dalam menjayakan program anjuran maktab untuk peningkatan dan kebajikan para pelajar.
Tarikh mesyuarat: 23 Februari 2021 21 Mac 2021
3 Oktober 2021 17 Oktober 2021
3.
Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT Kebangsaan 2021
Mesyuarat ini diadakan secara dalam talian. Mesyuarat disertai oleh semua wakil MUAFAKAT dari MRSM dan KM seluruh negara.
Diadakan pada 18 Disember 2021.
Diwakili oleh:
En. Mohd Syahril bin Muhammad (YDP) En. Suhaimi bin Mohamed Badri (NYDP)
En. Azuan bin Abu Bakar (AJK)
20


LAPORAN AKTIVITI MUAFAKAT 2021
BIL PERKARA CATATAN
4.
Sumbangan daripada MUAFAKAT untuk program–program di MRSM Johor Bahru
- Program Gerak Gemilang Tingkatan 1- 5
- Majlis Restu 2021
- Majlis Graduasi 2021
- Hari Keluarga Guru dan Staf
- Iftar Perdana 2021
- Sambutan Hari Guru dan Hari Raya
2021
- Majlis Apresiasi Kokurikulum 2021
- Majlis Apresiasi Gemilang 2021
- Imbuhan Guru Ganti/Sambilan
- Seminar Kecemerlangan Subjek
- E-Sukan, Sukan dan Permainan
- Program Majalah Dalam Kelas/Akhbar
Dalam Darjah
- Bantuan Covid-19
- Sumbangan Kemalangan/ Kebakaran/
Khairat Kematian
Program-program Akademik, Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah Pelajar serta Program Penghargaan
21


LAPORAN KEWANGAN
22


23


24


25


26


27


CADANGAN USUL DAN RESPONS
BAHAGIAN AKADEMIK
NO PENCADANG USUL
1
2
3
4
5
6
RESPONS
Mohd Ridzam bin Mat Rejab
(Arinah Rasyidah, 2 Deneb)
Membenarkan kelas tuisyen peribadi bagi anak semasa hari Sabtu dan Ahad, atau semasa mempunyai masa lapang.
Ketetapan maktab bahawa tiada tuisyen dari luar kerana ada Program Gerak Gemilang (PGG) di maktab.
Shafinaz Haji Ishak (Ameer Syazwan, 3 Fomalhaut)
Kurangkan tempoh waktu pembelajaran dari 7.30pg ke 2.30ptg (termasuk waktu PGG) setiap hari bagi membolehkan pelajar mendapat rehat secukupnya untuk lebih fokus dalam pembelajaran di kelas .
Jadual pembelajaran mengikut ketetapan BPM
Suhailah Binti Abd Hamid (Nur Nadhira Farzana, 1 Fomalhaut)
Seharusnya pihak MRSM dan pelajar bekerjasama bagi memastikan kebersihan kelas dijaga. Setiap hari sebelum bermulanya kelas dan tamat sesi pembelajaran pastikan kelas bersih dan buku-buku disusun di tempat yg sepatutnya.
Memang dipraktikkan
Mohammad Faizal Bin Hamzah
(Farhanah, 3 Canopus)
Sila pastikan guru homeroom sentiasa pantau akademik pelajar dan apabila pelajar jatuh sakit.
Secara dasarnya, memang dipraktikkan
L. Vasudha
(Hemasri, 4 Achernar)
Kelas waktu malam untuk pelajar yang menduduki peperiksaan awam perlu diajar oleh cikgu. Mungkin kelas malam akan lebih teratur jika ada guru dalam kelas.
Jadual pemantauan guru mengikut keperluan
Tharmaraj (Yasmitha, 3 Deneb)
Can students have JOBA internet access for their projects given by
teacher. Kindly updates the coverage areas to students and teachers.
Boleh, liputan Internet disediakan di
bangunan akademik dan surau.
Ahmad Firdaus Bin Azmi Rodiah Binti Abdullah (Maryam Sofea, 2 Elnath)
Kerap mengadakan ceramah motivasi/penghayatan diri/teknik belajar.
Memang dilaksanakan
28
7


NO PENCADANG USUL
8
9
10
11
12
13
14
RESPONS
Muhd Sharul Bahrain Bin Bakri
(Nur Nashrah Aleesa, 5 Bellatrix)
Program intensif latih tubi Kertas Peperiksaan tahun-tahun lepas utk mata pelajaran Sains tingkatan 5 yang menunjukkan keputusan yang tidak memberangsangkan.
Dilaksanakan secara berterusan
Mazni binti Yasir
(Adam Iskandar, 4 Elnath)
Selain guru muda dan mentor, wujudkan juga kelas pemulihan/ bimbingan untuk setiap subjek pada anak-anak yang lemah oleh guru subjek.
Program intervensi dilaksanakan kepada pelajar yang lemah dalam subjek
Zulhamli bin Kamaruzaman
(Amirah Syasya, 1 Deneb)
Memanggil penceramah / kaunselor / penceramah motivasi untuk menaikkan semangat anak-anak
Dilaksanakan dalam semester 2
Md Saleh Bin Tukiran (Muhammad Hasif, 1 Fomalhaut)
Cadangan bagi menambah masuk aktiviti sukan dalam kelab atau persatuan Maktab iaitu Sukan Golf.
.
Tiada kepakaran dan kelengkapan untuk sukan tersebut.
Mohamad Aznool Haidy bin Ahsorori
(Muhammad Amir Rasyid, 3 Gacrux)
Kembalikan semula Latihan Fardu Ain dan Mini Ulu Albab.
Dilaksanakan di dalam kelas semasa sesi akademik
Noor Khanizah Md Jaafar (Afaf Zara, 1 Elnath)
Mengadakan kelas bimbingan untuk pelajar tingkatan 1 bagi subjek-subjek seperti Kimia, Biologi, Fizik & Matematik supaya pelajar dapat menguasai pelajaran asas dan lebih mudah untuk kuasai subjek-subjek tersebut
KAT 1 dan Slot PGG diadakan untuk bimbingan kepada pelajar
Noorazmi bin Sugang (Ahmad Azimuddeen, 1 Bellatrix)
Mencadangkan agar dibuat Sistem Buddies dalam kumpulan yang kecil tidak lebih daripada 3- 4 orang supaya lebih berkesan para pelajar belajar sesama mereka .
Program Mentor- Mentee telah dilaksanakan
29


BAHAGIAN KEBAJIKAN
NO PENCADANG USUL
1
2
3
4
5
6
RESPONS
Azlina Binti Abd Aziz (Amni Syazwina, 4 Fomalhaut)
Saya mencadangkan agar blazer BWP diberikan terus kepada bekas BWP untuk kenangan mereka pernah berkhidmat sebagai BWP.
Atau setiap BWP diwajibkan membeli blazer masing-masing.
Tiada peruntukan secara tahunan
Shafinaz Haji Ishak (Ameer Syazwan, 3 Fomalhaut)
Adakan semula gotong royong ibu bapa dan pelajar. Aktiviti pembersihan dan hias semula kawasan asrama termasuk dorm sekurang-kurangnya sekali dalam satu semester iaitu pada hari pertama/minggu pertama pelajar kembali ke asrama
Dicadangkan program menghias asrama pada bulan September 2022
Norlela Binti Husin (Muhd Aqmal, 1 Elnath)
Baju-baju pre -loved (uniform sekolah) dikumpul dan diberikan kepada pelajar yang memerlukan.
Dilaksanakan setiap hujung tahun
Muhammad Irffan Shah Bin Saharudin
(Muhammad Irffan Shah (1 Deneb)
Di minta pihak MRSM lebih mengambil berat pada anak- anak yg tidak sihat. Dapat maklumkan kepada ibu bapa seawal yang boleh.
Kesihatan pelajar sentiasa dipantau dan diberi keutamaan
Ahmad Firdaus Bin Azmi Rodiah Binti Abdullah (Maryam Sofea, 2 Elnath)
Dana Wakaf - sebahagian dana sedia ada apabila berlaku musibah. Derma secara sukarela setiap masa (terutama hari Jumaat).
Sumbangan dana mengikut keperluan semasa
Noorlina binti Jurimi Nur (Qistina Alissa, 2 Deneb)
Waktu outing pada hari Sabtu dimulakan pada jam 12.00 tengahari.
Masa yang diberikan agak singkat sewaktu proses pengambilan anak pada hari tersebut.
Mengikut peraturan yang ditetapkan
Zulhamli bin Kamaruzaman (Amirah Syasya, 1 Deneb)
Anjurkan lebih byk program- program keagamaaan
Program Usrah dan tazkirah dilaksan3a0 setiap hari Jumaat.
7


NO PENCADANG USUL
8
9 10
11
12
13
14
RESPONS
Mohamad Aznool Haidy bin Ahsorori
(Muhammad Amir Rasyid, 3 Gacrux)
"Snack Corner” – sama ada boleh dibeli atau percuma.
Banyakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukarela di luar maktab, inovasi reka cipta dan aktiviti memasak untuk lelaki- perempuan.
Telah ada ‘Vending Machine’ sekitar kawasan maktab
Telah dilaksanakan
Noor Khanizah Md Jaafar (Afaf Zara, 1 Elnath)
Sekiranya dapat menyediakan lagi mesin penapis air sejuk dan panas di setiap tingkat dorm.
Telah disediakan di setiap blok
Vasanthi A/P Govindan (Harinii Sri Vathanii, 1 Achernar)
Bantuan kewangan daripada ibu bapa utk meningkatkan / memperbaik kemudahan di maktab.
Dialu-alukan
Wan Azha Wan Mustapha (Wan Rayyan Hakim, 1 Achernar)
Pintu bilik air di asrama lelaki perlu di baik pulih.
Meja belajar dan almari di asrama perlu dibaik pulih. Kedudukan kipas perlu dikaji semula agar anak-anak selesa di asrama
Buat laporan dalam E-Aduan
Zuharah Binti Alivi (Zafran Bin Zakaria, 1 Fomalhaut)
Tolong pastikan air Coway atau Cuckoo ada di blok asrama lelaki kerana bekalan air dari mesin Dr Sukida menyebabkan anak-anak batuk dan semput. Setiap minggu ramai ibu bapa terpaksa bekalkan berbotol- botol air mineral untuk anak.
Pihak maktab sentiasa memantau dan membuat penyelenggaraan berkala mesin air sedia ada
Zaharudin Abd Samata (Nursakinah Hanis, 2 Bellatrix)
Dicadangkan penggunaan kad pintar bagi urusan keluar masuk pelajar. Cadangan dibuat sistem seperti ASIS yg diguna pakai di beberapa MRSM lain bagi memudahkan rekod dan kelulusan keluar masuk pelajar.
Kad pintar akan mula digunakan pada 30 Ogos 2022
Muhammad Faris bin Esa (Alyssa Sofea,1 Bellatrix)
Membuat pemeriksaan kesihatan berkala jika ramai bilangan murid yang tidak sihat.
Atas nasihat daripada PKD
31


BAHAGIAN KOPERASI
NO PENCADANG USUL
1
2
3
4
5
6
7
RESPONS
Fazila Binti Mohamed Sohor
(Alya Amani Binti Abdullah, 3 Bellatrix)
Penambahbaikan jualan barang barang keperluan asas.
Penambahbaikan akan dibuat
Zahratul Qamar Bt Alias Sani
(Muhammad Khairul Ihsan, 1 Fomalhaut)
Sediakan kaedah pembayaran menggunakan Kod QR
Kaedah ini akan diperhalusi
Mohd Nasir bin Hassan (Ahmad Darwish, 3 Deneb)
Mohon penggunaan kad debit selain dari kad BSN dibenarkan.
Setakat ini, hanya kad debit BSN sahaja dibenarkan
Mohammad Faizal Bin Hamzah
(Farhanah, 3 Canopus)
Harga di Koperasi terlalu mahal sedangkan kedai buku di luar menawarkan harga jauh lebih murah sedangkan mereka menyewa kedai.
Harga yang berpatutan mengikut kualiti barangan.
Ahmad Firdaus Bin Azmi (Maryam Sofea, 2 Elnath)
Pantauan CCTV lebih meluas untuk mengelakkan kecurian- bahagian luar koperasi
Telah sedia ada
Yopy Sosiawan bin Amrizal (Adrianna Yasmeen, 3 Gacrux)
Berkaitan pelekat kereta yang diumumkan, dicadangkan agar dimasukkan ke dalam bayaran koperasi bersama alatan/ keperluan pelajar semasa pendaftaran.
Akan dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2023
Noor Khanizah Md Jaafar (Afaf Zara, 1 Elnath)
Servis Fotokopi dan Binding perlu diwujudkan. Waktu operasi boleh dilanjutkan sehingga hujung minggu untuk pelajar mendapatkan perkhidmatan.
Diuruskan oleh Program Usahawan Muda (PUM)
32


NO PENCADANG USUL
8
9
10
11
12
13
RESPONS
Zanariah binti Zainal Azhar (Laila Zulaika, 5 Gacrux)
Meletakkan mesin ATM di Koperasi bagi memudahkan pelajar mengeluarkan duit selain penggunaan kad BSN yang terhad
Ketetapan dan bidang kuasa pihak bank
Teddy Siswanto (Nurmaira, 1 Gacrux )
Menambahkan had pengeluaran wang yang menggunakan kad debit supaya ramai pelajar dapat membuat transaksi.
Had kewangan koperasi yang terhad
Mohd Fairul Nizam bin Talib
(Nur Afrina,4 Canopus)
Ibu bapa boleh membuat pembelian barang Koperasi secara atas talian. Barang anak akan self-collect.
Akan diperhalusi
Mohd Faiza Bin Ngah (Alya Nur Yasmin, 1 Bellatrix)
Mewujudkan satu pasukan penyelenggaraan sukarela untuk membantu pihak maktab dan anak-anak terutamanya jika berlaku kerosakan alatan elektik seperti contoh kipas.
Akan diperbincangkan semula pada peringkat maktab
Mohammad Faizal Bin Hamzah
(Farhanah, 3 Canopus)
Cikgu sentiasa memantau asrama pelajar yang kebanyakan kipas angin rosak dan tidak dibaiki.
Pelajar perlu buat laporan dalam E- Aduan
Nur museyetina Binti Musa (Nur Hidayah Sofea, 2 Achernar
Anak saya kerap ke koperasi untuk membeli baju batik tapi kerap kali habis dan jika ada stok, saiz yang nak dibeli pula tiada. Diharap stok baju batik di Koperasi sentiasa mencukupi.
Stok baju batik dijangka akan sampai pada pertengahan bulan September 2022.
33


BAHAGIAN PRASARANA
NO PENCADANG USUL
1
2
3
4
5
6
RESPONS
Mohd Ridzam bin Mat Rejab
(Arinah Rasyidah, 2 Deneb)
Menyediakan mesin pengering pakaian untuk kegunaan pelajar samada secara berbayar atau sebaliknya.
Telah disediakan di blok asrama.
Azlina Binti Abd Aziz (Amni Syazwina, 4 Fomalhaut)
Perbanyakkan pondok-pondok yang berbumbung untuk mengelak ibu bapa / pelajar kebasahan akibat hujan semasa sesi lawatan.
Sumbangan pondok oleh ibu bapa amat dialu-alukan
Kamal Effandy B Abd Karim
(Nor Auni Nadia, 3 Fomalhaut)
Kemudahan penghantaran barang keperluan pelajar
Ada dilaksanakan
Mohd Amry bin Sahari Afiyah Zahyrah 1, Gacrux
Mesin dobi diservis secara berkala
Penyelenggaraan dilakukan secara berkala
Noorazmi bin Sugang (Ahmad Azimuddeen, 1 Bellatrix)
Penambahbaikan sistem pendawaian elektrik di asrama dapat dipertingkatkan untuk kipas siling dan di beri kelonggaran agar pengunaan kipas bateri mendapat kebenaran.
Penambahbaikan akan diperbincangkan
Vasanthi A/P Govindan (Harinii Sri Vathanii, 1 Achernar)
Kemudahan tandas seperti pam perlu dibaiki.
Sentiasa diselenggara
mengikut aduan yang dibuat dalam E- Aduan
34


NO PENCADANG USUL
7
8
9
10
RESPONS
Mohd Affendi bin Abas (Siti Nur Afsarina Afiqah, 1 Achernar)
Membenarkan kenderaan ibu bapa masuk sehingga ke jalan asrama semasa hari Outing untuk tujuan menghantar barang-barang. Hal ini dapat juga mengurangkan kesesakan di kawasan menunggu bahagian surau.
Mengikut peraturan yang telah ditetapkan
Muhammad Faris bin Esa (Alyssa Sofea,1 Bellatrix)
Penambahbaikan peralatan dan kemudahan di asrama (bilik cuci baju, bilik gosok baju)
Penambahbaikan akan dilaksanakan
Nur Museyetina Binti Musa (Nur Hidayah Sofea, 2 Achernar
Saya sentiasa perhatikan dan nampak kebanyakan pelajar balik dari cuti sentiasa bawa makanan mee segera seperti mee Maggi. Saya harap MRSM bagi kesedaran akan makanan ini tidak elok dimakan lebih-lebih lagi ketika di sekolah.
Kerjasama ibu bapa diperlukan
Zaharudin Abd Samata (Nursakinah Hanis), 2 Bellatrix
Disarankan penggunaan seterika jenis steam yang lebih selamat dan tidak membakar pakaian pelajar apabila digunakan.
Isu keselamatan pelajar
35


JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUAFAKAT KALI KE-11
PENASIHAT
PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI I TIMBALAN PENGERUSI II SETIAUSAHA BENDAHARI
: En. Mohd Hashim b. Norpiah
: En. Mohd Syahril b. Muhammad
: En. Suhaimi bin Mohamed Badri
: En. Noorsuhaily b. Ali @ Md. Noor : Pn. Nor Hasliana bt. Mohamad
: Cik Norah bt. Hassan @ Haron
JK Jemputan & Pendaftaran
Pn. Noormarzilahani bt. Jamak Pn. Siti Zaharah bt. Bachok Pn. Abriza bt. Latip@Latif
JK Siar Raya & Persiapan Tempat
En. Mohd Nur Aziz bin Labintah En. Mohd Suhaimi bin Suhir
JK Buku Laporan dan Backdrop
En. Nik Mohd Padlulah bin. Mat Salleh
Pencatat Minit
Pn. Siti Sarah bt. Abd Rahim Pn. Nur Ruhyayu bt. Abdullah
JK Jamuan
Pn. Nur Rashidah bt. Ruhizat Pn. Suzyaszlina bt. Ali
JK Perasmian & Pengacaraan Majlis
Pn. Ida Suhartika bt. Ibrahim
JK Kawalan Lalu Lintas
En. Zakaria bin Mohamed En. R.M. Raj Shekar Naidu
JK Hadiah (Cabutan Bertuah)
En. Azuan bin Abu Bakar Pn Juliana binti Martin
36


PENGHARGAAN
SETINGGI – TINGGI PENGHARGAAN
DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT KALI KE 11 MRSM JOHOR BAHRU
SEMOGA DIRAHMATI OLEH-NYA.
37


Click to View FlipBook Version