BULETIN PSS SK MADAI 2 0 2 4 DETERMINATION LEADS SUCCESS
Program Semai Program Semai diadakan setiap hari sebelum muridmurid masuk ke dalam kelas. Program ini bertujuan meningkatkan minat murid dalam membaca, mengulas serta memastikan masa lapang sentiasa ada pengisiannya. Program ini dijalankan pada jam 6:30 - 6:45 pagi bagi sesi pagi, manakala bagi sesi petang pula iaitu pada 12:10 - 12:20 tengah hari yang bertempat di Dewan Aula Iltizam. Guru-guru juga turut melibatkan diri dalam program Semai ini.
KNOWLEDGE IS POWER
Resensi Buku Tahap Dua Aktiviti ini menggalakkan semua murid untuk mengetahui dan memahami tajuk, penerbit dan sinopsis kandungan buku cerita tersebut. Guru memberi penerangan awal untuk membuat resensi buku yang mudah difahami dan kreatif. Aktiviti ini seterusnya dilaksanakan di dalam kelas dengan adanya bahan dan bimbingan oleh guru.
Learning By Searching & Doing 14 March 2024
Ulasan Buku Semasa Semai Meningkatkan keyakinan komunikasi murid untuk menyampaikan maklumat tentang buku cerita yang dibaca. Guru akan memilih beberapa murid secara rawak untuk membuat ulasan tentang buku cerita yang telah dibaca untuk dikongsikan kepada murid-murid yang lain. Aktiviti ulasan buku initelah dilaksanakan dengan jayanya pada 15March 2024.
Berikut merupakan lampiran gambar 3 orang murid SK Madai dari kelas berlainan telah menyampaikan ulasan tentang buku cerita yang dipilih untuk dikongsikan bersama kawan-kawan yang lain di sekolah.
Pelancaran Program Nilam & Baucer Nilam Pada 18 March 2024, Pelancaran Program & Baucer Nilam telah berlangsung pada jam 6.45 pagi bertempat di Dewan Aula Iltizam. Sijil penghargaan diberikan kepada guru dan murid yang membuat rekod pembacaan buku yang tertinggi. Terima kasih diucapkan kepada semua guru, PK Pentadbiran, AKP, muridmurid serta semua warga sekolah SK Madai yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Pelancaran Nilam & Baucer Nilam Sesi Petang Pada 18March 2024 bersamaan dengan hari Isnin, jam 12.00 tengah hari, Pelancaran Nilam dan Baucer Nilam juga diadakan pada sesi petang sewaktu perhimpunan. Semua guru sesi petang bersama-sama menyokong inisiatif pusat sumber sekolah SKMadai untuk meningkatkan lagi minat murid dalam rekod pembacaan selaras dengan hasrat KPM.
Baucer Nilam bernilai RM5 turut diperkenalkan dan hanya diguna pakai di Unit Pusat Sumber Sekolah SK Madai. Sijil penghargaan turut diberikan kepada beberapa orang murid yang mempunyai rekod pembacaan buku yang tinggi.
Peminjaman Buku Dengan Penggunaan Kad Keahlian PSS Membaca Mencakna Minda Mudahnya, pinjam buku dgn scan barcode sahaja...
Pada 21 March 2024, lawatan bimbingan dan Pemantauan di Unit Pusat Sumber Sekolah SK Madai telah diadakan. Lawatan ini melibatkan Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan Daerah, iaitu En. Kamaruddin Mohd Rapi, guru besar SK Madai, pihak guru pentadbiran, serta guru-guru pusat sumber SK Madai. Lawatan ini berlangsung pada jam 2:00 petang.
Projek Anjung Ilmu Unit PSS 2024/2025
Selain itu, Pusat Sumber SK Madai juga telah berinisiatif baru dengan memperkenalkan Kad Keahlian untuk murid-murid SK Madai. Proses ini berjaya dicapai dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada semua warga SK Madai. Gimik penyerahan Kad Keahlian kepada wakil murid perdana setiap kelas telah disempurnakan oleh guru besar SK Madai.
PLC Proses Peminjaman buku eZyPSS bersama Cikgu Nichalson Guru Perpustakaan Petang dengan Pengawas PSS sidang petang dan Proses Teknik Buku bersama cikgu Ain Zinnirah GPM. Aktiviti ini dijalankan pada 28 March 2024, jam 10.00 pagi bertempat di PSS SK Madai. Inisiatif ini disokong baik dengan penglibatan murid SK Madai yang giat meminjam dan memulangkan buku cerita.
Program Mega Nilam bagi semua murid SK Madai telah diadakan pada jam 6.30 hingga 7.40 pagi bertempat di Dewan Aula Iltizam. Puan Asia Binti Lastam selaku PK Petang SK Madai juga berkongsi cara mengulas buku yang bijak sesuai dengan penyampaiannya. Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Shamsiah Binti Nganro turut menyampaikan hadiah kepada murid SK Madai yang merekodkan pembacaan buku yang tinggi.
Penggunaan PSS utk perbincangan profesional bersama Pegawai PPD dan PK Pentabiran
Penggunaan Kad Keahlian PSS bukan sahaja terhad kepada murid, tetapi guru-guru SK Madai juga boleh meminjam buku ilmiah di PSS SK Madai. Guru Besar SK Madai juga menglibatkan diri dalam peminjaman buku dengan adanya EZyPSS. Kaunter Sirkulasi telah mula beroperasi pada bulan April 2024.
Pada 23 April 2024, Program Jom Membaca 10 Minit dijalankan pada jam 11.00 sehingga 11.10 pagi bertempat di Aula Iltizam. Program ini disertai dengan semua warga SK Madai, termasuk guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang hadir pada waktu tersebut. Program ini turut berlangsung secara Live melalui aplikasi Zoom.
Unit PSS juga memproses buku baru dalam sistem eZyPSS. Bicara santai dan perbincangan profesional dalam kalangan guru sering dijalankan di Unit PSS SK Madai kerana persekitaran yang sesuai, kondusif dan selesa. Terdapat juga permainan santai yang terdapat di PSS seperti Sahibba, Jengga, congkak dan lain-lain.
Majlis Persaraan Cikgu Abdul Raja Bin Raja Masaala
Perjumpaan Khas AJK Tertinggi Unit PSS SKMD telah dijalankan pada 11 Mei 2024 bersamaan dengan hari Sabtu, jam 9.30 pagi. Perjumpaan ini membincangkan pelbagai agenda berkaitan PSS untuk meningkatkan lagi kecekapan pengurusan PSS dan keunikan baru dalam aspek PSS SK Madai.
Kaunter Sirkulasi, Perbincangan serta Kemaskini Pengurusan Carta PSS sedang giat dijalankan pada bulan Mei 2024. Perkara ini sangat penting bagi memastikan pengurusan PSS yang bersifat berkesinambungan secara menyeluruh. Unit PSS SK Madai kini juga semakin ceria dan meriah dengan wajah yang baru.
Penyerahan Sijil Pengikhtirafan dan Baucer Nilam bagi rekod bacaan nilam terbanyak bulan April dilaksanakan pada 13 Mei 2024. Tahniah diucapkan kepada semua anakanak SK Madai. Program ini disempurnakan oleh Tuan. GB Ab Lazid bin Abu Jahal pada jam 12.30 tengah hari yang bertempat di Dewan Aula Iltizam.