Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP 3073
Disediakan oleh:
NAMA: SYAFIQ IKMAL BIN ROSLAN
010205030019
NO. KAD PENGENALAN: 2020192340122
ANGKA GILIRAN: PISMP F6
KUMPULAN/ UNIT
PUAN KHARSIAH BT MOHD NOR
NAMA PENSYARAH:
PENULISAN AKADEMIK
TAJUK TUGASAN : 12 MEI 2022
TARIKH PENYERAHAN:
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN 2
2.0 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH GURU 2-4
DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA
3.0 PANDANGAN TERHADAP ISU YANG DIBINCANGKAN 5
4.0 KESIMPULAN 6
5.0 RUJUKAN 7
PENGHARGAAN
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA
Pertamanya setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Allah SWT kerana dengan
limpah rahmat dan kurniaannya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat juga saya kirimkan.
Keduanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan dan terima kasih ini khusus
kepada pensyarah saya, Puan Kharsiah binti Mohd Nor kerana dengan izin Allah, beliau telah
memberikan tunjuk ajar untuk menyiapkan kerja khusus ini kepada saya dengan penuh dedikasi.
Hasil bantuan daripada beliau, dapatlah sedikit sebanyak membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi
sokongan moral dan kewangan tanpa mengira penat lelah mereka. Tidak lupa juga kepada rakan-
rakan saya yang banyak membantu dan membaiki kelemahan ini. Rakan-rakan sekelas banyak
memberi tunjuk ajar dan melakukan perbincangan semasa menyiapkan tugasan ini. Sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan yang saya pelajari dan peroleh untuk
kegunaan masa akan datang.
1
1.0 PENGENALAN
Dasawarsa ini, dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi yang
semakin pesat telah membawa banyak perubahan kepada ketamadunan manusia dalam semua
aspek. Jika kita lihat pada zaman dahulu, aspek pendidikan adalah sangat tidak dititikberatkan
jika dibandingkan dengan masa kini. Hal ini demikian kerana, sekiranya seseorang manusia pada
hari ini tanpa ilmu pengetahuan melalui pendidikan, maka manusia tersebut tidak akan dapat
menyumbang kepada pembangunan negara dan sesebuah negara tersebut akan rugi dari aspek
modal insan. Untuk melahirkan murid yang cemerlang pada hari ini, tanggungjawabnya
sememangnya terletak pada diri seseorang guru. Seseorang guru di sekolah ibarat ibu dan bapa
kepada murid-murid. Oleh itu, mereka perlulah menunjukkan teladan yang baik ketika mengajar
di dalam kelas untuk mewujudkan suasana kelas yang mesra budaya.
Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), persekitaran pembelajaran yang mesra
budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang
harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Bagi negara kita yang terdiri daripada
masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama, penerapan nilai-nilai sivik dalam diri setiap
individu adalah sangat penting untuk memelihara keamanan dan keharmonian negara kita.
Antara nilai-nilai sivik tersebut ialah seperti hormat-menghormati, kasih sayang, toleransi dan
sebagainya. Oleh itu, guru-guru di sekolah khususnya guru sekolah rendah perlu memastikan
elemen mesra budaya adalah disemai di dalam kelas semasa berlangsungnya sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) untuk mewujudkan suasana yang kondusif dan positif dalam kalangan
murid-murid.
2
2.0 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH GURU DALAM PENGURUSAN
BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA
2.1 PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan salah satu aspek yang
sangat penting untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya
untuk membantu perkembangan murid dalam pembelajaran. Oleh itu, persekitaran fizikal
bilik darjah seperti keluasan ruang dan susun atur perabut perlu sesuai dengan kapasiti
pelajar kerana bilangan pelajar yang melebihi kapasiti yang sepatutnya sehingga boleh
menyebabkan suasana dalam bilik darjah kurang selesa dan akhirnya menimbulkan
masalah disiplin seperti bergaduh, tidak memberi perhatian semasa guru mengajar,
mendatangkan kecederaan dan sebagainya (Mok dalam Hasfarina Abas, 2012).
Oleh hal yang demikian, seseorang guru harus mengawal kelas dengan bijak
dengan menyusunatur tempat duduk dengan mempelbagaikan murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum supaya mereka boleh menerima dan bekerjasama antara satu
sama lain. Di samping itu, guru juga perlu memastikan suasana bilik darjah adalah ceria
dan bersih. Aspek keceriaan kelas adalah sangat penting kerana sesebuah kelas yang
ceria mampu meningkat semangat dan motivasi murid untuk belajar dan seterusnya boleh
meningkatkan prestasi murid (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016). Antara
usaha yang boleh dilakukan oleh guru untuk menceriakan kelas ialah seperti menghias
bilik kelas, memastikan cahaya di dalam kelas adalah mencukupi, mengemaskini papan
kenyataan dan sebagainya.
2.2 PENGURUSAN SOSIO-EMOSI MURID
Selain daripada persekitaran fizikal, aspek sosio emosi murid juga sangat
penting untuk menjamin persekitaran sesebuah bilik darjah yang mesra budaya. Menurut
Noor Azima dalam Rizalina Mat Radzi (2014), perkembangan sosio emosi kanak-kanak
khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas
emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak-
kanak. Sekiranya sosio emosi seseorang murid di dalam kelas adalah positif, maka ianya
3
secara tidak langsung akan menjadi perangsang untuk membangkitkan semangat murid
untuk melibatkan diri dalam aktiviti PdP.
Buktinya, menurut Woolfook dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), motivasi
atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku
murid. Oleh itu, semasa melaksanakan aktiviti PdP, seseorang guru boleh memberi
galakan ataupun pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan betul latihan
ataupun soalan yang diberikan. Hal ini secara tidak langsung boleh memberi semangat
dan motivasi kepada murid untuk terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Selain itu,
seseorang guru juga perlu mengelakkan dirinya mengeluarkan kata-kata yang negatif
seperti ‘kamu memang bodoh la…’, ‘pemalas betul kamu ni…’ dan sebagainya (Anita et.al,
2015). Hal ini demikian kerana situasi sebegini akan memberi impak negatif terhadap
emosi murid-murid dan akhirnya mereka akan berkelakuan pasif pada kelas yang akan
datang.
2.3 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah juga merupakan
salah satu aspek yang penting untuk menjamin suasana pembelajaran yang mesra
budaya. Guru perlu meneliti setiap aspek di dalam bilik darjah untuk memastikan bahawa
aktiviti PdP yang dijalankan boleh berjalan dengan lancar. Antara contoh aspek yang perlu
diberi perhatian oleh guru ialah seperti pengawalan disiplin murid, perancangan kurikulum,
iklim bilik darjah yang memberangsangkan dan sebagainya. Sekiranya aspek-aspek yang
telah dinyatakan tersebut tidak di diambil berat oleh guru, maka ianya akan menjejaskan
proses PdP di dalam bilik darjah.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang guru tidak mengawal disiplin murid dengan
baik di dalam bilik darjah, maka ianya akan menghasilkan gangguan kepada murid-murid
lain dan akhirnya objektif pengajaran guru tidak akan tercapai. Dalam pengurusan
pengajaran dan pembelajaran juga, seseorang guru perlu adil dan saksama ketika
menjalankan aktiviti PdP. Seseorang guru tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih dan
mendiskriminasikan murid-murid yang bukan sama agama, kaum dan sebagainya (Haliza
Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016). Sekiranya hal ini berlaku, maka ianya akan
menyebabkan murid-murid benci kepada guru tersebut dan tidak akan melibatkan diri
dalam PdP dengan aktif.
4
2.4 PENGUATKUASAAN PERATURAN DI DALAM BILIK DARJAH
Peraturan di dalam bilik darjah merupakan suatu aspek yang sangat penting untuk
memastikan tingkah laku murid-murid di dalam kelas senantiasa terkawal. Menurut Mohd
Hasani dan Mohamad Johdi (2009), peraturan bilik darjah merupakan satu garis panduan
yang disediakan oleh guru bersesuaian dengan kelompok pelajar dalam sesuatu bilik
darjah dengan harapan mampu mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang positif.
Prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah sangat penting sebagai garis panduan
kepada tingkah laku murid di bilik darjah yang diharapkan oleh seseorang guru.
Oleh itu, seseorang guru perlulah menetapkan peraturan di bilik darjah dan
peraturan tersebut perlulah dipersetujui bersama oleh murid-murid sebagai satu kontrak
yang dapat mengawal tingkah laku mereka. Antara contoh peraturan yang perlu
diwujudkan ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh murid ketika
guru mengambil kedatangan murid, prosedur menjawab pertanyaan guru dan juga
peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan (Thanaletchumy, n.d). Sekiranya
peraturan-peraturan seperti itu diwujudkan di dalam bilik darjah, maka suasana bilik
darjah yang mesra budaya mampu diwujudkan dan murid akan menjadi lebih aktif
untuk mengikuti PdP.
3.0 PANDANGAN TERHADAP ISU YANG DIBINCANGKAN
Isu berkaitan pengurusan bilik darjah yang mesra budaya sememangnya merupakan
suatu isu yang perlu dititikberatkan oleh guru-guru di sekolah. Pengurusan bilik darjah yang
mesra budaya adalah suatu yang wajib supaya boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang
harmoni. Tanpa pengurusan bilik darjah yang mesra budaya maka ianya secara tidak langsung
akan menyebabkan pelbagai masalah disiplin berlaku sehingga boleh mendatangkan
kecederaaan kepada murid-murid di dalam sesuatu bilik darjah. Buktinya, menurut laporan
Utusan Malaysia (2016), seorang murid perempuan Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka cedera
dihempap dinding kelas dan menyebabkan murid tersebut terpaksa dibawa ke hospital untuk
mendapat rawatan. Hal ini bermakna, dari aspek pengurusan persekitaran fizikal sekolah tersebut
adalah tidak diurus dengan baik. Hal ini secara tidak langsung meninggalkan kesan trauma
kepada murid tersebut dan murid-murid lain juga akan berasa takut untuk belajar di dalam kelas.
5
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara yang
terbaik untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti PdP. Kita sebagai guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik,
malah kita juga berperanan sebagai pemudahcara, pembimbing dan perancang untuk
memastikan anak didik kita mampu mencapai kecemerlangan secara holistik dalam semua
bidang. Suasana bilik darjah yang mesra budaya sememangnya merupakan suatu medium yang
terbaik yang perlu disediakan kepada murid-murid agar mereka boleh memaksimumkan
penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik
darjah mesra budaya boleh dicapai dan seterusnya mampu melahirkan modal insan minda kelas
pertama.
6
5.0 RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian, (2016). Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu dalam Pembelajaran
Menurut Perspektif Pelajar. Universiti Putra Malaysia
Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Berpusatkan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Pelaksanaan dan Penerimaan Pelajar. Jurnal
Personalia Pelajar, 18(1) 1 – 9 Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Eaglewood Clifts,
N.J: Practice Hall
Dewan Bahasa & Pustaka . (2010). Kamus Dewan: Edisi Keempat. Dewan Bahasa & Pustaka.
Kamarul Azmi Jasmi ,. Osmawadi Talip,. Mohd Faeez Ilias. (2012). Strategi Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Islam Berpusatkan Pelajar. Seminar Antarabangsa Perguruan dan
Pendidikan Islam [SEAPPI2012]. Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad Irfan Nyia Abdullah. (2013). Budaya dalam Puisi-Puisi Muhammad Haji Salleh: Kajian
Teori Sastera Budaya. Universiti Sains Malaysia
Noriati Abd Rashid., Boon Pong Ying., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad., Zuraidah A. Majid. (2017).
Budaya Dan Pembelajaran: Edisi Kedua. Oxford Fajar.
Shukri. (2007). Pengantar Pemikiran. Quantum Books.
7