S H E E Z H I X U E N ( 2 0 D S K 2 2 F 1 0 3 8 ) J E A V I A E L V I R A N G ( 2 0 D S K 2 2 F 1 0 4 6 ) F E L I S C A N A N T I E A N A K N Y A N G ( 2 0 D S K 2 2 F 1 0 5 2 ) S H E R I N A E N S A N G A I A N A K B A N Y A N ( 2 0 D S K 2 2 F 1 0 4 8 ) M P U 2 3 0 4 2 N I L A I M A S Y A R A K A T M A L A Y S I A P U A N N I N I E A M I R A D R A H I M
E BOOK EDISI PERTAMA 2023/2024 PENULIS: JEAVIA ELVIRA NG SHEE ZHI XUEN EDITOR: SHERINA ENGSANGAI ANAK BANYAN PEREKA BUKU: FELISCA NANTIE ANAK NYANG PENERBIT: POLITEKNIK MUKAH KM 7.5, JALAN OYA 96400 MUKAH SARAWAK 1
SEGALA PUJI DAN KESYUKURAN KAMI HANYA UNTUK TUHAN KERANA DENGAN IZINYA KAMI DAPAT MENYIAPKAN HASIL TUGASAN KAMI INI DENGAN JAYANYA. KAMI INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASHI KEPADA SEMUA AHIL KUMPULAN SAYA KERANA TELAH BERKERJASAMA DENGAN SAYA UNTUK MEMBERIKAN IDEA MENYELESAIKAN ASSIGMENT INI. TERIMA KASIH KEPADA PUAN NINIE AMIRA DRAHIM, SELAKU PENSYARAH NILAI MASYARAKAT MALAYSIA DI ATAS KERJASAMA MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA KUMPULAN KAMI BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT E-BOOK. KAMI SANGAT MENGHARGAI BIMBINGAN PUAN DAN KAMI BERHARAP SEMOGA HASIL DARIPADA KERJA KURSUS KAMI INI DAPAT DIMANFAATKAN SERTA MENJADI RUJUKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN. AKHIR SEKALI KAMI INGIN MEMOHON KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KEKURANGAN, KESALAHAN DAN KESILAPAN DI DALAM KERJA KURSUS INI, SEMOGA ILMU YANG DIPEROLEH INI DAPAT DIMANFAATKAN BERSAMA. 2 PRAKATA
K A N D U N G A N 1. Prakata .........................................................................2 2. Objektif.........................................................................4 3. Pengenalan..................................................................5 4. Langkah mengatasi jenayah siber............6-8 5. Kesimpulan...................................................................9 6. Latihan pengukuhan.............................................10 7. Rujukan.........................................................................11 8. Contoh jenayah siber ...........................................12 3
Objektif 4 Memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia bahayanya jenayah siber 1. 2. Dapat membantu masyarakat menghindari gejala jenayah siber. 3. Membentuk masyarakat Malaysia yang berfikiran matang dalam setiap perkara 4. Melindungi masyarakat Malaysia daripada menjadi mangsa jenayah siber.
Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui komputer dalam internet. Jenayah siber menyebabkan mangsa menderita dan mengalami kerugian. Penjenayah siber akan muat turun cara mencuri, menipu harta benda, pemalsuan, peras ugut, mengubah data-datadan lain-lain melalui internet. Jenayah siber terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Jenayah siber adalah aktiviti di mana peralatan komputer dan rangkaian (internet) digunakan sebagai medium untuk melakukan jenayah. Dalam era globalisasi dengan kemajuan sains dan teknologi telah mendatangkan kemudahan dan kesenangan dalam melakukan urusan seharian mahupun urusan kerja. Namun begitu keburukan dan bahaya juga tidak dapat dielakkan. Ini berlaku apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan kemajuan sains dan teknologi demi memenuhi kepentingan diri dan keuntungan. Kemudahan siber merupakan antara kemajuan sains dan teknologi yang terdedah kepada penyalahgunaan pihak yang tidak bertanggungjawab. Penyalahgunaan inilah yang mewujudkan satu bentuk jenayah iaitu jenayah siber. Pengenalan 5
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER Memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu diperluaskan dan mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi hari ini. Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber untuk memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah perlu supaya masyarakat betul-betul memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasiaplikasi di telefon pintar masing-masing. Mengkaji dan mewujudkan undang-undang siber Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undang-undang dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat pula harus melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang meragukan dan melibatkan jenayah siber agar penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas. 6
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER Memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan siber. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Bekerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah siber. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku transaksi wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut bertindak melaporkan kepada negara yang terkesan maka, penggubahan wang haram dapat dikesan dan seterusnya menangkap penjenayah yang melakukan korupsi di luar negara bagi mengelak tindakan pihak berkuasa tempatan. 7
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER Kerjasama Antarabangsa Kerjasama antarabangsa adalah satu daripada langkah paling penting dalam mengatasi jenayah siber. Jenayah siber tidak mengenal sempadan dan memerlukan kerjasama antarabangsa untuk menangani isu ini. Ini termasuk kerjasama dalam bidang pengumpulan maklumat, penyebaran maklumat, pengesanan dan tindakan pencegahan. . 8
Konklusinya, pelbagai langkah boleh dilaksanakan setiap pihak bagi mengatasi kes-kes jenayah siber hari ini. Tiada jalan pintas dalam menangani ancaman jenayah siber. Tindakan yang terbaik ialah setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam lingkungan kuasa dan kemampuan yang ada. Pihak pengurusan atasan syarikat atau organisasi perlulah menangani risiko ancaman siber dari perspektif yang menyeluruh serta mengeluarkan polisi-polisi yang berkesan untuk diikuti oleh pekerja syarikat. Maasyarakat juga perlu cakna terhadap segala inisiatif yang akan memastikan keselamatan siber diaplikasikan di setiap sudut penggunaan teknologi harian kita. Kesimpulan 9
Latihan Pengukuhan 1.Apakah definisi jenayah siber ? a. Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui komputer dalam internet. b. Jenayah yang sangat besar bagi semua pihak. c. Jenayah yang meragut nyawa 2.Adakah peningkatan kes jenayah siber memberi kesan negatif kepada generasi yang akan datang ? a. Ya b. Salah 3.Nyatakan tiga bentuk jenayah siber yang biasa dilakukan. 10
RUJUKAN Masnizah Mohd, Sharifah Raziah Syed Mohd Aris & Rossilawati Sulaiman (2022) Ancaman Penipuan Siber UKM Press Sahizan Sagi (2015) Awas! Jenayah Siber Dewan Bahasa dan Pustaka https://www.ipendidikan.my/langkahmengatasi-jenayah-siber.html https://www.irujukan.my/jenayah-siber/ https://www.scribd.com/document/34613411 8/Menangani-Jenayah-Siber-Kesimpulan# BUKU INTERNET 11
contoh-contoh jenayah siber 12
E-book ini merupakan langkah untuk mengatasi jenayah-jenayah siber. Selain itu, mempelajari mengenai jenayah siber banyak mengajar kita untuk lebih berhati-hati menggunakan sosial media.