The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50117337, 2021-09-10 11:39:20

Minit Mesyuarat Pendidikan Khas Bil 1/ 2021

MinitMesyuarat PPKI kali 12021

SK PADANG TEMU
KM 4.4, PADANG TEMU, 75050 MELAKA

MBA 2003
No. Tel: 06-2847517 / Faks : 06-2867743

MESYUARAT PENDIDIKAN KHAS BIL 1/2021

Tarikh : 4 Februari 2021
Hari
Tempat : Khamis
Masa
Kehadiran : Makmal Komputer SKPT

: 9.30 pagi

: om

1. En. Md Aziz bin Lani - Ketua Penolong Pengarah Kanan

Sektor Pendidikan Khas Negeri Melaka

2. Pn Hjh Nor Hamizah binti Daud - Guru Besar SKPT

3. Pn Suriani binti Atan - GPK Pendidikan Khas

4. Pn Haslizah binti Hussin - Setiausaha PPKID

5. Pn Norasyikin binti Nasir - Setiausaha Kurikulum

6. Pn Jayanthi a/p Jaganathan - Setiausaha Hal Ehwal Murid

7. Pn Noor Faiza binti Mohamad Hashim - Setiausaha Kokurikulum

8. Pn Izyan binti Abdul Wahab - Guru PPKID

9. Cik Norizah binti Md Nor - Guru PPKID

10. En Mustaqim bin Mohamad Aziz - Guru PPKID

11. En Muhammad Hafiz bin Hj Marzuki - Guru PPKID

Bil Agenda Tindakan

01 1.1 Ucapan Alu-Aluan Guru Besar.

1.1.1 Salam perkenalan dari Guru Besar kepada semua guru Makluman
1.1.2 pendidikan khas. Perjumpaan kali pertama selepas beliau Makluman
1.1.3 melapor diri ke SKPT pada 15 Januari 2021. Makluman
Guru Besar memperkenalkan diri. Beliau memaklumkan
1.1.4 bahawa dunia pendidikan khas tidak asing baginya. Suami Makluman
1.1.5 beliau merupakan Penyelaras Pendidikan Khas di SMK Bukit Semua guru
Baru.
Beliau pernah bertugas di SK Ujong Pasir menjadi GPK
Kokurikulum dimana sekolah tersebut mempunyai Program
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Pada masa itu
Penyelaras PPKI adalah Pn Hjh Siti Hamidah Bt Selamat.
Program PPKI Ujong Pasir telah menaikkan nama sekolah
tersebut dengan memenangi pelbagai anugerah.
Mengharapkan “Program Eco School” dapat diteruskan dan
memenangi anugerah yang tertinggi (sebelum ini PPKI
memperolehi Anugerah Silver Award, 2019)
Memberi ingatan kepada semua guru agar tidak
membelakangkan GPK Pendidikan Khas. Segala keputusan
perlu berbincang bersama GPK P.Khas.

1

02 2.1 Ucapan En Md Aziz Bin Lani, Ketua Penolong Pengarah
Kanan Sektor Pendidikan Khas Negeri Melaka.

2.1.1 Bersyukur dapat bertemu bersama guru dan Pembantu Makluman
Pengurusan Murid (PPM). Makluman
Makluman
2.1.2 Penjawat awam diingatkan agar mematuhi semua peraturan, Makluman
pekeliling dan arahan yang ditetapkan dari semasa ke Semua guru & PPM
semasa.
Semua guru
2.1.3 Jadual bekerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
perlu dipatuhi. Penjawat Awam boleh dipanggil bekerja pada Semua guru
bila-bila masa sahaja mengikut keperluan sekiranya ada Semua guru
tugas yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Semua guru
PPM
2.1.4 Pihak sekolah juga telah menyediakan jadual penggiliran
semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) PPM
untuk kakitangan sokongan.
PPM
2.1.5 Guru dan PPM dibayar gaji penuh dan elaun Pendidikan
Khas tidak ditarik balik dalam tempoh pandemik ini. Beliau
mengingatkan kepada semua agar bersyukur di atas rezeki
yang dikurniakan dan melaksanakan amanah serta
tanggungjawab setimpal dengan bayaran yang diterima.

2.1.6 Guru perlu merancang strategi pengajaran yang terbaik untuk
murid pendidikan khas. Kaedah pengajaran terpulang
kepada guru itu sendiri dan mengikut kemampuan murid.
Jabatan tidak menetapkan kaedah pengajaran. Contohnya,
guru boleh membuat satu slot dalam talian dan satu slot lagi
luar talian.

2.1.6 Semua eviden murid perlu disimpan dan dikumpulkan untuk
diberi tahap penguasaan murid untuk direkodkan dalam
Pentafsiran Bilik Darjah (PBD).

2.1.7 Guru perlu mencari jalan penyelesaian sekiranya murid
mempunyai masalah capaian internet. Guru boleh memberi
modul pengajaran untuk murid melakukan aktiviti
pembelajaran dirumah.

2.1.8 Guru-guru disleksia diingatkan agar mengajar murid disleksia
mengikut kaedah yang bersesuaian dengan murid. Mereka
juga boleh menggunakan kaedah “pairing teaching” bersama
guru perdana.

2.1.9 Beliau mengingatkan kepada semua PPM bahawa mereka
juga mempunyai tugas dan tanggungjawab. PPM perlu
bekerja 3 kali seminggu dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut jadual penggiliran
yang ditetapkan oleh pihak sekolah. PPM tidak boleh berada
diluar stesen bertugas semasa tempoh PKP.

2.1.10 Waktu bekerja PPM adalah 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sekiranya masuk jam 8.05 pagi, PPM perlu pulang jam 5.06
petang. Walaupun murid tiada di sekolah ketika ini, PPM
tidak dibenarkan pulang awal. Mereka perlu bekerja
mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh ketua
jabatan.

2.1.11 PPM perlu mengetik kehadiran “punch card” waktu tiba di
sekolah dan ketika pulang. Sekiranya pulang awal, mereka
perlu mengetik kehadiran dan pada akhir bulan mereka perlu

2

menulis tujuan pulang awal di ruangan catatan “punch card” Semua guru & PPM
tersebut.
2.1.12 Semua guru dan PPM yang ingin meninggalkan sekolah PPM
dalam waktu bekerja sama ada mendapat rawatan atau Semua guru & PPM
urusan lain perlu mendapat kebenaran Guru Besar dan Semua guru & PPM
memaklumkannya kepada GPK P.Khas. Mereka perlu
mengisi borang kebenaran keluar dan mendapat kelulusan Makluman
daripada Guru Besar. Kakitangan Kerajaan yang mendapat GPK P.Khas
rawatan di klinik atau hospital perlu mendapatkan “time slip” Semua guru & PPM
atau apa jua dokumen daripada doktor sebagai pengesahan. GPK P.Khas &
2.1.13 Beliau menjelaskan sekiranya ketua jabatan mengarahkan Guru Besar
PPM hadir bertugas pada jam 7.00 pagi, mereka dibenarkan Makluman
pulang pada jam 4.00 petang (perlu ada dokumen yang
ditanda tangani ketua jabatan).
2.1.14 PPM perlu membantu guru dalam penyediaan modul murid
dimana guru pendidikan khas perlu ada bersama sekali.
2.1.15 Bekerja sebagai satu pasukan dan keluarga. Sekiranya
terdapat sebarang masalah, perlulah berbincang dan
diselesaikan secara baik. Secara hirarkinya, sekiranya
terdapat sebarang masalah perlu berjumpa dahulu dengan
GPK P.Khas. Sekiranya tiada jalan penyelesaian, bolehlah
berjumpa dengan Guru Besar. Ada juga guru dan PPM yang
terus pergi ke Unit Pendidikan Khas mengadu masalah
mereka tanpa pengetahuan Guru Besar dan GPK P.Khas.
Mereka dihalau balik kerana tidak mengikut prosedur yang
betul.
2.1.16 Sekiranya terdapat aduan dari mana-mana pihak, wakil
jabatan akan turun ke sekolah untuk menjalankan siasatan.
Tindakan tatatertib akan dikenakan jika didapati bersalah.
2.1.17 Sekiranya ada perkara yang berbangkit, GPK P.Khas tidak
boleh menyebelahi mana-mana pihak. Semua pihak boleh
memberi pandangan dan pendapat. Keputusan diambil
mengikut suara majoriti.
2.1.18 Terdapat aduan PPM berselisih faham dengan penyelaras,
guru dan rakan sejawat. Perkara ini harus dielakkan demi
menjaga imej pendidikan khas.
2.1.19 Semua aktiviti Program Pendidikan Khas perlu dimaklumkan
kepada Guru Besar.
2.1.20 Kad OKU yang lama boleh digantikan dengan Kad OKU yang
baharu. Kad OKU yang baharu mempunyai kategori-kategori
OKU.

03. 3.1 Ucapan Pn Suriani bt Atan, GPK Pendidikan Khas PPKID

3.1.1 Pn Suriani mengucapkan ribuan terima kasih diatas ucapan Makluman
3.1.2 dan amanat yang disampaikan oleh En Md Aziz B. Lani dan Makluman
berharap agar semua warga PPKID dapat bersama-sama
berganding bahu dalam membangunkan PPKID.
Beliau mengucapkan selamat datang kepada Cik Norizah Bt
Md Nor dari SK Merlimau ke Program Pendidikan Khas
Spesifik Disleksia. Cikgu Norizah merupakan jurulatih utama
(JU) Program Insklusif. Semoga dengan kehadirannya dapat

3

3.1.3 membantu program insklusif di SK Padang temu. Makluman
3.1.4 Mesyuarat Induk Kali Pertama 2021 merupakan salah satu Makluman
aktiviti tahunan untuk merancang program PPKID.sepanjang
tahun.
Beliau berharap agar semua guru dan PPM dapat
bekerjasama secara berpasukan untuk menjadikan PPKID
lebih cemerlang.

04. 4.1 Pengesahan Mini Mesyuarat Bil 3/ 2020 Makluman
Disahkan oleh : Pn Norasyikin bt Nasir
Disokong oleh : En Mustaqim b. Mohamad Aziz

05. Perkara Berbangkit Makluman
-Tiada-

06. 6.0 Pengurusan Program Pendidikan Khas

6.1 Pentadbiran

6.1.1 Jawatankuasa Induk PPKID adalah seperti berikut: Makluman
i) Setiausaha PPKI - Pn Haslizah Bt Hussin (Penyelaras
6.1.2 Pn Izyan
6.1.3 Program PPKID. Pn Izyan & Cik
6.1.4 ii) Setiausaha Kurikulum - Pn Norasyikin Bt Nasir Sajaratul Mawarinah
6.1.5 iii) Setiausaha Hal Ehwal Murid (HEM) – Pn Jayanthi a/p Pn Izyan
Pn Izyan &
Jaganathan Pn Haslizah
iv) Setiausaha Kokurikulum – Pn Noor Faiza Bt Mohamad

Hashim.
v) Bendahari Program – Pn Izyan Bt Abdul Wahab

(rujuk Carta Organisasi Induk PPKID 2021).
Tugas bendahari program adalah mengutip yuran
persekolahan dan menyimpan wang sumbangan yang
diterima daripada ibu bapa atau pihak perseorangan.
Duit fotostat perlu diserahkan kepada bendahari program
pada setiap hujung bulan. PPM yang menguruskan duit
fotostat adalah Cik Sajaratul Mawarinah. Buku lejar perlu
dihantar kepada GPK P.Khas untuk disemak pada setiap
bulan.
Hasil jualan PPKID juga perlu diberikan kepada bendahari
program untuk direkodkan segala aliran wang keluar masuk.
Bendahari juga perlu mengutip bayaran duit Coway. Sewa
Coway setiap bulan ialah RM125.00. Bayaran tersebut
melalui duit sumbangan kebajikan (setiap murid RM1.00
setiap bulan), guru-guru PPKID dan PPM. Kutipan akan
dibuat 2 bulan sekali. Duit tersebut perlu diserahkan pada
Cikgu Haslizah.

6.2 Kurikulum

6.2.1 Setiausaha Unit Kurikulum ialah Pn Norasyikin Bt Nasir (rujuk Makluman
Carta Organisasi Kurikulum PPKID 2021). Setiap guru

4

6.2.2 mempunyai bidang tugas masing-masing. Makluman
6.2.3 Bilangan guru PPKI ialah 8 orang, PPM 4 orang dan jumlah Makluman
murid PPKID pada tahun 2021 seramai 31 orang.
(24 orang murid lelaki & 7 orang murid perempuan)
Pecahan murid mengikut kelas dan senarai nama guru kelas
Tahun 2021 seperti berikut:

KELAS JUMLAH MURID GURU KELAS
2 Progresif Pn Noor Faiza Bt M. Hashim
6 orang (4 orang lelaki &
3 Progresif 2 orang perempuan) Pn Norasyikin Bt Nasir

5 orang (5 orang lelaki)

4 Progresif 7 orang (4 orang lelaki & En Muhammad Hafiz B.
3 orang perempuan ) Hj Marzuki
5 Progresif 6 orang (6 orang lelaki)
6 Progresif Pn Jayanthi a/p Jaganathan
7 orang (5 orang lelaki & Pn Izyan B. Abdul Wahab
2 orang perempuan)

6.2.4 Mulai 2021, semua guru hendaklah menggunakan eRPH Makluman
melalui aplikasi Google Classroom. Tarikh menghantar eRPH
adalah dari hari Jumaat hingga Isnin setiap minggu dan Pn Haslizah
penghantaran dikira lewat selepas hari Selasa jam 12 tengah Makluman
malam. Makluman
Makluman
6.2.5 Pn Haslizah telah menyiapkan jadual kelas PPKID dan jadual Makluman
persendirian guru. Jadual kelas PPKID mengikut jadual kelas En Muhammad Hafiz
perdana.
En Mustaqim
6.2.6 Guru-guru perlu menggunakan Dokumen Standard Kurikulum Pn Izyan
dan Pentafsiran(DSKP) berdasarkan DPK 2.0.

6.2.7 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) pada tahun 2021,
perlu mempunyai 3 aspek iaitu Kandungan Asas (KA) - Wajib,
Kandungan Sisipan (KS) - sepanjang tahun dan Kandungan
Tambahan (KT) - mengikut keadaan.

6.2.8 Semua guru diingatkan agar melaksanakan Proses
Pengajaran dan pembelajaran dirumah (PdPR) mengikut
garis panduan: online/ offline atau Offside. Offside hanya
terpakai jika berlaku bencana.

6.2.9 Semua eviden murid perlu disimpan untuk guru membuat
pentafsiran Bilik darjah (PBD).

6.2.10 Segala aktiviti atau program PPKI yang dilaksanakan perlu
didokumentasikan.

6.2.11 Pada tahun 2020, buletin PPKI tiada. Pn Suriani meminta
agar En Muhammad Hafiz menyediakan buletin PPKI pada
tahun ini. Buletin Edisi 1/2021 adalah dari bulan Januari
hingga Jun 2021 manakala Edisi 2/2021 bulan Julai hingga
Disember.

6.2.12 Pn Suriani meminta agar En Mustaqim menyediakan slide
Program PPKI yang mengandungi sejarah penubuhan PPKI,
penglibatan murid PPKI, kejayaan-kejayan murid PPKI dan
sebagainya.

6.2.13 Pn Izyan perlu menyediakan surat persetujuan ibu bapa
menempatkan murid Berkeperluan Khas di Program Insklusif.
Surat tersebut perlu ditandatangani oleh ibu bapa dan
dikembalikan kepada PPKID untuk simpanan dan rujukan.

5

6.2.14 Cadangan murid untuk diinsklusifkan penuh pada tahun ini Makluman
adalah Ho Jay Ning (6 Progresif) dan Muhammad Idham Pn Jayanthi
Haqimie B. Mohd Hamka (5 Progresif) Pn Jayanthi

6.2.15 Setiausaha “Professional Learning Community (PLC)” adalah Pn Jayanthi &
Pn Jayanthi. Semua PLC perlu didaftarkan di SPL-KPM dan Pn Izyan
mempunyai laporan. Satu salinan laporan perlu diserahkan
kepada Guru Besar. Cik Norizah

6.2.16 Pn Jayanthi memaklumkan bahawa “Program Eco School”
telah tamat pada tahun 2020 (2018-2020). Sekiranya ingin
meneruskan program tersebut, perlu membuat permohonan
semula kepada Green Growth Asia. Menjadi harapan Guru
Besar agar program ini dapat diteruskan dan mendapat
Anugerah Green Flag.

6.2.17 Pn Jayanthi turut memaklumkan wang jualan projek pada
tahun 2020 adalah RM800.00. Wang jualan perlu diserahkan
kepada bendahari program. Projek jualan pada tahun lepas
adalah jualan semasa kelas tambahan tahun enam dan hari
kokurikulum setiap hari selasa. Setiap projek jualan perlu
mempunyai kertas kerja dan penyata kewangan. Cadangan
aktiviti projek jualan 2021 adalah jualan magnet dan
jambangan coklat sempena Hari Guru dan Hari Terbuka
Disleksia.

6.2.18 Cik Norizah telah dilantik sebagai setiausaha taklimat PPKID.
Semua taklimat perlu dicatatkan didalam buku laporan
taklimat.

6.3 Hal Ehwal Murid (HEM)

6.3.1 Setiausaha HEM ialah Pn Jayanthi a/p Jaganathan (rujuk Makluman
6.3.2 Carta oranisasi HEM PPKID 2021) Pn Jayanthi &
Senarai nama murid tahun 2021 perlu dikemaskini dan Pn Nur Ramziah
6.3.3 diberikan kepada semua guru PPKID. Maklumat murid yang
6.3.4 baharu masuk ke PPKID perlu ditulis dalam Buku Daftar Pn Norasyikin
Masuk Murid PPKID. PPM yang membantu menguruskan
buku tersebut ialah Pn Nur Ramziah. Pn Noor Faiza &
Semua murid pendidikan Khas layak mendapat Rancangan Pn Nur Ramziah
Makan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS)
apabila sekolah dibuka kelak.
Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) diuruskan oleh Pn
Noor Faiza Bt Mohamad Hashim dan dibantu oleh Pn Nur
Ramziah (PPM). Tarikh-tarikh penting EMK adalah seperti
berikut:

• 20 Januari hingga 15 Februari 2021 – Guru Kelas
perlu mengemaskini data Murid Berkeperluan Khas
(MBK) dalam Aplikasi Pangkalan data Murid (APDM).
Salinan Kad OKU dan akaun BSN murid baharu perlu
diserahkan kepada PPKI untuk rujukan dan simpanan.

• 1 Februari hingga 25 Februari 2021 – Pembukaan
sistem APB dan pengesahan permohonan secara
talian oleh pihak sekolah. Sistem APB ditutup pada 25
Februari 2021.

• 26 Februari hingga 4 Mac 2021 – Pengesahan

6

6.3.5 permohonan secara talian oleh Bahagian dan JPN. Pn Noor Faiza &
6.3.6 Garis panduan EMK perlu dicetak dan disimpan sebagai Pn Nur Ramziah
6.3.7 rujukan dan panduan. Ibu bapa perlu mengisi borang Cik Norizah
permohonan EMK seperti di Lampiran PB-1 dan PB-2. En Mustaqim
6.3.8 Mengenalpasti murid perdana yang mempunyai kad OKU
dan membuatkan permohonan EMK mereka. Pn Jayanthi
Murid pendidikan Khas layak menerima Bantuan Awal
Persekolahan (BAP). Pendapatan ibu bapa dibawah RM3500
sebulan layak memohon. Data diambil daripada APDM. Guru
yang menguruskan BAP ialah Cik Norizah.
Pengurusan buku teks 2021 dibawah En Mustaqim. Segala
urusan pinjaman dan pemulangan buku teks diuruskan oleh
beliau. Pemulangan buku teks tahun 2020 telah dijalankan
pada 26 Januari 2021 dan agihan buku teks tahun 2021
adalah pada 26 januari 2021 (murid tahun 5 dan 6 Progresif)
dan 4 februari 2021 (murid tahun 2 hingga 4 Progresif)
Lawatan diketuai oleh Pn Jayanthi. Beliau mencadangkan
agar lawatan sambil belajar pada tahun ini diadakan ke Pulau
Pinang. Cadangan pada waktu hari persekolahan dari hari
Selasa hingga Jumaat. Pn Suriani berharap semua guru dan
PPM dapat bersama-sama menyertai lawatan tersebut. Tarikh
dan masa akan dimaklumkan kemudian.

6.4 Kokurikulum

6.4.6 Setiausaha Kokurikulum ialah Pn Noor Faiza Bt Mohamad Makluman
Hashim (rujuk Carta oranisasi HEM PPKID 2021). Makluman
Pn Jayanthi
6.4.7 Badan Beruniform murid PPKI adalah Pengakap Kanak-
kanak. Sukan dan permainan setiap murid Pendidikan Khas Makluman
akan ditetapkan oleh setiausaha sukan sekolah. En Mustaqim
Makluman
6.4.8 Pn Jayanthi memaklumkan murid Tahun 5 & 6 Progresif
adalah Kelab Alam Sekitar seperti tahun lepas. Pn Suriani
meminta agar Puan Jayanthi berbincang dengan GPK
Kokurikulum.

6.4.9 Semua aktiviti luar kokurikulum, murid-murid perlu menaiki
van yang mempunyai insurans.

6.4.10 Sukan Sport Stacking diterajui oleh En Mustaqim. Pn Suriani
bersetuju untuk membeli 2 set cup stacking untuk latihan
murid-murid Pendidikan Khas.

6.4.11 Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Zon Ayer Keroh akan
diadakan mengikut Takwim Pendidikan Khas Negeri Melaka.
Tarikh dan hari akan dimaklumkan semasa Mesyuarat
Pembangunan Zon Ayer Keroh. Semua jurulatih dan
pengurus peserta diminta bersedia untuk mencari calon yang
layak semasa sekolah dibuka nanti.

7.0 7.1 Peruntukan Bantuan Geran Perkapita (PCG) 2021

7.1.1 Pn Suriani menerangkan bahawa peruntukan yang diberikan Makluman
adalah untuk kegunaan murid P.Khas dan perbelanjaan perlu
mengikut lajur yang betul. Peruntukan pada tahun ini belum

7

7.1.2 turun lagi. Makluman
7.1.3 Lawatan sekolah boleh menggunakan duit Bimbingan dan Makluman
Kaunseling.
Anggaran peruntukan PCG 2021 adalah seperti berikut:

Perkara Jumlah

Wajib RM400
Sains RM600
Bahasa Inggeris RM400
Matematik RM400
Sejarah RM800
LPBT RM5500
BKK RM400
PSS RM1200
Kaunseling RM400
Sukan Sekolah RM400
JUMLAH KESELURUHAN RM10,500

7.1.4 Semua guru boleh memikirkan pembelian untuk murid-murid Makluman
pada tahun 2021.

8.0 8.1 Hal-hal lain

8.1.1 Pn Suriani mencadangkan agar PPKID menganjurkan Terapi Makluman
Kuda dan Memanah apabila sekolah dibuka nanti. Cadangan
tempat di Pusat Ekuin Ladam Merah, Kampung Bukit Durian. Pn Suriani &
Kertas kerja terapi perlu dibuat 4 minggu sebelum terapi Pn Haslizah
dijalankan dan mendapat kelulusan daripada jabatan. Pn Norasyikin

8.1.2 PPKID juga perlu menyediakan Pelan Starategik Operasi
(PSO) berdasarkan analisa SWAT. PSO PPKID melibatkan
tiga unit iaitu kurikulum, HEM & kokurikulum.

8.1.3 Mesyuarat Badan Kebajikan PPKID 2021 perlu diadakan untuk
melantik Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang baharu. Cadangan
mesyuarat adalah pada hari Sabtu. Tarikh dan masa akan
ditentukan selepas berbincang bersama Naib Pengerusi
Badan Kebajikan, En Ahmad Tarmizi.

9.0 9.1 Ucapan Penangguhan

9.1.1 Puan Suriani mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
guru diatas komitmen yang diberikan dan berharap
pengurusan organisasi PPKID pada tahun ini berjalan seperti
yang dirancang dan lancar.

9.1.2 Beliau meminta agar semua guru akur dengan peraturan dan
pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA dan berlapang dada
menerima segala tugasan dan teguran yang diberikan.

8

Mesyuarat ditangguhkan pada 12.50 tengah hari.
Disediakan oleh :

Haslizah bt Hussin

…………………………..
(HASLIZAH BT HUSSIN)
Setiausaha Program PPKID, SKPT

Sk : Fail Pengurusan PPKID

9


Click to View FlipBook Version