PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
( MPU 3183 )
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
MELALUI MAKANAN TRADISI
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NOR AZLINA ENDUT
IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN MUAMALAT
SESI I 2022/2023
AHLI KUMPULAN
MUHAMAD RIZQAN BIN MOHD RIZALMAN
(22BS02008)
MUHAMMAD NUQMAN BIN NASRUDIN
(22BS02010)
MUHAMMAD ARIF HAIQAL BIN ROSLY
(22BS02011)
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN MAKANAN KESIMPULAN
KAUM INDIA
MAKANAN KAUM
MAKANAN KADAZAN
TRADISIONAL
KAUM MELAYU MAKANAN KAUM
IBAN
MAKANAN
KAUM CINA
PENDAHULUAN
Malaysia mempunyai keunikan dari segi latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum misalnya
Melayu, Cina dan India yang mempunyai keistimewaan budaya masing-masing. Salah satu aspek yang menyumbang kepada
keistimewaan masyarakat Melayu ialah makanan tradisional yang merupakan salah satu warisan tradisi bagi setiap kaum. Dengan
kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia ini sebenarnya dapat memberikan ruang dalam proses mengukuhkan ikatan
perpaduan antara kaum yang secara tidak langsung menggambarkan tradisi kehidupan masyarakat Malaysia.
Selain itu, dengan terdapatnya kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung memangkin
kepada perkembangan variasi jenis makanan warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Tukang masak terkenal,
Datuk Chef Ismail berpandangan, kemampuan sesuatu makanan warisan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah tidak dinafikan.
Masakan Malaysia mencerminkan solekan pelbagai etnik penduduknya, dan ditakrifkan oleh kepelbagaiannya. Kebanyakan
budaya dari Malaysia dan kawasan sekitarnya telah banyak mempengaruhi masakan Malaysia dengan pengaruh yang kuat dari
masakan Melayu,Cina,India,. Antara contoh masakan malaysia dari segi masakan melayu ialah
lemang,ketupat,rendang,dodol,wajik,satay dan lain-lain.Selain itu, masakan dari segi kaum cina pula ialah dumpling,tang
yuan,chee cheong fun. Contoh masakan dari kaum india pula muruku, tosai, idli, ulundu vadai, dan banyak lagi makanan tradisi
mereka yang menarik. Banyak lagi makanan tradisi kaum melayu,cina dan india yang menarik dan yang boleh kita cuba.
1
MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Malaysia merupakan negara bertuah yang memiliki berbilang kaum dan etnik. Hal ini sekaligus memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian adat
dan budaya yang wujud dalam setiap kaum. Sebagai contoh, makanan memainkan peranan dalam perpaduan kaum di Malaysia. Secara terperinci kaum
Melayu kebiasaannya memperkenalkan makanan-makanan tradisional yang dijadikan sebagai hidangan untuk para tetamu samada di majlis
perkahwinan, kenduri kesyukuran ataupun untuk santapan harian sekeluarga. Dengan kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia ini sebenarnya
dapat memberikan ruang dalam proses mengukuhkan ikatan perpaduan antara kaum yang secara tidak langsung menggambarkan tradisi kehidupan
masyarakat Malaysia. Antaranya, Terdapat beberapa makanan setiap kaum yang dapat dilihat memberi peranan yang besar dalam memupuk perpaduan
kaum di Malaysia. Antaranya ialah Nasi Lemak yang merupakan makanan tradisi orang Melayu namun dinikmati oleh semua masyarakat berbilang
kaum di Malaysia.
Nasi lemak bukan sahaja dinikmati oleh masyarakat Melayu sebaliknya turut menjadi kegemaran kaum Cina dan India. Hal ini dikatakan
demikian kerana, nasi lemak bukan sekadar dijual di restoran Melayu malah turut ada di restoran Cina mahupun India. Seperti yang kita sedia maklum,
nasi lemak merupakan juadah yang disajikan pada waktu pagi. Kini, tidak hairan jika nasi lemak dimakan pada waktu tengah hari, petang mahupun
malam. Lauk sampingan turut disediakan bagi meningkatkan lagi kelazatan nasi lemak. Sebagai contoh, ayam goreng berempah, paru goreng, rendang
ayam atau daging, sambal sotong, udang dan kerang menjadi lauk sampingan kegemaran ramai untuk dimakan bersama nasi lemak.
2
KETUPAT DAN LEMANG
Tambahan pula, bila tibanya perayaan aidilitri mahupun aidiladha kita dapat lihat semua masyarakat
Melayu akan menyambut dengan sungguh meriah apabila terdapat hidangan yang pelbagai. Antara hidangan
yang menjadi budaya pada perayaan kaum Melayu adalah ketupat nasi, ketupat palas dan juga lemang.
Makanan ini kebiasaannya dihidang bersama rendang ayam atau daging, sambal ayam atau udang dan juga
serunding mahupun kuah kacang. Bahan asas untuk membuat lemang ialah beras pulut atau beras biasa yang
dibakar di dalam buluh. Manakala cara untuk membuat ketupat ialah dengan merebus di dalam kelongsong
daun palas atau daun kelapa. Makanan ini akan dimakan bersama rendang, kari atau serunding yang mana
bahan utama di dalam kuah-kuah tersebut adalah daging, ayam atau kerang dan menggunakan rempah ratus.
3
SATE
Antaranya juga, Sate ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada
kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Kebanyakan
orang Melayu di Malaysia tidak makan daging semata-mata. Oleh itu, biasanya turut disertakan nasi dalam
bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan
daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat
penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.
Kalau kita dapat lihat pada mulanya sate ini hanya ade jenis sate ayam dan daging sahaja malah sekarang mereka
menambah jenis lain seperti Sate Arnab, Sate Perut, Sate Pedal, Sate Kerang, Sate Ikan, Sate Rusa dan lain-lain
lagi.
4
MAKANAN KAUM CINA
Keunikan Malaysia adalah kerana terkenal dengan rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum. Selain kaum Melayu, kaum Cina juga merupakan kaum
utama di negara Malaysia dan kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Setiap kali tibanya perayaan sesuatu kaum, pasti terdapat pelbagai makanan
tradisional yang akan dihidangkan, disediakan dan ditonjolkan kepada pelancong dan semua rakyat Malaysia. Ia sekaligus dapat memperkenalkan
kepelbagaian makanan serta budaya yang terdapat di Malaysia. Masa depan ekonomi negara juga diyakini akan bertambah baik dan ini tentulah akan
dapat mengekalkan keharmonian di antara kaum.
Pada hari ini, kita dapat melihat bahawa orang Cina menjual asam laksa dan nasi lemak. Manakala orang melayu pula sudah mula meminati makanan
kaum cina yang halal. Bagi kaum Cina, bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji-bijan
dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang biasa digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan
sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, resipinya adalah berasal dari Negara China itu sendiri seperti yong tau foo, char koay teow, dim
sum dan lain-lain. Masakan seperti ini telah diminati semenjak abad ke-18 lagi. Sebagai contohnya, Lok lok adalah salah satu makanan Cina yang masih
dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut.
Bawang putih dan halia juga merupakan bahan yang banyak terdapat dalam masakan cina. Sambal cecah yang terdiri daripada kicap soya, cuka, cili
yang dipotong dan bawang putih yang dicincang halus antara pelengkap hidangan yang mesti ada di atas meja. Berbeza dengan masakan Melayu yang
biasanya mengandungi lemak santan, masakan cina hampir tidak terdapat lemak santan dalam setiap hidangan.
Selain itu, masakan kaum cina juga mempamerkan seni pastri yang kebanyakannya menggunakan kaedah panggang, kukus dan dibakar berbanding
digoreng dalam membuat sesuatu manisan atau kuih. Misalnya Kuih Bulan, Kuih lobak putih atau Dim sum juga Yong Tau Fu atau luk luk. Sejajar
dengan Bahan bahan yang digunakan untuk membuat makanan ini adalah halal dan mudah untuk dihidang ia membuka peluang kepada masyarkat melayu
yang turut menjadikan seni Pastry Ini sebagai bahan jualan sehingga ke hari ini
5
JENIS-JENIS MAKANAN KAUM CINA
DUMPLING ATAU JIAOZI
Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya
ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia,
cendawan serta herba.
Dumpling merupakan masakan tradisional cina yang berkhasiat. Ini kerana ia dimasak secara rebus pada
suhu yang perlahan berbanding memasak lauk-lauk yang lain. Selain direbus, ia juga boleh dimasak dengan
cara lain seperti digoreng dan dikukus. Pada zaman dahulu, dumpling menjadi seperti ubat di mana mereka
yang dijangkiti pelbagai penyakit akan diberi dumpling. Ia sangat berkesan menyembuhkan kerana intinya
mengandungi herba-herba yang berkhasiat.
6
CHAR KOAY TEOW
Sering sahaja kita melihat char koay teow dijual di mana sahaja. Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya
char koay teow ini merupakan antara makanan tradisional Cina selama ini.
Char koay teow yang merupakan mee beras biasanya dimasak bersama kerang, udang dan juga telur. Ia sejak
dahulu lagi telah dijual oleh golongan para petani dan nelayan untuk mendapatkan pendapatan.
Disebabkan char koay teow ini kaya dengan sumber protein, fiber dan zat lain, maka tidak hairanlah para
buruh dahulu gemar menikmatinya kerana ia memberikan sumber tenaga untuk bekerja. Kehadiran taugeh serta
sayuran lain dalam hidangan ini menambahkan lagi rasa char koay teow supaya ia lebih enak dan sedap
dimakan.
7
KUIH BAKUL
Jika masyarakat Melayu popular dengan dodol, kaum Cina pula tidak ketinggalan
dengan kuih bakul. Kuih ini seakan – akan dodol, namun lebih kenyal berbanding dodol.
Kuih bakul juga turut dikenali dengan nama nian gao. Proses membuat kuih bakul ini
mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ia hanya boleh disiapkan dalam tempoh
tiga hari.
Kuih ini juga membawa symbol tinggi iaitu ‘semakin tahun semakin tinggi’ yang
bermaksud semakin masa berlalu, semakin majulah mereka ke hadapan.
Kuih ini juga sering dimakan dengan pelbagai cara iaitu dimakan bersama is kelapa,
digoreng dengan ubi keladi atau ubi keledek dan boleh dimakan begitu sahaja.
8
MAKANAN KAUM INDIA
Keunikan Malaysia yang terkenal dengan rakyatnya yang berbilang kaum.Antara kaum di Malaysia ialah kaum
india.Kaum india juga kaum yang utama di Malaysia yang mempunyai pelbagai adat, budaya dan makanan tradisi. Perayaan
juga memainkan peranan penting bagi setiap kaum untuk mengadakan majlis perayaan. Selain itu,kaum india juga
mempunyai makanan yang tersendiri seperti Murukku dan tosai. Dalam kepelbagaian makanan tradisi di Malaysia ianya juga
dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain serta dapat menyatupadukan kaum di kalangan rakyat
malaysia itu sendiri. Perayaan Deepavali juga turut disambut oleh kaum india secara besar-besaran di seluruh dunia dan kaum
lain juga bole turut hadir dalam majlis perayaan seperti Deepavali dan sebagainya. Pelbagai aneka makanan yang boleh
dimakan ketika perayaan Deepavali sebagai satu simbol pengukuhan dan ikatan yang lebih yang erat di kalangan rakyat
Malaysia. Kaum india akan menyediakan pelbagai persiapan dari segi makanan dan akan menjemput saudara mara supaya
lebih meriah dan seronok ketika majlis tersebut.
9
Learn and Act Lecture Series: Orcas
MURUKU
Makanan tradisi india seperti murukku yang sering dimakan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Murukku juga
mempunyai nama-nama lain.Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal
dari India.Bahan utama muruku ialah urad dan tepung beras. Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan
dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku juga lazat dan senang untuk disediakan.Murukku dapat dibuat
dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida ajawain dan cumin.Semua orang dari pelbagai kaum menikmati
makanan ini tidak mengira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara
tersebut.Murukku juga banyak dijual di kedai runcit dan pasar supaya masyarakat kaum di Malaysia senang
untuk mendapatkannya.
10
Learn and Act Lecture Series: Orcas
TOSAI
Tosai juga merupakan makanan tradisional kaum india. Tosai juga mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai
dosa, dosay, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili dan
tosai bawang dan sebagainya.Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh
didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai
dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai juga kaya dengan karbohidrat dan protein.Selain itu,Tosai juga
Tambahan pula, Tosai juga merupakan makanan tradisional kaum india. Tosai juga mempunyai banyak nama lain. Tosai juga
dikenali sebagai dosa, dosay, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur,
tosai cili dan tosai bawang dan sebagainya.Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum
india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.Makanan tradisional ini berasal dari
India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai juga kaya dengan karbohidrat dan protein.Selain itu,Tosai
juga dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar india, kari ayam atau
daging kambing dan lain-lain. Di dalam Tosai juga diisi dengan kentang dan bawang yang telah digoreng sehingga rangup.
11
IDLI
Terdapat banyak makanan tradisional lain seperti Idli dan Ulundu Vadai. Idli
juga berasal dari india. Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai
sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan
sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya adalah vigna
mungo dan nasi. Selain itu, Ulundu Vadai pula merupakan sejenis kuih yang
diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang ditengah. Ia
sedap dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan
minyak masak yang banyak.
12
MAKANAN KAUM KADAZAN
Kaum Kadazan antara sebuah etnik peribumi yang menetap di pantai barat Sabah dan juga kawasan
pendalaman sekitarnya. Kaum ini terbentuk hasil gabungan dua kaum utama Sabah iaitu Kadazan dan
Dusun. Oleh kerana terdapatnya persamaan dari segi bahasa, budaya dan situasi politik, kaum ini
disatukan dan dikenali sebagai kaum Kadazan.
Kaum ini begitu kaya dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan turun
temurun nenek moyang mereka. Ia melambangkan keindahan adat dan budaya mereka sebagai kaum
terbesar di Sabah. Di samping itu, masyarakat ini terkenal dengan keistimewaan makanan tradisi mereka.
Ia adalah lambang serta identiti sesuatu kaum. Terdapat pelbagai jenis makanan yang biasanya boleh
dilihat melalui kepelbagaian jenis hidangan semasa musim perayaan seperti Pesta Keamatan. Makanan ini
akan disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan. Oleh sebab itu
penyediaannya memiliki keunikan yang tersendiri.
13
SUP MANUK LIHING
Sup Manuk Lihing ini dikenali sebagai Sup Ayam Lihing dalam Bahasa Melayu. Ia merupakan
sejenis makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Bahan – bahan yang diperlukan untuk
memasak hidangan ini ialah seekor ayam kampung , minuman keras yang dikenali sebagai ‘Lihing’
serta hirisan halia. Bagi menyediakan hidangan ini, ayam kampung yang telah dipotong dicampurkan
dengan setengah cawan lihing ,Bagi menyediakan hidangan ini, ayam kampong yang telah dipotong
dicampurkan dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Ia dibiarkan
sehingga mendidih dan ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan. hirisan halia, garam dan serbuk
perasa. Ia dibiarkan sehingga mendidih dan ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan. Sup Manuk
Lihing ini juga dikatakan bagus untuk para ibu yang baru lepas bersalin kerana sup tersebut dikatakan
dapat membuang angin dalam badan. Sup ini boleh dimakan begitu sahaja tetapi biasanya ia turut
dimakan bersama nasi.
14
MAKANAN KAUM IBAN
Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakat berbilang kaum. Bukan sahaja terdapat kaum
Melayu, Cina dan India, namun terdapat juga kaum – kaum lain yang mendiami bumi Malaysia.Jika
anda berada di negeri Sarawak, anda akan dapat melihat pelbagai kaum lain yang ada di Sarawak. Ia
terdiri daripada kaum Melanau, Iban, Bidayuh dan banyak lagi.
Antara makanan tradisional kaum iban adalah Umai. Umai merupakan hidangan yang berasaskan
ikan mentah dengan campuran beberapa bahan seperti bawang merah, cili, garam dan perahan limau
untuk menghasilkan rasa yang enak. Ia juga boleh dihasilkan menggunakan udang ataupun sotong.
Gabungan pelbagai bahan telah membuatkan ikan atau udang atau sotong mentah tersebut dimasak
secara semulajadi tanpa perlu memasaknya di atas dapur. Hidangan ini sememangnya enak dimakan
bersama nasi panas. Ia bukan sahaja merupakan hidangan tradisional orang Iban, malah kebanyakan
masyarakat Sarawak turut menggemarinya.
15
KESIMPULAN
Kesimpulan yang kami boleh berikan adalah sebagai sebuah negara kosmopolitan, Malaysia mempunyai pelbagai budaya yang agak unik.
Gabungan kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai masakan dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.
Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif dan bekerjasama dalam mencampur adukkan resepi dari tradisi kaum masing-
masing. Maka, terlahirlah pelbagai makanan seperti nasi lemak, nasi ayam, mee goreng mamak dan lain-lain lagi. Hal ini, merupakan sesuatu
yang begitu unik dan sukar difahami malah juga diterangkan. Begitu juga sebaliknya apabila makanan menjadi kegemaran masyarakat dan
semakin diterima oleh etnik yang lain seperti roti canai, kuih bulan dan dodol. Ini jelas menunjukan sikap keterbukaan kita untuk menerima
keunikan masing-masing. Jadi kami beranggapan makanan sudah menjadi identiti masyarakat di Malaysia dan kami berasa sangat selesa untuk
menikmati bersama rakan-rakan yang lain.
Inilah Malaysia, sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik tetapi bagaimana kita boleh menghidupkan suasana yang aman damai yang
mana tidak terdapat di negara lain, Kesyukuran setiap rakyat diluahkan melalui perkongsian budaya tetapi menghormati agama masing-masing.
Begitu juga dengan makanan, kaum yang berbilang bangsa mengambil tahu tentang apa makanan yang boleh dimakan atau yang tidak boleh
dimakan oleh masyarakat yang mempunyai perintah keagamaan masing-masing. Unik bukan? Bukan sekadar kesedapan makanan itu yang
dinikmati tetapi di sebalik penerimaan itu, mewujudkan keharmonian dalam masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang menjadi keunikan
Malaysia hingga dicemburui banyak negara di dunia.
Secara keseluruhannya, makanan tradisi sesuatu kaum dilihat mampu mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia ini. Rakyat Malaysia dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan tradisi yang terkenal antara pelbagai jenis kaum di Malaysia.
16
SUMBER RUJUKAN
16 Pilihan Jenis Makanan Tradisional Cina Wajib Anda Cuba. (2019, May 15). Saji.my. Retrieved September 25, 2022, from
https://saji.my/makanan-tradisional-cina/
Pemupukan Perpaduan Keluarga Malaysia Melalui Kepelbagaian Makanan Tradisional
https://theinspirasi.my/pemupukan-perpaduan-keluarga-malaysia-melalui-kepelbagaian-makanan-tradisional/
kepelbagaian makanan etnik pemangkin perpaduan
https://www.academia.edu/10110815/kepelbagaian_makanan_etnik_pemangkin_perpaduan
Makanan Tradisional Di Malaysia
https://idoc.pub/documents/makanan-tradisional-di-malaysia-6nq8q2vde9nw
Makanan Tradisional Malaysia
http://femyjunnedyas.blogspot.com/p/kaum-india.html
13 Makanan Tradisional Kadazan Yang Kian Hilang (Ada Kena TRY). (2019, July 22). Saji.my. Retrieved September 28, 2022,
from https://saji.my/makanan-tradisional-kadazan/