TAJUK : KEPELBAGAIAN KEUNIKAN BUDAYA DI MALAYSIA PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU3183 MUHAMMAD EZRY SYAHMI BIN YUNUS (22BB05015) MUHAMMAD AIDID BIN NOHYIE (22BB05017) MUHAMMAD ISYRAQ NAJMEE BIN MD ROSTAM (22BB05024) PENSYARAH : CIK AYU NOR AZILAH BINTI MOHAMAD SESI II 2022/2023
KEPELBAGAIAN KEUNIKAN BUDAYA DI MALAYSIA
MALAYSIA MERUPAKAN NEGARA PERTAMA YANG MEMPUNYAI MASYARAKAT BERBILANG BANGSA, AGAMA DAN BUDAYA YANG PADA ASASNYA HIDUP SECARA AMAN DAN DAMAI. KEPELBAGAIAN INI SATU KEUNIKAN YANG SEPATUTNYA DIRAI DAN MENJADI KEBANGGAAN RAKYAT KITA. MASYARAKAT MALAYSIA TERDIRI DARIPADA KAUM MELAYU, INDIA, CINA , KADAZANDUSUN, IBAN SERTA LAIN - LAIN. Pengenalan
penduduk yang majoritinya tinggi berbanding kaum lain yang berada di Malaysia ialah orang melayu. Mereka ditakrifkan secara umumnya sebagai bangsa melayu. Bahasa yang digunakan oleh mereka ialah bahasa melayu sebagai bahasa utama. Agama yang di pegang oleh bangsa melayu adalah agama islam yang bermazhabkan imam syafie. Dalam perspektif perlembagaan, seseorang tidak lagi dianggap melayu jika beliau telah keluar daripada islam. Oleh itu, menjadi muslim tidak semestinya bermaksud menjadi melayu walaupun secara umumnya melayu itu adalah muslim. Selain itu, bangsa melayu adalah penyumbang utama bagi menaikkan nama negara ke persada dunia. Oleh itu, ada pelbagai keunikan budaya melayu yang telah di bawa ke persada dunia bagi memperkenalkan indahnya budaya ini melayu
PERAYAAN Bangsa melayu mempunyai pelbagai perayaan yang akan di sambut oleh mereka setiap tahun. Perayaan bangsa melayu ada hubung kaitnya dengan agama mereka iaitu agama islam. Antara contohnya ialah hari raya Aidilfitri dan hari raya aidiladha
Perayaan ini akan disambut pada awal bulan 1 syawal tahun hijrah. Seluruh masyarakat beragama islam di dunia akan menyambut hari rayaaidilfitri ini. Hari raya ini akan dimulakan dengan menunaikan solat sunat hari raya yang akan dilakukan pada awal pagi 1 syawal tersebut. Kebiasaannya kaum lelaki yang harus pergi ke masjid untuk menunaikan solat tersebut. Manakala kaum wanita pula perlu menyediakan pelbagai juadah tradisional seperti nasi himpit, ketupat, lemang dan sebagainya untuk memeriahkan lagi suasana hari raya. Bukan itu sahaja, amalan kunjung-mengunjung amat diraikan oleh setiap ahli keluarga kerana dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum. Tradisi-tradisi melayu yang sentiasa diamalkan pada setiap tahun menyambut hari raya aidilfitri ini adalah bermaaf-maafan antara satu sama lain kerana kita sebagai manusia kadang kala tidak terlepas daripada membuat salah laku terhadap orang lain. Bukan itu sahaja, amalan bangsa melayu yang sentiasa dilakukan ialah memberi duit raya kepada kanak-kanak. Hal ini dilakukan demikian kerana untuk memberi motivasi kepada kanak-kanak bahawa puasa dan menziarahi jiran adalah perkara baik bagi seorang muslim. Di samping itu, ia juga dapat membuka ruang interaksi kanak-kanak dengan komuniti. Justeru itu, perkara sinonim iaitu memberi duit raya kepada kanakkanak tidak lari daripada ajaran islam iaitu amalan bersedekah dan juga berkongsi rezeki. HARI RAYA AIDILFITRI
Hari raya aidiladha atau hari raya haji. Ianya juga adalah perayaan yang terbesar bagi umat islam di seluruh dunia. Hari raya haji ini akan di sambut pada bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir pada kalendar islam. Perayaan ini disambut pada hari 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Perayaan ini juga sama juga seperti perayaan aidilfitri iaitu pada awal pagi 10 Zulhijjah yang akan dimulakan dengan menunaikan solat sunat aidiladha serta mendengar khutbah daripada khatib. Keistimewaan hari raya haji ini juga ialah dalam menunaikan ibadat korban yang hanya boleh dilakukan dalam empat hari sahaja. Ibadat korban ini akan dilakukan selepas khatib selesai menyampaikan khutbahnya dan sehingga sebelum terbenamnya matahari pada hari ke 13 Zulhijjah. Ibadat korban ini adalah untuk kita sebagai muslim bersyukur atas rezeki yang di kurnikan oleh Allah s.w.t. Hal ini kerana kita juga perlu berkongsi kesyukuran itu kepada orang yang memerlukan seperti orang fakir miskin. Ibadah korban telah mengajarkan kita untuk bersabar dan tolong-menolong terutamanya semasa penyembelihan dan proses penbahagian daging korban. Pembahagian daging korban perlulah di bahagikan sama rata supaya tidak menimbulkan pergaduhan antara kita. HARI RAYA AIDILADHA
Bangsa melayu memang tak lari daripada makanan tradisional mereka yang menarik perhatian di mata dunia. Oleh itu, makanan tradisional bangsa melayu sangat terkenal di persada dunia yang menglibatkan ramai pelancong-pelancong luar negara ingin mengunjungi ke Malaysia untuk merasai makanan traditional. Antara contoh makanan yang selalu diingini oleh warga pelancongan ialah nasi lemak, nasi kerabu dan nasi dagang. Makanan Melayu Nasi dagang juga merupakan makanan tradisional yang amat digemari oleh bangsa melayu. Bukan juga bangsa melayu yang merasainya, ia juga di sajikan untuk bangsa lain yang berada di Malaysia. Maksud nasi dagang ialah nasi yang boleh mengenyangkan, tahan lama, dan enak dimakan pada bila-bila waktu. Hal ini dikatakan demikian kerana makanan ini dahulunya popular di Terengganu dan Kelantan dan kini nasi dagang dimakan dieluruh Malaysia sehingga boleh dijumpai di Kawasan selatan Thailand sekitar Pattani, Narathiwat dan songkla. Bukan itu sahaja, makanan ini juga telah terkenal di singapura dan brunei. Dahulu di pantai timur waktu yang selalu mereka makan nasi dagang ini adalah nelayan yang akan dibawa kelaut untuk menjadi bekalan bagi mereka. Hidangan nasi dagang ini sudah semestinya ada nasi, ayam atau ikan dan acar timun Nasi Dagang
Nasi Lemak Nasi Kerabu Nasi lemak adalah salah satu makanan tradisional khas bangsa melayu. Nasi lemak diperbuat daripada santan untuk memberikan cita rasa gurih dan daun pandan untuk menambahkan aroma yang menarik perhatian orang yang ingin membelinya. Cara bangsa melayu ingin menyajikan nasi lemak tersebut dengan menambahkan pelbagai laukpauk yang menyelerakan seperti telur rebus, kacang tanah, ikan bilis garing dan sambal semestinya Nasi kerabu adalah salah satu makanan tradisional. Namun, ia sangat terkenal di negeri Kelantan kerana nasi kerabu ini adalah nasi utama mereka berbanding nasi lemakNasi kerabu adalah sejenis nasi ulam berwarna biru dan nasi yang berwarna biru itu terhasil daripada kelopak bunga telang yang direndam sebagai pewarna. Kebiasaan nasi ini akan dimakan dengan keropok, daging bakar, ayam goreng, ikan kering, telur masin, budu dan tak lupa juga ulamulaman. Nasi ini amat disukai oleh bangsa melayu kerana khasiatnya bunga telang tersebut. Khasiatnya boleh merawat sakit kanser dan pertumbuhannya, ia juga boleh menjadi anti penuaan bagi kita
Kaum Cina merupakan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan kebanyakan mereka adalah keturunan pendatang berbangsa Han yang datang ke Tanah Melayu semasa pemerintahan Dinasti Ming sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan Republik China. Penempatan pertama yang dibuka di Malaysia ditubuhkan pada abad ke-15 apabila Puteri China, Hang Li Po telah dikahwinkan dengan Sultan Melaka. Semenjak itu, kaum Cina telah berkembang menjadi populasi kedua terbesar di Malaysia. Sejarah masyarakat Cina di Malaysia bermula dengan ketibaan Laksamana Zheng Ho (tahun 1371 – 1435), yang juga dikenali sebagai Laksamana Cheng Ho. Cheng Ho merupakan seorang pengembara, sida-sida, dan diplomat dari Dinasti China Ming. Sepanjang hayatnya, dia telah menyertai sebanyak tujuh pelayaran, dan dalam jangka masa itu telah berlayar ke Melaka sebanyak lima kali. Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli. Yang selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949. CINA
PERAYAAN Perayaan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Cina di Malaysia ialah Tahun Baru Cina. Selain itu, terdapat pelbagai lagi perayaan di masyarakat Cina iaitu Pesta Tanglung (Chap Goh Mei), Perayaan Kuih Bulan, Pesta Chingay dan sebagainya.
PERAYAAN TAHUNBARUCINA Antara perayaan paling popular oleh masyarakat Cina di Malaysia. Masyarat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina pada setiap tahun dan berlangsung selama 15 hari bagi meraikan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesame keluarga. Tahun Baru Cina adalah sinonim dengan makanan seperti yee sang, kuih bulan dan limau mandarin. Dalam masa yang sama, mereka memberikan Wang Angpau iaitu wang yang dimasukkan ke dalam sampul merah dan diberikan kepada kanak-kanak, remaja dan mereka yang belum berkahwin. Wang Angpau sebenarnya dilakukan oleh mereka yang sudah berkahwin. PESTATANGLUNG (CHAPGOHMEI) Pesta Tanglung ataupun dikenali sebagai perayaan Chap Goh Mei. Perayaan tersebut diadakan sebagai penutup bagi perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Tanglung atau Chap Goh Mei merupakan malam purnama selepas Tahun Baru cina. Pada malam itu, mereka menyalakan tanglung berwarni-warni tetapi kebiasaannya berwarna merah dan digantung di depan rumah. Asal-usul Pesta Tanglung ini diadakan ketika zaman Dinasti Qin, iaitu jatuh pada bulan Yuan pada masa silam. Ia adalah malam pertama untuk melihat bulan penuh dan dikenali sebagai Xiao dalam bahasa Mandarin. Mereka membakar mercun bagi meriahkan lagi sambutan. Tujuan menyalakan mercun untuk menghalau makhluk jahat dan kejam. Makhluk tersebut akan takut jika kedengaran bunyi bising yang dihasilkan oleh mercun. Difahamkan juga terdapat amalan lain iaitu melontarkan buah limau ke dalam laut atau sungai dengan tulisan nama mereka bagi yang belum berkahwin. Tujuan ini untuk mereka doa dengan harapan dapat pasangan.
Pesta Perahu Naga diadakan pada bulan lima hari kelima mengikut kalendar Lunar Cina. Masyarakan Cina akan mengadakan perlumbaan perahu naga memakan ZongZi. ZongZi ini adalah sejenis makanan cina yang berbentuk segi tiga dan diperbuat dari pulut. Perayaan ini adalah symbol semangat dan kebudayaan bagi masyarakat Cina yang diadakan setiap Tahun Baru Cina. Perahu mereka dihiasi dengan pelbagai warna dan dihiaskan kepala naga, ekor naga dan lukisan badan naga. Selain itu, perayaan ini juga boleh mengeratkan hubungan baik sesama mereka dan memupuk semangat berpasukan. PESTA PERAHU NAGA
MAKANAN Apabila menyebut tentang makanan, Kaum Cina sentiasa mengekalkan tradisi mereka sejak zaman dahulu lagi sehingga sekarang juga dibawa masuk ke negara kita dan mereka tidak akan pernah melupakannya. Makanan kaum Cina yang terdapat di Malaysia terdiri daripada makanan yang berbeza antaranya ialah Hokkien, Hainan, Kantonis, Hakka dan juga Teochew. Terdapat beberapa makanan kaum Cina yang tidak dapat dijumpai di negara Cina tetapi wujud di negara Malaysia. Makanan Cina sangatlah popular di Malaysia walaupun majoriti penduduknya adalah bangsa Melayu tetapi amat disukai oleh rakyat Malaysia.
Antara makanan yang terkenal bagi bangsa Cina dengan menggorengkan makanan dalam minyak yang sedikit bagi mendapatkan tekstur makanan yang rangup dan enak. Kebiasaannya, makanan ini disajikan ke dalam pinggan yang besar dan kuantiti yang banyak agar dapat dikongsi beramai-ramai. Terdapat juga kepercayaan mengatakan semua jenis makanan mestilah mempunyai unsur Yin dan Yang bagi menyeimbangkan makanan tersebut. Ini kerana perkataan tersebut membawa maksud iaitu Yin bermaksud sejuk dan Yang bermaksud panas. Bahan yang sesuai untuk Yin adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Manakala, bahan yang sesuai bagi Yang adalah daging dan makanan yang berkanji. MAKANAN KANTONIS HOKKIEN MI Kebanyakan bangsa Cina menyukai makanan yang berperisa dan pedas begitu juga bangsa lain di Malaysia. Hokkien Mi adalah sejenis makanan yang berasaskan mi dan mi yang digunakan dalam Hokkien Mi ini terdiri daripada Mi kuning dan bihun. Sup Hokkien Mi pula dimasak dengan udang dan cili. Selain sup, terdapat jenis kuah yang dipanggil Lo. Kuah Lo merupakan sejenis kuah yang pekat dimasak Bersama telur, kicap dan rempah. Hokkien Mi ini adalah adalah makanan yang asas bagi bangsa Hokkien. Hokkien Mi ini boleh dimakan bersama sup asli dan Lo kerana percampuran dua tersebut lebih sedap dirasa.
HAINAN Hainan adalah Nasi ayam bagi kaum Cina ataupun dipanggil Nasi Ayam Hainan. Nasi Ayam Hainan dinamakan kerana asal-usul makanan tersebut digemari oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang. Makanan ini juga didapati di Malaysia dan Singapura. Nasi Ayam Hainan disediakan dengan daging ayam melalui kaedah tradisional Hainan iaitu dengan merebus seekor ayam pati dalam pati tulang ayam. Kemudian mengguna semula air rebusan berbanyak kali dan hanya mengisi semula dengan air jika perlu dan semuanya mengikut cita rasa bangsa Cina terhadap penghasilan “ pati asal”. Pati tersebut tidak digunakan untuk penyediaan nasi tetapi melibatkan pati ayam yang dihasilkan khususnya untuk tujuan tersebut, maka hasilnya nasi yang berminyak dan berperisa yang kadang-kadang dipanggil “ nasi minyak”. Sesetengah tukang masak membubuh santan kelapa ke dalam nasi dengan meniru gaya seperti hidangan nasi lemak.
Kaum India merupakan salah satu daripada tiga kaum terbesar di Malaysia. Kaum India telah mula datang ke Tanah Melayu sejak dari pembukaan SelatMelaka terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, penjajah British menjadikan India sebagai tempat mereka mendapatkan buruh untuk bekerja di ladang- ladang getah milik mereka. Mereka ingin mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang dikawal. Dalam tahun 1880an, Hugh Low dan Frederick Weld telah gendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik, di antaranya daripada Tamil, Telugu, Malayali, Ceylon dan lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang adalah dari golongan Tamil. Kaum india juga merupakan salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan negara Malaysia serta menjadikan masyarakat yang majmuk dan harmoni sehingga kini. Seperti kaum yang lain. Kaum India juga kaya dengan pelbagai ciri - ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Contoh budaya yang kita dapat lihat pada hari ini adalah : INDIA
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat Hindu. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Bagi masyarakat mereka dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan memadamkan kegelapan, kebaikan menumpaskan kejahatan, keadilan memerangi kezaliman dan kebijaksanaan melampaui kejahilan. Hari Deepavali akan disambut pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan mandi membersihkan tubuh badan serta sedikit minyak bijan di kepala. Dan memakai pakaian tradisional seperti Sari untuk wanita dan Dhoti untuk lelaki semasa perayaan. Kemudian mereka akan bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.Selepas selesai bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “Kolam” atau “Rangoli” yang diperbuat daripada tepung beras berwarna - warni. Hiasan “kolam” merupakan lambang penyembahan dewa mereka. Perayaan Deepavali
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa dan bertaubat. Dalam tempoh sebulan sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk membersihkan jiwa dan kerap mengunjungi kuil. Dalam dua puluh empat jam menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa penuh. Agama Hindu di Malaysia, mereka juga akan menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves ini kerana ianya salah satu tempat suci di Malaysia bagi mereka. Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, pada perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi' , iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu, sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa. Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri mereka.
Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, ataupun di rumah secara kecil-kecilan. Diraikan selama empat hari berturut - turut. Hari pertama dipanggil Bhogi, yang membawa maksud yang cukup signifikan menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India dengan membakar barangbarang lusuh bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk. Hari kedua pula dipanggil 'Thai Pongal' yang khusus untuk Dewa Matahari. Ungkapan 'Ponggal' bermakna ' meluap-luap ' , ia menggambarkan hasil tuaian yang banyak. Hari ketiga, yang dikenali sebagai 'Mattu Pongal' adalah untuk haiwan lembu. Lembu dianggap suci kerana banyak berjaya kepada manusia dengan terutaman kepada petani. Hari terakhir pula dikenali sebagai 'Kaanum Pongal' , ia merupakan hari yang istimewa untuk wanita. Memasak Ponggal di rumah atau di kuil untuk mendapat jodoh. THAIPONGGAL
MAKANAN Masakan daripada masyarakat etnik India di Malaysia terdiri daripada penyesuaian hidangan asli dari India, serta ciptaan asal yang diilhamkan oleh budaya makanan yang pelbagai di Malaysia. Masakan yang dibawa oleh etnik India ke Malaysia telah banyak mendapat tempat di hati masyarakat setempat. Pelbagai hidangan tradisi India yang unik dan enak boleh didapati di Malaysia sama ada di kedai-kedai mahupun dipesan didalam talian,
SELAIN NAMA MARUKKU, IA TURUT DIKENALI DENGAN NAMA CHAKLI DAN CHAKRI. BAHAN UTAMA UNTUK MENGHASILKAN KUIH INI ADALAH URAD DHAL, TEPUNG KACANG TOSAI DAN TEPUNG BERAS. MURUKKU BIASANYA BERBENTUK BULATAN ATAU BERBENTUK HALUS. IA DIBUAT MENGGUNAKAN ACUAN KHAS DENGAN MENEKAN TEPUNG YANG TELAH ULI ATAU CARA PEMUTARAN. KERANGUPAN KUIH INI DIIRINGI DENGAN REMPAH RATUS YANG SEDIKIT PEDAS MEMBUATKAN IA MENJADI PILIHAN RAMAI MENJELANG HARI – HARI PERAYAAN. MURUKKU TOSAI, ADA JUGA YANG MENGGELARNYA DOSA, DOSAI, DOSAY, DOSE, DHOSHA, THOSAI ATAU JUGA CHAKULI. PELBAGAI PILIHAN TOSAI YANG BOLEH DICUBA SEPERTI TOSAI TELUR, TOSAI CILI, TOSAI BAWANG, TOSAI RAWA, TOSAI GHEE DAN SEBAGAINYA MAKANAN INI SERING DINIKMATI HAMPIR KESEMUA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA KAUM INDIA. IA BOLEH DIDAPATI DI RESTORAN MAMAK DAN JUGA RESTORAN INDIA. IA SERING MENJADI HIDANGAN SARAPAN DAN JUGA MAKAN MALAM DAN IANYA KAYA DENGAN SUMBER KARBOHIDRAT DAN PROTEIN. TOSAI BIASANYA DIMAKAN BERSAMA SAMBAL KELAPA, KARI KAMBING ATAU KARI AYAM TOSAI
PUTU MAYAM PUTU MAYAM ANTARA MAKANAN TRADISIONAL INDIA YANG MENDAPAT SAMBUTAN MENGALAKKAN DARI SEMUA BANGSA SERTA TIDAK MENGIRA UMUR. KUIH INI DIBUAT DARI TEPUNG BERAS ATAU TEPUNG IDIYAPPAM BERSAMA AIR ATAUPUN SANTAN. UNTUK MENGHASILKAN PUTU MAYAM, DIBENTUK MENJADI DOH TERLEBIH DAHULU SEBELUM DIMASUKKAN KE DALAM ACUAN YANG TELAH DITEKAN BAGI MENGHASILKAN BENTUK SEPERTI MEE HALUS. PUTU MAYAM DIMAKAN BERSAMA KELAPA PARUT, GULA PERANG , GULA MELAKA DAN JUGA GULA PASIR.
PENUTUP Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.
https://www.yatizul.com/2021/05/sejarah-ringkas-makanancina-di.html?m=1 http://sosiobudayadanagamamalaysia.blogspot.com/2018/0 1/perayaan-masyarakat-india.html https://www.studocu.com/my/document/petronas-university-of-technology/hubunganetnik/hubungan-etnik-bincangkan-kepelbagaian-budaya-di-malaysia/7424941 RUJUKAN https://lobakmerah.com/5-perayaan-disambut-oleh-kaum-cina-di-malaysiabukan-tahun-baru-cina-je-tau/ http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08 /bab-2-budaya.html?m=1 http://ohpengajianmalaysia.blogspot.com/2014/09/kaum-cina-dimalaysia.html?m=1 https://saji.my/makanan-tradisional-india/ http://devajitadj.blogspot.com/p/kaum-india.html