TUNKU ABDUL
RAHMAN PUTRA
AL-HAJ
Bapa Sekolah Menengah
Kemerdekaan Sains Johor
Malaysia Disediakan Oleh :
Aisyah Zunairah Binti Abdul
Rahman
Biodata
Peserta
Maklumat Diri
Nama Penuh : Aisyah Zunairah Binti Abdul Rahman
Umur : 15 Tahun
Tarikh Lahir : 24 Mac 2006
Alamat : Lot 5413, Jalan Pisang Nipah, Desa Harmoni,
86000 Kluang, Johor
E-mel : [email protected]
No. Telefon : 017-295-8382 (WhatsApp)
017-376-6563 (Telegram)
Maklumat Sekolah
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Sains Johor
Alamat Sekolah : KM 1, Jalan Batu Pahat ,86000
Kluang , Johor
Kod Sekolah : JEE2043
Penghargaan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua para
pembaca. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya dalam penghasilan buku skrap ini.
Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran
kepada Ilahi kerana atas limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan buku skrap saya yang bertajuk " Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj,Bapa Kemerdekaan Malaysia". Disini
saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada
guru saya, Encik Abdul Aziz Bin Hussin kerana telah
memberikan saya peluang untuk menyertai pertandingan ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan
dorongan serta idea sepanjang saya menyiapkan karya ini.
Hanya Allah subhanawata’ala sahaja yang mendapat
membalas segala budi dan bakti anda semua.
Isi
Kandungan
I. PENGENALAN 2
3
Biodata Peserta
Penghargaan 5
6
II. TOKOH 7
8
Biodata Tokoh 10
Rasionalisasi Pemilihan
Tokoh: Tunku Abdul Rahman 12
Kelebihan Tokoh
Bukti Kredibiliti Tokoh
Jasa dan Sumbangan Tokoh
III. PENUTUP
BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA
Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj
1903-1990
PERDANA MENTERI YANG PERTAMA MALAYSIA
Keluarga Maklumat Diri
Mempunyai
7 orang anak Nama Penuh : Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni
(4 orang anak kandung & Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
3 orang anak angkat) Tarikh Lahir : 8 Februari 1903
Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah
Latar Belakang Pendidikan Fakta Menarik
1909 - SR Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar Beliau fasih berbahasa
1913 - Sekolah Debsurin Siam
1915 - Penang Free School Beliau pernah berkahwin
1918 - Kolej St Catharine di Universiti Cambridge sebanyak empat kali
1927 - Universiti Cambridge Anak yang kesepuluh
1930 - Kolej Inner Temple Sultan Kedah
RASIONALISASI
PEMILIHAN TOKOH
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
"KITA SEMUA ADALAH Saya memilih tokoh ini kerana beliau merupakan
RAKYAT MALAYSIA DAN seorang tokoh sejarah yang menjadi pemangkin dan
KEMERDEKAAN INILAH pencetus yang telah membawa Malaysia kepada
YANG MENYATUKAN sebuah negara yang berdaulat di bawah naungan
KITA. INGATLAH kibaran Jalur Gemilang. Tunku Abdul Rahman Putra
BAHAWA TOLERANSI Al-Haj,suatu nama yang tidak asing lagi bagi semua
ADALAH KEKUATAN KITA rakyat Malaysia. Namun begitu, dengan hanya
SEBAGAI RAKYAT DAN mengenali nama insan hebat ini sahaja tidak
BANGSA." mencukupi untuk melahirkan rasa cinta akan negara
yang utuh.
- Tunku Abdul Rahman
Oleh itu, saya dengan penuh rasa hormat ingin
menyampaikan kisah tentang beliau agar kita semua
dapat menelusuri dengan lebih mendalam tentang
tokoh yang amat hebat ini. Kisah dan personaliti
beliau amatlah menarik dan wajar dicontohi oleh
generasi muda supaya kita dapat melahirkan
masyarakat yang lebih maju dan berjaya di persada
dunia.
KELEBIHAN
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
BERANI MENEGAKKAN KEBENARAN
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri
Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti
Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di
United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika itu,Tunku tidak
dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit
berwarna') masih diamalkan. Beliau sedar bahawa dasar tersebut bersifat
diskriminasi perkauman yang amat zalim. Sewajarnya, kita tidak boleh menilai
dan memperlakukan individu yang berlainan warna kulit,bangsa, jantina
mahupun agama dengan perihal yang sedemikian.
Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk membantah kepada William Peel
iaitu Penasihat British Negeri Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa
meminta maaf atas kesalahannya.
DISAYANGI RAKYAT
Tengku Razaleigh pernah berkata bahawa gaya kepemimpinan Tunku sentiasa
mendahulukan rakyat, contohnya beliau tidak suka kepada peperangan dan
menyelesaikan sesuatu isu di meja rundingan, antaranya ialah rundingan dengan
pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng di Baling, Kedah pada 1955,
sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
“Walaupun rundingan antara Tunku dan Chin Peng itu gagal, Tunku berjaya
memenangi hati rakyat seterusnya mendapat sokongan kuat daripada rakyat
yang mendorongnya melakukan rundingan dengan pihak British untuk
kemerdekaan Malaysia,” katanya.
FASIH DALAM BAHASA SIAM
Bondanya Cik Menyelara, merupakan seorang isteri kepada Sultan Abdul Hamid.
Ibundanya yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang
Naraborirak (Kleb), iaitu seorang pegawai daerah Thailand. Disebabkan beliau
dibesarkan bersama ibu yang tercinta di istana, maka beliau fasih dalam
berbahasa siam. Beliau selalu bertutur dengan ibunya dalam bahasa Siam
semasa berada di kediamannya.
Bukti
Kredibiliti
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
AL-HAJ
1. Berbuat baik dengan semua orang
Dilahirkan sebagai YM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, Tunku
merupakan anak lelaki ketujuh Sultan Kedah yang dilahirkan pada tahun 1903. Walaupun dilahirkan dalam
keluarga diraja, Tunku merupakan seorang yang berjiwa rakyat. Semasa membesar, Tunku sangat gemar
bermain bola bersama anak-anak kampung dan tidak begitu suka dikawal oleh pengasuh istana.
Semasa Tunku bekerja sebagai penjawat awam menjadi kadet di Pejabat Penasihat Undang-undang, Tunku
dapat mendengar sendiri masalah rakyat dan membantu mereka memperbaiki kehidupan. Sikap berhati baik
dan mudah disenangi Tunku membuatkan Tunku sangat popular sehingga dilabel sebagai "Man of Peace".
2. Sikap tidak mudah putus asa
Tahukah anda, Tunku Abdul Rahman pernah gagal dalam peperiksaan undang undang semasa pengajiannya
di London pada tahun 1930? Ketika itu, kakandanya, Tunku Ibrahim memberitahu Tunku Abdul Rahman yang
kegagalannya itu adalah sesuatu yang amat memalukan kaum kerabat mereka.
Namun Tunku tidak pernah berputus asa. Pada tahun 1939, Tunku pulang semula ke London untuk mengambil
semula peperiksaan itu dan telah berjaya lulus dalam bahagian pertama. Namun, Perang Dunia Kedua
meletus dan Tunku dipanggil pulang semula ke Tanah Melayu untuk bertugas sebagai Pegawai Daerah di
Kulim. Pada tahun 1947, barulah Tunku berpeluang untuk mengambil cuti untuk fokus dan menamatkan
pengajiannya dalam bidang perundangan. Akhirnya, Tunku berjaya bergelar seorang peguam selepas 18
bulan.
Menurut salah seorang cucu kepada Tunku iaitu Tunku Munawirah, Tunku Abdul Rahman sangat
mementingkan pendidikan semasa hayatnya. Menurut Tunku, pendidikanlah yang akan membantu mengubah
arah tuju kehidupan kita.
3. Prihatin
Semasa Jepun menceroboh Tanah Melayu, rakyat hidup menderita dan penuh dengan dugaan. Ketika itu,
Tunku berhempas-pulas cuba menyelamatkan ramai rakyat dan memastikan keselamatan mereka.
Tunku juga tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri apabila menghulurkan tangan membantu ramai
tahanan yang terlepas daripada membina "Landasan Kereta Api Maut" dengan menyediakan tempat
perlindungan dan makanan.
Tunku sedang beramah
mesra bersama rakyat
Tunku setelah lulus dalam
pengajiannya di London
Jasa dan Sumbangan
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Menuntut Kemerdekaan
Pada 1955, Tunku telah membuat kunjungan sekali lagi ke London untuk berunding
tentang kemerdekaan Malaya. Di atas kebijaksanaan, kesabaran dan kesungguhannya untuk
membebaskan negara dari penjajahan, British telah menetapkan tarikh 31 Ogos 1957
sebagai tarikh kemerdekaan bagi negara Malaysia. Apabila bendera British diturunkan di
Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai perhimpunan tersebut dengan
melaungkan “Merdeka” sebanyak 7 kali.
Gambar Tunku mengangkat
tangannya dan perasaan
emosinya telah dirakamkan.
Suara keazamannya dan
diiringi oleh sorakan orang
ramai telah menjadi ikon yang
popular dalam memperingati
kemerdekaan negara.
Aspek Perkembangan Islam
Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap
perkembangan Islam di negara kita malah mengharumkan
nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan
diri dalam penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran.
Menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM) pada Ogos 1960. Atas kebolehan dan daya usaha
gigihnya, beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah
pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat
Islam.
Aspek Penulisan
Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu
menarik perhatian orang ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara,
ketika berumur 85 tahun, beliau masih bergiat cergas malah semakin
aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan Looking Back dan As I
See It dalam akhbar The Star.
Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975, Tunku telah
menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back. Pada
tahun 1969, Tunku telah menghasilkan buku beliau yang pertama iaitu
May 13, Before and After . Selepas itu, beliau meneruskan penulisannya
dalam akhbar The Star melalui ruangan baru iaitu As I See It. Artikel-
artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkenaan masyarakat
dan insiden-insiden politik yang berlaku pada zaman beliau.
Beliau turut menghasilkan Viewpoints (1970), Looking Back (!977), As
Matter of Interest (1981), Something to Remember (1983), Less We
Forget dan Contemporary Issuus in Malaysian Politics (1984),
Challenging Times (1986) dan Political Awakening (1986). Semua hasil
tersebut adalah tentang isu-isu semasa.
Aspek Ekonomi
Semasa mengetuai kabinet, beliau telah
membentuk strategi jangka panjang
dengan melaksanakan rancangan
pembangunan negara bagi setiap tempoh
lima tahun bermula dengan Rancangan
Malaya Pertama pada tahun 1956-1960.
Rancangan ini mempunyai objektif
utama iaitu meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara dengan memberi
tumpuan kepada sektor luar bandar.
Objektif yang kedua ialah untuk
mempelbagaikan keluaran pertanian dan
menambahkan peluang pekerjaan.
Rancangan ini bermatlamat untuk
membangunkan sektor ekonomi luar
bandar bagi merapatkan jurang
perbezaan pendapatan antara penduduk
luar bandar dengan penduduk bandar
dan mengurangkan kadar kemiskinan
dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Penutup
Pendek kata, Tunku ialah seorang yang istimewa dilahirkan untuk
memimpin manusia dalam keadaan yang mencabar seperti di
Malaysia. Pemimpin-pemimpin yang luas pengetahuan akademiknya
ataupun petah bercakap belum tentu dapat mengemudikan negara ini
di celah liku-liku perkauman yang mengkehendaki kebijaksanaan dan
kesabaran yang tinggi.Tunku tidak ada ilmu yang banyak, tetapi
peribadinya memupuk satu rasa keyakinan pada orang-orang yang
mendampinginya.
Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta
rintangan dihadapi namun segalanya berjaya diatasi dengan cekal
dan tabah. Bapa Kemerdekaan Malaysia ini telah membuktikan
bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa. Tunku
merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan
keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi.
Saya berharap agar beliau menjadi modal insan bagi semua lapisan
masyarakat kerana sikap beliau yang amat murni ini sebenarnya
merupakan kunci kepada kejayaan. Saya juga turut berdoa supaya
perjuangan beliau untuk memberikan kebebasan kepada Malaysia
tidak dipersia-siakan.