1 MODUL AKTIVITI PEMBELAJARAN AWAL KANAKKANAK TASKA NAMA : NUR SA’ADAH BINTI CHE OTHMAN NO KAD PENGENALAN : 040401-03-0064 NO ANGKA GILIRAN : 2022142440067 JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NOVEMBER 2023
2 Terbitan 2023 © IPGK PEREMPUAN MELAYU Hak Cipta Terpelihara Hak cipta pelantar Sistem Pengurusan Pembelajaran PISMP Semester I Tahun 1 IPGK Perempuan Melayu (IPGK PM) dan kandungannya termasuklah maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan lain-lain adalah kepunyaan IPGK PM kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian dalam modul ini boleh diubah, disalin, diedar, disiar, diterbit atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada IPGK PM. Pihak IPGK PM juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan sebarang maklumat dalam modul ini.
3 ISI KANDUNGAN RUKUN NEGARA......................................................................................................................................4 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN....................................................................................................5 KATA PENGANTAR ...................................................................................................................................6 PENGENALAN..........................................................................................................................................7 KANDUNGAN MODUL.............................................................................................................................9 1.1 PENGENALAN..................................................................................................................................10 1.2 MILESTONE PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK 2-5 TAHUN.................................................10 1.3 AKTIVITI KEMAHIRAN MOTOR HALUS.............................................................................................12 1.4 KEPENTINGAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS...................................................................................13 1.5 RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI............................................................................................15 1.6 PENYEDIAAN BAHAN DAN ALATAN.................................................................................................16 1.7 AMALAN ASUHAN...........................................................................................................................16 1.8 PENERANGAN AKTIVITI SET INDUKSI ..............................................................................................17 1.9 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH 1 ..............................................................................................18 1.10 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH 2 .............................................................................................18 1.11 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH PENUTUP................................................................................18 RUJUKAN...............................................................................................................................................19 PELAKSANAAN AKTIVITI (JADUAL) ........................................................................................................20 KANDUNGAN MODUL...........................................................................................................................23 1.1 PENGENALAN..................................................................................................................................25 1.2 MILESTONE PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK 2-5 TAHUN.................................................25 1.3 AKTIVITI KEMAHIRAN......................................................................................................................27 1.4 KEPENTINGAN KEMAHIRAN KREATIVITI DAN ESTETIKA..................................................................27 1.5 RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI............................................................................................29 1.6 PENYEDIAAN BAHAN DAN ALATAN.................................................................................................30 1.7 AMALAN ASUHAN...........................................................................................................................30 1.8 PENERANGAN AKTIVITI SET INDUKSI ..............................................................................................31 1.9 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH 1 ..............................................................................................32 1.10 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH 2 .............................................................................................32 1.11 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH PENUTUP................................................................................32 RUJUKAN...............................................................................................................................................33
4 RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kits Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu Masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu Masyarakat progresif yang akan menggunaan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumoukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELURUHAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
5 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, Masyarakat dan negara.” Sumber : Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
6 KATA PENGANTAR Puji syukur saya panjatkan ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa, kerana atas berkat dan rahmat-Nya, saya, Nur Sa’adah Binti Che Othman dapat menyelesaikan Modul Aktiviti Pembelajaran Awal Kanak-Kanak TASKA ini. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Bahagian Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, khusunya kepada Cik Alimah Binti Hj. Atan, Pensyarah kursus Pengajian Kurikulum dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam Jabatan Pendidikan Awal KanakKanak kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam melaksanakan dan menyiapkan modul ini. Penghargaan istimewa diberikan kepada Cik Alimah Binti Hj. Atan yang telah memberi pengiktirafan kepada modul latihan ini, justeru ianya boleh diguna pakai oleh semua pihak yang berkaitan. Modul ini tidak luput dari kekurangan dan kesalahan, oleh kerana itu kritikan dan cadangan yang membangun sangat saya harapkan demi penyempurnaan isi tulisan ini di masa akan datang. Penyediaan modul ini pada peringkat awalnya telah melibatkan ramai pihak. Kepada semua yang yang telah terlibat, saya dengan tulus ikhlas mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih. Saya, Nur Sa’adah Binti Che Othman menyanjung tinggi di atas segala sumbangan yang telah diberikan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga usaha yang telah dilakukan ini diberkati oleh Tuhan Yang Maha Esa hendaknya. TERIMA KASIH
7 PENGENALAN Modul ini dirancang khusus untuk memperkenalkan konsep-konsep asas pembelajaran aktiviti kanak-kanak secara ringkas dan interaktif. Aktiviti yang diperkenalkan di dalam modul ini merupakan aktiviti yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak dan mempunyai manfaat dalam pembelajaran kanak-kanak selari dengan ia dibuat berdasarkan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA). Modul ini memperkenalkan dua pembelajaran aktiviti kanak-kanak yang menarik, termasuk yang akan membantu anak-anak memahami konsep-konsep penting dalam menguatkan kemahiran motor halus kanak-kanak dan banyak lagi. Melalui modul ini, saya berharap agar kanak-kanak dapat mengembangkan dan menanam minat yang awal terhadap pembelajaran serta dapat membentuk dasar yang kuat untuk pendidikan mereka di masa hadapan. Saya berharap bahawa modul ini tidak hanya memberikan pengalaman belajar yang bermakna bagi kanak-kanak, tetapi ia juga dapat mendorong kegembiraan mereka dalam mengeksplorasi dunia di sekitar mereka. Dengan demikian, kanak-kanak dapat tumbuh dan berkembang menjadi generasi yang cerdas, kreatif, dan penuh semangat di dalam kehidupan mereka Semoga modul ini menjadi sebahagian aspek dalam membantu kanak-kanak berkembang dengan baik! Terima kasih. Nur Sa’adah Binti Che Othman Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu. 12/10/2023
8 MODUL AKTIVITI BIDANG 1 PERKEMBANGAN FIZIKAL
9 BIDANG PERKEMBANGAN FIZIKAL : MOTOR HALUS KANDUNGAN MODUL 1.1 Pengenalan 1.2 Milestone Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 2-5 Tahun 1.3 Aktiviti Kemahiran Motor Halus 1.4 Kepentingan Kemahiran Motor Halus 1.5 Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) 1.6 Penyediaan Bahan dan Alatan 1.7 Amalan asuhan 1.8 Penerangan Aktiviti Set Induksi 1.9 Penerangan Aktiviti Langkah 1 1.10 Penerangan Aktiviti Langkah 2 1.11 Penerangan Aktiviti Langkah Penutup Jadual Pelaksanaan Aktiviti MODUL 1
10 1.1 PENGENALAN Perkembangan fizikal merupakan perkembangan yang perlu dicapai untuk semua kanak-kanak. Hal ini kerana perkembangan fizikal memainkan peranan yang besar dalam memastikan kanak-kanak dapat bertumbuh dengan baik kerana ianya menekankan kepada asas pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran motor-fizikal kanak-kanak. Umum diketahui bahawa perkembangan fizikal terdiri daripada tiga iaitu pantulan semula jadi, kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Corak perkembangan adalah bersifat berterusan dari satu peringkat ke peringkat yang lain, contohnya ialah daripada mudah ke kompleks, proksimodistal dan menyeluruh kepada tertentu. Seperti yang telah tercatat, perkembangan fizikal motor halus akan difokuskan di dalam modul ini. Hal ini kerana perkembangan motor halus kanak-kanak merupakan elemen utama dalam memastikan kemenjadian untuk perkembangan yang lain. Motor halus kanak-kanak melibatkan gerakan-gerakan kecil iaitu penggunaan otototot kecil seperti jari, tangan dan pergelangan tangan yang juga melibatkan koordinasi mata kanak-kanak. Perkembangan motor halus pada kanak-kanak mempunyai tahap-tahap yang tertentu selari dengan pertambahan usia mereka. Ia perlulah ditekankan dalam pembelajaran awal kanak-kanak agar mereka berupaya dalam melaksanakan pergerakan kecil dengan lebih sempurna dalam memahami dan menyesuaikan diri di persekitaran mereka. Kemahiran motor halus oleh diterapkan melalui kaedah pembelajaran sambal bermain kanak-kanak. Melalui bermain, kanak- kanak mudah untuk meneroka sesuatu mengikut tahap pemikiran dan keselesaan mereka (Hisham., et al 2021) 1.2 MILESTONE PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK 2-5 TAHUN UMUR KANAK-KANAK MILESTONE PERKEMBANGAN FIZIKAL Kanak-Kanak 2-5 tahun • Makan sendiri • Buka pintu • Pegang gelas dengan satu tangan • Pegang krayon dengan baik • Cuci dan keringkan tangan sendiri • Lipat kertas bila ditunjukkan • Buat binaan dengan menggunakan 4-5 blok
11 • Baling bola ke atas • Cuba tangkap bola besar • Pakai kasut (tapi bukan ikat tali kasut) • Pakai baju sendiri dengan bantuan • Pergi tandas dengan bantuan • Naik tangga dengan kaki bertentangan (satu kaki pada satu anak tangga) • Jalan berjengkit jika ditunjukkan • Berjalan dengan lurus • Tendang bola ke hadapan • Melompat menggunakan kedua-dua kaki • Mengayuh basikal roda tiga • Makan sendiri (kurang tumpah) • Cuba guna sudu/garfu/chopstick • Pegang pensil • Cuba tulis nama sendiri • Melukis menggunakan keseluruhan lengan bukan setakat pergerakan jejari sahaja • Lukis bulat dan wajah orang • Potong kertas menggunakan gunting tumpul • Cuba membuka butang sendiri walaupun kadangkala memerlukan bantuan • Boleh buka baju sendiri jika mudah untuk dibuka • Berus gigi dengan bantuan dan petunjuk • Buat binaan dengan 7-9 blok kayu • Cantum puzzle yang mudah 4-12 keping
12 • Tuang air • Guna bilik air sendiri • Skipping • Tangkap bola yang sedang melantun • Turun tangga menggunakan kaki bertentangan sambal memegang handrail • Naik buaian dan menghayun sendiri • Hops & skips • Pakai baju tanpa bantuan • Keseimbangan lebih baik dan tersusun • Boleh skate dan boleh seimbangkan badan • Boleh kayuh basikal • Menulis huruf-huruf mudah dan mencetak • Ikat tali kasut 1.3 AKTIVITI KEMAHIRAN MOTOR HALUS
13 1.4 KEPENTINGAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS Kemahiran motor halus memainkan peranan yang penting kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Ia mencakupi pelbagai bidang termasuk di dalam aspek perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Kemahiran motor halus yang baik dapat memberikan pengalaman yang bermakna dalam kanak-kanak memahami dunia persekitarannya. Kemahiran ini dianggap antara kebolehan terpenting dan perlu diterapkan bagi melatih kanak-kanak menggunakan otot-otot kecil di jari kecil mereka beserta koordinasi mata dan tangan (Tamizi., et al 2023). Antara kepentingan kemahiran motor halus ialah adanya pembangunan kemandirian kanak-kanak. Hal ini dapat membantu kanak-kanak dalam menyelesaikan tugas harian mereka tanpa bergantung kepada orang dewasa. Contohnya ialah makan, memakai pakaian, membersihkan diri dan lain-lain. Kesannya, ia dapat membantu kanak-kanak dalam membentuk keperibadian diri, kepercayaan diri dan kemampuan adaptasi pada masa hadapan. Selain itu, kanak-kanak juga akan mengalami peningkatan dalam prestasi akademik sekiranya kemahiran motor halus kukuh. Hal ini kerana kemahiran motor halus yang baik dapat membantu kanak-kanak dalam menulis, menggambar dan menggunakan alat tulis. Ianya amat penting dalam pembelajaran di rumah mahupun di sekolah. Hal ini dapat membantu kanak-kanak tersebut dalam memperoleh kepuasan yang tersendiri sekiranya kemahiran tersebut dicapai. Kemahiran motor boleh digilap dengan melakukan aktiviti menulis, melukis serta pergerakan ketika bermain dan bersenam yang memberi impak positif terhadap kemahiran motor halus kanak (Ismail., et al 2022). Di samping itu, kemahiran motor halus juga dapat membantu kanak-kanak dalam penyelarasan mata dan tangan. Hal ini dapat dicapai melalui adanya aktiviti menyusun blok, memasukkan objek ke dalam bekas dan juga menyusun bahan. Ia dapat membantu dalam kemahiran koordinasi mata kanak-kanak seterusnya mereka akan menjadi lebih cekap dalam sesuatu perkembangan tersebut. Akhir sekali, kemahiran motor halus juga dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak dapat mengekspresikan kreativiti mereka melalui aktiviti seni dan kraf yang dilakukan. Contohnya ialah akktiviti menggunting kertas, mencipta bentuk menggunakan ulian tepung dan lain-lain lagi. Kanak-kanak akan mempelajari tentang sesuatu keunikan semasa melakukan aktiviti kemahiran motor halus kerana ia merupakan lumrah sedia ada kanak-kanak. Melalui penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti kemahiran kreativiti, kanak-kanak dapat mempelajari nilai kesabaran dalam menyelesaikan masalah (Janius., et al 2023).
14 Kesimpulannya, kemahiran motor halus kanak-kanak sangat penting untuk diperkembangkan. Dengan adanya pelagai inisiatif, kanak-kanak dapat melalui pengalaman yang menyeronokkan semasa proses pembelajaran berlaku. Hal ini juga akan menarik minat kanak-kanak kerana adanya elemen pembelajaran sambil bermain yang interaktif dan berkualiti kepada mereka. Jadi, menjadi tanggungjawab untuk guru dan pihak yang berada di sekeliling kanak-kanak untuk terus berusaha dan mencari cara yang terbaik dalam memberikan pengajaran yang dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak agar mereka dapat melalui proses perkembangan yang selari dengan tahap usia mereka. Kaedah ini merupakan satu medium kepada mereka untuk lebih meminati proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik (Salleh,. et al).
15 1.5 RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI a) Tarikh : b) Hari : c) Masa : 10.30 – 11.00 pagi d) Umur Kanak-Kanak : 2-5 tahun e) Bilangan Kanak-Kanak : 4 orang / kumpulan f) Tajuk Aktiviti : Jom Susun g) Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat • Kanak-kanak dapat memegang biji kapas menggunakan jari dengan betul. • Kanak-kanak dapat menyelaraskan gerakan mata selari dengan gerakan tangan. h) Senarai bahan dan alat : • Biji kapas yang berwarna warni • Kertas yang bergaris • Bekas kosong • Bekas berwarna i) Ruang aktiviti : di dalam TASKA j) Langkah Pelaksanaan : • Guru memberikan penerangan ringkas kepada kanak-kanak tentang aktiviti ‘Jom Susun’. • Guru membahagikan kanak-kanak kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang kanakkanak. • Guru memberikan balang yang berisi biji kapas kepada setiap kumpulan. • Aktiviti bermula selepas guru berkata “MULA”. • Kanak-kanak bekerjasama dalam mengeluarkan biji kapas satu demi satu. • Kanak-kanak mengasingkan dan menyusun di atas kertas yang bergaris. • Kanak-kanak meletakkan biji kapas di dalam bekas kosong mengikut kategori warna. • Aktiviti tamat. k) Pengawasan : • Keselamatan : guru akan mengawasi keselamatan kanak-kanak dengan menasihatkan supaya tidak memasukkan ke dalam mulut, hidung dan telinga diri sendiri dan rakanrakan. • Kebersihan : guru membimbing kanak-kanak dengan melarang untuk membuang biji kapas merata tempat sebaliknya meletakkan semula di dalam bekas asalnya • Kesihatan : guru tidak memberikan biji kapas kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan dengan kapas dan habuk, sebaliknya menggantikan biji kapas dengan biji kacang. l) Penilaian dan Refleksi :
16 1.6 PENYEDIAAN BAHAN DAN ALATAN 1.7 AMALAN ASUHAN Amalan asuhan yang positif perlulah difahami oleh semua pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas di TASKA. Hal ini kerana kanak-kanak lebih meluangkan masanya di TASKA berbanding di rumah. Dengan adanya amalan asuhan yang baik, ia dapat memberi jaminan kepada pengalaman membesar kanak-kanak yang baik. Proses mengasuh dan mendidik memerlukan pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman dalam membuat pertimbangan, menghadapi tekanan dan cabaran semasa bersama dengan kanak-kanak. Antara amalan asuhan yang terdapat di dalam aktiviti yang dijalankan ialah guru memberikan penerangan yang jelas tentang aktiviti kepada kanak-kanak. Hal ini dapat membantu kanak-kanak untuk mengetahui dan memahami sebahagian daripada proses yang akan berlaku. Dengan pemahaman yang jelas juga, kanak-kanak lebih cenderung untuk fokus dan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Hal ini juga dapat meningkatkan rasa
17 percaya dalam diri kanak-kanak kerana mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan dan mengetahui harapan guru terhadap mereka. Selain itu, pemberian dorongan oleh guru kepada kanak-kanak dapat memberikan impak positif yang signifikan pada proses pembelajaran dan perkembangannya. Hal ini kerana ia dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif. Kanak-kanak akan berusaha untuk mencuba dan memberikan keputusan terbaik yang maksimum untuk ditunjukkan kepada guru. Dengan adanya pemberian dorongan, ia juga akan membangunkan hubungan yang poitif antara guru dan kanak-knak. Kesannya, kanakkanak akan berasa terbuka untuk bertanya dan belajar dengan bebas. Akhir sekali, adanya amalan asuhan tentang kebersihan dan keselamatan daripada guru dan pengasuh. Hal ini dapat mendidik kanak-kanak bahawa pentingnya menjaga kebersihan dan keselamatan diri di dalam dunia persekitaran. Ia juga dapat mendidik kanakkanak tentang lagkah penjagaan dan mereka dapat mengaplikasikannya pada masa hadapan. Melalui amalan asuhan positif yang konsisten juga, ia dapat menjadikan penjagaan kebersihan dan keselamatan suatu kebiasaan kepada kanak-kanak kerana adanya latihan yang telah diberikan. Kesimpulannya, amalan asuhan yang positif dapat membantu kanak-kanak dalam membangunkan pemahaman yang kuat dalam mencapai persekitaran yang baik. Ia menjadi suatu kepentingan kepada guru untuk terus memberikan pengajaran yang berterusan melalui amalan asuhan supaya kanak-kanak dapat mempraktikkannya di dalam kehidupan seharian mereka. Wajarlah sekiranya kanak-kanak sudah mengetahui cara untuk menjaga diri mereka sendiri kerana adanya persiapan yang awal bermula daripada bangku awal persekolahan mereka lagi. 1.8 PENERANGAN AKTIVITI SET INDUKSI Guru memulakan pengenalan ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan dengan menanyakan tentang pengetahuan elemen warna kepada kanak-kanak. Seterusnya, guru membawa bahan dan memberikan kanak-kanak untuk menyentuh biji kapas yang disediakan seterusnya diikuti dengan guru mengatakan “hari ini kita akan bermain dengan biji-biji berwarna untuk menghasilkan corak dan struktur yang menarik!”. Set induksi berikut dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengetahui apakah konteks yang ingin dipelajari. Hal ini dapat menarik minat dan fokus kanak-kanak untuk konsisten dalam pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Kanak-kanak akan berasa teruja untuk mengikuti dan melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti tersebut.
18 1.9 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH 1 • Guru memberikan penerangan yang jelas tentang aktiviti yang ingin dilakukan. • Guru membahagikan kanak-kanak kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang anak-kanak. • Guru mengagihkan balang berisi biji kapas, kertas bercorak, bekas berwarna dan balang kosong kepada kanak-kanak. • Guru memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan bersedia. • Aktiviti dimulakan. 1.10 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH 2 • Kanak-kanak bekerjasama di dalam kumpulan yang ditetapkan. • Kanak-kanak mengeluarkan biji kapas daripada balang menggunakan jari-jari. • Kanak-kanak menyusunnya di atas kertas bercorak. • Kanak-kanak mengasingkan biji kapas mengikut warna. • Kanak-kanak meletakkan biji kapas ke dalam bekas mengikut warna bekas tersebut. 1.11 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH PENUTUP • Kanak-kanak memanggil guru setelah aktiviti selesai dijalankan. • Guru memberikan bimbingan dan peneguhan kepada kanak-kanak. • Kanak-kanak membersihkan kawasan tempat duduk mereka. • Kanak-kanak menyerahkan kembali peralatan dan bahan yang diberikan. • Sesi soal jawab berlangsung. • Aktiviti tamat.
19 RUJUKAN Ayob, A., Abdullah, R., Nordin, L., Badzis, M., Menon, N., Madon, Z., Sheriff, J., Mansor, M., Rahim, A., Basri, M., Daud, N., Lee Yoke Wah, A., Abdullah, N. F., Saad, A. R., Abdullah, N., Sasamori, S., Jani, N., Sulaiman, M., Rahman, N. A., … Yang, N. (2020). Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA Negara (9th ed.). Universiti Putra Malaysia. Hisham, H. H., Yunus, F., & Halim, L. (2021). Perkembangan Fizikal Motor Halus Kanak-Kanak Di Taska Menggunakan Busyboard. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 495-511. Ismail, M. H. KEMAHIRAN MOTOR HALUS KANAK-KANAK PRASEKOLAH DALAM AKSARA HIJAIYAH JAWI MELALUI KAEDAH KONVENSIONAL DAN TEKNOLOGI. Janius, N., Ishar, M. I. M., Yusof, Y., Bang, P., Sid, R., & Wong, G. (2023). Belajar Bermain di dalam Kelas Pada Peringkat Pendidikan Awal Kanak- . Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), - e002248. Salleh, N. I. M., & Eliasa, M. H. M. Y. (2019). TAHAP PENGETAHUAN GURU TENTANG KEPENTINGAN DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAGI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN (BP). Affirmation of The Identity of Special Education Science to Support The Implementation of Inclusive Education, 662. Tamizi, N. M., & Mohamed, S. (2023). Pengalaman Guru Dan Pelaksanaan Aktiviti Motor Halus Kanak-Kanak Di Pra Sekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 725-736.
20 PELAKSANAAN AKTIVITI (JADUAL) MASA/ LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Set Induksi o Guru membawa bahan o Soal jawab secara umum o Guru memberikan peluang untuk kanak-kanak menyentuh bahan yang akan digunakan o Menarik fokus yang konsisten daripada kanakkanak o Kanak-kanak teruja untuk melakukan akktiviti Langkah 1 o Memberikan penerangan yang jelas o Membahagikan kanak-kanak kepada 3 kumpulan o Guru mengagihkan bahan dan peralatan o Guru memastikan kanak-kanak bersedia o Aktiviti bermula o Kanak-kanak berkolaborasi dengan rakan dalam menyiapkan tugas Langkah 2 o Kanak-kanak bekerjasama semasa aktiviti dijalankan o Kanak-kanak mengeluarkan biji kapas daripada balang o Kanak-kanak menyusun di atas kertas bercorak o Kanak-kanak mengasingkan o Kemahiran motor halus diperkembangkan o Alat dan bahan yang digunakan : biji kapas, kertas bercorak dan bekas berrwarna
21 biji mengikut warna o Kanak-kanak meletakkan biji ke dalam bekas mengikut warna Penutup o Kanak-kanak akan memanggil guru setelah selesai aktiviti dijalankan. o Guru memberikan bimbingan dan peneguhan kepada kanakkanak o Kanak-kanak membersihkan kawasan tempat duduk mereka o Kanak-kanak menyerahkan kembali peralatan dan bahan yang diberikan. o Sesi soal jawab berlangsung. o Aktiviti tamat o Kanak-kanak mendapat isi pengajaran yang bermakna o Kemahiran motor halus diperkembangkan o Impak yang signifikan kepada kemahiran motor kanak-kanak.
22 MODUL AKTIVITI BIDANG 2 PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA
23 BIDANG PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA KANDUNGAN MODUL 1.1 Pengenalan 1.2 Milestone Perkembangan Kreativiti dan Estetika Kanak-Kanak 3-4 Tahun 1.3 Aktiviti Perkembangan Kreativiti dan Estetika 1.4 Kepentingan Kemahiran Kreativiti dan Estetika 1.5 Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) 1.6 Penyediaan Bahan dan Alatan 1.7 Amalan asuhan 1.8 Penerangan Aktiviti Set Induksi 1.9 Penerangan Aktiviti Langkah 1 1.10 Penerangan Aktiviti Langkah 2 1.11 Penerangan Aktiviti Langkah Penutup Jadual Pelaksanaan Aktiviti MODUL 2
24
25 1.1 PENGENALAN Perkembangan kreativiti dan Estetika merupakan salah satu perkembangan yang perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak sejak awal usia lagi. Hal ini bertujuan untuk menerapkan dan menambahkan kemahiran yang ada supaya dapat membantu kanak-kanak menonjolkan diri mereka di masa hadapan. Ianya juga penting kerana adanya penglibatan kognitif, emosi dan juga sosial kanak-kanak. Kreativiti dan inovasi amat dituntut untukmelahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama yang mampu bersaing dalam persekitaran abad ke-21 (Mokhlis, 2019). Perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak perlulah difahami secara mendalam supaya kreativiti dilihat sebagai tonggak kepada kecerdasan dan bakat seseorang kanak-kanak. Umum diketahui bahawa kanak-kanak akan melalui proses adaptasi dan fleksibiliti semasa kemahiran kreativiti dipupuk. Dengan adanya kemahiran kreativiti dan estetika dalam bidang pembelajaran kanak-kanak, ia dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak menyampaikan perasaan, karya, dan keupayaan dalam pelbagai cara. 1.2 MILESTONE PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK 2-5 TAHUN UMUR KANAK-KANAK MILESTONE PERKEMBANGAN FIZIKAL Kanak-Kanak 3-4tahun • Menunjukkan kreativiti melalui lukisan, catan, kraftangan, muzik, lakonan, pergerakan badan • Mencipta/ menghasil rekaan baharu • Menunjukkan daya imaginasi dan estetika yang tinggi • Mengumpul, memilih dan menyusun bahan yang berlainan bentuk, warna dan tekstur mengikut kreativiti sendiri • Boleh turut serta apabila mendengar cerita • Boleh bercerita semula secara kreativiti • Boleh melahirkan idea dalam bentuk gambar
26 • Boleh memilih prop yang sesuai untuk main peranan • Boleh melakon peranan • Boleh bermain alat muzik • Boleh mencampurkan warna untuk menghasilkan warna yang baharu • Menghayati dan menghargai lukisan • Menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan
27 1.3 AKTIVITI KEMAHIRAN 1.4 KEPENTINGAN KEMAHIRAN KREATIVITI DAN ESTETIKA Kemahiran kreativiti dan estetika memainkan peranan yang penting dalam perkembangan holistik kanak-kanak. Hal ini kerana ia melibatkan pembangunan kognitif, emosi, sosial dan juga personal mereka. Kemahiran kreativiti dan estetika dapat membantu kanak-kanak dalam menunjukkan perasaan yang ada di dalam diri mereka, mencungkil bakat dan meningkatkan nilai positif dalam kehidupan mereka. Antara kepentingan kemahiran kreativiti dan estetika ialah peningkatan kemampuan dalam menyelesaikan masalah. Hal ini kerana kanak-kanak mempelajari cara untuk berfikir di luar kotak, mencari penyelesaian dan membuat eksplorasi untuk mencapai alternatif yang inovatif dalam aktiviti mereka. Contohnya ialah kanak-kanak berfikir cara untuk menghias kain yang kosong supaya ia kelihatan cantik mengikut minat masing-masing. Dapat dilihat bahawa kanak-kanak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan mencari pendekatan yang kreatif untuk mencapai hasil yang diinginkan. Selain itu, kemahiran kreativiti dan estetika membantu kanak-kanak dalam peningkatan ekspresi diri. Hal ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai cara yang tersendiri atas perbezaan keunikan masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti berlakon atau main peranan. Aktiviti tersebut membantu kanak-kanak untuk mengekspresikan perasaan, pemikiran, pengalaman mereka. Ia dapat membantu kanak-kanak dalam terbeban dengan masalah yang dihadapi, seterusnya mempunyai perkembangan emosional dan sosial yang sihat.
28 Di samping itu, tidak asing lagi bahawa kemahiran ini dapat meningkatkan daya imaginasi dan inovasi kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak akan mencuba untuk mengubah gaya berfikir mereka kepada tahap maksimum. Ia bertujuan untuk memperluaskan lagi imaginasi dalam sesuatu perkara tersebut. Contohnya ialah melalui aktiviti kolaj. Ia akan membantu kanak-kanak dalam membangunkan kemampuan kreatif dan inovatif untuk menghasilkan bahan yang terbaik di kalangan rakan-rakan mereka. Setiap karya yang terhasil oleh kanak-kanak membuka rangsangan tindakan artistik dalam pengajaran oleh guru (Ramli., et al 2020). Akhir sekali, kanak-kanak akan mempunyai peningkatan dalam pemahaman estetika. Perkembangan pemahaman kemahiran estetika dapat membantu kanak-kanak memahami keindahan dan menghargai rasa harmoni seni dan alam. Contohnya ialah melalui aktiviti muzik. Kanak-kanak dapat menghayati sesebuah lagu tersebut sekiranya mereka mempunyai minat terhadapnya. Jelaslah bahawa ia akan meningkatkan apresiasi kanak-kanak terhadap keindahan pada masa hadapan. Kesimpulannya, kemahiran kreativiti dan estetika merupakan kemahiran yang penting. Hal ini kerana ia merupakan cara kanak-kanak mengekspresikan diri mereka pada suatu masa tersebut. Ia juga dapat mencungkil kreativiti kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti seterusnya memberikan impak yang positif dalam prestasi akademiknya. Jelaslah bahawa pembangunan ini memainkan peranan yang penting dalam membentuk perkembangan holistik kanak-kanak, pembentukan inovatif, pemikiran terbuka dan memahami dunia persekitaran mereka. Wajarlah untuk guru dan ibu bapa berusaha dalam memastikan kanak-kanak dapat berkembang secara menyeluruh dalam aspek kreativiti dan estetika agar mereka melalui peluang yang cerah di masa hadapan.
29 1.5 RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI a) Tarikh : b) Hari : c) Masa : 10.30 – 11.00 pagi d) Umur Kanak-Kanak : 3-4 e) Bilangan Kanak-Kanak : 4 orang / kumpulan f) Tajuk Aktiviti : Bunyikan Saya g) Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat • Kanak-kanak dapat mengetahui 3 bunyi alatan muzik • Kanak-kanak dapat membezakan 3 jenis bunyi alat muzik • Kanak-kanak mengetahui cara asas penggunaan 3 alat muzik untuk mengeluarkan bunyinya h) Senarai bahan dan alat : • 3 Alat muzik • Topeng emosi i) Ruang aktiviti : di dalam TASKA j) Langkah Pelaksanaan : • Guru memberikan penerangan ringkas tentang aktiviti ‘Bunyikan Saya’. • Guru menunjukkan jenis alat muzik. • Guru menayangkan tayangan video berkaitan alat muzik. • Guru membahagikan kanak-kanak kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang. • Guru mengagihkan 3 alat muzik kepada setiap kumpulan. • Guru memberikan arahan tentang aktiviti. • Kanak-kanak akan membunyikan alat muzik masing-masing mengikut arahan yag diberikan oleh guru. • Guru akan menanyakan perasaan kanak-kanak tentang penggunaan dan sifat alat muzik tersebut. • Kanak-kanak akan memberikan respon menggunakan topeng emosi yang disediakan. • Sesi soal jawab berlaku. • Aktiviti tamat. k) Pengawasan : • Keselamatan : guru akan mengawasi keselamatan kanak-kanak dengan menasihatkan supaya tidak memukul rakan menggunakan alat muzik, makan atau menjilat dan membaling alat muzik tersebut. • Kebersihan : guru membimbing kanak-kanak dengan melarang untuk meletakkan alat muzik di merata-rata tempat, sebaliknya menyusun kembali di tempat asal l) Penilaian dan Refleksi :
30 1.6 PENYEDIAAN BAHAN DAN ALATAN 1.7 AMALAN ASUHAN Amalan asuhan menjadi elemen yang perlu difokuskan dalam proses perkembangan kanak-kanak. hal ini kerana ia akan memberi impak kepada kanak-kanak itu sendiri tentang bagaimana ia menguruskan kehidupannya apabila tingkat dewasa. Amalan asuhan yang positif perlulah ditunjukkkan agar kanak-kanak dapat menjadikan teladan seterusnya memastikan keberhasilan kanak-kanak di masa yang akan datang. Antara amalan asuhan yang positif di dalam aktiviti yang dipilih ialah pemberian ruang ekspresi yang kreatif oleh guru kepada kanak-kanak. Hal ini dapat memberikan ruang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaannya melalui seni dan kreativiti. Dengan adanya peluang terbuka yang diberikan, kanak-kanak dapat meneroka pelbagai media dan laluan seni yang berbeza dengan minat dan bakat mereka. Contohnya ialah adanya peluang yang diberikan kepada kanak-kanak untuk menyanyi. Selain itu, pemberian pujian yang konstruktif juga merupakan antara amalan asuhan yang positif. Hal ini kerana dengan adanya pujian terhadap karya seni kanak-kanak, ia akan
31 membangunkan kepercayaan diri terhadap mereka sendiri. Ia juga akan meningkatkan motivasi mereka untuk terus menambah baik kreativiti, estetika dan seni mereka. Contohnya ialah guru memberikan pujian tentang hasil kerja mewarna kanak-kanak. ia dapat menaikkan lagi semangat kanak-kanak untuk terus mewarna di masa yang akan datang Seterusnya, pemberian dorongan semasa aktiviti dijalankan. Pemberian dorongan dapat membantu kanak-kanak menguatkan hubungan sosial mereka serta mendidik kanakkanak untuk bekerjasama menghargai karya orang lain. Dengan adanya pemberian dorongan yang sebegini, ia dapat memberikan kesan ke atas hasil kerja kanak-kanak. contohnya ialah dengan adanya pembahagian kumpulan yang dilakukan oleh guru. Kesannya, kanak-kanak tidak berasa dirinya berseorangan dan ia dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Akhir sekali, adanya penyediaan bahan yang mencukupi. Dengan adanya penyediaan yang lengkap, ia dapat meberikan pengajaran dan pembelajaran tentang kreativiti dan estetika tanpa batas. Kanak-kanak akan sentiasa mempunyai peluang dan ruang untuk belajar dan ia juga akan menarik minat yang kosnisten oleh kanak-kanak sekiranya bahan maujud ada di hadapan mereka. Contohnya ialah adanya peralatn muzik yang mencukupi. Ia dapat membantu kanak-kanak untuk mencuba dengan sendiri pada bilabila masa dan seterusnya meningkatkan keterampilan kreativiti kanak-kanak tersebut. Kesimpulannya, wajarlah untuk guru sentiasa memberikan dan menunjukkan amalan asuhan yang positif agar dapat menjadi pendorong untuk kanak-kanak dalam apa sahaja yang dilakukan oleh mereka. Kanak-kanak akan lebih bersemangat untukmenerokai benda baharu sekiranya adanya bimbingan yang asli daripada guru mereka sendiri. Tidak dilupakan juga, ibu bapa perlulah bekerjasama dengan guru dalam memastikan perkembangan kanak-kanak sentiasa berada di tahap yang baik selaras dengan tahap usia mereka agar kanak-kanak mempunyai pengalaman pembelajaran yang bermakna di dalam kehidupan mereka. Kualiti asuhan di pusat jagaan atau asuhan amat penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sihat (Sharif., et al 2020). 1.8 PENERANGAN AKTIVITI SET INDUKSI Aktiviti ‘Bunyikan Saya’ akan dimulai dengan penayangan video tentang jenis bunyi alat muzik. Kemudian, guru membawa dan memberikan bahan kepada kanak-kanak untuk menarik minat serta fokus di dalam aktiviti tersebut. Dengan adanya set induksi sebegitu, kanak-kanak akan konsisten berasa teruja untuk menjalankan aktiviti. Umum diketahui bahawa kanak-kanak lebih berminat sekiranya pembelajaran tersebut mempunyai elemen audio dan visual.
32 1.9 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH 1 • Guru memberikan penerangan ringkas tentang aktiviti ‘Bunyikan Saya’. • Guru menunjukkan 3 jenis alat muzik yang akan digunakan. • Guru membahagikan kanak-kanak kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang. 1.10 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH 2 • Guru mengagihkan 3 alat muzik kepada setiap kumpulan. • Guru memberikan arahan tentang aktiviti. • Kanak-kanak akan membunyikan alat muzik masing-masing mengikut arahan yag diberikan oleh guru. • Guru akan menanyakan perasaan kanak-kanak tentang penggunaan dan sifat alat muzik tersebut. 1.11 PENERANGAN AKTIVITI LANGKAH PENUTUP • Kanak-kanak akan memberikan respon menggunakan topeng emosi yang disediakan. • Guru memberikan bimbingan dan peneguhan kepada kanak-kanak. • Kanak-kanak membersihkan kawasan tempat duduk mereka. • Kanak-kanak menyerahkan kembali peralatan dan bahan yang diberikan. • Sesi soal jawab berlangsung. • Aktiviti tamat.
33 RUJUKAN Ayob, A., Abdullah, R., Nordin, L., Badzis, M., Menon, N., Madon, Z., Sheriff, J., Mansor, M., Rahim, A., Basri, M., Daud, N., Lee Yoke Wah, A., Abdullah, N. F., Saad, A. R., Abdullah, N., Sasamori, S., Jani, N., Sulaiman, M., Rahman, N. A., … Yang, N. (2020). Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA Negara (9th ed.). Universiti Putra Malaysia. Ramli, M. F., & Musa, R. (2020). Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak- kanak prasekolah: An exploration of visual arts through fundamental sketch activities to the preschool children. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(1), 35-47. Mokhlis, S. (2019). Pemupukan Kreativiti Kanak-Kanak: Kajian Kes Amalan Pengajaran Kreativiti di Sebuah Tadika Islam: Nurturing Creativity in Young Children: A Case Study of the Practice of Teaching for Creativity in an Islamic Kindergarten. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 3(1), 34-48. Sharif, M. H. M., Sidek, N. A., Saharuden, S. S., Azman, E. N. A. E., Saineh, C., & Shu, B. Y. (2020). Kursus Asuhan PERMATA: Implikasi terhadap kualiti amalan pengasuhan kanak-kanak: PERMATA Childcare Course: The implication for childcare practices quality. Southeast Asia Early Childhood Journal, 9(1), 15-27.
34 PELAKSANAAN AKTIVITI (JADUAL) MASA/ LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Set Induksi o Guru menunjukkan tayangan video berkenaan jenis bunyi alat muzik o Guru membawa bahan maujud. o Medium yang digunakan : teknologi o Kolaborasi antara kanak-kanak Langkah 1 o Guru memberikan penerangan yang jelas o Guru menunjukkkan 3 jenis alat muzik o Guru membahagikan kanak-kanak kepada 3 kumpulan. . o Bahan dan alatan : 3 jenis alat muzik digunakan Langkah 2 o Mengagihkan 3 jenis alat musik kepada setiap kumpulan o Memberikan arahan tetang aktiviti o Kanak-kanak akan membunyikan alat muzik mengikut arahan guru o Guru menanyakan perasaan dan tindak balas kanak-kanak o Alat dan bahan yang digunakan : 3 jenis alat muzik Penutup o Kanak-kanak akan o Guru memberikan o Alat dan bahan yang
35 memberikan respon menggunakan topeng emosi bimbingan dan peneguhan kepada kanakkanak o Kanak-kanak membersihkan kawasan tempat duduk mereka o Kanak-kanak menyerahkan kembali peralatan dan bahan yang diberikan. o Sesi soal jawab berlangsung. o Aktiviti tamat digunakan : topeng emosi o Amalan asuhan : kebersihan