The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Nostalgia Majlis PERSARAAN S. ROSITAH 1 Jun 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayangabgchik, 2020-05-27 01:10:07

Persaraan Cikgu S Rositah

Buku Nostalgia Majlis PERSARAAN S. ROSITAH 1 Jun 2020

LATAR BELAKANG PERIBADI

• NAMA : S. ROSITAH BINTI MOHAMED
• TARIKH LAHIR : 17 JUN 1967
• UMUR : 53 TAHUN
• TEMPAT LAHIR : KG TELUK RIMBA, SG MATI
• NAMA SUAMI : MOHD DAN BIN YUSOF
• TARIKH PERKAHWINAN : 15 NOV 1988
• BILANGAN ANAK : 5 ORANG

LATAR BELAKANG PERIBADI

• ANAK-ANAK:
1) MUHAMMAD HILMI, 30 TAHUN
2) MUHAMMAD ARIF, 27 TAHUN
3) MUHAMMAD FADZLULLAH, 25 TAHUN
4) MUHAMMAD NUR ASYRAF, 22 TAHUN
5) MUHAMMAD AZAM, 21 TAHUN
• BILANGAN CUCU : 2 ORANG

LATAR BELAKANG AKADEMIK DAN
PERKHIDMATAN

AKADEMIK :

• Bersekolah Rendah di SK Teluk Rimba dari tahun 1974 hingga 1979.
• Sekolah Menengah di SMJK Pei Hwa Sg Mati dari tahun 1980 hingga 1984.
• Kemudian menyambung pelajaran di Tingkatan 6 di SM Tun Perak, Muar

dari Jun 1985 hingga Jun 1986

LATAR BELAKANG AKADEMIK DAN
PERKHIDMATAN

KELULUSAN AKADEMIK DAN IKHTISAS:

• Menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1984 dan STPM pada tahun 1991
• Menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Bahasa Melayu di UPM pada tahun 2000.
• Kemudian mengambil Sijil Perguruan (PSR/PM) pada tahun 1988 di Maktab

Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

LATAR BELAKANG AKADEMIK DAN
PERKHIDMATAN

SEJARAH PERKHIDMATAN:

• Sekolah pertama di SK Panji Kota Bahru, Kelantan selama 3 bulan dari 1 Jan hingga 31 Mac 1989.

• Kemudian ke SK Felda Maokil, Labis selama 3 tahun dari 1 April 1989 hingga 30 Nov 1991. Pada 1 Dis
1991 hingga 31 Dis 1994, beliau meneruskan perkhidmatan di SK Felda Maokil 2 Labis selama 3 tahun.

• SK Bakri, Batu 2 Muar selama 2 bulan 15 hari iaitu bermula pada 1 Jan hingga 15 Mac 1995.

• SK Pantai Layang, Sg Mati selama 2 tahun iaitu dari 1995 hingga 1997.

• SK Abdullah, Sg Mati selama 5 tahun iaitu pada Jun 1997 hingga 2001

• Meneruskan perkhidmatan di SMK Bukit Gambir selama 18 tahun 5 bulan iaitu bermula pada Jan 2002
hingga 31 Mei 2020

LATAR BELAKANG AKADEMIK DAN
PERKHIDMATAN

ANUGERAH DAN PENCAPAIAN:

• Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2006

PENGALAMAN MANIS DALAM DUNIA PENDIDIKAN
YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

SEKOLAH RENDAH:

• Seorang pelajar masuk lewat tahun 1 & tidak pernah memasuki pra sekolah mahupun tadika. Namanya
Zuraidah. Murid ini diajar dari mengenal huruf sehingga boleh membaca. Seterunya , boleh belajar
bersama-sama rakan – rakan yang lain. Pada masa itu beliau mengajar di SK Felda Maokil., Labis.

SEKOLAH MENEGAH:

• Tahun 2011, semua murid 3 IS mendapat straight A Bahasa Melayu dalam peperiksaan PMR.
• Pelajar Cina kategori OKU yang belajar di kelas aliran perdana telah lulus dalam mata pelajaran

bahasa melayu..Merupakan suatu keajaiban.

PESANAN PN S. ROSITAH

KEPADA PARA GURU:

• Teruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Anda semua HEBAT.

KEPADA PARA ANAK MURID:

• Tuntutlah ilmu bersungguh-sungguh kerana ilmu yang berguna boleh memacu
masa depan yang cemerlang.

• Ketika belajar, hormatilah guru-guru, kerana doa guru itu membawa keberkatan.









































Selamat menempuh alam persaraan buat Cikgu Rositah binti Mohamed.
Terima kasih cikgu kerana menjadi guru yang bermutu dan dapat

melahirkan ribuan insan yang hebat disepanjang perjalanan sebagai
seorang guru.

Cikgu adalah pahlawan, dan tanda-tanda kepahlawanan cikgu terukir
pada keberhasilan semua orang-orang besar yang kita kenali di saat ini.
Terima kasih Cikgu kerana „Guru seperti lilin, yang menghabiskan dirinya

sendiri untuk mencerahkan kehidupan orang lain”.
Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, sihat sejahtera dan

berbahagia bersama tersayang.

SARIMAN BIN HAJI HUSIN

Pengetua
SMK Bukit Gambir, Tangkak,

Johor Darul Takzim

Selamat menempuh alam persaraan buat
Cikgu S Rositah binti Mohamed.

Semoga Allah sentiasa merahmati hidup cikgu dan mengurniakan
kesihatan yang baik.

Terima kasih atas segala khidmat bakti yang dicurahkan selama ini.
Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal sebagai bekal ke alam
yang lebih kekal.

Maafkan saya atas segala kesilapan dan terima kasih kerana menjadi
sahabat saya.

Ikhlas Daripada :
Cikgu M Azlin binti Sajadi
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Bukit Gambir, Tangkak

Selamat bersara diucapkan kepada SUHAIMI BIN SANSURI
Cikgu S. Rositah Binti Mohamed.
Jutaan terimakasih diucapkan atas HEM
komitmen dan kerjasama cikgu SMK Bukit Gambir, Tangkak,
menjayakan aktiviti di bawah unit
HEM sepanjang Cikgu berkhidmat di Johor Darul Takzim
sekolah ini. Semoga Cikgu
bertambah rezeki dengan rezeki
yang halal dan dikurniakan
kesihatan dan rahmatNYA...

SMK BUKIT GAMBIR GPK KOKURIKULUM
84800 Bukit Gambir, Tangkak,

Johor Darul Takzim

Sanjungan Budi

Jasamu Dikenang

PN. HAJAH
Jutaan terima kasih kerana teS.lRaOh SmIeTAnjHadBiINraTkIan kerja
yang profesional, berdedikaMsiOdaHnAMseEnDtiasa bekerja kuat.
Semoga sentiasa dikurniakan Allah kesihatan dan kebahagiaan
yang berpanjangan. Selamat Bersara Cikgu.

Cikgu Hjh S.Rositah binti Mohamed Akar keladi melilit selasih,
01 JUN 2020 Selasih tumbuh di dalam taman,
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

CIKGU S.ROSITAH BINTI MOHAMED

Selamat Bersara Cikgu S Rosita,
Semoga dipanjangkan umur,

dimurahkan rezeki, sihat sejahtera
dan berbahagia bersama keluarga

tersayang.

SYED ABDULLAH BIN SYED A KADIR

PEN. KANAN TING.ENAM
SMK Bukit Gambir, Tangkak,

Johor Darul Takzim

CIKGU S.ROSITAH BINTI MOHAMED

Selamat menempuh alam persaraan buat Cikgu S.Rositah binti Mohamed.
Terima kasih cikgu kerana menjadi guru yang sangat komited dan dapat

melahirkan ribuan insan yang hebat di sepanjang perjalanan sebagai seorang

guru.
Jiwa kental cikgu sebagai pendidik tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Terima kasih Cikgu kerana „Guru umpama lilin, yang membakar dirinya sendiri

untuk menerangi kehidupan orang lain”.
Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, sihat sejahtera dan berbahagia

bersama insan tersayang.

YUNOS BIN OMAR

GKMP Bahasa
SMK Bukit Gambir, Tangkak,

Johor Darul Takzim

SELAMAT BERSARA CIKGU S.ROSITAH BINTI MOHAMED

SEMOGA DIPANJANGKAN USIA
DAN BAHAGIA BERSAMA
KELUARGA TERSAYANG.
GKMP BIDANG KEMANUSIAAN
THANABALAN A/L MANIKAM

CIKGU S.ROSITAH BINTI MOHAMED

Selamat menempuh alam persaraan buat

Cikgu Rositah binti Mohamed.

Terima kasih cikgu kerana menjadi guru yang berdidakasi

dan dapat melahirkan ribuan insan yang hebat

disepanjang perjalanan sebagai seorang guru.

Saya doakan semoga hari yang mendatang

akan menjadikan kita bahagia

dan mendapat kesihatan yang sebaiknya, MOHAMED KARIM BIN HASAN MUHALI
bergembira dengan keluarga tersayang. Gkmp Sains dan Matematik
SMK Bukit Gambir, Tangkak,

Terima Kasih Cikgu Johor Darul Takzim

Mohd Musa B Rosdi
GKMP Teknik & Vokasional
SMKBG

SAHABATKU
CIKGU S ROSITA BINTI MOHAMED

• SELAMAT BERSARA
• SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DENGAN LIMPAHAN

KEBAHAGIAAN BERSAMA KELUARGA TERCINTA
• MOHON MAAF ATAS SEGALA YANG TAK KENAN DIRASA

DAN TAK SEDAP DI HATI SEPANJANG KITA BERSAMA..

SAHABATMU,
SITI HABESAH BINTI SHARIF
01.06.2020

SELAMAT BERSARA
PN. HAJAH S. ROSITA BINTI MOHAMED

HARUM SEMERBAK SI BUNGA MELUR,
JADI HIASAN TAMAN LARANGAN,

SEJAMBAK PANTUN MESRA DIHULUR,
SETULUS INGATAN MENGIMBAU KENANGAN

Setulus ingatan ,
Pn. Hanis binti Esa
SMK Bukit Gambir 2020





CIKGU S.ROSITAH BINTI MOHAMED

Sahabatku, S.Rositah….. SAHABATMU

“Retirement is not the end of the road. SITI FATIMAH BINTI AHMAD
It is the beginning of the open highway.” SMK Bukit Gambir, Tangkak,

Saya mohon kemaafan atas kesilapan dan Johor Darul Takzim
ketelanjuran kata serta perbuatan. Halalkan juga

jika terambil hakmu yang menyalahi cara.
Terima kasih menjadi guru anak-anak saya.

Jasa dan baktimu tetap dikenang.
Semoga ukhwah kerana Allah berkekalan.

Didoakan agar Allah panjangkan usia,
dimurahkan rezeki, sihat sejahtera dan

berbahagia di samping keluarga
tersayang.

Selamat Bersara

SELAMAT BERSARA
CIKGU S.ROSITA BINTI MOHAMED

DARIPADA CHENG KA YEE

HAPPY RETIREMENT.. KAK ITA

Sekali menjadi guru, selamanya menjadi guru.
Semoga yang baik-baik sahaja buat kita.
Aamiin

Pn S Rositah Binti Mohamed

Kalau ada sumur di ladang,
bolehlah kita menumpang mandi;

Kalau ada umur panjang,
bolehlah kita bertemu lagi.

Daripada,
En Teo Liong Chaw



Selamat menempuh alam persaraan buat sahabatku cikgu Hajah SALWA ABD JAMAL
S.Rositah. Semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan dan
berbahagia di samping keluarga tersayang. Terima kasih atas

bantuan, kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan. Mohon maaf
zahir & batin andai ada terlajur kata dan tingkah laku sepanjang
perkenalan kita. Semoga tali silaturahim antara kita akan terus

berpanjangan.

SELAMAT BERSARA BUAT CIKGU S. ROSITAH BINTI TAN KIM LIAN
MOHAMED. JASA TINGGI CIKGU KERANA TELAH Guru
MELAHIRKAN RIBUAN INSAN YANG HEBAT DI
SEPANJANG PERKHIDMATAN CIKGU. TERIMA KASIH SMK Bukit Gambir, Tangkak,
KEPADA CIKGU KERANA SUDI MEMBERIKAN Johor, Darul Takzim.
BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR KEPADA SAYA.
SEMOGA CIKGU SENTIASA SIHAT DAN BAHAGIA DI
SISI KELUARGA YANG TERSAYANG.


Click to View FlipBook Version