The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA:MAS AIFAA ALLYSHA BINTI MASDI 4B

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mas aifaa, 2021-08-31 02:28:42

kajian kes sejarah bab 6

NAMA:MAS AIFAA ALLYSHA BINTI MASDI 4B

KAJIAN KES SEJARAH BAB 6:
ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

NAMA: MAS AIFAA ALLYSHA BINTI MASDI
KELAS: 4 BRISTOL
HOMEROOM: 18 BENEVOLENT
NOMBOR MAKTAB: CP180154
GURU: CIKGU ZULKIFLI

1

ISI KANDUNGAN

ISI MUKA SURAT
OBJEKTIF KAJIAN 3
3
KAEDAH KAJIAN 3
JADUAL KERJA 4
5
PENDAHULUAN 6
CARA KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS
7-8
PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH
KOMUNIS 9
10
KAEDAH KERAJAAN MENANGANI
KOMUNIS 11
11
CARA MENGEKALKAN KEDAMAIAN 11
12
MENGAPA GENERASI MUDA PERLU
MENGHAYATI PERJUANGAN PEMIMPIN

RUMUSAN

SUMBER RUJUKAN
PENILAIAN UMUM
LAMPIRAN

2

OBJEKTIF KAJIAN

1) Untuk mempelajari latar belakang pengaruh komunis di negara kita
2) Untuk mengetahui usaha menangani ancaman komunis
3) Untuk mengkaji kesan zaman darurat terhadap negara kita

KAEDAH KAJIAN

-bahan ilmiah: buku teks,buku rujukan

-melayari internet: laman web

-media: rakaman video dari sumber berita televisyen atau akhbar online

JADUAL KERJA

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1. 24 JULAI 2021 Menerima taklimat daripada guru

subjek Sejarah berkaitan penulisan /

tugasan

2. 25 JULAI 2021 Membuat rujukan awal ke laman /
web yang berkaitan dengan tajuk /
tugasan /

3. 27 JULAI 2021 Mengenalpasti cara penulisan
tugasan

4. 30 JULAI 2021 Menentukan tajuk penulisan

5. 1 OGOS 2021 Membuat rujukan lanjut berkaitan /
dengan tajuk tugasan menerusi
internet,majalah,akhbar dan buku /
/
6. 5 0G0S 2021 Menulis draf awal tugasan dengan /
bimbingan guru /
/
7. 10 OGOS 2021 Menulis pengenalan dan
pelaporan penuh tugasan

8. 21 OGOS 2021 Membuat rumusan pengetahuan,
nilai murni dan harapan

9. 22 OGOS 2021 Mengemaskini tugasan
10. 31 OGOS 2021 Menyemak dan menghantar

tugasan

3

6.1 PENDAHULUAN

Perkembangan pengaruh komunis di negara kita berlaku sebelum
meletusnya perang Dunia Kedua. Komunis melakukan pelbagai tindakan untuk
melumpuhkan ekonomi negara dan menggugat kestabilan politik. Matlamat
komunis adalah untuk merampas kuasa daripada British dan menggantikannya
dengan sebuah Republik Komunis. Namun begitu, British berjaya menawan
hati dan fikiran rakyat untuk bersama-sama membanteras ancaman komunis.
Zaman darurat telah membawa pelbagai kesan kepada politik, ekonomi dan
sosial di negara kita.

Penyebaran ideologi komunis dari China dan Indonesia menyebabkan
terdapat penduduk yang terpengaruh dengan fahaman komunis.Ideologi ini
berkembang dalam kesatuan sekerja. Selepas Perang Dunia Kedua, berlaku
kekosongan politik di Tanah Melayu yang membuka peluang kepada PKM
untuk menyebarkan fahamannya. PKM kemudiannya diharamkan oleh British.

Komunis cuba mewujudkan sebuah kerajaan republik komunis di Tanah
Melayu. Bagi merealisasikan matlamat mereka, pelbagai tindakan dilakukan
bertujuan mengancam keamanan negara. Tindakan komunis ini menyebabkan
rakyat dan kerajaan bekerjasama membanteras ancaman komunis.

Kerajaan berusaha membanteras ancaman komunis melalui pelbagai
kaedah. Antaranya termasuklah melalui ketenteraan dan mendapatkan
kerjasama daripada rakyat seperti dalam perang saraf. Kejayaan ini
mencerminkan kerjasama antara rakyat dengan kerajaan amat penting dalam
usaha mempertahankan tanah air.

4

6.2 CARA KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA

----Kemasukan Pengaruh Komunis dari China---

 Menjelang tahun I924,cawangan KMT ditubuhkan pada bandar di negeri
Melayu bagi menyebarkan pengaruh komunis. Antara bandar tersebut
termasuklah Muar,Melaka dan Seremban

 Selain KMT, terdapat sebuah lagi pertubuhan, iaitu Main School yang
bergerak dalam kalangan orang Hailam.Pada tahun I927 , perpecahan
berlaku antara Parti KMT dengan PKC. Keadaan ini mendorong
Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu, iaitu Parti Komunis
Malaya (PKM).

----Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia---

 Pada tahun 1920, beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia
seperti Tan Malaka dan Alimin menyebarkan fahaman komunis di
Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah.

 Kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa (1926)
menyebabkan PKI berusaha untuk membuka cawangan di Tanah
Melayu.

----Penubuhan Parti Komunis Malaya---

 Pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala
Pilah, Negeri Sembilan.

 PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar
dan sekolah Cina.

 Pada zaman pendudukan Jepun (1941 -1945), PKM bertindak:
-Menjalinkan kerjasama dengan British dalam usaha memerangi Jepun.
-Membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau
Bintang Tiga pada tahun 1942.

 Apabila BMA mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu, MPAJA
dibubarkan pada 1 Disember 1945.

5

6.3 PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH KOMUNIS UNTUK
MENGGUGATKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN
NEGARA

Melumpuhkan ekonomi

 lombong bijih timah dan ladang getah menjadi sasaran utama serangan
komunis untuk melemahkan ekonomi British.

 komunis menyerang 80 lombong bijih antaranya di Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan.

 mereka merosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah
kongsi, kedai dan sekolah serta membunuh pekerja. Ini menyebabkan
pekerja lombong dan ladang getah menderita.

Merosakkan infrastruktur

 menjalankan sabotaj terhadap sistem pengangkutan dan perhubungan
seperti mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api.

 Mensabotaj kemudahan telefon dan telegraf serta merosakkan paip
air,menyerang pekerja awam yang ditugaskan untuk membaiki jalan

 menjejaskan kehidupan harian penduduk tempatan kerana infrastruktur
tidak dapat diselenggara dengan baik.

Mengancam keselamatan rakyat

 mengugut, mensabotaj, menyerang, melakukan kekejaman.
menganiaya, menculik, merampas,membakar harta benda dan
membunuh penduduk yang enggan bekerjasama.

 tindakan ini menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada
rakyat.

Mengancam pasukan keselamatan

 Parti Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan
menyerang balai polis.

 Tindakan ini dilakukan untuk mencetuskan keadaan yang huru-hara dan
menunjukkan ketidakupayaan kerajaan untuk melindungi keselamatan
penduduk.

6

6.4 CARA DAN KAEDAH KERAJAAN UNTUK MENANGANI
ANCAMAN KOMUNIS

1) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DARURAT
-Menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pergerakan
komunis tanpa sebarang perbicaraan
-Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa yang membantu komunis
-Mengetatkan undang-undang senjata api dengan mengenakan
hukuman mati terhadap mereka yang membawa senjata api

2) PEMERKASAAN PASUKAN KESELAMATAN
-polis: Cawangan Khas,Special Constables,polis hutan,Senoi Praaq
-tentera: pasukan askar melayu dan komanwel,Sarawak Rangers
-sukarelawan: Home Guard

3) PENDAFTARAN KEBANGSAAN DAN KAD PENGENALAN
- kerajaan memperkenalkan system ini pada 23 Julai 1948 bagi
mengawal pergerakan penduduk.
-untuk memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam
dengan komunis.
-Orang awam dikehendaki membawa kad pengenalan ke mana-mana

4) RANCANGAN BRIGGS
- Tujuan utama langkah ini adalah untuk memutuskan hubungan PKM
dengan Min Yuen yang membekalkan makanan, senjata, maklumat dan
ubat-ubatan kepada PKM
-untuk melemahkan pergerakan komunis

5) TAWARAN PENGAMPUNAN
- Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis
supaya menyerah diri.
-Sebanyak 40 juta risalah dan l2 juta pas pengampunan diedarkan
dalam bahasa Cina,Melayu dan Tamil.
-untuk membantu penduduk memujuk anggota komunis supaya
menyerah diri.

7

6) KEMPEN BULAN RAKYAT MELAWAN PENJAHAT
- Penduduk berbilang kaum diseru supaya mendaftarkan diri secara
sukarela dengan pihak berkuasa.
- Menjelang bulan Mac 1950, jumlah sukarelawan telah mencecah ke
435 905 orang
-Kempen tersebut berjaya melibatkan rakyat berbilang kaum yang
bekerjasama menentang komunis.
-menggalakkan interaksi dan mengeratkan hubungan antara kaum

7) PERINTAH BERKURUNG
- tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh
-membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan lebih
berkesan.
-dikenakan terhadap penduduk yang enggan bekerjasama dengan
pihak berkuasa untuk membanteras ancaman komunis.
- contoh:penduduk Tanjung Malim dikenakan perintah berkurung selama
22 jam untuk mengelakkan mereka berhubung dengan komunis

8) PERANG SARAF
- rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk menghapuskan
komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat
-mengadakan lawatan,melonggarkan syarat kewarganegaraan,
menawarkan hadiah wang tunai,memajukan perkhidmatan
penerangan,memperkenalkan kawasan Hitam dan Putih.

9) RUNDINGAN BALING
- Tunku Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan pemimpin
PKM di Sekolah Inggeris, Baling, Kedah,pada 28 Disember 1955.
-melibatkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan PKM.
-Wakil Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman yang
ditemani oleh Tan Cheng Lock dan David Marshall
-PKM diwakili oleh Chin Peng. Chen Tien dan Rashid Maidin
- Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat tersebut maka
rundingan tersebut telah gagal.

8

6.5 CARA UNTUK MENGEKALKAN KEDAMAIAN DAN
KEMAKMURAN

Memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat

~mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kerana mereka yang
berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.
~Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong.

Sentiasa bersifat setia dan sayang akan negara

~mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa
sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara
~sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara
mengatasinya

Mengenali dan menghormati lambang-lambang kebesaran negara

~Jalur Gemilang dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai
sesuatu yang suci dan tidak harus membenarkan bendera negara dipijak,
dibuang atau dibakar
~sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang berkibar di tiang bendera
tertinggi di dunia dan harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku,
menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat.

Menanamkan semangat kekitaan

~memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat.
~sanggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan faham
~contoh aktiviti :gotong-royong

Gigih berusaha memajukan negara

~dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka
~ bekerjasama untuk menghadapi apa jua cabaran dalam negara dan
memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat

9

6.6 MENGAPA GENERASI MUDA PERLU MENGHAYATI DAN
MENGAMBIL IKTIBAR PERJUANGAN PEMIMPIN

*UNTUK MENYUKARKAN MUSUH LUAR MENGUASAI NEGARA KITA
-kita perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup supaya tidak mudah
dipermainkan oleh pihak yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan
- Sikap mengutamakan kepentingan diri dapat menggagalkan perjuangan untuk
memartabatkan bangsa. Pihak-pihak luar hanya akan mengambil kesempatan
jika kita berada dalam keadaan yang lemah.
-Kita perlu menghadapi musuh dengan menggunakan kekuatan akal fikiran
iaitu ilmu dan bukan sahaja kekuatan tenaga. Perebutan kuasa akan
menjadikan masyarakat sentiasa berpecah-belah.
-Tanpa kekuatan ekonomi, kita akan mudah terpedaya dengan bantuan dan
tawaran yang diberikan pihak musuh

*PEJUANG DAHULU TELAH BANYAK BERKORBAN UNTUK SAMPAI KE
TAHAP KINI
-Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai
semangat juang yang kental dan belajar daripada sifat mereka yang tidak
mudah berputus asa dalam perjuangan.
-semangat setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban
untuk bangsa dan tanah air.Mereka sedia mempertahankan kedaulatan tanah
air walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada pihak British.
-Kita patut mencontohi sifat pemimpin yang mempunyai disiplin yang tinggi
menyebabkan mereka dapat mewujudkan kerjasama antara pemimpin dengan
rakyatnya.

10

RUMUSAN

1. Antara pengetahuan yang saya perolehi ialah cara kemasukan pengaruh
komunis di negara kita, perkara yang dilakukan oleh komunis untuk
mengugatkan keamanan dan kesejahteraan negara dan kaedah kerajaan untuk
menangani ancaman komunis pada masa tersebut
2. Nilai-nilai murni yang saya perolehi semasa membuat kajian ini ialah
kerjasama,nilai kesetiaan dan kasih sayang, kesabaran dan tidak berputus asa.
3. Saya berharap agar semua masyarakat berganding bahu dalam
mempertahankan negara daripada musuh bagi menghargai keamanan yang
dikecapi.

SUMBER RUJUKAN

 Bahan ilimiah/buku teks : Ridzuan bin Hasan, 2019, Sejarah Tingkatan 4,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

 Laman web : -www.wikipedia.com.my
-https://cikguizatulhanim.blogspot.com/2015/11/iktibar.html

 Temubual/temuramah : Sharifah Mastura, 24, No 3,Taman Sepakat

PENILAIAN UMUM

Tempoh darurat selama 12 tahun menyebabkan kesengsaraan dan kesulitan
kepada penduduk tempatan. Tindakan komunis memusnahkan kemudahan
asas serta menyerang penduduk dan anggota keselamatan menyebabkan
keadaan huru-hara di negara kita ketika itu. Pelbagai usaha dilakukan oleh
kerajaan untuk membanteras komunis dan mengembalikan keamanan negara
kita. Bagi menghargai keamanan yang dikecapi, kita perlu bersama-sama
mempertahankan negara daripada musuh.

11

LAMPIRAN

-

12


Click to View FlipBook Version