E - PORTFOLIO
NAMA : MUHAMMAD HARITH DANIAL BIN ASRI
ANGKA GILIRAN : 2022152310006
NO KAD PENGENALAN : 040623-01-0579
KOD & NAMA KURSUS : BMMB 1074 (SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU)
NAMA PENSYARAH : DR. ABDUL KARIM BIN MANSOR
TARIKH HANTAR : 3 OKTOBER 2022
1.0 PENGENALAN
Sistem ejaan rumi atau dikenali sebagai ejaan bahasa Melayu sebenarnya telah
diiktiraf dan diguna pakai secara berleluasa pada masa kini terutamanya pada era
digital yang dimulai pada tahun 1972. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2022),
sistem ejaan rumi ini didefinisikan sebagai suatu sistem yang berupa seperti huruf
atau abjad yang wujud dalam bahasa Melayu dan bahasa yang lain iaitu bermula
dengan huruf A hingga huruf Z. Sistem ejaan rumi ini mempunyai banyak sejarah
serta kronologi yang kompleks seperti sejarahnya sebelum zaman penjajahan,
sebelum merdeka dan selepas merdeka.
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM
EJAAN RUMI
Sejarah sistem ejaan rumi bahasa Melayu sebelum zaman penjajahan ini dikatakan
mengandungi bukti-bukti yang kukuh kerana sistem tersebut telah diperkenalkan
lebih lama berbanding dengan tulisan Jawi. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu ini
diyakini mempunyai banyak variasi tulisan iaitu tulisan Batak, Kawi, Rencong dan
Lampung. Masyarakat Melayu yang menetap di Kepulauan Nusantara sering
menggunakan variasi tulisan-tulisan tersebut sebelum kewujudan sistem ejaan rumi.
Terdapat pelbagai kajian penyelidikan telah dibuat dan keputusan mengatakan
bahawa sistem tulisan-tulisan di atas dikatakan berkembang dengan lebih pesat
berbanding dengan tulisan rumi atau jawi dari segi penggunaan ejaan suku kata,
penggunaan baris bagi tujuan memberikan kontra kepada setiap bunyi yang
dihasilkan oleh variasi tulisan. Sebelum kemerdekaan diumumkan, sistem ejaan rumi
ini mula diperkenalkan kepada masyarakat setempat oleh kemasukan negara
penjajah seperti Belanda, Portugis dan Inggeris.
Dengan cara ini, sistem ejaan rumi lebih maju dan lebih pesat kerana adanya
pengaruh daripada bahasa asing seperti pengenalan kepada sistem aksara
daripada hasil bahasa lain. Bukan itu sahaja, sistem ejaan rumi ini juga
dikembangkan dan ditambahbaik menjadi Sistem Ejaan Za'ba kerana jasa dan idea
yang bernas daripada Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad. Namun begitu, sistem
ejaan tersebut dikatakan tidak saintifik dan terperinci serta terlalu umum.
Seterusnya, perkara terakhir ialah sistem ejaan rumi ini diperluaskan selepas
kemerdekaan diumumkan iaitu kerajaan Malaysia dan Indonesia melakukan
kolaborasi dimana kedua-dua negara tersebut mahu memperkenalkan sistem
ejaan baru yang dikenali sebagai Sistem Ejaan Malindo. Beberapa usaha yang
dilakukan oleh mereka sehingga sistem tersebut berjaya dilaksanakan.
SISTEM EJAAN VAN
OPHUIJSEN
SISTEM EJAAN CH, VAN
OPHUIJSEN (1900)
Suatu sistem ejaan rumi yang dicipta dan diperkenalkan di negara Indonesia oleh Van
Ophuijsen. Van Ophuijsen adalah seorang ahli bahasa Belanda yang telah memberikan
banyak kontribusi dalam bidang linguistik. Ia adalah Rektor Bukittinggi, Sumatera Barat,
dan kemudian menjadi guru besar bahasa Melayu di Universiti Leiden di Belanda.
Menyusul penerbitan Melajoe Slang, Van Ophuijsen kemudian menerbitkan Maleische
Spraakkunst pada tahun 1910. Buku ini pertama kali diterjemahkan oleh T.W. Kemudian
diterjemahkan lagi oleh penerjemah lain. Buku ini kemudian diterjemahkan oleh T.W.
Kamil yang bertajuk Tata Bahasa Melayu, merupakan panduan bagi pengguna bahasa
Melayu di Indonesia. Sistem tersebut dibentuk bertujuan untuk menyelidik dengan lebih
lanjut tentang bahasa Melayu.
Sistem Ejaan Ophuysen ini dapat menyelesaikan masalah bahasa yang tidak
sistematik serta dapat mengimbangi laras bahasa Melayu dengan lebih tepat. Walau
bagaimanapun, sistem ejaan ini hanya mampu melakukan penggabungjalinan
kepada sistem ejaan yang telah wujud bagi memberikan suatu penambahbaikan
yang dapat memudahkan urusan seharian umat manusia dalam menyampaikan
maklumat melalui bentuk tulisan rumi. Pada tahun 1901, standard ejaan bahasa
Melayu ditetapkan oleh Profesor Charles van Ophuijsen, dibantu oleh Nawawi
Soetan Makmoer dan Moh. Taib Sultan Ibrahim adalah seorang ulama terkemuka
yang telah memberikan kontribusi signifikan dalam bidang akademik Islam. Dia
sangat dihormati oleh rakan-rakannya, dan karyanya memiliki impak yang signifikan
terhadap pemahaman Islam di dunia. Hasil pengubahsuaian mereka yang dikenali
dengan ejaan Van Ophuijsen, ditulis dalam sebuah buku berjudul Kitab Gaul
Melajoe. Buku tersebut memuat sistem ejaan latin untuk bahasa Melayu di
Indonesia.
CONTOH SISTEM EJAAN
VAN OPHUIJSEN
SISTEM EJAAN R.J
WILKINSON
SISTEM EJAAN R.J
WILKINSON (1902)
Sistem ejaan ini sebenarnya digubal oleh R.J Wilkinson iaitu beliau
merupakan salah satu antara anggota pemimpin pihak Inggeris. Pada
tahun 1895, beliau ini telah mengubahsuai dan merapikan sebuah kamus
yang bertajuk 'Malay-English Dictionary' yang mempunyai ketebalan
muka surat sebanyak 1300. Pada masa itu, sistem Ejaan R.J Wilkinson ini
dikatakan sangat utama bagi tujuan kegiatan pendidikan Melayu di
setiap negeri-negeri Melayu Bersekutu kerana sistem tersebut
dicadangankan oleh pemerintah. Tambahan pula, sistem ejaan ini adalah
hasil penambahbaikan daripada sistem ejaan lama yang terdapat dan
terbuku dalam Kamus maxwell. Kamus tersebut tidak lagi relevan kerana
mempunyai banyak unsur penerapan daripada cara Shellabear, baba
peranak dan tulisan rumi Melayu-Belanda.
CONTOH
SISTEM
EJAAN R . J
WILKINSON
SISTEM EJAAN ZA'BA
SISTEM ZA'BA (1933)
Sistem Za'ba merupakan penambahbaikan daripada sistem ejaan yang lama iaitu
sistem Ejaan R.J Wilkinson. Sistem Za'ba ini adalah berasal daripada nama seorang
tokoh terkenal negara iaitu Zainal Abidin bin Ahmad. Sistem tersebut dicipta dan
digubal bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penjelasan tentang Risalah
Petua Ejaan Rumi Melayu yang terdapat di Malaya berkaitan dengan kata
pendahuluan. Sistem Za'ba ini mempunyai kriteria-kriterianya yang tersendiri.
Sebagai contoh, sistem Ejaan Za'ba ini sebenarnya tidak mengaplikasikan unsur yang
melibatkan teknik dan teori linguistik. Selain itu, sistem ejaan ini juga mempunyai
kelemahan yang agak ketara seperti mengalami kekurangan dari segi huruf rumi dan
jawi. Sistem ejaan ini ada menggunakan penggunaan unsur grafem dan tanda-tanda
yang baru bagi melengkapkan prosedur sistem tersebut. Di samping itu, sistem Ejaan
Za'ba ini mencerakinkan penggunaan perkataan 'pun' dalam sesuatu ayat. Bukan itu
sahaja, sistem ejaan ini menganggap bahawa ejaan bagi setiap ayat atau perkataan
adalah mengikut intonasi dan bunyi masing-masing.
CONTOH
SISTEM EJAAN
ZA'BA
SISTEM EJAAN SOEWANDI
SISTEM EJAAN
SOEWANDI (1947)
Sistem ejaan rumi ini dinamakan sistem Ejaan Soewandi kerana sistem tersebut telah
mendapat kebenaran untuk kegunaan dalam bidang pendidikan oleh Mr. Soewandi
selaku Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan. Tambahan pula, pada 19
Mac 1947,sistem ejaan ini juga terkenal dengan nama sistem Ejaan Republik dan
diperakui penggunaannya. Penggubalan sistem Ejaan Soewandi ini memberikan
banyak perubahan kepada sistem bahasa Melayu di Indonesia serta menepati impian
Kongres Bahasa Indonesia pada tahun 1938. Tujuan sistem ejaan ini dicipta bagi
menambah variasi dalam sistem bahasa Melayu dan mengurangkan risiko kesalahan
bahasa.
CONTOH SISTEM
EJAAN
SOEWANDI
SISTEM EJAAN MELINDO
SISTEM EJAAN MELINDO
Oleh sebab adanya tekanan dari pemakai bahasa, maka terbentuklah suatu pihak
berkuasa untuk memfasilitasikan pengejaan Kongres dan
menjalinkan hubungan dengan pihak Indonesia untuk tujuan keselarasan. Keinginan
untuk memiliki sistem ejaan yang baku menjadi kenyataan ketika uji kaji pertama
antara pejabat kekuasaan dan Persatuan Ejaan Rumi Baru dengan
Jawatankuasa/Panitia Ejaan (Indonesia) berlangsung pada 7 Desember 1957. Dalam
perundingan tersebut dicapai kesepakatan berdasarkan asas bahawa ejaan yang
disepakati harus disebut Ejaan Melayu Indonesia atau singkatannya ejaan Melindo.
Sistem ejaan Melindo ini mencakup enam vokal (a, e, i, o, u), tiga diftong (ay, aw, oy).
Semasa mengkategorikan kata asing, gunakan fonem f, s, dan z. Ada beberapa
penundaan dalam implementasi penuh dari perjanjian ini, kerana terdapat
ketidaksepakatan antara Malaysia dan Indonesia tentang cara menggunakannya.
CONTOH
SISTEM
EJAAN
MELINDO
SISTEM EJAAN BARU
SISTEM EJAAN RUMI
BARU (1972)
Seperti dinyatakan sebelumnya, sistem ejaan Melindo tidak dapat diterapkan
kerana konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. Salah satu tujuan utama adalah
untuk meningkatkan persefahaman yang berkaitan dengan bahasa dan sastra. Lain
adalah untuk menyelaraskan penggunaan istilah. Keupayaan untuk berkolaborasi
dalam pengembangan bahasa dilanjutkan pada tahun 1966 setelah berakhirnya
konfrontasi. Beberapa negosiasi dilakukan bagi menghasilkan pemahaman yang
lebih konkrit. Setelah melalui beberapa putaran perundingan, ejaan gabungan
Indonesia-Malaysia yang dikenali sebagai nama Sistem Ejaan yang baru (di
Malaysia) dan Sistem Ejaan yang disempurnakan (di Indonesia) dihapuskankan
untuk penggunaan rasmi pada tanggal 16 Ogos 1972.
Ada dua sistem ejaan utama di Malaysia, kedua-keduanya dikembangkan pada
tahun 1971. Kedua-dua sistem ejaan tersebut digunakan, dan masing-masing
memiliki kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. University of Malaya
(dilaksanakan di Universiti Malaya) adalah institusi berkaitan dengan sejarah
panjang. Sistem ejaan Universiti Malaya dikatakan sebagai penambahbaikan dari
sistem tersebut. Ejaan cadangan yang diusulkan oleh Persatuan Bahasa Melayu
pada tahun 1956, terutama dalam penggunaan x untuk melambangkan bunyi sy,
dikatakan lebih akurat. Sistem ejaan pada masa ini merupakan hasil negosiasi
antara delegasi Malaysia-Indonesia dan antara negara. Sistem ejaan yang ada
pada saat ini merupakan hasil persepakatan antara Hassan Ahmad, perwakilan
dari Kementerian Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia dan pemerintah. Perkara
tersebut telah menjadi pilihan pertama. Demikian juga, University of Malaya
adalah antara universiti yang terbaik di Malaysia.
CONTOH SISTEM
EJAAN BARU
2.1 PERANAN (DBP) DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau diklasifikasikan sebagai Balai Pustaka merupakan
sebuah angkatan kerajaan Malaysia yang dibina dan diasaskan pada 22 Jun 1956. (DBP) ini
ditubuhkan bertujuan bagi memperjuangkan dan menaikkan martabat bahasa Melayu agar
menjadi suatu bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai banyak
peranan dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi antaranya ialah bahasa Melayu atau
bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan dan diperkasakan dalam sebuah semua bidang
terutamanya bidang sains dan teknologi. Hal ini kerana kita sering dengar bahawa bahasa
Inggeris mempunyai banyak perkataan yang dipinjam dalam bidang ains dan teknologii
bertujuan bagi menamakan hampir semua penemuan dan penciptaan saintifik yang baru
terutamanya dalam bidang perubatan. Oleh sebab itu, pihak DBP ini sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh dan berganding bahu dalam menaikkan martabat
bahasa Melayu agar menjadi salah satu bahasa kebangsaan dan berkemungkinan akan
menjadi bahasa antarabangsa. Dengan cara ini, bahasa Melayu mendapat banyak
perkataan-perkataan baru yang berfungsi untuk menjadi penggunaan istilah penciptaan
dan penemuan dalam bidang sains dan teknologi.
Bukan itu sahaja, Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan dalam mencungkil bakat
dari segi bidang kesusasteraan terutamanya dalam bahasa Melayu atau bahasa
kebangsaan. (DBP) berusaha menganjurkan banyak program tentang kesusasteraan
seperti melakukan pelaksanaan Minggu Penulis Remaja. Dengan cara ini, lebih banyak
pelapis yang akan menjadi seorang sasterawan pada masa depan sekaligus ilmu
kesusasteraan dapat dikembangkan dengan lebih pesat sehingga mengalami anjakan
paradigma dalam masa terdekat.
Di samping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah melakukan sistem pembakuan ejaan
dan sebutan dalam menghasilkan sesuatu istilah yang baru dalam bahasa Melayu. Alternatif
tersebut menjadikan martabat bahasa Melayu ini lebih tinggi kerana sistem tersebut dapat
membantu dasar bahasa Melayu agar lebih kukuh dan mudah diteladani oleh peringkat
rendah, menegah mahupun di peringkat tinggi. Sebagai contoh, kewujudan Pusat Rujukan
dan Persuratan Melayu (PRPM) hasil daripada (DBP) dengan bantuan Institut Pendidikan
Tinggi (IPT) menyebabkan banyak istilah yang masih baru dapat dipelajari dan didalami oleh
semua lapisan masyarakat di dunia. Perkara ini membuatkan bahasa Melayu lebih mudah
difahami oleh penduduk seantero dunia. Akhir sekali, pihak (DBP) banyak menerbitkan buku
ilmiah terutamanya dalam bentuk kamus seperti Kamus Dewan yang mempunyai 4 eisi dan
Tatabahasa Dewan yang mempunyai 3 edisi. Buku ilmiah ini sememangnya banyak
memberikan manfaat kepada manusia. Walaupun buku tersebut tidak mampu menandingi
kehebatan Internet tetapi buku dapat diakses ketika waktu yang gentir.
2.2 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA
MASA KINI
Seperti yang kita sedia maklum bahawa bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu pernah
menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara. Namun begitu, bahasa Melayu pada masa
kini semakin dilupakan dan hampir rosak keindahannya disebabkan oleh pelbagai cabaran
dan rintangan yang dihadapi. Antara dugaan yang perlu ditempuhi oleh sistem bahasa
Melayu ialah bahasa luar atau bahasa Inggeris telah menjadi pesaing yang paling hebat
dalam dunia bahasa kerana bahasa tersebut masih memegang rekod bahasa antarabangsa
yang bertaraf dunia. Bukan itu sahaja, isu ini menjadi semakin berat dan serius kerana
bahasa Melayu sendiri tewas dengan bahasa luar tersebut dalam tanah air iaitu negara
Malaysia. Perkara ini berlaku adalah tidak lain dan tidak bukan melalui pemikiran atau
persepsi rakyat Malaysia tentangnya. Mereka beranggapan bahawa bahasa Inggeris ini
lebih maju dan sangat bergaya kerana penggunaannya yang terlalu meluas hingga papan
tanda yang diletakkan di jalan raya juga menggunakan bahasa Inggeris.
Di samping itu, pengaruh bahasa Inggeris sangat kuat dan sukar untuk dibendung dalam
masa terdekat. Hal ini kerana bahasa tersebut telah wujud sekian lama dan telah lama
memegang dunia pendidikan, sains dan teknologi. Keadaan ini dibuktikan dengan penemuan
manuskrip lama yang penuh dengan tulisan bahasa Inggeris. Kebanyakkan rakyat Malaysia
juga lebih gemar memperlajarinya kerana bagi mereka, bahasa Inggeris merupakan bahasa
yang paling gempak dan indah apabila digunakan. Jika ditinjau dari sudut lain, bahasa
Melayu ini juga telah banyak melakukan pinjaman kata daripada bahasa Inggeris. Oleh itu,
kosa kata bahasa Melayu ini penuh disebabkan oleh bahasa Inggeris. Sebagai contoh,
perkataan nombor, aktiviti, dan mesej adalah hasil pinjaman daripada perkataan bahasa
Inggeris iaitu (number), (activity) dan (message). Isu ini dikatakan sangat mendukacitakan
kepada sistem bahasa Melayu kerana bahasa Melayu akan dianggap sebagai bahasa yang
kuat meniru dan tidak mempunyai pendirian atau idea yang bernas tentang peluasan kosa
kata bahasa Melayu.
3.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya dapat menyimpulkan bahawa sistem ejaan rumi adalah sangat
penting dan perlu dimartabatkan dan diperkasa secara berleluasa. Perkara ini membuktikan
bahawa sistem ejaan rumi yang betul dan tepat membolehkan sistem bahasa Melayu
menjadi lebih teratur serta lebih sistematik. Oleh sebab itu, pihak DBP sentiasa menggiatkan
usaha mereka dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu ini berjaya menandingi bahasa
luar yang paling kuat di dunia iaitu bahasa Inggeris. Pada masa akan datang, bahasa Melayu
ini diharapkan agar penggunaanya diperkukuh dan dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia serta pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.
4.0 RUJUKAN
Izzah Zahh. (2013). Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Dimuat turun
daripada https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-sistem-ejaan-
rumi-bahasa-melayu
Saberi . (2010). Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Dimuat turun daripada
http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-bahasa-melayu.html
Anyflip. (2021). Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi. Dimuat turun daripada
https://anyflip.com/dtfgb/knjf/basic
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2022). Sistem Ejaan Rumi. Pusat Rujukan dan Persuratan
Melayu : Malaysia. Dimuat turun daripada https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=rumi
Ghazali Ismail, Khairuddin Mohamad, Mastura Mohamed Berawi. (2015). Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn.Bhd. No. 189.