The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akmal zulhilmi, 2023-12-15 11:55:09

ESEI HSM 419

ESEI HSM 419

1.0 PENGENALAN Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya pertambahan populasi kaum. Perkara ini mendorong penghijrahan secara besar-besaran yang mempengaruhi corak kependudukan mengikut kaum di negeri-negeri Pantai Barat dan Pantai Timur berdasarkan komposisi bandar dan luar bandar. Keadaan ini telah mengubah aspek kependudukan di Tanah Melayu yang majoriti didominasi oleh kaum Melayu dan kaum bumiputera lain. Pada awalnya dahulu, pihak British sangat menggalakkan kemasukan buruh luar untuk mengeksploitasi hasil ekonomi semasa penjajahan mereka. Polisi ini membawa kepada perubahan signifikan dalam komposisi kaum. Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah negeri sudah ada imigran asing melebihi penduduk Melayu terutamanya di kawasan Pantai Barat di Tanah Melayu. Bahkan, imigran asing bertambah di negeri Johor, Kedah dan Kelantan kerana permintaan tinggi dalam sektor pertanian.1 Justeru itu, polarisasi kependudukan mengikut kaum ini sememangnya berlaku akibat daripada tumpuan aktiviti ekonomi berdasarkan kaum tetapi tidak dinafikan terdapat faktor-faktor lain juga yang mendorong kepada polarisasi kependudukan tertumpu kepada kaum di Semenanjung Tanah Melayu. 2.0 POLARISASI KEPENDUDUKAN MENGIKUT KAUM DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU BERLAKU AKIBAT TUMPUAN AKTIVITI EKONOMI BERDASARKAN KAUM Tumpuan aktiviti ekonomi sememangnya menjadi asbab polarisasi kependudukan mengikut kaum di Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini berlaku apabila terdapat beberapa faktor seperti faktor penarik dan faktor penolak yang mendorong setiap kaum mendominasi sesuatu kawasan.2 Hall ini selaras dengan pernyataan yang dibawa oleh Filiztekin dan Gokhan iaitu 2 Nor Ermawati Hussain, Norehan Abdullah dan Husin Abdullah, ‘Hubungan Migrasi Dalaman dan Faktor-Faktor Penarik: Kajian Kes di Malaysia,’ Jurnal Ekonomi Malaysia 49, no. 2 (2015): 125. 1 Saw Swee-Hock, The Population of Malaysia (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2007), 19. 1


faktor ekonomi memberi pengaruh yang sangat besar kepada kependudukan sesuatu kaum di Semenanjung Tanah Melayu.3 Secara tidak langsung, ia memberi kesan kepada penumpuan wilayah hingga berlakunya ketidakseimbangan kaum dan penduduk di Semenanjung Tanah Melayu akibat tumpuan ekonomi ini.4 Perkara ini dapat dibuktikan melalui peningkatan kadar pertumbuhan penduduk bertambah dari tahun ke tahun mulai tahun 1800 yang memperoleh dapatan data sebanyak 250,000 orang kepada 18,061,900 orang pada tahun 2000.5 Oleh itu, data-data inilah membuktikan peningkatan polarisasi kaum di Semenanjung Tanah Melayu kerana ia memberi perubahan sangat radikal kepada corak kependudukan kerana tujuan-tujuan ekonomi tertentu. 2.1 TUMPUAN AKTIVITI EKONOMI BAGI KAUM MELAYU Umum sedia maklum, kebanyakan kaum Melayu gemar menjalankan aktiviti sara diri iaitu ekonomi pertanian seperti di kawasan Pantai Timur. Misalnya, kawasan Kelantan giat menjalankan aktiviti penanaman padi dalam kalangan kaum Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui pernyataan berikut: “The plain of Kelantan in the extreme northeast is also an agricultural small holding area with an almost pure malay population relatively”.6 Penumpuan kaum Melayu di negeri Kelantan adalah disebabkan kawasan ini mempunyai dataran pantai sangat luas dan rendah sehingga membolehkan aktiviti penanaman padi sesuai dijalankan.7 Di samping itu, kawasan ini merupakan kawasan yang sangat subur serta ia menjadi 7 C. A. Vlieland, ‘The Population of The Malay Peninsula: A Study in Migration,’ 74. 6 C. A. Vlieland, ‘The Population of The Malay Peninsula: A Study in Migration,’ Geographical Review, 24 (1934): 73. 5 Fauza Abd Ghaffar, ‘Arah Aliran dan Pola Penduduk, Perbandaran dan Pertumbuhan Bandar di Semenanjung Malaysia’, 15. 4 Fauza Abd Ghaffar, ‘Arah Aliran dan Pola Penduduk, Perbandaran dan Pertumbuhan Bandar di Semenanjung Malaysia,’ Journal of the Department of History 7, no.7 (2017): 15. 3 Nor Ermawati Hussain, Norehan Abdullah dan Husin Abdullah, ‘Hubungan Migrasi Dalaman dan Faktor-Faktor Penarik: Kajian Kes di Malaysia,’ 126. 2


makanan asasi penduduk di negeri Kelantan.8 Antara kawasan yang menjadi tumpuan utama bagi ekonomi penanaman padi adalah di daerah Kota Bahru, Tumpat, Bachok, Pasir Putih dan Pasir Mas.9 Buktinya, terdapat data dicatatkan seramai 127,459 orang penduduk negeri Kelantan iaitu 71.8% daripada mereka telah menjalankan kegiatan ini pada tahun 1921.10 Penumpuan ekonomi penanaman padi semakin rancak apabila Kelantan berjaya mengeluarkan sebanyak 70,000 tan padi setiap tahun pada akhir abad ke-19. Jumlah ini menjadikan negeri Kelantan berkebolehan untuk mengeksport di antara 4000 hingga 5000 tan padi setiap tahun selepas negeri Kedah dan Perlis.11 Maka, populasi kaum Melayu memonopoli di kawasan tersebut kerana mendapat pendapatan yang lumayan. Walau bagaimanapun, pengeluaran hasil padi semakin merosot akibat perkembangan ekonomi getah yang dibawa oleh pihak British pada tahun 1924 hingga menyebabkan kerugian kepada ekonomi penanaman padi. Hal ini menjadikan aktiviti ekonomi menjadi lembab dan tertumpu kepada satu kaum sahaja iaitu kaum Melayu. Kaum Melayu masih lagi kaum utama di negeri tersebut iaitu berjumlah 412,918 orang berbanding imigran Cina dan India yang masing-masing hanya berjumlah 22,938 orang dan 4,940 orang. Dengan itu, sebanyak 93.68% populasi di Kelantan adalah terdiri daripada kaum Melayu. Nyatalah bahawa situasi ini telah menerangkan setiap persoalan mengapa kaum Cina dan India tidak berminat terhadap ekonomi sara diri ini kerana tumpuan ekonomi penanaman padi tidak memberikan keuntungan besar kepada mereka. 11 W. A. Graham, Kelantan: A State of the Malay Peninsula (Glasgow: James Maclehose dan Sons, 1908), 71. 10 Ishak Shari, Pembangunan dan Kemunduran: Perubahan Ekonomi Luar Bandar di Kelantan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), 126. 9 Mohd. Kamaruzaman A. Rahman, ‘Perkembangan Ekonomi Kelantan (1900-1920): Peranan Penasihat Inggeris,’ dalam Warisan Kelantan IX, disunting oleh Nik Mohamed Nik Mohd. Salleh (Kota Bahru: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1990), 51. 8 R. O. Winstedt, The Malays: A Cultural History (London: Routledge and Regan, 1961), 124. 3


2.2 TUMPUAN AKTIVITI EKONOMI BAGI KAUM CINA Seterusnya, kaum Cina di Semenanjung Tanah Melayu tertumpu kepada aktiviti ekonomi perlombongan bijih timah. Pihak Eropah mengambil buruh dalam kalangan kaum Cina supaya dapat menjana keuntungan yang tinggi. Bagi negara Eropah, bijih timah adalah bahan eksport yang terpenting kerana mereka mengalami Revolusi Perindustrian serta permintaan tinggi ekoran kualiti bijih timahnya. Secara tidak langsung, ia membawa kepada peningkatan pendapatan eksport. Buktinya, perlombongan bijih timah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mencatatkan sebanyak 61,992 lelaki Cina dan seramai 8,712 wanita Cina bekerja dalam sektor ini sekali gus mencatatkan jumlah buruh terbesar berbanding dengan kaum lain iaitu lelaki India mencatatkan sebanyak 4,622 orang dan wanita India pula seramai 546 orang. Kaum Melayu pula mencatatkan jumlah paling sedikit dalam sektor pekerjaan ini iaitu seramai 478 lelaki dan hanya 65 orang wanita Melayu.12 Kebanyakan kawasan bandar terletaknya lombong bijih timah terutamanya di Selangor. Pembukaan kawasan bagi perlombongan bijih timah di Hulu Selangor dan Hulu Langat turut menarik kehadiran ramai oleh kaum Cina bagi menceburi aktiviti ekonomi ini. Peningkatan kaum Cina dalam aktiviti ini di Selangor juga kerana adanya kemasukan modal.13 Hal ini demikian kerana, pemodal Negeri-Negeri Selat (NNS) hendak menjadikan Selangor sebagai tapak pelaburan terutamanya dari aktiviti ekonomi bijih timah bagi menyumbang kepada pendapatan sesebuah negara. 13 Nur Hafizah Md. Hamzah dan Adnan Jusoh, ‘Perkembangan Perlombongan Bijih Timah Era Kolonial British dan Kesannya di Selangor, 1901-1951,’ Asian Journal of Environment, History and Heritage 7, no.1 (2023): 57. 12 Victor Purcell, The Chinese in Malaya (London: Oxford University Press, 1967), 239. 4


Jadual 1: Laporan Pengeluaran Bijih Timah bagi tahun, 1900-1901. (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Nur Hafizah Md. Hamzah dan Adnan Jusoh, ‘Perkembangan Perlombongan Bijih Timah Era Kolonial British dan Kesannya di Selangor, 1901-1951’). Berdasarkan jadual di atas, ia mencatatkan pengeluaran timah dan bijih timah yang masing-masing sebanyak 27,845.34 pikul dan 38,011.86 pikul bagi negeri Selangor pada tahun 1900. Hal ini membawa hasil pulangan yang besar sebanyak 65,857.20 dollar manakala cukainya adalah 667,140.82 pikul. Seterusnya, terdapat peningkatan pengeluaran timah sebanyak 3,190.64 pikul manakala bijih timah pula sebanyak 7,196.82 pikul pada tahun berikutnya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh cukai yang dikenakan telah diturunkan sebanyak 68%. Rentetan itu, berlakunya permintaan yang tinggi terhadap hasil bumi bijih timah di pasaran dunia sehingga memberi peningkatan keuntungan kepada kerajaan Selangor. 14 Jelaslah bahawa, aktiviti ekonomi perlombongan bijih timah ramai dimonopoli oleh kaum Cina di negeri Selangor terutamanya di Hulu Selangor dan Hulu Langat kerana adanya kemasukan modal yang membolehkan kaum Cina berjaya mengusahakan perlombongan bijih timah sehingga menghasilkan sumber hasil bumi yang lumayan. 14 Nur Hafizah Md Hamzah dan Adnan Jusoh, ‘Perkembangan Perlombongan Bijih Timah Era Kolonial British dan Kesannya di Selangor, 1901-1951,’ 58. 5 1900 1901 Timah Bijih Timah Jumlah Cukai Timah Bijih Timah Jumlah Cukai Pikul 27,845. 34 Pikul 38,011. 86 $ 65,857. 20 Pikul 667,140. 82 Pikul 31,035 .98 Pikul 45,208. 68 $ 76,244. 66 Pikul 668,294.95


Selain itu, kaum Cina juga tertumpu kepada sektor perniagaan dan kewangan berbanding kepada sektor pertanian, perburuan dan perhutanan. Hal ini demikian kerana, aktiviti ekonomi perniagaan dan kewangan kebiasaannya di kawasan bandar. 15 Di kawasan bandar mempunyai bilangan penduduk yang padat maka, tidak hairanlah sekiranya kaum Cina memilih aktiviti ekonomi ini sebagai pilihan kerjaya mereka. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan permintaan pasaran terhadap pengeluaran produk atau perkhidmatan. Buktinya, kaum Cina yang menceburi aktiviti ekonomi perniagaan dan kewangan pada tahun 2004 sebanyak 10.1%.16 Namun begitu, kaum Cina mencatatkan jumlah paling sedikit dalam menceburi aktiviti ekonomi pertanian, perburuan dan perhutanan iaitu sebanyak 5.2% pada tahun 2004.17 Keadaan ini membuktikan bahawa penglibatan kaum Cina dalam aktiviti ekonomi ini sangat kurang kerana kebanyakannya tertumpu di kawasan luar bandar dan dominasikan oleh kaum Melayu dan kaum bumiputera lain. Sekiranya mereka empunyai keinginan menceburi aktiviti ekonomi pertanian atau penanaman, kaum Cina akan berfokuskan kepada penanaman lebih mendatangkan keuntungan. Segelintir kaum Cina yang melibatkan diri dalam kegiatan pertanian tidak berminat untuk aktiviti penanaman padi misalnya di Pulau Pinang.18 Dengan kata lain, penanaman padi adalah bukan tanaman popular bagi kaum Cina. Misalnya, kaum Cina pernah memonopoli aktiviti penanaman tebu di Pulau Pinang kerana kerajaan memutuskan untuk menerima tebu ke pasaran dalam negeri kerana kerajaan mendapati bahawa negara Singapura telah mempunyai entrepot baik dalam pengumpulan tebu dari negara-negara lain.19 Oleh yang demikian, kaum Cina lebih fokus dan ramai mendapat perhatian kepada aktiviti ekonomi perniagaan dan 19 Victor Purcell, The Chinese in Malaya, 46. 18 Victor Purcell, The Chinese in Malaya, 46. 17 Saw Swee-Hock, The Population of Malaysia, 149. 16 Saw Swee-Hock, The Population of Malaysia, 149. 15 Saw Swee-Hock, The Population of Malaysia, 150. 6


kewangan terutamanya di kawasan bandar kerana aktiviti ini mempunyai nilai komersial yang tinggi berbanding dengan aktiviti ekonomi melibatkan pertanian. 2.3 TUMPUAN AKTIVITI EKONOMI BAGI KAUM INDIA Majoriti masyarakat India dilihat banyak menyumbangkan usaha mereka mencorakkan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dalam industri perladangan khususnya bekerja sebagai buruh di estet-estet getah. Perkembangan perindustrian getah bagi barangan seperti tayar dan kasut telah menggalakkan kemasukan jumlah buruh penghijrah India terus melonjak sepanjang tiga dekad awal kurun ke-20.20 Hal ini disebabkan pada awal 1890-an, bagi mengaut keuntungan British mula mencari industri baru dengan memperkenalkan perladangan getah selepas industri tanaman kopi merudum. Rentetan itu, kawasan hutan dan pedalaman di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) diterokai bagi menjalankan aktiviti penanaman getah.21 Buktinya, bilangan estet semakin meningkat daripada 1,410 ekar pada tahun 1922 kepada 2,113 ekar pada tahun 1940. Maka tidak hairanlah, pertambahan ini disusuli dengan kemasukan buruh murah dari India Selatan bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di estet. Tambahan pula, kegagalan British mendapatkan buruh Cina, Melayu dan Jawa telah menyebabkan Hugh Low dan Frederick Weld terpaksa mendapatkan permit bagi mengimport buruh dari India Selatan sebagai tulang belakang dalam mengusahakan ladang getah.22 22 Haiti Abdullah, Penduduk Semenanjung Malaysia (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1989), 59. 21 Lim Teck Ghee, ‘British Colonial Administration and The Ethic Division of Labour in Malaya,’ Kajian Malaysia 1, no. 2 (1984): 44-45. 20 Mohd Amin Hassan, Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu: Bijih Timah dan Getah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), 154. 7


Jadual 2: Taburan Penduduk Estet Mengikut Etnik di Tanah Melayu, 1938-1947 Tahun 1938 1941 1946 1947 India Cina Melayu Jawa Lain-lain 214,323 57,897 15,230 8,699 1,221 209, 871 61,257 18,474 10,215 293 137, 027 51,651 21,258 8,680 235 221, 240 87,434 26,663 18,638 719 Jumlah 297,370 300,104 218,851 354,694 (Sumber: Dipetik daripada Charles Gamba, The Origins of Trade Unionism in Malaya, Singapore: Eastern Universities Press Ltd, 1962). Buktinya, jadual tersebut memperlihatkan taburan penduduk pekerja estet dikuasai oleh buruh India di NNMB. Misalnya, pada tahun 1938, buruh India dilihat menguasai sebanyak 72.1% bersamaan dengan 214,323 orang berbanding jumlah keseluruhan sebanyak 297,370 orang. Manakala, kaum Cina, Melayu, Jawa dan lain-lain dilihat mempunyai peratus kependudukan yang amat rendah. Seterusnya, peratus populasi imigiran India pekerja estet terus meningkat kepada 221,240 pada tahun 1947. Majoriti kaum India kekal dalam aktiviti peladangan getah disebabkan mereka terputus hubungan dengan negara asal mereka. Oleh itu, imigran India terpaksa menetap dan terus bekerja di estet-estet getah bagi menampung kehidupan mereka. Tambahan pula, British yang menggalakkan penumpuan kaum mengikut ekonomi dari segi penempatan telah mewujudkan persaingan ekonomi dengan kaum lain. Misalnya, buruh India ditempatkan di kawasan ladang 8


terpisah daripada kawasan perkampungan dan kawasan perlombongan menyebabkan berlaku masalah komunikasi.23 Hal ini demikian kerana, selepas imigran India tiba di Tanah Melayu, mereka terus dihantar di ladang getah dan disediakan segala kemudahan asas seperti makanan, tempat kediaman, kedai todi dan sebagainya.24 Tujuan British adalah untuk mengekalkan buruh India terus bekerja di ladang getah dengan tidak membenarkan mereka melewati sempadan estet getah. Tindakan ini bukan sahaja menghalang pergaulan sosial dengan kaum lain tetapi juga membatasi komunikasi dengan kaum India itu sendiri. Selain itu, berlaku perkembangan pembinaan kuil di ladang-ladang getah bagi buruh India. Setiap ladang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kuil bergantung kepada dewa dewi pilihan mereka. Buktinya, K. S. Sadhu menyatakan bahawa kaum India ‘do not live in a town where there is no temple’.25 Rentetan itu, kehidupan buruh India telah sebati dengan agama telah mengikat mereka untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi perladangan di negeri seperti Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Nyatalah, penempatan imigran India dalam kegiatan perladangan getah dibiarkan hidup sebagai sebuah komuniti tersendiri sehingga menyebabkan hubungan mereka dengan dunia luar NNMB terbatas. 3.0. FAKTOR-FAKTOR LAIN MENYEBABKAN POLARISASI KEPENDUDUKAN MENGIKUT KAUM DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU 25 K. S. Sandhu, Indians in Malaya: Some Aspects of Their Immigration and Settlement 1786-1957 (London: Cambridge University Press, 1969), 233. 24 Bathanathan Veloo, ‘Perkembangan Masyarakat India di Negeri Kedah Antara Tahun 1900-1945’ (PhD diss., Universiti Malaya of Kuala Lumpur, 2003), 83. 23 J. Hinduja Jayer Raman, ‘Kehidupan Buruh India Ladang di Tanah Melayu, 1900-1941,’ Journal of History Department 28, no. 2 (2019): 57. 9


Polarisasi kependudukan kaum bukan sahaja boleh berlaku disebabkan tumpuan kegiatan ekonomi semata-mata. Namun, terdapat juga beberapa faktor lain yang boleh menyumbang kepada pembentukan polarisasi di Semenanjung Tanah Melayu. 3.1 DASAR BRITISH Antara faktor tersebut ialah dasar liberal British terhadap penerimaan kemasukan imigran dengan mengamalkan polisi tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap penerimaan kemasukan imigran kaum India mahupun Cina demi keperluan pasaran ekonomi semasa.26 Hal ini demikian kerana, dua industri utama mendapat sambutan hangat dan berkembang pada lewat abad ke-19, iaitu perlombongan bijih timah dan peladangan getah memerlukan jumlah buruh ramai. Tambahan pula, wujud streotaip dalam kalangan British mewujudkan idea ‘orang Melayu tiada cita-cita dan tidak mampu membangunkan sumber asli negara’.27 Namun, perkara ini dilihat sebagai alasan British bagi memperkenalkan dasar membawa masuk ramai buruh imigran murah untuk keperluan pasaran. Oleh itu, British digambarkan telah ‘mengambil dasar mengekang’ iaitu membangunkan ekonomi menggunakan buruh imigiran asing dengan tidak memberi peluang kepada kaum Melayu menyertai kegiatan ekonomi moden.28 Aturan ini dilihat sebagai satu dasar bagi menjamin pengeluaran makanan dan pada masa sama buruh imigran mampu membekalkan tenaga kerja dalam industri eksport dan perkhidmatan.29 Rentetan itu, dasar British bersifat serampang dua mata dengan mendominasi ekonomi menggunakan ketiga-tiga kaum utama di samping mengelakkan pergaulan sosial berlainan kaum berlaku. Buktinya, jumlah populasi di Perak dikuasai oleh imigran asing sebanyak 584,685 orang bersamaan 61.85% 29 Paul H. Kratoska, ‘Rice Cultivation and The Ethic Division of Labor In British Malaya,’Comparative Studies in Society and History 24, no. 2 (1982): 280. 28 W. R. Roff, The Origins of Malay Nationalism (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967), 124. 27 Lim Teck Ghee, ‘British Colonial Administration and The Ethic Division of Labour in Malaya,’ 69. 26 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia (Kuala Lumpur: University of Hawaii Press, 1979), 269. 10


melebihi masyarakat Melayu hanyalah berjumlah 360,631 bersamaan 38.15%. Tambahan pula, imigiran Cina dilihat mendominasi kawasan Perak iaitu berjumlah 444,509 orang. Hal ini demikian kerana, bijih timah merupakan antara komoditi utama tumpuan ekonomi Perak bagi kawasan seperti Kampar, Sungai Ujong dan Larut dibuka untuk aktiviti perlombongan.30 Oleh itu, imigran Cina lebih diperlukan untuk mengusahakan sektor ini menyebabkan memonopoli kependudukan di Perak. Nyatalah, dasar British berjaya membentuk dan memanipulasi struktur ekonomi dengan memaksa pelbagai kaum terlibat pelbagai jenis aktiviti ekonomi berbeza melalui dasar liberalnya. 3.2 PENGHIJRAHAN BESAR-BESARAN Penghijrahan besar-besaran kaum India dan Cina juga menjadi faktor lain kepada polarisasi kependudukan mengikut kaum di Semenanjung Tanah Melayu. Penghijrahan bermaksud perpindahan penduduk dari tempat asal ke destinasi lain melibatkan penyeberangan suatu sempadan dan daerah pentadbiran.31 3.2.1 Penghijrahan Besar-Besaran Kaum Cina Penghijrahan kaum Cina bermula selepas berlaku tekanan politik hingga mengakibatkan pemberontakan dan pergulingan di China semasa kerajaan Manchu. Hal ini mendorong mereka untuk berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu yang didorong oleh faktor penarik untuk mendapat peluang kehidupan lebih bagus berbanding di negara asal. Penghijrahan mereka adalah melalui kaedah tertentu seperti kaedah sistem tiket kredit.32 Ramai imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem ini iaitu merujuk kepada pembiayaan tambang atau wang 32 C. James Jackson, Planters and Speculators: Chinese and European Agricultural Enterprise in Malaya, 1786-1921 (Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1968), 4. 31 Asan Ali Golam Hassan, Rosita Suhaimi dan Fatimah Said, ‘Penghijrahan Penduduk dan Pembangunan,’ dalam Ekonomi Pembangunan Isu Sumber Manusia, disunting oleh Rahmah Ismail (Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn Bhd, 2003), 162. 30 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia: Edisi Kedua (Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003), 310. 11


perbelanjaan yang dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.33 Kheh-thau (Ketua) berperanan mengumpulkan Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu sebelum di bawa ke pelabuhan. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China (Sin Kheh) yang dibawa. Imigran ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan. Selepas itu, mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja. Jika dilihat dengan lebih teliti, peningkatan penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu adalah disebabkan kegiatan ekonomi yang ada di Semenanjung Tanah Melayu. Penglibatan kaum Cina dalam kegiatan perlombongan bijih timah dapat dilihat pada abad ke-19.34 Sebagai contoh, penghijrahan kaum Cina ke Kulim, Kedah bagi tujuan perlombongan mampu menarik kira-kira 400 orang pelombong pada tahun 1850.35 Rentetan itu, jumlah kaum Cina semakin ramai seperti pada tahun 1911. Kenaikan penduduk kaum Cina semakin mendadak iaitu 269,854 orang hingga akhirnya populasi penduduk kaum Cina menjadi 117,426 orang di tahun 1941 kecuali pada tahun-tahun yang mengalami masalah ekonomi seperti tahun 1933 yang hanya berjumlah 27,796 orang sahaja di Semenanjung Tanah Melayu.36 Jelaslah bahawa, peningkatan populasi kaum Cina ke Tanah Melayu sememangnya disebabkan oleh faktor dalaman negara asal hingga mempengaruhi mereka untuk berhijrah. Kaum Cina dilihat bijak mencari peluang berhijrah ke kawasan-kawasan berpotensi tinggi seperti di Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan bagi memulakan industri bijih timah. 3.2.2 Penghijrahan Besar-Besaran Kaum India 36 Saw Swee-Hock, The Population of Peninsular Malaysia (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2007), 14. 35 Thow Eng Kee, Kedah Selepas Perang Kulim: Faktor British dan Siam dalam Kajian Perkembangan Sosio-Politik Kedah, 1888-1909 (Kangar: Nealdy Publisher & Distributors, 1995), 9. 34 Lim Teck Ghee, Peasant and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya, 1874-1941 (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1977), 12. 33 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963 (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2002), 175. 12


Sebelum abad ke-19, perhubungan antara India dan Tanah Melayu digambarkan sebagai hubungan yang melibatkan perniagaan barangan dan penyebaran ajaran atau idea. Ekoran itu, satu perubahan berlaku apabila British mula menjajah Tanah Melayu iaitu daripada sebagai pedagang, peniaga dan pengembara, ianya lebih ke arah menjadi buruh asing di rantau ini.37 Terdapat dua cara migrasi yang memberi kesan besar kepada populasi kependudukan kaum India di Semenanjung Tanah Melayu. Migrasi jenayah merupakan salah satu sebab perubahan kepada polarisasi kependudukan di Semenanjung Tanah Melayu. Kedatangan kaum India di Tanah Melayu pada tahun 1786 apabila British mula menduduki Pulau Pinang. Kebanyakan daripada mereka adalah tergolong daripada banduan-banduan India kerana Pulau Pinang merupakan tempat pembuangan penjenayah.38 Hal ini disebabkan oleh ia memperoleh permintaan sangat tinggi tidak kira sama ada di sektor swasta mahupun awam. Malah, banduan India ini juga lebih murah dan mudah. Buktinya seramai 900 orang banduan India telah di bawah masuk ke Negeri-Negeri Selat antara tahun tahun 1832 hingga 1837 selepas Kerajaan India menjadikan Negeri-negeri Selat sebagai tempat pindahan banduan-banduan India pada tahun 1822.39 Keadaan ini menunjukkan bahawa pihak British memerlukan tenaga kerja ramai hingga membawa penghijrahan kaum India ke Semenanjung Tanah Melayu. Kebanyakan banduan-banduan ini bekerja dalam sektor pembinaan infrastruktur seperti jalan kereta api, jalan raya dan pelabuhan.40 Maka, polarisasi kependudukan 40 Roslina Yunus, et. al., ‘Pengaruh Ekonomi British di Tanah Melayu: Penglibatan Imigran India dalam Sektor Buruh di Malaya,’ 655. 39 Roslina Yunus, et. al., ‘Pengaruh Ekonomi British di Tanah Melayu: Penglibatan Imigran India dalam Sektor Buruh di Malaya,’ 655. 38 Roslina Yunus, et. al., ‘Pengaruh Ekonomi British di Tanah Melayu: Penglibatan Imigran India dalam Sektor Buruh di Malaya,’ PROCEEDINGS - The 6th International Conference on Social Science and Humanities 4, no. 6 (2017): 655. 37 Khoo Kay Kim, ‘Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu,’ JEBAT 1, no. 72 (1971): 14. 13


kaum India di Semenanjung Tanah Melayu bergantung kepada kehendak British yang menginginkan tenaga buruh ramai bagi menampung keperluan pekerjaan di Tanah Melayu. Seterusnya, migrasi kangani. Kangani merupakan penyelia yang mengambil buruh-buruh dari India.41 Kangani ini akan dibayar upah bagi setiap seorang buruh yang diperolehnya. Oleh itu, kangani akan memasuki kampung-kampung dan mencari kawan-kawan, sanak saudara atau sesiapa sahaja untuk dibawa ke Tanah Melayu. Orang-orang yang dicari oleh kangani akan dipujuk dengan memberi gambaran kehidupan selesa dan menjanjikan gaji tinggi sekiranya mereka bekerja di Tanah Melayu. Namun, segala perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh rekrut itu sendiri menyebabkan mereka terikat dengan kemelut hutang. Dalam konteks ini, tiada sebarang sekatan ke atas sistem ini sehinggalah pada tahun 1884. Justeru itu, migrasi ini sememangnya tidak dapat dinafikan mempengaruhi peningkatan kaum India di Semenanjung Tanah Melayu yang meningkat secara mendadak dan ditambah dengan kegiatan ekonomi komersial iaitu perladangan getah yang dipelopori oleh pegawai British seperti H. N. Ridley hingga menyebabkan ia lebih maju.42 Buktinya, jumlah buruh India antara terbesar seperti tahun 1926 mencatatkan seramai 174,795 orang berbanding dengan keawalan kemasukan mereka. Nyatalah, faktor penarik orang India ke Tanah Melayu dan faktor penolak di negara asal menyebabkan berlakunya penghijrahan imigran India bagi kepentingan masa depan mereka di Tanah Melayu dengan melibatkan diri dalam tanaman komersial. 3.3 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DARAT DAN JARAK DENGAN PELABUHAN UTAMA 42 Roslina Yunus, et. al., ‘Pengaruh Ekonomi British di Tanah Melayu: Penglibatan Imigran India dalam Sektor Buruh di Malaya,’ 659. 41 Roslina Yunus, et. al., ‘Pengaruh Ekonomi British di Tanah Melayu: Penglibatan Imigran India dalam Sektor Buruh di Malaya,’ 657. 14


Tidak dinafikan sejak awal kurun ke-19, ramai penghijrah asing ke negeri Pantai Barat sebagai tempat untuk berhijrah. Hal ini demikian kerana dengan adanya kemudahan moden bagi memudahkan mereka ke kawasan pedalaman, iaitu kawasan yang mempunyai peluang ekonomi terutamanya aktiviti perlombongan bijih timah. Buktinya, jalan raya siap dibina terutamanya di kawasan Pantai Barat yang menghubungkan Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Perai hingga ke Singapura menjelang tahun 1930.43 Pembinaan jalan darat terutamanya jalan raya ini bertujuan menghubungkan kawasan perlombongan dengan kilang-kilang pemprosesan bijih timah. Keadaan ini telah mengakibatkan kaum Cina datang beramai-ramai akibat perkembangan aktiviti ekonomi bijih timah yang mendapat permintaan di pasaran dunia. Tambahan pula, para pemodal membuat pelaburan dalam dengan memberi wang pendahuluan kepada pelombong-pelombong Cina. Keadaan ini telah merancakkan lagi kemasukan kaum Cina ke negeri Pantai Barat.44 Buktinya, peningkatan peratusan penduduk yang menetap di negeri Selangor iaitu bermula pada tahun 1957 sebanyak 16.2% sehingga 18.5% pada tahun 1970.45 Pembinaan jalan raya juga dapat dilihat di bahagian Hulu Langat, Selangor bagi memudahkan mengangkut bijih timah ke kawasan pelabuhan. Rentetan itu, populasi Cina banyak menetap di negeri Selangor kerana wujudnya rangkaian jalan darat iaitu jalan raya bagi memudahkan pemprosesan mengangkut bijih timah dan menghubungkan bandar dengan bandar bagi aktiviti perlombongan. Seterusnya, terdapat pelabuhan yang telah dibangunkan iaitu Pelabuhan Teluk Anson di negeri Perak yang berfungsi sebagai pusat pelabuhan perdagangan dan giat dilaksanakan semasa di bawah pentadbiran British. Pada ketika itu, kegiatan perdagangan yang dilaksanakan adalah 45 Fauza Abd. Ghaffar, ‘Arah Aliran dan Pola Penduduk, Perbandaran dan Pertumbuhan Bandar di Semenanjung Malaysia,’ 20. 44 Fauza Abd. Ghaffar, ‘Arah Aliran dan Pola Penduduk, Perbandaran dan Pertumbuhan Bandar di Semenanjung Malaysia,’ 17. 43 Nur Hafizah Md. Hamzah dan Adnan Jusoh, ‘Perkembangan Perlombongan Bijih Timah Era Kolonial British dan Kesannya di Selangor, 1901-1951,’ 68. 15


dengan membawa 248 tan beras dan juga 260 tan getah untuk dibawa ke Pulau Pinang.46 Bahkan, getah ialah barangan utama menggunakan khidmat penghantaran menerusi pelabuhan ini.47 Bukan itu sahaja, pelabuhan ini juga mempunyai pembinaan rumah rehat di sekitar kawasan pelabuhan bagi para pegawai kerana yang mengusahakan ladang-ladang di sekitar daerah ini.48 Perkembangan pelabuhan Teluk Anson mendorong kepada kewujudan rangkaian pengangkutan darat juga. Hal ini demikian kerana, permintaan bekalan bahan mentah menggalakkan komoditi eksport. Misalnya, pembinaan laluan kereta api dari Tapah ke Teluk Anson.49 Jelaslah bahawa, Teluk Anson menjadi tumpuan penduduk terutamanya aktiviti ekonomi perlombongan bijih timah, perdagangan mahupun perladangan kerana pelabuhan memudahkan pemprosesan mengangkut hasil bumi. 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, faktor utamanya sememangnya tertumpu kepada aktiviti ekonomi walaupun ia mempunyai faktor lain yang menyumbang kepada polarisasi kependudukan kaum di Semenanjung Tanah Melayu. Dalam konteks ini, aktiviti ekonomi tertumpu secara tidak saksama terhadap sesuatu kaum hingga berlaku ketidakstabilan kaum di setiap Semenanjung Tanah Melayu. Tambahan pula, keperluan pasaran buruh dalam sektor perlombongan dan perladangan menyebabkan berlakunya satu proses transisi terhadap keadaan sosioekonomi di Semenanjung Tanah Melayu. Rentetan itu, peralihan itu berlaku kerana penghijrahan besar-besaran imigran asing India dan Cina bagi memenuhi dan membangun aktiviti ekonomi secara maksimum. Malah, pengkhususan aktiviti ekonomi berasaskan kaum telah mewujudkan jurang sosial yang 49 Tuan Waheda Tuan Chik dan Khairi Ariffin, ‘Pembangunan Bandar Teluk Anson Ketika Pentadbiran Kolonial British, 1874-1957,’ 33. 48 Tuan Waheda Tuan Chik dan Khairi Ariffin, ‘Pembangunan Bandar Teluk Anson Ketika Pentadbiran Kolonial British, 1874-1957,’ 32. 47 Tuan Waheda Tuan Chik dan Khairi Ariffin, ‘Pembangunan Bandar Teluk Anson Ketika Pentadbiran Kolonial British, 1874-1957,’ 32. 46 Tuan Waheda Tuan Chik dan Khairi Ariffin, ‘Pembangunan Bandar Teluk Anson Ketika Pentadbiran Kolonial British, 1874-1957,’ International Journal of Heritage, Art and Multimedia (IJHAM) 3, no. 9 (2020): 32. 16


ketara. Sehingga ke hari, ketegangan ini telah merencatkan usaha dalam mewujudkan perpaduan nasional walaupun selepas negara mencapai kemerdekaan. 5.0 BIBLIOGRAFI ARTIKEL Asan Ali Golam Hassan, Rosita Suhaimi dan Fatimah Said. ‘Penghijrahan Penduduk dan Pembangunan.’ Dalam Ekonomi Pembangunan Isu Sumber Manusia, disunting oleh Rahmah Ismail, 162-205. Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn Bhd, 2003. Mohd. Kamaruzaman A. Rahman. ‘Perkembangan Ekonomi Kelantan (1900-1920): Peranan Penasihat Inggeris.’ Dalam Warisan Kelantan IX, disunting oleh Nik Mohamed Nik Mohd. Salleh, 2-34. Kota Bahru: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 1990. BUKU Andaya, Barbara Watson, dan Andaya, Leonard Y. A History of Malaysia (Kuala Lumpur: University of Hawaii Press, 1979). Graham, W. A. Kelantan: A State of the Malay Peninsula (Glasgow: James Maclehose dan Sons, 1908). Haiti Abdullah. Penduduk Semenanjung Malaysia (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1989). Ishak Shari. Pembangunan dan Kemunduran: Perubahan Ekonomi Luar Bandar di Kelantan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992). 17


Jackson, C. James. Planters and Speculators: Chinese and European Agricultural Enterprise in Malaya, 1786-1921 (Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1968). K. S. Sandhu. Indians in Malaya: Some Aspects of Their Immigration and Settlement 1786-1957 (London: Cambridge University Press, 1969). Lim Teck Ghee. Peasant and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya, 1874-1941 (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1977). Mohd Amin Hassan. Asas Perkembangan Ekonomi Tanah Melayu: Bijih Timah dan Getah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992). Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia 1800-1963 (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2002). Purcell, Victor. The Chinese in Malaya (London: Oxford University Press, 1967). Roff, W. R. The Origins of Malay Nationalism (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967). Ruslan Zainuddin. Sejarah Malaysia: Edisi Kedua (Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2003). Swee-Hock, Saw. The Population of Malaysia (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2007). Swee-Hock, Saw. The Population of Peninsular Malaysia (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2007). 18


Thow Eng Kee. Kedah Selepas Perang Kulim: Faktor British dan Siam dalam Kajian Perkembangan Sosio-Politik Kedah, 1888-1909 (Kangar: Nealdy Publisher & Distributors, 1995). Winstedt, R. O. The Malays: A Cultural History (London: Routledge and Regan, 1961). JURNAL Fauza Abd Ghaffar. ‘Arah Aliran dan Pola Penduduk, Perbandaran dan Pertumbuhan Bandar di Semenanjung Malaysia.’ Journal of the Department of History 7, no. 7 (2017): 13-39. J. Hinduja Jayer Raman. ‘Kehidupan Buruh India Ladang di Tanah Melayu, 1900-1941.’ Journal of History Department 28, no. 2 (2019): 55-74. Khoo Kay Kim. ‘Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu.’ JEBAT 1, no. 72 (1971): 14-23. Kratoska, Paul H. ‘Rice Cultivation and The Ethic Division of Labor In British Malaya.’ Comparative Studies in Society and History 24, no. 2 (1982): 280-314. Lim Teck Ghee. ‘British Colonial Administration and The Ethic Division of Labour in Malaya.’ Kajian Malaysia 1, no. 2 (1984): 28-66. Nor Ermawati Hussain, Norehan Abdullah dan Husin Abdullah. ‘Hubungan Migrasi Dalaman dan Faktor-Faktor Penarik: Kajian Kes di Malaysia.’ Jurnal Ekonomi Malaysia 49, no. 2 (2015): 121-133. 19


Nur Hafizah Md. Hamzah dan Adnan Jusoh. ‘Perkembangan Perlombongan Bijih Timah Era Kolonial British dan Kesannya di Selangor, 1901-1951.’ Asian Journal of Environment, History and Heritage 7, no. 1 (2023): 55-75. Roslina Yunus, et al. ‘Pengaruh Ekonomi British di Tanah Melayu: Penglibatan Imigran India dalam Sektor Buruh di Malaya.’ PROCEEDINGS - The 6th International Conference on Social Science and Humanities 4, no. 6 (2017): 654-663. Tuan Waheda Tuan Chik dan Khairi Ariffin. ‘Pembangunan Bandar Teluk Anson Ketika Pentadbiran Kolonial British, 1874-1957.’ International Journal of Heritage, Art and Multimedia (IJHAM) 3, no. 9 (2020): 25-37. Vlieland, C. A. ‘The Population of The Malay Peninsula: A Study in Migration.’ Geographical Review 24, (1934): 61-78. THESIS Bathanathan Veloo. ‘Perkembangan Masyarakat India di Negeri Kedah Antara Tahun 1900-1945.’ PhD diss., Universiti Malaya of Kuala Lumpur, 2003. 20


Click to View FlipBook Version