i R M C PENGURUSAN RISIKO RASUAH PENGURUSAN RISIKO RASUAH PENGURUSAN RISIKO RASUAH
ii © Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2023 CRLY00012458 - 2019 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lainlain sebelum mendapat izin daripada Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan berhak mengubah manamana maklumat yang terkandung dalam cetakan/terbitan ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pengurusan Risiko Rasuah ISBN 978-967-13806-7-3 Diterbitkan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) Jalan Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tuanku Abdul Halim 50480 Kuala Lumpur Tel: 03-62092800 Faks: 03-6201 6197
iii CRM high medium LOW KANDUNGAN ISI RASUAH, PENYELEWENGAN & SALAHGUNA KUASA PENCEGAHAN RASUAH MELALUI KAWALAN DALAMAN KAJIAN KES PENGURUSAN RISIKO RASUAH 01 19 37 55
iv
1 R M C RASUAH, PENYELEWENGAN & SALAHGUNA KUASA
05 04 01 02 03 RASUAH, PENYELEWENGAN & SALAHGUNA KUASA Prinsip Pengasingan Kuasa 01 03 02 SPRM – penyiasatan Jabatan Peguam Negara – pendakwaan SPRM tiada kuasa mendakwa kerana Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Peguam Negara. “Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.” Fungsi SPRM Mengesan dan menyiasat kes rasuah. Mendidik orang ramai menentang rasuah. Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah. Memeriksa dan memberi khidmat nasihat untuk menambahbaik amalan/ sistem/tatacara badan awam yang mungkin membawa kepada rasuah. Menerima apa-apa maklumat/aduan rasuah. Mahkamah – pengadilan/penghakiman 2
Prinsip Bebas, Telus dan Profesional Mekanisme ‘Check and Balance’ Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Panel Penilaian Operasi Jawatankuasa Aduan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Panel Perundingan & Pencegahan Rasuah Dibentuk melalui Seksyen 13 Akta SPRM 2009 Dibentuk secara Pentadbiran Dibentuk melalui Seksyen 15 Akta SPRM 2009 Dibentuk melalui Seksyen 14 Akta SPRM 2009 Dibentuk secara Pentadbiran SPRM Tidak dipengaruhi dan tidak perlu merujuk kepada mana-mana pihak dalam membuat keputusan. Aktiviti SPRM dipantau dan dinasihati oleh lima badan khas yang bebas. Laporan aktiviti SPRM juga mesti dibentangkan di Parlimen. Pegawai SPRM bertindak berlandaskan parameter undangundang dan kod etika kerja jabatan. Bebas Telus Profesional 3
Definisi RASUAH? Bentuk Suapan (RASUAH) Rasuah Juga Dikenali... Penerimaan atau pemberian suapan (rasuah) bertujuan supaya seseorang itu melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya. WANG JAWATAN HADIAH UNDI DISKAUN UPAH BONUS PERKHIDMATAN SUAPAN RM RASUAH: JUGA DIKENALI… 4
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi. Penjara tidak lebih 20 tahun; DAN Meminta / menerima rasuah Kesalahan Utama Menawar / Memberi rasuah Membuat tuntutan palsu Salahguna kedudukan / jawatan oleh pegawai awam 1 4 Hukuman 2 3 4 Meminta/Menerima Rasuah Mana-mana orang atau ejen meminta/ menerima suapan (rasuah) sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara. Sek.16 & 17(a) ASPRM 2009 5
Datuk Harun Idris (bekas MB Selangor) Kesalahan meminta menerima rasuah berjumlah RM250,000 daripada HSBC Bank berbentuk derma politik untuk kelulusan pemberian milik sebidang tanah Negeri Selangor untuk projek pembinaan ibu pejabat HSBC. Dihukum penjara 2 tahun dan wang RM250,000 dipulangkan kepada Kerajaan. Haji Hassan Basri (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh) Kesalahan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM13,000 sebagai upah meringankan hukuman pesalah syarie dan melepaskan wang jaminan mahkamah. Beliau turut meminta dan menerima rasuah bagi meluluskan permohonan poligami. Hakim Hassan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM210,000. Kes dirayu ke Mahkamah Rayuan dan keputusannya hukuman penjara dikurangkan kepada 6 tahun manakala denda kekal. Contoh Kes Sebenar Kes Berprofil Tinggi Menawar/Memberi Rasuah Mana-mana orang menawar/memberi rasuah kepada seorang ejen/pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan hal ehwal ejen/pegawai awam tersebut. Sek. 17(b) ASPRM 2009 6
YB Yap Soo Sun (ADUN Teratai) YB Yap dan pembantunya Firdaus telah mengemukakan tujuh tuntutan palsu melibatkan RM70,000 berhubung program mesra rakyat yang kononnya dilaksanakan sempena Tahun Baru Cina dan sambutan Thaipusam. Padahal sebenarnya, program-program tersebut tidak pernah dibuat. Kedua-duanya dihukum penjara 2 tahun dan denda RM350,000. Mahkamah Tinggi kekalkan hukuman dalam keputusan pada September 2016. R. Suren, seorang pelajar kolej swasta dituduh di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan: • Pertuduhan Pertama, Suren didakwa bersetuju memberikan rasuah wang tunai RM4,600 kepada Ketua Bahagian Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, ASP Nik Ezanee Mohd Faisal sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang ditahan atas kesalahan dadah. • Pertuduhan Kedua: Didakwa menawarkan suapan berjumlah RM10,000 kepada Nik Ezanee bagi tujuan yang sama di tempat dan waktu yang sama iaitu di Tingkat 1, Blok C Pejabat Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Cheras, kirakira 8.30 malam, 26 September 2013. Suren didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. Contoh Kes Sebenar Contoh Kes Sebenar Kes Berprofil Tinggi Mengemukakan Tuntutan Palsu Mana-mana orang mengemukakan dokumen tuntutan (contohnya pesanan kerajaan, resit dan invoice) yang mempunyai butiran atau maklumat palsu dengan niat untuk memperdayakan prinsipalnya (pejabat/majikan). Sek. 18 ASPRM 2009 7
Dato’ Waad Mansor (EXCO Negeri Sembilan) Terlibat membuat keputusan dalam mesyuarat EXCO yang membuat keputusan meluluskan projek kuari kepada syarikat Teraju Nusantara. Isterinya merupakan salah seorang pengarah syarikat tersebut. Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM15,000. Dato’ Sahar Arpan (EXCO Negeri Melaka) Terlibat membuat keputusan bagi meluluskan permohonan tanah kepada syarikat proksi beliau. Dipenjara 2 tahun dan denda RM20,000. Hadiah menjadi rasuah apabila...? Pemberi dan penerima hadiah mempunyai hubungan rasmi Pemberian hadiah akan mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh si penerima Nilai hadiah tidak setimpal dengan maksud hadiah diberi Contoh Kes Sebenar Kes Berprofil Tinggi Salah Guna Kedudukan/Jawatan Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya melakukan suatu kesalahan. Sek. 23 ASPRM 2009 HADIAH VS RASUAH? Peringatan kepada penjawat awam: Jangan sesekali menerima hadiah/ barang bernilai daripada kontraktor/pembekal yang berurusan rasmi dengan anda. 8
Bekas MB Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dituduh (s. 165 KK) kerana telah mendapatkan untuk dirinya dan isterinya dua lot tanah dan sebuah rumah di Shah Alam daripada Ditamas S.B dengan harga RM 3.5 juta sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh Ditamas Sdn. Bhd. pada tahun 2004 dengan harga RM6.5 juta. Pada masa itu, beliau mengetahui bahawa Shamsudin Bin Hayroni iaitu Pengarah Ditamas Sdn. Bhd mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya. Dr. Khir didapati bersalah. Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau dihukum 12 bulan penjara dan rumah banglo milik beliau dilucuthak. Sek. 49(1) ASPRM 2009 - Rasuah adalah kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran. Sekiranya anda (orang awam) ditawarkan rasuah, tindakan berikut perlu dibuat; memberi amaran bahawa perbuatan memberi rasuah adalah satu kesalahan. Sekiranya, pemberi rasuah masih meneruskan niatnya untuk memberi rasuah, maka tangkapan boleh dibuat. Hukuman: Penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Contoh Kesalahan Menerima Hadiah Rasuah: Kesalahan Boleh Tangkap Kes Berprofil Tinggi Seksyen 165 Kanun Keseksaan Kesalahan pegawai awam menerima barang bernilai tanpa balasan setimpal daripada pihak yang mempunyai urusan rasmi dengannya. Kesalahan Menerima Hadiah 9
1 2 Hukuman: Denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua. Sebarang transaksi pembelian atau pelaburan dengan menggunakan hasil rasuah merupakan bentuk pengubahan wang haram dan satu jenayah di bawah Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Merupakan aktiviti untuk menyembunyikan (disguise) dan membersihkan harta yang diperoleh daripada sumber haram. Proses menjadikan wang haram kelihatan “bersih” Kesalahan Pengubahan Wang Haram Pengubahan Wang Haram? 10
MENGAPA RASUAH BERLAKU Merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada YB mantan Menteri Kewangan II (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop). Bagaimana: Menggunakan kedudukannya untuk meminta/ menerima komisen (melalui proksi) daripada kontraktorkontraktor yang memohon projek di bawah MOF bagi mendapatkan kelulusan projek. Bentuk: 1% - apabila surat kelulusan MOF dikeluarkan. 2% - apabila surat niat telah dikeluarkan 2% - apabila kontraktor terima surat tawaran MOF. Siasatan: Menemui wang tunai RM2,134,656.00 Pertuduhan: 28 pertuduhan di bawah AMLATFA 2001 Lucuthak: Rumah banglo dan rumah kedai (RM4.6m) Contoh Kes Sebenar Hasbie Satar Kes Berprofil Tinggi KUASA PELUANG INTEGRITI RASUAH 11
Kesan Rasuah Kepada Individu & Keluarga Reputasi jatuh dan dipandang hina oleh masyarakat. Hilang kepercayaan. Hidup tertekan. Hilang keluarga dan rakan. Maruah keluarga turut terjejas. 1 2 3 4 5 TEKANAN FAKTOR-FAKTOR RASUAH BERLAKU Kos sara hidup tinggi Masalah hutang Hidup bermewahmewah Tabiat berjudi Tidak dinaikkan pangkat Berasa gaji tidak setimpal kerja yang dilakukan Penilaian SKT yang rendah/tidak patut Orang nak bagi. Ambik je la. Bukan mintak pun. Bos pun ambik rasuah. Tak kan aku tak boleh kot. Bukan duit dia pun. Dia akan ‘claim’ kat syarikat. kalau saya tak ambil, orang lain akan ambil. Kawalan dalaman yang lemah. Ruang berlaku rasuah dalam sistem/prosedur Tiada pemantauan Tiada pengasingan tugas Banyak budibicara PELUANG RASIONALISASI KEWANGAN KERJA 12
Merupakan bekas Pengarah Urusan Perwaja Pertuduhan: Pada 10 Februari 2004, Eric Chia selaku Pengarah Urusan Perwaja Rolling Mill and Development Sdn. Bhd. dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM76.4 juta. Keputusan: 3 tahun perbicaraan. Eric Chia dilepas dan dibebaskan kerana pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh. Contoh Kes Sebenar Tan Sri Eric Chia Kes Berprofil Tinggi “The wheelchair-bound Chia, upon his acquittal, told the press that vindication had come too late.” “He said he had lost his family and was estranged from his son and daughter because of the shame.” “He said that at the height of his career, he had many friends but because of the case he had lost many of them as well.” “Once when I put my hand on the table, there were 200 other hands of my friends on the that same table. But now there are not enough hands.” he said in June last year. “They have run away.” - Quotes from newspaper articles - Contoh Kes Sebenar Tan Sri Eric Chia Kesan Rasuah Kepada Jabatan/ Organisasi Perkhidmatan menjadi tidak cekap. Sistem, prosedur, dan peraturan menjadi tidak berkesan. Wujud ketidakadilan dalam perkhidmatan. Hilang kepercayaan orang awam/ pelanggan. Merosakkan imej jabatan/organisasi. 1 2 3 4 5 13
Kesan Rasuah Kepada Ekonomi Negara Meluaskan jurang perbezaan kaya dan miskin Pelabur luar akan tidak berani untuk melabur di negara kita. Menaikkan kos dan harga barangan. Mengurangkan hasil kerajaan melalui cukai dan lain-lain. Kekayaan negara akan mengalir keluar negara secara haram. Kesan Rasuah Kepada Keselamatan Negara Kemasukan senjata api, dadah, judi, pelacuran dan anasir subversif. Melindungi penjenayah. Menghasilkan bangunan dan infrastruktur yang tidak bermutu dan bahaya. Merosakkan ekosistem negara. Boleh menyebabkan berlaku pergolakan sosial/rusuhan akibat tidak puas hati dengan kerajaan. 1 2 3 4 5 Contoh : Kes rasuah di Sime Darby Sime Darby mengumumkan kerugian sebanyak RM964 juta bagi suku tahun kedua tahun kewangan 2010. “Ops Bilion” oleh SPRM membawa kepada penangkapan 4 pegawai kanan termasuk CEO Sime Darby yang terlibat dengan rasuah. Kesan Rasuah kepada Syarikat 14
Perubahan gaya hidup mewah secara tiba-tiba. Kegagalan menjelaskan punca perolehan harta. Enggan dinaikkan pangkat atau ditukarkan. Panggilan telefon yang mencurigakan. Suka hidup berlagak seperti orang kaya. Perletakan jawatan secara tiba-tiba. Perhubungan rapat pelanggan syarikat/jabatan. Wajib lapor sekiranya... Sek. 25 ASPRM 2009 Dijanji, ditawar, atau diberi rasuah Diminta atau cuba diperoleh (daripada beliau) suapan Gagal melapor – didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Gagal melapor – boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau keduaduanya sekali. Contoh: Kes rasuah syarikat Alcatel Pihak ALCATEL di US mengaku ada pembayaran rasuah kepada konsultan negara ini untuk dapatkan maklumat tender. Disenaraihitam oleh Kerajaan. Kesan Rasuah kepada Syarikat Tanda-tanda mereka terlibat dengan jenayah rasuah Kewajipan Melapor Jenayah Rasuah Syarikat akan “disenarai hitamkan” 15
Aduan yang dibuat adalah dirahsiakan sehingga tertuduh didakwa di mahkamah. Identiti pemberi maklumat adalah rahsia dan tidak akan didedahkan di dalam mana-mana mahkamah. Kerahsiaan Pemberi Maklumat Dan Aduan Nota: Dengan syarat pemberi maklumat bersedia dikenali oleh pegawai SPRM. Kerahsiaan identiti Pemberi Maklumat itu sendiri. Kebal daripada tindakan sivil, jenayah, atau tatatertib akibat daripada pendedahan. Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan – apabila Pemberi Maklumat diambil tindakan. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Contohnya, dibuang kerja, diugut, ditukarkan, turun pangkat, dipulaukan dsb. Akibat tindakan tersebut, pemberi maklumat boleh mendapat remedi berikut (dengan perintah mahkamah): Pampasan, ganti rugi, atau relif lain. Injunksi (terhadap orang yang mengambil tindakan). Memerintahkan tindakan personel seperti kembali bertugas, mengembalikan jawatan. Jika penempatan semula tidak boleh diberi, harus membayar pampasan sebagai ganti. Perlindungan Apabila Pemberi Maklumat Diambil Tindakan 16
Antara bentuk perlindungan melalui Program Perlindungan Saksi adalah: menyediakan tempat tinggal untuk peserta itu; memohon mewujudkan suatu identiti baru; memberikan pembayaran sara hidup; dan apa-apa tindakan lain sebagaimana yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah Unit Perlindungan Saksi, JPM. Akta Perlindungan Saksi 2009 Liabiliti dan tindakan ke atas orang yang mengambil tindakan memudaratkan. Membayar pampasan atau gantirugi Melakukan kesalahan jenayah Hukuman: Denda RM100,000.00 atau penjara maksimum 15 tahun atau kedua-duanya sekali. Mengambil tindakan ke atas Pemberi Maklumat adalah satu Jenayah 17
18
19 R M C PENCEGAHAN RASUAH MELALUI KAWALAN DALAMAN
struktur organisasi dan penurunan kuasa yang jelas; aliran kerja yang telus dan akauntabel; penggunaan sumber yang optimum; dan sistem pengurusan maklumat yang cekap serta berkesan Pengertian Kawalan Dalaman Suatu Pendekatan Bagi Mewujudkan untuk membantu kementerian, jabatan dan agensi mencapai misi dan objektif utama yang ditetapkan. Kawalan dalaman membolehkan sumber-sumber organisasi diarah, dipantau dan diukur untuk mengurangkan karenah birokrasi serta mencegah perlakuan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan. (Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009) Nota: Kawalan dalaman adalah satu tindakan yang perlu dibuat untuk mencapai objektif dalam masa yang sama perlu mengekang rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. 20
Kawalan dalaman merujuk kepada polisi dan prosedur yang perlu ada untuk memastikan:- keselamatan dari segi aset, menyediakan maklumat pengurusan kewangan yang boleh dipercayai mempromosikan kecekapan dan ketepatan sesuatu operasi, dan memastikan pematuhan polisi. Nota: Kawalan Dalaman Secara Am 3 Jenis Kawalan Dalaman Kawalan pencegahan • Kawalan yang diwujudkan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. • Lazimnya lebih kos efektif berbanding kawalan pengesanan dan dirancang untuk menghalang kesilapan dan berlakunya kaedah yang tidak menurut peraturan. • Apabila diterapkan dalam sesuatu proses, kawalan dalaman pencegahan dapat menghalang kesilapan dan boleh mengelakkan kos pembetulan. • Contoh a. Wujudkan polisi / SOP kerja. b. Menerapkan nilai-nilai murni kepada pekerja. c. Pengagihan tugas untuk mengelakkan penyalahgunaan sumber. d. Proses penyelenggaraan rekod yang betul bagi mengelakkan transaksi yang menyeleweng. e. Kawalan fizikal ke atas penggunaan kenderaan. 1 2 3 KAWALAN PENCEGAHAN Direka untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini sebelum ianya berlaku. KAWALAN PENGESANAN Direka untuk mengenalpasti kejadian tidak diingini yang telah berlaku. KAWALAN PEMBETULAN Direka untuk memastikan tindakan pembetulan diambil untuk mendapatkan keputusan yang diingini atau untuk memastikan kejadian yang tidak diingini daripada berulang. 21
Kawalan Pengesanan • Kawalan yang diwujudkan untuk mengenaplasti kejadian yang tidak diingini yang telah berlaku. • Kawalan pengesanan kebiasaannya lebih mahal daripada kawalan pencegahan. • Namun ianya masih diperlukan dan dirancang untuk mengenalpasti kesilapan atau penyelewengan selepas ianya berlaku. • Dapat mengukur keberkesanan kawalan pencegahan. • Terdapat kesilapan yang tidak dapat dikawal secara efektif melalui sistem pencegahan, ianya mesti dikesan setelah ianya berlaku. • Contohnya meneliti pemerolehan caj telefon dan bekalan alatulis berdasarkan kewajaran dan kesesuaian peruntukan, pengesahan bank, pemeriksaan bebas (Inspektorat) ke atas prestasi dan sistem penilaian, membuat pengauditan terhadap kewangan serta menyediakan penyata penyesuaian bank. Kawalan Pembetulan • Kawalan yang diwujudkan untuk memastikan tindakan pembetulan diambil untuk mendapatkan keputusan yang diingini atau memastikan ianya tidak berulang. • Kawalan pembetulan boleh memainkan peranan apabila hasil yang tidak diingini berlaku dan dikesan. • Kesemua kawalan pengesanan tidak bernilai jika kekurangan/kelemahan yang dikesan tetap tidak diperbetulkan ataupun dibiarkan berulang. • Kawalan pembetulan seperti laporan dan dokumen pemasalahan sistem terletak di bawah pengawasan pengurusan sehingga ianya diselesaikan atau diperbetulkan. • Kawalan pembetulan menutup kelemahan yang wujud pada kawalan pencegahan. • Contoh:Tambahbaik SOP, wujudkan SOP sekiranya tiada SOP yang berkaitan, mengambil tindakan tatatertib/punitif terhadap individu yang terlibat. Objektif Kawalan Dalaman Membantu kecekapan dan keberkesanan operasi dengan memudahkan pelaksanaan tindakan sewajarnya terhadap perniagaan, operasi, kewangan, pematuhan dan risiko lain untuk mencapai objektif organisasi/ syarikat. Memastikan kualiti terhadap pelaporan dalam dan luaran. Ini memerlukan penyenggaraan rekod dan proses menghasilkan maklumat yang cepat, relevan dan boleh dipercayai dari luar dan dalam organisasi/ syarikat. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan serta polisi/ peraturan dalaman yang berkaitan. 1 2 3 22
Nota: Nota: Slot ini penceramah akan menjelaskan kepentingan sistem kawalan dalaman dan terma rujukan yang akan digunakan dalam membuat penilaian risiko rasuah. Di peringkat ini penceramah perlu menerangkan objektif sistem kawalan dalaman melibatkan 3 tujuan utama iaitu: a. Membantu kecekapan dan keberkesanan operasi b. Memastikan kualiti terhadap pelaporan dalam dan luaran. c. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan, polisi berkaitan. 1. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh KPMG pada tahun 2013 terhadap Fraud, Bribery & Corruption. 2. 71% respondan bersetuju rasuah adalah kos yang tidak dapat dielakkan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. 3. 74% respondan bersetuju agar penilaian dan / atau penambahbaikan di buat terhadap kawalan dalaman bagi menanggani isu rasuah. Sumber: KPMG Fraud, Bribery & Corruption Survey 2013 Kenapa Perlu Kawalan Dalaman 71% 23
Fraud, Bribery & Corruption Survey Crime & Fraud Survey Apa Yang Perlu Dikawal [Hot Job /Hot Spot/Hot Staff] 1 2 3 61% Prosedur jabatan/ syarikat tidak mencukupi 39% Pengesanan melalui kawalan dalaman 68% Lemah kawalan dalaman 91% Perlu penambahbaikan kawalan dalaman Sumber: KPMG Fraud, Bribery & Corruption Survey 2013. Sumber: PWC Global Economic Crime & Fraud Survey – Malaysia Report 2020 Sistem dan tatacara kerja yang boleh membuka ruang dan peluang rasuah serta menjejas kecekapan dan keberkesanan Pegawai/ staf yang terlibat dengan aktiviti/ tugas yang ada ruang untuk melakukan rasuah Aktiviti yang berisiko tinggi 16% Have no governance, resources, or budget when it comes to fraud programmes 49% Either do not perform any risk assessments or only have an informal / periodic risk assessment 31% Have informal or undocumented policies and procedures in relation to fraud and corruption 36% Have limited governance, or no operating effectiveness in relation to monitoring and auditing 21% Do not have any risk based due diligence 30% Have only informal processes for third party management 24
HOT STAFF Projek Pembinaan Perolehan/ pembelian Penguatkuasaan Perlesenan/ permit Pengurusan Tanah Kutipan Hasil Pengurusan Stor Tuntutan bayaran Pengurusan Sumber Manusia Di Mana Perlu Dikawal Siapa Yang Perlu Dikawal HOT SPOT PEGAWAI / STAF YANG TERLIBAT DENGAN AKTIVITI / TUGAS YANG ADA RUANG UNTUK MELAKUKAN RASUAH Aktiviti jabatan yang berisiko tinggi [rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan dan kelemahan pengurusan]. Sistem dan tatacara kerja yang boleh membuka ruang dan peluang rasuah. Sistem dan tatacara yang menjejaskan kecekapan dan keberkesanan. Projek Pembinaan Pengurusan Tanah Penguatkuasa Tuntutan Bayaran Perlesenan / Permit Pengurusan Sumber Manusia Perolehan / Pembelian Kutipan Hasil Pengurusan Stor 1 2 3 25
Case Scenario Pegawai Imigresen Menerima Rasuah Hot Staff Hot Job Hot Spot Tuan AA bin BB menerima RM70,000 daripada agen pekerja asing daripada Syarikat X sebagai balasan untuk melepaskan pekerja asing yang tiada visa yang sah Bahagian X, Negeri A. Tahap dan punca risiko yang diterima/ dihadapi oleh organisasi. Keupayaan organisasi/ syarikat untuk mengurangkan insiden berlakunya risiko dan menguruskan impak kepada organsiasi. Kebarangkalian/kemungkinan berlaku risiko yang signifikan. Jenis dan tahap risiko yang dihadapi oleh organisasi. Kos operasi dalam melaksanakan kawalan terhadap risiko adalah rendah berbanding faedah yang diperolehi. 2 4 3 1 5 Perlu mengambil kira Sistem Kawalan Dalaman Yang Baik Nota: Penceramah perlu menerangkan bahawa organisasi bukan hanya perlu mewujudkan sistem kawalan dalaman, tetapi perlu memiliki ciri-ciri yang dapat memastikan ianya telah disediakan baik. Faktor yang perlu dipertimbangkan adalah 1. Jenis dan tahap risiko organisasi yang dihadapi. Organisasi perlu mengenalpasti aktiviti/program/projek yang mempunyai risiko. Risiko ini boleh dikenalpasti dengan melaksanakan penilaian risiko, dan dalam situasi sekarang adalah melibatkan risiko rasuah. Penilaian risiko ini perlu dibuat secara berkala bagi memastikan risiko baru dapat dikenalpasti. 26
Kelemahan dalam membuat keputusan Kakitangan dengan sengaja mengelakkan kawalan yang diwujudkan Pihak Pengurusan mengatasi (override) kawalan yang diwujudkan Berlaku keadaan diluar jangka Kesilapan manusia Halangan Sistem Kawalan Dalaman Yang Baik Nota: Penceramah perlu menjelaskan faktor yang boleh menjejaskan pelaksanaan Sistem Kawalan Dalaman Yang Baik. Kegagalan memiliki Sistem Kawalan Dalaman Yang Baik boleh menjejaskan pencapaian objektif organisasi/syarikat yang ditetapkan serta mampu mengurangkan keyakinan pelabur dan pelanggan. 2. Tahap dan punca risiko yang diterima (accept). Organisasi/syarikat perlu mengenalpasti risiko yang diterima bagi memastikan segala keperluan kawalan dalaman telah disediakan dengan mencukupi. 3. Kebarangkalian untuk mengurangkan berlaku risiko yang signifikan. Organisasi/ syarikat perlu mengenalpasti mekanisme untuk memastikan potensi berlaku risiko Rasuah yang signifikan dapat diminimumkan. 4. Keupayaan mengurangkan risiko dan menguruskan impak kepada organisasi/ syarikat perlu memastikan keupayaan dari segi sumber kewangan, tenaga dan aset yang mencukupi dan bersesuaian. 5. Kos operasi dalam melaksanakan kawalan risiko perlu dilakukan secara kos efektif dan value for money. 27
Kesan Tiada Kawalan Dalaman Terma Rujukan Kawalan Dalaman 5 Terma Rujukan Rasuah, Penyelewengan dan Salahguna kuasa Pengurusan masa yang lemah Aduan Awam Meningkat Kerja tertangguh Imej syarikat terjejas Kualiti kerja dan Produktiviti menurun Dasar/ Polisi Peraturan/ Arahan/ Prosedur/ Tatacara Struktur Organisasi/ Keanggotaan Undangundang Sistem / Teknologi Kerugian Kewangan Tiada Kawalan 28
Bagaimana Kawalan Dibuat Melalui Eleman 11 Kawalan ◆ Ketelusan ◆ Akauntabiliti ◆ Semak dan Imbang ◆ Kawalan Kuasa (Penurunan Kuasa, Kuasa Budi Bicara, Penompokan Kuasa) ◆ Birokrasi ◆ Konflik Kepentingan ◆ Had Masa ◆ Integriti ◆ Membuat Keputusan ◆ Komunikasi dan Latihan ◆ Boleh Dilaksanakan (Responsif) Nota: Dasar Teras yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan bagi mencapai objektif untuk kepentingan organisasi. (Kamus DBP 2004). Polisi Rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas utk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan dasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Undang-undang Set peraturan, dasar dan garis panduan yang digubal melalui badan perundangan (akta, enakmen, ordinan) untuk mentadbir sesuatu organisasi. Peraturan/ Arahan/ Prosedur/ Tatacara Peraturan/Arahan pekeliling, arahan dalaman jabatan, perintah tetap dan Standard Operating Procedure yang berkuatkuasa. Prosedur/ Tatacara Manual prosedur kerja, fail meja, senarai tugas dan tanggungjawab, carta aliran kerja serta myprotfolio ada disediakan dan dijelaskan selaras dengan dasar, peraturan dan arahan semasa. Sistem/ Teknologi Satu jaringan kerja dari beberapa prosedur yang saling berkaitan untuk mencapai satu tujuan tertentu samada secara manual atau atas talian.(Rosad Ma’aali El Hadi). Struktur Organisasi Menggambarkan kerangka dan susunan hubungan di antara fungsi bahagian atau posisi yang menunjukkan hiraki organisasi atau struktur. (Kajian Pustaka.Com) Keanggotaan Terdiri daripada individu yang menjalankan/ melaksanakan tanggungjawab dan sistem pelaporan terhadap atasan dan pada akhirnya memberikan kestabilan dan kesinambungan. (kajian pustaka.com) 29
Nota: Ketelusan Sifat keterbukaan sesebuah organisasi dalam menyampaikan maklumat berkenaan proses-proses kerja, prosedur, dokumen dan data bagi pengawasan dan pemeriksaan pihak tertentu. Akauntabiliti Sifat kebertanggungjawaban organisasi, pemimpin, pekerja terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan atau justifikasi. Semak dan Imbang Prosedur yang ditetapkan untuk mengurangkan kesilapan, mencegah tingkah laku yang tidak wajar atau mengurangkan risiko pemusatan kuasa serta memastikan bahawa tiada individu atau organisasi yang berkuasa mutlak ke atas keputusan. Kawalan Kuasa Penurunan Kuasa Memindahkan kuasa atau tanggungjawab kepada pegawai bawahan untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu mengikut kemampuan dan keupayaan Kuasa Budi Bicara Seseorang diberi kuasa yang tidak jelas untuk membuat keputusan boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa atau rasuah sekiranya keputusan dibuat melibatkan kepentingan diri dan elemen kebertanggungjawaban, pemantuan, semak dan imbang tidak ditentukan. Penompokan Kuasa Pemilikan kuasa atau kedudukan seseorang yang membuat keputusan sendiri tanpa pertimbangan dan persetujuan majoriti/ kolektif. Integriti Amalan bersikap jujur dan menunjukkan kepatuhan terhadap prinsip serta nilai moral dan etika yang kukuh berkaitan antirasuah (rasuah, penyelewengan dan salahgunakuasa). Membuat Keputusan Sesuatu tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan. Komunikasi dan Latihan Sesuatu tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan. Boleh Dilaksanakan (Responsif) Masih sesuai atau tidak lapuk. Birokrasi Proses atau urusan kerja melalui pelbagai peringkat dan formaliti yang mengambil masa sangat lama sebelum sesuatu perkara itu dapat dilaksanakan atau diluluskan. Konflik Kepentingan Situasi (sebelum, semasa, selepas tindakan/ keputusan) di mana kepentingan peribadi seseorang individu bertentangan dengan kepentingan organisasi yang berpotensi menjejaskan kesaksamaan individu berkenaan. Had Masa Pengukuran tempoh masa bagi penetapan sesuatu perancangan untuk dilaksanakan agar tidak melebihi masa yang ditetapkan dalam mengawalselia atau memantau pelaksanaan tugas. 30
Ada atau tidak? Apa undang-undangnya? Adakah ianya mewujudkan kuasa budi bicara? Jika ya, ada kriteria jelas bagi penggunaan kuasa budi bicara? Adakah ianya jelas atau tidak kabur? Adakah ianya memberi kuasa yang cukup? Adakah ianya diperjelaskan? Adakah ianya praktikal dan kemaskini? Dasar / Polisi Nota: Perlu melihat ada atau tidak Elemen Kawalan (yang bersesuaian) di dalam Terma Rujukan tersebut sekiranya ada ini bermaksud terma rujukan tersebut boleh mengesan dan mengekang perlakuan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewangan namun sekiranya tidak mencukupi maka tindakan penambahbaikan perlu dilaksanakan. UNDANGUNDANG Adakah mempunyai standard atau norma masa? Adakah ianya jelas, tidak kabur atau ambiguous? Ada atau tidak? Apa dasar-dasarnya? Adakah ianya mewujudkan kuasa budi bicara? Jika ya, ada kriteria jelas bagi penggunaan kuasa budi Adakah ianya bicara? didokumenkan? Ada atau tidak pelaporan berkala? Adakah dimaklumkan dan diperjelaskan? Adakah ianya praktikal dan kemaskini? 31
Ada atau tidak pembahagian tugas yang jelas? Ada atau tidak tatacara kerja dan adakah didokumenkan? Ada atau tidak standard/ norma masa? Adakah tatacara kerja bertentangan dengan dasar/ peraturan/ arahan induk? Ada atau tidak kriteria membuat keputusan? Adakah ianya dimaklumkan/ diperjelaskan? Adakah ianya kemaskini? Ada atau tidak senarai dan pembahagian tugas yang jelas? Adakah sistem ini (Akauntabiliti) bertentangan dengan dasar / peraturan/ arahan induk? Adakah ianya mudah, jelas serta dapat mengelakkan halangan birokrasi? Adakah ianya dimaklumkan / diperjelaskan? Ada atau tidak sistem? Ada atau tidak standard/ norma masa? Adakah ianya kemaskini? Adakah ianya mudah, jelas serta dapat mengelakkan halangan birokrasi? Peraturan/ Arahan/ Prosedur/ Tatacara Sistem / Teknologi 32
Ada atau tidak dan adakah ianya bertulis? Adakah pembahagian tugas dinyatakan dengan jelas? Adakah ianya diisi mengikut waran penjawatan? Adakah ianya praktikal dan kemaskini? Ada atau tidak ‘chain of command’? Struktur Organisasi / Keanggotaan Contoh Kawalan Dalaman Nota: Nota: Struktur organisasi/ keanggotaan yang baik adalah mengikut fungsi bahagian/ jabatan. Bentuk kawalan dalaman yang digunapakai oleh pihak swasta adalah COSO manakala bagi kerajaan menggunakan JAR sejak tahun 2018. Contoh-contoh kawalan dalaman 1. Mesyuarat Lembaga Pengarah 2. Anti Bribery Management System 3. Corruption Risk Management 4. Tatacara mencukupi (Seksyen 17A) Committee Of Sponsoring Organizations (COSO) Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) 33
Kerangka COSO Monitoring Activities Entiry Level Division Operating Unit Function Information & Communication Control Activities Risk Assessment Control Environment Operations Reporting Compliance Nota: Jawatankuasa Organisasi Penaja Suruhanjaya Treadway (The Committee of Sponsoring Organizations of the Treadway Commission (COSO)) adalah sebuah organisasi yang menyediakan panduan tentang kawalan dalaman, pengurusan risiko perusahaan (ERM) dan pencegahan penipuan. Versi asal (rangka kerja), yang dikeluarkan oleh COSO pada tahun 1992, telah digunakan secara meluas, terutamanya sebagai rangka kerja yang utama berkaitan pelaporan tentang keberkesanan kawalan dalaman ke atas pelaporan kewangan (ICFR) oleh syarikat awam yang disenaraikan di Amerika Syarikat. 34
Nota: Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) adalah salah satu mekanisme di dalam Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Pemantapan Governans Integriti dan AntiRasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Kebangsaan. Objektif JAR adalah untuk:- i. Meningkatkan komitmen Kerajaan dalam pembanterasan rasuah dan meningkatkan imej negara ii. Menjana sinergi dalam memastikan sistem pentadbiran Kerajaan dapat digerakkan dalam persekitaran sifar toleransi rasuah; dan iii. Memperkukuh kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berteraskan prinsip ketelusan, akauntabiliti serta berdaya saing. Terdapat 4 terma rujukan yang digunakan sebagai rujukan dalam Jawatankuasa ini iaitu : i. Dasar, Perundangan dan Peraturan ii. Sistem dan Prosedur Kerja iii. Pengukuhan Governans dan Integriti iv. Pengesanan, Pematuhan, Punitif dan Pemulihan Dasar, Perundangan dan Peraturan TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA ANTI-RASUAH Sistem dan Prosedur Kerja Pengukuhan Governans dan Integriti Pengesanan, Pematuhan, Punitif dan Pemulihan 35
36
37 R M C KAJIAN KES
UNSUR-UNSUR PENYELEWENGAN DAN RASUAH DALAM KES-KES KETIDAKPATUHAN KETIRISAN DANA 38
JABATAN AIR SABAH CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS Bersama-sama 23 juruteknik ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana projek khususnya berkaitan perolehan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur air di bawah JANS. Mewujudkan dasar berhubung kerja-kerja kecemasan. Contoh: Pekeliling, Arahan dan Surat Edaran Mewujudkan SOP bagi kerjakerja kecemasan merangkumi perkara-perkara seperti berikut: Patuhi Arahan Perbendaharaan 179. Jadual Kadar Harga disediakan dan disemak/ dikaji oleh Jawatankuasa bebas/jabatan teknikal yang bersesuaian. Mewujudkan perjawatan pegawai Audit Dalam di Jabatan Air Negeri Sabah/KPI. Mewujudkan Pegawai Integriti (CeIO) di Jabatan Air Negeri Sabah. a. Definisi b. Kriteria kerja-kerja kecemasan c. Skop kerja d. Proses kerja termasuk aspek kelulusan dan carta aliran kerja e. Pengurusan perolehan/ pelantikan kontraktor/bayaran f. Klausa pencegahan rasuah g. Pelaporan h. Pemantauan i. Pematuhan/obligasi Kelemahan Dalam Amalan, Sistem dan Tatacara Kerja Berkaitan Pengurusan Pelaksanaan Dan Pemantauan Ke Atas Perolehan Serta Pembangunan Infrastruktur Air Oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Yang Boleh Membuka Ruang Dan Peluang Rasuah, Penyelewengan Dan Salah Guna Kuasa. ISU 1. Tiada polisi/ dasar bagi kerja-kerja kecemasan di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). 2. Tiada SOP untuk kerja-kerja kecemasan di Jabatan Air Negeri Sabah. 3. Jadual Kadar Harga JANS tidak dirujuk kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI) dan Pegawai Kewangan Negeri untuk diluluskan dan tiada semakan tahunan sepertimana kehendak AP 179. 4. Tiada Bahagian Audit Dalam di JANS 5. Tiada Unit Integriti Di JANS KELEMAHAN YANG DIKENALPASTI 1 2 3 4 5 39
PELESENAN DAN PENGUATKUASAAN 40
PENGURUSAN PENGELUARAN DAN PENGUATKUASAAN BAHAN GALIAN (BAUKSIT) Penolong Pegawai Tanah dikatakan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas aktiviti perlombongan bauksit secara haram dengan cara menjual Borang 13D atas nama Syarikat Sdn. Bhd. Pegawai PTG dikatakan bersubahat bersama Penolong Pegawai Tanah dan menerima rasuah daripada orang yang sama. Nota: Borang 13D = Dokumen Perjalanan Bijih Mineral CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Wujudkan satu garis panduan bertulis berkaitan pengendalian Borang 13D yang menitikberatkan stok penyimpanan serta penjualan borang. Hadkan penjualan borang bagi satu-satu syarikat pelombong. Mencatatkan nombor pendaftaran kenderaan / lori bagi sesebuah syarikat di dalam Borang 13D. Borang 13D hendaklah dikembalikan semula kepada pihak PTG Pahang untuk tujuan fail. Ia bagi mengenalpasti jumlah kuantiti bauksit yang telah dikeluarkan oleh sesebuah syarikat pelombong. Memasukkan klausa kesalahan dan denda di dalam Borang 13D sebagai peringatan agar tidak melakukan sebarang kesalahan. Menambahbaik Borang 13D dengan menukarkan warna kepada borang yang berwarna (seperti Resit Kerajaan). Selain itu wujudkan sistem “barcode” bagi Borang 13D untuk tujuan pengesanan ketulenan serta memudahkan sdemakan ke atas data pelombong. Pemeriksaan terhadap sistem dan prosedur kerja berkaitan penguatkuasaan terhadap pengeluaran borang 13D dan pengangkutan bahan galian literite (bauksit) oleh Pejabat Tanah Daerah Kuantan. ISU 1. Tiada garis panduan berhubung pengendalian / pengurusan Borang 13D. 2. Nombor pendaftaran kenderaan / lori tidak dicatatkan di dalam Borang 13D yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. 3. Tiada “End User” bagi Borang 13D. Hanya digunakan bagi tujuan pemindahan sahaja. 4. Tiada klausa kesalahan dan denda dicatatkan dalam Borang 13D. 5. Kurang ciri-ciri keselamatan di dalam Borang 13D di mana borang ini hanya menggunakan kertas A4 berwarna putih. Tiada satu mekanisme untuk mengenalpasti ketulenan Borang 13D yang dikemukakan oleh pemandu lori. KELEMAHAN YANG DIKENALPASTI 1 2 3 4 5 41
UNSUR-UNSUR PENYELEWENGAN DAN RASUAH DALAM KES-KES KETIDAKPATUHAN APMM 22 individu antaranya lima anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan seorang kakitangan Jabatan Perikanan termasuk seorang wanita warganegara Vietnam yang bergelar ‘Datuk’ ditangkap berhubung pencerobohan nelayan asing di perairan negara. Wang rasuah berjumlah RM1.9 juta dirampas dan 44 akaun bank berjumlah RM2 juta dibekukan. Kelemahan dalam pengeluaran permit menangkap ikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan tindakan penguatkuasaan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). ISU OPS ARMADA 42
1. Seksyen 31 Akta Perikanan yang menerangkan kadar kompaun yang didapati rendah dan tidak mempunyai faktor deteren dalam menyekat pelanggaran kepada Akta tersebut. 2. Pencerobohan oleh vesel dari Vietnam yang telah menyebabkan ketirisan hasil perikanan negara kerana hasil tangkapan dibawa keluar dari Malaysia secara haram. 3. Penggunaan LOV dan kadar MTU sebagai syarat memperbaharui lesen tidak berkesan kerana LOV direkod secara manual dan terdapat kemungkinan MTU ditutup sedangkan vesel masih beroperasi. Hasil pendaratan ikan oleh vesel C2 yang direkodkan dalam LOV boleh dipertikaikan kerana tiada penjenisan spesies ikan mengikut gred. 4. Syarat mempunyai Pas Pelaut dan Passport sahaja untuk bekerja sebagai kru adalah longgar dan tidak membolehkan pihak Imigresen mengambil tindakan di bawah Akta Imigresen. 5. Kebenaran menggunakan vesel luar negara serta tiada identiti vesel Malaysia boleh menyebabkan tindakan mengklon vesel. 6. Tiada sistem pemantauan bersepadu antara Jabatan Perikanan Malaysia dan APMM untuk memantau pergerakan vesel. 1. Tiada peraturan berhubung pengisyhtiharan wang saku oleh pegawai APMM sebelum dan selepas penugasan di perairan Malaysia. KELEMAHAN YANG DIKENALPASTI Jabatan Perikanan Malaysia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Menambahbaik Seksyen 31 dengan meningkatkan kadar denda minimum dan memasukkan hukuman sebat. Mewujudkan peraturan berhubung pengisyhtiharan wang saku oleh pegawai APMM sebelum dan selepas penugasan di perairan Malaysia. Jabatan Perikanan Malaysia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Mendapatkan kerjasama dari pihak berkuasa Vietnam dan INTERPOL Fisheries Crime Working Group agar usahausaha mencegah pencerobohan perairan negara dapat dilaksanakan secara berkesan dan meningkatkan hasil pendaratan ikan negara. Mengkaji semula syarat memperbaharui lesen dengan memilih pengukuran yang sukar dimanipulasi. Meningkatkan ciri-ciri keselamatan pada vesel tempatan yang berlesen supaya tidak mudah diklon / ditiru dan menggalakkan penggunaan vesel moden. Melaksanakan Dasar Pelaksanaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Mewujudkan sistem pemantauan bersepadu antara Jabatan Perikanan Malaysia dan APMM agar pemantauan berkesan. 1 1 2 3 5 4 6 43
44
SALAHGUNA KEDUDUKAN / JAWATAN 45
EXCO PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN JOHOR Maklumat diterima menyatakan di antara tahun 2013 hingga 2017, OKT disyaki telah menerima wang rasuah daripada pemaju-pemaju perumahan di Negeri Johor untuk pihak-pihak tertentu yang merupakan pegawai-pegawai kerajaan di negeri Johor sebagai balasan bagi mendapatkan pengurangan premium tanah yang dikenakan ke atas pemaju tersebut. Disyaki pegawai-pegawai yang terlibat adalah dari Pejabat Tanah dan Galian Johor dan dikatakan wang tersebut juga untuk diberikan kepada EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Johor. Wang disyaki dibayar melalui syarikat guaman. Kelemahan berhubung pelepasan unit hartanah Bumiputera kepada awam di Bahagian Perumahan, Pejabat SUK Johor. ISU Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor Pejabat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor 1. Tiada garis panduan berkaitan proses taburan, pendaftaran, jualan dan pelepasan bagi perumahan di Negeri Johor khususnya untuk unit Bumiputera. 2. Tiada garis panduan berkaitan rayuan pengurangan sumbangan pelepasan unit Bumiputera. 3. Tiada rekod pendaftaran surat keluar masuk. 1. Tiada semakan Perjanjian Tambahan oleh Penasihat Undang-undang. 1. Tiada punca kuasa bagi Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengurangkan kadar bayaran pelepasan unit Bumiputera kepada awam. 2. Tiada SOP bagi permohonan pelepasan unit Bumiputera kepada awam kali kedua dan seterusnya. KELEMAHAN YANG DIKENALPASTI CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Mewujudkan garis panduan berkaitan proses taburan, pendaftaran, jualan dan pelepasan bagi perumahan di Negeri Johor khususnya untuk unit Bumiputera. Perjanjian Tambahan yang melibatkan Kerajaan Negeri mesti disemak dan mendapat persetujuan oleh Penasihat Undang-undang. Pematuhan berkaitan dasar sumbangan pelepasan unit Bumiputera kepada awam. Mewujudkan SOP bagi permohonan pelepasan unit Bumiputera kepada awam kali kedua dan seterusnya. Mewujudkan garis panduan berkaitan rayuan pengurangan sumbangan pelepasan unit Bumiputera. Mewujudkan rekod pendaftaran surat keluar masuk, contoh borang permohonan pelepasan unit Bumiputera kepada awam yang dihantar oleh pemaju. Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Pejabat Penasihat Undangundang Negeri Johor Pejabat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor 1 1 1 2 2 3 46