The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Graphixx, 2023-09-04 20:19:58

Persidangan Penyelidikan

Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2023

Prakata Ketua Pesuruhjaya Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada lima (5) buah entiti penyelidikan atas komitmen yang diberi sepanjang melaksanakan penyelidikan dalam bidang governans, integriti dan antirasuah bagi tempoh 6 bulan ke setahun iaitu sehingga Disember 2022 tahun lalu. Persidangan penyelidikan ini merupakan wadah yang menemukan para ilmuan dari institusi-institusi penyelidikan terpilih untuk berkongsi dapatan kepada semua pihak luar sana hasil dari penyelidikan yang telah dilaksanakan dengan semua pihak pemegang taruh. Saya berharap, melalui dapatan dan input yang dibentangkan sepanjang persidangan ini menjadi rujukan dan panduan bagi kepada semua pemegang taruh bagi mengenalpasti mekanisme penambahbaikan berasaskan kepada dapatan penyelidikan emperikal. Adalah menjadi harapan saya, agar dapatan penyelidikan yang diperolehi ini kelak akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi untuk dipertimbangkan dalam pembuatan dasar melibatkan aspek tata kelola, integriti dan antirasuah yang lebih holistik. Selaras dengan tema persidangan iaitu Membanteras Rasuah Dalam Kebersamaan: Tiada Noktah, saya menyeru semua pihak dari semua lapisan masyarakat samada sektor kerajaan, swasta mahupun aktivis untuk sama-sama berganding bahu dan seia sekata dalam mencegah rasuah, memantapkan tata kelola dan memupuk nilai integriti bagi mengelakkan ketirisan dan penyelewengan yang mengakibatkan kerugian kepada negara. Oleh yang demikian, diharapkan perkongsian berhubung dapatan hasil penyelidikan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pelbagai pihak. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 ini merupakan kesinambungan kepada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Pertama pada tahun 2022 di atas nama Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC). Tahun 2023 merupakan kali pertama persidangan ini dianjurkan di bawah kelolaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Persidangan ini adalah satu peluang untuk menghimpunkan pakar-pakar ilmuan dan cendekiawan daripada institusi-institusi penyelidikan dan berkongsi serta memberikan input kepada masyarakat luar sana berhubung dapatan-dapatan penyelidikan yang telah mereka laksanakan. Pada tahun ini, sejumlah 10 kertas penyelidikan akan dibentangkan oleh para penyelidik daripada 5 institusi penyelidikan di dalam negara meliputi pelbagai sektor yang terdedah kepada risiko isu kelemahan tata kelola, pelanggaran integriti dan dan rasuah. SPRM berharap agar inisiatif penyelidikan ini dapat dijadikan penanda aras untuk masyarakat mengambil maklum dan seterusnya memainkan peranan dalam bekerjasama merealisasikan misi negara bebas rasuah bertepatan dengan tema persidangan ini “Membanteras Rasuah dalam Kebersamaan: Tiada Noktah”. Juga diharap kelak akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi untuk dipertimbangkan dalam pembuatan dasar negara yang melibatkan aspek tata kelola, integriti dan antirasuah. Latar Belakang Persidangan


Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 “Membanteras Rasuah Dalam Kebersamaan: Tiada Noktah” 6 September 2023 (Rabu) Jadual Persidangan Masa Perkara 0800-0830 Persediaan teknikal 0830-0900 Pendaftaran 0900-0945 Majlis Perasmian Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Aluan dan Perasmian oleh YBhg.Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 0945-1030 Pembentangan 1 Prof. Madya Dr. Hartini binti Saripan (Fakulti Undang-Undang, UiTM) Kajian Berhubung Prinsip dan Amalan Neutrality dan Impartiality Dalam Perkhidmatan Awam 1030-1100 Minum Pagi 1100-1145 Pembentangan 2 Prof. Madya Ku Halim bin Ku Ariffin (Fakulti Perniagaan & Komunikasi, UniMAP) Risiko Rasuah Dalam Sektor Penguatkuasaan Khususnya Dalam Isu Lesen Dan Permit Pengangkutan Jalan Raya, Pencukaian Dan Duti Eksais Dan Pengurusan Imigran 1145-1230 Pembentangan 3 Dr Ibtisam @ Ilyana binti Ilias (Fakulti Undang-Undang, UiTM) Memperkukuh Integriti dan Ketelusan Dalam Rantaian Bekalan : Merujuk kepada Perolehan Awam Di Malaysia 1230-1430 Makan tengahari / Solat 1430-1515 Pembentangan 4 Dr. Tan Swee Leng, Olivia (Fakulti Pengurusan / Pejabat Pemindahan Teknologi, MMU) Risiko Rasuah Dalam Sektor Tidak Formal 1515-1600 Pembentangan 5 Prof. Madya Dr. Nur Ezan binti Rahmat (Fakulti Undang-Undang, UiTM) Mengukuhkan Rangka Kerja Kawal Selia Untuk Menggalakkan Integriti Dan Ketelusan Dalam Perusahaan Milik Kerajaan


Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 “Membanteras Rasuah Dalam Kebersamaan: Tiada Noktah” 6 September 2023 (Rabu) 7 September 2023 (Khamis) Jadual Persidangan Masa Perkara 1600-1645 Pembentangan 6 Dr. Anida binti Mahmood (Fakulti Undang-Undang, UiTM) Pengetahuan, Sikap dan Amalan terhadap Langkah-Langkah Pencegahan Rasuah dalam Kalangan Pengawal Selia Pengangkutan Malaysia 1645-1600 Wrap Up Hari Pertama Masa Perkara 0800-0900 Persediaan teknikal 0900-0945 Pembentangan 7 Lt. Cdr. Prof. Gs. Dr. Mohd Hasmadi bin Ismail (PSSTLDM) (Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM) Risiko Rasuah Dalam Ketidakpatuhan Penilaian Impak Alam Sekitar 0945-1030 Pembentangan 8 Dr. Nor’izah binti Ahmad (Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, UniMAP) Risiko Rasuah Dalam Sektor Pembangunan Luar Bandar 1030-1100 Minum Pagi 1100-1145 Pembentangan 9 Dr. Siti Sarah binti Sulaiman (Fakulti Undang-Undang, UiTM) Memperkukuh Pengurusan Risiko Rasuah Dalam Memastikan Integriti dan Ketelusan di Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia 1145-1230 Pembentangan 10 Prof. Madya Dr. Jady @ Zaidi bin Hassim (Fakulti Undang-Undang, UKM) Risiko Governans, Integriti dan Rasuah Dalam Sektor Pengurusan Sukan di Malaysia 1230-1300 Ucapan Penutup dan Penyampaian Cenderahati Kepada Para Pembentang Oleh: YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali Ketua Setiausaha Negara


Prof. Madya Dr. Hartini binti Saripan merupakan Dekan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan telah menerima penganugerahan Doktor Falsafah Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Dengan kepakaran yang mendalam terutama dalam bidang undang-undang teknologi, beliau bergiat aktif dalam menghasilkan kajian. Penyelidikan beliau telah dibiayai oleh beberapa geran negara termasuk Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dan Niche Research Grant Scheme (NRGS). Beliau kini menyelia pelajar Ph.D dari Malaysia, China dan Timur Tengah dalam bidang Law and Artificial Intelligence, Electronic Commerce Law, perjudian atas talian, dan technology-facilitated human trafficking. “Kajian Berhubung Prinsip dan Amalan Neutrality dan Impartiality Dalam Perkhidmatan Awam” Penyelidikan mengkaji pengetahuan dan amalan pegawai awam tentang prinsip-prinsip Neutrality dan Impartiality dan membangunkan penilaian indeks skor dalam pengurusan perkhidmatan awam dan perolehan awam. Penyelidikan ini juga menyarankan langkahlangkah untuk meningkatkan aplikasi prinsip-prinsip tersebut dan cadangan menangani rasuah dan membentuk perkhidmatan awam yang lebih cekap dan telus. Ini termasuk pengurusan konflik kepentingan yang berkesan, memperkukuh semakan, audit, dan mekanisme pemantauan, memperkasa meritokrasi dan depolitisasi perkhidmatan awam serta melaksanakan program latihan kepimpinan etika. Hasilnya diharapkan dapat meningkatkan integriti dalam perkhidmatan awam dan mewujudkan mekanisme yang lebih berkesan untuk menangani risiko rasuah. Pembentangan Kajian 1 Prof. Madya Dr. Hartini binti Saripan (Fakulti Undang-Undang, UiTM)


Prof Madya Ku Halim bin Ku Ariffin, berkelulusan Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Sains Malaysia/ Syracuse. Beliau merupakan Profesor Fakulti Perniagaan & Komunikasi dan Dekan di Fakulti Sains Gunaan & Kemanusiaan pada tahun 2020 dan Dekan di Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan pada tahun 2006. Antara penglibatan beliau ialah Menulis dan Menerbit 16 buah buku ilmiah dan dua modul pengajaran bagi tempoh 2004-2023. Beliau juga pernah menjalankan 17 penyelidikan peringkat universiti dan organisasi luar. “Risiko Rasuah Dalam Sektor Penguatkuasaan Khususnya Dalam Isu Lesen Dan Permit Pengangkutan Jalan Raya, Pencukaian Dan Duti Eksais Dan Pengurusan Imigran” Saban hari kita akan digemparkan dengan berlakunya kes rasuah dalam kalangan penjawat awam, khususnya agensi penguatkuasaan. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi imej yang buruk kepada sesebuah negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti risiko rasuah serta faktor yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam sektor penguatkuasaan khususnya dalam isu Lesen dan Permit Pengangkutan. Pembentangan Kajian 2 Prof. Madya Ku Halim bin Ku Ariffin (Fakulti Perniagaan & Komunikasi, UniMAP)


Pembentangan Kajian 3 Dr Ibtisam @ Ilyana binti Ilias berkelulusan Doktor Falsafah Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau pernah berkhidmat selama enam tahun di Bank Muamalat Malaysia sebelum menjadi pensyarah di Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor. Beliau juga berpengalaman dalam menjadi Ketua Penyelidik untuk beberapa kajian di bawah Fundamental Research Grants Scheme (FRGS), Geran Laex Presta, dan Ketua Projek Konsultansi bertajuk “Study on Needs and Gaps on Consumer Redress System in Malaysia” yang dianugerahkan oleh Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ) (German Development Cooperation). “Memperkukuh Integriti dan Ketelusan Dalam Rantaian Bekalan: Merujuk kepada Perolehan Awam Di Malaysia” Kajian ini meneliti rangka kerja undang-undang semasa yang mengawal perolehan awam dan rasuah di Malaysia; menyiasat pengetahuan dan persepsi kerajaan mengenai sejauh mana integriti, ketelusan dan rasuah dalam perolehan awam, mengkaji amalan terbaik mengawal perolehan awam dan rasuah di Singapura dan memberikan saranan untuk mengukuhkan integriti dan ketelusan dalam mencegah rasuah di Malaysia. Ia menggunakan metodologi kualitatif yang melibatkan kajian literatur, analisis sumber undang-undang primer dan sekunder, analisis perbandingan kedudukan di Singapura dan perbincangan kumpulan fokus dengan 12 pegawai dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Kajian kuantitatif pula melibatkan analisis deskriptif soal selidik tinjauan melibatkan 173 pembekal kerajaan. Dr Ibtisam @ Ilyana binti Ilias (Fakulti Undang-Undang, UiTM)


Pembentangan Kajian 4 Dr. Tan Swee Leng, Olivia, berkelulusan Doktor Falsafah Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2014. Beliau merupakan Pengarah Pejabat Pemindahan Teknologi, Universiti Multimedia sejak tahun 2017 sehingga kini. Beliau berpengalaman sebagai Penasihat Undang-Undang di Pusat Timbang Tara Wilayah Kuala Lumpur pada 2008 hingga 2010. Antara anugerah-anugerah yang pernah diterima oleh beliau sepanjang bergelar penyelidik adalah International Exhibition of Invention, Innovation and Technology 2022 (ITEX) Gold Medal, ITEX 2022 Best Woman Inventor Special Award, Malaysia Technology Expo (MTE) 2021 Silver Medal, MTE SGD 2022 Gold Medal dan MTE SGD 2022 Outstanding Innovation Award. “Risiko Rasuah Dalam Sektor Tidak Formal” Kajian ini akan digunakan sebagai asas untuk membina soal selidik yang relevan dan akan digunakan dengan maklum balas yang lebih besar daripada pengamal industri tidak formal Malaysia. Input-input ini berguna untuk para sarjana, penggubal dasar dan pengamal anti-rasuah untuk mewujudkan realiti di peringkat asas dan mencadangkan cara yang lebih berkesan dalam memerangi rasuah dan amalan rasuah untuk industri tidak formal Malaysia. Kadar pekerjaan tidak formal Malaysia mencecah 3.5 juta individu pada 2021, menyumbang 23.2% daripada jumlah pekerjaan negara, mengikut Jabatan Perangkaan. Data pekerjaan tidak formal yang lebih tinggi sebahagiannya disebabkan oleh kesan pandemik Covid-19. Dr. Tan Swee Leng, Olivia (Fakulti Pengurusan / Pejabat Pemindahan Teknologi, MMU)


Pembentangan Kajian 5 Prof. Madya Dr. Nur Ezan Rahmat, berkelulusan Doktor Falsafah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik) Fakulti Undang-Undang UiTM. Beliau juga merupakan Ahli Persatuan Penyelidik-Penyelidik Malaysia dalam Persekitaran Perilaku Manusia dan memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Fakulti. Bidang kepakaran beliau adalah Penyelesaian Pertikaian Alternatif, Undang-Undang Keluarga dan UndangUndang Berkaitan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Antara anugerah-anugerah yang pernah dirangkul oleh beliau adalah Anugerah Artikel Terbaik (International Conference on Contemporary Legal and Policy Issues 2023), Pingat Perak Ombudsman2U Mobile Application (International Innovation Competition 2022), Anugerah Penulis Paling Prolifik, Fakulti Undang-Undang (2021), Anugerah Penyelidikan, Penerbitan dan Rakan Industri, Fakulti Undang-Undang (2021), Pingat Emas i-CARE2U (International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge and Education 2021), dan Pingat Emas (The Virtual International e-Content Development Competition 2021. “Mengukuhkan Rangka Kerja Kawal Selia Untuk Menggalakkan Integriti Dan Ketelusan Dalam Perusahaan Milik Kerajaan” Perusahaan milik kerajaan merupakan pemain penting dalam membentuk ekonomi negara. Perusahaan ini diwujudkan untuk mewakili kerajaan dalam transaksi perdagangan serta menguruskan aset milik kerajaan. Walau bagaimanapun, perusahaan milik kerajaan sering terpalit dengan kerugian yang berkait rapat dengan isu integriti dan rasuah. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti risiko rasuah yang berlaku serta meninjau undang-undang, dasar, dan amalan yang diguna pakai oleh perusahaan milik kerajaan. Pengumpulan data dijalankan dengan menjalankan perbincangan kumpulan bersasar, temu bual, soal selidik dan kajian perpustakaan. Bagi menangani isu integriti dan rasuah di dalam perusahaan milik kerajaan, kajian ini mencadangkan suatu penambahbaikan terhadap mekanisme dan langkah untuk mengukuhkan kerangka perundangan yang berkaitan dengan merujuk kepada kerangka perundangan di Singapura dan Australia. Prof. Madya Dr. Nur Ezan binti Rahmat (Fakulti Undang-Undang, UiTM)


Pembentangan Kajian 6 Dr. Anida binti Mahmood yang berkelulusan Doktor Falsafah (Commercial Law) dari Queensland University of Technology merupakan seorang pensyarah di Fakulti UndangUndang, Universiti Teknologi MARA. Beliau telah bergiat aktif di dalam penyelidikan dan penulisan ilmiah dan berjaya menghasilkan 50 penulisan ilmiah dan 10 geran kebangsaan dan dalaman. Pada tahun 2019, beliau turut menerima pelantikan perundangan Akta Profession Undang-Undang 1976 sebagai ahli panel tatatertib Lembaga Tatatertib Profession Undang-Undang mentadbir dan mengadili perkara-perkara pelanggaran tatatertib menurut Akta Profesion Undang-undang 1976, sehingga kini. “Pengetahuan, Sikap dan Amalan terhadap Langkah-Langkah Pencegahan Rasuah dalam Kalangan Pengawal Selia Pengangkutan Malaysia” Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti bidang risiko rasuah dalam pengawal selia pengangkutan Malaysia melalui satu tinjauan yang melibatkan kakitangan pengawal selia pengangkutan Malaysia telah dijalankan untuk menilai pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) mereka tentang langkah-langkah pencegahan rasuah dan meneroka persepsi orang ramai tentang risiko rasuah dalam operasi dan perkhidmatan pengawal selia pengangkutan Malaysia melalui tinjauan Persepsi Awam di seluruh negara. Bahagian yang paling dikenal pasti memiliki risiko rasuah yang tinggi ialah perkhidmatan dan pengurusan, pelesenan, operasi dan sumber manusia melalui tinjauan KAP yang dijalankan. Sebaliknya, tinjauan Persepsi Awam menganggap bahagian pelesenan sangat terdedah kepada risiko rasuah, diikuti oleh bahagian penguatkuasaan dan bahagian penyiasatan dan pendakwaan. Dr. Anida binti Mahmood (Fakulti Undang-Undang, UiTM)


Pembentangan Kajian 7 Lt. Cdr. Prof. Gs. Dr. Mohd Hasmadi bin Ismail berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Teknologi Geoinformatik (Remote Sensing-GIS). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Timbalan Pengarah Pusat Alumni dan Pengetua Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Aktif sebagai Pegawai Staf PALAPES UPM sejak tahun 2000 hingga kini. Mengetuai 13 projek penyelidikan sebagai ketua penyelidik dan 4 projek perundingan. Sebanyak 3 buah buku dan 11 bab dalam buku serta menerbitkan 215 kertas penyelidikan di dalam jernal dan prosiding yang telah dikarang oleh beliau. Beliau juga mempunyai kelayakan profesional Gs. daripada Institut Geospatial dan Remote Sensing Malaysia (IGRSM) dan Ts. daripada Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT). Beliau juga dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.) dari Sultan Selangor pada tahun 2019. “Risiko Rasuah Dalam Ketidakpatuhan Penilaian Impak Alam Sekitar” Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) merupakan alat penting untuk menilai potensi kesan alam sekitar daripada projek yang dicadangkan. Bagaimanapun, rasuah boleh menjejaskan keberkesanan EIA dan membawa kepada kesan negatif terhadap alam sekitar. Rasuah dalam EIA boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk rasuah, penipuan, dan nepotisme. Menangani isu ini memerlukan usaha sepadu daripada semua pihak berkepentingan untuk menggalakkan ketelusan, akauntabiliti, dan integriti dalam proses EIA. Kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh untuk memerangi pesalah berkaitan isu alam sekitar. Lt. Cdr. Prof. Gs. Dr. Mohd Hasmadi bin Ismail (PSSTLDM) (Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM)


Pembentangan Kajian 8 Dr. Nor’izah binti Ahmad, berkelulusan Doktor Falsafah Perhubungan Awam dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau memulakan kerjaya sebagai Eksekutif Perhubungan Awam di Asia Public Relations, Kuala Lumpur dan kemudiannya menyertai Majlis Perbandaran Kangar sebagai Pegawai Perhubungan Awam selama 13 tahun sebelum memulakan kerjaya sebagai Pensyarah Universiti di UniMAP pada tahun 2009. Beliau merupakan Pensyarah kanan di Jabatan Komunikasi, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, UniMAP, pada masa yang sama bertanggungjawab sebagai Pengarah Pusat Komunikasi Korporat. Antara penglibatan beliau ialah sebagai Perintis pembangunan program Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu UniMAP. “Risiko Rasuah Dalam Sektor Pembangunan Luar Bandar” Saban tahun kerajaan akan memperuntukkan bajet yang tinggi terhadap pembangunan sektor luar bandar. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat komited dalam memastikan masyarakat luar bandar sentiasa menjadi antara agenda penting yang perlu diberi perhatian. Oleh itu, kajian oleh pasukan UniMAP telah memberi fokus untuk mengenal pasti bidang-bidang yang berisiko rasuah dalam sektor pembangunan luar bandar selain daripada melihat kesedaran responden berkaitan langkah-langkah pencegahan rasuah. Dr. Nor’izah binti Ahmad (Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, UniMAP)


Pembentangan Kajian 9 Dr. Siti Sarah binti Sulaiman, berkelulusan Doktor Falsafah Undang-Undang Perancangan (Planning Law) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2017. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam pada tahun 2004 sehingga kini. Beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Pengajian (Program Siswazah) UiTM dari tahun 2019 sehingga kini. Antara bidang kepakaran beliau adalah Planning Law, Land Law dan Environmental Law. Selain daripada menjadi Ahli Lembaga Rayuan Selangor pada 1 Januari 2018 sehingga Disember 2023, beliau juga banyak terlibat dalam geran penyelidikan, konsultasi dan telah menerbitkan artikel di dalam pelbagai Jurnal. “Memperkukuh Pengurusan Risiko Rasuah Dalam Memastikan Integriti dan Ketelusan di Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia” Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah agensi yang diamanahkan untuk mengawal pembangunan tanah dengan mengambil kira kriteria pembangunan mampan serta memastikan kemudahan awam, infrastruktur dan kebersihan sesuatu kawasan untuk menjamin kualiti hidup masyarakat. Namu begitu kuasa yang diberikan kepada PBT mengundang risiko rasuah. Penyelidikan ini penting kepada pihak PBT dalam mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan kakitangan terhadap risiko pengurusan rasuah yang dilaksanakan di setiap PBT. Maklum balas orang ramai yang dikumpul melalui tinjauan juga penting untuk mengenal pasti risiko rasuah. Hasil dapatan kajian ini akan membantu PBT untuk mengatasi dan membendung risiko rasuah di kalangan kakitangan PBT. Dr. Siti Sarah binti Sulaiman (Fakulti Undang-Undang, UiTM)


Pembentangan Kajian 10 Prof. Madya Dr. Jady @ Zaidi bin Hassim, berkelulusan Doktor Falsafah Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2010. Beliau merupakan Dekan dan Profesor Madya di Fakulti Undang- Undang UKM dan juga pengantara bertauliah dari Pusat Pengantaraan Malaysia (Malaysian Mediation Centre). Beliau pernah dilantik sebagai Felo Pelawat di Universiti Melbourne, Australia dan membuat kajian berkaitan governans, perlembagaan dan dasar sukan. Beliau pernah dilantik sebagai Jawatankuasa Undang-undang oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2014–2018 untuk membantu FAM dalam isu governans dan perundangan bola sepak. Pada 2016, Dr. Jady pernah berkhidmat di Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS) sebagai Pakar Bidang untuk membantu pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997. Kini, beliau dilantik sebagai panel dalam Majlis Penyelesaian Pertikaian Kebangsaan (NDRC) FAM dan Jawatankuasa Pertikaian Sukan di KBS sehingga 2025. Beliau juga adalah Pakar Rujuk kepada International Governans Sustainability Centre (IGSC) dan Asian Football Confederation (AFC). “Risiko Governans, Integriti dan Rasuah Dalam Sektor Pengurusan Sukan di Malaysia” Sukan adalah satu aktiviti fizikal dan penghubung silaturahim sebuah keluarga, komuniti hingga dianggap sebagai satu agenda dalam menyatukan sebuah negara. Sukan juga mampu memecah belah rakyat dan negara jika isu berkaitan governans, integriti dan rasuah tidak diberi perhatian. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji faktor risiko dan bidang risiko rasuah dalam konteks sukan di Malaysia. Kajian dilakukan ke atas dasar negara dan instrumen antarabangsa serta soal selidik dan temu bual berstruktur bersama 370 orang responden dan 13 pemegang taruh. Kajian mendapati undangundang, pendidikan dan kesedaran anti-rasuah sangat penting dalam memastikan semua mekanisme yang dilakukan oleh semua agensi yang terlibat berkesan dengan lebih baik. Prof. Madya Dr. Jady@Zaidi bin Hassim (Fakulti Undang-Undang, UKM)


Penasihat Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki Pengerusi Datuk Abd Aziz bin Aban Timbalan Pengurusi Haji Mohd Gunawan bin Che Ab Aziz Ketua Penyelaras KPKPj Rasidah binti Abd Karim Penyelaras PKPj Norazlina binti Abd Rahim Setiausaha P/PsK Norlaila binti Adenan Ps Azean binti Ahmad Floor Manager PKPj Mohd Saud Ayutollah bin Abdul Manan Stage Manager Ps Nor Rafidah binti Lokman AJK Jemputan & Dokumentasi P/PsK Norlaila binti Adenan Ps Azean binti Ahmad Ps Nor Rafidah binti Lokman Siti Hadijah binti Samdin Noorazizah binti Mohtar Wan Alya Aqilah binti Abd Ghafar AJK Pendaftaran P/PsK Norlaila binti Adenan Ps Azean binti Ahmad PKPs Nasri binti Ahmad Nur Fidar binti Ayob Norsyafiqah binti Yahya Zaiton binti Abdullah Siti Fairuz Shahnaz binti Mohamed Siti Hadijah binti Samdin AJK Sambutan & Protokol Ps Nor Rafidah binti Lokman Fairin Huda binti Faivdullah Najwa Akmar binti Mohd Sani Junaini binti Mohd Azmi Natasha Farina binti Arifin Azida Kama binti Azmir Noorazizah binti Mohtar Nur Izzah Liyana binti Mohd Azize Haznal Wan Alya Aqilah binti Abd Ghafar AJK Logistik & Peralatan Mohd Zulkernain bin Mohd Daud Mohd Khairul Amin bin Zailan Faiq Fadzly bin Johari Haiqal bin Mohd Khir Juhari Cliff Anak Chip Muhammad Nur Yazid bin Mohamad Kherruldin Muhammad Zulkifli bin Abd Wahab AJK Makanan Nur Sazra Ufara binti Mohd Radzi Hemalatha a/p G.Krishnan Nur Izzah Liyana binti Mohd Azize Haznal Wan Alya Aqilah binti Abd Ghafar Jawatankuasa Persidangan


AJK Teknikal Ps Muhammad Nazirudin bin Jamaludin PPs Mohd Azwar bin Zulkeply Amir Afzan bin Abdul Ghani Mohamad Hisham bin Ilmi AJK Media, Promosi & Jurufoto PsK Zulhairi bin Zainal Abidin PPs Ganesh a/l Ramajeyan Badrila bin Jamlus Azrai bin Mohammad Azam Shah bin Yaacob Marinna binti Azam Nor Hidayah binti Yusuf Mohd Aidil bin Ibrahim Muhammad Asyraf bin Mat Saad Nuradlin Dayana binti Mohd Ali AJK Cenderahati, Goodies & Pembawa Dulang Ps Norsimah binti Abd Ghani P/Ps Omar Mokhtar bin Jahari PPs Nurmila binti Alang Noor Juliana binti Mohamad Jamal Najwa Akmar binti Mohd Sani Nuradlin Dayana binti Mohd Ali AJK Keselamatan, Perubatan & Kecemasan PKPj Hazrul Hasnie binti Hashim Mohamad Zamri bin Zakaria Mohd Hanafi bin Muzahid Mohd Nadri bin Sofian Mior Khairuddin bin Itam Ahmad Shahrul Zachary @ Shahrul Khairy bin Nor Basha Muhammad Fadzil bin Othman AJK Pengacara Majlis PsK Siti Zubaidah binti Mohd Yusof PKPs Mohd Khairi bin Abdul Karim PKPs Abrina Idayu binti Abu Samah PPs Mohd Zamir bin Ahmad Zubid AJK Background Pentas LED & Poster Nur Shahida Azlin binti Mohd Dee AJK Buku Program Aisyah Amalin binti Muhd Zalani Nuradlin Dayana binti Mohd Ali Mohamad Zafri bin Zainal AJK Penyediaan Teks Ucapan Norul Ashikin binti Amat Yakub Nur Fidar binti Ayob Fairin Huda binti Faivdullah Pembaca Doa Mohmmad Husni bin Ali@Buraidah Mohammad Azli bin Ab Rahman AJK Rapporteur Siti Hadijah binti Samdin Noorazizah binti Mokhtar Nur Izzah Liyana binti Mohd Azize Haznal Wan Alya Aqilah binti Abd Ghafar Muhamad Syahmi Ikhwan bin Soleh Mohamad Zafri bin Zainal Muhammad Fakhri Idlan bin Ahmad Wan Azween bin Wan Awat Muhammad Nafie bin Wahid Jawatankuasa Persidangan


Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah


“Membanteras Rasuah Dalam Kebersamaan: Tiada Noktah”


Click to View FlipBook Version