The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by murnimohamat, 2021-06-09 12:49:47

PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM PM PPT

Anjuran Bersama;

Unit Disiplin
SKSJ



Kertas Kerja

PROGRAM PENDIDIKAN SAHSIAH & AKHLAK TERPUJI

“Semaikan Akhlak Terpuji, Zahirkan Penghargaan”

a) Pengenalan

Panitia Pendidikan Moral bersama Unit Disiplin , SK Sijangkang Jaya 2021 “Semaikan Akhlak Terpuji,

Zahirkan Penghargaan” ini dirancang dan dilaksanakan bagi memberikan peluang kepada murid-murid
terutama yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 1 hingga Tahun 6 . Program ini
bertujuan bagi menerap nila-nilai murni, bersahsiah serta berbudi pekerti mulia sebagai amalan dalam
kehidupan seharian seluruh murid di sekolah ini. Selain itu ianya bertujuan agar murid-murid dapat
menunjukkan bakat dan potensi mereka serta dapat melahirkan nilai-nilai yang dipelajari melalui
aktiviti dan kegiatan yang disediakan dalam program ini. Program ini juga diharap agar murid-murid

dapat menghayati dan menunjukkan nilai-nilai yang dipelajari bagi memberikan pengukuhan dan
peneguhan seterusnya dapat diamalkan secara individu dalam kehidupan seharian mereka serta dalam
masyarakat.

b) Objektif
-Selepas megikuti program ini murid-murid diharapkan dapat-
1.Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam

kehidupan seharian bagi menjalin hubungan baik dengan masyarakat.

2.Memberikan galakan untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memperolehi kejayaan
dengan pencapaian yang cemerlang dalam semua kegiatan baik dalam bidang kurikulum,
kokurikulum mahupun sahsiah dengan mengamailkan nilai kerajinan dan semangat
bersungguh-sungguh.

3.Merangsang kesedaran murid-murid menghargai pengorbanan dan sumbangan
pemimpin, ibu bapa dan guru-guru mereka.

4.Sentiasa percaya kepada Tuhan dan melahirkan perasaan syukur dan gembira.

5.Mengamalkan disiplin dan peraturan dalam kehidupan seharian.

6.Menjauhi dan menghidari perbuatan yang tidak bermoral/tidak sihat.

7.Melahirkan murid-murid yang bukan sekadar celik IT selaras dengan abad masa kini,
malahan mengamalkan etika kehidupan yang bermoral dan berakhlak mulia sebagai rutin
seharian.

c) Tarikh pelaksanaan
11 Jun – 30 Julai 2021

d) Sasaran
Murid-murid Pendidikan Moral dan murid-murid perdana SKSJ.

e)Tempat
SK Sijangkang Jaya/ Di rumah masing-masing

) Ahli Jawatankuasa

PROGRAM PENDIDIKAN SAHSIAH & AKHLAK TERPUJI
“Semaikan Akhlak Terpuji, Zahirkan Penghargaan”

Penasihat
Pn . Nor Hamizah binti Abdul Hamid

Pengerusi
En . Mohd Sofian bin Abdul Halim

Naib Pengerusi
En . Sazali bin Shaarani
En . Saiful Anuar bin Basran

Penyelaras
Pn . Ain Fatimah binti Alias (Ketua Unit Disiplin)

Setiausaha
Pn . Morni binti Mohamat (Ketua Panitia P .Moral)

Naib Setiausaha
Pn. Norhafidzah binti Hamzah

(Penyediaan bahan)
Panitia Pendidikan Moral

SK Sijangkang Jaya

(Urusetia /Hakim Pertandingan)
Guru mata pelajaran / Guru kelas/ Guru Panitia

e) Penutup

Penyertaan murid-murid dalam program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran
tentang pentingnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, sentiasa
berbudi, baik hati dan mengenang jasa pemimpin negara, keluarga , guru-guru dan rakan-
rakan serta dapat menyatakan rasa sayang kita terhadap mereka.

Disediakan Oleh:

____________________________
(MORNI BINTI MOHAMAT@ABDUL)
Ketua Panitia Pendidikan Moral
SK Sijangkang Jaya
2021

Disahkan Oleh:

____________________________________

(PN. NOR HAMIZAH BINTI ABDUL HAMID)
Guru Besar
SK Sijangkang Jaya

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version