The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by allyshasanah17, 2021-10-25 20:30:41

Sejarah perkembangan bahasa melayu

SLIDESMANIA.COM SEJARAH PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

SLIDESMANIA.COM 1.1 Asal usul Bahasa Melayu
a) definisi awal istilah Melayu

01 ❑ M. Ptolemy –maleu-kolon
❑ kitab hindu purba (purana) – Malaya-dvipa
❑ catatan orang china – kerajaan mo-le-yeu mengirimkan utusan
ke negara china untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja
china sekita tahun 644-645 masihi
❑ catatan rahib buddha (i-Tsing) – menggunakan kata mo-le-yeu
tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 masihi ,
iaitu kerajaan melayu di sungai batang dan kerajaan sriwijaya di
Palembang .

❑ Catatan kesusasteraan china –pengembara yang singgah di nusantara
mendapati Bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasan ku’un
-lun

❑ Patung di padang rocore , Batanghari bertarikh 1289 m dengan catatan
perkataan melaya pada bahagian belakangnya .

❑ Sejarah melayu –perkataan melayu merujuk kepada sebatang sungai
(sungai melayu ) .

SLIDESMANIA.COM

Pengenalan

Asal usul Bahasa melayu agak akbur . Hal ini disebabkan kurangnya bukti-bukti
konkrit tentang istilah melayu pada zaman prasejarah .

SLIDESMANIA.COM ❑ Bukti-bukti ditemui melalui penemuan ❑ Tarikh awal penggunaan perkatan melayu

beling sepi panjang di sungai hwang tidak dapat dipastikan . Kata melayu
ho,sungai Mekong , sungai Salween, merujuk kepada orang dan Bahasa , iaitu
sungai Irrawaddy dan sungai rata-rata penduduk yang beragama islam
brahmaputea, selain penemuan dan mendiami hampir keseluruhan Kawasan
beliung di utara tanah melayu. Bahan asia tenggara . Para pernyelidik juga
artifak ini menjadi asas kajian mendapati bahawa terdapat bukti-bukti
manusia prasejarah, perhubungan dan penggunaan perkataan melayu pada kunun
perjalanan di serata dunia . ketujuh masihi

SLIDESMANIA.COM DEFINISI PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU

Terdapat beberapa definisi yang boleh dikaitkan dengan perkembangan bahasa
Melayu. Antaranya ialah Ismail Hussein (1948:5) yang menyatakan bahawa bahasa
Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan
Melayu. Oleh sebab bentuknya yang mudah dilentur, yakni mudah menerima unsur
asing, maka jadilah bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang terpenting dalam
sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu.

Amat Juhari Moain (2006:27) berpendapat bahawa terdapat 5 zaman
perkembangan bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan
berkembang secara bertahap–tahap iaitu dari zaman ke zaman. Zaman yang diyatakan
tadi ialah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden
dan Melayu Moden. Manakala ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu
kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa Melayu
moden.

Menurut Asmah Haji Omar pula, bahasa Melayu purba dipercayai dituturkan oleh
kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh
sebab itu, bahasa Melayu dipercayai tidak wujud dalam bentuk tulisan.

Tuntasnya, bahasa Melayu telah melalui beberapa tahap yang berbeza yang mana
tahap ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu
klasik dan bahasa Melayu moden

Definisi “Melayu” dari segi Etimologi

01Etimologi – kajian asal usul 02 Malaya : hima alaya. Alaya
bermaksud “tempat “ , hima
dan sejarah sesuatu perkataan alaya bermaksud “tempat

serta makna perkataan bersalji”.

03tersebut Jawa kuno ‘mlayu’ –

Malayapura – kota melayu 04 “mengembara” / “pergi ke
atau kerajaan melayu mana-mana”

Nama sebatang sungai 05 06 Van der Tuuk – perkataan
- sungai melayu yang melayu beerti
SLIDESMANIA.COM disebut dalam buku “menyeberang”, merujuk
sejarah melayu
kepada orang melayu
menukar agama daripada
Hindu-Buddha kepada islam .

HIPOTESIS ASAL USUL BAHASA MELAYU

KAWASAN ASIA TENGAH KAWASAN NUSANTARA

▪ orang melayu berasal dari bahagian ▪ Orang melayu memang berasal daripada
selatan china seperti du indo –china, nusantara.
pantai timur china selatan (champa dan
Kampuchea) dan di Burma. ▪ Berdasarkan bukti geografi

Melayu-proto
▪ Kelompok pertama sampai ke nusantara
Menduduki nusantara sekitar tahun 2000

Melayu-deutro . ▪ Berasal daripada rumpun Austronesia

▪ Kelompok kedua sampai ke nusantara
▪ Sampai pada tahun 1500sm
▪ Mempunyai peradaban yang lebih tinggi
daripada melayu-proto
SLIDESMANIA.COM
▪ Beliung batu yang dipercayai digunakan
oleh semua masyarakat primitive di seluruh
dunia

― Irene M. Pepperberg

BAHASA MELAYU KUNO

Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno bermula
pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi
kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane
Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui

ialah sebuah batu bersurat.
Pada abad pertama, pedagang-pedagang dari India mula berlayar ke arah Timur
untuk menuju ke negara China. Manakala pedagang dari China, belayar ke barat menuju
India. Sehubungan dengan itu, perlayaran dua hala ini telah memaksa mereka untuk
melalui laluan Selat Melaka. Hal ini telah menyebabkan pelabuhan yang terdapat di

Kepulauan Melayu menjadi tempat persinggahan mereka dan pelabuhan tersebut juga
menjadi pusat perdagangan antara India dan China. Di samping itu, para mubaligh Hindu
turut datang ke kepulauan Melayu untuk memperluaskan penyebaran agama Hindu.
Kedatangan para pedagang serta mubaligh Hindu telah menyebabkan bahasa Melayu
mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu purba kemudiannya berkembang serta
berevolusi menjadi bahasa Melayu kuno.

SLIDESMANIA.COM Kewujudan bahasa Melayu kuno boleh dibuktikan melalui penemuan-penemuan
prasasti ataupun batu bersurat. Bukti-bukti ini merupakan bukti bertulis tertua yang telah
ditemui oleh para arkeologi dan sajarawan. Antara bukti-bukti batu bersurat tersebut
ialah:

SLIDESMANIA.COM CIRI BAHASA MELAYU
KUNO

● Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;

▪ Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
▪ Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan – wulan)
▪ Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan – dngan atau dangan)
▪ Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-

marlapas)

▪ Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat –

niparwuat)

▪ Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh,

(Contoh: sukhatshitta)

▪ Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya:

sahaya)

SLIDESMANIA.COM BAHAN BUKTI BAHASA MELAYU KUNO

Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah
prasasti (batu bersurat). Yang terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah:

(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan
dengan 683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan
huruf Palava (lihat lampiran 2).
(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan
dengan 684 M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di
sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu
lebih kurang 8 km dari Palembang.
(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan
686 M.
(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan
692 M.

SLIDESMANIA.COM Peralihan Bahasa melayu kuno kepada Bahasa
melayu klasik

● Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi
kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak
mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem
tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

i) Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan
mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit

ii) daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertam
kaliny terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

iii) Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan
membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

● Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu
kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

SLIDESMANIA.COM CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang khusus dan tersendiri. Antara
ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah:

i. Ayat panjang dan berulang-ulang

ii. Bentuk ayat pasif dan songsang lazim digunakan
iii. Menggunakan gaya bahasa istana
Iv. Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam dan

masyghul (sedih)
v. Banyak menggunakan kata pangkal ayat seperti sebermula,

alkkisah, hatta
vi. Banyak menggunakan partikel pun dan lah
vii. Menggunakan aksara Jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada

bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
viii. Menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai

bidang bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang,
kesusasteraan dan lain-lain.
ix. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu
seperti dalam bidang ilmu Kalam, Tasawuf dan lain-lain.

BAHAN BUKTI BAHASA
MELAYU KLASIK

Bukti kegemilangan Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat yang penting. Ketiga-
tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas
abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
• Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (22 Februari 1303[1]) ditulis dalam tulisan

Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada
abad itu.
• Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam
huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
• Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama
kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

SLIDESMANIA.COM

NAMA : NUR ALLYSHA

HASANAH BT ANUAR AFFANDI

KELAS : 6UMB

SLIDESMANIA.COM

TERIMA KASIH ☺

SLIDESMANIA.COM


Click to View FlipBook Version