The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA SESI 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abqaryqautsar, 2021-09-19 20:49:17

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA SESI 2021

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA SESI 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK KAWAH
33400 LENGGONG PERAK
ABA 7015/ 05-7676245

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA SESI 2021

TARIKH : 15 APRIL 2021 (KHAMIS)

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN SK LUBOK KAWAH

KEHADIRAN Guru Besar
PK Pentadbiran
1. En. Mohamad Bin Hashim YDP PIBG
2. En. Aiza Khuzaimy Bin Aizinin NYDP PIBG
3. En. Yusuff Bin Ahmad Setiausaha
4. En. Khairul Azuan Bin Mohamad Nor Penolong Setiausaha
5. Pn. Hafifah Binti Mat Hassan Bendahari
6. Pn. Siti Najahat Binti Ruslan AJK Guru
7. Pn. Nooraini Binti Ahmad Idris AJK Guru
8. En. Ahmad Uzir Bin Mohd Khir AJK Guru
9. En. Sukri Bin Muhammad AJK Guru
10. Pn. Azizah Binti Ahmad AJK Guru
11. Pn. Nor Azizah Binti Husin AJK Ibubapa
12. Pn. Salina Binti Basri AJK Ibubapa
13. En. Kamarol Amri Bin Saidin AJK Ibubapa
14. En. Syamsul Azlan Bin Abd Ghani AJK Ibubapa
15. Pn. Arbakyah Binti Abdullah Sani Pemeriksa Kira-kira
16. Pn. Rosmawati Binti Osman
17. Pn. Hafipah Binti Abdul Rahman

TIDAK HADIR BERSEBAB AJK Ibubapa
AJK Ibubapa
1. En. Ali Bin Syafie Pemeriksa Kira-kira
2. En. Rosaimi Bin Abd Rahman AJK Ibubapa
3. En. Mohd Rodoun Bin Mohamad Nor
4. Pn. Anizah Binti Ibrahim

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli
jawatankuasa.

1.2 Pengerusi meminta setiap ahli memberikan kerjasama untuk menjayakan setiap program yang dirancang
oleh pihak sekolah.

1.3 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjalankan PDPR dengan
lancar.

2.0 UCAPAN GURU BESAR

2.1 Laporan Pentadbiran
2.1.1 Guru Besar megucapkan salam dan takruf ringkas dengan semua AJK Ibubapa yang hadir.
2.1.2 Guru Besar memaklumkan pengoperasian sekolah berjalan seperti biasa sewaktu pandemik Covid –
19.
2.1.3 Guru Besar memaklumkan pelantikan Penolong Kanan Pentadbiran yang baru (En. Aiza Khuzaimy
Bin Aizinin) menggantikan Penolong Kanan Pentadbiran (Puan Anida Binti Che Ani) yang berpindah
ke SK Raban.
2.1.4 Mengumumkan Penolong Kanan HEM yang baru iaitu Encik Wan Mohamad Saifool Nizam Bin Wan
Zi.
2.1.5 Guru Besar memaklumkan permohonan dewan berbumbung adalah dalam pertimbangan.
2.1.6 Cadangan untuk mewujudkan baju seragam/ baju identiti sekolah.
2.1.7 Penyertaan sekolah dalam Pertandingan Imarah Surau yang melibatkan program pengimarahan
seperti khatam, mengaji dan solat berjemaah.
2.1.8 Penumpuan kepada keceriaan bilik-bilik khas secara berperingkat dimulai dengan surau dan Pusat
Sumber Sekolah.
2.1.9 Perancangan Strategik Sekolah di mana pihak sekolah telah menyediakan dan merangka pelan
untuk tempoh 4 tahun.
2.1.10 Pemantauan PPD ke sekolah – SISC+ telah turun dan melawat sekolah.
2.1.11 Pondok bacaan berhadapan pintu utama sekolah telah dinaiktaraf supaya boleh dijadikan tempat
murid-murid menjalankan aktiviti membaca buku.
2.1.12 Pendawaian elektrik di kantin, dewan dan Pusat Sumber Sekolah telah dilaksanakan.
2.1.13 Guru Besar melaporkan masalah kerosakan pendingin hawa di pejabat dan bilik guru dan akan
diambil tindakan dalam kadar segera.

Tindakan : Makluman

2.2 Laporan Kurikulum
2.2.1 Ujian Pengesanan 1 akan dijalankan mulai 20-22 April 2021 bagi menilai pencapaian murid-murid
bagi suku tahun pertama.
2.2.2 Ujian ini juga membolehkan guru-guru merangka Pelan Intervensi untuk meningkatkan pencapaian
akademik murid-murid.
2.2.3 Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan telah dilaksanakan pada hari Isnin minggu lepas.

2.2.4 Panitia Pendidikan Islam merangka pelbagai aktiviti menarik untuk mengisi bulan Ramadhan.
2.2.5 Jadual waktu persekolahan adalah mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa sekarang dengan
32 minggu pengajaran.

Tindakan : Makluman

2.3 Laporan HEM
2.3.1 Pemilihan murid KWAPM telah selesai dengan seramai 46 orang murid layak untuk memohon
bantuan tersebut.
2.3.2 Bantuan dari PETRONAS berupa kelengkapan persekolahan turut diperolehi oleh murid-murid yang
layak termasuklah bantuan dari parlimen Lenggong.
2.3.3 Program Gunting Rambut percuma di Parlimen Lenggong akan dilaksanakan dan beberapa orang
murid terlibat.

Tindakan : Makluman

2.4 Laporan Ko-kurikulum
2.4.1 Penangguhan aktiviti ko-kurikulum dan sukan sepanjang pandemik Covid-19.
2.4.2 Pembinaan tandas di padang hamper siap untuk kemudahan murid-murid.

Tindakan : Makluman

3.0 PENETAPAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2021

3.1 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi tahun 2021 ditetapkan pada 23 Jun 2021 jam 2.30 petang bertempat
di Dewan Kota Tampan.

3.2 Surat untuk sewa dewan perlu disediakan oleh setiausaha dan akan berhubung dengan pegawai yang
terlibat bagi urusan sewa dewan.

3.3 Cadangan perasmi Mesyuarat Agung Tahunan ialah pegawai kepada Menteri Besar Perak dan akan
diuruskan oleh YDP PIBG.

Tindakan : Makluman

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 En. Khairul Azuan mencadangkan acara makan malam dilakukan sebagai satu cara untuk menambah dana
PIBG melalui jualan meja pada majlis tersebut.

4.2 En. Kamarol Amri meminta pencerahan tentang pemansuhan UPSR bagi tahun 2021 dan dijelaskan oleh
Guru Besar bahawa UPSR pada tahun ini adalah mungkin dimansuhkan.

4.3 En. Yusuf menjelaskan penguasaan penting yang perlu dikuasai oleh murid sekarang ialah 3M iaitu
Membaca, Menulis dan Mengira.

4.4 En. Khairul Azuan mencadangkan supaya dibuat jeriji di beranda tingkat atas bangunan bagi mengelakkan
kemalangan berlaku pada murid-murid.

4.5 En. Kamarol Amri mencadangkan penggunaan telefon untuk PDPR diperluaskan.
4.6 En. Yusuf mencadangkan banner untuk KSSR dan diadakan PLC tentang ikonik.

Tindakan : Makluman

5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan mengharapkan sokongan daripada semua pihak dalam memacu hala
tuju sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang. Mesyuarat seterusnya akan dimaklumkan
kemudian.

Disediakan Oleh:

(HAFIFAH BINTI MAT HASSAN)
Setiausaha PIBG SK Lubok Kawah
16 April 2021


Click to View FlipBook Version