The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atiqahsayud, 2022-06-04 14:21:54

MPU21032 TRAGEDI 13 MEI

MPU21032 TRAGEDI 13 MEI

ETIKA DAN PERADABAN

E FOLIO

TRAGEDI 13 MEI
PUNCA DAN PENGAJARAN
SURIA HIDAYAH (06DSK21F2006)
NURUL ATIQAH(06DSK21F2012)
NURIN JAZLINA(06DSK21F2018)
SITI NUR ARIEFA SYAURA
(06DSK21F2009)
PENSYARAH
ENCIK ZAMBRI IBRAHIM

ISI KANDUNGAN

Pengenalan tragedi 13Mei 1969 3

Punca-punca pencetus 4-13

Pengajaran 14-15

Kesimpulan 16

PENGENALAN
TRAGEDI

13 MEI 1969

Peristiwa 13 Mei pada tahun1969 adalah
rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak
maslah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini
mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta
benda dan mempunyai kaitan yang rapat
dengan (Pilihan Raya Umum 1969) merupakan
satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia

PUNCA-PUNCA

PERISTIWA 13 MEI 1969

Layanan berat sebelah oleh tentera Jeun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah
Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat
Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk
oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang
Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah
berperang dengan China sebelum ini menyebabkan
perasaan saling mendendami antara satu sama lain
masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini
telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-
orang Melayu dan Cina.

Dasar pecah & perintah penjajah inggeris

Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh
dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh
British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor.
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep

pecah dan perintah merup
akan satu tindakan yang

berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang
antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga
polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal
di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di
kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan
merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam
ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-
orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani
atau nelayan kecil.

Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan
pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang
Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera
khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak
penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan
perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam
kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan
nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi
perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala
masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di
estet.Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan
kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi
yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi
antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini
melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-
apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Suasana yang
seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di
negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama
ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta
mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini
telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan .

Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu
semakin melebar akibat daripada penekanan yang
berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa
menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi
dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang
melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah 201019
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969.
Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak
puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya
dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha
untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan
yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.

Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan
sebagai punca yang membawa kepada meletusnya
peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan
yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi
kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu,
Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini
mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu
menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala
kurikulum sekolah Cina dan India pula masing- masing
berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan
guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri
China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi
keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah
Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina
dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat
aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina
dan india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang
menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini
telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi
impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun
selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar
pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan
ini sukar dilakukan. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan
sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak
bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu
mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu
Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan
perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang
tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal
1958 sebagaimana yang telah dirancangkan

Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk
Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir
Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua
orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato`
Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti
Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan
dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan
penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang
kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga
telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti
Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak
MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong
projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina
akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan
telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran
kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu
keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada
sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya
kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga
keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Pertelingkahan parti politik

Dalam pilihan raya 1964 P
arti Tindakan Rakyat (Petir)

atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya .
Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee
Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan
menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan
raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP
telah meletak calonnya seramai sembilan orang .

Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan
bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA
dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai
Perikatan telah menukar corak kempennya dengan
menyerang UMNO dan orang-orang Melayu .

Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa
orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera
orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.

Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa
orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak
puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak
istimewa orang Melayu dalam perlembagaan .
Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah
diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan

Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf
ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina .

Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam
menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei
. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah
Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan
telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan
dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa
rasmi negara.

Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan
mengkaji semula tentang kedudukan bahasa
Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa
Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa
rasmi.

PENGAJARAN

Jangan Keterlaluan dan Terlalu Emosi
Tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam
memperjuangkan ideologi masing-masing sehingga
mengikut emosi dan amarah. Otak kita dikurniakan dengan
akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat
daripada perbuatan kita. Berfikir lah sedalamnya jika
berada dalam kawalan amarah, sebelum kita bertindak.
Sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri, malah lebih
teruk jika melibatkan orang lain juga.




Terima Kekalahan atau Kemenangan Dengan Bersederhana

Semua pihak seharusnya menerima kemenangan/kekalahan
dengan cara yang bersederhana. Tindakan provokasi daripada
satu pihak yang lain hanya akan boleh mengundang pelbagai
lagi tindakan yang tidak diingini. Oleh itu, tak kira sama ada
kita kalah/ menang, konsepkesederhanaan perlulah dititik
beratkan. Jika difikir dengan otak yang waras, tentu ada lebih
banyak lagi cara untuk menyelesaikan permasalahan dengan
lebih bijaksana!

Perbaiki Hubungan Antara Kaum
Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri
untuk semua pihak supaya memikirkan sejauh mana
hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan
selepas ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak
harus hormat menghormati antara satu sama lain
dan juga seterusnya saling percaya mempercayai
antara satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang
akan ambil kesempatan atas kelemahan kita, hingga
"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Pentingnya Kesatuan
Satu perkara yang tak dapat nak dinafikan adalah
kepentingan untuk kita semua bersatu. Nampak benar
sekarang ini kita dah berpecah kepada banyak kelompok
yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja.
Kesatuan dikemudiankan. Mungkin kita dah lupa pada
kisah seorang anak yang diajar oleh bapanya tentang
pentingnya bersatu, dengan hanya menggunakan lidi.
Ingat, jangan sampai dah tanah tergadai, baru nak bersilat
berpencak..

KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingi
dicapai oleh semua negara termasuk Malaysia.
Perkara ini amat penting kerana tanpa perpaduan
sesebua h negara akan menjadi lemah, sukar untuk
dibangnkan dan mudah diancam sama ada oleh
kuasa luar ataupun pergolakan dalaman negara
sendiri. Rukun Negara dicipta ekoran daripada
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi ini
telah menyedarkan semua masyarakat Malaysia
betapa pentingnya perpaduan dan bersatu padu
dengan kehidupan yang aman dan damai serta
menghindari segala sifat yang mencurigai antara satu
kaum dengan yang lain. Melalui Gagasan 1 Malaysia
semua rakyat perlu yakin bahawa
negara ini adalah milik bersama. Setiap rakyat tanpa
mengira kaum,agama dan budaya mempunyai hak
dan kepentingan bersama. Penghayatan Rukun
Negara oleh semua rakyat negara ini akan dapat
mewujudkan satu negara bangsa yang berjiwa
Malaysia

SUMBER
RUJUKAN


https://www.1media.my/2020/05/peris

tiwa-13-mei-1969-belajar-
daripada.html

https://online.anyflip.com/rpdjf/vuoc/
mobile/index.html

http://13mei1969efolio.blogspot.com/


https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Peristi
wa_13_Mei

https://www.google.com.my/amp/s/ww
w.sinarharian.com.my/ampArticle/278
00


Click to View FlipBook Version