Tazkiyah al-Nafs: Kepentingan dan Mekanisme Melaksanakannya Kumpulan 21 DR. MOHD SYUKRI ZAINAL ABIDIN E-BOOK PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN (IIX1004)
1 DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD SYAFI AIMAN BIN SHARIFFUDIN U2100324 MUHAMMAD HARIZ BIN HERWAN U2100386 MUHAMMAD FATHURRAHMAN BIN SHAIFUL AMRI U2100151 MUHAMMAD ABDUH BIN MUHAMMAD A'RIF U2100267 MUHAMMAD SHAHIRAN BIN SABRI U2100216 MUHAMMAD ABDILLAH BIN RAJMAN U2002364
2 Isi Kandungan Pengenalan Pernyataan masaalah Definisi tazkiah nafs Falsafah tazkiah nafs menurut perspektif barat dan Islam Kesan tazkiah nafs kepada keluarga, masyarakat dan negara Langkah-langkah Penyucian jiwa (Tazkiyatun Nafs) menurut Imam AlGhazali secara Spesifik Kepentingan Tazkiyah Nafs Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 3 5 6 9 10 12 14 16
Manusia diciptakan oleh Allah swt. dalam dua dimensi jiwa. Dimensi jiwa dalam kehidupan manusia sangat berpengaruh dalam membina perjalanan keimanan, keIslaman dan keihsanan seorang muslim. Manusia diciptakan pada posisi antara hewan dan malaikat dan mengandung sifat-sifat kehewanan, kesetanan, kemalaikatan, dan Ketuhanan. Oleh karena itu jiwa yang buruk tersebut perlu adanya penyucian jiwa (tazkiyatun nafs), agar jiwa kita bisa tenang dan selalu menjalankan perbuatan terpuji. Shalat merupakan salah satu cara untuk penyucian jiwa, karena shalat yang dilakukan secara khusyuk, dan benar menurut syariat islam akan menimbulkan jiwa yang tenang dan tidak dikuasai oleh hawa nafsu sehingga manusia berperilaku dengan akhlak terpuji. Al-Ghazali adalah salah satu tokoh yang sering membahas tentang akhlak, dan beliau pun membahas tentang shalat sebagai pensucian jiwa (tazkiyatun nafs) dalam kitabkitabnya seperti ihya’ ulumiddin. 3 Pengenalan
4 Adapun yang menjadi alasan penulis dalam memilih judul penelitian ini adalah pertama, menyucikan jiwa merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan seorang manusia. Kedua, shalat dapat membersihkan jiwa, dan menjadikan seorang hamba layak bermunajat kepada Allah SWT. bahkan shalat juga dapat mencegah pelakunya dari perbuatan keji dan mungkar. Ketiga, kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia dinyatakan dengan jelas dalam AlQuran. Oleh karena itu, Islam mengukur keimanan seorang hamba berdasarkan keutamaan-keutamaan yang ada pada dirinya, serta akhlak baiknya
PENYATAAN MASALAH Apakah yang dimaksudkan dengan Tazkiyah alNafs itu sendiri? Apakah pandangan dan reaksi masyarakat tentang Tazkiyah al-Nafs khususnya dari pandangan masyarakat barat dan masyarakat Islam? Adakah mereka menerima konsep Tazkiyah al-Nafs dengan reaksi positif atau negatif? Apakah kesan Tazkiyah al-Nafs kepada keluarga, masyarakat dan negara? Adakah ia kebaikan ataupun kebaikan kepada kita semua? Apakah langkah-langkah penyucian jiwa (Tazkiyatun Nafs) menurut Imam Al-Ghazali secara Spesifik? Apakah kepentingan yang boleh kita dapati dengan Tazkiyah Nafs? Dalam kita membincangkan perbahasan tentang tazkiyah nafsi, terdapat beberapa persoalan yang timbul mengenai dengan tajuk tersebut. Antaranya adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Persoalan-persoalan berikut akan kami perincikan lebih lanjut dan teliti dalam halaman-halaman yang berikutnya. 5
Definisi Tazkiyah dan Nafs Roh Manusia Jiwa yang membawa maksud potensi pemikiran manusia Jiwa yang membawa maksud hati Jiwa yang membawa maksud potensi kebaikan dan keburukan Al-Tazkiyah berasal daripada perkataan زكا yang bererti suci. Ia bererti tumbuh, suci dan berkat. Contoh perkataan zakat disebut sedemikian kerana ianya kembali kepada berkah atau menyucikan jiwa, membersihkannya daripada sifat kikir. Dapat difahami bahawa tazkiyah melibatkan proses usaha dan kesungguhan seseorang insan dalam menyelesaikan konflik antara baik dan buruk yang wujud dalam jiwanya. Al-Tazkiyah juga dapat dijelaskan sebagai menyucikan jiwa daripada pelbagai kecenderungan buruk dan dosa serta mengembangkan fitrah yang baik di dakamnya. Dalam mendefinisikan maksud al-nafs, Anas Ahmad membahagikan kepada lima kelompok utama berdasarkan maksud daripada ayat al-Quran; 6
Pengertian Tazkiyah al-Nafs Manusia diciptakan daripada dua unsur utama iaitu fizikal dan spiritual. Kekosongan daripada kedua-dua elemen ini akan menyebabkan seseorang ini tidak mampu untuk menentukan hala tuju kehidupan yang jelas dan bermakna. Keperluan agama penting bagi merawat masalah psikologi atau kesihatan jiwa. Individu yang tidak mempunyai pegangan agama dalam kehidupannya akan merasakan kurang kasih sayang daripada Allah serta tidak menegtahui makna hala tuju dalam kehidupannya, Tazkiyah al-nafs bermaksud satu usaha dan proses yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan jiwa daripada sifat-sifat yang tercela. Ianya melibatkan satu proses peralihan daripada jiwa yang kotor, ternoda dan tercemar dengan dosa-dosa menjadi jiwa yang suci bersih. Seperti hati yang tidak mengikut peraturan syariat kepada hati yang mengikut kepada tuntutan syariat, daripada hati yang kafir kepada hati yang mukmin, sifat dendam digantikan dengan pemaaf, tawakal dan sebagainya. 7
Asas-asas penting dalam Tazkiyah al-Nafs berdasarkan al-Quran, hadis dan amalan Salaf al-Salih seperti ikhlas, mengukuhkan tauhid, berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah, tawakal, beriman dengan qada' dan qadar serta hari akhirat. Proses Tazkiyah al-Nafs bukan hanya melibatkan usaha membersihkan jiwa daripada sifat mazmumah (al-Takhalli) sahaja malah ia turut melibatkan usaha menghiasi jiwa dengan sifatsifat mahmudah (al-Tahalli). Al-Takhalli adalah proses yang memerlukan usaha lawan yang tinggi iaitu proses Mujahadah al-Nafs dengan melakukan amalan ibadah yang dianjurkan. Al-Tahalli pula perlu melalui proses latihan yang berterusan melalui amalan kebajikan dan proses ini digelar sebagai Riyadat al-Nafs. Pendekatan Tazkiyah al-Nafs perlu disimbolasikan sebagai suatu usaha serius dalam merawat hati secara bersepadu dengan disusuli beberapa pendekatan praktikal dan amalan kerohanian. Dengan adanya usaha mengintegrasikan konsep Tazkiyah al-Nafs dengan teori dan teknik psikospritual dan psikoterapi, ianya dapat menghasilkan satu kemahiran dalam menyelesaikan masalah secara komprehensif daripada pelbagai aspek tingkah laku, emosi dan spritual. 8
9 Falsafah Tazkiyatun Nafs Dari Perpekstif Islam Dan Barat Falsafah Tazkiyyatun Nafsi dari perspektif Islam menurut pandangan Ibnu Qayyim Al-Mandili ialah suatu usaha gigih dan bersungguh - sungguh untuk membersih dan menyucikan diri seseorang manusia dari sifat-sifat buruk dan keji (mazmumah) yang menjadi penghalang kepada penyuburan akhlak mulia (mahmudah) seseorang insan. Manakala konsep Pembersihan diri (Tazkiyyatun Nafsi) dari perspektif barat menurut pandangan seorang tokoh gereja terkemuka bernama St. Klemens dari Alexandria ialah melalui karyanya Pengajaran Untuk Anak Anak dibawah perbincangan topik pembaptisan , pendapat beliau pembaptisan adalah salah satu kaedah pencucian dengan mana kita dibersihkan dari dosa-dosa; suatu pemberian anugerah dengan mana hukuman atas dosa-dosa kita sudah dihapuskan; suatu pencerahan dengan mana kita menerima cahaya keselamatan yang kudus .
Kesan-kesan yang berlaku kepada keluarga, masyarakat dan negara terhadap pengabaian Tazkiyah al-Nafs 1) Keluarga Keluarga yang bahagia datangnya daripada dalamannya yang baik terutamanya akan Tazkiyah al-Nafs dalam diri setiap ahli keluarga. Namun, keluarga yang mengabaikannya sering sahaja dilanda dengan bermacammacam kesengsaraan bukan kerana nasibnya yang buruk tetapi hubungannya dengan Allah amatlah buruk. Tazkiyah al-Nafs yang sepatutnya diaplikasikan dalam diri setiap ahli keluarga tidak menjadi pembersihan kepada ahli keluarga itu dan dibiarkan sahaja maksiat-maksiat yang bermaharaja lela dalam kalangan ahli keluarga. 2) Masyarakat Masyarakat menjadi huru-hara iaitu tidak mentaati pemimpinnya kerana tiadanya rasa taat terhadap pemimpin yang sepatutnya menjadi sesuatu yang penting bagi orang bawahan. Ini kerana ia berbalik kepada penyucian jiwa setiap masyarakat di tempat itu yang berfungsi untuk menjadikan masyarakat yang taat, tanggungjawab terhadap pemimpinnya. Oleh hal yng demikian, lahirlah masyarakat yang degil dan sering mengingkari pemimpinnya itu. 10
3) Negara Negara yang aman berasal daripada masyarakat yang mengamalkan tazkiyah nafs. Namun, negara yang tidak mengamalkan tazkiyah nafs ini mengundang segala macam keburukan kepada segala benda di dalamnya sama ada kepada penduduknya, alamnya dan sebagainya, dalam erti kata yang lain negara akan kucar kacir. Negara yang aman dan sentiasa mengamlkan konsep ini akan diberikan Allah akan pelbagai kelebihan asbab redhanya Allah terhadap negara itu. Oleh hal demikian, setiap negara perlulah mengamalkan konsep ini dalam setiap perkara dan setiap bidang dalam pemerintahan negara itu, agar negara itu tidak mendapat kemurkaan Allah SWT. 11
1) Takhaliyat al-Nafs Takhaliyat al-Nafs iaitu pembersihan jiwa dari perbuatan dan sifat yang mengedepankan hawa nafsu yang membawa pada dosa. Dengan kata lain, takhaliyat al-nafs boleh disebut juga pengosongan diri dari sifat duniawi, sifat maksiat, hati yang kotor (pemarah), sombong, iri, buruk sangka, dan sebagainya. 2) Tahalliyat al-Nafs Tahalliyat al-Nafs dimaksudkan sebagai pengisian jiwa dengan sifat dan perbuatan terpuji setelah mengosongkannya dari sifat dan perbuatan tercela (takhalliyat al-nafs). Pada tingkatan ini proses pengisian jiwa dilakukan dengan cara meninggalkan kebiasaan yang buruk (telah lama dilakukan) dan selalu melakukan perkara baik, oleh kerana itu akan terbentuknya peribadi muslim yang membiasakan akhlak baik yang istiqomah dekat dengan Allah SWT. Misalnya mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadah solat. Langkah-langkah Penyucian jiwa (Tazkiyatun Nafs) menurut Imam Al-Ghazali secara Spesifik 12
3) Tajalliyat Apabila jiwa telah kosong dari akhlak tercela, dan mengisinya dengan akhlak terpuji, maka seterusnya sampai pada usaha merelakan memutuskan segala hubungan yang dapat merugikan kesucian jiwa dan mempersiapkan diri untuk menerima pancaran nur Ilahi berupa hidayah dan ma'unah dari Allah untuk sentiasa bersikap terpuji dan berakhlak mulia dalam hidup seharian yang disebut dengan tajalliyat. 13
1) Tazkiyatun nafs merupakan salah satu di antara tugas Rasulullah saw diutus kepada umatnya. Tazkiyatun nafs itu sendiri identik dengan penyempurnaan akhlak, yang dalam hal ini Rasulullah saw bersabda tentang tugas beliau diutus: “Innama bu’itstu li utammima makarimal akhlaq (Sesungguhnya aku ini diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia).” 2) Tazkiyatun nafs merupakan sebab keberuntungan (al-falah). Dan ini ditegaskan oleh Allah SWT setelah bersumpah 11 kali secara berturut-turut, yang tidaklah Allah bersumpah sebanyak ini secara berturut-turut kecuali hanya di satu tempat, iaitu dalam QS Asy-Syams: 1-10: “Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan bulan apabila mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya, dan langit serta pembinaannya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (potensi) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” 14 Kepentingan Tazkiyah Nafs
3) Tazkiyatun nafs adalah seperti membersihkan dan mengisi gelas. Jika gelas kita kotor, meskipun diisi dengan air yang jernih, airnya akan berubah menjadi kotor. Dan meskipun diisi dengan minuman yang lazat, tidak akan ada yang mahu minum kerana kotor. Tetapi jika gelasnya bersih, diisi dengan air yang jernih akan tetap jernih. Bahkan boleh diisi dengan minuman apa saja yang baik-baik: teh, sirap, jus, dan sebagainya. Demikian pula dengan jiwa kita. Jika jiwa kita bersih, siap menampung kebaikankebaikan. Tetapi jika jiwa kita kotor, tidak siap menampung kebaikan-kebaikan sebagaimana gelas kotor yang tidak siap disi dengan minuman yang baik dan lazat. 15
Mutholingah, S., & Zain, B. (2021). METODE PENYUCIAN JIWA (TAZKIYAH AL-NAFS) DAN IMPLIKASINYA BAGI PENDIDIKAN AGAMA ISLAM. Ta`Limuna: Jurnal Pendidikan Islam, 10(1), 69-83. http://dx.doi.org/10.32478/talimuna.v10i1.662 Yahya, N. A., & Md. Sham, F. (2020). PENDEKATAN TAZKIYAH ALNAFS DALAM MENANGANI MASALAH KEMURUNGAN. Al-Hikmah, 12(1), 3-18. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/ 375 Zaini, N. A., & Sa’ari, C. Z. (2016). Terapi Spiritual Melalui Kaedah Tazkiyah al-Nafs oleh Syeikh Abdul Qadir al-Mandili dalam Kitab Penawar Bagi Hati: Spiritual Therapy Using the Method of Tazkiyah al-Nafs by Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Based on Kitab Penawar Bagi Hati. Afkar: Jurnal Akidah &Amp; Pemikiran Islam, 18, 35–72. https://doi.org/10.22452/afkar.sp2016no1.2 Putri, M. A. (2020). TAZKIYATUN NAFS (PENYUCIAN JIWA) MELALUI IBADAH SHALAT FARDHU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENDIDIKAN AKHLAK (TELAAH PEMIKIRAN IMAM ALGHAZALI) (Doctoral dissertation, UIN Raden Intan Lampung). Shafie, S. B., Yunus, M. S. B. H., & Borhan, M. A. B. (2016). TAZKIYATUN NAFS (PENYUCIAN JIWA) TERHADAP REMAJA. In Prosiding Seminar Penyelidikan Kolej Komuniti Wilayah Sarawak (p. 161) 16 RUJUKAN
SEKIAN TERIMA KASIH 17