The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabiha anis, 2023-03-23 04:58:26

E- BUKU ATURCARA

E- BUKU ATURCARA

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH Daripada SELURUH WARGA INSTITUT LATIHAN KESIHATAN AT Kepada YANG BERBAHAGIA LEFTENAN JENERAL DATO’ (DR) ZULKEFFELI BIN MAT JUSOH PENGERUSI KOR KESIHATAN DIRAJA Kerana SUDI HADIR KE PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS PEGAWAI MUDA KKD SIRI 93/2023


PENGERUSI KOR KESIHATAN DIRAJA LEFTENAN JENERAL DATO’ (DR) ZULKEFFELI BIN MAT JUSOH PSAT DPKK PAT JSM SMP KAT KMN AAP PNBB (Sahara Barat) MBBS MPH D Av Med Dip Aero Med


PENUNTUT KESELURUHAN TERBAIK LT (DR) YOGKESHWARAN A/L NALLAPPAN (3013977) Pegawai ini dilahirkan pada 23 Jun 1994 dan merupakan anak bongsu daripda dua beradik. Beliau telah mendapat pendidikan serta pendedahan awal mengenai dunia ketenteraan di Maktab Tentera Diraja (MTD) sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam bidang Perubatan dan Kesihatan Pertahanan. Pegawai telah ditauliahkan sebagai sebagai Pegawai Muda di dalam Kor Kesihatan Diraja pada 16 mac 2019 dan kini berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Rejimen di Batalion Kesembilan Rejimen Renjer Diraja, Taiping. Sifat kepimpnan yang tinggi dan berdaya saing dalam mempamerkan prestasi yang membanggakan di dalam kesemua modul yang dipelajari, telah melayakkan beliau terpilih sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Pegawai Muda KKD Siri 93/23.


PENUNTUT AKADEMIK TERBAIK LT (DR) THARVIN RAAJ A/L CHANDRA KESHAVAN (3014275) Beliau merupakan pegawai ikhtisas yang dilahirkan di Klang, Selangor. Anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan di SMK Tengku Ampuan Rahimah dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai seorang pegawai kadet pada 26 Mei 2013. Itu merupakan langkah pengenalan ke alam ketenteraan dan dengan sokongan daripada kedua ibu bapa, keluarga, jurulatih dan semangat Espirit De Corps rakan seperjuangan, semua pengalaman pahit manis berjaya ditempuhi. Beliau telah mengambil bahagian dalan sukan ketenteraan UKHMK semasa di Akademik Latihan Ketnteraan (ALK) selain menyertai Royal Debate antara Universiti mewakili Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM. Pegawai ini kemudiannya ditauliahkan ke Kor Kesihatan Diraja pada tahun 2020 dan kini sedang berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di 94 HAT Kem Terendak, Melaka. Anugerah Penuntut Akademik Terbaik diberikan kepada penuntut yang menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang dalam bidang akademik.


PENUNTUT KAWAD KAKI TERBAIK LT (DR) NUR NABILA BINTI MOHD ALIAS (3014330) Pegawai ini dilahirkan di Kuala Lumpur dan beliau merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik. Walaupun beliau merupakan satu-satunya anak perempuan daripada keluarga, beliau telah mengikuti jejak langkah ayahnya yang merupakan seorang pesara tentera dari Unit Gerak Khas. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Satu dan seterusnya menamatkan zaman persekolahan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam bidang perubatan. Selain cemerlang dalam bidang akademik dan sukan, beliau juga aktif melibatkan diri dalam pertandingan kawad kaki dari zaman persekolahan. Pegawai ini kemudiannya ditauliahkan dalam Kor Kesihatan Diraja pada tanggal 1 Februari 2020 dan sekarang bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja Ipoh , Perak. Tatatertib dan mutu kawad kaki yang tinggi yang dipamerkan oleh beliau semasa ujian kawad kaki yang dilaksanakan melayakkan beliau dianugerahkan sebagai Penuntut Kawad Kaki Terbaik.


PENUNTUT LATIHAN MEDAN TERBAIK LT (DR) MU’AZ BIN MAHADZIR (3014181) Pegawai kelahiran Kuala Kedah, Kedah ini dilahirkan pada 23 Oktober 1995. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik beradik. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Severn Infants and Junior School, Wales United Kingdom dan seterusnya menamatkan zaman persekolahan dengan cemerlang di Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi, Kuala Lumpur. Beliau telah meneruskan pengajian perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sungai Besi. Sepanjang bergelar mahasiswa, beliau aktif dalam sukan dan juga terlibat dalam pelbagai pertandingan ketenteraan seperti Log Race, merentas halangan dan telah menjadi Ketua Platun Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad (UKMHK). Beliau telah ditauliahkan pada 1 Februari 2020 dan kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT TM). Penganugerahan ini dipilih berdasarkan kesungguhan, kegigihan dan dedikasi tinggi yang dipamerkan oleh beliau semasa latihan medan yang dilaksanakan sepanjang kursus ini.


PENUNTUT JASMANI LELAKI TERBAIK LT (DR) RAYWINDRAN RAJ A/L LINCOLN (3014264) Pegawai ini merupakan anak jati negeri Pahang. Beliau dilahirkan pada tanggal 3 Ogos 1995. Setelah menamatkan pembelajaran dengan cemerlang di peringkat sekolah menengah, beliau menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan berjaya mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pertahanan pada 14 November 2019. Semasa tempoh pengajian beliau di UPNM beliau juga dilatih oleh US Navy di bawah program “ Future Soldiers” pada tahun 2014 selama 6 bulan. Beliau seorang yang aktif bersukan terutamanya dalam bidang bola sepak dan futsal. Pegawai ini juga pernah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik di Akademi Tentera Darat semasa menghadiri Kursus Latihan Ketenteraan Tahun Akhir pada tahun 2019. Sejak November 2022, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Orthopedik di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan sehingga kini. Pencapaian terbaru adalah beliau dianugerahkan Penuntut Jasmani Terbaik bagi Kursus Pegawai Muda KKD Siri 93/23. Beliau telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan kecergasan fizikal yang baik dalam semua aspek jasmani yang dinilai menyebabkan beliau dianugerahkan sebagai Penuntut Jasmani Lelaki Terbaik.


PENUNTUT JASMANI PEREMPUAN TERBAIK LT (DR) NURUL ATIKAH BINTI ABDUL AZIZ (3014340) Beliau merupakan anak jati kelahiran Muar, Johor dan merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Muar dan seterusnya melanjutkan pelajaran pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam bidang perubatan. Beliau telah ditauliahkan di dalam Kor Kesihatan Diraja pada 1 Februari 2020 dan kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan di 96 HAT, Lumut. Selain cemerlang di dalam bidang akademik beliau juga aktif di dalam bidang jasmani. Beliau juga aktif mewakili Log Race, UKHMK dan Eco Challenge semasa pengajian beliau di UPNM. Beliau juga aktif di dalam Kelab Sukan Lasak dimana beliau pernah memenangi tempat kedua ATM Half Marathon, Cyberjaya Night Duathlon dan tempat ketiga dalam Rembau Challenge serta beberapa Acara Trail Run dan Duathlon di peringkat kebangsaan. Mutu kecergasan jasmani yang tinggi semasa kursus ini melayakkan beliau dianugerahkan sebagai Penuntut Jasmani Perempuan Terbaik.


SENARAI NAMA PENUNTUT KURSUS PEGAWAI MUDA KKD SIRI 93/2023 Bil Nama Pasukan 1. Kapt Mohd Faizal bin Nor Azman (3010314) MK ATM– BPK 2. Kapt Tarmizi bin Ahmad (3011900) MK 2 Bn Ubat 3. Lt (Dr) Muhammad Hidayat bin Zamani (3014897) 12 RAMD Mek 4. Lt (Dr) Fatin Syahidah binti Hamidun (3013738) 7 RAMD 5. Lt (Dr) Izzul Islam bin Bakri (3013747) 18 RAMD Para 6. Lt (Dr) Nur Aqila Farah binti Zainuddin (3013912) 21 RAD 7. Lt (Dr) Nurin Faqihah binti Aliman (3013929) 2 RAMD 8. Lt (Dr) Syed Amir Azfar bin Syed Ahmad Jaafar (3013963) 21 RAMD 9. Lt (Dr) Wong Wan Fong (3013974) MK 2 Bn Ubat 10. Lt (Dr) Yogkeshwaran a/l Nallappan (3013977) 9 RRD 11. Lt (Dr) Mohamad Jaslee bin A Samad (3013776) HAT TM 12. Lt (Dr) Mohd Aizuddin bin Mustafa (3014165) 16 RAMD 13. Lt (Dr) Mothagan a/l Solaiyappan (3014180) HAT TM 14. Lt (Dr) Mu’az bin Mahadzir (3014181) HAT TM 15. Lt (Dr) Raywindran Raj a/l Lincoln (3014264) HAT TM 16. Lt (Dr) Shaktivell a/l Sevasundram (3014269) HAT TM 17. Lt (Dr) Kishantini Subramaniam (3014300) 3 RS 18. Lt (Dr) Nur Hikmah binti Abd Ghapar (3014328) 4 RS 19. Lt (Dr) Nur Nabila binti Mohd Alias (3014330) 2RRD 20. Lt (Dr) Nur Nadhirah binti Aszemi (3014331) 96 HAT


Bil Nama Pasukan 21. Lt (Dr) Nurul Atikah binti Abdul Aziz (3014340) 96 HAT 22. Lt (Dr) Siti Illyani Nadzirah binti Muhammad Nozili (3014358) 2 KAD 23. Lt (Dr) Nur Muhammad Al-Amin bin Daling (3014262) 94 HAT 24. Lt (Dr) Tharvin Raaj a/l Chandra Keshavan (3014275) 94 HAT 25. Lt (Dr) Aina Nabila binti Azhar (3014282) 94 HAT 26. Lt (Dr) Muhammad Hazman bin Abdul Rahman (3014226) 96 HAT 27. Lt (Dr) Nur Alia Syuhada binti Zakaria (3014315) 96 HAT 28. Lt (Dr) Sarmine a/p Baskaran (3014354) 96 HAT 29. Lt Mohammad Safiq bin Suyut (7529887) MK ATM– BPK 30. Lt Nur Ain binti Abd Ghani (3015300) INSAN 31. Lt Nur Athirah Baiduri binti Mohd Zaini (3015303) HTD KSS 32. Lt M Arin Afifa binti Noorazman (3016753) MK 2 Bn Ubat SENARAI NAMA PENUNTUT KURSUS PEGAWAI MUDA KKD SIRI 93/2023


ATURCARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS PEGAWAI MUDA KKD SIRI 93/2023 Bil Masa Acara Catatan (a) ( b ) ( c ) (d) 1. 0800 Perbarisan Berkumpul Dataran INSAN 2. 0810 Ketibaan Para Jemputan dan Pegawai Kanan 3. 0825 Perbarisan Masuk Padang 4. 0834 Ketibaan Pengarah Kesihatan 5. 0837 Ketibaan Pengarah Perubatan 6. 0840 Ketibaan Timbalan Pengerusi Kor Kesihatan Diraja 7. 0845 Ketibaan Pengerusi Kor Kesihatan Diraja - Hormat Panglima - Nyanyian Lagu Khidmat Diutamakan - Ketua Perbarisan Melapor - Pemeriksaan Perbarisan - Perbarisan Berjalan Lalu Dalam Masa Cepat - Perbarisan Mara Mengadap - Penyampaian Hadiah - Ucapan Pengerusi Kor Kesihatan Diraja - Gempur Wira - Bacaan Doa - Hormat Panglima - Ketua Perbarisan Melapor - Perbarisan Berjalan Keluar - Sesi Bergambar Padang Kawad INSAN 8. 0945 Acara Dijangka Selesai


ATURCARA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS (AUDITORIUM INSAN) Bil Masa Acara Catatan (a) ( b ) ( c ) (d) 1. 1000 Semua Penuntut dan Penonton Berkumpul 2. 1005 Ketibaan Pengerusi Kor Kesihatan Diraja bersama Pengarah-Pengarah 3. 1010 Bacaan Ikrar “Khidmat Diutamakan” 4. 1015 Penyampaian Sijil 5. 1030 Penyampaian Cenderahati kepada Pengerusi Kor Kesihatan Diraja 6. 1035 Menandatangani Buku Lawatan 7. 1040 Pengerusi Kor Kesihatan Diraja Meninggalkan Majlis


SESI BERGAMBAR PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS PEGAWAI MUDA KKD SIRI 93/23 DUDUK BERDIRI 1. LEFTENAN JENERAL DATO’ (DR) ZULKEFFELI BIN MAT JUSOH 1. BRIGEDIER JENERAL (DR) ZULFIKAR BIN ABDUL RAHIM 2. MEJAR JENERAL DATO’ (DR) ZULKIFLI BIN ZAINAL ABIDIN 2. BRIGEDIER JENERAL (DR) ZAINAL BIN OTHMAN 3. MEJAR JENERAL DATO’ (DR) ROSMAN BIN AB RAHMAN 3. KOLONEL ROZALINA BINTI OMAR 4. BRIGEDIER JENERAL DATO’ PAHLAWAN (DR) MOHD GHAZALLI BIN MOHD TAHA 4. KOLONEL (DR) SHAMSUL BAHARY BIN MUHAMAD 5. BRIGEDIER JENERAL DATO’ DR A HALIM BIN HJ BASARI 5. KOLONEL (DR) ZULKEFLEY BIN MOHAMAD 6. KOLONEL MOHD ADLAN BIN ADNAN 6. KOLONEL MOHD AZRIZAL BIN MAT RAHIM 7. BRIGEDIER JENERAL DATO’ (DR) MOHAMAD ALIRUDIN BIN ALI 7. KOLONEL FAUZI BIN MAMAT 8. BRIGEDIER JENERAL DATO’ (DR) HAJI MOHAMED HATTA BIN HAJI MANIS 8. KOLONEL (DR) MOHD FARID BIN ALIAS 9. BRIGEDIER JENERAL DATO’ (DR) RUSHDI BIN ABDULLAH 9. KOLONEL (DR) TAN HOOI MOOI 10. BRIGEDIER JENERAL (DR) MOHD ARSHIL BIN MOIDEEN 10. LEFTENAN KOLONEL (DR) MOHD ZAMRI BIN DERAHMAN 11. KOLONEL (DR) LOTFI BIN ANUAR 11. LEFTENAN KOLONEL (DR) RUSYAINIE BINTI RAMLI 12. MEJ (DR) MATTHEW A/L FRANCIS SELVANATHAN 12. PW I RAHIZAN BIN SUDIN 13. LT (DR) YOGKESHWARAN A/L NALLAPAN 13. PW I MOHD SHAHRAEL AZNAN BIN YAACOB


SESI BERGAMBAR PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS PEGAWAI MUDA KKD SIRI 93/23 PENUNTUT BACKDROP JURUGAMBAR 10 8 6 4 2 1 3 5 7 9 11 10 8 6 4 2 1 3 5 7 9 11 PENUNTUT PENUNTUT 12 13 12 13


ATURCARA MAJLIS PENUTUP KURSUS PEGAWAI MUDA KKD SIRI 93/2023 (SEKIRANYA BERLAKU CUACA BURUK) Bil Masa Acara Catatan (a) ( b ) ( c ) (d) 1. 0930 Pegawai dan Anggota Berkumpul Dewan Auditorium 2. 0940 Ketibaan Jemputan dan Pegawai Kanan 3. 0945 Ketibaan Pengerusi Kor Kesihatan Diraja - Nyanyian Lagu Khidmat Diutamakan - Melapor - Bacaan Ikrar “Khidmat Diutamakan” - Penyampaian Sijil - Penyampaian Anugerah - Ucapan Pengerusi Kor Kesihatan Diraja - Penyampaian Cenderahati kepada Pengerusi Kor Kesihatan Diraja - Bacaan Doa - Melapor - Sesi Bergambar 4. 1035 Menandatangani Buku Lawatan 5. 1040 Pengerusi Kor Kesihatan Diraja Meninggalkan Majlis


Senarai Anugerah Keseluruhan Terbaik Kapt (Dr) Mohd Farid bin Alias (Siri 67/03) 2003 Kapt (Dr) Ahmad fahmi bin Mohamad Bustaman (Siri 68/04) 2004 Kapt (Dr) Mohamed Zaki bin Mohamed Mokhtar (Siri 69/05) 2005 Kapt (Dr) Muhammad Syahirul Faizi bin Sapari (Siri 70/07) 2007 Kapt (Dr) Mohd Izwan bin Husin (Siri 71/09) 2009 Kapt (Dr) Zainal Adwin bin Zainal Abidin (Siri 72/09) 2009 Kapt (Dr) Amei Farina binti Abd Rashid (Siri 73/10) 2010 Kapt (Dr) Ahmad Farhan bin Ahmad Fuad (Siri 74/11) 2011 Kapt (Dr) Mohd Fitri bin Musa (Siri 75/11) 2011 Kapt (Dr) Md Ariff bin Md Yusof (Siri 76/12) 2012 Kapt (Dr) Abdul Rahman bin Abdul Hussain (Siri 77/12) 2012 Kapt (Dr) Muhammad Izzuddin bin Hamzah (Siri 78/13) 2013 Kapt (Dr) Mohd Syazwan bin Abu Bakar (Siri 79/13) 2013 Kapt (Dr) Mohd Afiq bin Abdullah (Siri 80/14) 2014 Kapt (Dr) Fauzi bin Wahab (Siri 81/14) 2014 Lt (Dr) Hanis Izzat bin Ali Shubra Mullsi (Siri 82/15) 2015 Lt (Dr) Muhammad Fitri bin Daud (Siri 83/15) 2015 Lt (Dr) Amir Syhami bin Mohd Zainal Abidin (Siri 84/16) 2016 Lt (Dr) Lee Ge Ann (Siri 85/16) 2016 Lt (Dr) Mohamad Fuad bin Mohamad Piruz (Siri 86/17) 2017 Lt (Dr) Ahmad Fairuz bin Ishak (Siri 87/18) 2018 Lt (Dr) Muhammad Zarul Azwan bin Zulkifli (Siri 88/18) 2018 Lt (Dr) Abdul Ariff Akran bin Abdul Manan (Siri 89/19) 2019 Lt (Dr) Muhammad Ikhwan bin Zubir (Siri 90/20) 2020 Lt (Dr) Victor a/l Michal Dass (Siri 91/21) 2021


IKRAR KHIDMAT DIUTAMAKAN KAMI BERIKRAR MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN RASA PENUH AMANAH, IKHLAS DAN RASA TANGGUNGJAWAB. MEMBERI PERKHIDMATAN YANG SELAMAT, BERKESAN, BERKUALITI TINGGI. BERUSAHA SECARA BERTERUSAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DAN TEKNIK TERKINI DALAM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN. MENGUKUHKAN JATI DIRI KEPERWIRAAN MELALUI TRADISI REJIMENTAL YANG MULIA DAN BERLANDASKAN DISIPLIN KETENTERAAN. MENJADIKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA SEBAGAI PERKHIDMATAN TERPILIH BAGI WARGA TENTERA DAN NEGARA. *Pertama kali dilafazkan oleh Penuntut Kursus Pegawai Ikhtisas KKD Siri 74/2011 di hadapan Panglima Angkatan Tentera di Wisma Perwira KKD pada 30 Julai 2011.


Sekalung Budi Komandan dan Seluruh Warga Institut Latihan Kesihatan AT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat memberikan segala sumbangan dalam menjayakan perbarisan ini.


MAGHRIB 19:23


Click to View FlipBook Version