The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHAIRUL HAKIMIE BIN KHAIRUL ANUAR Moe, 2023-08-30 08:05:58

Asal Usul Nama Daerah di Negeri Johor

Pertandingan Buku Skrap Digital

ASAL USUL NAMA DAERAH DI NEGERI JOHOR OLEH: KHAIRUL HAKIMIE BIN KHAIRUL ANUAR 3 OMAR


ISI KANDUNGAN: JOHOR MUAR SEGAMAT PONTIAN KLUANG KOTA TINGGI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. BATU PAHAT 8. MERSING 9. KULAI 10.TANGKAK 11. JOHOR BAHRU 12. RUMUSAN


Nama negeri ini berasal daripada perkataan Bahasa Arab “Jauhar” yang bermaksud “Batu Permata” . Selain itu, orang-orang Siam menyebut daerah ini sebagai “Gangganu” dan orang Jawa pula sebagai “Galur” . Kedua-dua perkataan ini juga bermaksud “Batu Permata” . JOHOR


Pada asalnya, dikenali sebagai Teluk Dalam kerana lokasinya di muara atau struktur Sungai Muar yang mendalam. Muara merupakan perkataan asal bagi nama Muar. Ada juga yang mengatakan Muar berasal dari perkataan “muak” yang bermaksud bosan atau letih mengayuh perahu ketika mengembara sepanjang sungai yang besar oleh orang tempatan suatu ketika dahulu. MUAR


Daerah ini mendapat namanya bermula selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Apabila Bendehara akhir Melaka iaitu Bendehara Tepok berundur ke Johor bersama pengikutnya. Dalam perjalanan, mereka berhenti berehat untuk minum air sungai. Lalu Bendehara Tepok berkata: “Segar amat badanku ini” . Selepas itu, dia menamakan sungaitersebut dengan nama Segar Amat. Lama kelamaan perkataan itu berubah menjadi segamat kerana cara sebutan yang laju oleh orang tempatan. Namun, nama sungai Segar Amat digunakan untuk menamakan daerah ini pada abad ke-20. SEGAMAT


PONTIAN Dikatakan nama daerah ini berasal dari perkataan “Perhentian” , merujuk kepada Sungai Pontian Besar. Ini kerana sungai ini merupakan lokasi di mana para pelayar hendak ke Singapura atau Melaka berteduh daripada gelora Selat Melaka.Ia juga dikatan sebagai tempat para lanun berhenti untuk menunggu mangsa yang melewati kawasan tersebut.


Bandar yang wujud sebelum 1910 ini mendapat nama dari seekor haiwan yang bernama Keluang atau Malayan Flying Fox (Fteropus Vampyrus Linneaus). Haiwan ini wujud dalam jumlah yang banyak dalam daerah ini suatu ketika dahulu dan suka mencari buah buahan pada waktu malam. Haiwan ini juga dianggap sebagai kelawar terbesar di dunia. KLUANG


Nama daerah ini diambil secara harifah ataupun sebagaimana asalnya, sebuah kota yang dibina di kawasan yang tinggi ditebing Sungai Johor. Pada masa itu, Portugis berusaha menghapuskan Kesultanan Melayu dan kota ini dibina bagi menangkis serangan pihak musuh. Kawasan ini juga merupakan kawasan yang selamat untuk pedagang zaman dahulu berteduh dari ribut Laut Cina Selatan. KOTA TINGGI


Terdapat kisah yang mengatakan, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Kemudian bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada “batu yang dipahat” di muara itu. Bandar ini juga pernah digelar sebagai Pulau Kundur. BATU PAHAT


Terdapat dua kisah asal usul nama daerah ini. Kisah Pertama, seorang pesuruh Sultan Pahang iaitu Amer Singh yang berbangsa Sikh dibuang kerana melakukan kesalahan yang berat. Disebabkan kes initerkenal, nama Amer Singh telah menjadi bualan ramai sehinhgga tempattersebut dikenali sebagai Mersing. Manakala kisah kedua,terdapat seorang wanita yang bernama Mersing telah bercinta dengan seorang lelaki bernama Awang dari Pahang. Kisah kedua ini didendangkan dalam lagu Seri Mersing dan lahirlah nama daerah Mersing. MERSING


KULAI Kawasan ini mula digelar daerah pada tahun 2008. Nama Kulai berasal dari perkataan Bahasa Cina “Gu Lai” yang bermaksud “Kuar-kura datang” kerana kemunculan berpuluh- puluh ekor kura-kura selepas banjir pada tahun 1920. Versi lain pula mengatakan ia berasal dari nama “Tengku Lai” yang bererti “Tengku Datang” yang datang ke sana untuk mengutip cukai dan berburu.


Daerah ini mula diterokai oleh sekumpulan pengambara pada abad ke-19 dari Indonesia. Menurut kisah,terdapat sebuah bukit di tebing Sungai Kesang dan mereka merangkak-rangkak melalui akar yang menjalar di sekelilingnya. Setelah membina petempatan di situ, kumpulan tersebut ulang alik ke tempat asalnya iaiyu Cohong, Melaka. Dan apabila ditanya dimana mereka tinggal mereka menjawab: “Aku duduk ditempattang merangkak sana” .Disebabkan kerap mengulangi perkataan “tang merangkak” , akhirnya diringkaskan menjadi Tangkak. TANGKAK


JOHOR BAHRU Sebelum mendapat nama ini, Johor Baharu dikenali sebagai Tanjung Puteri dan diasaskan oleh Daeng Ibrahim pada tahun 1855. Nama Johor Bahru dipilih berdasarkan nama Johor Lama yangh menjadi ibu negeri sebelumnya. Secara logiknya “Bahru” dipilih bagi menggantikan “Lama” .


RUMUSAN Kesimpulannya, nama tempat di negeri Johor ternyata mempunyai asal usul yang unik dan menarik. Menurut Sultan Ibrahim, nama sesuatu tempat yang diberikan oleh nenek moyang terdahulu mengikut sejarah dan kesesuaian, yang mana tidak harus diubah walaupun berbunyi pelik. -SEKIAN TERIMA KASIH-


Click to View FlipBook Version