The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dr.dahliajanan, 2021-05-28 01:13:06

CETAKAN PERSEKITARAN

CETAKAN PERSEKITARAN

Nurul Aqidah Roslan

Nurul Aqidah Roslan

Cetakan Persekitaran

Edisi Pertama Tahun 2021

e ISBN 978-967-19542-0-1

Hak cipta terpelihara.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang

mana-mana bahagian artikel, ilustrasi

dan isi kandungan buku ini dalam apa

jua bentuk dan dengan apa cara

sekalipun, sama ada secara elektronik,

rakaman, mekanik atau cara lain

sebelum mendapat izin bertulis

daripada penulis dan penerbit terlebih

dahulu.

Penulis dan Penerbit :
Nurul Aqidah Roslan

PRAKATA

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT

kerana dengan izinNya, buku Cetakan

Persekitaran ini berjaya diterbitkan.

Jutaan terima kasih kepada Dr. Zainiah Mohamed

Isa di atas setiap bimbingan, tunjuk ajar, nasihat

dan cadangan yang diberikan dalam

menghasilkan buku ini.

Buku ini ditulis bagi memperkenalkan kepada ibu
bapa khususnya mahupun masyarakat tentang
cetakan persekitaran sama ada dari aspek
definisi, impak kepentingannya dan juga contoh-
contoh cetakan persekitaran.

Bukan itu sahaja, penulis memberikan pelbagai
cadangan aktiviti untuk ibu bapa melakukan
bersama dengan kanak-kanak. Semoga buku ini
dijadikan sebagai rujukan informasi kepada ibu
bapa, guru mahupun masyarakat.

KANDUNGAN

Apa itu cetakan 1
persekitaran?

â–¸Cetakan persekitaran

merupakan cetakan pertama yang
mula dikenali oleh kanak-kanak.

â–¸Cetakan persekitaran dapat

membantu kanak-kanak memahami
bahawa sesuatu simbol membawa
sesuatu makna.

2

Mengapa cetakan
persekitaran penting
kepada kanak-kanak?

Kanak-kanak mengenali persekitaran
yang biasa terdapat sekeliling mereka.

Perkara ini adalah kemahiran awal yang
diperoleh oleh kanak-kanak sebelum
mereka mula membaca cetakan tulisan
di dalam buku.

Kanak-kanak yang dibesarkan dalam
persekitaran yang kaya dengan cetakan
akan mengecam pelbagai cetakan.

3

Biarpun pada mulanya kanak-kanak
mengenali logo dan gambar, lama

kelamaan mereka boleh

menghubungkan logo dan gambar
dengan huruf atau abjad dan
akhirnya mereka boleh membaca
huruf dan seterusnya perkataan
tersebut.

Kanak-kanak mula membaca
perkataan yang terdapat di
persekitaran dengan mengenal pasti
warna dan bentuk pada perkataan
tersebut. Lama kelamaan kanak-
kanak mulai membaca perkataan
tanpa warna dan bentuk.

4

Ini kerana melalui pendedahan
huruf yang terdapat dalam
cetakan persekitaran merangsang
minda ingin tahu mereka untuk
mempelajari huruf atau abjad lain.
Pengetahuan terhadap huruf
memotivasikan mereka untuk
belajar membaca.

Kebolehan mengenal pasti
cetakan persekitaran akan
memberi keyakinan kepada
kanak-kanak. Keyakinan diri ini
akan memotivasikan mereka untuk
membaca dengan lebih banyak
lagi.

CONTOH CETAKAN 5
PERSEKITARAN

Logo Restoran Kegemaran

CONTOH CETAKAN 6
PERSEKITARAN

Logo Restoran Kegemaran

CONTOH CETAKAN 7
PERSEKITARAN

Simbol Trafik di Jalan Raya

CONTOH CETAKAN 8
PERSEKITARAN

Simbol Trafik di Jalan Raya

CONTOH CETAKAN 9
PERSEKITARAN

Label pada Bungkusan Makanan
di Dapur

CONTOH CETAKAN 10
PERSEKITARAN

Label pada Bungkusan Makanan
Ringan Kanak-kanak

CADANGAN AKTIVITI 11

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Praliterasi

PADANAN YANG SAMA

Padankan barang dengan

label gambar yang sama.

CADANGAN AKTIVITI 12

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Praliterasi

LABEL IDENTITI KANAK-KANAK

Ibu bapa melabelkan barang-barang kanak-kanak

dengan gambar karakter kartun kegemaran

kanak-kanak. Gambar karakter kartun tersebut

menggantikan nama mereka. Kanak-kanak

mengecam barang-barang mereka dengan

kartun itu. Lama-kelamaan, kanak-kanak

menyedari setiap simbol, logo dan label

mempunyai maksud tersendiri.

CADANGAN AKTIVITI 13

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Praliterasi

PADANKAN KEDUDUKAN BARANG
DENGAN KAD CETAKAN PERSEKITARAN
yPadankan mengikut memor game. Kad cetakan

persekitaran dialihkan ke bawah, kanak-kanak
perlu mengingati dan mencari kad cetakan
persekitaran yang sama.

CADANGAN AKTIVITI 14

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Praliterasi

KLASIFIKASI BERDASARKAN NAMA

Berdasarkan ejaan nama kanak-kanak, mereka
perlu mencari cetakan persekitaran yang
mempunyai awalan dengan huruf ejaan nama
mereka.

CADANGAN AKTIVITI 15

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Praliterasi

KLASIFIKASI MENGIKUT WARNA

Himpunkan pembungkus makanan
mengikut kategori yang dinyatakan.

CADANGAN AKTIVITI 16

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Praliterasi

CARI KAD SIMBOL

Cari pelbagai cetakan persekitaran di sekitar
rumah berdasarkan satu set simbol yang
diberikan. Kanak-kanak akan mencari kad
simbol yang sama di sekitar rumah.

CADANGAN AKTIVITI 17

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Praliterasi

MEMBURU SIMBOL DAN BARANG

Beri masa pada kanak-kanak mencari
simbol dan barang yang mempunyai
simbol yang sama di sekitar rumah.

CADANGAN AKTIVITI 18

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Praliterasi

SUSUN

Besarkan logo atau simbol. Jadikan
mainan cantuman bagi kanak-kanak.

CADANGAN AKTIVITI 19

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Praliterasi

TIRU

Meminta kanak-kanak untuk meniru
ejaan suatu produk.

CADANGAN AKTIVITI 20

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Huruf

LATIHAN EJAAN

Gunakan cetakan persekitaran untuk
kanak-kanak berlatih mengeja.

CADANGAN AKTIVITI 21

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Huruf

LOREKAN
Lamina et potongan gambar atau logo

produk. Kanak-kanak boleh melorek
huruf-huruf.

CADANGAN AKTIVITI 22

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Huruf

BUKU DIGITAL

Meminta kanak-kanak menangkap gambar
papan nama kedai yang dikunjungi dan
masukkan gambar tersebut dalam buku
digital dan bercerita tentang tersebut
dengan kanak-kanak.

CADANGAN AKTIVITI 23

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Huruf

CETAKAN PERSEKITARAN DI
PASAR RAYA

Ibu bapa membacakan kepada kanak-kanak
senarai barang yang perlu dibeli. Kanak-kanak
akan mencari barang-barang tersebut dengan
mengecam label dan ejaan pada logo.

CADANGAN AKTIVITI 24

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Huruf

WARNA DAN TULIS

Letakkan logo dalam buku bagi kanak-kanak
mewarna dan juga menulis perkataannya.

CADANGAN AKTIVITI 25

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Huruf

KLASIFIKASI MENGIKUT KATEGORI

Klasifikasikan huruf dalam ejaan nama
kanak-kanak menggunakan label produk.

CADANGAN AKTIVITI 26

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Huruf

KLASIFIKASI HURUF AWALAN

Kanak-kanak boleh mencari atau
meletakkan barang di dalam bekas yang
disediakan mengikut klasifikasi yang
dinyatakan.

CADANGAN AKTIVITI 27

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Huruf

CARI

Mencari cetakan persekitaran di dalam
rumah menggunakan senarai nama
barang yang diberi.

CADANGAN AKTIVITI 28

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Huruf

CARI DI SEKITAR RUMAH

Beri masa pada kanak-kanak mencari
cetakan persekitaran di sekitar rumah.

CADANGAN AKTIVITI 29

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran

Huruf

KAD LOGO 1

Dua kad yang mengandungi logo dan di bawahnya
ada ejaan perkataan logo. Kanak-kanak mengeja
dengan susunan ejaan.

CADANGAN AKTIVITI 30

Cetakan Persekitaran dan Kemahiran
Huruf

KAD LOGO 2

Minta kanak-kanak menyusun ejaan
perkataan logo tersebut atau boleh minta
kanak-kanak menyusun ejaan perkataan lain.

31

Mengapakah rumah perlu
dijadikan persekitaran yang

kaya dengan cetakan?

Persekitaran rumah yang kaya
dengan cetakan juga akan dapat
membina kemahiran literasi kanak-
kanak.

Ibu bapa boleh melekatkan poster
huruf besar, lagu atau bahasa
berirama dan lain-lain bahan yang
telah ditulis oleh kanak-kanak di
dinding kelas.

32

Ibu bapa perlu membawa kanak-
kanak ke poster di dinding kelas
tersebut dan menunjukkan atau
bercakap mengenai apa yang
terdapat di dalam poster dengan
kanak-kanak.

33

KESIMPULAN

Pendedahan dan aktiviti kanak-kanak
dengan cetakan persekitaran akan
menanamkan asas yang kukuh
terhadap pengenalan abjad dan juga
kepada kemahiran literasi awal yang
lain.

mCeecmmet(Vatbeakuandakknyaanetennlupdicbieaktherruasrienebfbtaukeaakinrht-lmgaa.k,srawa2ia.kn0anna1a8k)

Butiran Penulis

NURUL AQIDAH ROSLAN

Penulis mempunyai Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) dan
Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-
kanak). Penulis juga mempunyai pengalaman
mengajar selama 8 tahun di institusi pendidikan
tinggi awam dan swasta dalam negara.

u u :N r l Aqidah Roslan

_ y @y .qid s afa
ahoo com


Click to View FlipBook Version