Bahagian 1 : Penciptaan Nabi Adam a.s 1
Nabi Adam a.s ialah manusia pertama yang diciptakan
oleh Allah SWT. Sebelum mencipta Nabi Adam a.s,
Allah SWT telah mencipta langit dan bumi serta
seluruh isinya. Allah SWT juga telah mencipta
malaikat. Allah SWT memberitahu para malaikat
bahawa Allah SWT akan menjadikan manusia.
Kemudian Allah SWT mencipta Nabi Adam a.s
daripada tanah liat.
Allah SWT membentuk Nabi Adam a.s daripada tanah
liat lalu meniup roh kepadanya. Kemudian jadilah
Adam a.s seorang manusia yang sempurna. Allah SWT
menciptakan manusia untuk menjadi penguasa di
bumi. Oleh itu, Nabi Adam a.s diberikan ilmu dan
hikmah daripada Allah SWT.
2
Allah SWT memerintahkan para malaikat supaya
sujud di hadapan Nabi Adam a.s sebagai tanda hormat.
Semua malaikat sujud kecuali Iblis. Iblis
membangkang kerana dia merasakan dia lebih mulia
daripada Nabi Adam a.s.
Allah SWT terus bertanya kepada Iblis, sebab dia tidak
mahu sujud hormat kepada Nabi Adam a.s. Iblis
menjawab, "Aku lebih baik daripada dia. Engkau
ciptakan aku daripada api, sedangkan dia. Engkau
ciptakan dari tanah" [Quran 7:12]. Allah SWT amat
murka dengan sikap Iblis yang amat bongkak itu.
3
Kerana kesombongannya Allah SWT telah
menghukum iblis untuk dikeluarkan daripada syurga.
Allah SWT telah mengutuk dan melaknat Iblis kerana
ingkar dengan perintah Allah SWT. Allah SWT telah
mengeluarkannya dari barisan para Malaikat serta
menetapkan tempat Iblis sebagai penghuni neraka.
Iblis dengan sombongnya menerima hukuman Allah
SWT, tetapi dia juga memohon untuk hidup kekal
sampai akhirat. Allah SWT memperkenankan
permintaan Iblis. Iblis bersumpah akan menyesatkan
Nabi Adam a.s serta seluruh keturunannya agar mereka
tidak bersyukur dan tidak beramal soleh.
Orang yang mengikut hasutan Iblis akan mengikutnya
ke neraka. Manakala orang yang beriman dan beramal
soleh kepada Allah SWT akan masuk ke syurga bersama
para Rasul.
Bahagian 2 : Nabi Adam a.s di Syurga 4
Pada mulanya Nabi Adam a.s tinggal seorang diri di
dalam syurga. Kemudian Allah SWT telah
menciptakan Hawwa dari tulang rusuk kiri Nabi
Adam a.s semasa sedang tidur.
Apabila Nabi Adam a.s terjaga didapati Hawwa
berada di samping beliau. Nabi Adam a.s dan Hawwa
hidup bahagia bersama-sama di syurga. Mereka tidak
merasa lapar, dahaga ataupun letih selama mereka
berada di dalam syurga.
5
Allah SWT berfirman kepada Nabi Adam a.s, "Wahai
Adam! Tinggallah engkau bersama isterimu di dalam
syurga. Makanlah apa saja yang kamu berdua sukai.
Tetapi janganlah kamu mendekati pohon yang satu
itu(pohon khuldi). Kamu berdua termasuk dalam
kalangan orang yang zalim (apabila mendekati pohon
itu)" [Quran 7:19].
Iblis yang sememangnya berdendam dengan Nabi Adam
a.s. Iblis berazam untuk menghasut Nabi Adam a.s
supaya mengambil buah larangan itu. Pada mulanya
Nabi Adam a.s tidak mahu kerana takutkan Allah SWT.
Akan tetapi Iblis tidak putus asa, berkali-kali dia
memujuk Nabi Adam a.s dan Hawwa untuk memakan
buah itu.
6
Dia membisikkan kepada mereka bahawa Tuhan
melarang mereka dari memakan buah itu kerana jika
mereka makan buah itu mereka akan menjadi malaikat
dan hidup kekal di dalam syurga. Akhirnya Nabi Adam
a.s dan Hawwa terpedaya dengan tipu helah Iblis.
Mereka makan buah khuldi, lalu aurat mereka terbuka.
Mereka mengutip daun-daun di syurga untuk menutup
aurat mereka.
Perbuatan Nabi Adam a.s dan Hawwa memakan buah
khuldi menyebabkan Allah SWT murka. Allah SWT
berfirman yang bermaksud, “Bukankah aku telah
melarang kamu mendekati pohon itu dan memakan
buahnya, dan tidakkah Aku telah berpesan bahawa
iblis itu adalah musuh yang nyata” [Quran 7:22].
7
Setelah mendengar firman Allah SWT mereka berdua
sedar yang mereka telah melakukan dosa. Mereka
berkata, "Wahai Tuhan kami. Kami telah menzalimi diri
kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan
menyayangi kami, tentulah kami termasuk golongan
orang yang rugi” [Quran 7:23].
Mereka berdua memohon ampun dan Allah SWT telah
mengampunkan dosa mereka dan memerintahkan
mereka berdua turun ke bumi.
Bahagian 3 : Keluarga Nabi Adam a.s di 8
Bumi
Semasa berada di bumi, Hawwa telah hamil dan
melahirkan anak kembar. Anak kembarnya adalah
seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak lelaki
diberi nama Qabil, sementara anak perempuan diberi
nama Iqlima. Nabi Adam a.s dan Hawwa amat gembira
dengan anak-anak mereka.
Setahun kemudian Hawwa telah hamil lagi dan sekali
lagi melahirkan anak kembar, seorang lelaki dan
seorang perempuan. Anak lelaki diberi nama Habil dan
anak perempuannya diberi nama Labuda. Nabi Adam
a.s dan Hawwa mendidik anak-anak mereka supaya
menjadi anak yang soleh dan solehah. Apabila
meningkat dewasa, Qabil menjadi petani dan Habil
menjadi penternak.
9
Apabila anak-anak Nabi Adam a.s meningkat dewasa,
Allah SWT telah mengilhamkan kepada Nabi Adam a.s
untuk mengahwinkan Qabil dengan kembar Habil,
iaitu Labuda. Sementara Habil dikahwinkan dengan
kembar Qabil, iaitu Iqlima.
Namun, Habil tidak mahu mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh ayah mereka. Dia mahu berkahwin
dengan adiknya sendiri iaitu Iqlima kerana Iqlima
lebih cantik dari Labuda. Nabi Adam a.s kecewa
dengan sikap Qabil yang ingkar. Bagi menyelesaikan
pertelingkahan itu secara baik, Nabi Adam a.s
meminta supaya Qabil dan Habil mempersembahkan
korban kepada Allah SWT.
10
Korban siapa yang diterima akan dapat mengahwini
Iqlima. Qabil telah mempersembahkan gandum yang
kurang bermutu sementara Habil pula
mempersembahkan kambing yang paling gemuk.
Akhirnya korban Habil telah diterima oleh Allah SWT.
Qabil berkata kepada Habil,”Sungguh, aku pasti
membunuhmu!”. Habil menjawab, “Sesungguhnya
Allah SWT menerima (korban) dari orang-orang yang
bertakwa"[Quran 5:27]. Jika engkau menggerakkan
tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak
akan menggerakkan tanganku untuk membunuhmu.
Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT,
Tuhan sekalian alam” [Quran 5:28].
11
Kemarahan Qabil menyebabkan dia telah bertindak di
luar fikiran yang waras. Qabil membunuh Habil.
Selepas membunuhnya, Qabil tersedar akan
kesalahannya dan dia amat menyesal. Dia menjadi
bingung melihat mayat saudaranya. Dia tidak tahu
perkara yang patut dilakukan kepada mayat
saudaranya itu.
Lalu, Allah SWT telah mendatangkan seekor burung
gagak yang sedang menggali tanah. Maka Qabil terfikir
untuk meniru perkara yang dilakukan oleh gagak itu.
Qabil pun menanam mayat Habil di dalam tanah
seperti yang dilakukan oleh burung gagak. Nabi Adam
a.s mengetahui bahawa Habil telah dibunuh oleh
Qabil. Baginda menerima takdir yang ditentukan
dengan reda.
TAMAT