The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dr.dahliajanan, 2021-05-28 00:56:32

Kisah Nabi Idris

Kisah Nabi Idris

Kisah
Nabi
Idris a.s

1

Bahagian 1 : Pengenalan Nabi Idris a.s

Nabi Idris a.s adalah salah seorang daripada nabi-nabi
Allah. Nabi Idris adalah nabi ketiga selepas nabi Adam
a.s dan Nabi Syits a.s. Nabi Idris a.s tinggal di Mesir.
Nama Nabi Idris a.s menurut bangsa Yahudi ialah
Hanukh ‫ﺣﻨﻮخ‬. dan diterjemahkan ke dalam Bahasa
Arab sebagai Akhnukh (‫)أﺧﻨﻮخ‬. Orang-orang mesir
lama menamakan Nabi Idris as .

2

Nabi Idris a.s dianugerahkan kepandaian di dalam
pelbagai bidang ilmu seperti ilmu matematik. Nabi Idris
a.s adalah seorang yang pandai membaca dan menulis
menggunakan pen.

Beliau juga seorang yang kreatif dan mempunyai
pelbagai kemahiran seperti menjahit pakaian. Nabi
Idris a.s suka mengkaji alam semesta sehingga beliau
menguasai ilmu astronomi.

3

Nabi Idris a.s adalah seorang yang berani dan gagah
sehingga mendapat gelaran sebagai 'Asadul Usud' yang
bermaksud “singa dari segala singa”. Nabi Idris a.s
berjuang menegakkan kebenaran terhadap sesiapa
sahaja yang kufur kepada Allah.

Nabi Idris a.s memerangi pengikut Qabil yang
melakukan kerosakan di muka bumi pada waktu itu,
serta mereka tidak mahu menyembah Allah SWT. Nabi
Idris a.s telah menggunakan pasukan tentera berkuda,
dan dengan izin Allah SWT, Nabi Idris a.s telah
memperoleh kemenangan.

3

Selain dari kepahlawanan beliau, di dalam Al-Quran
menyatakan sifat Nabi Idris a.s sebagai seorang yang
sabar, jujur (as siddiq) dan soleh. Beliau amat rajin
beribadah kepada Allah SWT siang dan malam.

Bahagian 2 : Pertemuan Nabi Idris a.s 14
dengan Rasulullah SAW

Semasa peristiwa israk mikraj, Nabi Idris a.s pernah
dilawati oleh Rasulullah SAW di langit ke empat
[Hadith Bukhari, No. 7517; Muslim No. 162]. Beliau
mengucapkan salam kepada Nabi Idris a.s. Nabi Idris
a.s menjawab salam baginda dan berkata, "Selamat
datang saudara yang soleh dan nabi yang soleh." (HR.
Bukhari). Demikianlah Nabi Idris a.s yang diangkat
darjat beliau ke martabat yang tinggi oleh Allah SWT.

TAMAT


Click to View FlipBook Version