ADAT DAN TRADISI
MASYARAKAT MELAYU,
CINA DAN INDIA
Ahli Kumpulan
1. GAN ERN XIN F1Y-SEJ
2. IVY WONG SING YING F1Y-SEJ
3. LIM HUI CHUN F1Y-SEJ
4. LEONG SUI HUA F1Y-SEJ
ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka Surat
Masyarakat Melayu, Cina dan India 1, 21, 35
Pengenalan 2-3, 24, 36
Adat kelahiran 4-9, 22-23, 37-44
Adat Perkahwinan 10-12, 25, 45-46
Adat Kematian 13, 26, 47-48
Pantang Larang dan
Adat Resam umum 14, 27-28, 49
Perayaan 15, 29-30, 50-51
Makanan Traidisional 16, 31, 52
Pakaian Tradisional 17, 32, 53
Permainan Tradisional 18, 33, 54
Kesimpulan 19, 34, 55
Rujukan 20, 34, 55
Orang Sumber 56
Refleksi
Masyarakat
Melayu
PENGENALAN
Orang Melayu terdiri daripada 55% daripada jumlah penduduk
di Malaysia yang merupakan masyarakat terbesar di Malaysia
dan ditakrif sebagai "Bangsa Melayu". Orang Melayu bertutur
dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi
dan adat istiadat Melayu.
1
ADAT KELAHIRAN
MASYARAKAT MELAYU
UPACARA UPACARA Menempah Bidan
ADAT SEBELUM
KELAHIRAN KELAHIRAN MMaenlednigMgea
lnegn
gPgearnugt Perut
Mengadap Pe
rut
UPACARA
SEWAKTU
BERSALIN Potong tali pusat
Azan/Qam
at
UPACARA Membe
lah mulut
SELEPAS Berpant
ang
KELAHIRAN
Adat tanggal pusat/cuci lantai
Memberi nama
Mencukur rambut
Naik buai
Jejak tanah/Turun tanah
Bersunat/Berkhatan
2
PANTANG LARANG
SEMASA KEHAMILAN
1. WANITA HAMIL DILARANG MANDI SELEPAS MAGRIB DAN
ISYAK DAN MERENDAM KAIN BAJU BASUHAN SEPANJANG
MALAM.
Dikhuatiri akan mendapat air kembung
sewaktu bersalin.
2.WANITA HAMIL DILARANG MENGEJEK ORANG
Dikhuatiri sifat orang dihina akan dimiliki oleh
anak yang bakal lahir.
3.DILARANG MEMAKU, MEMAHAT, MENGAIL ATAU MENYEMBELIH
BINATANG
Dikhuatiri anak yang bakal lahir akan sumbing.
4. DILARANG MINUM AIR TEBU DAN KELAPA SERTA MEMAKAN NENAS
Boleh menyebabkan keguguran.
3
Adat Perkahwinan
MASYARAKAT MELAYU
3 PERINGKAT:
PERTAMA:
Merisk atau menengok.
Meminang atau bertunang.
Menghantar belanja dan akad.
KEDUA:
Berandam dan berasah gigi.
Berinai
4
Adat Perkahwinan
3 PERINGKAT:
KETIGA:
Bersanding
Mandi Limau
Sambut-menyambut
5
Adat Perkahwinan
PERINGKAT PERTAMA:
Merisik
-Meninjau atau menengok
-Pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara.
-Memastikan gadis yang duhajati oleh seseorang lelaki itu masih belum
berpunya.
-Menyelidik latar belakang gadis.
Meminang dan Bertunang
- Ibu dan bapa anak dara tidak akan memberikan jawapan yang muktamad kepada pihak yang
datang meminang kerana mereka sepatutnya diberikan masa atau tempoh untuk berfikir.
- sekiranya pinangan diterima, mereka kan berbincang dengan segala syarat berkenaan dengan
mas perkahwinan dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan.
- Tarikh sesuai berkahwin telah ditentukan.
- Konsep Menghantar Tanda.
- Pemberian cincin, sepasang kain selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan dn
sirih sanjung.
6
3) menghantar belanja dan
akad
cincin yang bertatah batu permata.
kain sutera yang mengcukupi untuk mengjahit sehelai baju perempuan.
dua helai kain sutera.
beraneka jenis kuih.
beraneka jenis buah-buahan
puan(mangkuk sirih) atau kotak sirih yang dilengkapi dengan bahan-bahan
satu atau dua cerek air mawar yang diperbuat daripada logam perak ataupun loyang.
7
PERINGKAT KEDUA:
1) Berandam Dan
Berasah Gigi
Diamalkan pada tiga hari atau lebih sebelum hari kad nikah.
Rambut pengantin perempuan di dahi serta bulu kening dipepat
Kemudian gigi pengantin perempuan sudah diasah dan dikilap sepaya menjadi lebih rata
dan berkilat.
Dilakukan oleh tukang andam.
Sekarang hanya adat berandam diamalkan
Pengantin perempuan dimandi dengan air sintuk-limau untuk menghapuskan nasib
malang.
2) istiadat Berinai
Berinai Curi
Berinai Kecil
Berinai Besar
8
PERINGKAT KETIGA:
1) Bersanding
2) Mandi Limau
3) sambut- menyambut:
Adanya kenduri di rumah pengantin perempuan.
Suami dan ibu bapa mertua akan membawanya membuat
kunjungan pertama ke rumah mereka.
Di rumah suaminya, istiadat bersanding akan dijalankan algi.
Hiburan sepanjang hari.
9
Adat Kematian
- Menghebahkan kematian kepada iman atau siak yang berada di masjid dan
seterusnya masyarakat di sekitar serta saudara-mara.
- Mayat haruslah letak di ruang tengah rumah dan dibaring serta ditutup dari
kepala ke kaki dengan sehelai kain.
- Orang yang datang akan membaca ayat-ayat suci al-Quran.
- Terdapat dua kaedah pengembumian iaitu pengembumian barasaskan garis
panduan al-Quran dan al-Sunnah.
- Cara pengembumian telah dilaksanakan dengan adat-adat Melayu.
10
1) selepas kematian:
Keluarga si mati akan memberitahu tok iman agar kematian itu dapat dimaklumkan
kepada saudara-mara dan jiran tetangga.
Pengumunan masjid.
Mayat diletakkan di ruang tengah rumah
Dibaring serta ditutup dengan sehelai kain dari kepala hingga ke kaki.
Kepala dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangan pula dikiamkan.
Orang yang menziarahi akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Sebelum dikembumikan, mayat akan dimandikan oleh tukang mandi.
Jenazah seterusnya dikapankan (cara membalut badan mayat dengan kain putih.)
Mayat lelaki dibalut dalam 3 lapisan, mayat perempuan ialah dibalut sebanyak 5 lapis
beserta telekung.
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda, seorang wakil atau waris si mati akan
memberi ucapan ringkas dan memohon ampun.
11
2) semasa pengembumian
Jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah
perkuburan.
Sebelum ditimbus, sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan
membuka papan tutup keranda dan mengerengkan mayat serta membuka
ikatan di kepala.
Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal, barulah
keranda ditutup dan tanah ditimbus.
Dua batu nesan tertuls nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan
dicacak di atas kubur.
Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati.
Diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puh empat dan keseratus hari.
12
PANTANG LARANG DALAM
KEHIDUPAN HARIAN
MASYARAKAT MELAYU
IBU BAPA TIDAK LELAKI DILARANG
BOLEH MAKAN SISA BERSIUL DI DALAM
MAKANAN BAYI. RUMAH.
Takut nanti melawan Takut nanti ular masuk ke
cakap ibu bapa dalam rumah
DILARANG KETAWA DILARANG MAKAN
WAKTU MAGHRIB . WAKTU MAGHRIB.
Takut nanti datang Takut makan bersama
hantu hantu
JANGAN MAKAN DILARANG
TIDAK BASUH MENJAHIT DI
PINGGAN. BADAN.
Takut nanti lambat Takut nanti tidak lepas
mendapat menantu hutang
13
PERAYAAN KAUM
MELAYU
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya
Aidiladha
Sambutan
Maulidur Rasul
14
MAKANAN TRADISIONAL
MASYARAKAT MELAYU
Nasi Lemak Ketupat Lemang
Satay Rendang Dodol
15
PAKAIAN TRADISIONAL
MASYARAKAT MELAYU
Baju Melayu Cekak Musang Baju Kurung
Baju Melayu Teluk Belanga 16 Baju Kebaya
PERMAINAN TRADISIONAL
MASYARAKAT MELAYU
Batu Seremban Terompah Gergasi
Congkak Sepak Raga
Gasing Lari dalam Guni
17
KESIMPULAN
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai adat dan
tradisi yang telah diwarisi secara turun-temurun.
Adat dan tradisi masyarakat Melayu adalah sangat
menarik dan bermanfaat. Dengan itu, generasi
muda haruslah berusaha untuk mempertahankan
adat dan tradisi yang diwarisi daripada nenek
moyang supaya tidak ketinggalan zaman.
18
RUJUKAN
Mohd Anuar Ramli, & Muhammad Yusri Yusof. (2020). Kearifan tempatan dalam adat kematian
masyarakat melayu dari perspektif uruf. Jurnal Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa 21 (1).
https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/303
Keum Hyunn Rou Kim, & Norhuda Salleh. (2020) Tepak Sirih: Interpretasi dan Persepsi Dalam
Adat Perkahwinan Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 27(1),
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25654/12036https://ejournal.um.e
du.my/index.php/JPM/article/view/25654/12036
Norhuda Salleh. (2014). Tepak sirih: komunikasi bukan lisan dalam adat perkahwinan melayu.
Jurnal Komunikasi. https://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/14993
Siti Mery Sukarniawati, Hariansyah, & Wahab. Nilai Pendidikan Islam Pada Upacara Adat
Kematian Masyarakat Melayu Landak. Journal Of Islamic Education, 2(1), 17-38.
https://ejournal.iainpalopo.ac.id/index.php/iqro/article/download/847/620
19
RUJUKAN
Maklumat Orang Sumber:
Nama: Zakaria bin Saad
Umur: 55 tahun
Tempat Tinggal: No.33, Lorong Berlian Indah 3/3, Taman
Berlian Indah, 08000 Sungai petani, Kedah.
JAWATAN: PENSYARAH
Link temu bual:
https://drive.google.com/file/d/1XELnWwtSvj-
MzG7gOACrr81kgNCr3_k5/view?usp=sharing
20
MASYARAKAT CINA
PENGENALAN
Orang Cina Malaysia merupakan warganegara Malaysia yang
berketurunan Bangsa Han. Mereka ialah kaum kedua
terbesar di Malaysia. . Terdapat beberapa suku dialek iaitu
Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan dan Fuzhou.
Kehidupan seharian masyarakat Cina banyak bergantung
kepada nasib. Adat resam dan pantang larang adalah
berbeza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat
Cina.
21
Perkahwinan
Pantang Larang
Tarikh perkahwinan tidak digalakkan
berlangsung pada bulan hantu ataupun
perayaan qingming.
Perkahwinan perlu ditangguh pada tahun
hadapan atau selama 100 hari jika ahli
keluarga bakal penggantin meninggal dunia.
Pasangan pengantin yang mempunyai nama
keluarga yang sama tidak digalakkan untuk
berkahwin.
Baju pengantin sebaik- Dilangsungkan setelah
baiknya bewarna putih, setahun bertunang atau
merah atau kuning. mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua
Baju hitam, biru dan belah pihak
kelabu dilarang kerana
melambang kematian Pengantin memakai pakaian
dan kesedihan. pengantin yang diperbuat
daripada kain sutera dan
22 disulam benang emas serta
dihias dengan pelbagai
TERDAPAT 3 UPACARA SEMASA SESUATU
PERKAHWINAN DIADAKAN
Perkahwinan sivil Upacara minum teh Jamuan makan
bakal pengantin diadakan secara besar-
berdaftar sebagai pengantin baru beri teh besaran di rumah, dewan,
suami isteri yang sah kepada anggota keluarga yang atau restoran.
dari segi undang- lebih tua tetamu-tetamu memberi
undang. melambangkan penerimaan ang-pau sebagai hadiah
. pasangan pengantin kepada pasangan
terutamanya si isteri dalam pengantin.
keluarga si suami di samping kedua pengantin
bertujuan untuk mengeratkan mengenali dan beramah
hubungan kekeluargaan. mesra dengan ahli keluarga
kedua belah pihak.
23
ADAT KELAHIRAN
Sebelum kelahiran bayi
tidak boleh melakukan kerja-kerja berat
kerana bimbang anaknya akan menjadi cacat
digalakkan tidur dan makan dengan baik,
membaca buku yang baik dan melihat benda-
benda yang cantik.
Setelah kelahiran bayi
Ibu berpantang selama 40 hari dengan
memakai pakaian dan stoking tebal supaya
tidak masuk angin dan elakkan daripada
mandi dan membasuh rambut dengan air
sejuk.
KENDURI
Kenduri ' Bulan Penuh' diadakan dengan meriah apabila
bayi mencapai umur sebulan
kuih khas berbentuk bulat dan berwarna merah disediakan.
Isinya berwarna kuning dan dibuat daripada kacang.
kuih dan telur merah dihadiahkan kepada saudara-mara
24
KEMATIAN
Pengenanalan
Upacara pengkebumian adalah acara yang amat
meriah dengan peraturan tertentu. Selepas
pengkebumian, upacara seperti pembakaran colok
dan alatan diperbuat dari kertas sebagai bekalan
hidup di akhirat.
upacara berlangsung dari 3-7 hari supaya sanak saudara
dan rakan dapat memberi penghormatan terakhir kepada si
mati.
tetamu tidak galak memakai pakaian berwarna warni
ataupun berbunga
si mati akan dimandikan dan dipakaikan pakaian pengantin
dan wangi-wangian sebagai persediaan ke alam akhirat.
sumbangan wang dalam sampul putih biasanya disampaikan
kepada keluarga si mati oleh mereka yang datang menziarahi
yang berjumlah ganjil.
25
ADAT DAN TRADISI
terdiri dari pelbagai kepercayaan tentang alam dan campuran
falsafah atau etika dari ahli-ahli fikir zaman kuno serta agama
Buddha.
roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia
ditandakan oleh sekeping papan peringatan (tablet) yang
dicatatkan nama keturunannya dan diletakkan di ruang
tamu rumah
HUBUNGAN DENGAN
AHLI KELUARGA
amat menghormati orang yang lebih tua
kerana mereka mempunyai kebijaksanaan.
Anak lelaki mewarisi harta dari bapanya.
kepentingan meneruskan keluarga
menyebabkan perkahwinan seorang lelaki
adalah amat penting.
26
1. TAHUN BARU CINA PERAYAAN
perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina
kerana membolehkan semua ahli keluarga dapat
berkumpul bersama.
ibu bapa atau orang yang lebih tua memberi ang pau
kepada anak-anak(tanda baik agar mereka boleh hidup
dengan lebih sihat dan bahagia.)
Sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina, ahli keluarga
akan berkumpul dan makan bersama-sama (Reunion)
sebagai lambang bersepadu dalam keluarga.
disambut meriah selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei
PANTANG LARANG
1. dilarang menyapu sampah pada hari pertama Tahun Baru
Cina ( supaya tuah tidak disapu keluar)
2. tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat
3.mercun mampu menghalau kuasa jahat
4.semasa menziarahi, tetamu harus bawa 2 atau 4 biji
limau mandarin kepada tuan rumah.
5.dilarang memecahkan alatan tembikar dan gelas
27
2. PESTA PERAHU NAGA
disambut pada hari kelima bulan kelima dalam
kalendar Lunar bagi mengenang seorang
patriotisme pada zaman dahulu yang bernama
Qu-Yuan
perlumbaan perahu naga yang dapat memupuk
semangat berpasukan
Zongzi yang dibuat daripada pulut akan
dimakan oleh masyarakat Cina.
3. PESTA KUIH BULAN
kanak-kanak akan bermain tanglung. Orang tua akan
bersembahyang bulan pada malam tersebut.
disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar
Cina
isi kuih bulan ialah kacang merah, kuning telur masin
dan biji teratai
28
MAKANAN Yee Sang (yusheng) dihidangkan pada Tahun Baru Cina
dan membawa lambang kekayaan.
YEE SHANG
diperbuat daripada potongan ikan, kacang , cili, lobak
merah, halia, biji bijan bakar dan udang kering goreng.
Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat
daripada sos plum.
Dumpling yang dikenali sebagai jiaozi merupakan DUMPLING
makanan tradisional. Dalam dumpling, terdapat isi seperti
cili, cendawan dan udang dan membawa maksud duit
datang kerana bentuknya serupa dengan wang buatan
emas iaitu Yuanbao.
Chang Shou Mian yang menandakan umur panjang.
Biasanya dihidangkan semasa sambutan hari lahir.
Mee ini tidak digalakkan untuk dipatahkan semasa
makan.
CHANG SHOU MIAN
29
TANG YUAN Tang Yuan merupakan pencuci mulat masyarakat
Cina yang berbentuk bulat. Tang Yuan dibuat
daripada tepung beras dan isinya ialah kacang tanah,
gula dan bijan. Konsep Tang Yuan ialah bersama
keluarga.
Chee Cheong Fun ialah adunan tepung beras yang
digulung nipis dan kemudian dipotong-potong serta
disajikan dengan sos pedas, udang segar dan juga
sayur-sayuran. Terdapat dua cara untuk
menghidangkan makanan ini iaitu basah atau kering.
CHEE CHEONG FUN
30
PAKAIAN TRADISIONAL
SAMFOO HANFU CHEONG SAM
BAJU SHANGHAI JUBAH LABUH MING
31
PERMAINAN TRADISIONAL
MAHJONG
WEIQI
XIANGQI
32
KESIMPULAN
Masyarakat Cina memang mempunyai adat tradisi yang unik
di Malaysia. Adat tradisi tersebut memangnya membawa
didikan kepada masyarakat supaya nilai-nilai baik dapat
dterapkan dalam kehidupan seharian. Kebanyakan masyarakat
Cina sekarang masih mengamalkan adat dan tradisi Cina yang
diwarisi turun-temurun nenek moyang. Oleh itu, kita sebagai
rakyat Malaysia sepatutnya memahami dan berbangga dengan
kewujudan masyarakat Cina yang mempelbagaikan lagi
budaya di negara ini.
33
RUJUKAN
Iam Myzaa. (n.d.). Warisan dan Kebudayaan Kaum Cina di Malaysia.
https://www.academia.edu/12037450/Warisan_dan_Kebudayaan_Kaum_Cina_di_Malay
sia?fbclid=IwAR1gUtgxN2auKBNaHVcxf4O31qVlcGH4UfCP_w2cGdH5dn1yROWutt71tbY [28
Oktober 2021]
Lee. B.L. (n.d.). Adat pantang larang dan fengshui kaum cina.
https://www.academia.edu/14674489/Adat_pantang_larang_dan_fengshui_aum_cina
[28 Oktober 2021]
Perpustakaan Negara Malaysia. (2013). Adat Perkahwinan Masyarakat Cina (1).pdf.
Dokumen.tips. https://dokumen.tips/reader/f/adat-perkahwinan-masyarakat-cina-1pdf
[28 Oktober 2021]
Umie Azahrah. (n.d.). Pekembangan budaya masyarakat cina.
https://www.academia.edu/30308539/Pekembangan_budaya_masyarakat_cina [28
Oktober 2021]
Wan Seng Ann. (1995). Chinese customs and taboos. Fajar Bakti.
ORANG SUMBER
Adat dan tradisi masyarakat Cina :
Nama:WONG SIAU SIEN
Umur: 50 tahun
Tempat Tinggal: Sungai Penyulau, 96700 Kanowit, Sarawak
Jawatan: ketua kampung
Link temu bual: https://drive.google.com/file/d/1amTNFFl49dkuReUCwlxBPN-
ex400xlXy/view?usp=drivesdk
Bukti gambar: https://drive.google.com/file/d/1ABOLuu_yPMEdIXiwFZGDcIXG3kIH9xaj/view?
usp=drivesdk
34
ORANG INDIA
PENGENALAN
Kaum India merupakan kaum yang ketiga besar di negara Malaysia. Kaum India juga
merupakan satu kaum yang telah menymbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat
yang majmuk negara ini. Masyarakat India juga sperti kaum lain yang berada di Malaysia
iaitu mempunyai adat dan resam mereka yang tersendiri. mereka masih lagi mengamalkan
secara turun-menurun
35
KELAHIRAN
SEWAKTU MENGANDUNG
Adat Valaikaapu akan dijalankan semasa bayi masih lagi di dalam kandungan ibu kira-
kira 7 ayau 9 bulan. gelang tangan akan dipakai untuk menjamin atau melindungi bayi
tersebut. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir . Ibu yang hamil tersebut akan
dimandikan dengan air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-
bungaan. Ibu yang hamil tersebut akan memakai sari perkahwinan atau sari baru dan
duduk di ruang tamu. Para cumanggali akan menyapu krim cendana pada tangan dan
pipi ibu yang hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakai.
selepas kelahiran bayi
BAYI DIBAWA PULANG KE RUMAH
Bayi yang dilahir di hospital akan dibawa pulang pada hari dengan bilangan nombor ganjil
seperti tiga dan lima.
MANDI SELEPAS BERSALIN
bayi dan ibu yang balik akan diasingkan dari ahli keluarga yang lain iaitu di bilik khas yang telah
disediakan.
MENDODOI BAYI
upacara mendodoi juga dikenali sebagai penggoyangan lidah. Upacara akan bermula dengan
aaraaro aariraro atau cerita nasihat. Hal ini bertujuan agar bayi menjadi seorang yang
berguna.
MEMBERI NAMA
selepas 16 hari bayi akan diberikan nama melalui upacara pemberian nama.
36
MASYARAKAT INDIA
PROSES
Merisik
PERKAHWINAN Berkunjung ke rumah pengantin
Ikat janji / Niccayam
Parisam
Kad jemputan
Penyediaan Thaali(tjrumaanggalyam)
Mukuurta kaal
Upacara kanggenam dan perkahwinan
Selepas perkahwinan
37
MERISIK
Tujuan merisik adalah untuk melihat keadaan bakal pengantin idaman si teruna
dan dara. Biasanya proses ini akan dilakukan oleh pihak pengantin lelaki. Ibu bapa
bagi pihak lelaki akan minilai bagi memastikan bahawa seseorang tersebut sesuai
untuk dijadikan pasangan anak mereka. Dalam proses merisik mereka akan
mengmbil perhatian terhadap aspek etnik, ekonomi, status sosial dan
sebagainya. Aspek seperti tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan sebagainya
juga dipertimbangkan.
KUNJUNGAN KE RUMAH
PENGATIN
Selepas proses merisik pihak pengantin bagi pihak lelaki akan mengujungi ke
rumah pihak pengantin. Mereka akan menjalankan satu adat iaitu Thirumanam
Poruttam Paartal, dalam bahasa melayu adat ini bermaksud adat penyesuaian
bakal pengantin . Untuk pengetahuan semua, dalam ajaran agama Hindu adalah
tiada konsep penceraian. Sebanyak 21 aspek yang akan diambil kira bagi
menentukan sama ada pasangan pengantin tersebut sesuai atau tidak dengan
penggunaan cara tilikan dimanak Hindu. Tilikan yang masih diamalkan ialah Tina
Poruttam/Natcattira poruttam, kana Poruttam, Raasai poruttam, Vaisya
Poruttam, Racau Poruttam dan Veetai poruttam.
38
IKAT JANJI (NICAYAM)
Setelah kedua-dua pihak bagi pengantin perempuan dan lelaki bersetuju, wakil
bagi pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan dengan membawa
barangan seperti kelapa, sirih pinang dan sebagainya. Semua barangan yang
dibawa dalam bilangan nombor ganjil sahaja. pengantin lelaki akan melafazkan
ikat janji iaitu dalam bahasa India ialah Niccayam. Hal ini bertujuan untuk
menyatakan persetujuannya bagi mengkahwini dengan pihak perempuan.
Mereka akan mengumumkan berita tersebut kepada orang ramai. Sebagai
tanda ikatan, sirih pinang pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan
saling bertukar. Kedua-dua pihak pengantin akan berbincang tentang tarikh
perkahwinan yang akan dijalankan.
PARISAM
terdapat 2 jenis Parisam iaitu Parisam biasa dan Udan Parisam. Perbezaan bagi
kedua-dua jenis Parisam ini ialah Parisam biasa akan menjalankan kegiatan
pemberian hadiah awal sebelum hari perkahwinan mankala Udan Parisam adalah
dijalankan pada hari yang sama waktu pagi sebelum perkahwinan. sebenarnya
Parisam juga bererti majlis pertunangan. Pihak lelaki akan menyediakan
hantaran dalam bilangan nombor ganjil dan penyediaan tersebut hanya boleh
dilakukan oleh cumanggali(wanita yang berkahwin) sahaja. Pengantin lelaki yang
memakai pakaian tradisonal akan membawa Parisam ke rumah pengantin
perempuan. Alatan muzik akan diaminkan juga seperti meelam dan sebagainya.
Pihak bagi perempuan akan meletakkan puuurana kumbum(puyung) di ruang
tamu. Kuttu Vilakku turut diltekkan bersama puurana kumbum bagi
penunjukkan kurniaan Tuhan. Upacara sembahyang diadakan dan bapa penantin
perempuan menyerahkan parisam kepada anaknya. Pengantin perempuan akan
menggunakkan kunyit untuk menulis bagi meminta restui daripada Tuhan. Sari
Parisam
39
dipakai oleh pengantin perempuan dan dubawa keluar oleh seorrang wanita ke
ruang tamu. Kalungan bunga akan dikalungkan oleh saudara mara kepada
pengantin perempuan. Dalam bahasa India ini dikenali sebagai orraimaalai.
KALUNGAN BUNGA
KAD JEMPUTAN
Kad jemputan juga merupakan proses yang amat penting sebelum perkawinan
diadakan. Kad jemputan bagi masyarakat India adalah berdasarkan Almanak
Hindu. Mereka sangat mementingkan proses tersebut juga. Proses ini tidak
boleh melakukan apa-apa kesilapan kerana mereka memercayai bahawa jika kad
jemputan mempunyai kesilapan, perkahwinan juga tidak akan berjalan dengan
lancar. Kad jemputan akan disediakan dalam bilangan nombor ganjil. Menurut
adat masyarakat India, mereka akan menjalankan upacara Paanam Paaku iaitu
kad jemputan yang disediakan akan dibawa ke kuil untuk menjalankan proses
Arccanai iaitu bermaksud bersembahyang. Kad jemputan akan diletakkan
bersama dengan ,kelapa, sirih, pinang, dan sebagainyan di atas dulang yang
melambangkan kekayaan. Dulang akan dibawa balik dan akan diberikan kepada
bakal pengantin mereka. Sementara dengan itu, sebagai satu simbol jemputan
majlis perkahwinan, sirih piang turut diberikan.
40
PENYEDIAAN THAALI
(TJRUMAANGGALYAM)
Thaali adalah melambangkan suci perkahwinan. Pada thaali itu diikatkan dengan
segumpal benang yang berwarna putih. Kunyit akan disapukan pada benang
putih itu. Thaali mempunyai banyak jenis seperti Lingath Thaali, Pottut Thaali,
Tennantthaali dan lain-lain. Biasanya adat ini akan dijalankan 7 atau 9 hari
sebelum majlis diadakan. Bagi memudahkan tukang pembuatan Thaali
mengetahui hari pembuatan yang paling sesuai pengantin lelaki akan membawa
baranf seperti emas, cendana, bayaran dan sebagainya untuk berjumpa dengan
tukang pembuat Thaali. Thaali yang siap dibuat akan diambil balik sebelum hari
perkahwinan. Mereka akan membawa ke tempat mereka bersembahyang.
Upacara yang dikenali sebagai Thaalippadaiyal akan dijalankan dan mereka akan
menyediakan nasi manis, bubur manis, serta Sari dan Dhoti milik pengantin
perempuan dan pengantin lelaki.
41
MUKUURTTA KAAL
Sebelum majlis perkahwinan diadakan, adat Mukuurtta Kaal akan diadakan terlebih
dahulu 5 hari sebelum hari perjahwinan. mMereka turut akan memilih satu hari
yang baik dan sesuai untuk menjalankannya. Mereka akan menebangkan satu pokok
yang lurus serta tidak unggul untuk menjadi Mukuurtta Kaal. bahan-bahan seperti
sirih pinang, kunyit, dan sebagainya akan disediakan juga . Mereka akan memohon
terhadap Tuhan supaya majlis perkahwinan mereka dapat dijalankan dengan
lancar. kulit batang kayu akan dibuangkan serta kekotoran akan dibersihkan. Kunyit
cair dan kum kum yang telah disediakan akan disapukan pada batang kayu oleh 5
orang wanita yang berkahwin.Bukan itu sahaja, 5 orang wanita tersebut turut
akan menjalankan upacara sembahyang. mereka akan menaburkan 9 jenis bijirin
keatas batang kayu serta menyalakan lampu minyak. Pengantin akan berikrar.
Biasanya akan dijalankan di rumah pihak pengantin lelaki.
42
UPACARA PERKAHWINAN
Terdapat 3 jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat
Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam. Perkataan
Thairumanm dalam bahasa melayu ialah bermaksud kenyatuan atau ikatan suci
perkahwinan antara pasangan suami isteri supaya kekal hingga ke saat yang
terakhir.Upacara Niccayam akan dijalankan terlebih dahulu. Kad undangan juga
akan dibawa ke kuil iaitu dalam bilangan nombor ganjil. Batang pokok yang telah
disediakan awal itu akan digunnakan untuk upacara Kanggenam pada hari
perkahwinan dengan menanamnya. Seorang pelanda akan menjalankan upacara
perkahwinan melalui berdoa supaya mereka bahagia. 9 jenis bijirin akan
ditaburkan selepas aktiviti menyarungkan cincin. Lelaki akan kalungkan thaali
dan hujungnya akan diikat satu kunyit kepada pengantin perempuan hingga ke
aras dada. bpertukaran dulang yang mempunyai buah-buahan adalah sebagai
penghomatan kepada mertua serta sapukan debu suci pada dahi pengantin.
Adat yang akan dilakukan sebagai penghormatan serta untuk mendapatkan
restui ibu bapa dengan mencium tapak kaki mereka, memberi sirih dan
sebagainya.
43
SELEPAS MAJLIS
PERKAHWINAN
Selepas majlis perkahwinan, penagntin perempuan akan tinggal di rumah
pengantin lelaki. Kemudian pengantin lelaki juga akan tinggal di rumah pengantin
perempuan tiga hari. ibu bapa mertua akan menyediakan jamuan. pada hari yang
ketiga selepas majlis perkahwinan, khemah akan dirobohkan. Sesiapa yang
merobohkan khemah perkahwinan akan dihidangkan jamuan ringan sahaja. Jikalau
perkahwinan diadakan di kuil mereka tidak dibenarkan untuk menghidangkan
daging kecuali sayur-sayuran.
44
PERCAYA KONSEP KELAHIRAN SEMULA DAN
KEMATIAN SEPERTI TIDUR
ADAT KEMATIAN
MENGURUS
MAYAT
Mayat akan diletakkan di ruang tamu dengan posisi kepala berhala ke arah
selatan. Selepas itu, ahli keluarga Si mati akan menyalakan Kaamaatci
Amman(lampu minyak). Sirih pinang dan kelapa yang telah dibelah menjadi dua
akan di letakkan di tepi mayat. Sebelum memulakan upacara sembahyang,
Tiruniiru(serbuk suci) turut akan disapu di dahi si mati. Tangan si mati akan
diletakkan pada dadanya. Mereka akan myediakan satu kain putih untuk
mengikatkan ibu jari tangan dan kaki. pada bahagian mata juga perlu
dibalutkan dengan kain tetapi kunyit akan diapu terlebih dahulu sebelum
dibalut. Dalam lubang hidung akan diletakkan dengan dua kapas. Duit syiling
disediakan dan diletakkan ke pada dahi si mati. Air mawar akan direnjis pada
badan si mati dan mayat akan diasapkan dengan kemenyan yang dibakar.
Barangan perhiasan tidak boleh digunakkan ataupun diletakkan di ruang tamu.
Gambar bagi si mati akan diletakkan secara songsang.
UPACARA VAAIKKARISI
Mayat yang telah siap dimandi dan dihias akan diletak atau dimasukkan ke
dalam keranda. Kapur barus turut akan dimasukkan bersama dengan mayat
supaya tidak mempunyai bau yang busuk. Untuk dijadikan satu tanda
pemberiaan yang terakhir, sedikit beras akan diletakkan ke dalam mulut si mati.
45
KOLLIC CATTI
Periuk tanah liat yang mempunyai api akan diangkat menggunakan pelepah
kelapa yang dibelah tiga pada bahagian hujung dan akan diikat pada periuk yang
dibawa oleh ahli keluarga si mati. Salah satu ahli keluarga akan membawanya
mengiringi si mati. Dalam perjalanan ke tempat pembakaran mayat lagu-lagu
suci akan dimainkan.
Kunyit
PEMBAKARAN
Keranda akan dibawa ke tempat pembakaran dengan menggunakkan pengusung.
Keranda akan digerakkan untuk beberapa kali bagi menghampiri tempat
pembakaran bagi menukarkan posisi kaki dan kepala. Dengan itu, si mati akan
berada dalam perut Dewi Bumi. Kayu api akan diletakkan terlebih dahulu sebelum
meletakkan mayat. Selepas mayat diletakkan pada kayu api, satu lagi lapisan
kayu api akan diletakkan pada mayat serta meletakkan lagi tahi lembu yang
kering dan direnjiskan minyak pembakar. Pembawa Kollic Catti akan mengelilingi
mayat secara 3 kali dalam pusingan arah jam. Apabila sampai pusingan ketiga
mereka akan berada di hadapan mayat. Ahli keluarga akan duduk melutut tetapi
tidak menghadap kepada mayat. 3 batang kayu yang dinyalakan akan dicucuk ke
tanah bersatu. Upacara tersebut bertujuan mengurangkan kesedihan ahli
keluarga si mati.
46
PANTANG LARANG
akan membawa sial atau Tuan rumah tidak boleh
berlaku perselisihan faham membiarkan tetamu yang
antara keluarga tuan rumah kali pertama berkungjung
dengan tetamu itu. ke rumah untuk melakukan
Semasa mebalas kunjungan, kerja seperti mencuci
pengantin perempuan tidak pinggan.
boleh mengikuti
kerana tiada perikatan
suami isteri serta akan
dianggap tidak sopan
Akan diamalkan selama semasa mengandung tiadk boleh
60 hari. keluar berseorangan pada waktu
malam, tidak melakukan kerja
berat, tidak terlebih tidur pada
waktu siang dansebagainya.
Saudara mara dan jiran tidak boleh kerana akan
mengunjungi ke rumah bayi yang mengejutkan bayi.
baru dilahirkan.
47
PANTANG LARANG LAIN
Tidak boleh makan daging lembu kerana lembu dianggap suci
Jangan potong kuku waktu malam nanti lewat kahwin
Bermimpi tentang ular adalah tidak baik
Tidak boleh memotong rambut pada hari Jumaat
Wanita yang sudah berkahwin haruslah sentisa memakai Thaali dan Pottu
yang berwarna merah
Perempuan yang masih belum berkahwin akan memakai Pottu yang
berwarna hitam yang melambangkan bujang.
Tidak boleh mengasah kedua-dua hujung pensel kerana mereka
mempercayai bahawa hal ini akan menyebabkan ibu bapa bergaduh.
48