The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAZWANI BINTI HARDI IPG-Pelajar, 2024-06-29 07:15:06

SUSUN ATUR PERALATAN DAN PERABOT

HAZWANI BINTI HARDI

SUSUN ATUR PERALATAN DAN PERABOT


Meletakkan rekod-rekod dan fail berkaitan taska di rak serta melabelkannya. Ia diletakkan tinggi supaya kanak-kanak tidak mencapainya.


Rak-rak ini berfungsi untuk meletakkan beg kanak-kanak supaya tidak bersepah dan meletakkan di merata tempat. 3 bakul ungu di atas rak bertujuan untuk botol air, botol susu dan buku log harian. bakul ungu di dalam rak hujung berisi mainan kanak-kanak apabila mereka diberi kebebasan untuk bermain. Bakul kelabu pula berisi bedak, getah rambut, sikat dan keperluan lain


Kebersihan alat toto dan bantal juga dijaga. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk berkongsi bantal oleh itu setiap bantal perlu ditulis nama supaya tidak bertukar. Bagi tuala mandi kanak-kanak pula, mereka akan membawa pulang setiap hari jumaat untuk dibasuh oleh ibu bapa.


Keperluan barang untuk membuat aktiviti di dalam atau luar bilik darjah serta bahan bantu mengajar diletakkan pada rak bilik stor


Setiap tingkap, pintu gelangsar mahupun pintu utama diletakkan grill untuk memastikan kanak-kanak yang pandai membuka tidak keluar dari taska tanpa pengetahuan pendidik


Rak di dalam kelas ini untuk meletakkan buku log harian yang sudah habis, buku aktiviti harian seperti mewarna, buku cerita. Barang di dalam bekas pula adalah marker pen, pen, gam, gunting dan alat tulis yang lain


Pinggan, mangkuk, sudu, garfu dan cawan disusun dengan rapi di rak yang disediakan. Peti sejuk juga dalam keadaan bersih dan berfungsi. Tong sampah sentiasa ditutup untuk mengelakkan haiwan atau serangga hinggap ke dalamnya. Barang cucian pula disimpan di dalam bekas bawah sinki supaya senang untuk dicari. Susu-susu kanak-kanak pula diletakkan dalam bekas, dilabel nama dan ditulis kiraan scoop untuk setiap kanak-kanak. Alat kebersihan juga diletakkan di pintu dapur supaya kanak-kanak tidak mencapainya. Pagar juga dipasang di tempat masuk dapur supaya kanak-kanak tidak masuk ke kawasan dapur kerana bahaya dan ada peralatan tajam


Papan putih ini berfungsi untuk menulis menu harian, nama kanakkanak yang sudah mandi, nama aktiviti harian


Sabun mandian kanak-kanak diletakkan pada rak di dalam tandas


Pemadam api diletakkan pada ruang bermain atau aktiviti bebas kanakkanak. Tiada ruang yang strategik dan agak bahaya


Rak di dalam bilik bayi berfungsi untuk meletakkan bedak dan minyak angin serta lampin bayi untuk kecemasan. Tempat tidur bayi akan dicuci setiap hari jumaat. Rak itu juga mempunyai bantal dan lapik bayi.


Kasut kanak-kanak diletakkan pada rak tepi sebelum pintu masuk. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan disiplin kanak-kanak.


Click to View FlipBook Version