The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-01424220, 2022-05-25 10:23:20

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2022-2023

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG

MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH KEBANGSAANMENGKUANG
SESI 2022-2023

PERSATUAN IBU BAPA &
GURU SK MENGKUANG

28 MEI 2022

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
PENGGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH
KEBANGSAAN MENGKUANG 14000 BUKIT MERTAJAM
SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG

SESI 2022-2023 TAHUN 2022

ATURCARA :

• 9.00 PAGI PENDAFTARAN WARIS/JEMPUTAN & SARAPAN

▪ Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang
▪ BACAAN DOA – Al-Fadhil Ustaz Muhammad Faiz Bin Abdul Razak
▪ UCAPAN GURU BESAR – Encik Mohd Nizam Bin Othman
▪ UCAPAN YDP PIBG – En. Amir Bin Md. Ghazali
▪ UCAPAN TETAMU – Tuan Mohd Fuad Bin Mohd Khir

(Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, Sbrg Perai
Tengah)

PENYAMPAIAN CENDERAHATI:

1. Tetamu Jemputan – Tuan Mohd Fuad Bin Mohd Khir
(Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Seberang Perai Tengah)

2. Ahli jawatankuasa PIBG sesi 2021-2022

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2022-2023 – (Pengerusi YDP PIBG)

 Aluan Pengerusi Mesyuarat
▪ Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu (2021/2022)

• Pencadang:
• Menyokong:
▪ Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2021-2022
• Laporan oleh: En. Mohd Azrul Bin Ujang
▪ Membentang dan menerima penyata kewangan sesi 2021-2022
• Laporan: En. Razali Bin Othman
• Pencadang:
• Menyokong:
▪ Membahaskan usul daripada waris/JK PIBG
▪ Pembubaran AJK PIBG Sesi 2021-2022
▪ Perlantikan Pengerusi Sementara
• Pencadang:
• Menyokong:
▪ Perlantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2022-2023
▪ Yang DiPertua PIBG
▪ NaibYang DiPertua
▪ Setiausaha
▪ Bendahari
▪ AJK Waris 5 orang
▪ AJK Guru 5 orang
▪ Juru Audit 2 orang (Guru/Waris)

• UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP PIBG SESI 2022-2023

• 12.00 BERSURAI

1

No. Tel : 04-5215422 , No. Faks : 04-5215422
e-mail : [email protected]

Rujukan kami : SKM (MASY)900-3(3)

Tarikh : 24 Mei 2022

Kepada:
AJK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
AHLI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK. KEB. MENGKUANG

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PIBG SEK. KEB. MENGKUANG TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PIBG Sek. Keb. Mengkuang akan mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan (MAT) PIBG Tahun 2022 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 28 MEI 2022
Hari : SABTU
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka Sek. Keb. Mengkuang
Perasmi : Tuan Mohd Fuad Bin Mohd Khir
(Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, PPD, SPT)

2. Sehubungan itu, pihak kami amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan untuk kebaikan bersama.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami sanjung tinggi.

Sekian. terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah

................................................
(MOHD AZRUL BIN UJANG)
Setiausaha
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG),
Sekolah Kebangsaan Mengkuang,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

s.k: Fail berkenaan

2

AJK PIBG SESI 2021-2022

Yang Dipertua : En. Amir Bin Md. Ghazali

Naib Yang Dipertua : En. Mohd Rosli Bin Hj. Yusof

Setiausaha : En. Mohd Azrul Bin Ujang

Bendahari : En. Razali Bin Othman

AJK Guru : En. Mohd Mazlan Bin Mat Desa

: En. Mohd Zuhdi Bin Sulaiman

: Pn. Ummu Hani Bt Mohd Zaki

: Pn. Syazwani Bt Shafiai

: Pn. Azlinaton Aida Bt Mia

AJK Waris : En. Yuzee Ismail

: En. Amirul Faizal Bin Abu Rashid

: Pn. Nor Khamiza Bt Fazil

: Pn. Nooraini Bt Haji Lateh

: En. Ahmad Nazri

Juru Audit : Cik Zaiton Bt Abdullah (Guru)

: Pn. Siti Aishah Bt Bidin (Waris)

3

AJK INDUK: JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG
PENGERUSI SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG
NAIB PENGERUSI 1 TAHUN 2022
NAIB PENGERUSI 2
NAIB PENGERUSI 3 : EN. MOHD NIZAM BIN OTHMAN (GURU BESAR)
SETIAUSAHA : PN. ZARINA BT SHERIFF (PEN. KANAN PENTADBIRAN)
BENDAHARI : EN. AMLEE BIN KAMARUDIN (PEN. KANAN HAL EHWAL MURID)
: PN. NOR AZLINA BT IBRAHIM (PEN. KANAN KO-KURIKULUM)
: EN. MOHD AZRUL BIN UJANG
: EN. RAZALI BIN OTHMAN

SAMBUTAN:
EN. MOHD NIZAM BIN OTHMAN (GURU BESAR)
PN. ZARINA BT SHERIFF (PEN. KANAN PENTADBIRAN)
EN. AMLEE BIN KAMARUDIN (PEN. KANAN HAL EHWAL MURID)
PN. NOR AZLINA BT IBRAHIM (PEN. KANAN KO-KURIKULUM)
EN. MOHD AZRUL BIN UJANG
EN. RAZALI BIN OTHMAN

PENCATAT MINIT MESYUARAT DAN PEMILIHAN AJK PIBG:

1. PN. MASITOH BT MAHMUD (K)
2. CIK ZAITUN BT ABDULLAH
3. CIK SITI NORNAJWA BT GHAZALI
4. PN. NUR KHAIRUNNISA BT MOHD SAHRUM
5. PN. SITI ROHAYU BT ABU HASHIM
6. PN. AZLINATON AIDA BT MIA

PENDAFTARAN WARIS/TETAMU:

1. PN. KHAIRUL FARIZAH BT MOKSIN (K)
2. PN. SOFIAH BT MAT
3. PN. SHARIFAH BT CHE LAH
4. PN. SHARIFAH NORZEHA BT SYED ABDULLAH
5. PN. JAMALIAH BT MOKTHER

4

PERSEDIAAN TEMPAT DAN PELERAIAN:
1. EN. MOHD ZUHDI BIN SULAIMAN (K)
2. EN. MUHD AL-IZZUDDIN BIN ALPIKRI
3. EN. MOHD FARDLI BIN ABD. HALIM
4. EN. HAFIEZAL BIN HUSSEIN
5. EN. PRASSAAD A/L SUBRAMANIAM
6. EN. MOHD MURSYIDI BIN YAHAYA

SIARAYA DAN BANNER:
1. EN. RAZALI BIN OTHMAN (K)
2. EN. MOHD MAZLAN BIN MD. DESA
3. EN. AHMAD KASHFI BIN ABDUL RAHMAN
4. EN. AHMAD FAURANI BIN CHE MAIDIN

JURU GAMBAR/PUBLISITI:
1. EN. ROSFAIZAL BIN ZULKEFLI (K)
2. PN. KHAIRUL FARIZAH BT MOKSIN
3. PN. JULIZA BT SHAFIE

JAMUAN WARIS/VIP:
1. PN. ROZITA BT JAMALUDDIN (K)
2. PN. SALENA BT IBRAHIM
3. PN. ADILAH BT OMAR
4. PN. NORLIZA BT BUSU
5. PN. ALINA BT ABDULLAH
6. PN. NORHAYATI BT SHAFIE
7. PN. RASHADAH BT KHAMIS
8. PN. UMMU HANI BT MOHAMAD ZAKI

PENGACARA MAJLIS:
1. EN. MOHD AZRUL BIN UJANG (K)
2. EN. FAKRUL FARIS BIN ABDULLAH
3. PN. ROZITA BT HASSAN
4. PN. ROSLINA BT IBRAHIM

5

HIASAN DEWAN DAN PENTAS:
1. PN. NURUL AKMAR BT RAMSI (K)
2. EN. MOHAMMAD NOOR RASHEEQ BIN MOHD RADZUAN
3. PN. SYAFIZA BT SALLEH
4. PN. SHAHRUL MARDHIAH BT MOHD SALLEH
5. PN. NOOR HASLINDA BT YAHAYA
6. PN. NURFARHANA BT RAHMAD
7. PN. NURUL ATHIKAH BT MD. SHAFEE
8. PN. PREITHI LAKSHMI A/P SUNDARAN
9. CIK YOSHLA ANN A/P SANTHANADASS
10. PN. NORAZLINA BT ISMAIL
11. PN. NOOR WAHIDA BT ISMAIL

BUKU PROGRAM/DOKUMENTASI:
1. PN. LIZAWATI BT MUHAMMAD ARIF (K)
2. PN. ATHIKAH BT SAAD
3. PN. SITI FARIHAH BT MOHD SAMKI
4. PN. KHAIRIEYATUL AIZA BT AZIS
5. PN. SYAZWANI BT SHAFIAI

BORANG KEHADIRAN GURU/WARIS:
1. PN. NORHAYATI BT BULAT (K)
2. PN. PAVANI A/P SUBRAMANIAM
3. PN. PUVENESWARY A/P KUPPUSAMY

BACAAN DOA MAJLIS:
1. EN. MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL RAZAK

CENDERAHATI DAN SIJIL:
1. PN. JULIAHA BT MOHAMAD (K)
2. PN. ROSLINA BT MAT SAID
3. PN. MAATHAVI A/P PASKARAN
4. PN. SUZITA BT SENIK@ARIFIN

SEMUA GURU DAN STAF WAJIB MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022

6

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN
MENGKUANG SESI 2021

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2021
HARI : SABTU
MASA : 10:00 PAGI
TEMPAT : LOKASI MASING-MASING (SECARA ATAS TALIAN-PLATFORM GOOGLE MEET)

1.0 UCAPAN GURU BESAR (PENASIHAT PIBG)

1.1 Guru Besar SK Mengkuang mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan waris ke Mesyuarat
PIBG SK Mengkuang sesi 2021-2022 secara google meet. Tuan Guru Besar mengucapkan terima
kasih kepada Tuan Hj. Zaini Bin Mat Zain, Pegawai SIPatner+ kerana sudi meluangkan masa
seterusnya merasmikan majlis pada hari ini. Tuan Guru Besar merasakan bahawa waris yang
hadir pada hari ini merupakan waris yang cemerlang kerana sentiasa berperanan bersama-sama
pihak sekolah dan AJK PIBG untuk hadir dan seterusnya menjayakan mesyuarat pada kali ini
demi anak-anak.

1.2 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa mesyuarat agung perlu dilaksanakan sebelum 31 Mac
setiap tahun, namun disebabkan pandemik Covid 19 yang melanda, ianya terpaksa ditunda.
Namun setelah negara memasuki Fasa ke 2, pihak sekolah telah dibenarkan bermesyuarat
secara atas talian.

1.3 Permuafakatan antara ibu bapa dan guru, kerjasama antara pihak sekolah dan waris sentiasa
diutamakan walaupun sekolah masih belum dibuka, demi kelangsungan pembelajaran anak-
anak dan ianya berlaku secara “School home partner ship”. Saling melengkapi antara satu sama
lain untuk meningkatkan mutu pengajaran dan peningkatan murid-murid di sekolah. Kerjasama
erat bersama komuniti mampu meningkatkan prasarana pembelajaran yang kondusif.

1.4 Mesyuarat hari ini juga akan membincangkan berkenaan wang sumbangan kerana keputusan
dan permohonan perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

1.5 Berkaitan Pendidikan seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan, UPSR telah dimansuhkan.
Namun kemenjadian murid tetap menjadi fokus utama. Tidak hanya pada akademik semata-
mata, tetapi lain-lain perkara akan diambil kira kerana sistem PBS yang dilaksanakan untuk
tahun 1 hingga 6 mengikut Tahap Pencapaian 1 hingga 6 akan mengambil kira aspek
kokurikulum, sahsiah dan emosi. Ini merupakan kaedah dan revolusi pentaksiran yang lebih
menyeluruh serta tidak hanya berasaskan kedudukan nombor semata-mata.

1.6 Secara umumnya kecemerlangan perlu dimulakan dari rumah. Dalam era pandemik covid 19 ini,
pihak ibu bapa dan waris memainkan peranan dalam mengurangkan impak dari gejala negatif di
dalam kalangan murid. Tanggungjawab ibubapa, tidak hanya tanggungjawab guru semata-mata
dalam memberikan pendidikan terbaik. PIhak sekolah bersama-sama PIBG sentiada proaktif,
dalam menyediakan ruang pembelajaran berkesan.

7

1.7 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang terjalin dan kepercayaan
pihak waris kerana menghantar anak-anak ke sekolah ini. Kepercayaan dan keyakinan para waris
kepada guru-guru dalam mendidik tidak akan disia-siakan. Tuan Guru Besar berharap jasa para
guru akan dihargai.

1.8 Guru Besar juga sentiasa mendoakan agar pendamik ini segera berakhir seterusnya
pembelajaran secara bersemuka akan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

1.9 Guru Besar sekali mengucapkan terima kasih kepada perasmi dari Pejabat Pendidikan Daerah,
Tuan Hj. Zaini Bin Mat Zain, Pegawai SiPartner+ diatas kesudian bersama-sama di dalam majlis
pada hari ini seterusnya kepada semua yang terlibat menjayakannya.

Tindakan: Makluman

2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
2.1 En. Amir Bin Md. Ghazali mengucapkan terima kasih kepada semua, Tuan Guru Besar, tetamu

jemputan selaku perasmi, ahli jawatan kuasa, guru-guru dan para waris. Yang Dipertua
memanjatkan kesyukuran kerana dapat bermesyuarat pada hari ini.

2.2 Majlis pada hari ini merupakan satu majlis yang sangat penting. Ini bagi menggerakkan waris,
guru-guru dalam memastikan kebajikan, kecemerlangan anak-anak, diperhati dan dipantau agar
kejayaan dapat dicapai masa kini dan masa akan datang.

2.3 Perjumpaan yang sangat penting seperti ini amatlah perlu untuk menggerakkan organisasi.
Situasi pandemik menyebabkan kita semua akan melalui norma baharu. Oleh yang demikian
mesyuarat pada kali ini terpaksa dilakukan secara atas talian (online). Namun platform ini perlu
digunakan sebaik mungkin. Yang Dipertua memohon kemaafan kerana banyak program tidak
dapat dijalankan. Namun hubungan tetap berlaku untuk mendapat maklumat dan berkongsi
maklumat antara pihak sekolah dan waris. Ini bagi membolehkan masalah-masalah berkaitan
pembelajaran dan kecemerlangan anak-anak dapat diselesaikan secara baik dan ditangani
dengan berkesan.

2.4 Tidak seperti sebelum ini, mesyuarat dilaksanakan dalam keadaan bersemuka dan ceria. Namun
kita dapat mengadakan majlis walaupun terdapat kekangan, serta atas kerjasama erat antara
PIBG dan sekolah, beberapa perkara tetap dapat dilaksanakan seperti dapat menyerahkan
bantuan kepada keluarga murid yang terjejas. Tahniah kepada usaha-usaha yang telah
dijalankan. Komitmen guru dan sekolah, Guru Besar, setiausaha serta seluruh ahli jawatan kuasa
yang telah memainkan peranan dalam era pandemik dan sukar.

2.5. Semoga mesyuarat pada hari ini dapat memberikan impak dan hasil perbincangan memberikan
manfaat kepada semua khususnya kepada anak-anak.

Tindakan: Makluman

8

3.0 UCAPAN DAN PERASMIAN (TUAN HJ. ZAINI BIN MAT ZAIN, PEGAWAI SIPartner+, PPDSPT)

3.1 Perasmi mengucapkan terima kasih dan syukur kepada Allah kerana limpah kurnianya dapat kita
bersama-sama berkumpul secara atas talian (online) dalam situasi pandemik ini.

3.2 Mesyuarat ini merupakan perkara yang penting. PIBG sebagai pemegang taruh kepada sekolah.
Perlu sentiasa ada perhubungan dan hubungan yang akrab. Sokongan PIBG tetap perlu
walaupun berdepan situasi seperti pandemik ini. Kita berada dalam dunia ‘VUCA’, Velocity,
Uncertainty, Complexity, Ambiguity iaitu kita menghadapi zaman yang tidak menentu. Berikutan
sekolah dimaklumkan akan dibuka pada bulan September, namun terpaksa ditunda lagi kerana
kes meningkat sehari-hari.

3.3 Namun sebagai pendidik dan sokongan ibu bapa, pembelajaran dan kemenjadian anak-anak
tetap wajib dan ianya tetap perlu diteruskan serta perancangan tetap berjalan. Ada
perancangan, cepat bertindak di atas maklumat yg sampai. Ini kerana kita perlu, sedang dan
tetap mendidik. Kena lawan juga dgn ‘VUCA’, ada Vision, Understanding, Clarity dan Aligity,
dilaksanakan, kena cepat bertindak. Melalui pendidikan, SK Mengkuang ingin lahirkan murid-
murid yang ada 4K1N, ada kreatif, kritis, komunikasi dan kerjasama serta 1N iaitu NILAI penting
untuk lahirkan anak-anak yang bersahsiah tinggi.

3.4 Oleh kerana itu, PDPC didalam kelas tidak dapat dijalankan, pembelajaran dan pengajaran
dijalankan secara PdPR. Alhamdulillah, guru-guru berikan komitmen. Melalui pemantauan yang
dibuat, meninjau dalam program jelajah maya pdpr, komitmen para guru, murid dan waris
amatlah memberangsangkan dan tahniah diucapkan.

3.5 Terima kasih kerana pdpr berjalan dengan baik dan terima kasih di atas sokongan semua. PIBG
antara pihak yg memberikan sokongan kepada Guru Besar dan semua guru. ‘Team work’ iaitu
kerjasama kumpulan sekolah, di mana Guru Besar sebagai peneraju, pendorong yang akan
melaksanakan perancangan yang terbaik kerana SK Mengkuang juga merupakan sekolah TS25.
TS25 ini mempunyai enam (6) perkara penting, memerlukan kepada 6P, iaitu Perancangan,
Pelaksanaan, Pemantauan, Penilaian, Penambahbaikan dan Pendokumentasian. Seperti semua
sedia maklum, dengan adanya perancangan kita akan jadi sekolah yang hebat, walaupun secara
PdPR. Jika kes covid semakin menurun, sekolah akan dijalan secara bersemuka. Seperti mana
beliau katakan diawal bicara tadi, "Ahsanu amala" iaitu amalan terbaik, seperti seruan Tuan
PPD Seberang Perai Tengah, kita sentiasa melakukan penambahbaikan. Dari sudut pengurusan,
dalam Bahasa Jepunnya ‘Kaizen’, PIBG juga boleh laksanakan pemantauan, penilaian dan
melihat keberkesanan. Dengan Nilai 4P iaitu pemimpin sekolah, pendidik, penjaga (waris) dan
pelajar, gabungan ke empat-empat pihak, yang mana adanya koloboratif, persefahaman, seia
sekata, kita bergerak ke arah memajukan sekolah.

3.6 Beliau berharap agar mesyuarat ini berjalan dengan baik, ringkas dan padat. Terima kasih sekali lagi
kepada Guru Besar dan warga sekolah, Ajk PIBG. Dgn nama Allah Tuan Hj. Zaini Bin Mat Zain
merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sesi 2021-2022.

Tindakan: Makluman

9

4.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU (2020)
4.1 En.Mohd Azrul Bin Ujang selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat tahunan yang

lalu (2020).
4.2. Setiausaha memohon ahli sahkan dan menyokong minit mesyuarat tersebut.
4.3 Pencadang disahkan oleh : Siti Aishah Bt Bidin

Cadangan disokong oleh : En. Shahril Bin Wan Teh
Tindakan: Makluman

5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2020
5.1 En. Mohd Azrul Bin Ujang selaku Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG

sesi 2020.
5.2 Laporan aktiviti (Rujuk lampiran 1)

6.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
6.1 En. Razali Bin Othman selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir

pada 31 Disember 2020.
6.2 Penyata kewangan (Rujuk lampiran 2)
6.3 Pencadang disahkan oleh : Pn. Sa’anah Bt Edi

Cadangan disokong oleh : En. Muhammmad Shafie

7.0 MEMBAHAS USUL/CADANGAN WARIS
7.1 En. Ishak Bin Salleh mencadangkan pihak sekolah memberi perhatian sepenuhnya kepada murid-

murid ketika hendak balik dari sekolah terutamanya dihadapan pintu pagar sekolah. Beliau
mencadangkan supaya kenderaan seperti motokar tidak di parkir di hadapan, kiri kanan pintu
pagar sekolah kerana apa yang beliau perhatikan ibubapa, kakak dan abang atau para waris yang
tidak nampak anak-anak mereka kerana terlindung. Keadaan ini menyukarkan waris lain untuk
memanggil anak mereka.
Tindakan: PIBG dan sekolah. (Pihak sekolah memaklumkan bahawa masalah ini akan cuba di atasi
pada masa akan datang, pihak PIBG telah cuba untuk menyediakan Kawasan parkir khas untuk
van-van sekolah. Penanda jarak juga telah dibuat agar tiada kenderaan yang terlalu hampir
dengan pintu pagar sekolah)
7.2 En. Mohamad Adam Bin Rusli mencadangkan pihak sekolah menyediakan bajet untuk kebersihan
tandas dari bau yang kurang menyenangkan dan memperbaiki tandas murid yang telah rosak.
Tindakan: Sekolah dan PIBG. (PIBG akan mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membaikpulih
tandas yang rosak)

10

7.3 Pn. Atiqah Bt Rusli mencadangkan untuk mempertimbang sesekali diadakan kelas pdpr pada
waktu malam bagi ibu bapa yang bekerja pada waktu pagi

Tindakan: Sekolah. (Guru besar memaklumkan bahawa guru-guru boleh mengadakan kelas
megikut kesesuaian waktu guru dan murid. Jika perlu di waktu malam, ianya dibenarkan.)

7.4 Pn. Atiqah Bt Rusli juga mencadangkan supaya memberi kerja sekolah yang perlu dibuat atau link
ke kelas pdpr sehari sebelum kelas, ini bagi membolehkan ibu bapa yang bekerja dapat
menyediakan bahan/alat untuk anak belajar sendiri keesokan harinya. Dalam pada masa yang
sama, supaya anak tidak ketinggalan atau sesekali buat kelas pada waktu malam atau
mencadangkan supaya cikgu merekod kelas pdpr/membuat video rujukan cara untuk membuat
kerja sekolah supaya anak dapat mengikuti kelas pada waktu malam seterusnya melaksanakan
kerja dengan menggunakan kaedah yang betul kerana kaedah/cara ibu bapa mengajar atau
menjawab soalan mungkin tidak sama dengan cikgu atau tidak betul.

Tindakan: Sekolah.

7.5 Pn. Rosnita Bt Murad mencadangkan sekiranya sekolah dibuka, diharap sekolah dapat membantu
dalam mempercepatkan pemberian vaksin kepada pelajar-pelajar.

Tindakan: Sekolah. (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa pemberian vaksin
adalah tertakluk kepada tanggungjawab Kementerian Kesihatan. Namun, pihak sekolah telah
diminta untuk memberikan maklumat murid berkenaan suntikan vaksin dan setakat ini hanya
murid tahun 6 sahaja yang akan menerima vaksin.)

7.6 En. Mohd Huzaiman Fitri Bin Abu Hassan mencadangkan agar SOP diketatkan untuk keselamatan
murid.

Tindakan: Sekolah. (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan pihak sekolah sentiasa
mengamalkan SOP mengikut arahan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
Tindakan-tindakan perlu telah diambil dan perubahan kepada SOP adalah mengikut ketetapan
seoerti yang telah diarahkan kepada pihak sekolah).

7.7 AJK PIBG mencadangkan agar sumbangan ahli ke tabung PIBG sebanyak RM30.00 seorang ahli
(satu keluarga) disumbangkan untuk tahun 2021.

Tindakan: Cadangan diterima sebulat suara oleh ahli.

8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 En. Shafie memaklumkan bahawa ada sumbangan peralatan ICT diberikan oleh Parlimen
Permatang Pauh berupa tablet. Sekolah boleh membuat permohonan.

9.0 PEMBUBARAN AJK SESI 2021

9.1 En. Amir Bin Md. Ghazali selaku Yang Dipertua PIBG membubarkan AJK PIBG sesi 2020-2021.
Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan oleh ahli
kepada beliau semasa menjadi Yang Dipertua PIBG.

9.2 En. Mohd Azrul Bin Ujang mencadangkan En. Amir Bin Md. Ghazali dilantik sebagai pengerusi
sementara dan En. Mohd Zuhdi Bin Sulaiman menyokong cadangan tersebut.

11

9.3 Cadangan diterima oleh ahli PIBG sebulat suara.

10.0 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2021-2022

10.1 Puan Zarina Bt Sheriff mencadangkan AJK 2020-2021 dikekalkan dan menerajui PIBG 2021-2022

10.2 Cadangan disokong oleh :En. Azman Bin Sulaiman

10.3 Pn. Isma Mazlina memohon cadangan ditutup.

10.4 Senarai nama penuh jawatan kuasa yang telah terpilih adalah seperti berikut:

Yang Dipertua : En. Amir Bin Md. Ghazali

Naib Yang Dipertua : En. Mohd Rosli Bin Hj. Yusof

Setiausaha : En. Mohd Azrul Bin Ujang

Bendahari : En. Razali Bin Othman

AJK Guru : En. Mohd Mazlan Bin Mat Desa

: En. Mohd Zuhdi Bin Sulaiman

: Pn. Ummu Hani Bt Mohd Zaki

: Pn. Syazwani Bt Shafiai

: Pn. Azlinaton Aida Bt Mia

AJK Waris : En. Yuzee Ismail

: En. Amirul Faizal Bin Abu Rashid

: Pn. Nor Khamiza Bt Fazil

: Pn. Nooraini Bt Haji Lateh

: En. Ahmad Nazri

Juru Audit : Cik Zaiton Bt Abdullah (Guru)

: Pn. Siti Aishah Bt Bidin (Waris)

10.5 Cadangan diterima oleh ahli-ahli PIBG sebulat suara.

12

11.0 Setiausaha PIBG meminta ahli meluluskan resolusi berkaitan dengan akaun PIBG SK Mengkuang
iaitu:

Penandatangan untuk akaun PIBG SK Mengkuang ialah:

1. Yang dipertua PIBG - En. Amir Bin Md. Ghazali

Bendahari PIBG Dan
- En. Razali Bin Othman

ATAU

2. Bendahari PIBG - En. Razali Bin Othman
Dan

Setiausaha PIBG - En. Mohd Azrul Bin Ujang

11.1 Mesyuarat sebulat suara meluluskan resolusi tersebut

Mesyuarat ditangguhkan pada 12:00 tengah hari

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………. .....................................
(Mohd Azrul Bin Ujang) (Amir Bin Md. Ghazali)
Setiausaha PIBG YDP PIBG
Sekolah Kebangsaan Mengkuang Sekolah Kebangsaan Mengkuang
Bukit Mertajam Bukit Mertajam
Pulau Pinang Pulau Pinang

13

LAMPIRAN 1
LAPORAN AKTIVITI/SUMBANGAN PIBG

1. PENGURUSAN SEKOLAH – PEMBELIAN LCD
2. PENGURUSAN TAHUN 6
3. SUMBANGAN HARI RAYA

14

PENYATA KEWANGAN TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG
MULAI 01 MEI 2021 SEHINGGA 30 APRIL 2022

Bil Wang Masuk Jumlah Bil Wang Keluar Jumlah
1 1 Sumbangan :
1.1 Duit sumbangan Dato Zaidi 1000.00 1.1 Pengurusan sekolah (Beli LCD) 2000.00
1.2 Sumbangan PIBG 2022 14880.00 1.2 Pengurusan sekolah Tahun 6 1500.00
15880.00 1.3 Sumbangan Hari Raya 1800.00
5300.00
2 Hibah : 2 Caj Bank :
2.1 Mei 0.00 2.1 Mei 0.00
2.2 Jun 0.00 2.2 Jun 0.00
2.3 Julai 0.00 2.3 Julai 0.00
2.4 Ogos 0.00 2.4 Ogos 0.00
2.5 September 0.00 2.5 September 0.00
2.6 Oktober 0.00 2.6 Oktober 0.00
2.7 November 0.00 2.7 November 0.00
2.8 Disember 0.00 2.8 Disember 0.50
2.9 Januari 0.00 2.9 Januari 0.00
2.1 Februari 0.00 2.1 Februari 0.00
2.1 Mac 0.00 2.1 Mac 0.00
2.1 April 0.00 2.1 April 0.00
0.00 0.50
3 Baki di bawa ke hadapan :(1/05/2021)
3.1 Baki Tunai di Bank 21925.90 JUMLAH KESELURUHAN WANG KELUAR 5300.50
3.2 Baki Tunai di Tangan 50.00 BAKI KESELURUHAN BERAKHIR PADA 30 APRIL 2022 32555.40

JUMLAH KESELURUHAN WANG MASUK 21975.90 Baki Tunai di Bank(30/04/2022) 32505.40
Baki Tunai di Tangan(30/04/2022) 50.00
Disediakan oleh, 37855.90

……………………………………………………. Disemak oleh,
(EN. RAZALI BIN OTHMAN)
Bendahari PIBG SKM …………………………………….
(PN.SITI AISHAH BT BIDIN)
Disemak oleh, Pemeriksa Kira- kira 2

…………………………………..
(CIK ZAITON BINTI ABDULLAH)
Pemeriksa Kira- kira 1

15

PENGHARGAAN

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN MESYUARAT
AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG SESI 2022-2023

SYABAS DAN TAHNIAH

SK MENGKUANG | TS25 | PENGGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA


Click to View FlipBook Version